Panduan Penjagaan Kesihatan

42
1 Setinggi Penghargaan kepada Persatuan Lapis Lazuli Light Malaysia Kerana Menyediakan Sebuah Buku Panduan Kesihatan Yang Bermanfaat Ini LAPIS LAZULI LIGHT Siri Buku Kesihatan Keseluruhan Fizikal, Mental dan Rohani (1) Pencegahan Lebih Baik Daripada Pengubatan Segala maklumat dan cara perubatan yang terkandung dalam risalah ini -tidak bermaksud menggantikan cara perubatan profesional dan nasihat doktor. Pembaca berhak mempercayai idea risalah ini dan membuat keputusan mengenai kesihatan atau cara perubatan diri sendiri. Jangan mengikuti cadangan dalam risalah ini, jikalau anda tidak rela menerima dan bertanggungjawab atas kesan yang timbul. Pengarang dan penerbit risalah ini tidak bertanggungjawab atas kesan atau akibat buruk yang timbul daripada penggunanan segala cadangan atau maklumat risalah ini. Risalah, ini hanya. bertujuan membekalkan maklumat berkenaan kepada orang ramai, menggunakannya atau tidak, bergantung semata-mata kepada pembaca sendiri. Dr. Lai Chiu Nan Pengenalan Ringkas Keluarga Dr. Lai Chiu Nan berasal dari Dongan, Hunan. Beliau dilahirkan di Tainan, Taiwan. Sejak kecil lagi, beliau mengikut ibu bapanya berhijrah ke Amerika. Setelah memperolehi ijazah kedoktoran kimia di Massachusetts Institute of Tecnology, Cambridge (M.I.T), beliau bertugas di Pusat Kanser University of Texas M.D. Anderson Hospital dan Tumor Institute selama 10 tahun, di mana beliau khusus mengkaji pencegahan dan pengubatan penyakit kanser. Beliau pernah membentangkan laporan "Fungsi Pencegahan Penyakit Kanser oleh Rumput Gandum dan Klorofil", "Hubungan Kalium dan Natrium dengan perkembangan Kanser" dan "Hubungan Bioelektrik dengan Kanser." Beliau sering memberi ceramah tentang pencegahan penyakit kanser di merata rata tempat di dunia, termasuk: Eropah dan Amerika, Asia Tenggara, India, Nepal dan negara-negara yang lain. Pada tahun 1981, di bawah projek pertukaran akademik Amerika dengan negeri China, beliau mewakili Akademi Sains Amerika ke negeri China untuk mengkaji hubungkait antara kanser kerongkong dengan mikronutrien di Lingxian, Henan bersama dengan Pusat Tumor Akademi Sains Perubatan China. Beliau menubuhkan Pusat Pemulihan dan Pemeliharaan Kesihatan Lapis Lazuli Light pada tahun 1991 di California, Amerika. Beliau menganjurkan Kesihatan keseluruhan "Jasad, Rohani dan Roh" yang menegaskan kesihatan menyeluruh berasaskan kesihatan keseluruhan bumi. Beliau menggalakkan orang ramai melindungi ekologi alam sekitar dan sumber alam

description

Buku panduan kesihatan ini meliputi kesejahteraan rohani dan jasmani, gaya hidup, pemakanan dan lain-lain

Transcript of Panduan Penjagaan Kesihatan

Page 1: Panduan Penjagaan Kesihatan

1

Setinggi Penghargaan kepada Persatuan Lapis Lazuli Light Malaysia

Kerana Menyediakan Sebuah Buku Panduan Kesihatan Yang Bermanfaat Ini

LAPIS LAZULI LIGHT

Siri Buku Kesihatan Keseluruhan

Fizikal, Mental dan Rohani (1)

Pencegahan Lebih Baik Daripada Pengubatan

Segala maklumat dan cara perubatan yang terkandung dalam risalah ini -tidak

bermaksud menggantikan cara perubatan profesional dan nasihat doktor. Pembaca

berhak mempercayai idea risalah ini dan membuat keputusan mengenai kesihatan

atau cara perubatan diri sendiri. Jangan mengikuti cadangan dalam risalah ini,

jikalau anda tidak rela menerima dan bertanggungjawab atas kesan yang timbul.

Pengarang dan penerbit risalah ini tidak bertanggungjawab atas kesan atau akibat

buruk yang timbul daripada penggunanan segala cadangan atau maklumat risalah

ini. Risalah, ini hanya. bertujuan membekalkan maklumat berkenaan kepada orang

ramai, menggunakannya atau tidak, bergantung semata-mata kepada pembaca

sendiri.

Dr. Lai Chiu Nan Pengenalan Ringkas Keluarga Dr. Lai Chiu Nan berasal dari Dongan, Hunan. Beliau

dilahirkan di Tainan, Taiwan. Sejak kecil lagi, beliau mengikut ibu bapanya berhijrah ke Amerika. Setelah memperolehi ijazah kedoktoran kimia di Massachusetts Institute

of Tecnology, Cambridge (M.I.T), beliau bertugas di Pusat Kanser University of Texas M.D. Anderson Hospital dan Tumor Institute selama 10 tahun, di mana

beliau khusus mengkaji pencegahan dan pengubatan penyakit kanser. Beliau pernah membentangkan laporan "Fungsi Pencegahan Penyakit Kanser oleh Rumput

Gandum dan Klorofil", "Hubungan Kalium dan Natrium dengan perkembangan

Kanser" dan "Hubungan Bioelektrik dengan Kanser." Beliau sering memberi

ceramah tentang pencegahan penyakit kanser di merata rata tempat di dunia,

termasuk: Eropah dan Amerika, Asia Tenggara, India, Nepal dan negara-negara

yang lain.

Pada tahun 1981, di bawah projek pertukaran akademik Amerika dengan negeri

China, beliau mewakili Akademi Sains Amerika ke negeri China untuk mengkaji

hubungkait antara kanser kerongkong dengan mikronutrien di Lingxian, Henan

bersama dengan Pusat Tumor Akademi Sains Perubatan China. Beliau

menubuhkan Pusat Pemulihan dan Pemeliharaan Kesihatan Lapis Lazuli Light pada

tahun 1991 di California, Amerika.

Beliau menganjurkan Kesihatan keseluruhan "Jasad, Rohani dan Roh" yang

menegaskan kesihatan menyeluruh berasaskan kesihatan keseluruhan bumi. Beliau menggalakkan orang ramai melindungi ekologi alam sekitar dan sumber alam

Page 2: Panduan Penjagaan Kesihatan

2

semula jadi serta mengamalkan pertanian organik. Sari pati perubatan Cina dan

Barat dikaitkan dengan prinsip alam semula jadi oleh Dr. Lai. Beliau mengajar

kita tentang cara-cara memperolehi kegembiraan dan menyingkirkan kesakitan.

Beliau pernah mengutarakan penggunaan pelbagai cara yang asli untuk

menghilangkan tekanan kehidupan dan mengawal perasaan. Selain itu juga,

beliau mengajar kita mengenali makanan kesihatan semula jadi dan meninjau

kesihatan keseluruhan dari segi fahaman tenaga. Banyak buku dan majalah beliau berkenaan dengan penjagaan kesihatan telah diterbitkan. Buku-buku dan

majalah-majalah tersebut telah membantu ramai pesakit kanser dan pesakit tenat pulih daripada penyakit-penyakit mereka.

10 Peraturan Penjagaan Kesihatan Jasad, Rohani dan Roh

1. Perasaan kasih sayang setiap masa. Pertuturan dan perbuatan yang boleh

menyakiti orang lain haruslah dielakkan terutamanya bagi perbuatan membunuh.

Tidak membunuh adalah syarat asas kesihatan, ini termasuk tidak membunuh

secara tidak langsung umpamanya makan daging ayam, itik dan ikan. Ini adalah

kerana prinsip asas alam semula jadi ialah "Apa yang ditanam, itulah yang akan

diperolehi". Cara-cara penjagaan kesihatan yang lain juga akan berkesan jikalau

kita dapat melakukan prinsip ini. Jikalau prinsip ini tidak dapat dilakukan, tidak

berguna kita berjumpa doktor atau mencari-cari ramuan ubat.

2. Pemakanan semula jadi harus diutamakan. Bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan,

benih, buah berbiji keras, jenis kacang dan Rumpair laut harus diutamakan

dalam pemakanan. Pepatah orang Cina "Penyakit dijangkiti melalui mulut", oleh itu badan akan sihat jikalau makanan yang boleh menjejaskan kesihatan

dielakkan. Keutamaan pemakanan tumbuh-tumbuhan justeru memenuhi maklumat teknologi terbaru dalam bidang perubatan pada masa sekarang.

3. Luka lama dan baru, kemarahan dan kesedihan harus disingkirkan. Sifat periang

dan bersikap optimistik adalah faktor utama kesihatan. Walaupun pemakanan kita dapat memenuhi prinsip kesihatan, namun kita juga tidak akan sihat jikalau

kita selalu mengingati dendam lama dan merasakan hidup ini tidak adil untuk diri

kita. Sebaliknya jikalau seseorang itu selalu gembira, walaupun pemakanannya

ringkas dan sederhana, dia tetap akan sihat. Cuba renungilah warna biru langit,

ia boleh menyingkirkan segala perkara yang tidak adil atau yang menyedihkan.

Kepercayaan diri sendiri juga boleh menyingkirkan perkara-perkara yang tidak

gembira. Jikalau dapat kita sedari bahawa segala-galanya tidak bersifat

persendirian, demikian juga pada musuh dan ahli keluarga. Maka tidaklah akan

kita menyempitkan pemikiran diri dan sesat dalam kehidupan yang penuh

dengan khayalan.

4. Melibatkan diri dalam kerja-kerja yang bermanfaat kepada orang lain.

Kehidupan akan membosankan jikalau kita hidup semata-mata untuk diri sendiri.

Sebaliknya kehidupan akan bermakna jikalau segala-gala perbuatan kita memberi manfaat kepada masyarakat. Sayang sekali jikalau kita mensia-siakan masa untuk

melakukan perkara-perkara yang tidak bermakna.

Page 3: Panduan Penjagaan Kesihatan

3

5. Memempatkan diri dalam keadaan yang penuh dengan kasih sayang dan

berfaedah kepada diri sendiri. Setiap orang memerlukan kasih sayang. Orang

yang dikelilingi oleh kawan yang banyak akan sihat, manakala orang yang

kesendirian atau hidup dalam suasana yang penuh kemusuhan pula mudah jatuh

sakit. Jikalau kita ingin mendapatkan kasih sayang haruslah kita memberi kasih

sayang terlebih dahulu. Kadangkala pesakit tidak dapat mengubah suasana

tempat tinggal yang tidak penuh dengan kasih sayang, lebih baik berpindah ke tempat lain yang penuh dengan kasih sayang untuk beristirehat demi

memulihkan penyakitnya.

6. Melindungi nyawa, termasuk binatang, burung dan serangga, ikan, udang dan lain-lain.

Pesakit tenat patut giat menyelamatkan nyawa makhluk lain supaya dapat memanjangkan umur, dan mengubah nasib. Selain tidak membunuh, kita juga

harus menasihati orang lain supaya tidak membunuh. Menasihat kawan makan

makanan nabati (vegetarian) sebulan atau kurang makan daging sesekali, ini

dapat menyelamatkan nyawa yang tidak terkira. Cara demikian bukan sahaja

jimat, bahkan dapat memanjangkan umur.

7. Menghilangkan dosa

Haruslah bertaubat dengan tulus ikhlas akan perkara-perkara yang menyakiti orang

lain dan dosa pada tuhan. Memohon maaf kesalahan dan dosa pada masa silam dapat

disingkirkan dengan cara bertaubat dan berdoa dan lan-lain.

8. Beriman.

Kerasukan unsur spiritual negatif ke dalam tubuh kita mungkin merupakan

salah satu faktor yang menyebabkan penyakit. Negara Barat, umpamanya Amerika terdapat banyak maklumat yang membincangkan aspek ini.

Sebilangan pakar psikologi juga telah dapat meneliti akan gejala ini. Jikalau unsur spiritual negatif dapat dikeluarkan dari badan kita, keadaan penyakit

akan bertambah baik dengan segera. Cara yang paling berkesan untuk mengeluarkan unsur spiritual negatif dari badan kita adalah dengan beriman

dan memohon pertolongan tuhan. Merenungi keseluruhan badan diri sendiri dengan disinari oleh cahaya keemasan serta berfikir bahawa "Kita" telah

mendapat perlindungan dan roh kita terlepas daripada penderitaan. Segala

benda yang hidup dalam badan kita juga dapat melepaskan diri daripada

penderitaan atas sinaran cahaya ini.

9. Berzikir

la boleh menambahkan tenaga.

10. Bersyukur dengan limpah kurnia dan nikmat dari Tuhan.

Bersyukur atas nikmat dan limpah kurnia dari tuhan adalah cara yang

paling mudah untuk mendapatkan keredaan tuhan. Gembira ketika

memikirkan perkara perkara yang berfaedah kepada segala makhluk hidup

yang dilakukan oleh orang lain dan diri sendiri pada masa lampau, masa sekarang dan masa yang akan datang. Ini dapat menambahkan tenaga.

Page 4: Panduan Penjagaan Kesihatan

4

Penyakit Kanser Dapat Diubati

Penceramah: Dr. Lai Chiu Nan

"In my research, I have shown that if cancer cells are grown in high - potassium

medium, they revert to normal cells. Cancer is reversible." "Kajian saya telah membuktikan bahawa jikalau sel-sel kanser dikultur dalam media

yang berkalium tinggi (High Potassium), ia akan berubah menjadi sel-sel normal semula. Kanser boleh dipulihkan"

Penyakit kanser adalah penyakit yang dapat dicegah dan diubati. Sekiranya pakar-pakar

perubatan dan orang ramai mempunyai pengetahuan yang sewajarnya mengenai

penyakit ini, maka penyakit kanser bukan saja tidak akan ditakuti orang ramai, bahkan

kesengsaraan dan perbelanjaan yang tidak perlu dapat dielakkan.

Memahami Kesihatan dan Penyakit dari Segi Tenaga Keseluruhan

Bidang sains telah menjangkaui daripada teori fizik Newton (Newton physic) kepada

teori atom, teori nuklear dan teori kuantum. Teori kuantum (Qantum Theory) dan teori

fizik Newton mempunyai dua perbezaan yang asas:

(1) Teori kuantum memperjelas segala gejala alam semula jadi (termasuk

penyakit) dari segi tenaga.

(2) Teori kuantum menegaskan bahawa segala sesuatu merupakan komposisi atom-atom mikro, maka perubahan sebahagian kuantum akan menyebabkan

perubahan keseluruhannya.

Oleh itu teori kuantum adalah fahaman secara keseluruhan, manakala teori fizik Newton adalah kajian secara fragmen. Secara tradisional, perubatan Barat disenaraikan

dalam kategori ilmu Biologi, ia lebih mengutamakan analisa penghuraian, dan

mengabaikan penggunaan teori kuantum kimia dan fizik yang ditemui dalam bidang

perubatan. Oleh kerana bidang perubatan tidak mengamalkan teori kuantum fizik,

maka cara pengubatan secara fragmen, di mana pengubatan hanya diberi kepada

bahagian yang sakit sahaja telah berakar umbi.

Doktor Albertson George adalah ahli sains yang menemui vitamin C, sejak tahun

1940 lagi beliau berpendapat bahawa bidang biologi dan bidang perubatan akan

menemui pencapaian yang lebih tinggi jika kajiannya berasaskan teori mekanika

kuantum.

Dalam teori mekanik kuantum, jasad, rohani dan roh adalah fahaman secara

keseluruhan, manakala dalam teori fizik Newton pula is merupakan bidang yang berasingan (sakit badan bertemu doktor, sakit rohani bertemu pakar psikologi,

mengenai perkara roh pula bertemu ahli agama, bahkan mereka yang jahil percaya kepada tahayul akan memohon bantuan hantu dan dewa). Sebagai contoh doktor

Page 5: Panduan Penjagaan Kesihatan

5

hanya mengubati penyakit dan tidak mengubati orang, mengubati kanser dan tidak

mengubati orang, akan tetapi kanser membiak di badan orang!

Jika dibincangkan secara menyeluruh, kesihatan tidak boleh difahamkan sebagai

kesihatan perseorangan, sebaliknya harus difahamkan sebagai kesihatan keseluruhan

masyarakat dan bumi, barulah tidak dikongkong pada pandangan bahawa alam semula

jadi adalah sumber wang yang patut diterokai dan mengabaikan kepentingannya terhadap keseimbangan keseluruhan ekologi. Alangkah bumi yang kita duduki telah

mengalami kemusnahan yang besar akibat pandangan manusia yang unilateral dan sifat mementingkan diri sendiri. Sebenarnya kemusnahan alam semula jadi bermakna

kemusnahan manusia dan kemusnahan diri sendiri.

Jika ditinjau dari segi fahaman tenaga, konsep asas penyakit ialah: -- tenaga tinggi ketika sihat

-- tenaga rendah sewaktu lemah atau sakit

-- tenaga organisma yang mati adalah paling rendah

Bakteria dan bakteria penyakit terkandung dalam udara pada bila-bila masa, akan

tetapi ia hanya dapat mempengaruhi kesihatan ketika seseorang itu berada dalam

keadaan yang lemah (tenaga rendah). Oleh itu, penyakit dapat dicegah dengan

penambahan tenaga. Cara hidup, makanan serta nafsu yang dapat menambahkan

tenaga harus diamalkan, sebaliknya segala makanan dan perbuatan yang akan

merendahkan tenaga pula harus dielakkan untuk menyembuhkan penyakit.

Umpamanya arak yang boleh melukai otak dan merosakkan fungsi pembuangan

kotoran hati, bahkan merupakan bahan pelarut yang paling baik bagi sel-sel kanser,

maka hindarilah meminum arak. Sembelit dalam jangka waktu panjang akibat

kekurangan serabut kerana terlalu banyak makan daging dam makanan diproses rendah serat boleh menyebabkan penyakit kanser dan penyakit kronik. Kemarahan,

kebencian, kerisauan dan stress dalam jangka waktu panjang juga akan mengakibatkan penyakit kanser; memikirkan orang dan perkara yang tidak gembira

juga akan menurunkan tenaga.

Dilihat dari segi tenaga, makanan semula jadi yang tidak berlemak dan senang dihadamkan harus dimakan, sesiapa yang bekerja dalam bilik berhawa dingin pula

harus menerima pancaran matahari pada waktu pagi. Makanan seperti lima jenis

bijirin (padi, sekoi, jawawut, gandum dan kacang), sayur-sayuran dan buah-buah

yang kurang beracun dan tidak berminyak haruslah diutamakan.

Kita tidak harus terlalu mementingkan warna, bau dan rasa makanan, sehingga tidak

menghiraukan kehilangan tenaga akibatnya. Lebih baik memakai pakaian yang dibuat

daripada kapas atau rami. Hukum alam semesta adalah apa yang ditanam itulah

yang akan didapati. Jikalau yang ditanam itu pahit, balasan pahit pula akan

diterima. Agama masing-masing mempunyai cara bertaubat yang berbeza. Bertaubat

dengan tulus ikhlas, berhasrat untuk tidak akan mengulangi kesalahan dan

memaafkan diri sendiri juga dapat menambahkan tenaga kerohanian.

Umpamanya balasan baik adalah tenaga yang baik ---berniat untuk melakukan perkara

baik ke atas orang lain adalah balasan baik. Oleh kerana alam semesta merupakan satu lingkungan yang besar, hati bagaimana yang dikeluarkan, akan mendapat balik

tenaga yang begitu juga, kasih sayang tanpa syarat dikeluarkan, akan mendapat balik tenaga yang menggembirakan.

Page 6: Panduan Penjagaan Kesihatan

6

Penyakit kanser sama dengan penyakit kronis dan penyakit lain, kejadiannya

adalah disebabkan oleh gabungan pelbagai faktor yang menurunkan tenaga badan:

termasuk faktor dalaman dan faktor luaran, selain itu ia juga berkaitan dengan

prinsip alam semula jadi (termasuk hukum sebab dan akibat alam semula jadi). Oleh

demikian, is harus difahamkan dengan menggunakan konsep tenaga keseluruhan teori

kuantum. Aspek psikologi dan fisiologi, faktor dalaman dan luaran serta prinsip alam semula jadi haruslah diperhatikan dalam pencegahan dan pengubatan penyakit

kanser.

Mulai dengan perbincangan tentang pencegahan: Kebelakangan ini Akademi Sains Negara Amerika (National Academy of Sciences) telah membentangkan sebuah

laporan mengenai penyakit kanser, kesimpulannya adalah selain arak dan rokok, makanan juga mempunyai hubungan erat dengan penyakit kanser. Sebagai contoh,

sesuatu kajian telah mendapati bahawa angka kejadian penyakit kanser bagi penghisap

rokok yang selalu makan lobak merah adalah lebih rendah berbanding dengan penghisap

rokok yang jarang makan lobak merah. Lobak merah kaya dengan vitamin A yang dapat

mencegah penyakit kanser. Selain daripada itu, sayur-sayuran yang berwarna hijau tua

juga mempunyai fungsi yang sama. Laporan ini telah mengemukakan beberapa

cadangan tentang pencegahan penyakit kanser: Kurang makan makanan yang

berminyak dan berlemak, kurang makan gula dan garam, banyak makan sayur-

sayuran, buah-buahan yang segar dan bijirin kasar. Kesimpulan ini adalah berdasarkan

banyak pengkajian sains dan terdapat banyak maklumat yang mendalam sering

didapati, maka tidaklah dibincangkan secara mendalam di sini.

Walaupun faktor alam sekitar dan faktor fisiologi berpengaruh penting terhadap

kejadian penyakit kanser, akan tetapi faktor psikologi juga merupakan faktor yang penting. Sejak beberapa ribu tahun yang lalu bidang perubatan negeri China

telah mengetahui bahawa perasaan dan penyakit saling mempengaruhi, "Hati tenang dan mengawal nafsu" merupakan rahsia memanjangkan umur, ini termasuk

makanan yang dimakan tidak berminyak dan terkawal. Hubungan perasaan dengan penyakit kanser juga tercatat dalam tradisional Barat. Dalam tahun 1200

Masihi, Doktor Galen pernah menulis bahawa peluang menghidapi penyakit kanser payudara adalah lebih tinggi bagi wanita yang sentimental berbanding dengan wanita

yang optimistik, ini adalah berdasarkan pengalaman dan penelitian ketika beliau

bertugas sebagai seorang doktor. Banyak maklumat yang berkaitan dengan aspek ini

telah dikumpulkan oleh beliau dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pendapat

umum bahawa jikalau faktor perasaan muram dalam jangka waktu panjang dan

faktor kekurangan kasih sayang keluarga sewaktu kanak-kanak wujud pada masa yang

sama, mungkin akan menambahkan kadar kejadian penyakit. Satu atau dua tahun

sebelum menghidapi penyakit, pesakit kanser biasanya akan kehilangan minat atau

kehilangan harapan terhadap kehidupan, atau mengalami perubahan yang hebat

umpamanya kehilangan pasangan hidup dan sebagainya. Perasaan murung akan

mempengaruhi pelbagai fungsi badan, terutamanya fungsi kekebalan terhadap

penyakit. Oleh kerana terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan penyakit

kanser, maka pelbagai aspek haruslah dipertimbangkan dalam pencegahannya.

Sebahagian cara pengubatan panyakit kanser secara tradisional di kalangan rakyat

jetata adalah berbeza dengan cara pengubatan hospital kerana pengubatannya lembut, tidak mempunyai kesan sampingan, bahkan orang yang tidak berpenyakit atau

Page 7: Panduan Penjagaan Kesihatan

7

berpenyakit kronik juga akan mendapat manfaatnya. Bagaimanakah tentang hasilnya?

Memang terdapat banyak contoh yang berjaya, barulah is dapat disebar luas. Walau

bagaimanapun tidak mungkin terdapat cara pengubatan 'yang mempunyai hasil

perubatan yang seratus peratus, akan tetapi sekurang-kurangnya ia boleh

memperbaiki keadaan badan pesakit. Tiga cara pengubatan yang diperkenalkan di

bawah mempunyai kelebihan masing-masing, ketiga-tiga cara ini boleh digunakan

pada masa yang sama. Tiga cara pengubatan ini ialah cara pengubatan pemakanan, Qi-gong dan ubat herba.

(I) Cara Pengubatan Pemakanan

Kepentingan makanan telah disebutkan dalam perbincangan pencegahan penyakit

kanser. Secara dasarnya, pesakit kanser harus mematuhi prinsip pencegahan: makan makanan berlemak rendah dan makanan yang mengandungi banyak

serabut, banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar, kurang

makan gula dan garam.

Tahun kebelakangan ini, pengubatan pemakanan telah diberi perhatian di

Amerika secara beransur-ansur. Jenis pertamanya adalah mengutamakan

makanan mentah. Makanan jenis ini termasuk lobak merah, tauge, timun,

seladeri, pocai (sejenis sayur mirip mayam), ketumbar dan sayur-sayuran lain

yang tidak dimasak serta pelbagai jenis buah-buahan yang terdapat pada

musimnya. Selain itu juga terdapat buah berbiji keras, bijian, biji bunga

matahari dan kecambah gandum dan sebagainya. Aliran cara pengubatan

pemakanan ini ditemui oleh Hippocrates Health Institute, Boston (H.H.I.)

Pengetuanya adalah Dr. Ann Wigmore. Puan Edie Mae telah menulis " Saya

Berjaya Menggunakan Cara Semula jadi untuk Mengatasi Penyakit Kanser" (How I Conquered Cancer Naturally) yang menceritakan pengalamannya di H.H.I.

Penyakit kanser payudara beliau telah dikawal dengan makanan. Pengubatan pemakanan ini melarang makan jenis daging, ikan, udang, beras putih,

tepung putih, gula putih, makanan dalam tin, sayur-sayuran yang ditumis secara cepat masih boleh dimakan.

Pengubatan pemakanan jenis kedua bernama Makrobiotik. la diperkenalkan ke

Amerika oleh seorang sarjana Jepun yang bernama Michio Kushi. Pengubatan

pemakanan timur ini, telah diamalkan sejak 20 tahun dahulu di Amerika.

Cara pengubatan ini mengutamakan keseimbangan Yin Yang (asas yang

berlawanan dalam alam, yang pertama feminin dan negatif, yang kedua

maskulin dan positif), makanan yang terlalu bersifat positif seperti daging dan

makanan yang terlalu bersifat negatif seperti gula putih mudah menyebabkan

kehilangan keseimbangan badan, penyakit adalah akibat daripada kehilangan

keseimbangan badan. Makan terlalu banyak bijirin yang bersifat neutral dan

sayur-sayuran yang lebih bersifal neutral tidak akan mempunyai keburukan.

Makrobiotik juga menegaskan bahawa harus makan makanan bermusim dan

makanan tempatan, orang yang tinggal di daerah yang beriklim sederhana tidak

harus makan makanan daerah beriklim panas, semasa musim sejuk pula tidak

harus makan sayur-sayuran yang tumbuh di musim panas.

Makrobiotik dapat mengubati penyakit kanser. Seorang profesor muzik di bahagian tengah Amerika telah menghidapi penyakit kanser kelenjar ludah perut,

Page 8: Panduan Penjagaan Kesihatan

8

tumornya sebesar genggaman tangan, beliau berjaya menggunakan cara

pengubatan makanan untuk menghilangkannya. Penyakitnya tidak pernah

berulang dalam tujuh tahun, akhirnya beliau mati kerana hepatitis, doktor

baru membuktikan bahawa kansernya telah hilang. Selain itu, pengetua sebuah

hospital telah menulis sebuah buku yang bernama "Penyedaran Nyawa"

(Recalled by Life, Boston Houghton Mifflin Co. keluaran 1982) yang

menceritakan pengalaman beliau menggunakan cara pengubatan makanan untuk menyembuhkan penyakitnya. Buku ini ditulis bersama oleh Anthony J.

Sattilaro, M.D. dan Tom Monte.

Pengalaman yang diceritakan dalam buku tersebut berlaku pada bulan Mei tahun 1978 hingga cuti musim panas 1981, Doktor Anthony J. Sattilaro, M. D.

mendapati dirinya menghidapi penyakit kanser dan secara kebetulan beliau mengetahui. bahawa makanan yang sesuai boleh mengawal penyakit kanser.

Akhirnya beliau dapat mengatasi penyakit kanser tersebut. Pada tahun 1978,

penulis didapati menghidapi penyakit kanser prostat, X-Ray - di bahagian

tulang telah mendapati kansernya telah tersebar ke bahagian kepala, bahu,

tulang dada dan tulang belakang. Ketika itu beliau berumur 47 tahun dan

kerjayanya sedang berada dalam kemuncak, baru saja beliau memegang

jawatan pengetua hospital methodist San Francisco. Akan tetapi, penyakit

telah mengubah segala-galanya. Penyakit ini amatlah berbahaya bagi

orang yang berumur 50 tahun ke bawah. Jangkaan yang paling optimistik

telah menyatakan bahawa beliau tidak akan hidup lebih daripada tiga

tahun, bahkan tidak lebih daripada 18 bulan. Pembedahan dan pengubatan

hormon juga tidak dapat mengawal pertumbuhan sel-sel kanser.

Pada waktu beliau bersedia untuk urusan kematiannya, beliau mendapat tahu bahawa ayahnya telah mati kerana penyakit kanser. Dalam perjalanan balik

dari menghadiri upacara pengebumian ayahnya, beliau berpatah hati dan dalam keadaan tidak dapat berbuat apa-apa lagi, tiba-tiba beliau

menghentikan keretanya untuk menumpang dua orang pemuda di tepi jalan raya, perbuatan aneh ini telah menyelamatkan nyawa beliau. Beliau

mendapati bahawa dua orang pemuda tersebut baru saja habis belajar pengubatan pemakanan semula jadi di Boston melalui perbualan dalam

kereta. Sebaik saja menaiki kereta salah seorang daripada mereka telah

tidur, manakala seorang lagi ketika berbual dengan pengarang

memberitahu beliau "Penyakit kanser tidak sukar diubati", ini hanyalah kata-

kata ikhlas dan naif orang muda bagi seorang doktor. Akan tetapi pemuda

itu menerangkan dengan ramah-tamah bahawa makanan yang sesuai boleh

mengubati penyakit kanser, bahkan berjanji akan mengirim maklumat

kepada beliau. Beberapa minggu kemudian beliau telah menerima senaskah

buku yang memperkenalkan contoh-contoh kejayaan pengubatan penyakit

kanser dengan makanan. Nama buku tersebut adalah "Pendekatan

Makrobiotik ke atas Penyakit Kanser" (A Macrobiotic Approach to Cancer).

Mulai dari saat itu, beliau dengan sikap tidak putus asa dan cuba dengan

sedaya-upaya, akhirnya beliau telah berjaya mengatasi penyakit kanser dalam masa 5 tahun. Bagi seorang doktor yang menerima latihan ilmu

perubatan Barat akhirnya menerima cara Macrobiotic juga. Jikalau bukan dialami oleh diri sendirinya, beliau pasti tidak akan mempercayainya.

Page 9: Panduan Penjagaan Kesihatan

9

Makrobiotik amat berbeza dengan kebiasaan makan dan minum beliau satu

ketika dahulu. Oleh kerana Doktor Anthony J. Sattilaro, M.D. bujang, maka

pada masa dahulu beliau mengambil sarapan, makan tengah hari dan

makan malam di restoran. Beliau amat mementingkan makanan, setiap kali

makan mesti terdapat daging, terdapat manisan pada makan malam, kadang kala

beliau makan dua jenis manisan. Walaupun sudah 20 tahun usus dan lambung (kelenjar gastrik) beliau bermasalah, sehingga sering ceret-beret, akan tetapi

beliau tidak menghiraukannya dan hanya makan ubat saja. Berdasarkan keadaan penyakitnya, beliau bukan saja dilarang makan ikan, daging, bahkan tidak

boleh makan minyak, gula dan tepung dalam prinsip Makrobiotik. Makanan beliau adalah 50% beras perang, 25-30% sayur sayuran, 15% jenis kacang dan

Rumpair laut, sup dan perisa yang digunakan adalah miso. Selain daripada itu, tidak boleh makan terlalu kenyang, terutamanya tidak boleh tidur dengan

perut kenyang pada waktu malam, dan setiap suap nasi harus dikunyah secara

perlahan-lahan. Kesihatannya telah bertambah baik dalam masa sebulan. Sakit

punggung beliau selama dua tahun telah sembuh. Selepas 15 bulan beliau pergi

membuat X~ Ray, mendapati kesemua tumor kansernya telah hilang. Penyakit usus

dan lambungnya selama 20 tahun juga telah sembuh. Beliau berharap dapat

membantu pesakit lain dengan pengalamannya, maka beliau mewajibkan restoran

hospital membekalkan beras perang dan sayur sayuran kepada pesakit, bahkan

bersedia memulakan satu projek pengkajian memerhatikan tindak balas pesakit

terhadap pengubatan pemakanan. Perlu ditambah bahawa, sayur-sayuran

bolehlah dimasak dengan cara mengukus dan memasak dengan cepat. Bagi

mereka yang tidak menghidapi penyakit kanser bolehlah makan sayur-sayuran

yang digoreng dengan sedikit minyak.

(II) Cara Pengubatan Qi-gong

Bagi orang Cina, Qi-gong (Chi Kung) sedikit sebanyak mempunyai unsur

misteri. Ia digolongkan dalam jenis pengamen oleh sesetengah orang, bahkan is juga dikaitkan dengan kung fu dan sebagainya. Sebenarnya Qi-gong merupakan

satu cara pengubatan penyakit pada masa lampau di negeri China. "Pengarahan pergerakan daya tenaga" pernah disebut dalam "Peraturan perubatan dalaman

maharaja Huangdi". la adalah cara pengubatan yang lebih utama daripada cara

pengubatan akupunktur dan ubat herba. Pengubatan " pergerakan daya tenaga"

terdapat beberapa kebaikan: ekonomi, tidak sakit, orang yang berpenyakit atau

tidak berpenyakit juga akan mendapat manfaat. Cara pengubatan Qi-gong sudah

popular di Dinasti Han. Banyak dokumen perubatan yang terperlihara dalam

sebuah makam Dinasti Han yang ditemui di Mawangdui, Changsha Hunan. Di

antara dokumen tersebut terdapat rajah-rajah dan keterangan "Pengarahan

pergerakan daya tenaga" yang teliti. Akhirnya Qigong telah kehilangan

tradisinya sebagai cara pencegahan penyakit dan cara penjagaan badan. la telah

berubah menjadi satu cara bagi pendeta agama Tao menjalankan Taoismes.

Sehingga terputus hubungannya dengan perubatan.

Qi-gong menjadi popular semula di negeri China dalam beberapa tahun kebelakangan ini. la mengutamakan pengubatan penyakit. Qi-gong "baru" ini

berkesan bagi pelbagai jenis penyakit kronik. Cara berlatihnya mengutamakan Xing-gong (satu cara berlatih dalam Qigong). Pada permulaan berlatih pesakit

Page 10: Panduan Penjagaan Kesihatan

10

hendaklah melapangkan fikiran, berhati tenang dan berfikiran optimistik.

Demi mencapai keadaan tenang, sewaktu berlatih bolehlah "memilih tajuk",

umpamanya bunga, kayu, dan benda yang berada di sekeliling kita. Ketika

mempunyai niat yang rumit, haruslah menumpukan fikiran kepada benda yang

dipilih. Biasanya kesihatan penyakit kronik akan bertambah baik setelah berlatih

satu jam setiap hari. Pesakit kanser pula harus berlatih lebih kurang 4 jam

sehari. Tempat berlatih yang paling baik adalah tempat yang berudara segar dan terdapat pokok dan air, jikalau terdapat pokok tusam paling baik. Cara

berlatih yang utama adalah sama seperti bersiar-siar, tumit kaki menyentuh lantai dahulu, kemudian tapak kaki pula menyentuh lantai, kedua-dua belah

tangan bergerak dari kiri ke kanan dengan mengikut rentak kaki. Penting bagi pesakit kanser menghirup banyak oksigen, cara menghirup udara adalah

dua kali hirup dan satu kali hembus, satu langkah dan dua kali hirup, satu langkah dan satu kali hembus, biasanya bermula dengan kaki kiri. Keseluruhan

badan haruslah kendur terutamanya hendaklah "lembut bulat", kedua-dua belah

mata memandang pada tempat yang sama. Selain Xing-gong, terdapat Shou-

gong Yubei-gong dan Shou-gong (cara berlatih dalam Qi-gong), berdasarkan

keadaan penyakit yang berlainan terdapat 20 lebih jenis cara latihan. Kini

telah terdapat lebih daripada 7 ribu orang pesakit yang sembuh akibat cara

pengubatan ini, termasuk pelbagai jenis penyakit kanser. Ramai di antaranya

adalah pesakit tahap akhir. Saya pernah berjumpa dengan 2 orang pesakit kanser

tahap akhir yang menyembuhkan penyakitnya dengan Qi-gong.

Qi-gong dapat mengubati penyakit, terutamanya is membolehkan darah

mengalir dengan lancar. Matlamat yang dicapai adalah melalui cara

pengenduran badan, berperasaan tenang, melakukan gerakan badan dan

ditambah dengan penghirupan. "Bunyi keluaran" juga merupakan salah satu jenis Qi-gong.

Keadaan penyakit yang berbeza dan bunyi berbeza yang dikeluarkan oleh

pesakit dijadikan sebagai panduan pengubatan. Sekurang-kurangnya Qi-gong dapat memperbaiki keadaan perasaan, tidur dan selera pesakit. Qi-gong

dapat mengurangkan kesan sampingan akibat cara pengubatan kemoterapi dan radioterapi.

Berlatih Qi-gong harus mempunyai guru yang sesuai kerana is tidak mudah

dilatih sendiri. Tetapi terdapat satu jenis gerakan mudah yang boleh dilatih

sendiri. Gerakan mudah ini boleh dikatakan sebagai satu jenis Qi-gong, is adalah

gerakan mengayunkan tangan. Maklumat mengenai gerakan mengayunkan

tangan mudah diperolehi di Taiwan, dikatakan bahawa is diturun-

temurunkan oleh mahaguru Da-mo, caranya ialah kedua dua belah kaki dan

bahu berada dalam keadaan serentak, bahagian bawah badan diketatkan, jari kaki

seperti cakar mencakar lantai, dubur ditarik ke atas, keseluruhan badan

bahagian atas badan pula dikendurkan, lidah menahan rahang atas dengan

perlahan, kedua-dua mata memandang secara bersama. Kedua-dua tangan letak

di tepi badan, tapak tangan mengarah ke belakang, ketika ini mengarah ke

belakang sebanyak 30 darjah dan berkendur, tangan diletak balik tempat asal, mengira setiap kali tolak. Orang yang mula berlatih bolehlah berlatih sehingga

seratus atau dua ratus kali, kemudian bertambah hingga seribu kali. Orang yang sakit perlu banyak berlatih. Di Taiwan terdapat juga contoh menyembuhkan

Page 11: Panduan Penjagaan Kesihatan

11

penyakit kanser dengan cara gerakan mengayunkan tangan, ibu saudara saya

adalah salah seorang yang mendapat manfaat daripadanya.

(III) Cara Pengubatan Ubat Herba

Penggunaan ubat herba untuk mengubati penyakit telah bermula sejak

beribu-ribu tahun di negeri China. Herba Klasik Shennong telah menyatakan bahawa ubat herba berhubungan rapat dengan kebudayaan

negeri China. Ubat herba boleh mengubati penyakit kanser bukan lagi merupakan satu penemuan baru. Tabib Cina memberi ramuan ubat yang

berlainan berdasarkan keadaan penyakit yang berbeza. Terdapat beberapa jenis ubat herba yang berkesan dalam pengubatan penyakit kanser: Lobelia

China (sejenis pohon yang mirip pinus), Cephalotaxus, Rehmannia Glutinosa, Oldenlandia, Buah Ligustrum (Ligustrum lucidum), Astragalus membranaceus,

Jamur Kuping Putih (Auricularia auricula judae), Angelica, Ginseng dan

Lycium Chinese dan sebagainya. Terdapat laporan sains yang mengatakan

bahawa Jamur Kuping Putih (Auricularia auricula judae) dan Buah

Lingustrum (Ligustrum lucidum) boleh menambahkan fungsi kekebalan

terhadap penyakit bagi pesakit. Lebih baik meminta nasihat daripada tabib

Cina yang berpengalaman tentang cara penggunaan ubat herba ini. Ubat

herba Cina merupakan satu kaedah yang tidak boleh diabaikan.

Penggunaan ubat herba juga mempunyai sejarah yang lama di negara lain.

Ubat herba yang lebih terkenal dalam pengubatan penyakit kanser adalah:

Chaparral yang digunakan oleh orang Indian Utara Amerika dan Red

Clover Blossom yang digunakan oleh orang Gipsi. Dalam keadaan tertentu,

ubat ini boleh digunakan secara sendirian dan mempunyai kesan. Di Utah, muka seorang lelaki tua yang berumur 68 tahun mengalami ketumbuhan

tumor yang merebak ganas, beliau enggan menjalani pembedahan. Akhirnya beliau makan Chaparral dan sembuh dalam masa 8 bulan. Doktor beliau cuba

memberi ubat herba yang sama kepada pesakit yang lain, dan mendapati ia berkesan. Re d Clover Blossom juga dapat mengubati tumor. Jethro Kloss dalam

buku "Kembali ke Eden" menerangkan bahawa, ubat ini boleh dimakan setelah dimasak selama 15 minit. Dalam bab `Perbincangan tentang pengubatan penyakit

kanser' ada menyebut bahawa selain ubat herba juga harus makan makanan

yang tidak berminyak, mengambil udara yang segar, mendapat cahaya matahari

dan air yang mencukupi dan pengurutan pada kulit.

Walaupun penggunaan secara berasingan beberapa jenis ubat yang disebutkan di

atas mempunyai kesannya tertentu, akan tetapi kesannya tidaklah memuaskan.

Jikalau beberapa jenis ubat herba dimasak secara bersama, kadang-kadang akan

membawa kesan yang tidak dapat dijangkakan. Jason Winters telah menulis buku

"Menghapuskan Kanser" yang mengenai pengalaman beliau berjuang dengan

penyakit kanser. Secara kebetulan beliau telah menemui 3 jenis ubat herba (2

jenis di antaranya adalah Red Clover Blossom dan Chaparral) dan ubat-ubat

tersebut dimasak secara bersama, akhirnya penyakit kanser kerongkong beliau

telah sembuh. Keadaan peristiwa adalah seperti berikut: Jason Winters menghidapi penyakit kanser kerongkong pada 4 tahun yang lepas, selama 6 jam telah

dihabiskan di atas meja operasi untuk penyayatan (istilah Indon untuk biopsy?) bagi pemeriksaan. Doktor berpendapat bahawa beliau hanya dapat hidup untuk

Page 12: Panduan Penjagaan Kesihatan

12

3 bulan lagi. Beliau sudi menerima pengubatan, akan tetapi beliau enggan

menjalani pembedahan. Pada mulanya doktor bersedia mengeluarkan lidah,

daging bahagian keronkong beliau, akan tetapi ini tidak dapat memanjangkan

umurnya. Beliau mulai membaca pelbagai jenis buku dan mendapati ubat herba

dapat mengubati penyakit. Beliau telah pergi ke Singapura untuk mencari sejenis

ubat herba kuno Asia, ubat herba ini tumbuh di negara Asia. Akhirnya beliau

menemui seorang nenek yang tinggal di kampung yang ada menanam jenis ubat ini. Setelah mendapatkannya beliau segera makannya setiap hari, sel-sel kanser

tidak berkembang lagi, akan tetapi is tidak hilang. Seterusnya beliau pergi ke England, tempat kelahirannya, di sana beliau dapat tahu tentang kegunaan Red

Clover Blossom, maka sejenis ubat lagi yang digunakannya. Namun demikian badan beliau masih lemah dari sehari ke sehari, wang simpanannya juga telah habis.

Setelah beliau balik ke rumahnya, setiap hari beliau masih memasak teh ubat herba untuk diminum, selain ubat herba yang dibawa balik dari negara Asia dan

negara Eropah, ditambah pula dengan Chaparral Amerika Utara. Tiga jenis ubat

herba ini dimasak dan diminum secara berasingan, namun badannya masih tidak

bertambah baik. Suatu hari dalam keadaan yang paling teruk, beliau memasak 3

jenis ubat herba secara bersama, keajaiban telah berlaku. Beliau segera

mendapati bahawa inilah yang diperlukan olehnya. Hari tersebut beliau telah

meminum sebanyak 16 cawan, semenjak itu badannya bertambah baik dari

sehari ke sehari, kesemua sel-sel kansernya telah hilang dalam masa 3

minggu, 9 minggu kemudian beliau bekerja semula. Setelah berita ini disebar

luaskan, setiap hari terdapat lebih daripada 100 orang beratur untuk berjumpa

dengan beliau. kerana mahu mendapatkan ubat herba tersebut. Seorang pendeta

juga meminum ubat herba yang sama, bawasir yang dialami beliau selama 20

tahun telah hilang. Sehingga kini terdapat 3 juta orang Amerika yang pernah

menggunakan ubat herba ini, terdapat lebih daripada 100 juta orang di dunia yang pernah mencubai ubat herba ini. Berjuta-juta pucuk surat yang memberitahu

beliau akan kesan ubat herba tersebut.

Penyakit kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pelbagai faktor. Oleh demikian, banyak aspek harus diperhatikan dalam pengubatannya. Prinsip

utamanya adalah untuk memulihkan daya tahan penyakit dan keadaan badan pesakit. Beberapa jenis cara pengubatan yang diperkenalkan dalam bab ini,

adalah cara lembut dan tidak mempunyai kesan sampingan.

"Penyakit masuk dari mulut " boleh dikatakan sebagai faktor utama kejadian

penyakit kanser, maka pencegahan dan pengubatan penyakit kanser haruslah

bermula dari makanan. Makanan boleh memperbaiki keadaan badan, manakala

ubat herba dan Qi-gong pula boleh mempercepatkan penyembuhan penyakit.

Jikalau ketiga-tiga cara di atas digunakan secara bersama, kesannya adalah

lebih baik.

Pesakit mestilah bertekad untuk mengatasi penyakit kanser. Jikalau ragu-ragu

dan tidak bertekad hati, pasti tidak akan mendapat kesannya. Kehidupan dan cara

makan minum juga harus diubah dengan sedaya-upaya. Yang merokok

hendaklah berhenti merokok, yang tidak suka bersenam haruslah meluangkan masa untuk bersenam. Cara gerakan mengayunkan tangan, dan Tai Ji Quan

(sejenis senaman silat tradisional China) sangat sesuai bagi orang yang berbadan lemah. Sentiasa bersikap optimistik adalah sangatlah penting. Cara-cara yang

Page 13: Panduan Penjagaan Kesihatan

13

bijaksana bagi berjuang dengan penyakit kanser dan menghilangkan

kesengsaraan akan mempertingkatkan tenaga kita dengan konsep teori kuantum

keseluruhan, menjalani kehidupan dengan mengikuti prinsip alam semula

jadi, menjadi seorang yang penuh dengan kasih sayang.

Sebab-musabab, Pencegahan dan Pengubatan Penyakit Kronik

Cara kehidupan kita dan alam sekitar adalah sebab-musabab kejadian penyakit

kronik. Umpamanya makan dan minum sebenarnya adalah perkara paling asas, tidak perlu dianalisis. Akan tetapi kebiasaan makan dan minum kita semakin berjauhan

dengan keseimbangan ekologi alam semula jadi pada masyarakat sekarang. Melainkan anda pernah meluangkan masa untuk memahaminya, jikalahu tidak, janganlah anda

makan sebarangan. Ini adalah kerana kini terdapat banyak masalah racun pertanian, masalah pemprosesan makanan. Makanan yang kelihatan cantik, sebenarnya tidak

mengandungi zat makanan. Anda semua haruslah meluangkan masa untuk memahami:

makanan apakah yang sebenarnya kita makan sekarang? Pengaruh apakah yang

dibawa olehnya? Dengan demikian barulah dapat kita menjaga kesihatan badan kita.

Pada tahun 1930an, pernah terdapat seorang doktor gigi yang mengelilingi dunia

untuk menyelidiki keadaan makanan dan kesihatan di setiap masyarakat. Negara yang

beliau pergi adalah Eropah, Swiss, Asia, Artik dan Afrika. Tahun 1930 adalah zaman

penggantian cara lama dengan baru, pada ketika itu, terdapat beberapa tempat yang

masih mengekalkan masyarakat pertanian kuno. Beliau mendapati keadaan kesihatan

semakin teruk setelah memasuki masyarakat perindustrian. Apakah ukurannya? Oleh

kerana beliau adalah seorang doktor gigi, maka gigi dan kerosakan gigi digunakan

sebagai ukuran. Beliau mendapati biasanya di antara 3 orang dewasa akan terdapat

sebatang gigi rosak bagi masyarakat yang makan makanan tradisional, akan tetapi purata setiap orang akan terdapat 9 batang gigi rosak jikalau makanan diubah

kepada makanan industrialisasi, seperti makanan dalam tin, beras putih, tepung putih dan gula putih. Daripada tiga orang mempunyai sebatang gigi rosak berubah menjadi

seorang mempunyai 9 batang gigi rosak, cuba anda fikirkan betapa besar perbezaannya? Oleh kerana gigi mencerminkan kekukuhan keseluruhan struktur

tulang, maka gigi akan rosak jikalau struktur tulang tidak teguh. Ini bermakna, seseorang tidak akan mengalami kerosakan gigi tanpa sebab, gigi hanya akan

rosak ketika kesihatan dalam keadaan yang lebih teruk. Suatu kali ketika berada di

sebuah pulau di Scotland beliau mendapati dua orang adik- beradik yang berasal

dari sebuah keluarga yang sama, di mana abang makan makanan yang

tradisional, manakala adik pula lebih suka makan makanan dalam tin dan gula, gigi

salah seorang di antaranya baik, dan tidak rosak, seorang lagi pula giginya banyak

yang tanggal. Perbezaan kebakaan tidaklah besar bagi keluarga yang sama, kenapa gigi

salah seorang daripada adik beradik tersebut tidak tanggal, manakala gigi seorang

lagi pula rosak? Ini adalah disebabkan oleh ketidaksamaan makanan yang dimakan,

inilah penemuan baru bagi beliau.

Selepas perubahan makanan yang dimakan, selain penyakit sengal, gejala cacat bentuk

tulang juga didapati, selain itu penyakit tuberkulosis juga bertambah. Memang dalam

masa kini penyakit tuberkulosis tidak menjadi masalah, akan tetapi, ia pula merupakan suatu masalah yang serius dalam tahun 1930. Beliau memberi contoh

orang yang hidup dalam hutan, makan makanan tradisional, umpamanya: makan roti kasar, minum susu kambing, bahkan yoghurt juga dibuat dengan cara semula

Page 14: Panduan Penjagaan Kesihatan

14

jadi. Mereka jarang menghidapi penyakit tuberkulosis; manakala terdapat ramai

orang yang tinggal di sekitar bandar yang menghidapi panyakit tuberkulosis. Doktor

gigi tersebut mendapati gigi rosak, penyakit tuberkulosis, dan penyakit sengal telah

bertambah setelah makan makanan perindustrian.

Makanan kita kini telah mengalami banyak perubahan selepas 50 tahun kemudian.

Tahun-tahun kebelakangan ini, saya pernah pergi ke India, Amerika, China, Thailand dan banyak negara, dan mendapati bahawa orang yang benar-benar sihat amatlah

sukar ditemui. Setiap negara terdapat penyakit yang berbeza, sebenarnya keadaan kesihatan amatlah teruk, ini adalah kerana kebiasaan makan dan minum kita kini

telah terpisah dengan alam semula jadi. Kenapa makanan yang telah diproses boleh menyebabkan gigi kita rosak? Ini adalah kerana pemprosesan akan menyebabkan

makanan kehilangan zat mineral. Umpamanya beras perang dan beras putih, apakah perbezaannya? Beras perang dan dedak kaya dengan zat mineral dan vitamin,

terutamanya vitamin B. Setelah kulitnya dibuang, beras putih tidak lagi

mengandungi zat mineral. Keadaan sama bagi gula merah yang mengandungi zat

mineral, manakala gula putih pula tidak mengandungi zat mineral. Penyakit

kolesterol tinggi biasa dihidapi oleh orang masyarakat sekarang. Orang biasanya

menyangka kolesterol tinggi adalah disebabkan oleh pengambilan makanan,

seberarnya tidak. Sebab sebenarnya adalah kerana badan kita boleh mengeluarkan

kolesterol, kolesterol akan menjadi tinggi ketika metabolisme tidak seimbang. Terdapat

satu cara pengubatan yang mudah, iaitu banyakkan makan gula merah atau

molases, ia adalah sirap yang tertinggal ketika membuat gula putih, yang berwarna

hitam itu, dalamnya semua adalah zat mineral. Salah satu jenis zat mineral di

antaranya boleh membantu metabolisme kolesterol. Sebenarnya tebu merupakan sejenis

makanan kesihatan yang mengandungi zat makanan yang baik, akan tetapi kita

mengasingkan bahagian yang manis dengan zat makanannya dan kita hanya makan bahagian yang manis sahaja.

Cuba berfikir dengan teliti: makanan semula jadi dalam kehidupan kita, seperti buah-

buahan yang pada asalnya sangatlah manis, dan mengandungi zat makanan yang tinggi. Kandungan gula sesuatu makanan berhubung rapat dengan kesuburan tanah.

Perbezaan kandungan gula bagi jagung yang ditanam di atas tanah subur dengan jagung yang ditanam di tanah tidak subur adalah sangat besar. Jagung yang manis

mengandungi zat makanan yang baik berbanding dengan jagung yang tidak

manis. Kita bukan saja menghilangkan zat mineral dalam pemprosesan makanan,

bahkan merosakkan kesuburan tanah ketika bercucuk tanam.

Tahun-tahun kebelakangan ini, kami mempercayai akan sains. Jikalau negara Barat

kini terdapat satu agama, agama tersebut adalah sains. Sains merupakan agama yang

sebenar bagi negara Barat sekarang. Oleh kerana orang terlalu mempercayai akan

sains, sehingga menjadikannya sebagai sejenis tahyul, maka kita hanya mempercayai

alat-alat sains dan tidak mempercayai orang. Oang Barat mempunyai kecenderungan

ini. Pernah sekali mereka menghabiskan belanja yang besar untuk membuat kajian,

kemudian mengumumkan di akhbar bahawa susu ibu orang paling baik bagi

bayi, ini memang merupakan perkara yang tidak perlu dikaji dan telah

dimaklumi, akan tetapi disebabkan oleh semua orang terlalu mampercayai sains, sehingga sains menjadi sejenis tahyul.

Page 15: Panduan Penjagaan Kesihatan

15

Sebenarnya pemeliharaan tanah merupakan kerja tradisional, bangsa bangsa zaman

kuno mempunyai cara pemeliharaan tanah masing-masing, terutamanya bagi petani

negeri China yang amat mementingkan tanah. Negeri China masih boleh

mengekalkan kesuburan tanah sejak beribu-ribu tahun lagi kerana petani memahami

bahawa bilakah tanah harus direhatkan dan bilakah harus dibajai. Akan tetapi,

pertanian kini mengutamakan hasil tanaman yang maksimum dalam masa singkat,

bahkan tanaman yang ditanam harus tumbuh dengan cepat. Ini didorong oleh hati yang tamak, kerana mahu mendapat keuntungan yang banyak. Maka banyak bahan

kimia telah digunakan supaya tanaman dapat tumbuh dengan cepat dan cantik, bahkan berhasil banyak. Namun kita tidak menambah balik jenis mikronutrien yang

berbeza yang telah dikeluarkan dari tanah, yang ditambah hanyalah baja kimia. Tanah semakin tidak subur. Sayur sayuran yang ditanam pula kekurangan zat

makanan. Saya masih ingat akan rasa buah teratai yang dimakan sewaktu kecil, sangatlah sedap sehingga sekarang saya masih ingat akan rasanya, kini buah

teratai di Taiwan tidak lagi mempunyai rasa dahulu, ini adalah kerana kehilangan

mikronutrien, oleh demikian, walaupun makan banyak makanan ini, badan pula tidak

akan mendapat zat makanannya.

Satu lagi kajian menunjukkan bahawa kandungan galian pada otot bagi orang Amerika

hanyalah 1/5 daripada orang Afrika. Akan tetapi kandungan galian bagi binatang liar

Amerika masih hampir sama dengan binatang liar Afrika. Ini bukanlah masalah tanah,

bahkan adalah kerana makanan yang dimakan oleh masyarakat bertamadun

terlalu halus, sehingga zat galian dalam badan juga berkurangan.

Selain daripada itu, kandungan mikronutrien juga boleh menyebabkan penyakit

jantung dan pembekuan saluran darah. Sebelum ini pernah saya sebutkan bahawa,

penyakit sengal (Arthritis) dan penyakit jantung disebabkan oleh ketidakseimbangan zat tanah dan makanan. Sekarang ingin saya mengemukakan satu masalah lagi, iaitu

kenapakah makanan yang telah diproses tidak dapat memelihara kesihatan badan kita? Ini adalah kerana dalam pemprosesan makanan biasanya akan ditambah dengan

garam, maka makanan dalam tin dan sayur-sayuran juga mengandungi garam. Saya kurang jelas akan pemprosesan makanan di Taiwan, di Amerika biasanya kepingan

kentang dan almond juga ditambah dengan garam. Sebenarnya garam merupakan sejenis bahan pengawet, oleh itu pada masa dahulu ikan dan daging diawet garam.

Kita akan makan garam yang banyak ketika makan makanan yang telah diproses.

Garam (natrium) dan kalium merupakan bahan yang diperlukan oleh badan kita,

akan tetapi kandungan kalium dalam badan kita haruslah dua kali ganda lebih

daripada garam (natrium). Makanan di Taiwan sekarang mungkin sama dengan

makanan di Amerika. Keadaan sekarang adalah sebaliknya kerana sekarang kita makan

dua kali ganda garam dan satu kali ganda kalium. Bagaimanakah dapat kita

berbanding dengan nenek moyang kita? Lebih sepuluh ribu tahun dahulu, kalium

yang diambil oleh manusia adalah 16 kali ganda daripada garam, daripada 16 kali

ganda berubah menjadi 0.5 kali ganda, cuba anda fikirkan berapa banyakkah

perbezaannya? la akan menyebabkan banyak penyakit. Umpamanya penyakit kencing

manis. Biasanya orang beranggapan bahawa penyakit ini adalah kerana terlalu banyak

makan gula, memang gula mempunyai pengaruhnya, akan tetapi sebab utamanya adalah kerana ketidakcukupan pengeluaran insulin. Pengeluaran insulin dipengaruhi

oleh kalium, di mana kalium boleh meransang pengeluaran insulin. Pengeluaran insulin akan berkurangan. ketika kita makan banyak garam dan kurang makan

Page 16: Panduan Penjagaan Kesihatan

16

kalium, akibatnya akan menyebabkan penyakit kencing manis. Satu penyakit lagi

ialah tekanan darah tinggi. Ada orang menggunakan binatang untuk membuat

kajian, di mana binatang diberi makan garam yang banyak, didapati tekanan

darahnya naik, sebaliknya tekanan darah pula akan turun ketika diberi makan

kalium yang banyak, maka nisbah kalium dan natrium akan mempengaruhi

tekanan darah.

Nisbah kalium dan natrium bagi sel-sel yang normal adalah lebih kurang 5

hingga 6. Sewaktu pertumbuhan dan pembahagian sel-sel, nisbah kalium dan natrium pula akan berkurangan. Nisbah kalium dan natrium bagi sel-sel kanser

adalah kurang daripada nisbah kalium dan natrium sel-sel normal, maka nisbah kalium dan natrium mencerminkan pembahagian sel-sel. Makan banyak garam dalam

jangka waktu yang panjang serta pencemaran udara dan alam sekitar akan menyebabkan penyakit kanser. Berdasarkan statistik, nisbah penyakit kanser bagi

beberapa negara yang banyak makan garam di dunia adalah tinggi, manakala

nisbah penyakit kanser bagi negara yang kurang makan garam adalah rendah.

Melalui nisbah kalium dan natrium, kita dapati bahawa penyakit kanser akan

berkurangan dengan makan kalium yang banyak, kalium mempunyai fungsi

perlindungan. Kalium adalah bersifat larutan air, umpamanya makanan dalam tin dan

tauhu sebenarnya mengandungi kalium yang tinggi, akan tetapi kalium telah hilang

ketika pemprosesan makanan, yang tinggal hanyalah protein.

Tumbuh-tumbuhan adalah sumber kalium yang paling baik, ini adalah kerana

tumbuh-tumbuhan dapat memadatkan/mengumpulkan kalium. Disebabkan kehidupan

yang mewah, orang pada masa kini biasanya kurang makan sayur sayuran, kebanyakan

mereka lebih suka makan daging ayam, itik dan ikan, akan tetapi binatang bukan

merupakan sumber kalium yang baik. Sebagai contoh: sebelum diberi perisa, iaitu sebelum ditambah dengan garam, nisbah kalium dan natrium yang paling tinggi

bagi daging, telur mahupun susu lembu hanya 3 hingga 5; setelah ditambah dengan sedikit garam, proporsinya segera turun menjadi 0.1, ini bermakna

garam adalah 10 kali ganda lebih daripada kalium. Nisbah kalium dan natrium bagi sayur sayuran dan kacang soya pula adalah lebih kurang 200 hingga 300,

pisang mempunyai 200, jenis labu juga mempunyai 200 hingga 300, tembikai mempunyai 700, buah-buahan seperti jeruk keprok dan epal mempunyai lebih

daripada 200, oleh itu, sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan sumber kalium

yang paling baik.

Tadi dikatakan bahawa masyarakat perindustrian paling mudah menjangkiti penyakit

melalui makanan, sekarang magi kita teruskan dengan perbincangan tentang masalah

yang paling diminati oleh orang ramai - masalah mengenai protein. Orang biasanya

menganggap bahawa daging ikan mengandungi protein yang kaya, sebenarnya protein

adalah dibentuk oleh asid amino, protein hanya dapat dihasilkan oleh 8 jenis asid

amino yang ada pada masa yang sama. 2 jenis asid amino daripada 8 jenis asid amino

ini akan hilang ketika dipanaskan, biasanya kita berpendapat bahawa protein boleh

didapati daripada daging ikan, sebenarnya protein daging ikan akan hilang setelah is

dimasak. Oleh kerana kita jarang makan daging ikan mentah, maka badan kita

memerlukan lebih banyak protein. Selain daripada itu, 2 jenis asid amino ini juga akan mempengaruhi daya ingatan dan semangat kita, kekurangan 2 jenis asid amino ini

akan menyebabkan kita mudah berasa letih. Manakala protein tumbuh tumbuhan pula boleh dimakan mentah, umpamanya kacang tanah, bijian, tauge juga boleh

Page 17: Panduan Penjagaan Kesihatan

17

dimakan mentah. Oleh kerana protein makanan ini tidak dirosakkan, maka protein

yang kita perlukan adalah tidak banyak. Semangat dan daya ingatan dapat

dipertingkatkan dengan penambahan pengambilan protein mentah. Sebenarnya jumlah

protein yang kita perlukan adalah tidak banyak seperti apa yang yang disangkakan.

Orang pada masa dahulu beranggapan bahawa protein hanya boleh didapati daripada

daging lembu. Berdasarkan kajian Amerika, protein yang kita perlukan adalah tidak

banyak, terutamanya bagi protein yang tidak dipanaskan, iaitu lebih kurang 1/3 daripada protein masak.

Keperluan kalsium boleh dikurangkan dengan tidak terlalu banyak makan protein.

Orang Amerika di Afrika mendapati, orang Afrika pada umumnya adalah mengutamakan jenis sayursayuran dan tumbuh-tumbuhan, pengambilan kalsium

mereka adalah sangat kurang, namun demikian mereka tidak mempunyai penyakit tulang rapuh. Walaupun pengambilan kalsium bagi orang Amerika adalah banyak,

akan tetapi mereka sentiasa menghidapi penyakit tulang rapuh, ini adalah kerana

bahan sampingan yang bersifat masam akan dihasilkan selepas penghadaman

protein. Oleh kerana kalsium berfungsi meneutralkan sifat masam, maka pengambilan

protein yang banyak akan menghabiskan lagi banyak kalsium.

Pengambilan sumber protein berlebihan akan menyebabkan kekurangan kalsium.

Kesimpulannya, makanan yang semakin mendekati alam semula jadi dan makanan

yang tidak melalui pemprosesan makanan adalah lebih baik. Jikalau anda mempunyai

sebidang tanah atau halaman kecil, bolehlah anda menyuburkan tanah tersebut untuk

menanam sayur-sayuran yang tidak dibubuh racun, dengan itu tanaman yang

ditanam pasti kaya dengan zat makanan. Jikalau tidak berkemampuan berbuat demikian, anda boleh mencambahkan tauge setiap hari, sekurang-kurangnya kita

tahu bahawa is adalah selamat dimakan kerana tidak beracun. Ini adalah sedikit cadangan bagi orang yang tinggal di rumah pangsapuri bandar.

Nafsu Yang Timbul akan Mempengaruhi Fisiologi dan juga

Merupakan Sumber Penyakit

Sekarang ingin saya membincangkan sedikit-sebanyak hasil kajian saya tentang

kesihatan psikologi. Walaupun dengan memakan makanan yang sama, seorang akan

sakit, manakala seorang lagi pula tidak sakit, ia adalah kerana manusia merupakan

binatang yang kompleks. Nisbah bagi orang yang menghidap penyakit kanser

kerongkong di Lingxian, Henan adalah tertinggi di dunia, kerana mereka makan sayur-

sayuran jeruk, iaitu sejenis sayuran yang tidak dibubuh garam dan dijeruk selama

lebih daripada 3 bulan, sehingga is berlapuk. Mereka berpendapat bahawa rasanya

adalah sedap. Walaupun semua orang di Lingxian, Henan makan sayursayuran jeruk

bersama roti atau mantou (roti kukus) yang dibuat daripada tepung jagung, akan

tetapi tidak semua orang menghidapi penyakit kanser kerongkong. Penduduk tempat

tersebut memberitahu saya bahawa, sebelum menghidapi penyakit kanser

kerongkongnya, kerongkong akan berasa tidak sihat ketika terlalu marah atau tidak gembira kerana sesuatu perkara. Ini telah menyatakan bahawa perasaan hati akan

mempengaruhi kesihatan badan.

Page 18: Panduan Penjagaan Kesihatan

18

Sebelum ini pernah saya menerangkan bahawa nafsu yang timbul akan mempengaruhi

fisiologi. Perasaan hati bagaimanakah yang paling tidak berfaedah kepada badan kita?

Seseorang tentu tidak akan berasa gembira jikalau perasaan tertekan dan dapat

kelebihan atau keperibadian diri sendiri tidak diperkembangkan. Terutamanya bagi

orang timur yang lebih konservatif, di mana ibu bapa menaruh harapan yang tinggi

terhadap anak-anak mereka, mereka berharap anak-anak mereka mempunyai rnasa

depan yang cerah. Oleh kerana ibu bapa berpendapat bahawa ilmu kedoktoran amat baik, maka mereka memaksa anak mereka mempelajari ilmu kedoktoran,

walaupun anak mereka tidak meminatinya. Dalam keadaan sebegini, mungkin anda akan kelihatan amat berjaya, namun anda tidak mempunyai kepuasan jiwa, kerana

tidak dapat memperkembangkan kelebihan diri sendiri. Tidak dapat memperkembangkan kelebihan diri sendiri mempunnyai kesan yang besar terhadap

fisiologi, ini boleh dilihat daripada contoh-contoh secara langsung.

Terdapat seorang doktor Lawerence Leshan di Amerika yang khusus mengkaji cara-

cara pengubatan penyakit kanser dengan psikologi. Beliau memberi contoh: Seorang

peguam yang amat berjaya telah menghidapi penyakit kanser otak. Beliau mempunyai

3 orang anak yang comel dan isteri yang cantik. Keperluan umum telah dimilikinya.

Doktor berpendapat bahawa tidak boleh menjalani pembedahan. Setelah beliau

berjumpa dan bersembang dengan doktor psikologi, doktor psikologi mendapati:

isterinya adalah dicari oleh ibunya dan bukan pilihan sendiri; menjadi peguam juga

dipaksa oleh ayahnya dan bukan kerjaya yang diminatinya. Sebenarnya beliau

meminati seni muzik, selama ini beliau berhasrat menjadi seorang ahli muzik. Oleh

kerana ayahnya adalah seorang peguam dan mahu beliau mewarisi kerjayanya; maka

beliau telah menjadi seorang peguam. Walaupun beliau kelihatan amat berjaya, akan

tetapi kehidupan selama ini bukanlah kehidupan yang diingininya. Doktor psikologi itu

bercakap dengan beliau, " Jikalau tidak boleh hidup lagi kerana penyakit kanser otak, maka lebih baik anda menjalani kehidupan pilihan sendiri kerana setelah anda

meningal dunia segala-galanya tidak berguna lagi."

Dalam keadaan itu, beliau meninggalkan kerja peguamnya dan mulai mempelajari muzik, beberapa tahun kemudian beliau telah menjadi anggota orkestra simfoni,

penyakit kanser otaknya telah hilang tanpa diubati.

Terdapat satu faktor lagi yang mempengaruhi psikologi, iaitu tidak boleh memaafkan

orang lain. Dalam kehidupan pasti akan timbul perasaan dipersalahkan, anda akan

berasa tidak sihat jikalau anda tidak dapat memaafkan orang yang tidak baik kepada

anda dan selalu memikirkan orang tersebut. Lebih baik memaafkan orang lain demi

kesihatan anda, ini disebut sebagai "Pemaafan" dalam mazhab Konfusianisme di

negara kita. Dengan demikian, hati anda tidak akan berasa susah ketika memikirkan

orang tersebut, ini berfaedah kepada fisiologi dan psikologi.

Selain daripada itu, lebih baik kita selalu tahu berhutang budi, dengan ini kita tidak

akan menyalahkan tuhan dan orang lain. Biasanya kita tidak tahu menghargai

kebahagian yang dimiliki dan selalu lupa akan apa yang dimiliki, sebaliknya kita

memikirkan barang yang kita tidak ada. Jikalau anda selalu mempunyai perasaan

sebegini, ini akan membebankan badan kita. Walau bagaimanapun, kita akan gembira selalu jikalau tahu berhutang budi, apa yang dimaksudkan "puas dan senang

akan apa yang dimiliki" sebenarnya merupakan satu cara memeliharakan kesihatan. Kehidupan anda tentu akan berwarna-warni dengan adanya hati yang tahu

Page 19: Panduan Penjagaan Kesihatan

19

berhutang budi dan sanggup memaafkan orang lain serta keberanian menyatakan

keperibadian diri sendiri. Maksudnya bersyukur.

Mernaafkan orang lain memang mudah diperkatakan, namun sebenarnya is tidak

mudah untuk dilakukan. Selain daripada cara memaafkan orang lain yang sedia ada,

kita boleh menggunakan kasih sayang untuk mengubatikan kelukaan jiwa, namun

mahu mencintai musuh dan orang yang menyakiti diri sendiri memang tidak mudah dilakukan. Sekarang biar saya memberitahu satu cara memaafkan orang lain ---

menggunakan cara merenungi warna untuk menggantikan orang yang tidak disukai. Warna biru langit biasa adalah cinta tanpa bersyarat. Jikalau terdapat sesuatu perkara

yang tidak dapat anda lupakan, cubalah anda menggunakan cara merenu ngi warna. Pada mulanya memikirkan orang tersebut, kemudian menggunakan cahaya warna

biru untuk menyelubungi orang tersebut, berbuat demikian selama 5 minit hingga 10 minit setiap hari. Kebencian anda terhadap orang tersebut akan berubah selepas

satu bulan, masa yang diperlukan mungkin seminggu sahaja jikalau cepat. Cahaya

warna biru dapat menghilangkan salah faham, bahkan menambahkan perasaan

kasih sayang. Jikalau hubungan anda dengan seseorang tidak baik, bila-bila pun

anda boleh menggunakan cara ini untuk menghilangkan salah faham dan kelukaan.

Terdapat satu cara lagi, iaitu menggunakan pernafasan panjang untuk melakukan

perubahan. Oleh kerana masalah jiwa biasanya adalah disebabkan oleh tidak dapat

melupakan sesuatu dan kebimbangan, maka keadaan ini boleh diubah dengan

pernafasan panjang. Pernafasan dapat mempengaruhi perasaan hati kita, terutamanya

bagi pernafasan panjang yang dapat menenangkan hati kita. Sebenarnya pernafasan

kita akan menjadi cepat ketika kita sedang gelisah atau marah, manakala

pernafasan perlahan ketika kita berhati tenang. Maka bolehlah anda mencubai cara

menarik nafas panjang. Jikalau sebelah tangan anda diletak di atas dada, sebelah tangan pula diletak di atas perut, kemudian bernafas secara biasa, cuba anda

perhatikan tangan manakah yang mulai bergerak. Kebanyakan orang adalah tangan di atas mulai bergerak, ini bermakna bahagian atas paru-paru digunakan untuk

bernafas, cara penafasan ini juga boleh dikatakan sebagai pernafasan pendek. Cara pernafasan ini akan menyebabkan kita mudah berasa tegang. Jikalau tangan

bawah anda mulai bergerak dahulu, ini bermakna cara pernafasan yang digunakan adalah pernafasan perut, is juga boleh dikatakan sebagai pernafasan panjang.

Bolehlah anda berbaring di atas katil untuk berlatih, sebuah buku diletak di atas

perut, buku dan perut ditolak ke atas ketika menarik nafas, perut ditarik balik

ketika berhembus. Secara umumnya, berbaring adalah lebih mudah untuk berlatih.

Pada mulanya tarik nafas dan hembus nafas yang dilakukan adalah sebanyak 10

kali, lama-kelamaan hati akan berasa senang dan tidak gelisah lagi. Cara

pernafasan yang mudah dipelajari ini boleh mengubah perasaan hati kita.

Syarat-syarat Asas Kesihatan Jasmani dan Rohani

-- Tidak Menyakiti Orang Lain

"Hati akan berasa tenang kerana tidak melukai orang lain," ini adalah syarat asas

kegembiraan. Terdapat 5 prinsip tidak melukai orang lain: tidak membunuh, tidak

mencuri, tidak berbohong, tidak berzina, tidak minum arak. Keterangannya adalah seperti berikut

Page 20: Panduan Penjagaan Kesihatan

20

Tidak Membunuh: Semua binatang dan serangga juga takut mati. Kita akan berasa

gembira ketika melihat kelahiran nyawa baru, sebaliknya kita akan berasa takut dan

menjauhkan diri apabila menampak orang mati. Biasanya kita menanti-nantikan

musim bunga dan mengeluh ketika menampak daun gugur pada musim luruh. Oleh

demikian, ketika mengejar kehidupan yang sihat, gembira dan sejahtera, haruslah

kita melindungi nyawa dan elak daripada mencederakan nyawa secara langsung

atau tidak langsung . Kita akan pendek umur dan banyak penyakit jikalau kita membunuh nyawa. Ingat bahawa alam semesta adalah satu lingkungan besar, apa yang

dikeluarkan pasti akan kembali. Terdapat satu ungkapan lagi di kalangan rakyat China: "Sup sayur-sayuran dan taufu dapat menyelamatkan nyawa." Sebenarnya

bidang perubatan telah mempunyai banyak bukti yang dapat membuktikan bahawa sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin dapat mencegah pelbagai jenis penyakit kronik

seperti penyakit kanser, penyakit jantung, penyakit kencing manis dan lain-lain lagi. Kebaikan tidak membunuh yang lain adalah berwajah serasi, ramah-tamah

dan disukai orang ramai. Cuba anda perhatikan kesemua pmbunuh dalam penjara

adalah berwajah ganas, kejam dan ditakuti orang ramai. Jikalau mahukan

kegembiraan mestilah tidak boleh membunuh.

Tidak Mencuri: Setiap orang pasti mencintai barang yang dimilikinya. Orang yang

kena curi pasti bersusah hati. "Barang yang tidak diingini, jangan diberi kepada orang

lain." Tidak mencuri termasuk tidak mengambil harta benda yang tidak halal. Kebaikan

tidak mencuri adalah tidak akan kekurangan kekayaan. Tidak curi masa kerja, curi

barang kerajaan, tidak makan rasuah.

Tidak Berbohong: "Bencana keluar dari mulut, penyakit masuk dari mulut" . Jikalau

tidak berhati-hati akan percakapan, sering kali akan kita lafazkan kata-kata yang

dikesali kemudiannya. Percakapan yang jujur akan mendapat kepercayaan orang lain dan seterusnya dapat mengekalkan persahabatan. Orang yang biasa berbohong

tidak dapat membezakan yang benar dan yang palsu, fikirannya kacau-bilau. Ini akan melukai diri sendiri dan orang lain. Dalam keadaan sebegini bolehkah kita hidup

dengan gembira? Tidak berbohong termasuk tidak bercakap kata-kata munafik. Kata-kata bohong ini is akan menyakiti diri sendiri dan orang lain.

Tidak Berzina: laitu tidak melakukan hubungan lain selain hubungan biasa antara

lelaki dan perempuan. Dalam tradisional, berzina bermakna melakukan hubungan

luar selain hubungan suami dengan isteri. Memandangkan kebanyakan lelaki dan

perempuan masyarakat sekarang telah mempunyai hubungan sebelum berkahwin,

maka definisinya telah dilonggarkan. Hubungan antara lelaki dengan perempuan

adalah paling kompleks di dunia ini. la adalah syurga dan neraka selain itu ia

mungkin adalah lakonan gembira dan lakonan tragedi. Disebabkan nafsu

memiliki di antara lelaki dengan perempuan amat kuat, maka sangatlah penting

bagi mempertahankan sistem monogami demi kebahagiaan perkahwinan. Tragedi

pasti akan terjadi dengan kemasukan orang ketiga.

Tidak Minum Arak: Alkohol boleh menyebabkan orang kehilangan akal budi. Orang

yang berbudi, mungkin akan membunuh, mencuri, berbohong dan berzina selepas

minum arak. Lebih baik jangan minum arak jikalau mahukan kegembiraan.

Menghilangkan Halangan Hati Sanubari

Page 21: Panduan Penjagaan Kesihatan

21

Setelah memiliki syarat-syarat asas kegembiraan, seterusnya haruslah menghilangkan

halangan hati sanubari. Terlebih dahulu, haruslah bertaubat akan perbuatan

menyakiti orang lain dan sendiri: Ini adalah seperti seorang yang digigit oleh

ular berbisa, sebelum dibubuh ubat, terlebih dahulu haruslah mengeluarkan bisanya.

Bertaubat akan kesalahan dan pada waktu yang sama bertekad tidak akan

melakukan kesalahan lagi. Lebih baik bertaubat di hadapan anggota keluarga

yang tua atau orang yang disakiti. Jikalau tidak dapat melakukannya bolehlah menganggap diri sendiri bertaubat di hadapan mereka atau di hadapan Tuhan.

Memaafkan Diri Sendiri dan Orang Lain: Setelah bertaubat, haruslah memaafkan diri

sendiri dan orang lain, hal tersebut jangan disimpan dalam hati. Kita akan disakiti sekali lagi, jikalau kita tidak dapat memaafkan orang lain, kerana kita akan berasa

tidak senang setiap kali memikirkan orang yang menyakiti kita.

Kesabaran Mengubah Kemarahan: Kemarahan merupakan halangan terbesar bagi

kegembiraan, maka kemarahan haruslah disingkirkan. Kesabaran tidak bermakna

menekankan kemarahan, bahkan adalah dengan mempertingkatkan kesempurnaan

batin supaya tidak membuta-tuli. Mengikut prinsip alam semesta, kemarahan hanya

akan melukai diri sendiri, kerana apa yang dikeluarkan akhirnya akan kembali

kepada kita juga. Kesabaran tidak bermakna membiarkan orang lain

menyakiti/melukai kita dengan sesuka hati, bahkan adalah agar kita tidak risau,

tidak marah, sebaliknya memikirkan cara penyelesaian dengan fikiran yang tenang.

Keupayaan berfikir pasti akan turun ketika kita sangat marah, tindakan membabi

buta- hanya akan memburukkan lagi keadaan. Ketika kita berhadapan dengan

orang yang kurang ajar, bolehlah kita menganggapnya sebagai bayi yang deman

teruk dan pemikirannya kurang waras.

Menderma Mengubah Sifat Kedekut: Orang yang murah hati pasti mernpunyai banyak

kawan, manakala orang yang kedekut pula pasti akan kesendirian. Oleh demikian, jikalau mahukan kegembiraan haruslah tahu memberi dan menderma, terutamanya

memberi kepada orang yang memerlukan pertolongan, "Menolong orang adalah sumber kegembiraan." Kita pasti akan berasa gembira ketika membantu orang lain

dengan murah hati.

Bersyukur Mengubah Sikap Keangkuhan: "Puas dan senang akan apa yang dimiliki."

Orang yang bersikap angkuh dan berperasaan tidak puas hati akan menyalahkan

Tuhan dan orang lain, seterusnya akan tidak gembira. Bersyukur boleh mengubah

sikap keangkuhan dan perasaan tidak puas hati. Orang biasanya tidak tahu

menghargai kebahagiaan yang dimilikinya. Biasanya kita tidak akan menghargai

cuaca baik, kita tidak memperhatikan matahari yang terbit dan terbenam. Kita

hanya akan sedar tentang betapa berharganya cuaca baik ketika kelebihan air

hujan atau kekurangan air hujan. Kita tidak akan hidup lagi jikalau matahari

hilang. Oleh demikian, haruslah sentiasa berhutang budi dan berterima kasih

kepada tuhan. Dalam kehidupan terdapat ramai orang dan perkara yang patut kita

bersyukur, terutamanya kawan baik, ibu bapa, anak-anak, badan yang sihat. Kita

masih berpeluang mencipta nyawa asalkan kita masih hidup. Pepatah "Selagi gunung

hijau itu tercengkam, takkan kayu akan habis dibakar." Justeru menasihati anda supaya selalu bersyukur.

Page 22: Panduan Penjagaan Kesihatan

22

Bertumpang Gembira Mengubah Sifat Kecemburuan: Cemburu ketika melihat orang

lain berjaya adalah perkara yang paling tidak gembira dan menjejaskan

persahabatan. Tumpang gembira dapat menghilangkan perasaan cemburu. Tumpang

gembira bermakna kita juga turut berasa gembira ketika melihat orang lain berjaya

dan berbuat baik. Kita bukan sahaja berasa gembira, bahkan juga menanam benih

yang berjaya ketika tumpang gembira.

Hati Kesamarataan Mengubah Kasih Sayang Bertumpu: Hati kesamarataan dapat

menghilangkan sifat membeza yang kuat dan kasih sayang bertumpu. Oleh kerana orang biasanya menaruh perhatian dan terlalu mencintai ahli-ahli keluarga sendiri

dan kawan baik sendiri, mereka akan berasa susah hati apabila berpisah dengan orang yang disayangi. Sebenarnya jikalau hati kita terbuka, orang yang dapat kita

berjumpa itu semuanya adalah orang yang berjodoh/serasi dengan kita, maka di mana-mana pun kita dapat bertemu orang kesayangan, dengan itu kita akan

berasa gembira dan sihat selalu.

Cara-cara di atas adalah beberapa cara yang dapat menghilangkan halangan hati

sanubari, anda pasti akan berasa gembira selalu jikalau dapat melakukannya.

Melainkan manusia dapat menghasilkan sekeping daun, jikalau tidak, pengetahuan

sains dan teknologi hanya permainan silap mata yang lucu semata-mata bagi seluruh

alam semula jadi. Thomas A. Edison

Makanan adalah Ubat Mujarab

Penceramah: Dr. Lai Chiu Nan

Makanan nabati (sayur-sayuran/vegetarian) adalah ubat mujarab, ini boleh

dibincangkan dari kesihatan perseorangan hingga ke kesihatan bumi. (Tidak dapat dinafikan bahawa kita bergantung kepada kesihatan bumi untuk hidup)

Kesihatan Perseorangan dan Makanan Nabati (Vegetarian)

Kesihatan perseorangan dibincangkan terlebih dahulu. Konsep "makanan lebih baik

daripada ubat" sedia ada di negara Barat dan negara Timur. Makanan dapat

mempengaruhi kesihatan bukanlah pendapat baru, kenapakah makanan nabati dapat

mengekalkan kesihatan badan? "Sayur-sayuran dan tauhu dapat menyihatkan badan"

tersebar luas di kampung negeri China. Sebenarnya sejak beribu-ribu tahun makanan

petani negeri China ringkas, selain hari kebesaran, biasanya mereka makan makanan

nabati. Kebanyakan mereka hidup dengan sihat, kecuali dalam keadaan kebuluran

atau menghidapi penyakit berjangkit.

Setelah memasuki masyarakat perindustrian dari masyarakat pertanian, bukan saja

alam sekitar kehidupan telah berubah, bahkan pemakanan kita juga mengalami

perubahan yang besar. Pada masa dahulu, daging hanya dapat dimakan pada hari

kebesaran, namum is dapat dimakan tiap-tiap hari pada masa kini. Pada masa

dahulu, gula putih adalah barang mewah, namun is dapat dibeli bila-bila masa saja pada masa sekarang. Beras bulu dan tepung kasar juga telah digantikan oleh beras

putih dan tepung putih. Perubahan pemakanan dalam masa 20 hingga 30 tahun yang singkat ini telah mempengaruhi keadaan kesihatan secara umumnya. Penyakit-

Page 23: Panduan Penjagaan Kesihatan

23

penyakit seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis, penyakit kanser, penyakit

gemuk dan penyakit menjadi tua sebelum waktu mudah didapati. Nampaknya seakan-

akan umur purata telah meningkat, akan tetapi sebenarnya kadar kematian bayi telah

menurun. Purata umur (Life Expectancy) selepas umur 40 tahun di Amerika tidak

meningkat sejak 50 tahun. Sains perubatan telah bertambah maju, akan tetapi

dapatkah is memanjangkan umur, inilah yang diragui. Hakikat telah membuktikan

bahawa makanan nabati yang sesuai bukan saja dapat mencegah penyakit, bahkan dapat mengubati penyakit. Buku-buku dan majalah yang mengenai aspek ini adalah

banyak. Kedai-kedai buku di -Amerika terdapat banyak buku jenis ini. Walaupun ada ahli gizi yang menitiberatkan pemakanan mentah dan ada pula yang menitikberatkan

pemakanan yang telah dimasak, ada yang menitikberatkan beras bulu, ada pula yang menitikberatkan kecambah gandum, akan tetapi kesemuanya telah membuktikan

bahawa makanan nabati dapat mengubati penyakit.

Sebuah buku diberi sebagai contoh. Dr. Henry Bieler, dalam bukunya "Makanan adalah

Ubat Mujarab Anda" (Food Is Your Best Medicine) menunjukkan bahawa ubat Barat tidak

kira dalam keadaan apa pun juga mempunyai kesan sampingan, is akan menyebabkan

penyakit-penyakit yang lain. Sebaliknya, makanan tidak terdapat kekurangan ini. Beliau

menggunakan makanan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit selama 50 tahun

bertugas sebagai seorang doktor. Pesakit beliau termasuk bintang filem Hollywood,

Gloria Swanson adalah murid setia beliau sejak tahun 1927.

Gloria Swanson berumur panjang dan dapat mengekalkan keremajaannya. Buku ini

menitikberatkan hubungan erat sayur-sayuran dan kesihatan. Beliau mengemukakan

banyak contoh tentang penggunaan sayur-sayuran untuk mengubati penyakit dalam

petikan "Sayur-sayuran adalah Ubat Mujarab Pengubatan Diri Sendiri Anda"

(Vegetables As Do-it-yourself Therapy). Beliau berjaya menggunakan alfalfa (ketika itu adalah akhir musim luruh, sayur-sayuran segar tidak dapat dibeli), susu segar dan

roti bergandum penuh (whole meal bread) untuk mengubati penyakit kulit berborok yang telah berberapa tahun seorang petani. Sejak itu, petani tersebut tidak berani makan

daging babi, gula putih dan tepung putih lagi. Selain daripada itu, cara pengubatan penyakit kencing manis adalah di mana pesakit dibiar berehat selama 2 hingga 3

hari. Dalam masa ini, pesakit hanya minum sup yang dimasak dengan seladeri, seladeri Belanda (Parsley), kacang buncis dan labu Itali. Kemudian kembali kepada

pemakanan yang sesuai, namun makanan nabati juga diutamakan. Minum sup sayur-

sayuran selama 2 hingga 3 hari (tidak ditambah garam), sehingga dapat mencari

pemakanan yang sesuai dan dapat mengawal penyakit kencing manis. Beliau

berpendapat bahawa kalium adalah kandungan utama pankreas. Penyakit kencing

manis akan dihidapi ketika fungsi pankreas tidak sempurna. Fungsi pankreas akan

pulih jikalau menambahkan kandungan kaliumnya. Sayur-sayuran kaya dengan

kalium. Nisbah kalium dan natrium sayur sayuran adalah ratusan kali ganda

berbanding dengan ikan. Contoh penggunaan makanan nabati untuk menghilangkan

tumor juga disebut. Seorang bintang filem dapat menghilangkan tumor rahim yang

sebesar limau besar dengan pemakanan nabati selama 2 tahun.

Dr. Henry Bieler mengamalkan pemakanan nabati. Beliau telah berumur hampir 8 0

tahun ketika bukunya diterbitkan pada 1965. Beliau baru meninggal dunia kebelakangan ini. Beliau mencadangkan supaya kurang makan daging dan makanan

yang telah diproses, sebaliknya banyak makan sayursayuran dan padi-padian yang tidak diproses.

Page 24: Panduan Penjagaan Kesihatan

24

Cara perlaksanaan makanan yang menganggap makanan nabati sebagai ubat mujarab

boleh dibahagi kepada 2 aliran. Satu aliran berpendapat segala makanan dimakan

mentah, terutamanya bagi kecambah tumbuh-tumbuhan. Memang terdapat banyak

contoh yang berjaya mengubati penyakit, akan tetapi is mungkin tidak sesuai dengan

selera orang Cina. Satu cara makan lagi adalah cara yang mengutamakan beras

perang, sekoi, gandum kuda dan sayur-sayuran yang dimasak, cara ini disebut sebagai Makrobiotik. Pada prinsipnya cara makan ini ditentukan mengikut cuaca alam

sekitar tempat tinggal, cara ini menitikberatkan makan makanan bermusim dan makanan tempatan. Makanan yang dimakan termasuk jenis benih (bijian dan

sebagainya), Rumpair laut (rumpair laut), sayur-sayuran dan akar sayur (lobak dan sebagainya), buah-buahan kering, buah-buahan segar, bijirin dan jenis kacang,

kurangkan minyak, sayur dimasak atau dikukus, kurangkan garam, miso digunakan sebagai perisa. Makrobiotik amat popular di Amerika, kebelakangan ini terdapat

banyak contoh pesakit kanser yang berjaya menggunakan cara makan ini untuk

memulihkan kesihatan.

Kalium dan natrium harus dibincangkan ketika menerangkan sebab-sebab makanan

nabati dapat mengubati dan mencegah penyakit. Pernah diterangkan sebelum ini

bahawa tumbuh-tumbuhan mengandungi kalium yang tinggi, jikalau nisbah kalium

dan natrium digunakan sebagai ukuran, labu ialah 360 (iaitu kalium adalah

360 kali ganda bagi natrium), kacang kedelai 331, pisang 380, jeruk keprok

221; sebaliknya daging ayam, itik dan ikan paling banyak tidak melebihi 3 hingga 5,

ham adalah 0.3, iaitu natrium lebih daripada kalium, udang karang 0.9.

Maklumat di atas adalah maklumat kementerian pertanian Amerika. Pendek kata,

sayur-sayuran dan buah-buahan biasanya terdapat 200 ke atas, makanan yang telah diproses pula seperti kek, makanan dalam tin dan sebagainya berada di

bawah 1. Masalah kalium dan natrium tidak banyak dibincangkan oleh sains, ia adalah bidang baru bagi kami. Kenapa kalium berhubung rapat dengan kesihatan

kita? jikalau sel-sel mahu berfungsi normal, haruslah menyerap banyak kalium dan menyingkirkan natrium. Kandungan kalium dalam selsel adalah lebih kurang 10

kali ganda natrium, jikalau sel-sel yang rosak kehilangan kalium, is segera akan mulai membiak dan memecah belch. Nisbah kandungan kalium dan natrium bagi sel-sel

dalam pertumbuhan dan sel-sel kanser adalah kurang daripada sel-sel yang

normal. Kalium dan natrium boleh mengawal pertumbuhan sel-sel. Sel-sel kanser dapat

membiak dengan tidak terhad mungkin mempunyai hubungan secara langsung

dengan kalium, pengkajian dalam aspek ini masih berada di tahap permulaan. Pada

masa ini, ilmu statistik telah melaporkan bahawa perbandingan terbalik pengambilan

kalium dan angka kejadian penyakit kanser beberapa negara adalah satu, ini telah

menerangkan bahawa kalium mungkin dapat mencegah penyakit kanser. Mungkin

disebabkan penambahan pengambilan kalium, sayur-sayuran boleh mengubati

penyakit kanser. Secara umum, tekanan darah tinggi berkaitan dengan kelebihan

natrium, bahkan kalium dapat menurunkan tekanan darah. Vegetarian tidak akan

mempunyai gejala tekanan darah tinggi jikalau tidak makan terlalu banyak garam.

Berdasarkan penyelidikan Kerajaan Amerika, orang yang normal harus mengambil

banyak kalium berbanding dengan natrium, nisbah kalium dan natrium adalah 2:1. Sebenarnya nisbah pengambilan pada masa kini adalah 0.7, patutlah penyakit kanser

dan penyakit jantung memduduki tempat pertama (Taiwan juga hampir sama) di dalam penyakit yang menyebabkan kematian di Amerika, dan is mendahului di

Page 25: Panduan Penjagaan Kesihatan

25

dunia. (Mengikut laporan, dijangka akan terdapat 45 juta orang mati akibat

penyakit kanser di Amerika pada tahun ini, ini bermakna orang yang mati

setiap hari adalah sejumlah 1231 orang).

Kesihatan Nabati (Vegeratian) dan Bumi

Perbincangan hubungan makanan nabati dengan kesihatan badan di atas adalah untuk membuktikan bahawa makanan nabati memang merupakan ubat mujarab. Apakah

hubungan makanan nabati dengan kesihatan bumi? Ini akan dibincangkan di bawah.

Kini kita telah sedar akan terhadnya sumber bumi, terutamanya minyak bumi, tanah yang subur dan air yang bersih, kita juga tahu bahawa ramai orang di bumi

yang perut mereka tidak kenyang. Adakah ini disebabkan oleh ketidakcukupan bahan makanan? Atau disebabkan oleh ketidaksesuaian pengendalian? Frances Moore

Lappe dalarn "Makanan bagi Planet Kecil" (Diet for a Small Planet) pernah menjelaskan

dengan jitu bahawa masalah sekarang bukanlah kerana ketidakcukupan bahan

makanan, bahkan adalah kerana pembaziran sumber bumi. Penggunaan bijirin untuk

membela lembu, kambing dan babi adalah amat membazir, purata 7 paun bijirin

dan jenis kacang hanya dapat menghasilkan 1 paun daging. Biasanya nisbah pertukaran

daging penternakan babi di Taiwan adalah lebih kurang 4, ini dikira dengan

menggunakan babi bulu. Jikalau puratanya dikira dengan daging bersih, ditambah

pula dengan faktor=faktor kerugian akibat kematian babi, pengangkutan makanan

ternakan dan penyimpanan dalam gudang, ia hampir sama dengan angka "7".

Pembelaan lembu lagi membazirkan. Satu paun daging lembu memerlukan 16 paun

bijirin dan kacang kedelai. Lima puluh peratus tanaman pertanian yang dihasilkan di

Amerika digunakan untuk membela ternakan.

Baja kimia dan racun pertanian banyak digunakan untuk menghasilkan tanaman yang

banyak, ini bukan saja mencemarkan tanah bahkan menghabiskan minyak bumi (kebanyakan baja kimia dan racun pertanian adalah bahan sampingan minyak

bumi). Pada masa yang sama, tanah yang telah dirosakkan tidak dapat dipulih secara semula jadi (Regenerate). Setiap tahun kehilangan banyak tanah yang subur

dan tenaga produktif pula turun setiap tahun, dengan demikian harus menggunakan lagi banyak baja kimia, ini telah menyebabkan edaran buruk.

Air adalah satu lagi sumber bumi yang berharga. Air minuman dan air pengairan hanya

berkurangan dan tidak bertambah pada setiap tahun. Paras air bawah tanah beberapa

tempat di Amerika turun antara 6 inci hingga 6 kaki setiap tahun. Penghasilan

daging lembu menghabiskan banyak air, 1 paun daging lembu yang dihasilkan

memerlukan 2500 gelen air, manakala satu paun kacang kedelai yang ditanam hanya

memerlukan 1 hingga 3 peratus air daripadanya. Lima puluh peratus air di

Amerika adalah digunakan untuk menghasilkan jenis daging. Pakar-pakar telah

menyeru kita supaya harus mempertimbangkan semula kebiasaan makan dan minum

kita, kerana kita akan menghadapi masalah kekurangan air.

Penggunaan sumber bumi adalah kurang bagi menghasilkan makanan yang bersifat

tumbuh-tumbuhan berbanding dengan makanan yang bersifat binatang. Satu contoh yang diberi ialah: Penghasilan 1 kalori protein, jikalau mendapatkannya daripada

kacang soya hanya memerlukan 2 sumber tenaga; jenis kacang lain atau bijirin ialah 3.5 kalori, daging babi adalah 35 kalori, daging lembu 78 kalori.

Page 26: Panduan Penjagaan Kesihatan

26

Orang dahulu berpendapat protein binatang adalah lebih tinggi daripada protein

tumbuh-tumbuah, ini merupakan pengetahuan yang tidak menyeluruh. Protein adalah

dibentuk oleh asid amino, 8 jenis daripadanya sangatlah diperlukan oleh badan kita.

Kandungan protein bijirin dan jenis kacang amat tinggi, akan tetapi kandungan asid

aminonya tidak sama rata. Jenis kacang mengandungi Lysine yang tinggi, tetapi

sebahagian asid amino yang mengandungi sulfur adalah rendah. Bijirin pula sebaliknya. Jikalau ia dimakan secara bersendirian, nilainya pula akan berkurangan,

akan tetapi jikalau ia dimakan bersama, nilainya pula akan bertambahan. Biasanya orang tidak akan hanya makan kacang semata-mata dan tidak makan bijirin. Oleh

demikian, penggunaan protein tumbuhan tidak rendah daripada penggunaan protein daging.

Makanan tradisional banyak negara di dunia dipadankan dengan amat sesuai, taufu

dan nasi di negeri China, kacang merah dan biskut jagung di Mexico, kecap bijian

(atau garbanzo bean) dan biskut gandum Timur Tengah, kacang dan nasi atau biskut di

India. Makanan tumbuh-tumbuhan boleh menyediakan semua keperluan badan,

termasuk protein, jikalau kita tidak terlalu memilih makanan. Berdasarkan penyelidikan

purata protein yang dimakan oleh orang Amerika Syarikat adalah 2 kali ganda

keperluan badan. Pengambilan protein masih tinggi daripada keperluan badan jikalau

tidak makan daging. Protein yang terlalu banyak bukan sahaja membazirkan

tenaga, bahkan akan menjejaskan badan terutamanya buah pinggang.

Lampiran I

Contoh-contoh Nyata

Tukak Lambung (Ulser perut): Puan Wong yang tinggal di Hawaii menghidapi

penyakit tukak lambung, gambar X-ray mendapati bahagian yang tukak berwarna merah. Lambungnya akan berasa sakit setiap kali beliau makan buah-buahan seperti

jeruk keprok dan buah-buahan yang lain. Beliau mengubah makanannya kepada makanan semula jadi setelah menerima cadangan ibu saya, pada waktu yang sama

makan sekeping daun segar confrey setiap hari (dimakan pada waktu pagi ketika perut masih kosong). Tidak sampai beberapa minggu, penyakit tukak lambung beliau

bertambah baik. Gambar X-Ray menunjukkan bahawa gastriknya tidak lagi berwarna

merah. Apabila makan buah-buahan gastriknya juga tidak sakit lagi.

Alergi: Seorang Cina di Australia menghidapi penyakit alergi lebih daripada 10 tahun.

Pernafasan beliau susah ketika perubahan musim, ubat yang dimakan pula akan

menyebabkan penyakit asma. Setelah beliau makan sekeping daun segar confrey

setiap hari, keadaan penyakitnya telah bertambah baik dalam masa tidak sampai

sebulan, oleh itu keyakinan terhadap diri sendirinya telah bertambah, bahkan beliau

mengubah cara makan dan minumnya dengan mengutamakan sayur-sayuran, buah-

buahan dan kurang makan daging. Sejak itu penyakit alerginya tidak berulang lagi.

Walaupun beliau telah berumur hampir 70 tahun, namun beliau masih sangat aktif dan

sihat, bahkan kelihatan lebih muda lagi berbanding dengan masa dahulu.

Hempedu berbatu: Terdapat banyak contoh yang berjaya mengeluarkan batu hempedu

dengan menggunakan jus apel, garam epsom dan minyak zaitun. Antara orang

Page 27: Panduan Penjagaan Kesihatan

27

yang saya kenali itu terdapat 7 orang, termasuk saya sendiri pernah menggunakan

cara tersebut. Sekarang saya memberi beberapa contoh

Rakan sekerja saya Jim telah berumur 50 tahun lebih, beliau menjalankan kerja

pemeliharaan sel-sel. Pada suatu hari, ketika beliau berjumpa dengan saya, beliau

mengadu bahawa baru-baru ini beliau selalu sakit perut dan doktor mengatakan bahawa

sakitnya adalah disebabkan oleh parasit. Perut beliau masih sakit selepas makan ubat, selain itu beliau juga mempunyai gejala pening kepala. Setelah mendengar

keterangannya, saya pasti bahawa sakit perutnya adalah kerana hempadunya berbatu dan bukan kerana parasit. Sudah beberapa tahun dia makan ubat yang menurunkan

kolesterol, kebelakangan ini kerana tidak sihat barulah beliau berhenti makan ubat berkenaan. Keterangan kotak ubat yang dimakannya, ada menyebutkan bahawa salah

satu kesan sampingan penggunaan ubat tersebut adalah saluran empedu mengeras. Beliau menggunakan cara pengeluaran batu hempedu, satu minggu kemudian banyak

batu dikeluarkan, perut beliau tidak sakit lagi.

Satu contoh lagi ialah setiausaha yang mempunyai penyakit hempedu berbatu yang

serius. Doktor mencadangkan supaya beliau menjalani pembedahan, akan tetapi beliau

menangguhkannya. Beliau tidak boleh makan makanan yang berminyak. Setelah

mendapat cara pengeluaran batu hempedu, 5 hari berturut-turut beliau minum 4 gelas

jus apel setiap hari, pada hari yang keenam tidak makan nasi, pada pukul 6 malam

minum segelas air yang ditambah dengan sesudu garam epsom, pada pukul 8 malam

minum lagi segelas air garam epsom, pada pukul 10 malam minum segelas air

lemon yang ditambah dengan minyak zaitun. Beliau menelefon saya pada pukul 7:30

pagi hari keesokan untuk memberitahu saya bahawa beliau telah berjaya mengeluarkan

14 biji batu, ada yang sebesar ibu jari, ada pula halus seperti pasir. Sejak itu beliau

boleh makan banyak makanan dan tidak mempunyai kesan sampingan yang buruk.

Contoh yang terakhir adalah seorang wanita bangsa Cina berumur 30 tahun yang tinggal di Hillston. Oleh kerana hempedunya berbatu, kadang kala beliau mengalami

kesakitan selama 4 jam. Doktor mencadangkan supaya beliau menjalani pembedahan. Beliau meminta nasihat daripada saya, sebanyak 2O hingga 30 biji batu hempedu yang

sebesar kacang polong telah dikeluarkan dengan mengeunakan cara yang mudah ini, terdapat beberapa biji yang sebesar ibu jari. Walaupun saya tidak mempunyai gejala

hempedu berbatu, akan tetapi saya dapat mengeluarkan beberapa biji batu dengan

menggunakan cara tersebut. Mengikut ramalan saya, setiap orang mungkin

mempunyai batu empedu, yang berbeza hanyalah bilangan dan saiz batu empedu.

Kanser paru-paru: Kanser paru-paru adalah penyakit yang sangat sukar diubati bagi

doktor Barat. Maklumat pusat kanser negara Amerika menunjukkan bahawa nisbah

hidup 5 tahun adalah 10 peratus. Nisbah hidup bagi pesakit yang dirawat dan tidak

dirawat adalah sama. Pada awal bulan Mei tahun ini, seorang pesakit paru-paru

yang ditemani oleh ahli keluarganya datang ke pejabat saya, beliau mahu mempelajari

Qi-gong.

Beliau menghidapi penyakit kanser paru-paru pada awal bulan Mac, pada mulanya

beliau mahu segera menjalani pembedahan, akan tetapi pada masa yang sama didapati menghidapi penyakit kanser, poros usus, maka pembedahan poros usus dijalani

terlebih dahulu dan dibuktikan bahawa is bersifat ganas. Pembedahan bahagian paru-parunya ditangguh hingga akhir bulah Jun. Saya mencadangkan supaya beliau

Page 28: Panduan Penjagaan Kesihatan

28

mengubah cara makan dan minumnya dan berlatih Qi gong. Artikel saya

(Perbincangan tentang cara-cara pengubatan penyakit kanser) juga diberi kepada

beliau. Selain daripada itu, saya mencadangkan supaya beliau makan tepung bibit

barli (Barley Green), kerana ia lebih mudah didapati berbanding dengan bibit

gandum. Pada masa yang sama menambah zat mineral serta makan barang-barang

buatan Goldstake. Pada awal bulan Jun, beliau mulai mempelajari Waidangong, beliau

diajar secara persendirian oleh Betty orang Amerika (tamatan kelas antarabangsa Taiwan). Satu hari sebelum menjalani pembedahan pada akhir bulan Jun, beliau

pergi ke hospital Andeson untuk pemeriksaan sebelum pembedahan, didapati bayangan paru-parunya hampir tidak ada lagi (sebenarnya adalah kanser berpanjang

lebih kurang satu setengah sentimeter garis tengah yang jelas), akhirnya pembedahan telah dibatalkan. Dalam keadaan tidak dapat diterangkan, doktor

mengatakan bahawa mungkin kerana radang dan bukan kanser, beliau tidak berani memberitahu doktor bahawa beliau pernah mencuba resepi ubat kalangan rakyat.

Akhirnya disahkan dari maklumat pemeriksaan doktor hospital, rekod beberapa kali

X-Ray dan pengujian darah mulai bulan Mac bahawa ia adalah kanser, cuma tidak jelas

samaada ia bersifat sedia ada atau disebabkan pengalihan. Sehingga akhir bulan Jun,

keadaan penyakitnya baru bertambah baik. Saya menanyakan beliau dan ahli

keluarganya cara apakah yang telah digunakan, mereka memberitahu bahawa

kesemua cadangan saya telah pernah mereka cuba, maka tidak tahulah cara

mana satu yang berkesan. Kanser paru-paru dapat dihilangkan dalam masa tidak

sampai sebulan adalah sangat cepat, saya berpendapat bahawa cara pengubatan yang

bersifat sintesis amat berkesan. Cara-cara di bawah adalah cara yang

digunakan oleh beliau: berjumpa dengan tabib Cina, makan ubat tradisional Cina,

makan makanan nabati, makan tepung bibit barli, pit mineral dan berlatih Qi gong.

Lampiran II

Makanan Sebagai Ubat Mujarab

Jikalau mahu makan makanan yang berfaedah kepada kesihatan, terlebih dahulu haruslah menyediakan bahanbahannya. Bahan-bahan yang asas boleh dibahagi kepada

jenis padi-padian, jenis kacang, jenis benih dan buah berbiji keras, gariggang laut, dan barangan buatan kacang kedelai. Jenis kacang lebih baik dibiar bercambah untuk

dimakan kerana gizinya lebih kaya dan ia lebih mudah dihadamkan. Jikalau mahu

dimasak lebih baik is direndam terlebih dahulu kerana dalam proses bercambah

dalam air, protein jenis kacang akan diurai menjadi asid amino yang mudah

diserap dan kandungan pelbagai jenis vitaminnya juga akan bertambah. Miso

(taucu) selain berfungsi sebagai bumbu, ia juga dapat menyingkirkan radioaktif logam

dalam badan. Rumpair laut (Rumpair laut) yang kaya dengan zat mineral boleh

melengkapkan kekurangan makanan daratan.

Bijirin: kuning oat (Oatmeal, rolled oats), sekoi (Millet), gandum kuda (Buckwheat),

barli (Barley), rai (Rye), gandum (Wheat), beras perang (Brown Rice), jagung (Corn)

dan lain-lain lagi.

Jenis kacang: Kacang merah (Adzuki beans), kacang hijau (Mung beans), kacang buncis (Lentil), kacang hitam (Black beans), kacang putih (Peas) dan kacang kuda

(Chick Peas).

Page 29: Panduan Penjagaan Kesihatan

29

Jenis buah berbiji keras: Bijan (Sesame), biji bunga matahari (Sunflower seeds), biji labu

(Pumpkin seeds), Almond (Almond), biji tusam (Pine nuts), kacang gajus (Cashew

Nuts), walnut, kacang tanah (Peanut) dan lain-lain lagi.

Lemon: Lemon mempunyai banyak kebaikan dalam pemeliharaan kesihatan. Air minuman boleh ditambahkan beberapa titik air lemon. la boleh menghilangkan nanah

dan mensteril jikalau is disapu pada tempat luka, umpamanya kulit alergi atau jerawat, nanah dan sebagainya. Air lemon juga dapat mengubati penyakit sembelit, tukak

lambung, demam dan lain-lain lagi. Segelas air suam yang ditambah dengan sebiji air lemon boleh ditambah dengan molases. Ketika kerongkong radang, boleh

menggunakan air lemon untuk mencuci mulut, orang yang ginjal berbatu juga boleh minum banyak air lemon.

Halia: Halia bersifat panas, is boleh mendorong peredaran darah. Ketika menumis sayur-

sayuran atau memasak sup pati boleh dimasukan satu atau dua hiris halia, is boleh

meneutralkan makanan yang terlalu bersifat sejuk.

Penggunaan secara luaran juga mempunyai fungsi yang sama. Cara kompres panas

luaran: sejemput halia mentah hiris yang dibalut dengan kain kasa dimasukkan ke

dalam air dan dimasak selama 10 minit, kemudian sapu tangan dimasukkan ke

dalam air halia untuk direndam, akhirnya bolehlah tuam panas pada bahagian badan

yang tidak sihat. Ketika selsema bolehlah tuam pada bahagian paru-paru; ketika fungsi

ginjal lemah boleh tuam pada bahagian belakang pinggang; orang yang mempunyai

penyakit denging telinga kadang kala bolehlah tuam panas pada bahagian pinggang

selama setengah jam, keadaan penyakit akan bertambah baik.

Molases (Molasses iaitu hasil sampingan membuat gula putih) (gula merah, gula tebu): Sebenarnya tebu tergolong dalam jenis rumput, ia mengandungi zat makanan yang

baik, akan tetapi dalam proses menghasilkan gula putih, vitamin dan zat mineral telah dipadatkan dalam Molases, terutamanya bagi Vanadium yang boleh

menguraikan kolesterol. Orang yang mempu nyai kolesterol yang tinggi boleh makan sesudu molases setiap hari.

(Keterangan: Molases tidak dapat dibeli di pasaran di Taiwan, tetapi is boleh diganti

dengan gula merah)

Miso (tauco): Terdapat banyak jenis Miso, is boleh dibuat daripada kacang kedelai,

Barli, gandum kuda, beras dan sebagainya yang diragikan. Oleh kerana ia kaya dengan

vitamin B12, maka ia adalah sumber yang penting bagi vegetarian untuk mendapatkan

B12. Dalam Miso terdapat satu jenis ragi istimewa yang boleh mengeluarkan bahan

radioaktif daripada badan. Dalam akhir perang dunia kedua, setelah bom atom

digugurkan ke Hiroshima, sebahagian orang yang tinggal dalam hospital yang

mengutamakan pengubatan makanan telah selamat. Ini adalah kerana pengetua

hospital tersebut menyuruh semua orang makan Miso secara terusan, bahkan

hospital Katolik yang bersebelahan itu pula mengalami kematian dan kecederaan yang teruk. Demi tidak merosakkan ragi Miso, lebih baik ditambah ketika sayur--

sayuran hendak dihidangkan, is boleh menggantikan kecap dan garam.

Page 30: Panduan Penjagaan Kesihatan

30

Rumpair laut : Rumpair laut adalah sumber mikronutrien dan zat mineral yang paling

baik. Oleh kerana pertanian masa kini banyak menggunakan baja kimia dan tanah

biasanya kekurangan mikronutrien, maka mesti makan benda hidup laut untuk

menambahkan mikronutrien. Ketidakseimbangan pengambilan zat mineral akan

menyebabkan banyak penyakit.

Sup menguatkan buah pinggang: Menggunakan kacang hitam, bidara hitam, kacang tanah, kulit beligo dan gula hitam yang sama bilangannya untuk dimasak sup, ia

boleh menguatkan fungsi buah pinggang. Sup ini boleh dimakan beberapa kali dalam seminggu, is adalah resepi kalangan rakyat.

Bubur Bijirin: Menggunakan mesin pengisar untuk menghancurkan 5 jenis bijirin

yang dipilih supaya menjadi serbuk dan ditambah dengan air yang mencukupi untuk dimasak menjadi bubur. la akan berasa manis setelah ditambah dengan anggur

kering atau madu, sebaliknya is akan berasa masin ketika ditambah dengan Miso

dan minyak bijian, boleh juga dibubuh serbuk bijian atau serbuk biji labu.

Muesli: Ini adalah makanan kesihatan yang dicipta oleh Bircher Benner, ahli gizi

makanan Swiss yang terkenal. Orang dewasa dan kanak-kanak juga boleh makan,

pesakit boleh makan tiga kali

sehari.

Kadar seorang: 2 sudu kuning oat, 4 sudu air sejuk, sesudu benih atau walnut,

setengah biji air lemon, sebiji buah-buahan (pisang, epal, betik dan buah-

buahan yang dipilih mengikut musim), kuning oat direndam dalam air satu

malam.Pagi keesokan hari pagi ditambah dengan bahan-bahan yang lain, buah-

buahan dipotong halus dan digaul bersama, is boleh dimakan dengan tanpa dimasak.

Manusia hanya akan menyedari bahawa wang tidak dapat mengenyangkan

perut yang lapar apabila pokok yang terakhir ditebang, sungai yang terakhir

dicemari, dan ikan yang terakhir ditangkap dan dimakan! - ramalan orang

Indian Amerika

Sup Menguatkan Buah Pinggang

Bahan-bahan : 2 cawan kacang hitam, 2 cawan kacang tanah, 7 biji bidara hitam, 2

cawan kulit beligo.

Bahan tambahan: 1 cawan gula hitam.

Cara memasak

(1) Terlebih dahulu merendamkan bahan bahan selama 3 hingga 5 jam,

kecuali kulit beligo.

(2) Bahan-bahan dimasak dengan 5 kali ganda air di atas api kecil selama

20 minit. Memadamkan api selama 15 minit, dan akhirnya direbus secara

perlahanlahan selama 1 jam.

(3) 10 minit sebelum diambil ditambahkan gula hitam.

Khazanah Penjagaan Kesihatan

Page 31: Panduan Penjagaan Kesihatan

31

Pemberusan kulit secara kering mempunyai banyak faedah -- cara pembersihan

kotoran limpa yang berkesan.

Dalam pembersihan bahan kotoran dan lendir sistem limpa, terlebih dahulu kerja

pembersihan usus besar haruslah dilakukan dengan baik, supaya bahan kotoran yang

melekat pada sistem limpa dapat mengalir ke arah usus besar dengan sendirinya, dan

akhirnya dikeluarkan melalui dubur. Pemberusan kulit secara kering boleh dilakukan demi mencapai kesan pembersihan yang sepenuhnya.

Sistem limpa sama dengan usus besar, kedua-duanya juga akan terkumpul bahan

kotoran yang lama. Sesetengah lendir baru dihasilkan, manakala ada pula yang telah lama terkumpul dan sudah menjadi keras sehingga melekat dengan ketat pada sistem

limpa, akibatnya is akan tersumbat dan radang. Jikalau usus besar tersumbat dengan serius, maka bahan kotoran yang dikeluarkan oleh sistem limpa tidak dapat

dikeluarkan, akhirnya is akan terkumpul pada sistem limpa, seterusnya mengalir ke

bahagian organorgan badan yang lain, ini akan mengakibatkan penyakit.

Pembersihan usus amat penting. Jikalau usus besar tidak dapat mengeluarkan

kotoran, maka hati akan bertanggungjawab atas tugas ini, akibatnya air empedu yang

banyak akan mengalir ke lambung bersama-sama kotoran dan mengakibatkan

muntah. Kebanyakan rumput hijau berfungsi mengeluarkan kotoran hati dan limpa,

patutlah binatang suka makan rumput ketika sakit.

Walaupun usus besar bersih dan dapat mengeluarkan kotoran dengan lancar,

namun pemberusan kulit secara kering juga hendaklah mengambil masa beberapa

bulan, baru dapat membersihkan sistem limpa dengan sepenuhnya. Keadaan kesihatan badan kita akan bertambah baik jikalau kita memberus kulit secara kering selama 5

minit setiap hari, beberapa bulan berturut-turut. Pemberusan kulit secara kering sama dengan bersenaman kuat selama 30 minit sehari.

Cara dan langkah pemberusan kulit secara kering adalah seperti berikut: Berus yang

dipilih hendaklah dikhaskan untuk kegunaan mandi sahaja. Pemegang berus hendaklah panjang, bulu berus lebih baik dibuat daripada serabut tumbuhan semula

jadi, bulu plastik tidak boleh digunakan. Berus harus sentiasa dalam keadaan

kering dan dikhaskan untuk kegunaan pemberusan kulit sahaja, is tidak boleh

digunakan untuk mandi.

Bahagian badan selain muka sekurang kurangnya mesti diberus satu kali. Memberus

kulit sama dengan menyapu lantai, hanya dengan menghala ke sesuatu arah saja, tidak

boleh diberus secara berulang-alik atau secara bulatan, tenaga yang digunakan

hendaklah sederhana. Perut bawah dijadikan sebagai pusat, bahagian atas badan

termasuk bahagian kerongkong dan dada depan diberus menghala ke bawah,

manakala bahagian bawah badan iaitu kaki, peha, lengan diberus menghala ke

atas; walaupun lengan digolong sebagai bahagian atas badan, namun is diberus

seiras dengan kaki, iaitu diberus menghala ke atas; bahagian bahu dan belakang

badan yang tidak mudah disentuh pula boleh diberus secara melintang.

Page 32: Panduan Penjagaan Kesihatan

32

Satu hari boleh diberus I hingga 2 kali, setiap kali diberus selama 5 minit. Oleh

kerana bulu berus semula jadi adalah lebih kasar, maka daging dan kulit yang lembut

dan halus akan berasa sakit pada permulaan beberapa hari pemberusan, ini adalah

gejala yang normal. Lama kelamaan kulit akan sesuai jika tenaga yang digunakan

sederhana.

Kotoran akan dikeluarkan melalui tahi selepas 1 atau 2 hari pemberusan jikalau racun limpa banyak. Kotoran yang dikeluarkan oleh limpa agak berlainan berbanding

dengan kotoran yang terkumpul dalam usus besar. Kotoran limpa seperti lendir, warnanya lutcahaya dari hening ke perang tua. Kotoran usus besar pula melekat

dan berwarna aspal hitam.

Pemberusan kulit secara kering sangat mudah dilakukan dan mempunyai kesan yang baik. Ia dapat dibandingkan dengan urut Turki selama 20 hingga 30 minit.

Pemberusan kulit secara kering bukan saja dapat mengekarkan kelancaran sistem limpa

dan memberangsangkan metabolisme, bahkan dapat juga membersihkan sel-sel mati

permukaan kulit dan merangsang pengedaran darah.

Kebersihan Luar

Kulit adalah organ pengeluaran kotoran utama, is tergolong dalam saluran paruparu,

oleh kerana paru-paru dan usus besar adalah bahagian luarar. dan bahagian

dalaman yang saling mempengaruhi, maka kulit akan membayangkan keadaan

kesihatan dan kebersihan usus besar. Kulit akan kelihatan bersinar jika usus besar bersih.

Jikalau kulit bermasalah, bermakna badan sedang mengeluarkan kotoran yang

tidak dapat dikeluarkan oleh paru-paru dan usus besar. Bukan saja kulit, Aura kami

juga harus dibersihkan. Di bawah adalah beberapa cara pembersinan badan:

Pemberusan Kulit Secara Kering Pemberusan kulit dengan berus semula jadi atau berus petola dapat membuangkan sel-sel mati dan merangsang peredaran darah. Kulit yang

telah diberus secara kering boleh dimandi secara langsung dengan tanpa menggunakan sabun. Pemberusan kulit menghala ke arah usus besar. (Cara yang teliti

sila rujuk pada artikel pemberusan kulit secara kering).

Mandi Panas dan Sejuk

Ini adalah cara mandi yang amat memberansangkan. Ia dapat merangsang peredaran

darah dan menambahkan daya tahanan terhadap kesejukan. Caranya adalah: mula-

mula mandi dengan air panas selama 2 hingga 3 minit, kemudian ditukar kepada

mandi air sejuk selama 30 saat, cara ini diulangi sebanyak 3 kali. Pada kali

pertama air panas ditukar kepada air sejuk, air panas ditutup secara perlahan-

lahan supaya is menjadi suam dan seterusnya menjadi sejuk. Suhu badan dapat

dikekalkan dengan cara kedua-dua belah tangan ditekan secara bersilang di bawah

ketiak dan melompak dengan tidak berhenti-henti. Cara ini diperkenalkan oleh doktor

California Wu Yong Zhi, mengikut beliau selepas satu minggu, tidak akan takut

sejuk lagi.

Mandi Pembersihan "Aura"

Page 33: Panduan Penjagaan Kesihatan

33

Pencemaran yang ditinggalkan dalam Aura badan kita adalah lebih sukar dibezakan.

Kebanyakannya adalah disebabkan oleh perasaan negatif, umpamanya kemarahan ,

ketakutan, kesedihan, kebimbangan dan sebagainya.

Kita boleh menggunakan cara "Merenungi Warna" ketika mandi untuk

membersihkannya. Membayangkan air yang berwarna biru kehijauan disiram ke atas

badan dan mengeluarkan pencemaran Aura.

Mandi Cuka

Mandi - cuka juga adalah satu cara pembersihan Aura. Merendam selama 20 minit dalam bejana mandi yang mengandungi separuh air dan satu gelas cuka epal (Apple

Cider Vinegar).

Mandi Garam Epsom

Merendam selama 20 minit dalam bejana mandi yang mengandungi 3 hingga 4

paun garam Epsom. Ini dapat membantu mengeluarkan kotoran dalam badan melalui

kulit.

Mandi Garam Epsom dan Soda

Mandi ini dapat mengeluarkan sinar radioaktif dalam badan. Setelah menaiki kapal

terbang atau menjalani pengubatan radioaktif boleh merendam dalam air panas

yang mengandungi I paun garam Epsom dan 1 paun Baking Soda selama 20 minit.

Pesakit yang telah menjalani pengubatan radioaktif boleh melakukannya seminggu sekali,

beberapa bulan berturut-turut.

Pembersihan Dalaman

Keracunan kronis akan berlaku jikalau usus besar tidak lancar, ini adalah kerana usus besar adalah organ pengeluaran kotoran utama. Kotoran sebanyak 5 hingga 25

paun akan terkumpul dalam usus orang yang mengutamakan makanan yang telah dimasak. Kotoran ini akan diserap dan akan mempengaruhi kesihatan badan. Sayur-

sayuran dan buah-buahan segar yang tidak dimasak serta senaman amat penting bagi

kebersihan dan kesihatan usus besar. Beberapa cara pembersihan usus dan pengeluaran

kotoran diperkenalkan di bawah.

Cara Pembersihan Usus dengan Bentonite Clay

Bentonite Clay adalah sejenis serbuk putih yang terhasil setelah peletupan gunung

berapi, ia mempunyai daya penyerapan yang kuat. la, dapat menyerap dan

mengeluarkan lendir dinding usus.

Cara Menyediakan

1 cawan Bentonite Clay dituangkan ke dalam segelas air secara perlahan-lahan, sambil dikacau hingga pekat seperti kanji, kemudian dituangkan ke dalam botol kaca

untuk disimpan. la dimakan pada waktu pagi dan malam setiap hari, selama 2 hingga 3 minggu berturut-turut. Dalam masa ini lebih baik mengamalkan pemakanan

Page 34: Panduan Penjagaan Kesihatan

34

nabati. Sesudu teh Bentonite Clay yang telah dikacau ditambahkan ke dalam segelas

air untuk diminum sebelum makan sarapan. Sesudu teh Bentonite Clay yang tidak

ditambah dengan air dimakan secara langsung sebelum makan malam.

Cara ini boleh dilakukan sekali setahun atau beberapa kali setahun.

Enema (Pemasukan cairan langsung ke dalam usus melalui dubur untuk mencuci perut, mengubati penyakit dan sebagainya) Usus besar umpama paip yang berpanjang

5-6 meter, oleh kerana is digunakan sepanjang masa, maka dindingnya terkumpul kotoran lama. Menggunakan air untuk mencucinya adalah cara untuk mengeluarkan

kotoran.

Guru enema di Amerika menuangkan air suam ke dalam usus besar secara perlahan-lahan dengan menggunakan tekanan mesin untuk mencuci dan mengeluarkan kotoran.

Dr Norman Walker dalam buku "Colon Health" mencadangkan supaya enema boleh

dilakukan sebanyak 2 kali setahun, keseluruhan prosesnya mengambil masa lebih

kurang I jam. Ahli profesional bidang ini dapat dicari dengan merujuk kepada

Colonics atau Colon Irrigation dalam buku telefon. Kesan yang tidak dapat dijangka akan

diperolehi.

Pengeluaran Kotoran Hati

Di bawah adalah cara pengeluaran kotoran hati yang diberikan oleh Mr Jack

Schwatz: setengah gelas air suam yang ditambah dengan sebiji lemon, sesudu teh

molasses, sesudu teh minyak zaitun dan sedikit Cayenne Pepper diminum pada

waktu pagi ketika perut masih kosong selama 10 hari berturut-turut.

Pengeluaran Batu Empedu Hati dan empedu berhubung rapat. Orang yang hatinya tidak baik boleh melakukan pembersihan empedu, walaupun banyak orang tidak

terdapat gejala empedu berbatu, namun empedu biasanya berbatu.

Sebanyak 4 hingga 5 biji epal dimakan atau 4 gelas jus epal diminum selama 5 hari berturut-turut, pemakanan seperti biasa (kurang minyak). Jus epal berfungsi

melembutkan batu supaya is mudah dikeluarkan. Tidak makan malam pada hari keenam. Segelas air suam yang dibubuh sesudu teh

garam Epsom (Epsom Salt) diminum pada pukul 6 malam. Segelas air yang sama

diminum pada pukul 8 malam. Setengah gelas air lemon segar ditambah dengan

setengah gelas minyak zaitun yang dikacau rata diminum pada pukul 10 malam. Jus

lemon dapat melembutkan paip empedu, manakala minyak zaitun pula dapat

merangsang kandung empedu supaya menghasilkan air empedu yang banyak yang

dapat mengeluarkan batu.

Batu akan keluar pada hari ketujuh. Benda berbentuk bulat seperti minyak yang

berwarna hijau yang terapung di permukaan air adalah batu. Batu yang dikeluarkan

mungkin sebesar arbei dan ada yang kecil seperti pasir halus. Jikalau banyak batu

dikeluarkan pada pertama kali (terdapat orang yang dapat mengeluarkan sebanyak 100

lebih biji batu), maka boleh melakukannya lagi selepas beberapa bulan.

Cara Pembersihan dengan Sayur-sayuran Sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar

adalah pembersih badan yang paling baik. Serabut semula jadinya umpama berus dapat mengeluarkan kotoran, supaya usus besar sentiasa dalam keadaan bersih. Sayur-

Page 35: Panduan Penjagaan Kesihatan

35

sayuran dan buahbuahan dapat membekalkan zat makanan dan menyihatkan usus

besar serta mencairkan kotoran yang terkumpul dalam badan.

Segelas air suam ditambah dengan sebiji lemon diminum pada waktu pagi ketika masih

berperut kosong. la dapat membersihkan ginjal dan memudahkan pengeluaran najis.

Makan sekeping tembikai selang setengah jam ketika ginjal radang. Boleh juga dengan

hanya makan tembikai selama I hingga 3 hari, ini adalah satu cara puasa (1) yang dapat membersihkan sistem penghadaman dan sistem pembuangan.

Epal dan lobak merah yang dihiris halus juga adalah pembersih usus besar yang baik.

• Puasa adalah cara pengeluaran kotoran badan yang amat berkesan, kesemua organ-organ badan dapat berehat dalam masa puasa. la dapat mengubati

pelbagai penyakit dan menyihatkan badan. Ia agak berlainan dengan puasa yang diamalkan oleh agama islam dan agama buddha.

• Puasa hendak dilakukan di bawah seliaan pakar puasa atau orang yang

berpengalaman, ia Tidak boleh dilakukan sendiri.

Air -- Pembersih yang Paling Baik

Sistem penghadaman lebih baik diberi rehat setiap ketika masa, dengan hanya

minum air sumber dan air suling, ini disebut sebagai puasa air. Puasa dapat

mengeluarkan kotoran yang terkumpul dalam badan. Orang biasa boleh berpuasa

selama 1 hingga 3 hari. Berpuasa dalam masa yang panjang lebih baik dilakukan di

bawah bimbingan orang yang berpengalaman. Puasa air tidak sesuai bagi orang

yang terlalu lemah. Bagi orang yang berbadan lemah harus minum jus buah-buahan

dan sayur-sayuran selang 1 atau 2 hari masa puasa air. Sebelum puasa harus

mempunyai suatu masa kurang makan. Selepas puasa pula juga harus mempunyai suatu masa makan semula, dimulai dengan minum sup beras atau jus sayur sayuran

dan buah-buahan, kemudian ditambah dengan makanan pepejal, jika tidak usus dan lambung akan tidak dapat menyesuaikan diri, akibatnya akan menderita kerana

perut kembung. Cara puasa yang salah bukan saja tidak berfaedah, sebaliknya akan memudaratkan badan, kadangkala is amat berbahaya, lebih baik ia dilakukan di

bawah ke seliaan pakar puasa.

Cara Pengubatan Papan Condong - Kesan Menentang Daya Tarikan Bumi Epal yang jatuh ke atas kepala Newton telah menyebabkan Newton menemui daya

tarikan bumi. Manusia telah dipengaruhi secara mendalam oleh daya tarikan

bumi sebelum Newton menemuinya. Matahari terbit pada waktu pagi dan terbenam pada waktu senja. Peredaran bulan juga mempengaruhi pasang surut

air laut, air pasang ditarik kembali ke atas bumi kerana pengaruh daya tarikan bumi. Alam semesta terdapat hukum alam semula jadi. Daya tarikan bumi

menyebabkan semua benda dengan sendirinya akan turun ke bawah. Air mengalir dari tempat tinggi ke tempat rendah. Burung akan jatuh ketika kehilangan daya

terbang, rumput tidak dibasahi oleh hujan atau embuh pula tidak akan menghala ke

atas lagi, sebaliknya ia akan baring di atas tanah. Anjing yang kaki depannya

diangkat ke atas akan mati selepas 4 jam kerana bahagian kepalanya kekurangan

darah. Arnab juga akan mati selepas 45 minit jikalau kedua-dua telinganya diangkat

ke atas. Rupanya binatang telah mengetahui hukum alam semesta ini sejak awal

lagi, maka kebanyakkan binatang tidur dengan kepala terbenam, kedudukan

bahagian kepala lebih rendah daripada bahagian badan yang lain. Burung helang

menundukkan kepalanya ketika terbang supaya bahagian otaknya mempunyai darah

Page 36: Panduan Penjagaan Kesihatan

36

yang mencukupi, penglihatannya yang tajam, otaknya pula cergas dan tenang agar

dapat menangkap mangsa tangkapan sejauh 8 hingga 10 batu.

Dalam jangka masa panjang, daya tarikan bumi akan membawa kesan buruk

kepada manusia. Oleh demikian manusia terpaksa baring ketika tenat atau sakit.

Dr. Bernard Jensen, saorang tokoh dalam bidang cara pengubatan semula jadi di Amerika Syarikat, dalam bukunya " Slanting Board" menunjukkan bahawa penggunaan

papan condong yang mudah dapat membetulkan kesan buruk yang disebabkan oleh daya tarikan bumi. Penggunaan papan condong selama 10 minit lebih setiap hari amat

berkesan bagi penyakit kekurangan darah otak, tekanan darah rendah, isi perut dan usus turun, kelemahan kandung kencing, penglihatan tidak baik, kesukaran

pendengaran, pancaindera rasa lamban, daya ingatan lemah, kekakuan bahagian leher, peredaran darah tidak baik dan penyakit lain. Penggunaan papan condong

bukan sahaja dapat membekalkan darah yang mencukupi kepada jantung, paru=paru,

otak, mata, telinga, muka, bahkan dapat mengembalikan isi perut dan usus yang turun

ke tempat asalnya. Maka pesakit beliau mesti menerima cara pengubatan papan

concong yang ekonomi dan mudah ini. Banyak pesakit telah sembuh dengan

menggunakan kaedah ini.

Cara Membuat Papan Condong

Memilih papan lapis tiga yang tebal, panjang 6 kaki, lebar 18 hingga 20 inci.

Papan diletak secara condong pada hujung katil, sofa atau di atas benda yang

lain. Berbaring di atas papan condong dengan kaki menghala ke atas dan kepala

menghala ke bawah. Jarak hujung kaki dari lantai lebih baik 18 inci hingga 14

inci. Pita yang lebar dipaku pada hujung kaki papan condorg supaya kaki lebih kukuh

dan tidak mudah melurut ke bawah. Papan seterika boleh digunakan jikalau tidak dapat mencari papan. Terdapat banyak jenis papan condong yang selesa dijual di

pasaran.

Cara Penggunaan

Mesti dalam keadaan berperut kosong atau 2 jam selepas makan. Masa selepas bangun dari tidur, sebelum tidur atau sebelum makan malam juga adalah masa yang sesuai.

Setiap kali papan condong digunakan selama 15 minit. Faedah juga akan diperolehi

walaupun dengan penggunana papan condong hanya selama 5 minit sahaja. Baju yang

dipakai harus longgar dan selesa. Pakar kecantikan memperkenalkan papan ini, kerana

is dapat mengurangkan kedut kulit dan menyihatkan kulit. Selepas pulang dari kerja,

berbaring di atas papan condong dapat menghilangkan keletihan.

Perhatian: Pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi, berpenyakit jantung, penyakit

ginjal, rahim keluar darah dan pesakit kanser tidak boleh menggunakan papan

condong. Pesakit lain sebelum menggunakannya harus mendapatkan nasehat daripada

doktor terlebih dahulu.

Rumput Gandum – Darah Hijau

Rumput gandum adalah makanan lengkap yang mengandungi pelbagai jenis asid

amino. Asid amino mempengaruhi fungsi penghadaman makanan, penmyerapan makanan, daya tahan terhadap penyakit, pemulihan luka, fungsi hati dan keadaan

Page 37: Panduan Penjagaan Kesihatan

37

semangat dan sebagainya. Ia dapat memulihkan sel-sel yang dapat memanjangkan

umur manusia. Gandum

juga dapat menyerap 92 jenia bahan galian daripada 102 jenis bahan galian tanah,

ia kaya dengan bahan galian kalsium, fosforus, natrium dan kalium. la berfungsi

bersama enzim dalam badan membantu sel-sel mengeluarkan kotoran dan

menghasilkan darah. Bahan galian juga berfungsi mengekalkan kenormalan metaboliame, terutamanya ia amat penting bagi mengekalkan nilai asid alkali (pH)

darah. Rumput gandum paling kaya dengan vitamin A dan vitamin C semulajadi. Ia juga mengandungi zat makanan, abscisic (dapat menghalang pertumbuhan

tumor), vitamin dan mikronutrien yang diperlukan oleh manusia, ia digelar sebagai "Darah Hijau" .

Jus rumput gandum segar mengardungi 70% klorofil. Ia boleh dimakan dan

tidak mempunyai kesan sampingan. Klorofil adalah bahan pengubatan semula jadi

yang paling mutlak. Klorofil (rumput gandum) berfungsi mengawal keadaan yang

dapat menghalang pembesaran bakteria, sebaliknya tidak bertindak secara langsung

ke atas bakteria. Walaupun klorofil boleh didapati daripada banyak jenis

tumbuhan, akan tetapi rumput gandum mengandungi pelbagai komposisi yang

berfaedah kepada kesihatan badan.

Fungsi Pemeliharaan Kesihatan dan Kegunaan Rumput Gandum

Jus rumput gandum bukan saja dapat membersihkan darah, membantu

penghadaman, bahkan adalah ubat kumur yang baik. la dapat mencuci kotoran

rangga mulut, mengubati kesakitan gigi, kesakitan kerongkong dan mencegah

kerosakan gigi.

Kecederaan: Cairan rumput gandum atau rumput gandum yang telah dikunyah (hampas dikeluarkan) disapu pada tempat luka.

Jus rumput gandum adalah pembersih kulit yang sangat baik, zat makanannya

dapat diserap oleh kulit. Merendam selama 15 hingga 20 minit dalam air suam yang mengandungi jus rumput gandum, kemudian mandi dengan air sejuk. Ia juga

dapat mengubati penyakit kulit seperti eksema, kurap dan penyakit kulit yang lain.

Jus rumput gandum boleh dijadikan ubat pemusnah kuman, ia mempunyai fungsi

perlindungan dan pengubatan.

Jus rumput gandum kaya dengan enzim. Aspek tenaga, kesihatan, semangat dan

keuletan kita akan bertambah balk setelah minum jus rumput gandum.

Enema dengan rumput gandum dapat mengeluarkan kotoran dinding poros usus,

membersihkan dan mengubati organ-organ dalaman. Enema selama 20 minit,

kemudian dimasukkan jus rumput t gandum sebanyak 4 cawan, berhenti selama

20 minit. Ia dapat mengubati sembelit dan menghapuskan bakteria.

Jus rumput gandum dapat menghilangkan bekas luka pada paru-paru yang terbentuk

akibat penyerapan gas yang bersifat asid. Ini adalah kerana klorofil dapat

Page 38: Panduan Penjagaan Kesihatan

38

menambahkan. bilangan sel-sel darah merah dan mengurangkan tindakan monoksid

arang ke tahap yang paling rendah.

la dapat menurunkan tekanan darah tinggi kerana ia dapat mengeluarkan kotoran

dalam badan dan menambahkan kandungan zat besi dalam darah serta merangsang

peredaran darah.

Rumput gandum berfungsi menguatkan fungsi pembuluh halus. Jus rumput gandum

dapat meneutralkan Guanidine, iaitu sejenia racun yang dikeluarkan oleh tempat luka kebakaran tumor. Guanidine boleh menyebabkan keletihan otot, sakit kepala, sakit

lambung dan gejala-gejala lain.

Jus rumput gandum mengandungi vitamin E yang dapat merangsang pengeluaran hormon.

Rumput gandum juga dapat mengubati luka kebakaran, luka potong, gigitan

serangga dan luka yang lain.

Rumput gandum menambahkan daya tahanan kita terhadap radioaktif dan X-Ray. (ia

kaya dengan laetrile (Vitamin B17) yang dapat merosakkan sel-sel kanser tanpa

mempengaruhi sel-sel normal). la dapat juga menyerap bau busuk dan mencegah

pencemaran alam sekitar.

Beberapa keping rumput gandum dimasukkan ke dalam air yang telah ditambah

florin selama beberapa minit, florin dapat dihilangkan. Ia dapat membersihkan

sayur-sayuran dan buah-buahan yang telah dicemari oleh racun pertanian.

Jus rumput gandum adalah bahan zat makanan yang paling baik bagi wanita hamil

kerana ia hampir mengandungi kesemua zat makanan. Jus rumput gandum dapat mengubati kanak-kanak yang terlalu aktif dan mengeluarkan racun logam seperti

aluminium, merkuri, plumbum, tembaga dan sebagainya dalam badan kanak-kanak.

Berapa Banyak Jus Rumput Gandum yang Harus Diminum

Pada permulaan, setiap kali minum 1 sudu jus rumput gandum pekat (boleh

ditambah dengan perlahan-lahan). Jus rumput gandum dibiarkan bergaul sebati

dengan air liur baru ditelan, minum 3 kali sehari . Ia diminum setengah jam sebelum

makan.

Rumput gandum dituai dekat pada bahagian akar. Sebahagian enzim dan zat makanan

rumput gandum akan dirosakkan dalam proses pengisaran oleh alat pengisar buah-

buahan, kerana kelajuan pengisaran yang terlalu cepat. Jus rumput gandum yang

segar perlu diminum segera, ia tidak boleh disimpan lama (diminum dalam masa lebih

kurang 30 minit). Rumput gandum yang belum dikiaar boleh dibungkus dengan beg

plastik untuk diaimpan dalam peti sejuk.

Page 39: Panduan Penjagaan Kesihatan

39

Cara Penanaman Rumput Gandum

1. Benih gandum harus diaimpan dengan baik supaya tidak dimakan oleh ulat dan tidak menjadi lembab. Ia boleh disimpan dalam peti sejuk. Ketika digunakan, benih

yang pecah, busuk dan yang tidak boleh bercambah harus dibuang.

2. Benih yang telah dipilih direndam dengan air sejuk selama 4 hingga 6 jam supaya mempercepatkan percambahan benih.

3. Menuangkan air yang direndam selama 4 hingga 6 jam, kemudian

dibentang dalam pinggang yang cetek dengan sama rata, ditutupi dengan

kain, gantikan air dan dikeringkan sebanyak 2 atau 3 kali setiap hari

supaya mengekalkan kebasahannya, ia akan berkecambah putih selepas 1 atau 2

hari kemudian.

4. Benih gandum yang telah berkecambah dibubuh ke atas tanah, ia disiram dengan

menggunakan cerek penyiram, pinggan tidak boleh berair kerana ia akan menjadi

busuk. Ia tidak boleh dijemur terlalu lama dan secara langsung di bawah

matahari terik. Ia harus dipindah ke tempat yang terdapat penyinaran matahari

secara tidak langsung, setiap hari disiram air satu kali untuk mengekalkan

kebasahan tanah yang sesuai.

5. Ketika bercambah sampai 4 hingga 5 inci tinggi bolehlah dituai, setelah dituai dan dibersihkan haruslah segera diperas airnya. Air yang diperas harus

segera diminum, ia boleh diaimpan dalam peti sejuk selama 12 jam. Selepas 12 jam ia akan rosak. Rumput gandum yang baki janganlah dibersihkan dengan

air buat sementara, gunakan kotak plastik untuk menyimpannya dalam peti sejuk, ia boleh disimpan sel hari.

Air Awet Muda Bahan-bahan : 1 cawan benih gandum

Cara membuat: (1) Mencuci gandum (Dikacau dengan tangan, lalu benih yang terapung di

permukaan air dibuang)

Gandum direndam dalam air selama 4 hingga 6 jam, kemudian biarkan airnya dikeringkan dan dimasukkan ke dalam botol yang bermulut lebar,

mulut botol ditutup dengan kain kasa, diletak di tempat yang teduh untuk

berkecambah.

(2) Setiap hari ditambah air dan dititik kering sebanyak 3 hingga 4 kali, 1 atau 2

hari kemudian akan berkecambah putih yang panjangnya 0.2 sentimeter,

menggunakan air sejuk untuk membasuhnya sehingga bersih.

(3) Tuangkan 3 kali ganda air sejuk untuk merendamkannya selama 18 hingga 24

jam, kemudian air tersebut boleh dituang untuk diminum, ia boleh direndam

kali kedua, sisa benih gandum yang telah direndam adalah baja yang

paling baik bagi tumbuh-tumbuhan.

Page 40: Panduan Penjagaan Kesihatan

40

Gandum dalam proses rendam akan menghasilkan enzim dan ragi yang dapat

membantu penghadaman makanan, vitamin A dan E kandungannya boleh

memperbaiki keadaan badan, menghilangkan keletihan dan memperkuatkan

daya tahanan terhadap penyakit. Jikalau selalu minum dapatlah mengekalkan

keremajaan, dan dapat mengubati penyakit kulit dan penyakit kronik.

Gerakan Badan Papan Condong (1)

I. Gerakan asas: Berbaring dengan terlentang selama 5 hingga 15 minit, kepala

menghala ke bawah dan kaki menghala ke atas. Gaya ini mempunyai kesan yang besar. Orang yang rahimnya condong ke belakang bolehlah berbaring

dengan muka menghadap ke bawah, ini dapat membantu rahim kembali ke tempat asalnya.

2. Penyusutan bahagian perut: Kedua-dua belah tangan diangkat dan diletak

berhampiran dengan kedua-dua belah telinga, kemudian diletak kembali ke

tempat asal. Gerakan ini diulangi sebanyak 10 hingga 15 kali.

Gerakan Badan Papan Condong (2)

Page 41: Panduan Penjagaan Kesihatan

41

3. Penyusutan isi perut: Ketika menarik nafas, iai perut diangkat ke atas

menghala ke arah bahu. Iai perut kembali ke tempat anal ketika menghembus

nafas. Gerakan ini diulangi sebanyak 10 hingga 15 kali.

4. Merangsangkan peredaran darah: Kedua-dua belah pcha bengkok ke bawah

seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah. Bahagian kepala bergerak ke kiri dan ke kanan sebanyak 5 hingga 6 kali. Kepala diangkat ke atas dan

berpusing ke kiri dan ke kanan sebanyak 4 kali. Gerakan ini diulangi

sebanyak 2 kali.

Gerakan Badan Papan Condong (3)

Page 42: Panduan Penjagaan Kesihatan

42

5. Penyusutan daging: Kedua-dua belah kaki diangkat menghala ke langit

dengan lurus, kemudian kaki kiri diletak ke bawah dan seterusnya kaki

kanan diletak ke bawah. Gerakan lambat, lutut hendaklah lurus ketika kaki

diletak ke bawah. Kedua-dua belah kaki diangkat ke atas dan lurus menghala

ke langit, kemudian diletak ke bawah secara perlahan-lahan.

6. Gerakan sintesia: Kedua-dua belah kaki diangkat lures menghala ke langit,

kemudian bergerak seperti menunggang basikal, sebanyak 15 hingga 25

kali. Kelajuan gerakan adalah berlainan bagi orang yang berlainan, ia

botch dilakukan dengan perlahan-lahan dan kemudian bertambah cepat.