Panduan penulisan kajian tingkatan 6 (1)

17
Pelaksanaan Projek Penyelidikan dan Kolokium Tingkatan 6 SMK Sultan Omar, Dungun, Terengganu

Transcript of Panduan penulisan kajian tingkatan 6 (1)

Page 1: Panduan  penulisan kajian tingkatan 6 (1)

Pelaksanaan

Projek Penyelidikan dan Kolokium

Tingkatan 6

SMK Sultan Omar,

Dungun, Terengganu

Page 2: Panduan  penulisan kajian tingkatan 6 (1)

Bahagian I:KONSEP KAJIAN/PENYELIDIKAN

A. Pendahuluan

1. PROJEK Penyelidikan ialah satu kaedah pembelajaran di luar bilik kuliah yang memerlukan pelajar membuat kajian dan selidikan tentang sesuatu tajuk yang dipilih dengan bimbingan Guru Penyelia.

2. Aktiviti ini perlu diikuti oleh semua pelajar tingkatan enam yang bermula dari Tingkatan 6 Bawah dan ditamatkan ketika pelajar berada dalam Tingkatan 6 Atas.

3. Pelaksanaan projek ini dimasukkan ke dalam jadual waktu pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 6 di sekolah kerajaan dengan peruntukan 80 minit atau dua waktu pengajaran dan pembelajaran.

4. Projek ini melibatkan tiga peringkat utama, iaitu penetapan judul kajian dan pengumpulan data, penulisan kajian, dan kolokium atau pembentangan.

5. Hasil penulisan dan pembentangan akan dinilai dan diberi markah oleh guru pembimbing mengikut kriteria yang ditetapkan. Mengikut perancangan awal, kolokium akan dilanjutkan ke peringkat Pejabat Pelajaran Daerah dan seterusnya ke peringkat Jabatan Pelajaran Negeri.

6. Guru Penyelia ialah guru mata pelajaran Tingkatan 6 yang telah dilantik oleh Kementerian Pelajaran sebagai Guru Akademik Tingkatan Enam. Setiap orang guru akan membimbing beberapa orang pelajar dari awal sehingga tamatnya projek.

B. Matlamat Projek

Matlamat projek penyelidikan ini diperkenalkan pada peringkat pengajian prauniversiti adalah untuk mencapai hal yang berikut:

1

Page 3: Panduan  penulisan kajian tingkatan 6 (1)

1. Mendedahkan cara membuat rujukan dan kajian serta kerja lapangan sebagai pengalaman awal untuk digunakan apabila berada di pusat pengajian tinggi.

2. Menambahkan pengetahuan dan maklumat lain bagi mata pelajaran yang berkaitan selain maklumat yang disampaikan oleh guru di bilik darjah.

C. Definisi Kajian/Penyelidikan

1. Kajian ialah kegiatan atau usaha dan proses mengkaji sesuatu isu berdasarkan data, maklumat, dan sebagainya dengan terperinci yang dikumpulkan dalam jangka masa tertentu.1

2. Penyelidikan ialah perbuatan menyelidik, iaitu memeriksa sesuatu yang belum terang atau menyiasat untuk mendapat keterangan tentang sesuatu.2

3. Oleh itu, kajian dan penyelidikan ialah kegiatan mengkaji sesuatu dengan menggunakan data atau maklumat yang terperinci untuk mendapat keterangan atau kesimpulan tentang sesuatu.

D. Ciri-ciri Kajian

Sesuatu kajian atau penyelidikan mempunyai ciri-ciri yang berikut:

1. Kegiatan mencari maklumat atau data dengan menggunakan kaedah tertentu seperti membuat rujukan, temu ramah, soal selidik, dan sebagainya yang sesuai dengan topik.

2. Membuat analisis menggunakan maklumat atau data yang diperoleh dengan kaedah yang sesuai.

3. Membuat kesimpulan dan cadangan.

1 Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 657.2 Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 1426.

2

Page 4: Panduan  penulisan kajian tingkatan 6 (1)

4. Kajian yang dihasilkan ialah yang diusahakan sendiri, atau asli, iaitu tidak meniru atau menyalin hasilan orang lain sebelumnya. Membuat kesimpulan baharu termasuk dalam hasil usaha sendiri.

Bahagian II: TATACARA PELAKSANAAN KAJIAN DAN KOLOKIUM

A. Peringkat Kajian dan Kolokium

1. Membuat kajian

1.1 Memilih topik dan tajuk kajian 1.2 Mengumpul fakta atau maklumat1.3 Membuat analisis dan rumusan kajian

2. Menulis laporan kajian

2.1 Laporan bertulis dibuat dengan berdasarkan hasil atau rumusan kajian yang telah dilaksanakan.

2.2 Penulisan laporan perlu mengikut format yang telah ditentukan.

2.3 Penilaian laporan bertulis ini akan dibuat oleh Guru Penyelia masing-masing.

3. Membuat pembentangan (Kolokium)

3.1 Setiap pelajar perlu membentang hasil kajian masing-masing berdasarkan laporan bertulis yang dibuat.

3.2 Pembentangan dibuat di hadapan kumpulan masing-masing atau kumpulan lain yang ditentukan.

3.3 Penilaian pembentangan akan dilakukan oleh Guru Penyelia masing-masing.

3

Page 5: Panduan  penulisan kajian tingkatan 6 (1)

B. Penyeliaan Kajian

1. Setiap pelajar Tingkatan 6 wajib mengikuti program ini sehingga selesai selagi masih menjadi pelajar di sekolah ini.

2. Setiap pelajar dibimbing dan diselia oleh seorang Guru Penyelia daripada kalangan Guru Akademik Tingkatan 6.

3. Setiap Guru Akademik Tingkatan 6 akan menyelia beberapa orang pelajar berdasarkan jumlah semasa pelajar Tingkatan 6.

C. Pemilihan Tajuk Kajian

1. Kajian boleh dibuat secara individu. Sekiranya dibuat secara berkumpulan, dicadangkan tidak terlalu ramai supaya setiap pelajar memainkan peranan masing-masing dengan berkesan.

2. Kajian dibuat mengikut bidang mata pelajaran. Contohnya, pelajar yang diselia guru Sejarah, akan membuat kajian yang berkaitan dengan mata pelajaran itu.

2.1 Topik kajian berdasarkan sukatan pelajaran mata pelajaran berkenaan.

2.2 Skop kajian hendaklah tidak terlalu luas, tetapi tidak terlalu sempit sehinggakan menjadi sangat terhad dan sukar untuk membuat analisis.

3. Pelajar dan Guru Penyelia digalakkan memilih tajuk yang bersifat tempatan tetapi sesuai dengan bidang masing-masing dan masih berkaitan dengan sukatan mata pelajaran.

4. Cara penentuan tajuk adalah seperti yang berikut:

4.1 Tajuk boleh dipilih sendiri oleh pelajar, dengan persetujuan Guru Penyelia, atau ditentukan oleh Guru Penyelia setelah berbincang dengan pelajar.

4.2 Tajuk hendaklah bertumpu atau khusus dan jelas.

4

Page 6: Panduan  penulisan kajian tingkatan 6 (1)

D. Kaedah Kajian

Pelajar boleh menggunakan sebarang kaedah kajian yang sesuai dengan keperluan tajuk masing-masng. Antara kaedah kajian yang paling mudah dan sering digunakan adalah seperti yang berikut:

1. Temu ramah

1.1 Pelajar mengadakan wawancara dengan sesiapa sahaja yang dapat memberi maklumat tentang kajiannya.

1.2 Nama penuh dan alamat orang yang ditemu ramah hendaklah dicatatkan kerana perlu dimasukkan dalam ruangan Lampiran dalam kertas penulisan laporan nanti.

2. Soal Selidik

1.1 Setiap pelajar menyediakan borang soal selidik berdasarkan keperluan tajuk masing-masing.

1.2 Borang soal selidik diserahkan kepada responden (pihak yang dapat memberi maklumat yang diperlukan).

1.3 Semua borang soal selidik yang telah diisi oleh responden dianalisis untuk mendapatkan rumusan atau kesimpulan.

1.4 Satu salinan borang soal selidik kosong perlu dimasukkan dalam ruangan Lampiran dalam kertas penulisan laporan.

3. Rujukan kepustakaan.

3.1 Pelajar membuat rujukan dengan membaca bahan-bahan bertulis yang berkaitan dengan kajian, seperti buku, majalah, akhbar, kertas laporan, kertas kerja, surat edaran, artikel, dan sebagainya, termasuk laman sesawang (laman web).

5

Page 7: Panduan  penulisan kajian tingkatan 6 (1)

3.2 Setiap bahan rujukan yang digunakan isinya hendaklah dicatatkan maklumat yang berikut untuk digunakan sebagai nota kaki dan bibliografi:

i. Judul bahan rujukanii. Nama pengarang (jika buku, kertas kerja, dan artikel)

iii. Tahun terbit bahan (jika buku, kertas kerja, dan artikel)iv. Nama penerbit (jika buku dan artikel)v. Muka surat bahan yang dipetik

vi. Nama dan alamat laman sesawang

3.3 Maksud membuat rujukan ialah mengambil isi atau fakta yang sesuai dan diperlukan sahaja, tidak dengan meniru atau menyalin kandungan bahan rujukan itu satu persatu.

E. DISIPLIN KAJIAN

i. Waktu rasmi pertemuan untuk kajian adalah pada setiap hari Khamis (7.40-9.00 pagi) pada hari persekolahan, kecuali jika bertembung dengan program sekolah: 1.1 Pelajar bertemu dengan Guru Penyelia masing-masing

untuk perbincangan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh Guru Penyelia.

1.2 Selesaikan tugas itu di dalam kelas atau ruang tertentu sekiranya Guru Penyelia tidak dapat berbincang kerana mempunyai urusan lain.

ii. Selain waktu rasmi di atas, aktiviti kerja lapangan berlangsung sepanjang masa, termasuklah di luar waktu persekolahan, tetapi tidak pada waktu pengajaran dan pembelajaran.

iii. Kajian hendaklah asli, iaitu yang dihasilkan oleh pelajar sendiri. Oleh itu, pelajar tidak boleh meniru atau menyalin bulat-bulat bahan rujukan yang sedia ada dan dijadikan miliknya. Bahan atau fakta yang dirujuk dan dipetik hanyalah untuk menguatkan hujah atau menjelaskan fakta kajian, walaupun judul atau tajuknya sama.

6

Page 8: Panduan  penulisan kajian tingkatan 6 (1)

Bahagian III: CADANGAN JADUAL PELAKSANAAN 2011/2012

PELAKSANAAN Projek Penyelidikan Tingkatan Enam 2011/2012 adalah seperti yang berikut:

Bil Tarikh/Minggu Program Tindakan 1 9 Mei 2011 Pendaftaran Tingkatan 6 Bawah Jawatankuasa

berkenaan2 10 – 12 Mei 2011 Minggu Suai Kenal 19 Mei 2011 26 Mei 2011

Pendedahan konsep penyelidikan Penyelaras

27 Mei – 11 Jun 2011

Cuti Pertengahan Tahun -

4 16 Jun 2011 23 Jun 2011

Taklimat Pelaksanaan Penyelidikan (Guru & Pelajar)

Pembentukan kumpulan Penyerahan Guru Penyelia

Penyelaras

5 30 Jun 2011 7 Julai 2011 14 Julai 2011

Pemilihan tajuk penyelidikan Perbincangan format dan

kandungan

Pelajar Guru Penyelia

6

28 Julai 2011 4 Ogos 2011 11 Ogos 2011 18 Ogos 2011 25 Ogos 2011

Pelaksanaan penyelidikan: Mengumpul data Perbincangan & bimbingan

lanjutan

Pelajar Guru Penyelia

7

Page 9: Panduan  penulisan kajian tingkatan 6 (1)

26 – 31 Ogos 2011 Cuti Pertengahan Penggal Kedua -

7

8 September 2011

Taklimat Format Menulis Laporan Penyelaras

15 September 2011

22 September 2011

29 September 2011

13 Oktober 2011

Perbincangan/Bimbingan Pelajar Guru Penyelia

8 20 Oktober 2011 27 Oktober 2011

Penyemakan kertas laporan Taklimat Pembentangan/Kolokium

Guru Penyelia Penyelaras

Pembinaan bahan bantu pembentangan

Pelajar

30 Oktober – 17 November 2011

Peperiksaan Akhir Tahun 6 Bawah Pelajar

18 November – 31 Disember 2011

Cuti Akhir Tahun -

9 5 Januari 2012 12 Januari 2012

Penyerahan Kertas Laporan kepada Guru Penyelia

Pelajar

Perbincangan tentang bahan bantu pembentangan (Tahap akhir)

Guru Penyelia Pelajar

10

19 Januari 2012 26 Januari 2012 2 Februari 2012 9 Februari 2012 26 Februari 2012

Kolokium - Pembentangan Pelajar

Penilaian – Kertas Laporan dan Kolokium (Pembentangan)

Guru Penyelia

11 Mac 2012 Kolokium Peringkat Daerah dan

Negeri (Jika ada) PPD & JPN

Bahagian IV: Format Penulisan Laporan Penyelidikan

A. KANDUNGAN KERTAS PENYELIDIKAN

1. Maklumat awal tentang kajian

1.1 Kulit hadapan/Kulit judul1.2 Isi kandungan1.3 Abstrak1.4 Objektif kajian1.5 Kaedah kajian1.6 Penghargaan

*Untuk penjelasan lanjut sila rujuk Lampiran A.

2. Inti utama kajian:

8

Page 10: Panduan  penulisan kajian tingkatan 6 (1)

2.1 Pendahuluan/Pengenalan2.2 Isi

Huraian dapatan kajian Penilaian/kesimpulan kajian Cadangan (jika perlu/jika ada)

2.3 Penutup

3. Maklumat rujukan tentang kajian

3.1 Bibliografi 3.2 Lampiran

B. TEKNIK TAIPAN DAN CETAKAN

1. Laporan kajian ditaip dan dicetak pada kertas taip berwarna putih yang berukuran A4 (210 mm x 297 mm).

2. Cetakan hendaklah pada sebelah muka kertas sahaja.

3. Taipan menggunakan Word fon Arial bersaiz 12 poin.

4. Setiap tajuk utama sebaik-baiknya menggunakan helaian baharu.

5. Birai kiri dan kanan setiap paragraf adalah dalam format sama aras (justify).

6. Panjang laporan penyelidikan antara 15 hingga 25 halaman, yang dikira dari halaman Pendahuluan/Pengenalan hingga halaman Bibliografi sahaja. Halaman sebelum dan selepasnya tidak diambil kira untuk jumlah halaman di atas.

7. Setiap tajuk utama ditaip pada kedudukan di tengah-tengah (center) dengan menggunakan huruf besar, dan boleh digelapkan.

8. Tajuk kecil (subtajuk), jika ada, hendaklah dimulakan dari birai kiri, menggunakan huruf kecil kecuali huruf pertama setiap perkataan, dinomborkan dan boleh digelapkan.

9

Page 11: Panduan  penulisan kajian tingkatan 6 (1)

C. JARAK ANTARA BARIS

Terdapat dua jenis jarak yang perlu digunakan berdasarkan fungsi, iaitu:

1. Jarak langkau dua (double spacing) bagi semua perkara inti utama kajian yang berikut:

1.1 Pendahuluan/Pengenalan1.2 Isi1.3 Penilaian/Kesimpulan1.4 Cadangan (jika perlu/jika ada)1.5 Penutup

2. Jarak langkau satu (single spacing) bagi bahagian lain, iaitu:

2.1 Kulit hadapan / Kulit judul2.2 Isi kandungan2.3 Abstrak2.4 Objektif kajian2.5 Kaedah kajian2.6 Penghargaan2.7 Petikan terus (yang panjang) daripada sumber rujukan2.8 Penulisan nota kaki dan bibliografi2.9 Lampiran

D. PENJELASAN KANDUNGAN HALAMAN PENULISAN

Halaman Kandungan Halaman1.Kulit Hadapan/Kulit Judul

1.1 Mengandungi maklumat yang berikut yang ditaip mengikut turutan dan menggunakan huruf besar semuanya:

KERTAS PENYELIDIKAN TINGKATAN 6 2010/2011

JUDUL yang lengkap NAMA PENYELIDIK dengan lengkap NAMA GURU PENYELIA DAN BIDANGNYA NAMA SEKOLAH dengan lengkap

1.2 Dibenarkan untuk menggunakan saiz 14 tetapi dengan fon Arial dan jarak baris langkau satu.

1.3 Dibenarkan untuk menggunakan kertas berwarna

10

Page 12: Panduan  penulisan kajian tingkatan 6 (1)

dan/atau bersaiz tebal.

2.Isi Kandungan

2.1 Menyenaraikan butiran yang berikut:

Tajuk utama dan subtajuk – menggunakan huruf kecil kecuali huruf pertama setiap perkataan

Nombor muka surat – ditaip di sebelah kanan dan hujung baris setiap tajuk utama dan subtajuk

3.Abstrak

3.1 Menyatakan kandungan penyelidikan dan rasional kajian itu dilakukan secara ringkas dan umum.

3.2 Ditulis dalam bentuk perenggan.

4.Objektif Kajian

4.1 Menyatakan tujuan kajian dengan jelas, iaitu yang bersifat eksplisit.

4.2 Objektif dituju kepada isu yang dikaji, tidak kepada pengkaji.

5.Kaedah Kajian

5.1 Menyenaraikan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data, umpamanya temu ramah, soal selidik, rujukan kepustakaan, dan sebagainya.

5.2 Sedikit penjelasan tentang kaedah tersebut perlu dibuat.

Contoh: Kaedah soal selidik – 20 orang responden dipilih daripada kalangan belia di sekitar bandar Dungun.

6.Penghargaan

6.1 Menyatakan terima kasih dan penghargaan kepada pihak yang memberi kerjasama dalam menjayakan kajian tersebut.

6.2 Menyebut nama pihak yang berkenaan .

7.Inti Utama Kajian

7.1 Mengandungi bahagian penting hasil daripada kajian yang dibuat.

(a) Pendahulan/Pengenalan(b) Isi:

Huraian dapatan kajian Penilaian/kesimpulan kajian Cadangan (jika ada/berkaitan)

11

Page 13: Panduan  penulisan kajian tingkatan 6 (1)

(c) Penutup

9.Penulisan Rujukan

9.1 Memberi penghargaan kepada penulis yang karya mereka digunakan sebagai rujukan, di samping menegaskan keesahan kajian bersifat akademik.

9.2 Rujukan terdiri daripada: Nota kaki Bibiliografi

(Rujuk elemen F: Penulisan Sumber Rujukan

10.Lampiran

10.1 Diwujudkan sebagai tambahan untuk memuatkan perkara penting yang diguna pakai dalam kajian tetapi tidak dimuatkan dalam teks.

10.2Antara perkara yang wajar dimuatkan ialah: Dapatan (data) kajian Gambar, peta, carta, dan sebagainya, yang

dianggap mustahak dan menjadi inti kajian. Salinan soalan soal selidik Nama dan biodata ringkas orang yang ditemu

ramah.10.3Halaman bagi bahagian ini tidak perlu

dinomborkan.

E. PENOMBORAN HALAMAN

1. Setiap halaman (kecuali halaman kulit/judul dan halaman lampiran) perlu dinomborkan secara berturutan.

2. Nombor diletakkan di hujung kanan bahagian bawah halaman.

2.1 Nombor roman kecil (i, ii, iii, iv, ...) digunakan untuk menomborkan halaman-halaman yang berikut:

Halaman hadapan/judul Isi kandungan Abstrak Objektif kajian Kaedah kajian Penghargaan

2.2 Angka biasa (1, 2, 3, ...., 25) digunakan untuk menomborkan halaman-kandungan kajian seperti yang berikut:

12

Page 14: Panduan  penulisan kajian tingkatan 6 (1)

Pendahuluan Isi Penutup Bibliografi

2.3 Halaman Lampiran tidak perlu dinomborkan.

F. PENULISAN SUMBER RUJUKAN

Oleh sebab kajian ilmiah memerlukan rujukan sama ada daripada bahan bertulis atau daripada temu ramah, penulis asal bahan rujukan atau pemberi maklumat dinyatakan untuk tujuan keesahan kajian dan penghargaan kepada penulis dan pemberi maklumat berkenaan. Hal tersebut dilakukan dengan dua cara, iaitu mewujudkan nota kaki dan bibliografi.

1. Nota kaki.

1.1 Nota kaki digunakan dalam teks halaman inti utama kajian untuk dua tujuan:

(a) Menyatakan sumber rujukan (buku, majalah, makalah, atau kertas kerja, termasuk laman sesawang) supaya pembaca mudah mencari dan merujuk sumber tersebut sekiranya diperlukan.

(i) Memetik ayat atau perenggan secara terus daripada sumber rujukan.

(ii) Menggunakan fakta daripada sumber rujukan walaupun dihuraikan menggunakan ayat sendiri.

(b) Memberi keterangan lanjut, contoh atau pandangan tentang sesuatu perkara yang tidak dikemukakan dalam teks, tetapi perlu dinyatakan untuk memudahkan pemahaman pembaca.

(c) Nota kaki perlu menyenaraikan hal-hal berikut secara berturutan dalam bentuk perenggan:

13

Page 15: Panduan  penulisan kajian tingkatan 6 (1)

Nama pengarang Tahun sumber rujukan diterbitkan Judul sumber rujukan Tempat diterbitkan Nama penerbit Muka surat sumber rujukan

1.2 Penaipan nota kaki menggunakan jarak langkau satu sahaja. (Komputer sekarang dapat melaksakan tugas ini secara automatik apabila anda menggunakan format “Insert Footnote” dalam peralatan References).

Contoh penulisan nota kaki: Lihat Lampiran A.

2. Bibliografi

2.1 Bibliogafi diwujudkan selepas tamatnya halaman inti kajian untuk menyatakan buku, majalah atau makalah, termasuk laman sesawang yang telah digunakan sebagai rujukan, dengan menyenaraikan hal-hal yang berikut secara berturutan dalam perenggan:

Nama pengarang Tahun sumber rujukan diterbitkan Judul sumber rujukan Tempat diterbitkan Nama penerbit

2.2 Penulisannya disusun mengikut abjad nama pengarang. Jika tiada nama pengarang, mulakan dengan nama penerbitnya.

*Contoh penulisan bibliografi: Lihat Lampiran B.

G. PENILAIAN PENULISAN KAJIAN

Kajian yang telah ditulis hendaklah dihantar Guru Penyelia masing-masing pada tempoh yang ditetapkan untuk dibuat penilaian.

1. Penilaian dibuat dengan berdasarkan kriteria yang berikut:

14

Page 16: Panduan  penulisan kajian tingkatan 6 (1)

*Kriteria dan Borang Penilaian Penuisan Kajian: Lihat Lampiran C.

Bahagian V:Pelaksanaan Kolokium

15

Page 17: Panduan  penulisan kajian tingkatan 6 (1)

LAMPIRAN

Lampiran A.Contoh Penulisan Nota Kaki.

Lampiran B.Contoh Penulisan Bibliografi.

16

___________________

10. Asmah Haji Omar. 1985. “Pendahuluan” dlm. Komunikasi Seluruh: Bahasa Malaysia Kod Tangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. xiv.

11. Kita menamai isyarat ini sebagai “bahasa isyarat Malaysia”.

12. Sebenarnya bahasa isyarat Malaysia banyak dipengaruhi oleh ASL, khususnya dari segi perbendaharaan kata dan unsur sintaksis.

13. Asmah Haji Omar. 1985. Komunikasi Seluruh: Bahasa

Arbak Othman. 1984. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penebitan Sarjana (M) Sdn. Bhd.

Asmah Haji Omar. 1985. “Pendahuluan” dlm. Komunikasi Seluruh: Bahasa Malaysia Kod Tangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, et al. 2010. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 18: Panduan  penulisan kajian tingkatan 6 (1)

- Buku, majalah,makalah, dan kertas kerja.

- Laman sesawang

Lampiran C.

17

Arbak Othman. 1984. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penebitan Sarjana (M) Sdn. Bhd.

Asmah Haji Omar. 1985. “Pendahuluan” dlm. Komunikasi Seluruh: Bahasa Malaysia Kod Tangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, et al. 2010. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka. “Koleksi Lembar Bahasa 2000”. http://www.dbp.gov.my.

Suhaimi Mohd Salleh. 2011. “Ayat Majmuk” dlm. Dermaga-BM-K1. http://dermagabmk1.blogspot.com.