Panduan penulisan tugasannew.doc

16
FAKULTI SAINS, TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN INSAN HUBUNGAN ETNIK (UWS10202) SEM I 2014/2015 __________________________________________________________________________ PANDUAN TUGASAN BERKUMPULAN GUIDELINES FOR GROUP ASSIGNMENT ______________________________________________________________________ _______ ARAHAN UMUM 1. Tugasan ini akan dibuat secara kumpulan yang terdiri di antara 8 hingga 10 orang ahli sahaja. 2. Wajaran markah bagi tugasan kumpulan adalah sebanyak 40% iaitu 25% untuk penulisan laporan dan 15% untuk pembentangan penulisan laporan. 3. Pelajar dihendaki memilih dan membuat laporan berdasarkan tajuk- tajuk yang telah disenaraikan oleh pensyarah. Panjang laporan hendaklah di antara 25 hingga 30 halaman bercetak tidak termasuk kulit muka, isi kandungan, bibliografi dan lampiran. 4. Penulisan Laporan mestilah bertaip dengan menggunakan kertas ukuran A4 langkau 1.5 baris dengan menggunakan jenis aksara sama ada Times New Roman (bersaiz 12). Penulisan Laporan Kajian hendaklah berpandukan kepada buku Panduan Menulis Tesis dan sebarang plagiatrisme adalah dilarang. 5. Semua tugasan mesti mengikut format berikut: Muka hadapan Biodata Isi kandungan Penulisan Tugasan (Pengenalan, Isi, Penutup) Rujukan Lampiran - sekiranya ada 6. Penggunaan gambar, gambar rajah, jadual dan graf bagi menyokong fakta adalah digalakkan. 1 | Page

Transcript of Panduan penulisan tugasannew.doc

Page 1: Panduan penulisan tugasannew.doc

FAKULTI SAINS, TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN INSAN HUBUNGAN ETNIK

(UWS10202) SEM I 2014/2015

__________________________________________________________________________

PANDUAN TUGASAN BERKUMPULAN GUIDELINES FOR GROUP ASSIGNMENT

_____________________________________________________________________________

ARAHAN UMUM

1. Tugasan ini akan dibuat secara kumpulan yang terdiri di antara 8 hingga 10 orang ahli sahaja.

2. Wajaran markah bagi tugasan kumpulan adalah sebanyak 40% iaitu 25% untuk penulisan laporan dan 15% untuk pembentangan penulisan laporan.

3. Pelajar dihendaki memilih dan membuat laporan berdasarkan tajuk-tajuk yang telah disenaraikan oleh pensyarah. Panjang laporan hendaklah di antara 25 hingga 30 halaman bercetak tidak termasuk kulit muka, isi kandungan, bibliografi dan lampiran.

4. Penulisan Laporan mestilah bertaip dengan menggunakan kertas ukuran A4 langkau 1.5 baris dengan menggunakan jenis aksara sama ada Times New Roman (bersaiz 12). Penulisan Laporan Kajian hendaklah berpandukan kepada buku ‘Panduan Menulis Tesis’ dan sebarang plagiatrisme adalah dilarang.

5. Semua tugasan mesti mengikut format berikut: Muka hadapan Biodata Isi kandungan Penulisan Tugasan (Pengenalan, Isi, Penutup) Rujukan Lampiran - sekiranya ada

6. Penggunaan gambar, gambar rajah, jadual dan graf bagi menyokong fakta adalah digalakkan.

7. Pada bahagian rujukan, pelajar perlu menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 rujukan yang terdiri daripada adalah buku, jurnal, artikel dan laman sesawang.

8. Semua rujukan hendaklah berasaskan format American Psychology Association (APA) (Rujuk Panduan Menulis Tesis UTHM) seperti berikut:

Nama penulis, Tahun, Judul Buku, Tempat dan Penerbit Contoh : Shamsul Amri Baharuddin (2012). Modul Hubungan Etnik. Bangi : UKM

9. Pastikan muka hadapan tugasan dinyatakan dengan jelas perkara seperti:

1 | P a g e

Page 2: Panduan penulisan tugasannew.doc

FAKULTI SAINS, TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN INSAN HUBUNGAN ETNIK

(UWS10202) SEM I 2014/2015

Nama universiti/ Logo Tajuk tugasan Nama pensyarah Nama pelajar (disusun mengikut abjad) Nombor matrik Tahun pengajian

10. Pada helaian kedua tugasan, pelajar hendaklah menyertakan gambar berwarna berserta biodata pelajar yang mempunyai maklumat seperti berikut : Nama penuh dan Nombor matrik No. telefon pelajar No. Telefon sahabat karib Fakulti Nama dan No. Telefon PA

11. Perkara yang perlu ada dalam penulisan ialah:1. Pengenalan2. Permasalahan Kajian3. Definisi konsep-konsep penting dalam kajian4. Objektif 5. Metodologi6. Hasil Kajian 7. Penutup

12. Semua tugasan hendaklah dihantar seminggu selepas pembentangan dibuat dalam bentuk hardcopy dan softcopy (disimpan di dalam cd). Penghantaran lewat akan ditolak markah mengikut bilangan hari.

13. Pelajar digalakkan berjumpa dengan pensyarah untuk sesi rundingan mengikut masa yang telah ditetapkan dengan membawa draf tugasan.

2 | P a g e

Page 3: Panduan penulisan tugasannew.doc

FAKULTI SAINS, TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN INSAN HUBUNGAN ETNIK

(UWS10202) SEM I 2014/2015

* Panduan Am (General Guidelines):

Muka Depan Tugasan (Front Page)

-SELAMAT MAJU JAYA-

TEMA TUGASAN

BAB TEMA CADANGAN TAJUK 1 Malaysia :

Kesepaduan dalam Kepelbagaian

1. Kepelbagaian adalah kekuatan. Bincangkan dengan lebih lanjut dan kritis.

2. Hubungan antara etnik sesuatu yang dinamik. Bincangkan konsep ini dengan lebih jelas dan praktikal.

3. Kesepaduan sosial boleh dicapai melalui pendekatan akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi. Huraikan konsep dengan contoh-contoh yang sesuai.

4. Pihak berautori bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesepaduan sosial. Setuju atau tidak dengan pernyataan ini.

5. Konflik dapat merosakkan kesepaduan sosial di Malaysia. Huraikan dengan merujuk kepada kes dalam dan luar negara sebagai perbandingan tentang pernyataan ini.

6. Huraikan 3 pola konflik dalam hubungan etnik di Malaysia. Beri tumpuan kepada sebab/faktor, implikasi dan pengajaran daripada konflik tersebut.

2 Potret Hubungan Etnik

1. Kemajmukan masyarakat semasa Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka adalah bersifat harmonis. Huraikan dengan jelas

2. Kewujudan masyarakat majmuk selepas penjajahan diselubungi dengan konflik. Jelaskan.

3. Huraikan Teori Masyarakat Majmuk dengan jelas.4. Rasisme adalah satu kepercayaan dalam sesebuah masyarakat.

3 | P a g e

Nama Universiti /Logo (Name of Uni./ Logo)

Tajuk Tugasan (Name of Assignment)

Nama Pensyarah (Name of lecturer)

Nama Pelajar (Name of student)No. Matrik (Matric no.)Tahun Pengajian (Year of study)

Page 4: Panduan penulisan tugasannew.doc

FAKULTI SAINS, TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN INSAN HUBUNGAN ETNIK

(UWS10202) SEM I 2014/2015

Huraikan.5. Budaya sangat kuat pengaruhnya ke atas tingkah laku sesebuah

masyarakat. Bincangkan6. Tahap integrasi dalam sesebuah masyarakat adalah pelbagai.

Huraikan secara kritis3 Limpahan

Kemakmuran Merentasi Etnik

1. Jelaskan dngan kritis bagaimana kesepaduan etnik dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi di Malaysia.

2. Kekayaan Negara perlu diagihkan secara adil dan saksama untuk mengelakkan mana-mana kumpulan etnik berasa terpinggir. Bincangkan peranan dan fungsi kerajaan bagi tujuan tersebut.

3. Huraikan peranan dan kepentingan DEB dalam pembentukkan kesepaduan etnik di Malaysia.

4. Bincangkan isu-isu dan cabaran untuk mewujudkan kesamarataan pendapatan dakam konteks pelbagai etnik di Malaysia.

5. BR1M dapat dilihat sebagai salah satu alternative bagi mewujudkan kesepaduan etnik di Malaysia. Bincangkan.

6. Apakah signifikannya Program Transformasi Ekonomi dalam mewujudkan perpaduan etnik di Malaysia.

4 Perlembagaan Persekutuan : Tiang Seri Hubungan Etnik

1. Bincangkan kepentingan perlembagaan dalam menguruskan kepelbagaian etnik sesebuah negara.

2. Bincangkan isu kebebasan beragama dalam konteks Malaysia dengan mengaitkan peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

3. Bahaskan tentang kedudukan istimewa etnik Melayu dan Bumiputera. Apakah rasionalnya?

4. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengambil kira pelbagai elemen yang wujud pada masa tersebut. Bincangkan elemen-elemen berkenaan.

5. Huraikan Perjanjian 20 Perkara Sabah dan 18 Perkara Sarawak dalam Perlembagaan Persekutuan dengan kritis.

6. Bincangkan 1 isu semasa berhubung dengan peruntukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan secara mendalam.

5 Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

1. ” Ke bukit sama di daki, ke lurah sama turuni”. Bincangkan pepatah ini dalam konteks muafakat antara kaum di Malaysia.

2. Sikap menerima dan mengiktiraf antara kaum adalah syarat keharmonian kaum di Malaysia. Bincangkan.

3. Jelaskan bagaimana konsep 1 Malaysia dapat berfungsi dalam membina sebuah negara yang bersatu padu.

4. Bincangkan bagaimana permuafakatan politik membantu mewujudkan kesepaduan sosial etnik di Malaysia.

5. Jelaskan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh parti-parti politik di Malaysia dalam mengekalkan kesepaduan dan keharmonian di Malaysia.

6. Pada pendapat anda, adakah aspek politik membantu dalam

4 | P a g e

Page 5: Panduan penulisan tugasannew.doc

FAKULTI SAINS, TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN INSAN HUBUNGAN ETNIK

(UWS10202) SEM I 2014/2015

mengekalkan kesepaduan etnik di Malaysia? Ulaskan.6 Kepelbagaian Agama

: Mencari Titik Pertemuan

1. Bincangkan keperluan manusia untuk beragama dan apakah peranan agama dalam mewujudkan kesinambungan dalam perpaduan antara etnik.

2. Huraikan perbezaan antara Agama Samawi dan Agama Ciptaan Manusia.

3. Bincangkan bagaimana kepelbagaian agama di Malaysia mampu bergerak ke arah kesefahaman dalam mewujudkan kesepaduan sosial.

4. Agama mampu membina dan mengasingkan penganutnya mengikut kepercayaan masing-masing, huraikan bagaimana konflik antara agama boleh wujud.

5. Bincangkan persamaan dan perbezaan konsep yang wujud bagi agama-agama utama di Malaysia.

6. Agama Islam dikatakan sebagai agama sejagat, Bincang dan huraikan dengan jelas maksud penyataan tersebut.

7 Dari Segregasi ke Integrasi

1. Apakah cabaran besar yang mungkin wujud akibat berlakunya dari pengasingan kepada penyatuan. Huraikan secara kritis

2. Apakah usaha-usaha penting dapat dilakukan dalam memupuk integrasi di Malaysia. Jelaskan dengan contoh-contoh yang sesuai

3. Huraikan peranan kerajaan dalam memupuk perpaduan dalam Negara.

4. Jabatan Perpaduan Negara kurang bermaya dalam usaha memupuk perpaduan. Bincangkan

5. Sekolah Wawasan adalah satu impian dan harapan dalam menyemai rasa kebersamaan dan kekitaan. Bicarakan secara kritis penyataan tersebut.

6. Perlaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan mutakhir ini dilihat kurang berjaya. Bincangkan

7. Rukun Tetangga merupakan jambatan dalam mewujudkan kesefahaman dan perpaduan. Bincangkan dengan menyatakan contoh-contoh yang konkrit.

8. PLKN adalah satu usaha yang sungguh-sungguh oleh pihak kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat generasi muda hari ini. Bincangkan.

8 Pemerkasaan Pendidikan ke Arah Kesepaduan Sosial

1. Pendidikan merupakan asas penyatuan dalam proses pembinaan negara bangsa. Bincangkan penyataan tersebut.

2. Kepelbagaian sistem pendidikan mempunyai perkaitan yang rapat dengan kesepaduan sosial di negara ini, Bincangkan cabaran terhadap pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia.

3. Bahasa berperanan sebagai alat perpaduan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Huraikan.

4. Peranan pendidikan amat dominan dalam proses sosialisasi. Nilaikan.

5 | P a g e

Page 6: Panduan penulisan tugasannew.doc

FAKULTI SAINS, TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN INSAN HUBUNGAN ETNIK

(UWS10202) SEM I 2014/2015

5. Integrasi dalam kalangan mahasiswa semakin terserlah dengan penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum dan berpersatuan di Institusi Pengajian Tinggi. Bincangkan.

6. Pembangunan sistem pendidikan negara melalui kewujudan sekolah vernakular mampu melahirkan rakyat yang mempunyai nilai tambah apabila dapat menguasai lebih daripada satu bahasa. Bincangkan.

9 Pengalaman Harian : Manjalin Kesepaduan dan Melahirkan Keharmonian

1. Bincangkan bagaimana aspek kepelbagaian makanan mampu menjadi alat dalam mewujudkan integrasi kaum di Malaysia.

2. En. Yap Kau Sah hendak mengadakan Majlis Sambutan Rumah Terbuka sempena perayaan Tahun Baru Cina, Huraikan elemen-elemen dan kaedah yang mesti diambilkira sebelum menjemput rakan-rakanya dari pelbagai etnik datang ke rumah beliau.

3. Jelas dan huraikan bagaimana siri kartun animasi Upin dan Ipin mampu bertindak sebagai medium dalam menyemai benih kesepaduan sosial dalam kalangan masyarakat Malaysia.

4. Huraikan bagaimana elemen media berfungsi sebagai alat perubahan sesuatu kaum dalam mewujudkan perpaduan yang harmoni.

5. Perkembangan ICT turut dikatakan mampu memberi impak baru dalam membina wadah kesepaduan etnik di Malaysia. Bincangan dengan jelas dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan.

6. Huraikan apakah yang dimaksudkan dengan tema Malaysia Truly Asia dalam konteks amalan kehidupan harian dalam mewujudkan integrasi kesepaduan sosial.

6 | P a g e

Page 7: Panduan penulisan tugasannew.doc

FAKULTI SAINS, TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN INSAN HUBUNGAN ETNIK

(UWS10202) SEM I 2014/2015

__________________________________________________________________

RUBRIK PENILAIAN TUGASAN BERKUMPULAN (25%)RUBRIC FOR GROUP ASSIGMENT

_____________________________________________________________________________

Rubrik (%)

Keterangan

21-25 - lima (5) isi utama dan disokong penuh dengan olahan /kembangan /hujahan yang baik untuk menyokong setiap isi utama.- mempunyai pengenalan dan kesimpulan.- penggunaan tatabahasa yang betul dan baik (ejaan, kata ganti nama am, kata kerja dan sebagainya).- Kemasan (pemerangganan, margin, mengikut format, gaya penulisan dan bersih).- menulis di antara 25-30 halaman bercetak tidak termasuk biodata, muka hadapan, bibliografi dan lampiran.

16-20 - lima (5) isi utama tetapi kurang disokong dengan olahan /kembangan /hujahan yang baik untuk menyokong setiap isi utama.- mempunyai pengenalan dan kesimpulan.- penggunaan tatabahasa yang betul dan baik (ejaan, kata ganti nama am, kata kerja dan sebagainya).- Kemasan yang baik (pemerangganan, margin, mengikut format, gaya penulisan dan bersih).- menulis di 25-30 halaman bercetak tidak termasuk biodata, muka hadapan, bibliografi dan lampiran.

11-15 - tiga (3) isi utama dan disokong dengan olahan /kembangan /hujahan yang baik untuk menyokong setiap isi utama.- mempunyai pengenalan dan kesimpulan.- penggunaan tatabahasa yang betul (ejaan, kata ganti nama am, kata kerja dan sebagainya).- Kemasan sederhana (pemerangganan, margin, mengikut format, gaya penulisan dan bersih).- menulis di antara 25-30 halaman bercetak tidak termasuk biodata, muka hadapan, bibliografi dan lampiran.

6-10 - tiga (3) isi utama tetapi kurang disokong dengan olahan /kembangan /hujahan yang baik untuk menyokong setiap isi utama.- mempunyai pengenalan dan kesimpulan.

7 | P a g e

Page 8: Panduan penulisan tugasannew.doc

FAKULTI SAINS, TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN INSAN HUBUNGAN ETNIK

(UWS10202) SEM I 2014/2015

- penggunaan tatabahasa yang betul (ejaan, kata ganti nama am, kata kerja dan sebagainya).- Kemasan sederhana (pemerangganan, margin, mengikut format, gaya penulisan dan bersih).- menulis di antara 20-25 halaman bercetak tidak termasuk biodata, muka hadapan, bibliografi dan lampiran.

1-5 - dua (2) isi utama, disokong dengan olahan /kembangan /hujahan yang mendatar/sederhana/ tidak kritis untuk menyokong setiap isi utama.- mempunyai pengenalan dan kesimpulan.- penggunaan tatabahasa sederhana (ejaan, kata ganti nama am, kata kerja dan sebagainya).- Kemasan rendah (pemerangganan, margin, mengikut format, gaya penulisan dan bersih).- menulis di antara15-20 halaman bercetak tidak termasuk biodata, muka hadapan, bibliografi dan lampiran. ** Penulisan yang kurang dari 10 halaman bercetak akan diberi separuh markah dari rubrik yang diperolehi (contoh; markah yang diperolehi dari rubrik pemarkahan adalah 10, sekiranya pelajar menulis kurang 10 halaman maka pelajar hanya layak mendapat 5 markah sahaja.** Pelajar yang didapati meniru / plagiat hanya akan diberi markah komitmen iaitu satu (1).

8 | P a g e

Page 9: Panduan penulisan tugasannew.doc

FAKULTI SAINS, TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN INSAN HUBUNGAN ETNIK

(UWS10202) SEM I 2014/2015

____________________________________________________________________________

PANDUAN PEMBENTANGAN BERKUMPULAN (15%)GUIDELINES FOR GROUP PRESENTATION

_____________________________________________________________________________

ARAHAN UMUM

1. Pembentangan laporan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk penyampaian yang kreatif (contoh: dokumentari, sketsa). Paling minima penyampaian adalah dalam bentuk ‘slide show’ (power point).

2. Tempoh pembentangan adalah di antara 15-20 minit.

3. Pelajar dikehendaki menyediakan 3 soalan yang berkaitan dengan topik pembentangan untuk diedarkan kepada pelajar-pelajar lain sejurus selesai pembentangan.

4. Pembentangan ‘aktif’ iaitu pembentangan yang banyak menerima pertanyaan, pendapat dan cadangan dari pendengar lain amat digalakkan. Ini menunjukkan penyampaian yang dibuat mampu diterima dan difahami oleh pendengar lain.

____________________________________________________________________________

RUBRIK PENILAIAN PEMBENTANGAN BERKUMPULAN (15%)RUBRIC FOR GROUP ASSIGMENT

_____________________________________________________________________________

Item Penilaian Markah

Isi 40

Kreativiti 15

Pengurusan 15

Team Work 15

Ketrampilan 15

Jumlah Keseluruhan

100

9 | P a g e

Page 10: Panduan penulisan tugasannew.doc

FAKULTI SAINS, TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN INSAN HUBUNGAN ETNIK

(UWS10202) SEM I 2014/2015

________________________________________________________________________

PANDUAN TUGASAN INDIVIDU GUIDELINES FOR GROUP ASSIGNMENT

_____________________________________________________________________________ARAHAN UMUM

14. Tugasan ini akan dibuat secara individu.

15. Wajaran markah bagi tugasan individu adalah 10%.

16. Setiap pelajar DIWAJIBKAN masuk ke pelantar openlearning.com dan perlu mendaftar sebagai pelajar dalam talian (online). Pelajar digalakkan menggunakan Google Chrome kerana lain-lain pelayar web / "browser" adalah tidak serasi / "incompatible" buat masa ini.

17. Pelajar yang telah berjaya mendaftar masuk ke “openlearning” dikehendaki menyertai kursus KESEPADUAN DAN HUBUNGAN ETNIK secara dalam talian dengan pergi ke ruangan “Search” dan tulis HUBUNGAN ETNIK kemudian “enter”.

18. Pelajar diwajibkan menghabiskan keseluruhan topik dalam ”openlearning” bagi menambah pengetahuan dan menggunakannya dalam perbincangan dengan pensyarah masing-masing.

19. Tugasan individu Pelajar dikehendaki memilih salah satu video daripada topik 2 dan membuat refleksi diri

berdasarkan video yang dipilih.

20. Tugasan hendaklah dihantar pada minggu berikutnya. Penghantaran lewat akan ditolak markah.

21. Pelajar digalakkan berjumpa dengan pensyarah untuk sesi rundingan mengikut masa yang telah ditetapkan.

22. Perkara yang perlu ada dalam penulisan ialah:8. Pengenalan9. Tema dan Isu10. Faktor 11. Implikasi12. Cadangan penyelesaian masalah13. Penutup

10 | P a g e

Page 11: Panduan penulisan tugasannew.doc

FAKULTI SAINS, TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN INSAN HUBUNGAN ETNIK

(UWS10202) SEM I 2014/2015

__________________________________________________________________________

RUBRIK PENILAIAN TUGASAN INDIVIDU (10%)RUBRIC FOR INDIVIDU ASSIGMENT

_____________________________________________________________________________

Rubrik(%)

Item dan Keterangan

9-10 - Panjang esei 1-5 mukasurat bagi aktiviti Refleksi Pengalaman Diri- tiga (3) isi utama dan disokong dengan olahan /kembangan /hujahan yang baik untuk menyokong setiap isi utama dalam aktiviti perbincangan.- mempunyai pengenalan dan kesimpulan.- penggunaan tatabahasa yang betul dan baik (ejaan, kata ganti nama am, kata kerja dan sebagainya).- Kemasan (pemerangganan, margin, mengikut format, gaya penulisan dan bersih).- menulis di antara dua setengah hingga tiga halaman bercetak tidak termasuk biodata dan muka hadapan.

7-8 - Panjang esei 1-5 mukasurat bagi aktiviti Refleksi Pengalaman Diri- tiga (3) isi utama tetapi tidak disokong dengan olahan /kembangan /hujahan yang baik untuk menyokong setiap isi utama dalam aktiviti perbincangan.- mempunyai pengenalan dan kesimpulan.- penggunaan tatabahasa yang betul dan baik (ejaan, kata ganti nama am, kata kerja dan sebagainya).- Kemasan yang baik (pemerangganan, margin, mengikut format, gaya penulisan dan bersih).- menulis di antara dua setengah hingga tiga halaman bercetak tidak termasuk biodata dan muka hadapan.

5-6 - Panjang esei 1-5 mukasurat bagi aktiviti Refleksi Pengalaman Diri- dua (2) isi utama dan disokong dengan olahan /kembangan /hujahan yang baik untuk menyokong setiap isi utama dalam aktiviti perbincangan.- mempunyai pengenalan dan kesimpulan.- penggunaan tatabahasa yang betul (ejaan, kata ganti nama am, kata kerja dan sebagainya).- Kemasan sederhana (pemerangganan, margin, mengikut format, gaya penulisan dan bersih).- menulis di antara dua hingga dua setengah halaman bercetak tidak termasuk biodata dan muka hadapan.

4-5 - Panjang esei melebihi 5 mukasurat bagi aktiviti Refleksi Pengalaman Diri

11 | P a g e

Page 12: Panduan penulisan tugasannew.doc

FAKULTI SAINS, TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN INSAN HUBUNGAN ETNIK

(UWS10202) SEM I 2014/2015

- dua (2) isi utama tetapi tidak disokong dengan olahan /kembangan /hujahan yang baik untuk menyokong setiap isi utama dalam aktiviti perbincangan.- mempunyai pengenalan dan kesimpulan.- penggunaan tatabahasa yang betul (ejaan, kata ganti nama am, kata kerja dan sebagainya).- Kemasan sederhana (pemerangganan, margin, mengikut format, gaya penulisan dan bersih).- menulis di antara dua hingga dua setengah halaman bercetak tidak termasuk biodata dan muka hadapan.

3-4 - Panjang esei melebihi 5 mukasurat bagi aktiviti Refleksi Pengalaman Diri- satu (1) isi utama dan disokong dengan olahan /kembangan /hujahan yang baik untuk menyokong setiap isi utama dalam aktiviti perbincangan.- mempunyai pengenalan dan kesimpulan.- penggunaan tatabahasa sederhana (ejaan, kata ganti nama am, kata kerja dan sebagainya).- Kemasan rendah (pemerangganan, margin, mengikut format, gaya penulisan dan bersih).- menulis di antara satu hingga satu setengah halaman bercetak tidak termasuk biodata dan muka hadapan.

1-2 - Panjang esei melebihi 5 mukasurat bagi aktiviti Refleksi Pengalaman Diri- satu (1) jawapan betul dalam aktiviti kuiz - satu (1) isi utama tetapi tidak disokong dengan olahan /kembangan /hujahan yang baik untuk menyokong setiap isi utama dalam aktiviti perbincangan.- mempunyai pengenalan dan kesimpulan.- penggunaan tatabahasa sederhana (ejaan, kata ganti nama am, kata kerja dan sebagainya).- Kemasan rendah (pemerangganan, margin, mengikut format, gaya penulisan dan bersih).- menulis di antara satu hingga satu setengah halaman bercetak tidak termasuk biodata dan muka hadapan.

** Penulisan reflesi diri melebihi lima (5) halaman bercetak akan diberi separuh markah dari rubrik yang diperolehi (contoh; markah yang diperolehi dari rubrik pemarkahan adalah 5, sekiranya pelajar menulis melebihi lima (5) halaman maka pelajar hanya layak mendapat 2.5 markah sahaja.

** Pelajar yang didapati meniru / plagiat hanya akan diberi markah komitmen iaitu satu (1).

12 | P a g e