PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

122
MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017 1 | Page PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH PANDUAN UMUM KEPADA PENYAMPAI TAZKIRAH: 1. Mulakan tazkirah dengan ucapan salam dan bismillah. 2. Mengalu-alukan khalayak pendengar. 3. Memulakan bacaan tazkirah. 4. Penyampai tazkirah boleh menambah bahan sedia ada dengan tambahan idea yang bersesuaian. 5. Pastikan kesahihan dalil dan idea tambahan. Namun, pastikan tidak menyentuh nama-nama individu tertentu secara khusus. 6. Elakkan menokok tambah contoh-contoh kontroversi yang boleh menimbulkan salah faham kepada pendengar. 7. Akhiri bacaan tazkirah dengan ucapan salam. PANDUAN KHUSUS KEPADA PANYAMPAI TAZKIRAH: SEBELUM 1. Pilih tajuk yang bersesuaian. 2. Baca teks tazkirah sekurang-kurangnya 2 kali sebelum diperdengarkan kepada khalayak pendengar. 3. Bersedia awal. Datang awal ke lokasi. 4. Pastikan anda memakai pakaian yang kemas. SEMASA 1. Mengalu-alukan para pendengar. 2. Baca teks tazkirah dengan tertib. 3. Pastikan intonasi yang digunakan jelas dan dapat didengari oleh semua pendengar.

Transcript of PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

Page 1: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

1 | P a g e

PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH

PANDUAN UMUM KEPADA PENYAMPAI TAZKIRAH:

1. Mulakan tazkirah dengan ucapan salam dan bismillah.

2. Mengalu-alukan khalayak pendengar.

3. Memulakan bacaan tazkirah.

4. Penyampai tazkirah boleh menambah bahan sedia ada dengan tambahan idea

yang bersesuaian.

5. Pastikan kesahihan dalil dan idea tambahan. Namun, pastikan tidak menyentuh

nama-nama individu tertentu secara khusus.

6. Elakkan menokok tambah contoh-contoh kontroversi yang boleh menimbulkan

salah faham kepada pendengar.

7. Akhiri bacaan tazkirah dengan ucapan salam.

PANDUAN KHUSUS KEPADA PANYAMPAI TAZKIRAH:

SEBELUM

1. Pilih tajuk yang bersesuaian.

2. Baca teks tazkirah sekurang-kurangnya 2 kali sebelum diperdengarkan kepada

khalayak pendengar.

3. Bersedia awal. Datang awal ke lokasi.

4. Pastikan anda memakai pakaian yang kemas.

SEMASA

1. Mengalu-alukan para pendengar.

2. Baca teks tazkirah dengan tertib.

3. Pastikan intonasi yang digunakan jelas dan dapat didengari oleh semua

pendengar.

Page 2: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

2 | P a g e

SELEPAS

1. Ucapkan terima kasih kepada pendengar.

2. Jangan lupa membaca kit tindakan sayangi diri anda sebelum mengakhiri

tazkirah.

3. Akhiri tazkirah dengan salam.

* PERHATIAN : 1. MODUL INI BOLEH DIJALANKAN PADA AWAL PdP MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM. 2. MODUL INI BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGISIAN DALAM PERHIMPUNAN AWAL PAGI. 3. MODUL INI JUGA BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI PENGISIAN PADA MANA-MANA PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH. 4. MODUL INI BOLEH JUGA DIJALANKAN MENGIKUT KESESUAIAN SEKOLAH.

Page 3: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

3 | P a g e

Bidang : PEMBANGUNAN & PERKEMBANGAN SAHSIAH Tajuk : Luar Biasa Objektif : Pada akhir aktiviti pelajar dapat 1. Meningkatkan jati diri pelajar

2. Meningkatkan motivasi pelajar untuk berjaya

Masa : 5 minit Bahan : Bahan Cerita katak Pekak(Rujuk Lampiran) Langkah : 1. Guru mencerikan tentang kisah katak pekak 2. Guru meminta pelajar untuk membuat refleksi 3. Guru membuat refleksi keseluruhan

Refleksi: 1. Jangan mudah berputus asa dan sentiasa berfikiran positif.

2. Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai

kecenderungan negatif ataupun pesimis.

3. Bersikap PEKAK jika ada orang mengatakan bahawa KAMU tidak

boleh mencapai cita-citamu.

Page 4: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

4 | P a g e

Lampiran 1: CERITA KATAK PEKAK Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil yang ingin beradu kekuatan berlumba. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan itu dan memberikan semangat kepada para peserta.

Maka perlumbaan pun dimulakan.

Secara jujur, tidak satu pun penonton yang benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan mampu mencapai puncak menara. Terdengar suara, “Oh, jalannya terlalu sukar!! Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak” dan “Tidak akan berjaya. Menaranya terlalu tinggi!

Katak-katak kecil mula berjatuhan. Satu persatu. Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi dan semakin tinggi. Penonton terus bersorak, “Terlalu sulit!!! Tak seorangpun akan berhasil!”

Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah.

Tapi ada SEEKOR KATAK sahaja yang meneruskan pandakiannya hingga semakin tinggi dan tinggi. Dia belum menyerah! Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali katak yang satu itu. Katak kecil yang satu itu telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak.

SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya? Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak tersebut boleh berjaya? Ternyata, katak yang menjadi pemenang itu SEBENARNYA PEKAK. Dia tidak mendengar semua cemuhan dan perkataan negatif dari sekelilingnya. Katak itu, percaya dan yakin pada matlamatnya untuk mencapai puncak tertinggi dengan tidak mendengar segala ucapan negatif!

Apakah ibrah, hikmah dan pengajaran yang dapat kita ambil daripada kisah sang katak yang pekak ini?

Ya, kecacatan atau kekurangan itu sebenarnya satu kelebihan! Kalaulah sang katak itu tidak pekak atau tidak tuli, sudah tentulah dia juga akan mengikut jejak rakan-rakannya yang tewas, tidak bersemangat dan akhirnya jatuh dek kerana cemuhan dan kata-kata yang tidak bersemangat dari para penontonnya.

Page 5: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

5 | P a g e

Ertinya, kita “buat-buat pekak” sahaja kepada orang yang mengutuk dan mencemuh usaha atau tindakan yang kita lakukan. Fokus dan beri tumpuan serta komitmen yang tinggi kepada apa yang sedang kita usahakan. Kata-kata mereka yang mengutuk dan mencemuh kita itu sebenarnya kerana memang mereka mahu melihat kita gagal dan jatuh. Ya, adakah kita hendak membiarkan kita tewas dan jatuh hanya kerana kata-kata mereka yang tidak tahu apa-apa itu? Oh, usahlah semudah itu.

Mereka yang bersorak, mengutuk dan mencemuh segala usaha kita itu bukannya tahu pun apakah sebenarnya yang kita lakukan. Mereka tidak tahu pun keyakinan diri kita. Kita yang tahu dan mesti yakin kepada diri kita sendiri. Jika apa yang kita usahakan dan lakukan adalah usaha yang betul, diredai Tuhan, tidak berlanggar dengan syariat agama, maka apakah yang perlu kita hirau akan sorakan, cemuhan dan kutukan mereka?

Sesekali, kita juga perlu memekakkan telinga walaupun dikurniakan Tuhan telinga yang baik dan jelas untuk mendengar!

Page 6: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

6 | P a g e

Bidang : PEMBANGUNAN & PERKEMBANGAN SAHSIAH Tajuk : Lebih Sempurna Objektif : Pada akhir aktiviti pelajar dapat

1. Mengetahui bahawa setiap orang saling lengkap melengkapi dan saling memerlukan antara satu sama lain.

2. Setiap orang perlu bersikap terbuka dan menerima orang lain dengan seadanya.

Masa : 5 minit Bahan : Bahan Cerita Cracked Pot(Rujuk Lampiran) Langkah : 1. Guru mencerikan tentang kisah Cracked Pot 2. Guru meminta pelajar untuk membuat refleksi 3. Guru membuat refleksi keseluruhan

Refleksi: 1. Setiap manusia mempunyai kekurangan tersendiri dan tiada manusia

yang sempurna.

2. Setiap orang perlu menerima orang lain dengan seadanya.

3. Setiap orang saling lengkap melengkapi dan saling memerlukan

antara satu sama lain.

Page 7: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

7 | P a g e

Lampiran 2: KISAH PASU PECAH (THE CRACKED POT)

Keadaan ini berlaku setiap hari selama dua tahun, wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah pasu air sahaja. Semestinya, pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya. Di sebaliknya, pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya, dan berasa sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air daripada sepatutnya. Setelah 2 tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak tersebut berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai. “Aku rasa sangat malu dengan diriku, kerana diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu” Wanita tua itu tersenyum, “Sedarkah kamu akan bunga-bunga di bahagian laluan kamu, tetapi tidak di laluan pasu yang lagi satu?”

“Itu kerana aku selalu menyedari kekurangan dirimu, oleh itu, aku telah menyemai benih-benih bunga di bahagian laluan kamu. Setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa kamu sedari, kamu telah menyiram benih-benih bunga itu.

“Selama dua tahun, aku berpeluang untuk memetik bunga-bunga yang cantik ini untuk menghiasi meja”

Seorang wanita tua Cina mempunyai dua bekas pasu air, yang digantung di setiap penjuru galah yang dibawanya. Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara pasu yang lagi satu masih elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh. Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungai ke rumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja.

Page 8: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

8 | P a g e

“Sekiranya kamu tidak menjadi dirimu sendiri, mungkin tiada keindahan sebegini di rumah ini.”

Setiap kita mempunyai kekurangan yang tersendiri. Tetapi, keretakan dan kekurangan kita itulah yang menjadikan perkongsian hidup kita sangat menarik dan bermanfaat. Anda perlu menerima setiap manusia seadanya dan melihat kebaikan di dalam diri mereka.

Page 9: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

9 | P a g e

Bidang : PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN SAHSIAH PELAJAR Tajuk : Permata Cinta Objektif : Pada akhir aktiviti pelajar dapat

1. Pelajar jelas tentang harapannya yang perlu dicapai.

2. Pelajar berasa bangga dengan cita-cita dan harapan yang ingin dicapai.

Masa : 5 minit Bahan :Tiada Langkah :

1. Pelajar menulis harapannya dalam sehelai kertas dan dipilih secara rawak untuk dibacakan.

2.Guru mengulas harapan / cita-cita pelajar tersebut

Refleksi:

Pelajar sedar tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Page 10: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

10 | P a g e

Bidang : PEMBANGUNAN & PERKEMBANGAN SAHSIAH Tajuk : Itulah Sayang Objektif : Pada akhir aktiviti pelajar dapat

1. Pelajar tahu ciri-ciri sahabat yang baik. 2. Pelajar tidak mudah terpengaruh dengan perlakuan negatif

Masa : 5 minit Bahan :Lampiran Sahabat Baik VS Sahabat Munafik Langkah :

1. Guru menerangkan ciri-ciri sahabat yang baik 2. Guru menerangkan bahawa siapa kawan kita, itulah diri kita.

3. Menerangkan kepada pelajar ciri-ciri sahabat yang baik seperti

bertolak-ansur, menegur secara berhemah dan mengajak ke

arah kebaikan

Refleksi:

1) Rasulullah SAW pernah bersabda “Orang Mukmin ibarat cermin

bagi orang Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu

sama lain” (Riwayat Abu Daud)

2) Pelajar perlu tahu bahawa apabila memilih sahabat yang betul akan

memberi kesan positif dalam diri dan membawa kepada kejayaan

dalam akademik dan juga sahsiah.

Page 11: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

11 | P a g e

Lampiran 3: SAHABAT BAIK VS SAHABAT MUNAFIK

Ciri-ciri Sahabat Yang Munafik dan Pura-pura Mengaku Sahabat:

1). Dia mengaku berkawan, tapi ingin untung saja dari kita,

2). Dia cerita bercerita kepada kenalannya ia kenal, dan senang jika ia

diuntungkan

3). Dia lari bila kita mulai miskin,

4). Dia selalu bersikap memuji jika bertemu, tetapi dibelakangnya berbeda, jadi

bermuka dua

5). Dia sebenarnya tidak suka kalau kita kaya, bahagia dan sejahtera,

6). Dia gembira kalau kita gagal dalam segala hal,

7). Dia bercerita kesetiap orang kalau kita sukses bahwa ia kenal kita dan sahabatnya,

8). Dia akan menceritakan kesetiap sahabat kita yang lain, kalau kita gagal,

9). Dia berpura-pura pahlawan kalau kita sedang sukses,

10). Dia selalu gelisah,jika kita sukses,

Ciri-ciri sahabat setia dan baik hati :

1). Dia bangga bila bertemu,

2). Dia senang dan bahagia jika kita sukses, TANPA MENGAHARAPKAN APA-

APA,

3). Dia selalu memberi bantuan jika kita perlukan, TANPA PAMRIH

4). Dia marah jika kita diganggu orang lain, BERANI MATI SEBAGAI PEMBELA,

5). Dia marah bila ada yang menghinanya,

6). Dia tidak pernah menuntut apapun, kecuali ia bangga bersahabat dengan

kita,

7). Dia selalu bertanya khabar kita, bila kita tidak ada berita,

8). Dia berani berkorban waktu, uang/hartanya untuk membantu kita agar

sukses,

9). Dia mengenal kakak dan adik, orang tua kita (keluarga), bahkan sahabat2

kita,

10). Dia tidak pernah menagih kalau kita berhutang padanya, kecuali menunggu

kesedaran kita untuk membayar hutang kita,

Page 12: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

12 | P a g e

Bidang : PEMBANGUNAN & PERKEMBANGAN SAHSIAH Tajuk : Di Mana Kucari Ganti Objektif : Pada akhir aktiviti pelajar dapat 1. Menghargai kehadiran ibu bapa dalam hidup mereka

2. Mencetus idea tentang bagaimana untuk berbakti kepada ibu bapa

3. Menjaga adab dan tingkahlaku diri demi kebaikan maruah ibu bapa. Masa : 5 minit Bahan : Lampiran Langkah :

1. Guru memulakan dengan soalan berikut sebagai set induksi kepada pelajar

a. Sudah berapa lama kita hidup? b. Bila kita dilahirkan? c. Bagaimana kita dilahirkan? d. Adakah orang yang melahirkan kita masih ada?

2. Guru menyampaikan petikan (Lampiran) kepada pelajar 3. Guru membuat kesimpulan daripada petikan yang

dibacakan. Refleksi :

1. Menyedari hakikat bahawa ibubapa adalah insan yang patut

dihargai kerana tiada siapa yang mampu menggantikan

tempat mereka.

2. Menerima segala kelebihan dan kelemahan mereka.

Menghargai kelebihan yang mereka miliki dan memperbaiki

kelemahan mereka dengan penuh hikmah.

3. Berusaha untuk membahagiakan mereka.

Page 13: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

13 | P a g e

Lampiran 4

Seorang anak bertengkar dengan ibunya & meninggalkan rumah. Saat berjalan ia baru menyadari bahwa ia sama sekali tidak membawa wang. Ia melewati sebuah kedai mi. Ia ingin sekali memesan semangkuk mi karena lapar.

Pemilik gerai mi melihat anak itu berdiri cukup lama di depan kedainya, lalu bertanya”Nak, apakah engkau ingin memesan mi?” “Ya, tetapi aku tidak membawa wang,”jawab anak itu dengan malu-malu.”Tidak apa-apa, aku akan menghidangkannya,”jawab si pemilik kedai.

Anak itu segera makan. Kemudian air matanya mulai berlinang.”Ada apa Nak?”Tanya si pemilik kedai.”Tidak apa-apa, aku hanya terharu karena seorang yg baru kukenal memberi aku semangkuk mi tetapi ibuku sendiri setelah bertengkar denganku, mengusirku dari rumah. Kau seorang yang baru kukenal tetapi begitu peduli padaku.

Pemilik kedai itu berkata”Nak, mengapa kau berpikir begitu? Renungkan hal ini, aku hanya memberimu semangkuk mi & kau begitu terharu…. Ibumu telah memasak mi, nasi, dll sampai kamu dewasa, harusnya kamu berterima kasih kepadanya.

Anak itu terkejut mendengar hal tersebut.”Mengapa aku tidak berpikir tentang hal itu?”

Untuk semangkuk mi dari orang yang baru kukenal aku begitu berterima kasih, tetapi terhadap ibuku yang memasak untukku selama bertahun-tahun,aku bahkan tidak peduli.

Anak itu segera menghabiskan mi lalu ia menguatkan dirinya untuk segera pulang. Begitu sampai di pintu rumah, ia melihat ibunya dengan wajah letih & cemas. Ketika melihat anaknya, perkataan pertama yang keluar dari mulutnya adalah “Nak, kau sudah pulang, cepat masuk, aku telah menyiapkan makan malam.”

Mendengar hal itu, si anak tidak dapat menahan tangisnya & ia menangis di hadapan ibunya.

Page 14: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

14 | P a g e

Bidang : PEMBANGUNAN & PERKEMBANGAN SAHSIAH

Tajuk : Kupercaya Adanya Cinta Objektif : Pada akhir aktiviti pelajar dapat 1. Menyedari akan adanya perasaan cinta dan kasih sayang

2. Memupuk rasa kasih sayang dalam diri

3. Meningkatkan kesedaran kepentingan berkasih sayang. Masa : 5 minit Bahan : Lampiran Langkah :

1. Guru menyampaikan kisah tentang erti kasih sayang (lampiran).

2. Guru mengemukakan soalan kepada pelajar secara rawak 3. Guru membuat kesimpulan daripada petikan yang

dibacakan. Refleksi :

1. Menyedari hakikat bahawa kasih sayang bukan sesuatu

yang boleh dijual beli

2. Nilai perasaan kasih sayang tidak mampu disamakan

dengan wang ringgit

3. Kasih sayang merupakan aras yang perlu dicapai dan

ditunaikan bagai memperolehi aras keperluan

kesempurnaan kendiri.

Page 15: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

15 | P a g e

LAMPIRAN 5 DALAM sehari semalam kita kerap menyebut perkataan ‘Bismillah’. Semua di antara

kita sudah tahu apa maknanya, iaitu ‘Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi

Maha Penyayang’.

Begitulah makna ayat al-Quran yang paling popular. Begitulah juga hebatnya Allah

mengasihi makhluk yang dicipta-Nya.

Malah, golongan yang mengingkari-Nya pun masih dibenarkan tinggal di bumi-Nya.

Mereka yang derhaka kepada-Nya pun masih diberi kesempatan menghirup udara-Nya,

bahkan kadangkala rezeki makin bertambah.

Walaupun begitu, sudah banyak kita mendapat nikmat daripada-Nya tetapi jarang

memberikan waktu untuk menghitungnya jauh sekali untuk membalasnya.

Setiap hari rasanya kita tidak terlepas meluangkan masa untuk mengambil sarapan

kerana menganggap ia sangat penting.

Tetapi kenapa kita tidak sempat menggunakan beberapa minit untuk bersama

memikirkan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Allah, sebagai vitamin sebelum bekerja atau

menunaikan tugas harian?

Cuba tanya hati sanubari kita, apakah nikmat yang sudah kita dapat sepanjang hari

semalam?

Kita boleh tidur dengan nyenyak, rumah kita selamat daripada pencuri, anak ceria, kita

sendiri bahagia dan sebagainya. Tetapi pernahkah kita rasakan itu adalah rahmat Allah

atau dalam kata lain pernahkah kita bersyukur?

Itulah tandanya kasih sayang Allah dan selepas kita mendapat kasih sayang Allah

pernahkah kita tebar dan sebarkan itu semua kepada makhluk Allah yang lain?

Sudahkah kita sayangi ibu bapa kita sebagaimana kasih sayang yang kita dapat

daripada Allah itu? Kepada anak kita, teman dan rakan sejiran, teman dan rakan

sepejabat kita, bagaimana?

Sebenarnya antara tugas kita di bumi ini untuk berkasih sayang tanpa memandang ras,

warna kulit, bangsa dan agama, parti politik bahkan juga kepada binatang, tumbuhan

dan alam sekitar.

Dalam satu hadis Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: “Orang yang bersifat

pengasih akan dikasihi Allah Yang Maha Pengasih. Hendaklah kamu mengasihi

makhluk di bumi, nanti kamu akan dikasihi penduduk langit.”

Kepada mereka yang derhaka kita patut melihat dengan penuh kasihan belas sebab

kesalahannya adalah kesusahan baginya.

Page 16: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

16 | P a g e

Mereka perlu didekati untuk ditegur dengan baik bukannya kasar supaya penderhaka

itu diselamatkan daripada murka Allah.

Golongan yang pengasih bersifat seperti di bawah ini:

Di mana ada benci, biar kita yang membalas dengan sayang.

Di mana ada hati yang terluka, di situ kita yang menjadi penghiburnya.

Di mana ada keraguan, di situ kita yang meyakinkan.

Di mana ada putus asa, di situ kita menebarkan harapan.

Di mana ada kesedihan, di situ kitalah yang berkongsi bahagia.

Di mana ada kegelapan, di situlah kita yang membawa cahaya.

Selagi kita mahu membantu dan mengasihi kita, selagi itu kita mendapat ‘geran’

kekayaan daripada Allah yang Maha Mengasihi.

Page 17: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

17 | P a g e

Bidang : PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL Tajuk : Engkau Milikku Objektif : Pada akhir aktiviti pelajar dapat

1. Pelajar tahu mengurus masa

2. Pelajar tahu menghargai masa

Masa : 5 minit Bahan :Lampiran Pengurusan Masa Langkah :

1. Meminta pelajar Islam membaca surah Al-Asr dan pelajar bukan Islam mebaca terjemahannya. “Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran.” 2. Guru memanggil seorang pelajar secara rawak dan meminta pelajar tersebut menyenaraikan aktiviti yang dibuat pada hari Sabtu lepas. 3. Guru menerangkan pembahagian masa yang betul selama 24 jam sehari.

Refleksi:

1) Pengurusan masa penting bagi menjamin kejayaan seorang individu.

Page 18: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

18 | P a g e

Lampiran 6 PANDUAN PENGURUSAN MASA UNTUK REMAJA

Tanyalah pada diri sendiri. Setiap hari, sebelum melangkahkan kaki ke sekolah, adakah kita pernah bertanya pada diri:

mengapa aku ke sekolah?

apa yang aku mahu dapat di sekolah?

pentingkah aku ke sekolah?

adakah sekolah dan alam persekolahan menyeronokkan aku?

apa yang ada di sekolah yang menyeronokkan aku?

sejauhmanakah sekolah dan alam persekolahan penting dalam perkembangan sakhsiah aku?

adakah aku ke sekolah untuk lulus peperiksaan semata-mata?

adakah aku ke sekolah kerana terpaksa?

adakah sekolah membosankan aku?

adakah sekolah membebankan aku dengan aktiviti ko-kurikulum

(Abdul Ahmad, DS, 1988)

Page 19: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

19 | P a g e

Bidang : PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL Tajuk : Kebahagiaan dalam Perpisahan Objektif : Pada akhir aktiviti pelajar dapat

1. Mengetahui cara untuk membuat pertimbangan perilaku baik dan buruk

2. Meningkatkan azam untuk melakukan perbuatan yang baik

3.Mengurangi perbuatan buruk. Masa : 5 minit Bahan : Lampiran Langkah :

1. Guru menyampaikan kisah (lampiran) kepada pelajar 2. Guru menerangkan kepada pelajar

a. Bagaimana kisah pemuda yang sanggup meninggalkan perbuat yang keji demi memperolehi ganjaran yang baik

b. Kehendak yang ingin dicapai kadang-kadang adalah kecil, namun kita diberikan ganjaran yang lebih besar

3. Guru membuat kesimpulan daripada kisah yang disampaikan.

Refleksi :

1. Perilaku baik akan dibalasi dengan balasan yang baik

2. Sebaliknya perilaku yang buruk akan dibalas buruk

3. Sebaik-sebaik manusia adalah manusia yang mampu memberi

manfaat kepada manusia atau alam sejagat. Sekalipun tidak

mampu memberi manfaat, janganlah menyusahkan orang lain.

Hidup jika tak mampu menjadi garam, janganlah pula menjadi

langau.

Page 20: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

20 | P a g e

LAMPIRAN 7: PEMUDA EPAL SEORANG pemuda tinggal di sebuah Masjid, Suriah yang sedang menderita

kelaparan. Tiga hari berlalu, dia belum juga memperoleh makanan. Pemuda itu memilih

untuk mencuri sesuatu yang boleh mengalas perutnya.

Dia berhasil masuk ke sebuah rumah. Di dalam dapur rumah itu, dia mendapati ada

sebuah bakul berisi epal. Secepat kemudian ia mengambil satu epal dan memakannya.

Saat makanan itu nyaris ditelan, hatinya terdetik.

“Aku berlindung kepada Allah, saya seorang pencari ilmu dan tinggal di masjid, tapi

kenapa saya memecah masuk ke rumah orang dan mencuri makan secara haram?”

gumamnya.

Kemudian dia tinggalkan makanannya itu tadi, lantas dia ternampak rantai, gelang dan

cincin emas. Dalam hatinya berkata,” jika aku mengambil emas ini pasti aku akan

senang dan tak perlu berlapar lagi”.

Tetapi dia berbisik sendiri “Aku berlindung kepada Allah, saya seorang pencari ilmu dan

tinggal di masjid, tapi kenapa saya memecah masuk ke rumah orang dan mencuri harta

secara haram?”

Perasaan bersalah dan menyesal menyelimutinya. Tak lupa ia beristighfar kepada Allah

Subhanahu Wata’ala, seraya meletakkan semula emas-emas yang sudah

digenggamnya. Aku tinggalkan yang haram pastikan Allah akan gantikan dengan yang

ganjaran yang halal. Dia bergegas kembali ke masjid dan bergabung dalam halaqah

taklim yang dipandu Syeikh Salim.

Usai pengajian, Syeikh Salim memanggil sang pemuda tadi, “Apakah kamu sudah

punya istri?” Jawabnya, “Belum.” Sambung Syeikh, “Apakah kamu ingin menikah?” Ia

terdiam. Syeikh pun mengulangi pertanyaannya. Kemudian dia menjawab, “Ya Syeikh,

kami tidak punya wang untuk membeli roti. Dengan apa saya harus menikah?”

“Wanita ini telah bercerita pada saya bahawa suaminya telah meninggal dan dia

terasing dari tanah airnya. Di negerinya, bahkan di dunia ini ia tidak punya sesuatu pun

kecuali seorang pakcik yang lemah dan miskin. Dan dia juga ikut datang bersama

wanita ini,” demikian ucap Syeikh sambil menunjuk ke pakcik wanita itu.

Akhirnya pemuda itu siap menikahi si wanita tadi. Dan si wanita itu pun menerima

pemuda tadi sebagai suaminya.

Usai menikah, si wanita itu menuntun suaminya ke rumahnya. Sang isteri bertanya

kepada sang pemuda yang telah menjadi suaminya.

“Engkau mau makan?”

Page 21: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

21 | P a g e

“Ya,” jawabnya.

(Disarikan dari kitab Man Taraka Syai’an Lillahi ‘Awwadhallahu Khairan Minhu yang ditulis oleh Ibrahim bin Abdullah Al-Hazimi).

Isterinya pergi ke dapur, dia heran

sambil berkata, “Siapa orang yang

masuk rumah dan menggigit epal ini?”

Si pemuda itu lalu menangis dan

bercerita kepada isterinya. Dan

jawabnya, “Inilah buah amanah.

Engkau telah menjaga diri dari dosa

dan meninggalkan epal dan barangan

perhiasanku yang haram, lalu Allah

memberimu rumah seisinya lengkap

dengan pemiliknya secara halal.”

Page 22: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

22 | P a g e

Bidang : PSIKOSOSIAL & KESEJAHTERAAN MENTAL Tajuk : Berfikiran Positif Objektif : Pada akhir aktiviti pelajar dapat

1. Sentiasa bersikap positif

2. Sentiasa beusaha untuk melazimi diri dengan ucapan, persekitaran dan suasana yang positif Masa : 5 minit Bahan : Seorang pelajar Langkah : 1. Guru meminta pelajar untuk mendepakan tangan kanan dan membuat simbol bagus secara terbalik.

2.Guru meminta pelajar untuk menyebut satu perkataan negative berulang-ulang kali dan guru pula nenekan tangan pelajar tersebut ke bawah.

3.Guru mengulangi proses di atas dan menukar perkataan negatif

kepada perkataan yang positif.

4.Guru meminta pelajar membuat refleksi perasan yang dirasa oleh

pelajar.

Refleksi:

1. Setiap perkataan yang diucapkan dan didengari boleh mempengaruhi

perilaku dan diri seseorang.

2. Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai

kecenderungan negatif ataupun pesimis.

3. Sentiasa melazimi diri dengan perkataan dan ucapan yang baik.

Page 23: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

23 | P a g e

Bidang : PSIKOSOSIAL & KESEJAHTERAAN MENTAL Tajuk : Hentam Tubi Objektif : Pada akhir aktiviti pelajar dapat 1. Menguji dan melihat daya tahan diri pelajar apabila dikritik.

2. Melihat reaksi terhadap tindakan yang negatif dan positif.

3. Melihat perasaan apabila menerima kritikan & pujian

Masa : 5 minit Bahan : 2 orang pelajar Langkah : 1. 2 orang pelajar telah dipilih dan di bawa keluar dari dewan.

2. Guru meminta pelajar yang berada di dalam dewan untuk memberikan tepukan apabila pelajar pertama masuk ke dalam dewan.

3.Guru menjemput pelajar kedua untuk masuk dan meminta pelajar lain

untuk memberikan sorakan “boo” kepada pelajar tersebut.

4.Guru meminta pelajar membuat refleksi perasan yang dirasa oleh 2

orang pelajar tersebut.

Refleksi: 1. Setiap perkataan yang diucapkan dan didengari boleh mempengaruhi

perilaku dan diri seseorang.

2. Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai

kecenderungan negatif ataupun pesimis.

3. Sentiasa melazimi diri dengan perkataan dan ucapan yang baik.

Page 24: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

24 | P a g e

Bidang : PSIKOSOSIAL & KESEJAHTERAAN MENTAL Tajuk : Ada Aku Kesah Objektif : Pada akhir aktiviti pelajar dapat

1. Melatih pelajar supaya peka kepada arahan. 2. Menjadikan pelajar memberi tumpuan kepada setiap maklumat yang diberi. 3. Memupuk pelajar untuk menanam sifat keyakinan diri dalam bertanyakan maklumat kepada guru. Masa : 5 minit Bahan : Rujuk Lampiran Langkah : 1. Guru meminta pelajar mengambil kertas dan pensil. Peserta akan melakarkan objek yang akan diterangkan oleh guru. Peserta dilarang dari bertanya atau berbincang dengan pelajar lain. 2.Guru menerangkan kepada peserta objek yang akan dilukis dan

meminta pelajar mendengar dengan teliti dan arahan diberi tidak akan

diulang sebutannya.

3.Berikan markah seperti dalam rujukan sekiranya objek dan

kedudukannya betul seperti dalam lampiran. Minta pelajar jumlahkan

markah yang mereka perolehi.

4.Proseskan mengapa mereka tidak dapat markah yang tinggi.

Galakkan pelajar memberi respon.

5. Seterusnya guru menyuruh pelajar melukiskan objek yang akan

diterangkan. Kali ini mereka dibolehkan bertanya dan boleh

berbincang dengan rakan.

6. Guru member markah kepada objek yang betul dan kedudukannya

sama seperti dalam lampiran. Tanyakan kepada peserta mengapa

mereka boleh memperolehi markah tinggi.

Refleksi:

1. Banyak bertanya guru untuk penjelasan

2. Sering meminta guru mengulangi penerangan apabila kurang faham

3. Malu bertanya sesat jalan

Page 25: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

25 | P a g e

Lampiran 8

Arahan Pertama:

1) Lukiskan sebuah bulatan

2) Di bawah bulatan ada 4 segi sama

3) Garisan atas segi empat sama itu, mengenai garisan bulatan bawah bulatan itu.

4) Di bawah segi empat sama ada 2 segi empat tepat

5) Kedua-dua segi empat tepat , bucunya mengenai garisan segi 4 sama di atas

dan kedudukannya 45darjah serta bucu bertemu bucu.

6) Kiri dan kanan segi empat sama, ada 2 segi empat tepat.

7) Bucu segi empat tepat mengenai garisan kiri dan kanan segi empat sama itu dan

kedudukannya 45 darjah.

JUMLAH MARKAH 100

Page 26: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

26 | P a g e

Arahan kedua:

1) Lukiskan sebuah bulatan

2) Dibawah bulatan ada 4 segi sama

3) Garisan atasnya mengenai garisan bawah bulatan

4) Di bawah empat segi sama itu, ada 2 segi 3 tepat

5) Bucu atas segitiga tepat mengenai bucu bawah kiri dan kanan segi empat sama.

6) Bucu Segi 3 tepat yang bawah, bucu bertemu bucu.

7) Sebelah kiri dan kanan segi 4 sama, ada 2 segi tiga tepat, yang kedudukannya

45 darjah dan bucunya mengenai kiri dan kanan garisan segi 4 sama.

JUMLAH MARKAH 100

Page 27: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

27 | P a g e

Bidang : PSIKOSOSIAL & KESEJAHTERAAN MENTAL Tajuk : Tolong Ingatkan Aku Objektif : Pada akhir aktiviti pelajar dapat 1. Menyedari tentang kekuatan diri

2. Meningkatkan motivasi pelajar dan keyakinan diri pelajar untuk berjaya

Masa : 5 minit Bahan : Rujuk Lampiran Langkah : 1. Fasilitator memulakan dengan beberapa cerita sebagai contoh tingkah laku manusia yang berkaitan dengan tindakan di bawah sedar.

a) Cerita Gajah Bertambat b) Cerita Baracuda c) Cerita Wanita Jepun Berkimono

2.Guru membuat refleksi daripada cerita-cerita yang disampaikan.

Refleksi:

1. Gunakan segala potensi yang diberikan tuhan dengan sebaik-

baiknya.

2. Setiap manusia mempunyai kekuatan diri yang tersendiri.

3. Meningkatkan motivasi diri pelajar untuk Berjaya.

Page 28: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

28 | P a g e

Lampiran 9

Cerita Gajah Bertambat

- Gajah??? Pernah lihat gajah? - Ada seekor gajah kecil - Telah ditangkap oleh sekumpulan pemburu - Selama 3 minggu telah diikat dengan tali yang besar dan banyak - 3 minggu – Minggu pertama = rentap kuat tanpa henti sehingga berdarah

kakinya. Minggu kedua = rentap mulai perlahan

Minggu ketiga = mula tidak rentap dan mula tengok sahaja

-Minggu keempat pemburu telah tukar tali yang lebih kecil dan mengikat gajah

meggunakan satu tali sahaja.

- Gajah mulai tidak merentap tali lagi kerana pada pemikirannya dia akan sakit

dan kakinya akan berdarah

- Adanya mental block dalam diri gajah

Cerita Ikan Baracudar

Sekumpulan saintis telah membuat kajian tetang tingkahlaku ikan.

Beberapaekor ikan telah dikurung di dalam satu balang kaca tanpa diberi

makanan selama 3 minggu.

Padaminggu keempat kumpulan saintis tersebut telah meletakkan satu keping

kaca di tengah-tengah baling kaca tersebut dan menaburkan makanan.

Apabila melihat makanan, ikan-ikan tersebut meluru kearah makanan tetapi

malangnya ikan-ikan tersebut telah melanggar cermin yang di letakkan di tengah

baling kaca.

ikan tersebut telah beberapa kali mencuba untuk mendapatkan makanan yang

ditaburkan tetapi usaha ikan tersebut gagal.

Setelah beberapa hari, saintis telah membuang kaca tersebut dan memasukkan

makanan dalam baling tersebut.

Apabila melihat makanan, ikan tersebut telah menerkam ke arah makanan yang

ditaburkan tetapi malangnya sampai di tempat yang diletakkan kaca sebelum ini,

ikan tersebut berpatah balik seperti tingkahlaku yang berlaku ketika diletakkan

kaca sebelum ini.

Page 29: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

29 | P a g e

Cerita Wanita Jepun Memakai Kimono

Suatu hari, seorang wanita jepun berpakaian tradisional Jepun(Kimono)

sedang berjalan pulang dari pasar.

Wanita tersebut berumur 43 tahun

Dihadapan wanita tersebut terdapat seorang lelaki yang sedang berjoging.

Tiba-tiba seorang lelaki dibelakang wanita tersebut telah menjerit terkejut

kerana dia melihat terdapat seorang kanak-kanak ingin terjatuh daripada

bangunan 7 tingkat.

Apabila wanita tersebut melihat keadaan tersebut beliau juga terkejut kerana

kanak-kanak tersebut adalah anaknya.

Wanita tersebut telah berlari sepeuh hati untuk menyambut kanak-kanak yang

ingin terjatuh tersebut.

Akhirnya wanita tersebut telah berjaya menyelamatkan anaknya.

Kejadian tersebut telah menggemparkan Negara Jepun, dan kumpulan

pengkaji telah membuat kajian tentang kejadiantersebut.

Hasil daripada kajian mereka, wanita tersebut telah berjaya memecahkn rekod

pelari pecut 100 meter Carl Wish.

Dari mana datangnya kekutan perempuan tersebut?

Page 30: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

30 | P a g e

Cerita Kapal Titanic

Mengikut kajian kapal Titanic telah tenggelam disebabkan daripada pelanggaran

ice berg

Dalam faktamengatakan sekiranya kapal Titanic ditenggelami air 70%,

kapaltersebut masih tidak tenggelam, tetapi sejarah telah membuktikan selepas

2 jam daripada pelanggaran tersebut kapal titanic telah karam.

Momentum pelnggaran ice berg dan kapal titanic yang nampk hanya 10 peratus

sahaja tetapi rupa-rupanya momentum pelanggaran yang tidak Nampak adalah

90 peratus. Itulah punca kapal titanic karam.

Begitulah juga dengan manusi

Apa yang dilihat pada diri sesorang hanyalah 10peratus sahaja apabila waktu

biasa. 90 peratus tenaga dalam masih tidak digunakan.

Kebiasaannya manusia akan menggunakan kekuatan dirinya sepenuhnya ketika

dalam keadaan takut. Contohnya apabila di kejar anjing, bimbang apabila esok

hari akan menghadapi peperiksaan sehingga mampu untuk tidak tidur satu

malam untuk mengulangi pelajaran sedangkan pada hari kebiasaan pukul 12

malam mula rasa mengantuk.

Page 31: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

31 | P a g e

Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental Tajuk : Salam Mesra Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat 1. mengenali diri antara satu sama lain dengan lebih mendalam.

2. mengeratkan silaturrahim antara mentee.

3. mewujudkan suasana mesra dalam kalangan mentor dan mentee.

Masa : 20 minit Bahan : Bola kecil/benda yang bersesuaian Langkah : 1. Mentor memulakan aktiviti dengan memegang bola/benda yang

bersesuaian dan memperkenalkan dirinya seperti nama, bilangan adik-beradik, tempat tinggal, kegemaran dan lain-lain.

2. Selepas memperkenalkan diri, mentor melontar bola kepada salah seorang mentee dan meminta mentee tersebut memperkenalkan diri.

3. Aktiviti diteruskan kepada mentee-mentee lain.

4. Mentor membuat rumusan pada akhir aktiviti. Falsafah : Tak Kenal Maka Tak Cinta

Page 32: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

32 | P a g e

Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental Tajuk : Anugerah Terindah Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat 1. Mengetahui nilai kehidupan yang telah dilalui.

2. Memahami kehidupan masa depan.

3. Mempunyai matlamat hidup yang jelas. 4. Merancang masa depan Masa : 50 minit Bahan : A4 kosong Langkah : 1. Mentor mengedarkan bahan edaran dan menerangkan langkah- langkah yang perlu dilakukan oleh mentee.

2. Mentee diminta untuk memenuhkan ruangan pada setiap kotak

dengan mengisi aktiviti harian mereka

3. Mentee diminta membincangkan kepentingan aktiviti ini untuk

diletakkan di dalam kotak Tingkap Jauhari

4. Mentor dan mentee membuat rumusan tentang nilai yang diperolehi dari aktiviti yang dijalankan.

Falsafah : Pengalaman mengejar erti kedewasaan

Page 33: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

33 | P a g e

LAMPIRAN 1

25 AKTIVITI HARIAN

Page 34: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

34 | P a g e

LAMPIRAN 2

Page 35: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

35 | P a g e

Bidang : Pembangunan dan Perkembangan Diri Murid Tajuk : Sambutlah Kasih Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat 1. Memahami emosi sendiri pada setiap situasi.

2. Mengetahui nilai hidup dengan emosi tersebut

Masa : 50 minit Bahan : A4 kosong Langkah : 1. Mentor mengedarkan mentee dengan kertas pelekat untuk mentee

tulis jawapan kepada persoalan yang dilontar oleh mentee. S1- Nyatakan 3 perkara yang anda tidak suka tentang sekolah ini? S2- Nyatakan 3 peraturan yang anda tidak gemar di sekolah? S3- Nyatakan 3 sikap individu yang anda tidak gemar? S4- Nyatakan emosi negatif hari ini yang ada dalam diri anda?

2. Mentor dan mentee berbincang mengenai perasaan suka dan tidak dengan mentee.

3. Mentor dan mentee membuat rumusan tentang nilai yang diperolehi dari aktiviti yang dijalankan.

Falsafah : Untuk jadi baik dan terus berkembang dalah normal untuk merasa sedih dan kecewa.

Page 36: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

36 | P a g e

Bidang : Pembangunan dan Perkembangan Diri Murid Tajuk : Kitalah Bintang Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat 1. Memahami emosi sendiri pada setiap situasi.

2. Mengetahui nilai hidup dengan emosi tersebut

Masa : 50 minit Bahan : Ayat pernyataan Langkah : 1. Mentor meminta pandangan mentee mengenai ayat dibawah :-

"Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung".

"Something is better than nothing"

S1- Nyatakan pendapat anda tentang pernyataan tersebut? S2- Adakah salah bila kita tidak mencapai sesuatu tahap yang membanggakan setelah mencuba S3- Pernahkah anda rasa berputus asa sebelum mencuba? *lain-lain soalan yang boleh dihuraikan

2. Mentor meminta mentee untuk bercerita/ berkongsi mengenai kisah

kejayaan sedari mentee kecil.

3. Mentor dan mentee membuat rumusan tentang nilai yang diperolehi dari aktiviti yang dijalankan.

Falsafah : Malam itu gelap supaya kita nampak kerlipan cahaya bintang diatas sana.

Page 37: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

37 | P a g e

Bidang : Pembangunan dan Perkembangan Diri Murid Tajuk : Suci Dalam Debu Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat 1. mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri

2. memperbaiki kelemahan diri.

Masa : 50 minit Bahan : Lampiran Langkah : 1. Mentor mengedarkan cerita Tiga Orang Sahabat. 2. Mentee membaca cerita yang diedarkan.

3. Mentor dan mentee berbincang tentang tindakan seseorang sebagai sahabat, sekiranya mereka berada dalam situasi cerita tersebut.

4. Mentor meminta mentee untuk menyatakan nilai yang ada dalam 3 sahabat tersebut.

Falsafah : Falsafah : Orang hebat adalah orang yang selalu bersyukur

Page 38: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

38 | P a g e

Bidang : Pendidikan Kerjaya Tajuk : Kapal Terbang Kertas Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat : 1. Memperolehi maklumat yang tepat tentang kerjaya.

2. Pendedahan peluang kerjaya yang lebih luas.

3. Meningkatkan motivasi dan memahami bidang kerjaya yang akan dipilih.

Masa : 50 minit Bahan : Tiada Langkah : 1. Mentor membuka perbincangan mengenai kepentingan kerjaya dalam

kehidupan. 2. Mentor menerangkan kepentingan untuk membuat pilihan yang tepat

berkaitan kerjaya yang diminati.

3. Mentee mencatat dan mengambil maklumat yang diberikan oleh mentor. 4. Mentee berkongsi dengan ahli kelompok tentang beberapa jenis pekerjaan yang diketahui.

Falsafah : Merancang untuk masa depan yang lebih baik

Page 39: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

39 | P a g e

Bidang : Pembangunan Sahsiah Diri Murid Tajuk : Rahsia Pohon Cemara Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat 1. memahami maksud asertif

2. mengenalpasti ciri-ciri asertif

3. meningkatkan tingkah laku asertif Masa : 50 minit Bahan : Rujukan Guru (Lampiran) Langkah : 1. Mentor menerangkan definisi asertif, agresif dan pasif.

2. Mentor meminta mentee untuk melakonkan watakmengikut skrip yang diberikan. Mentee yang lain diminta untuk memerhatikan dan menilai watak perwatakan pelakon.

3. Mentor meminta mentee membuat rumusan tentang kepentingan bersikap asertif/ tegas diri.

Falsafah : Tegas diri membantu meningkatkan keyakinan diri dan melahirkan rasa hormat-menghormati

Page 40: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

40 | P a g e

LAMPIRAN DEFINISI DAN CONTOH DIALOG PASIF 1. Menghormati hak orang lain dan mengabaikan hak sendiri

2. tidak menyatakan keperluan, perasaan atau pendapat sendiri

3. tidak jujur terhadap emosi dan perasaan sendiri menyebabkan perasaan selalu terpendam. AGRESIF 1. mempertahankan hak sendiri dan mengabaikan hak orang lain

2. mementingkan diri tanpa memikirkan perasaan orang lain

3. tidak mahu mendengar pendapat orang lain

4. membuat keputusan tanpa memikirkan hak orang lain

5. suka memusuhi orang lain ASERTIF 1. mempertahankan hak sendiri di samping menghormati hak orang lain

2. melahirkan kehendak idea dan perasaan

3. berinteraksi dengan yakin.

Page 41: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

41 | P a g e

Situasi : Ponteng kelas. Dialog Pasif Musa : Subjek Matematik Tambahan tu ... habislah. Cikgunya pun lembab. Jom kita lepak. Chua : Boleh ke kita buat macam tu? Mohan : Boleh. Musa, kat mana ’port’ engkau. Musa : Ala ... kau ikut je lah aku. Chua : Nanti kantoi habis kita. Mohan : Apalah kau ni, penakut. Chua : Oklah, aku ikut. Macam itulah ’member’. Dialog Asertif Musa : Jomlah, berapa kali aku nak ajak kau orang berdua ni. Sekejap lagi cikgu masuk. Nanti susahlah kita. Chua : Kau nak ke mana Musa? Kita kan nak belajar. Mohan : Aku setuju dengan kau, Chua. Aku bukan tak sukakan kau Musa, tapi ponteng tu tak berfaedah. Kau ada masalah dengan cikgu tu ke Musa? Musa : Aku ’boring’ la. Dahlah ’slow’ tak faham langsung. Menyusahkan betul matematik ni. Chua : Kau ni tak sukakan matematik atau tak sukakan cikgu tu? Apa pun kita boleh

bincang, Musa. Marilah kita masuk kelas. Petang nanti kita pergilah lepak kat mana-

mana, ok.

Dialog Agresif Musa : Kita berdua jangan jadi ’bangang’ nak belajar matematik bodohtu. Jom kita blah. Chua : Apalah kau ni. Takkan tiap-tiap hari kau nak ponteng. Mohan : Kau Musa, cakap tu biar betul. Musa : Kau berdua ni memang penakut. Nak tunggu.. jadi perempuanlah. Nak tunjuk baik konon. Chua : Kau jangan banyak cakap Musa... nanti kena penumbuk aku. Mohan : Kau ponteng sorang jelah. Jangan nak libatkan kami.

Page 42: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

42 | P a g e

Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental Tajuk : Layar Impian Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat 1. memahami maksud Stress

2. mengenalpasti tanda-tanda stress

3. meningkatkan kemahiran mengurus stress Masa : 50 minit Bahan :Tiada Langkah : 1. Mentor bersoal jawab dengan mentee tentang stress. 2. Mentor menerangkan maksud stress.

3. Mentor meminta mentee memberikan tanda-tanda stress yang Diketahui.

4. Mentor dan mentee membincangkan keburukan stress.

5. Mentor berkongsi langkah-langkah yang boleh diakukan ketika mengalami stress:-

I. aturan pernafasan ketika stress II. urutan bahu III. mendengar lagu IV. berzikir V. membasuh muka

6. Mentor dan mentee mempraktikkan aktiviti aturan pernafasan dan urutan bahu.

Falsafah : Mencegah lebih baik daripada merawat

Page 43: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

43 | P a g e

Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental Tajuk : Baik-Baik Sayang Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat

1. Mengimbau kenangan terindah di dalam program mentor-mentee sepanjang tahun.

2. Mengenalpasti tindakan untuk terus berada dalam keadaan baik sepanjang tahun. 3. Meningkatkan kemahiran pengurusan diri. Masa : 50 minit Bahan : Borang Post Mortem Langkah : 1. Mentor bersoal jawab dengan mentee berkenaan aktiviti mentor- mentee sepanjang tahun.

2. Mentor meminta semua mentee untuk menjawab borang post mortem bagi penambahbaikan tahun hadapan.

3. Mentor dan mentee menyanyikan lagu 'Baik-baik Sayang' bersama- sama.(Lampiran)

Falsafah : Teruskan bermimpi untuk kecemerlangan hari mendatang

Page 44: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

44 | P a g e

LAMPIRAN BAIK-BAIK SAYANG Aku tak ingin kau menangis bersedih Sudahi air mata darimu Yang aku ingin arti hadir diriku Kan menghapus dukamu sayang Karena bagiku kau kehormatanku Dengarkan dengarkan aku Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku Baik baik sayang ada aku untukmu Hanya satu pintaku di siang dan malammu Baik baik sayang karna aku untukmu Semua keinginan akan aku lakukan Sekuat semampuku sayang Karena bagiku kau kehormatanku Dengarkan dengarkan aku

Page 45: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

45 | P a g e

Bidang : IBADAH

Tajuk : Pemanis wajah

Objektif : Pada akhir aktiviti pelajar dapat

1. Mengetahui bahawa senyum mendapat pahala sedekah.

2. Mengetahui bahwa senyuman dapat melembutkan hati orang.

3. Mengetahui senyuman yang baik mestilah timbul dari hati yang ikhlas.

Masa : 5 minit

Langkah : Rujuk modul

Refleksi : Rujuk kit tindakan

Pemanis wajah..

Mohd Suhaimi bin Jairi

Senyum adalah suatu yang mudah tetapi berat untuk diamalkan. Ramai yang

mempamerkan senyuman kerana terpaksa ataupun senyuman yang tidak ikhlas kerana

dibuat-buat. Jom lihat betapa indahnya Islam sehingga menjadikan senyuman sebagai

sedekah dan diberikan pahala.

Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat dan tingkah

lakunya adalah seorang yang suka tersenyum. Baginda tidak lokek melemparkan

senyuman manis kepada sesiapa jua yang ditemui. Menurut seorang sahabat, Abdullah

bin Al-Harith menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak

tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (Riwayat At-Tirmizi)

Oleh sebab itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi ramai orang sehinggakan

Baginda disukai dan disegani kawan mahupun lawan. Sikap ini menyebabkan dakwah

Islam berkembang dengan subur dan begitu cepat.

Malah, Rasulullah SAW turut memerintahkan umatnya memberikan senyuman setiap

kali melakukan perhubungan sosial.

Page 46: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

46 | P a g e

Rasulullah SAW bersabda

تبسمك فى وجه أخيك لك صدقة

Maksudnya: “Senyumanmu terhadap wajah saudaramu adalah sedekah.” (Riwayat al-

Tirmidzi)

Hadith ini adalah dalil bahawa senyuman itu merupakan sedekah. Betapa Allah yang

bersifat Ar-Rahmah, menjadikan sedekah tidak semestinya berlaku dengan wang

ataupun harta benda. Cukup dengan menggerakkan otot wajah dan bibir, membentuk

sebuah senyuman, seseorang sudah dikira bersedekah!

Wow! Betapa banyak pahala kita kerana banyaknya sedekah yang dilakukan setiap hari

jika kita mengamalkan akhlak mulia ini setiap kali bertemu orang.

Namun demikian, seandainya anda merasa berat untuk tersenyum, setidaknya

janganlah anda muka anda masam, sinis atau mencuka kepada orang lain. Ketahuilah,

sekadar mempamer muka yang manis, itu sudah dikira satu kebaikan dalam Islam.

Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah engkau meremehkan kebaikan walaupun kecil,

sekalipun itu berupa manisnya wajahmu terhadap saudaramu.” (Riwayat Muslim)

Oleh sebab itu, sebagai seorang muslim kita hendaklah menyantuni sesiapa jua dengan

wajah yang ceria dan senyuman yang manis. Pasti hasilnya ialah kegembiraan dan

keceriaan di dalam hati mereka, mampu mencairkan hati-hati yang keras, memimpin

hati yang sesat kepada hidayah, membuka pintu cita-cita dan harapan di hadapan

orang yang kecewa serta memasukkan kegembiraan di lubuk hati yang kekusutan..

Lihatlah betapa besarnya pengaruh wajah anda!

Selain itu, senyuman mampu menghasilkan pulangan di dalam kehidupan dunia.

Menurut Dr. Ali Hamady, seorang penyelidik perhubungan awam di Timur Tengah:

“Adakah anda ingin mengaut khazanah yang sangat bernilai tanpa mengeluarkan sesen

Page 47: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

47 | P a g e

pun wang anda? Jika anda inginkannya, anda tidak perlukan usaha yang kuat, tidak

perlukan waktu ataupun keluarkan wang. Namun cukup sekadar anda mempamerkan

senyuman manis, kerana senyuman adalah pembuka semua kebaikan dan penutup

semua keburukan. Senyuman mempunyai kesan yang menakjubkan. Banyak syarikat

besar yang berjaya, mewajibkan pegawai perhubungan awamnya supaya sentiasa

mengukirkan senyuman bagi memperolehi kejayaan dalam sesuatu urusan dan

mencapai kepuasan hati pelanggan.”

Setengah peniaga mengambil pepatah cina: “Orang yang belum sempurna

senyumannya tidak layak untuk membuka perniagaannya”. Inilah yang menjadi dasar

dan pegangan mereka untuk memperolehi kejayaan di dalam perniagaan mereka.

Senyuman ketika menyambut atau menerima pelanggan adalah salah satu ciri

pentadbiran yang berjaya, khasnya di dalam sektor perkhidmatan dan perhubungan

awam. Begitu juga senyuman sebagai salah satu nilai yang meningkatkan kemahiran

berkomunikasi yang diperlukan oleh pegawai perhubungan awam, jurujual dan

pelayan. Anda tentu pernah melihat pegawai di ruang penyambut tetamu, di kaunter-

kaunter bank dan sebagainya, semuanya menyambut anda dengan mesra dan

senyuman manis. Bayangkan kalau wajah-wajah mereka masam, anda tentu tidak

selesa yang akan menyebabkan anda pergi ke tempat yang lain. Betapa ruginya

perniagaan mereka.

Seorang pelajar yang mudah tersenyum lebih disenangi kawan dan guru. Anda lebih

mudah didekati dan disayangi berbanding jika sebaliknya. Tentu kawan-kawan anda

akan mengatakan anda sombong. Mereka akan menjauhi anda kerana anda sukar

tersenyum, apatah lagi jika anda bermasam muka tak tentu pasal.

Dari aspek psikologi pula, amalan senyuman ini dapat menghilangkan atau

mengurangkan stress. Senyuman dapat melegakan ketegangan otot dan tekanan

psikologi. Anda lebih tenang dan rileks. Hari ini ramai orang yang menghadapi masalah

stress akibat dari pelbagai masalah yang dihadapi. Satu kajian mendedahkan seorang

Page 48: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

48 | P a g e

dari sembilan rakyat Malaysia menghadapi masalah stress. Alangkah ramainya orang

yang stress ya!

Stress menjadi penyebabkan kepada penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Stress

juga boleh membawa kepada tekanan jiwa, seperti gila sehingga kadangkala sanggup

membunuh diri. Paling tidak, menjadi murung, mudah marah, memendam perasaan

ataupun keletihan. Mood belajar menurun. Prestasi pelajaran akan merosot.

Begitu juga dari aspek kesihatan, senyuman mampu merendahkan tekanan darah,

menambah kemasukan oksigen dalam darah. Ini secara tidak langsung merangsang

proses pembelajaran dan penumpuan di dalam kelas. Senyuman yang diakhiri dengan

ketawa mengaktifkan bahan kimia badan. Ini secara tidak langsung merendahkan risiko

penyakit jantung, tekanan darah tinggi, arthritis dan ulser. Ketawa juga dikatakan

mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan

penyerapan nutrient dalam badan. Tubuh badan anda menjadi lebih sihat, bertenaga

serta cergas dalam pelbagai aktiviti di sekolah.

Sebagai pelajar, senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia

merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga

melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta

bersedia menerima maklumat baru. Anda boleh bertahan lama menerima pelajaran.

Ingatan juga lebih baik. Ini membantu untuk kejayaan anda di dalam perperiksaan.

Akhirnya, janganlah anda memandang rendah sesuatu yang baik walaupun nampak

kecil dan mudah..Hulurkanlah senyuman manis anda kepada setiap orang yang anda

temui dan ceriakanlah wajah anda kepada setiap orang yang anda jumpai..Pasti hidup

anda akan bahagia dan seterusnya berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Page 49: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

49 | P a g e

Kit Tindakan :

1. Sentiasa mengamal budaya senyum apabila bertemu orang lain.

2. Senyuman yang diberikan mestilah ikhlas tanpa dibuat-buat.

3. Mengelakkan diri menunjukkan rupa yang masam mencuka kerana ianya tidak

disukai orang.

Page 50: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

50 | P a g e

Bidang : AKIDAH

Tajuk : Cintakan Allah dan rasul melebihi cintakan diri sendiri

Objektif : Pada akhir aktiviti pelajar dapat

1. Mengutamakan Allah dan rasul mengatasi segalanya.

2. Menyedari bahawa mesti melaksanakan perintah Allah dahulu

daripada urusan lain.

3. Mengetahui pengorbanan adalah bukti cintakan Allah dan Rasul.

Masa : 5 minit

Langkah : Rujuk modul

Refleksi : Rujuk kit tindakan

Cintakan Allah dan Rasul saw

Mohd Suhaimi bin Jairi

Apabila kita memperkatakan tentang cinta, pasti tergambar di benak fikiran kita cinta

anak kepada ibu bapa, cinta isteri kepada suami, cinta sahabat kepada sahabat yang

lain atau cinta sesama manusia. Sedangkan manusia sering alpa dengan kehebatan

cinta hamba kepada Allah dan kemuliaan cinta umat kepada Rasulnya.

Oleh yang demikian, sebagai orang yang beriman yang sebenarnya mestilah

meletakkan kecintaan kepada Allah dan Rasulullah s.a.w lebih berbanding dengan diri

sendiri dan manusia lainnya. Inilah tuntutan keimanan kepada Allah dan RasulNya.

Terdapat sebuah hadith yang menyebutkan bahawa tanda kemanisan iman ialah

apabila meletakkan kasih sayang yang paling tinggi adalah dicurahkan kepada Allah

s.w.t dan RasulNya. Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa daripada Nabi s.a.w

bersabda:

ا سواهما، " ورسوله أحب إليه مم ثلاث من كن فيه وجد حلاوة الإيمان: أن يكون الل

Maksudnya: “Tiga perkara apabila ada di dalam diri seseorang itu, dia mendapat

Page 51: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

51 | P a g e

kemanisan iman, iaitu (salah satunya adalah); hendaklah Allah dan RasulNya lebih

dikasihi daripada selainnya….” (Hadith riwayat al-Bukhari)

Ya, setiap orang pasti mencintai dirinya atau orang lain. Namun tuntutan keimanan

mewajibkan seseorang perlu meletakkan Allah dan Rasul mengatasi dirinya sendiri

dalam kehidupannya. Kecintaan kepada Allah dan rasul memerlukan seorang

melakukan pengorbanan masa, harta, wang hatta nyawa sekalipun hendaklah

dipertaruhkan untuk Allah dan rasul. Begitu juga wajib mencintai Allah dan rasul

mengatasi anak-anak, ibubapa dan orang lain.

Allah turut mengancam dengan ancaman yang keras bagi seseorang yang menjadikan

ayah, anak, saudara, isteri, kerabat atau harta, perniagaan, tempat tinggal lebih dicintai

daripada Allah dan Rasul. Firman Allah SWT:

“Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum

keluargamu,, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang

kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah

dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah

mendatangkan keputusan-Nya.” (At-Taubah: 24)

Mencintai Allah menjadikan orang yang beriman itu melaksanakan perintah-

perintahNya dengan ketaataan dan kepatuhan tanpa merasa berat serta menjauhi

segala laranganNya. Setiap suruhan Allah disempurnakan mengikut cara dan

kehendakNya.Malah bagi orang yang mencintai Allah bukan sahaja melaksanakan

yang fardu dan meninggalkan segala dosa, malah akan menambahkannya dengan

amalan-amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kepada Allah. Hal ini

melayakkannya digelar Ibadullah (hamba Allah).

Berhubung dengan persoalan kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW, maka wajib ke

atas semua umat Islam untuk mengasihi Rasulullah SAW mengatasi kasih kepada diri

sendiri, kasih kepada anak-anak, adik beradik, kaum keluarga, harta benda, orang

miskin dan lain-lain lagi yang dikasihi oleh manusia.

Page 52: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

52 | P a g e

Dalam hadith daripada Anas bin Malik r.a. berkata:

ده وولده والناس أجمعينلا يؤمن أحدكم، حتى أكون أحب إليه من وال

Maksudnya: “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dikasihi oleh

kamu berbanding dengan anak-anak, kedua ibu bapa dan manusia yang lainnya.” (HR

Bukhari dan Muslim).

Ibn Hajar ketika mengulas hadith ini, beliau menyatakan bahawa kasih dan cinta

kepada Nabi SAW adalah termasuk perkara asas keimanan. Tanpa kecintaan tersebut

iman belum sampai tahap kesempurnaan.

Dalam hal ini, Rasulullah saw pernah menegur Umar al-Khattab r.a apabila masih

meletakkan dirinya lebih dicintai dari Rasulullah.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abdullah bin Hisyam r.a berkata: Dulu kami

bersama nabi saw dan beliau memegang tangan Umar bin al-Khattab. Lalu ‘Umar

berkata kepada Nabi SAW: “Aku mengasihi kamu melebihi kasih aku terhadap segala

perkara kecuali (aku lebih mengasihi) diri aku sendiri.” Lalu Nabi SAW berkata kepada

beliau: “Tidak, wahai ‘Umar, sehinggalah aku dikasihi oleh kamu lebih daripada dirimu

sendiri.”. Maka ‘Umar berkata: “Demi Allah, mulai sekarang, kamu lebih aku kasihi

daripada diriku sendiri.” Nabi SAW menyapa: “Sekarang juga wahai ‘Umar (kamu telah

mengetahuinya).”

Kesempurnaan kasih dan cinta tersebutdapat direalisasikan dengan mentaati Nabi

SAW sepertimana firman Allah s.w.t dalam surah Ali ‘Imran ayat 31.

Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka

ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.

Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Oleh itu, orang yang beriman hendaklah mengamal serta mengikuti ajaran Rasulullah

dalam seluruh hidupnya dalam bentuknya yang betul seperti yang diajarkan oleh

baginda. Mencontohi tingklah laku serta akhlakbaginda serta mengamalkan sunnah-

sunnahnya. Seseorang itu yang benar-benar cintakan Rasulullah mestilah sanggup

mengorbankan apa jua demi Rasul.

Page 53: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

53 | P a g e

Lihatlah kisah Khubayb bin Ady yang sangat mencintai Rasulullah mengatasi dirinya

sendiri sungguhpun nyawanya sendiri akan menjadi galang gantinya. Ketika beliau

disiapkan untuk dipenggal kepalanya, orang-orang Quraisy telah berkata padanya,

"Keluarlah dari Islam, maka kami akan melepaskanmu!" "Sekalipun seluruh isi dunia ini

diberikan kepadaku, aku tak akan murtad dari agamaku!" Jawabnya. "Tidakkah kau

ingin Muhammad menggantikanmu di sini, dan kau kembali ke rumah untuk berehat

bersama keluargamu?" Tanya mereka. "Aku tak akan membiarkan Muhammad

tertusuk walau sepucuk duri pun agar aku bersenang-senang tinggal di rumah

bersama keluargaku." jawabnya.

Kisah-kisah seperti ini telalu banyak dicatatkan di dalam kitab-kitab sirah mahupun

sejarah Islam.

Tanda seseorang Muslim itu mendahului kasih kepada Allah dan Nabi s.a.w berbanding

dengan kasih kepada makhluk yang lain dapat dirujuk dalam situasi ini.

Dalam hal ibadah, apabila berlaku pertembungan di antara seruan kepada Allah dan

Rasul seperti solat dengan seruan orang lain dalam melakukan sesuatu perkara yang

sangat disukainya seperti melepak, merempit, berbual kosong, bermain game dan

sebagainya, maka individu Muslim tersebut mendahului ketaatan kepada Allah dan

Rasul serta mengerjakan segala suruhannya berbanding menyahut seruan manusia

lain. Namun, jika individu itu mendahului ketaatannya dengan menyahut seruan kepada

perkara yang disukainya itu maka ia menunjukkan bahawa belum hadir keimanan yang

sempurna di dalam dirinya.

Demikian juga dalam hal harta benda, mereka akan sanggup mengorbankannya demi

Islam. Mereka rela menghulurkan derma dan sedekah untuk kerja-kerja kebajikan atau

urusan-urusan keagamaan berbanding memenuni hawa nafsu dan keinginannya.

Sungguhpun minatnya yang sangat mendalam untuk memiliki gajet atau telefon pintar

yang baru dan canggih, ataupun menonton filem di pawagam, namun mereka tetap

memilih Allah dan rasulNya. Mereka akan menangguhkannya ke satu masa lain demi

agama.

Page 54: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

54 | P a g e

Dalam hal kemasyarakatan, mereka akan memilih menjadi remaja yang berakhlak dan

berbudi bahasa khususnya kepada ibubapa, guru dan masyarakat. Mereka juga

menjauhi perbuatan mengganggu ketenteraman orang lain seperti berbuat bising,

terlibat dengan jenayah ataupun dadah. Mereka mahu menjadi anggota masyarakat

yang berguna serta diperlukan seperti saranan agama Islam.

Kesimpulannya, kecintaan kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad s.a.w adalah

merupakan cinta sebenar yang mengatasi cinta kepada diri sendiri dan cinta kepada

manusia lain. Seseorang itu dapat membuktikan kecintaan kepada nabi s.a.w dengan

pelbagai cara selagi mana akidah Islam yang merupakan nikmat tersebut

dipertahankan dengan sebaiknya.

Kit Tindakan :

1. Memastikan diri melakukan sesuatu selepas melaksanakan perintah Allah lebih

dahulu.

2. Sesibuk mana sekalipun solat perlu ditunaikan.

3. Mengorbankan diri dan harta untuk urusan agama Islam.

Page 55: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

55 | P a g e

Bidang : AKHLAK

Tajuk : Hormati yang tua dan sayangi yang muda

Objektif : Pada akhir aktiviti pelajar dapat

1. Menyayangi diri sendiri dengan melakukan sesuatu yang membawa

kebaikan diri.

2. Sentiasa menghormati dan memuliakan orang-orang tua.

3. Sentiasa mengasihi dan menyayangi adik-adik sendiri dan kanak-

kanak.

Masa : 5 minit

Langkah : Rujuk modul

Refleksi : Rujuk kit tindakan

Hormati yang tua dan sayangi yang muda

Mohd Suhaimi bin Jairi

Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Rahmatnya itu

meliputi semua manusia dan segenap lapisan masyarakat. Tanpa mengira tua atau

muda, miskin atau kaya, rakyat atau pemerintah. Dengan sifat rahmatnya, Islam

menganjurkan umatnya untuk saling berkasih sayang dan hormat-menghormati antara

satu sama lain. Di antara cabang-cabang berkasih sayang ialah:

Pertama: Mencintai dan menghormati kepada orang yang lebih tua.

Kedua: Mengasihi orang lebih muda dari kita.

Rasulullah SAW pernah mengingatkan bahawa bukan termasuk kaum muslimin,

mereka yang tidak mengenali hak orang tua dan tidak menyayangi anak kecil.

Sebuah Hadith dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-’Aash, bahawa Nabi SAW telah bersabda

yang bermaksud, “Barangsiapa tidak menyayangi anak kecil kami dan tidak mengenali

hak orang tua kami, maka ia bukan termasuk golongan kami.” (Hadith Riwayat Ahmad,

Abu Daud, At-Tirmidzi) .

Page 56: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

56 | P a g e

Jelaslah dalam Islam antara akhlak utama yang menjadi kelaziman umat Islam adalah

sentiasa mengasihi kanak-kanak, walaupun bukan anaknya sendiri. Kita juga hendaklah

memberikan hak-hak orang tua, seperti menghormati, berbuat baik, dan mendahulukan

mereka dalam apa jua perkara. Jika tidak maka kita tidak diakui sebagai umat

Muhammad SAW.

Hormati orang yang lebih tua

Ia melambangkan tanda rendah diri kepada orang lain sama ada yang lebih tua

ataupun lebih muda, hormat kerana ilmu atau kerana kelebihan tertentu yang ada

padanya. Budaya hormat menghormati dalam Islam mampu menyemaikan kasih

sayang, persefahaman dan rasa tanggungajawab sebagai manusia.

Golongan lebih tua yang perlu dihormati termasuklah ibubapa, abang dan kakak, bapa

saudara dan ibu saudara, datuk dan nenek serta semua orang-orang dewasa. Apatah

lagi orang-orang yang telah mencapai usia emas adalah golongan lemah yang perlu

diberikan kasih sayang dan perhatian berbanding orang muda.

Ramai remaja masa kini tidak tahu cara memanggil dengan gelaran yang sesuai

kepada orang yang lebih tua seperti panggilan abang atau kakak, pakcik atau makcik,

uncle atau auntie, haji atau hajah kepada mereka yang telah mengerjakan haji.

Panggilan tersebut digunakan sebagai tanda menghormati status mereka. Setengah

remaja gemar memanggilnya dengan perkataan engkau, awak, brother atau nama

sahaja. Panggilan seperti itu dalam budaya melayu dianggap biadab.

Orang yang lebih muda ditekankan supaya memuliakan orang tua, mendahulukan

mereka, berlemah lembut kepada mereka, bercakap dengan sopan dan tidak

mengangkatkan suara bila melakukan penentangan. Ini adalah termasuk adab yang

baik yang telah dipamerkan oleh Rasulullah SAW dan para salafus salih.

Diriwayatkan bahwa Ibnu ‘Umar berkata, aku melihat Rasulullah SAW ingin memakai

siwak, lalu baginda memberikannya pada orang yang lebih tua dari suatu kaum, dan

Page 57: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

57 | P a g e

baginda bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya Jibril a.s memerintahkanku untuk

mendahulukan yang lebih tua.” (Riwayat Ahmad dan Al-Baihaqi).

Oleh itu, seharusnya golongan remaja menghormati golongan tua dan menyanjung

tinggi kedudukan mereka dalam masyarakat. Antara tindakan dalam hal menghormati

mereka adalah seperti meminta laluan jika melintasi orang tua, mendoakan

kesejahteraan di dunia dan di akhirat, merendahkan diri di hadapan mereka, berjalan di

belakang atau disisi bukan di hadapan orang tua serta mendahulukan mereka dalam

pemberian, imam solat, kepimpinan dan keilmuan. Walau bagaimanapun, sekiranya

tiada lagi orang tua yang berkelayakan barulah kita memberi peluang kepada golongan

yang lebih muda. Jika dinasihati, dengar dengan baik walaupun kita mungkin tidak

brsetuju.

Sayangi kanak-kanak

Di zaman ini kanak-kanak kurang disayangi dalam masyarakat. Budaya buang dan

mendera anak sehingga mendatangkan mudarat sangat membimbangkan. Padahal

pada usia kanak-kanak mereka sangat dahagakan kasih sayang dan belaian daripada

ibubapa mahupun orang yang lebih dewasa darinya.

Oleh itu, agama Islam amat menganjurkan umatnya menyayangi kanak-kanak. Bahkan

contoh dari kehidupan Rasulullah dan layanannya bersama kanak-kanak amat banyak

untuk diteladani oleh kita.

Dalam sebuah hadis sahih riwayat Abu Hurairah r.a. dinyatakan bahawa sesungguhnya

al-Aqra’ bin Habis pernah melihat Nabi memeluk Hasan. Lalu al-Aqra’ berkata:

“Sesungguhnya aku mempunyai 10 anak, namun aku tidak pernah memeluk seorang

pun daripada mereka”. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sesiapa

yang tidak menyayangi, nescaya dia tidak akan disayangi.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Banyak pelajaran yang boleh kita ambil dari hadis di atas. Antaranya, kita lihat

bagaimana Rasulullah SAW, walaupun dengan martabatnya yang tinggi sebagai Rasul,

Page 58: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

58 | P a g e

ketua negara dan selaku manusia yang paling mulia di sisi Allah, namun tetap berlemah

lembut dan menunjukkan kasih sayangnyanya kepada kanak-kanak.

Kemudian lihat bagaimana Rasulullah SAW menzahirkan kasih sayangnya. Baginda

tidak segan silu untuk memeluk anak-anak kecil bahkan baginda menegur sahabat

tersebut yang menyatakan bahawa beliau tidak pernah memeluk walau seorang pun

dari mereka.

Rasulullah juga sering menyapa mesra anak-anak kecil yang sedang bermain di jalanan

dan berdoa kepada anak-anak. Pernah satu hari, ketika Rasulullah sedang mendukung

Hassan, baginda berdoa: “Ya Allah, sesungguhnya aku mencintainya, maka sayangilah

dia”. (Hadith Riwayat al-Bukhari)

Masyaallah, betapa penyayang dan prihatinnya Rasulullah terhadap anak-anak kecil!

Oleh itu, marilah kita sayangi kanak-kanak terutamanya adik-adik kita sendiri agar nanti

kita disayangi. Berikan layanan dengan penuh kemesraan dan rasa kasih sayang.

Peluk dan doakanlah mereka sebagai satu usaha untuk menuruti sunnah Rasulullah

SAW dan sebagai salah satu cara untuk kita menunjukkan kasih sayang kepada kanak-

kanak. Ucapkanlah kata-kata manis, gurauan serta usikan sebagai menghiburkan hati

mereka. Sesungguhnya anak-anak yang dibelai dan dicurahkan kasih sayang akan

mempercepatkan pembesaran dan kematangan mereka.

Begitu juga, berilah hadiah serta ucaplah tahniah apabila mereka mencapai sesuatu

kejayaan. Tunjukkanlah kegembiraan di hadapan mereka sebagai tanda meraikan

kejayaannya. Hargailah sesuatu yang telah dilaksanakan walaupun kecil. Elakkan dari

meremehkan apa yang dilakukan oleh mereka. Jauhkanlah diri kita dari melakukan

sesuatu yang menyakitkan mereka seperti mengejek, mencaci maki, mengherdik,

membuli, memeras, mencedera atau memukul mereka. Semua kanak-kanak inginkan

kasih sayang serta belaian dari orang yang lebih dewasa dari mereka.

Page 59: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

59 | P a g e

Sebagai orang yang lebih tua, berikan contoh teladan yang baik serta nasihati dengan

cara yang baik jika mereka melakukan kesalahan atau kesilapan. Mereka adalah

golongan yang perlu dibimbing dan diberi tujuk ajar.

Kesimpulannya, remaja yang baik seharusnya tahu cara memghormati dan memuliakan

siapa sahaja yang lebih dewasa khususnya ibubapa serta abang dan kakak sendiri.

Begitu juga cara melayani serta menyayangi kanak-kanak khasnya adik-adik sendiri.

Anda akan disanjung dalam keluarga dan masyarakat kerana bijak dalam melayani

kedua golongan tersebut. Inilah yang dianjurkan oleh Islam semasa kita bergaul dengan

pelbagai lapisan manusia.

Kit Tindakan :

1. Mengamalkan budaya hormat-menghormati dan menyayangi sesama manusia

2. Menjadi masyarakat yang prihatin terhadap semua lapisan masyarakat.

3. Kita dituntut menghormati dan memuliakan orang tua seperti ibu bapa, datuk

dan nenek.

4. Kita hendaklah menyayangi dan mengasihi adik-adik seperti mengusap kepala,

membelainya, memuji ataupun memberikan hadiah.

Page 60: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

60 | P a g e

Bidang : AKIDAH

Tajuk : Pergi tak kembali

Objektif : Pada akhir aktiviti pelajar dapat

4. Menyedari bahawa setiap orang termasuk dirinya akan mati dan dia

tidak akan kembali semula ke dunia.

5. Mengetahui bahawa selepas mati ada alam lain yang akan membalas

apa sahaja yang dilakukan semasa hidupnya.

6. Memastikan dirinya mati dalam keadaan berbuat baik.

Masa : 5 minit

Langkah : Rujuk modul

Refleksi : Rujuk kit tindakan

Pergi Tak Kembali

Mohd Suhaimi bin Jairi

Sesungguhnya setiap manusia akan mengalami kesudahan. Walau tinggi mana

kedudukan atau jawatannya di dunia, berapa banyak harta kekayaan yang dimilikinya,

betapa seronoknya dia memuaskan nafsu syahwat dan merasai kenikmatan dunia,

namun dirinya tetap akan mengalami kesudahan.

Kematian!

Itulah kesudahan tersebut. Sesuatu yang tidak dapat dihindari. Tiada seorang pun yang

dapat melarikan diri dari kematian. Suatu yang pasti berlaku. Ya, pasti!

Manusia yang pernah berkuasa suatu masa dahulu telah pun mati. Mana Firaun? Mana

Qarun? Mana Namrud?

Lihatlah kata-kata ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz tentang kematian, “Aku tidaklah pernah

melihat suatu yang yakin kecuali keyakinan akan kematian. Namun sayang, sangat

sedikit yang mahu mempersiapkan diri untuk menghadapinya.”

Page 61: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

61 | P a g e

Ingatlah! Allah telah tegaskan bahawa tiada seorang pun dapat lari dari kematian …

ون الذي الموت إن قل تعملون كنتم بما فينب ئكم والشهادة الغيب عالم إلى تردون ثم ملاقيكم فإنه منه تفر

“Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka

sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan

kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan

kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah al- Jumu’ah: 8).

Allah telah menjadikan hidup manusia tidak ada yang kekal abadi …Hanya sementara

sahaja. Ada jangka hayatnya. Ada tempohnya.

الخلد قبلك من لبشر جعلنا وما

“Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusiapun sebelum kamu

(Muhammad).” (Surah Al Anbiya’: 34).

Namun yang pasti adalah Allah sahaja yang kekal abadi …selain-Nya akan musnah.

(27) والإكرام الجلال ذو رب ك وجه ويبقى (26) فان هاعلي من كل

“Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang

mempunyai kebesaran dan kemuliaan.” (QS. Ar Rahman: 26-27).

Disamping itu, Al Qur’an turut menjelaskan bahwa setiap yang bernyawa pasti akan

merasai kematian. Pernyataan ini terdapat dalam surat Ali Imran ayat 185 :

كل نفس ذآئقة الموت وإنما توفون أجوركم يوم القيامة فمن زحزح عن النار وأدخل الج نة فقد فاز

Ertinya :Setiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya akan

disempurnakan pahala kalian pada hari kiamat. Barangsiapa yang dijauhkan dari

neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka ia benar-benar telah beruntung.

Page 62: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

62 | P a g e

Demikianlah, ayat diatas menegaskan kepada kita bahwa setiap yang bernyawa akan

merasai kematian. Pada hari kiamat kelak Allah akan memberikan balasan yang

setimpal pada setiap manusia sesuai dengan apa yang telah mereka lakukan semasa

hidupnya. Allah sedikitpun tidak membiarkan manusia tanpa balasan kerana Allah

bersifat adil kepada semua hamba- hambaNya.

Apabila seorang manusia mati maka secara tak langsung terputuslah segala amal

perbuatan mereka. Manusia tidak akan bangkit semula ke dunia. Dia telah pergi buat

selama-lamanya. Dia tidak kembali lagi. Dia telah memasuki alam kematian, manusia

akan berada dalam alam penantian sebelum alam akhirat yang dikenali dengan nama

‘alam barzakh, iaitu alam di mana jasad diletakkan di dalam liang lahat (kubur)

sehingga berlaku hari kiamat. Di dalam alam ini manusia akan mengalami nikmat

apabila amal mereka baik selama hidup di dunia. Sebaliknya, apabila selama hidup di

dunia mereka sentiasa berbuat maksiat dan durhaka mereka akan mengalami siksa

yang dinamakan dengan ‘azab kubur.

Kematian adalah hari yang sering dilupakan. Hari yang paling akhir. Hari di mana

kerongkong tersekat, nafas terhenti dan nadi tidak berdenyut lagi.Tiada hari setelahnya

dan tidak ada yang seumpama dengannya. Itulah hari yang menakutkan dan telah Allah

tetapkan bagi seluruh makhluk-Nya, sama ada yang muda ataupun yang tua, yang

mulia ataupun yang hina.

Kematian adalah saat ruh terpisah dari jasad, waktu di mana setiap manusia berpindah

dari kampung yang penuh tipu daya menuju kampung abadi sesuai dengan amalannya.

Pada waktu itu, manusia akan melepaskan pandangannya yang terakhir kepada anak,

isteri, ibubapa dan seluruh keluarganya. Dia akan memandang dunia ini untuk kali yang

terakhir. Di saat itulah, tanda-tanda sakaratul maut akan kelihatan di wajahnya. Muncul

rasa sakit dan tarikan nafas yang teramat dalam. Timbul rasa cemas dan ketakutan

sehingga peluh membasahi dahinya kerana menahan kesakitan serta mengenangkan

kesudahan nasibnya.

Page 63: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

63 | P a g e

Di waktu itu, manusia akan mengetahui betapa hinanya dunia ini, betapa sekejapnya

hidup ini. Di waktu itu, dirinya akan menyesali setiap waktu yang telah disia-siakannya.

Mengenangkan gaya hidupnya selama ini. Mengingatkan perlakuannya yang buruk.

Mengingatkan ibadah solatnya entah ke mana..

Dirinya akan memanggil-manggil dengan sayu, “Wahai Tuhan-ku!”,

رب ارجعون لعل ي أعمل صالحا فيما تركت

“Dia berkata: “Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia) agar aku berbuat amal yang

saleh terhadap yang telah aku tinggalkan.” (QS. Al Mu’minuun: 99-100)

Di waktu itulah, kebinasaan dan kematian akan menjemputnya. Malaikat maut akan

menghampirinya seraya memanggil dirinya. Wahai si fulan! Apakah yang akan dia

serukan? Seruan menuju syurga atau seruan menuju neraka?!!

Tidakkah anda membayangkan bagaimana anda diletakkan di atas tilam, tiba-tiba

tangan ibubapa dan adik beradik mengguncang tubuh anda agar anda tersedar.

Sakarattul maut semakin kuat dirasai dan kematian menarik ruh keluar di setiap urat

tubuh anda. Kemudian ruh tersebut kembali menuju kepada Pencipta-nya.

Alangkah ngerinya kejadian itu!

Ahli keluarga, sahabat handai dan kaum muslimin pun datang dan solatkan jenazah

anda, kemudian mengusung keranda anda dan menurunkan jasad anda ke dalam

kubur. Kini anda bersendirian, tanpa seorang pun yang menemani. Ibu dan bapa tidak

lagi menemani, adik beradik pun tidak ada yang berada di sebelah anda. Teman-teman

yang selalu bergelak ketawa ersama telah tiada.

Di sanalah anda akan terasing, terpisah seorang diri serta diselimuti perasaan takut

yang teramat sangat.

Page 64: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

64 | P a g e

Demikianlah, dunia dan seisinya berlalu dan berakhir dengan begitu pantas. Sekarang

dirinya menghadapi tanda-tanda kesengsaraan di depan matanya. Ruhnya kembali

kepada penciptanya dan berpindah ke alam barzakh dengan berbagai keadaannya

yang begitu menakutkan. Inilah kehidupan yang baru. Entah itu kehidupan yang

bahagia atau kehidupan yang menyiksakan. Wal ‘iyadzu billah.

Terdapat kubur yang penghuninya saling berdekatan dan berbeza-beza tingkat

kesalihannya. Itulah kubur yang didiami oleh penghuni yang sentiasa merasakan

kenikmatan dan kesenangan. Kubur yang luas dan terang. Ianya disebut taman-taman

syurga.

Ada juga kubur yang terletak di lapis terbawah dan dipenuhi siksaan yang teramat

pedih. Penghuninya berteriak kesakitan, namun tidak ada seorang pun yang

mendengarnya. Dirinya meminta agar dikasihani, namun tidak seorang pun yang

mampu memenuhi permintaannya. Begitulah keadaannya sehingga hari Kiamat.

Oleh itu, marilah kita menjadi mukmin yang bijak seperti yang disifatkan oleh baginda

iaitu mukmin yang sentiasa mengingati kematian dan mempersiapkan diri untuk alam

seterusnya. Jadikanlah dunia ini tempat melakukan amal-amal salih seperti yang

dikehendaki Allah SWT.

Dari Ibnu ‘Umar, ia berkata, “Aku pernah bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa

sallam, lalu seorang Anshor mendatangi beliau, ia memberi salam dan bertanya,

“Wahai Rasulullah, mukmin manakah yang paling baik?” Beliau bersabda, “Yang paling

baik akhlaknya.” “Lalu mukmin manakah yang paling cerdas?”, ia kembali bertanya.

Beliau bersabda, “Yang paling banyak mengingat kematian dan yang paling baik dalam

mempersiapkan diri untuk alam berikutnya, itulah mereka yang paling cerdas.” (HR.

Ibnu Majah no. 4259).

Page 65: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

65 | P a g e

Kit Tindakan :

1. Memastikan setiap saat di dalam hidup mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya. 2. Memastikan diri mendapat khusnul khatimah (kesudahan yang baik). 3. Menjauhi amalan yang sia-sia atau perbuatan buruk yang mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah.

Page 66: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

66 | P a g e

Bidang : IBADAH

Tajuk : Tujuan Hidup Manusia

Objektif : Pada akhir aktiviti pelajar dapat

1. Mengetahui tujuan hidupnya Aberibadah kepada Allah.

2. Mengetahui bahawa segala amalan di dunia akan diberikan balasan.

3. Merasa takut untuk melakukan kejahatan dan maksiat.

Masa : 5 minit

Langkah : Rujuk modul

Refleksi : Rujuk kit tindakan

Tujuan Hidup Manusia di Dunia- Hang Pi Mana?

Mohd Suhaimi bin Jairi

Pernahkah anda terfikir, apa sebenarnya tujuan hidup manusia? Mengapa manusia

wujud di dunia ini? Sudahkah anda menemui jawapannya?

Masih ada yang tertanya-tanya dalam dirinya tentang persoalan di atas, malah ada

yang belum menemui jawapan dari pertanyaan ini hingga berpuluh-puluh tahun

lamanya. Mereka tidak mengetahui tujuan sebenar hidupnya di dunia ini serta halatuju

selepas kematiannya. Bagi mereka kehidupan tidak lain hanyalah untuk makan,

berseronok, memuaskan nafsu serta mengumpul kekayaan semata-mata.

Setiap hari kita sibuk dengan perkara rutin yang terus berputar tak berpenghujung. Kita

bekerja, belajar, berniaga, berehat, makan, tidur, berkahwin dan beranak pinak.

Kemudian akhirnya kita semua akan mati meninggalkan dunia yang fana’ ini.

Dalam hidup juga ada kalanyanya kita ditimpa kesedihan, kesulitan hidup, kesenangan

dan kegembiraan dalam kehidupan. Semua ini merupakan ketentuan dari Tuhan.

Manusia dituntut agar berusaha mendapatkan rahmat dari Tuhan. Bayangkanlah jika

kita tidak merasakan hal itu, maka kita laksana batu dan kayu, yang tiada rasa apa-apa.

Hidupnya dirasakan kosong tanpa pengisian, tanpa tujuan dan maksud yang jelas.

Page 67: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

67 | P a g e

Ibarat kata-kata Prof. Hamka, “Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga HIDUP,

kalau bekerja sekadar bekerja, kera di hutan juga BEKERJA.”

Ketahuilah, Allah jadikan manusia memiliki karamah atau kemuliaan. Allah jadikan

manusia dengan tujuan dan maksud tertentu, dengan tugas dan kewajipan tertentu

agar hidupnya ada pengisian yang sebenar sesuai dengan kemuliannya.

Bukanlah kehidupan ini hanya dijadikan untuk makan, minum, tidur, berpeleseran,

bergelak tawa, beranak-pinak, mencari sesuap nasi untuk kelangsungan hidup.

Ingatlah, bukan dengan tujuan seperti ini Allah menciptakan kita!

Allah tidak menjadikan manusia dengan tujuan sia-sia yang tidak layak bagi Allah yang

Maha Bijaksana seolah-olah manusia tiada bezanya dengan haiwan. Haiwan dijadikan

untuk makan kemudian mati. Haiwan juga dijadikan untuk dinikmati oleh manusia. Allah

Ta’ala berfirman,

أفحسبتم أ نما خلقناك م عبثا و أنكم إلينا لا ترجعون

“Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara

main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Surah Al

Mu’minun: 115).

Ibnu Qayyim Al Jauziyah mengatakan, “Apakah kalian diciptakan tanpa ada tujuan dan

hikmah, tidak untuk beribadah kepada Allah, dan juga tanpa ada balasan dari-Nya? ”

(Madaarijus Salikin, 1/98)

Demikian juga manusia tidak mungkin diciptakan begitu saja tanpa diperintah dan tanpa

dilarang. Segala perlakuan manusia akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.

Allah Ta’ala berfirman,

نسان أ ن يترك سدى أيحسب الإ

“Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa

pertanggungjawaban)?” (QS. Al Qiyamah: 36).

Page 68: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

68 | P a g e

Oleh sebab itu, manusia ada tujuan khusus sepanjang hidupnya di dunia. Tujuan inilah

yang mengangkat darjat manusia mengatasi makhluk-makhluk yang lain.

Tujuan hidup manusia di dunia ini hanyalah untuk mengabdikan diri kepada Tuhan.

Sebagaimana firman Allah:

نس إلا ليعبدون وما خلقت الجن والإ

“Tidaklah aku menciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka beribadah

kepadaku”. (Surah Ad-Zaariyaat:56).

Juga firman Allah:

“Dan sesungguhnya kami telah mengutus seorang rasul pada tiap ummat (untuk

menyerukan) “Sembahlah Allah dan jauhilah Taghut (sembahan selain Allah)”. (Surah

An- Nahl: 36)

Itulah tujuan hidup manusia yang pertama dan paling utama.

Kita sebagai seorang hamba haruslah mengakui dan menyedari diri bahawa kehidupan

ini adalah anugerah yang diberikan Allah kepada kita. Setiap nafas dan gerak tubuh

adalah anugerah. Maka dengan sikap mengakui nikmat ini akan dapat menimbulkan

rasa syukur yang kemudian wujud dalam bentuk pengabdian atau ibadah kepada Allah.

Apakah erti ibadah?

Ibadah diertikan sebagai taat, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah. Jelasnya

ibadah ialah penyembahan serta pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah dengan

mematuhi segala perintah-perintah Allah serta meninggalkan segala laranganNya.

Perkara fardu seperti solat, puasa, zakat dan haji menjadi ibadah yang paling utama.

Hamba Allah yang benar-benar tunduk dan patuh kepada Allah dipanggil Ibadullah.

Sebagai hamba Allah mestilah meninggalkan segala bentuk perbuatan yang dimurkai

Allah yang dikenali dosa-dosa besar seperti derhaka kepada ibubapa, berzina, minum

Page 69: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

69 | P a g e

arak dan sebagainya. Begitu juga segala bentuk kejahatan seperti membunuh, menipu,,

merompak dan sebagainya.

Namun demikian, Islam tidak menganggap ibadah tertentu sahaja sebagai amal salih

malah ia meliputi segala kegiatan lain. Ibadah tidaklah semata-mata dimaksudkan

bahawa setiap saat kita mesti solat, sedekah atau sujud terus menerus. Malah setiap

sesuatu yang baik atau sesuatu yang bertunjangkan ibadah maka hal itu juga

dihukumkan sebagai ibadah.

Semua perbuatan yang diniatkan ibadah maka hal itu juga dianggap ibadah, sekalipun

amalannya berbentuk amalan dunia. Contohnya dalam hal bekerja, bekerja tersebut

akan dikira ibadah jika kita niatkan untuk memberi nafkah anak dan isteri serta

memenuhi keperluan sehari-hari agar tenang dalam beribadah. Begitu juga bagi

seorang murid, aktiviti beriadah juga akan menjadi ibadah sekiranya diniatkan untuk

menjadi tubuh badan sihat supaya mudah melaksanakan ibadah.

Sebaliknya, segala sesuatu yang diniatkan untuk kepentingan duniawi maka juga akan

dianggap melakukan amalan dunia, sekalipun bentuk amalannya adalah amalan

akhirat. Amalan itu sia-sia dan tidak dikira sebagai ibadah, malah boleh menjurus ke

arah dosa kerana menimbulkan riya’ dan ujub. Contohnya seseorang pelajar

menunjukkan dirinya solat di hadapan guru atau rakan-rakan agar mendapat pujian

maka ianya dikira riya’. Amalan tersebut tidak mendapat apa-apa pahala melainkan

penat sahaja.

Hal ini sesuai dengan sabda Nabi “ الأعمال بالنياتاإنم “, “Sesungguhnya sahnya setiap amal

itu tergantung dengan niat”.

Dan sesuai dengan kaidah fiqh “ المقاصد إن للوسائل حكم “, “Sesungguhnya pada sebuah

perantara itu hukumnya menyesuaikan tujuannya”.

Di samping kita mengetahui tujuan hidup kita di dunia ini, perlu diketahui juga bahawa

jika Allah memerintahkan kita untuk beribadah kepada-Nya, bukanlah bererti Allah

Page 70: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

70 | P a g e

memerlukan kita. Sesungguhnya Allah tidak menghendaki sedikit pun rezeki dari

makhluk-Nya dan Dia juga tidak menghendaki agar hamba memberi makan pada-Nya.

Allah lah yang Maha Pemberi Rezeki. Keengkaran kita mentaatiNya juga tidak memberi

sedikit pun mudharat kepadaNya.Perhatikan ayat selanjutnya, lanjutan surat Adz

Dzariyat ayat 56. Di sana, Allah Ta’ala berfirman,

إن (57) طعمون ي أن ريد أ وما زق ر ن م نهم م ريد أ ما اق هو الل ز ة ذو الر (58) المتين القو

“Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari makhluk dan Aku tidak menghendaki

supaya mereka memberi makan pada-Ku. Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi

rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kokoh.” (QS. Adz Dzariyat: 57-58)

Oleh itu, kita yang memerlukan Allah. Kita yang perlu melakukan ibadah kepada-Nya.

Kita yang sepatutnya menyempurnakan penyembahan kita kepada-Nya kerana balasan

dari ibadah tersebut akan kembali lagi kepada kita. Kita yang akan memperolehi

ganjaran besar di akhirat kelak berupa syurga firdaus yang kekal abadi di dalamnya.

Kit Tindakan

1. Melaksanakan ibadah kepada Allah dengan khusyuk dan tawaduk.

2. Menyumpurnakan solat lima waktu walai di mana jua dan dalam apa keadaan

sekalipun.

3. Menjadikan seluruh aktivviti di dalam hidupnya adalah dalam rangka beribadah

kepada Allah.

Page 71: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

71 | P a g e

Bidang : AKHLAK

Tajuk : Anugerah terindah

Objektif : Pada akhir aktiviti, pelajar dapat :

1. Menjelaskan kepentingan mempamerkan akhlak yang mulia dalam kehidupan.

2. Menyedarkan tentang tanggungjawab menjadi anak yang soleh

Masa : 5 minit

Langkah : Seperti panduan.

Refleksi : Sila rujuk kit tindakan

Rujukan : Lampiran

ANUGERAH TERINDAH

OLEH

SITI KALSOM BINTI MD TAIB

Siapakah anugerah terindah dalam hidup kamu? Adakah kawan-kawan

sekelas, kawan facebook atau rakan-rakan yang berhampiran rumah yang menjadi

anugerah terindah dalam hidup kamu? Selama kamu hidup ini, siapa yang lebih akrab

dengan kamu, lalu kamu tidak sanggup jika Allah mengambilnya dari kamu. Adakah

insan yang paling kamu sayangi ini merupakan ahli keluarga kamu?

..........

Maksudnya: Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya

dengan sesuatu apa pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua...... ( Surah

Annisa: 36)

Sudah terjawab persoalan saya di awal tadi, bahawa anugerah terindah yang

hadir dalam hidup kita ialah ibu dan ayah. Di mana ayat diatas; Allah menyuruh kita

Page 72: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

72 | P a g e

untuk taat kepadaNya, kemudian taat kepada kedua orang tua.

1) Jasa Ibu dan Ayah

Ibu bersusah-payah mengandungkan kita selama sembilan bulan dengan

kepayahan dan kesukaran, menghadapi kesakitan yang teramat ketika melahirkan kita.

Ayah yang mengazankan atau mengiqamatkan kita. Ibu dan ayah yang menjaga kita

dengan sepenuh kasih sayang sejak kita bayi sehingga kini. Bagaimana ketika kita bayi

dan tidak berdaya untuk membuat apa pun, ibu dan ayahlah yang menjaga kita dengan

penuh kasih sayang. Sehingga kini, ibu dan bapa berusaha untuk memberikan yang

terbaik dalam serba serbi kehidupan kamu, iaitu makan pakai, tempat tinggal, keperluan

persekolahan, wang belanja juga menyekolahkan kamu. Selayaknya kita sebagai

seorang anak taat dan patuh kepada mereka berdua dan menyayangi mereka dengan

sepenuh hati kita.

2) Menderhaka kepada ibu bapa adalah berdosa besar

Dari kita lahir, ikatan sayang seorang anak kepada ibu dan ayahnya sangat

jelas kelihatan, kerana perasaan kasih dan sayang itu fitrah yang Allah ciptakan. Jadi

jangan kotorkan fitrah ini dengan dosa-dosa menjadi anak yang derhaka. Sayang dan

taat kita kepada ibu dan ayah adalah untuk selama-lamanya. Dalam kehidupan kita,

kedua ibu bapa kita menjadi keutamaan selepas Allah dan rasul.

Setiap perkataan yang mengguris hati mereka, setiap lenggok bahasa yang

kasar, mimik muka yang mencuka,dan perlakuan kita yang tidak ibubapa redai adalah

dosa besar yang kita lakukan tanpa kita sedari.

Abi Bakrah ra berkata, Nabi Muhammad S.A.W pernah bertanya 3

kali:“Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Mereka (para

sahabat) menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah!” Baginda menjelaskan: Syrik

kepada Allah, derhaka kepada ibu bapa (Perawi menerangkan bahawa baginda ketika

itu duduk sambil bersandar lalu menyambung) dan Sumpah yang palsu. (Riwayat

Bukhari:hadis no 2654) .

Page 73: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

73 | P a g e

3) Tip jadi anak soleh atau solehah @ anak yang taat kepada ibu bapa:

Bercakaplah dengan lemah lembut. Kita tidak boleh samakan gaya

bercakap dengan rakan, dengan gaya bercakap dengan ibu bapa.

Tidak membantah mereka: Tunaikan permintaan mereka, iaitu seorang

anak perlu mendengar nasihati ibu bapa, menuruti pesanan mereka ( menyuruh

solat, belajar dll) Mahu tidak mahu, menjadi kewajipan kepada setiap diri anak-

anak untuk menjadi murid atau pelajar yang bersungguh-sungguh, berdisiplin

dan menghormati guru dan mematuhi peraturan sekolah. Tugas belajar ini

adalah amanah yang diberi oleh ibu bapa kepada kita.

Jika mahu kemana-mana, atau ingin melakukan sesuatu, minta

pandangan emak dan ayah. Pastikan emak dan ayah sudah maklum, dan

mereka telah bersetuju dengan apa yang anda ingin lakukan.

Jika emak dan ayah tidak setuju dengan pandangan, atau keputusan,

taatilah kehendak mereka. hidup kita akan diredhai Allah sekiranya ibu bapa

meredhai kita. Sepertimana maksud hadis:

Rasulullah SAW bersabda: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa

manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. (Riwayat al-

Tirmizi: hadis no:1899)

Pastikan ibu bapa mengenali kenalan kita, dan mereka tidak melarang

kita berkawan dengan mereka.

Bersikap jujur dengan ibu bapa, tidak berbohong kepada mereka.

Doakan kesejahteraan mereka setiap kali selepas solat. Ini sekecil-kecil

cara membalas jasa mereka.

ولوالدي وارحمهما كما ربياني صغيرا رب اغفرلى

Maksudnya: Ya Allah ampunilah aku dan kedua orang tuaku, kasihilah mereka

Page 74: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

74 | P a g e

sepertimana mereka mengasihiku semasa aku kecil.

Mana mungkin seorang anak layak

Membalas jasa ibu dan ayah

Sekalipun hidup hingga kiamat

Menjadi anak yang soleh dan mencintai mereka

Itulah balasan luar biasa dari seorang anak.

Sekilas waktu pun

Hanya gembira bersama teman-teman

Berfacebook, wechat, instagram …

Bersiar-siar, bergelak ketawa

Tidakkah kita rindu dengan gelak tawa ibu dan ayah?

Kata-kata ibu dan ayah

Tidak didengar lagi

Mengapa ayah dan ibu tidak fahami aku?

Sudah tidak sayang lagikah mereka padaku?

Lalu kita membina diam dan sepi

Marah dan geram, lalu menyendiri

Tidak mahu share lagi...

Kita membuat seperti mereka sudah pergi

Bagaimana jika ia terjadi

Ibu dan ayah benar-benar pergi?

Saat itu tiada lagi yang meleter, memarahi dan melarang....

Memohon maaf pun tak dapat lagi...

adakah bahagia ini yang di cari?

Sayangi diri anda dengan menyayangi Ibu Bapa :

1. Taati kedua ibu bapa.

2. Bercakaplah dengan sopan dan beradab.

3. Lakukan sesuatu hanya dengan izin dan redha ibu

dan ayah.

4. Mendoakan kesejahteraan mereka selepas solat.

5.

Page 75: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

75 | P a g e

Bidang : AKIDAH

Tajuk : Cantik Tak kak Ton?

Objektif : Pada akhir aktiviti, pelajar dapat :

1. Menjelaskan bahawa kecantikan yang sebenar ialah dengan menutup aurat, bukan mendedahkannya 2. Melakukan amalan menutup aurat secara berperingkat- peringkat 3. Mendorong kepada perlakuan positif di mana sahaja sejajar

dengan personaliti menutup aurat.

Masa : 5 minit

Langkah : Seperti panduan.

Refleksi : Sila rujuk kit tindakan

Rujukan : Lampiran

CANTIK TAK KAK TON?

OLEH

NOR HANOM BINTI MD TAIB

``Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan’’[Hadis riwayat Muslim dan At-

Tirmidzi].

Namun bukan semua yang cantik itu perlu dilihat dan diperlihatkan. Ada yang cantik

perlu disembunyikan dan disimpan dengan baik.

``Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dah sebaik-baik perhiasan dunia adalah

wanita solehah’’[Hadis riwayat Muslim].

Perhiasan di sini bermaksud perkara yang cantik dan suka dilihat.Jika tidak dipamerkan

sekalipun manusia akan mudah tertarik untuk melihat kepadanya

Jom kita ikut cadangan-cadangan ini:

Page 76: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

76 | P a g e

FOKUS PELAN TINDAKAN RASIONAL

Merancang -Rancang perjalanan

untuk ke mana-mana lebih

awal

-Sediakan pakaian pada

malam sebelum bertolak.

Supaya kita tidak

mencapai sahaja pakaian

yang paling ringkas dan

tidak bergosok(jeans dan

T-shirt) Supaya baju

,tudung,kasut dapat

disediakan dalam rona

warna kegemaran

Persahabatan Berkawan dengan kawan-

kawan yang menutup

aurat.

Supaya tidak patah

semangat dengan kata-

kata negatif rakan yang

tidak menutup aurat.

Kawal fikiran dan

perasaan

Sentiasa mengawal fikiran

agarmemilih fesyen yang

tidak melanggar batas

syarak

Supaya kita mendapat

pahala dan keredaan Allah

Jangan over

Jangan keterlaluan!

Contohnya mengenakan

jubah lycra,selendang

jarang,bermakeup

tebal,sanggul

Tinggi, memakai minyak

wangi berkasut tumit

tinggi, mengenakan

barang kemas dan lain-

lain yang berlebihan.

Agar kita tidak tergolong

dalam wanita yang

bertabarruj.(Tabbaruj ialah

menampakkan perhiasan

dan anggota tubuh badan

untuk menarik perhatian

lelaki bukan mahram).

Page 77: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

77 | P a g e

Budaya ilmu Sentiasa mendalami ilmu

berkaitan batas aurat dan

azab tidak menutup aurat.

Supaya kita takut untuk

membuka aurat.

Mengajak kawan-kawan Menasihati kawan-kawan

agar menutup jika keluar

rumah.

Mengingatkan diri kita

juga.

Banyakkan doa

Sentiasa berdoa agar

konsisten menutup

aurat``Wahai Tuhan

kami!Janganlah Engkau

memesongkan hati kami

Sesudah Engkau memberi

petunjuk kepada kami dan

kurniakanlah kepada kami

limpah rahmat dari

sisimu.Sesungguhnya

Engkaujualah tuhan yang

Maha Pemberi(melimpah

pemberianNya)”

Pergantungan kepada

Allah kerana Allah

sahajalah yang

menentukan pengakhiran

usaha kita.

Semoga amalan baik yang kita mulakan ini akan membuka laluan kepada banyak lagi

ibadah-ibadah yang lebih besar, agar dapatmelengkapkan cita-cita untuk menjadi

wanita solehah.Insya Allah.

Kit Tindakan:

Sayangi diri anda dengan cara:

- Konsisten menutup aurat

- Berkawan dengan rakan-rakan yang menutup aurat

- Banyakkan berdoa agar diberi kekuatan untuk menutup aurat

Page 78: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

78 | P a g e

Bidang : AKHLAK

Tajuk : Cikgu In My Heart

Objektif : Pada akhir aktiviti, pelajar dapat :

1. Menjelaskan bahawa pelajar yang baik adalah pelajar yang beradab dengan guru. 2. Melakukan amalan-amalan baik di hadapan guru akan menyebabkan pelajaran mudah difahami. 3. Mendorong diri untuk melakukan perlakuan positif di mana sahaja lokasi dan situasi.

Masa : 5 minit

Langkah : Seperti panduan.

Refleksi : Sila rujuk kit tindakan

Rujukan : Lampiran

CIKGU IN MY HEART

OLEH

NOR HANOM MD TAIB

Setiap insan pasti berasa sangat bahagia apabila diterima dan disukai dimana sahaja

dia berada, sama ada dalam keuarga, kawasan kejiranan, sekolah, di kalangan orang

tua, orang dewasa, rakan sebaya mahu pun kanak-kanak. Namun kita tidak mempunyai

upaya untuk membuat orang lain menyukai kita dengan bagitu sahaja melainkan kita

bertindak dan menunjukkan perilaku dan bergaul secara sopan. Khususnya pila ketika

di sekolah kita sering merasakan guru kurang menyayangi kita. Sedarkah kita

sebenarnya ada beberapa adab terhadap guru yang tidak diamalkan.

Bagaimanakah cara beradab dengan guru yang sepatutnya diamalkan? Begini, mari

kita ikut pesanan Imam al-Ghazali ini;

1. Hadapilah guru dengan wajah yang gembira, penuh kerelaan dan kesopanan.

Jangan sekali-kali menunjukkan sikap bongkak, sombong dan tinggi diri.

Tunjukkan juga wajah bersedia menerima pengajaran guru pada hari itu.

Page 79: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

79 | P a g e

2. Jangan suka menoleh ke kiri atau ke kanan, memandang ke luar tingkap atau

memandang rakan yang lalu lalang. Pastikan duduk dengan tenang tanpa

mengjungkitkan kerusi.

3. Jangan bermain-main dengan pen, pensel, menconteng buku, menguap atau

menggeliat ketika guru sedang memberi penerangan.

4. Sekiranya tidak jelas, jangan biasakan guru mengulang perkataanya. Jika perlu

gunakan ayat yang sopan seperti ``Cikgu, boleh ulang semula.’’ Bukan dengan

bahasa yang kurang sopan seperti ``Apa cikgu?’’ ``Tak dengarlah, cikgu.’’

5. Jangan banyak bergurau denda atau `loyar buruk’ dengan guru semasa guru

sedang mengajar. Kamu boleh dianggap tidak serius, tidak focus, tidak

bersungguh-sungguh dan lebih buruk lagi kamu boleh tergolong dalam kalangan

pelajar yang rendah akal.

Adab-adab di atas adalah sebahagian daripada usaha untuk mendapatkanilmu. Ilmu itu

milik Allah SWT dan guru-guru adalah perantaranya sahaja. Bagaimana kita hendak

dapatkan ilmu tersebut sedangkan kita tidak berusaha dan bersungguh-sungguh

memohon reda pemiliknya. Malahan tidak berbuat baik terhadap insan yang Allah

amanahkanuntuk menunjuk ajar secara langsung kepada kita.

Bukan itu sahaja, ilmu itu juga adalah rezeki. Sebagaimana jawapan Saidina Ali

bin Abi Talib apabila ditanyakan oleh seseorang mengenai ilmu yang dimilikinya itu

adakah berbeza dengan orang lain? Beliau menjawab : ``Tidak, demi Allah! Kami tidak

memiliki apa-apa ilmu pengetahuan melainkan ilmu yang telah diberikan juga kepada

orang ramai. Kecuali apabila Allah memberikan rezeki kepada seseorang berupa

pemahaman tentang Al-Quran.’’

Page 80: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

80 | P a g e

Apabila ilmu itu bersifat rezeki, seharusnya kita berusaha 100% untuk

mendapatkannya dengan melaksanakan adab-adab berguru dan menuntut ilmu, ibarat

kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari wang sebagai kelangsungan hidup.

Kit Tindakan : Sayangi diri anda dengan cara: -Berusaha mendapatkan ilmu dengan menghormati guru. -Tunjukkan sikap sopan-santun serta bersedia ketika di hadapan guru. -Bersederhana dalam semua tindakan kita dengan tidak melebih-lebih, dan menunjuk-nunjuk untuk mengambil perhatian guru.

Page 81: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

81 | P a g e

Bidang : AKHLAK

Tajuk : Geng bas sekolah

Objektif : Pada akhir aktiviti, pelajar dapat :

1. Menerangkan kepentingan akhlak dalam Islam.

2. Menjelaskan kepentingan mempamerkan akhlak mulia

semasa bergaul dengan rakan-rakan.

Masa : 5 minit

Langkah : Seperti panduan.

Refleksi : Sila rujuk kit tindakan.

Rujukan : Lampiran

GENG BAS SEKOLAH

OLEH

SITI KALSOM BINTI MD TAIB

Generasi Y adalah mereka yang lahir pada tahun 1981-1994, manakala generasi

Z adalah mereka yang lahir pada 1995-2010. Apakah ciri-ciri kedua-dua generasi ini?

Generasi Ydan Z adalah generasi yang terdedah dengan teknologi, gadget dan dunia

maya sejak mereka kecil lagi. Mereka cukup sinonim dengan Facebook, Twiter,

Instagram,Whatsapp,Wechat dan lain-lain.

Apa pandangan anda tentang budaya alam cyber? Adakah penggunaan gadget

baik atau buruk kepada diri anda? Gadget dan media sosial boleh jadi baik, apabila

menjadi medium bersilaturrahim, bertemu rakan yang sudah terpisah atau saling

berkomunikasi merapatkan ukhuwah, menyelesaikan tugasan dengan mencari

maklumat di internet, atau mendapat informasi terkini dari medium media sosial.

Namun... jika tidak kena gaya; dengan satu clik kita sudah berbuat dosa, iaitu

dengan copy paste sesuatu maklumat, tanpa kita tahu maklumat tersebut adalah palsu,

Page 82: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

82 | P a g e

atau merupakan fitnah dan aib kepada orang lain. Sekelip mata perkara yang salah

telah menjadi viral. Penggunaan yang tidak terkawal, contohnya bermain game atas

talian, akhirnya merosakkan diri. Solat entah ke mana, kerja sekolah tidak siap, tidur

lewat malam, dan keesokkan harinya tidak dapat fokus di sekolah.

Masyarakat Melayu kaya dengan budaya yang positif selari dengan ajaran Islam,

Jika semua orang sibuk dengan gadget masing-masing, duduk dan bertemu tetapi tidak

mesra. Komunikasi lisan menjadi semakin sedikit. Budaya berkunjung, kenduri, rewang

tidak lagi diminati. Individu tidak kenal jiran, tidak kenal sedara lalu masyarakat menjadi

pincang.

Islam memadang serius urusan bermuamalat sesama insan. Dalam Islam kita

ada kasih sayang, ukhuwah dan berbuat baik sesama insan. Di sini ada beberapa hadis

yang boleh kita ambil iktibar darinya.

Hadis Pertama

“Orang Islam itu ialah mereka yang menyelamatkan orang Islam yang lain dari

lidahnya (Ucapan) dan tanggannya(Perbuatan). Orang Mukmin adalah orang yang

mengamankan orang Mukmin lain atas diri dan harta mereka (iaitu tidak pernah

mengganggunya) dan orang yang orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan

kejahatan dan menjauhinya.” (Riwayat Ibnu Majah dan Hakim)

Hadis Kedua

“Tidak sempurna keimanan salah seorang di antara kamu sebelum dia mencintai

saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis Ketiga

“Sebahagian besar yang menyebabkan manusia itu masuk syurga ialah

bertakwa kepada Allah serta budi pekerti yang baik.” (Riwayat Tirmidzi dan Hakim)

Hadis Kelima

“Tidaklah termasuk dalam golongan kita (Kaum Muslimin) tidak mengasihi

Page 83: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

83 | P a g e

anak-anak kecil, dan orang yang tidak menghormati orang yang tua dikalangan kita.”

(Riwayat Tabrani, Abu Daud dan Bukhari)

Dengar Hadis dan refleksi Diri:

Daripada hadis di atas banyak pengajaran yang boleh diambil:

1) Menggunakan gadget berpada-pada, dan untuk kebaikan bukan untuk

menambah dosa.

2) Jangan menggunakan gadget sehingga tidak menghiraukan persekitaran.

Contohnya, duduk berbual di ruang tamu dengan emak dan ayah. Salah jika

berbual dengan mereka sambil gadget di tangan. (Bermain game, melayari

Facebook dll)

3) Jangan cepat memberi komentar pada situasi terkini yang menimpa orang lain.

Tanpa kita sedar, kita menyakiti orang lain. Kita bersangka buruk atau menuduh

seeorang dengan sesuatu yang buruk. Malahan komentar kita pula dipanjangkan

kepada orang lain, menjadi viral dengan sekelip mata.

4) Menjaga lidah dan tangan dari menyakiti orang lain. Jangan bercakap dengan

bahasa yang negatif, kerana apa yang kita cakap memberi aura negatif kepada

diri sendiri. Bercakap negatif kepada orang lain adalah doa kepada diri sendiri.

5) Hati-hati dengan copy dan paste maklumat alam cyber, dikakuti kita

menyebarkan perkara yang salah.

6) Jangan sakiti rakan-rakan dengan gurauan yang melampau, ejekan dan lain-

lainnya, yang akhirnya menyebabkan pergaduhan.

7) Sayang dan kasih kepada sesama Muslim kerana setiap orang Islam adalah

bersaudara. Perasaan kasih akan menyebabkan kita sentiasa berbuat baik

dengan orang lain. Orang yang beriman bertemu dan berpisah kerana Allah.

Bersahabat kerana Allah. Persahabatan mesti ada limitnya. Jika kawan kita

berbuat salah, kita wajar menegurnya dengan cara yang baik.

8) Orang yang muda mesti menghormati orang yang lebih tua dari mereka. Orang

yang lebih tua pula menyayangi anak-anak muda. Seperti mana Rasulullah

S.A.W yang sayang kepada kanak-kanak, juga menyantuni golongan remaja.

Page 84: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

84 | P a g e

9) Jaga diri di mana sahaja anda berada. Anda dikelilingi rakan di sekolah, ibu bapa

dan keluarga, guru-guru, orang yang lebih tua (kerani, tukang kebun, pengawal

keselamatan, Pemandu Van Sekolah, jiran tetangga atau sesiapa pun yang kita

temui setiap hari. Jaga akhlak dengan semua orang kerana itulah yang dilakukan

oleh rasulullah. Rasulullah S.A.W tetap berbuat baik kepada jirannya walaupun

jirannya seorang Yahudi.

Kit Tindakan :

Sayangi diri anda dengan menyayangi orang lain :

1. Sedar bahawa diri sebahagian dari anggota masyarakat.

2. Berbuat baik dengan semua orang dari segi percakapan dan

perbuatan.

3. Sentiasa menjaga akhlak setiap masa dengan mencontohi

Akhlak Rasulullah S.A.W

Page 85: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

85 | P a g e

Bidang : IBADAH

Tajuk : Jenayah akademik

Objektif : Pada akhir aktiviti, pelajar dapat :

1. Menyedarkan tujuan hidup manusia adalah untuk beribadah

kepada Allah.

2. Menjelaskan tentang konsep ibadah dalam Islam.

3. Mengkategorikan bahawa aktiviti belajar adalah ibadah umum

Masa : 5 minit

Langkah : Seperti panduan.

Refleksi : Sila rujuk kit tindakan.

Rujukan : Lampiran

JENAYAH AKADEMIK

OLEH

MAIMUNAH BINTI MAHMOOD

“Jika kamu malas belajar kamu sedang melakukan satu jenayah. Jenayah itu

dinamakan jenayah akademik. Memang benar jenayah akademik tidak dihukum di

dunia. Tetapi tidak sekali-kali boleh terlepas apabila berhadapan dengan Allah kelak.”

Apakah perasaan kita, jika kita menerima nasihat seperti di atas? Sentap! Deep!

Begitulah istilah yang sering diucapkan. Adakah memadai terhenti setakat di situ

sahaja? Jika tidak, maka apakah langkah yang seterusnya? Adakah kita tahu dan sedar

bahawa aktiviti belajar atau menuntut ilmu adalah tergolong sebagai ibadah umum?

Maka adalah sangat wajar mulai saat dan ketika ini untuk kita mentransformasikan

aktiviti menuntut ilmu sebagai ibadah. Persoalannya bagaimana?

1. Niat : dalam melakukan apa pun, niat adalah paling utama. Niat yang baik akan

menjana amalan yang baik. Sewajarnya niatkan belajar semata-mata untuk

Page 86: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

86 | P a g e

mendapatkan keredaan Allah, membebaskan diri daripada kelompok orang yang

jahil dan tanamkan keinginan untuk membantu orang lain dengan ilmu yang

dipelajari. Mereka yang belajar kerana Tuhan adalah berbeza dengan mereka

yang mengharapkan ganjaran mahupun pujian. Mereka yang belajar kerana

Tuhan sentiasa bermotivasi. Tiada istilah malas. Golongan ini sedar bahawa

dengan kekuatan ilmu, kelak mereka mampu menguasai teknologi dan ekonomi.

2. Subjek: Mata pelajaran yang dipelajari di sekolah ada yang dikategorikan

sebagai fardhu ain dan fadhu kifayah. Fardhu ain adalah perkara yang wajib

dipelajari. Manakala bagi fardhu kifayah adalah harus. jadi ia bukanlah sesuatu

yang bertentangan dengan syariat kerana ianya boleh ditukar menjadi ibadah.

Sekiranya haram atau makruh, sudah tentu tidak boleh menjadi ibadah.

3. Pelaksanaan: aktiviti belajar mestilah dilaksanakan dengan betul. Mematuhi

syariat Apakah maksudnya? Usah mengabaikan tanggungjawab kepada Allah.

Bagaimana? Melewatkan solat kerana hendak mengejar belajar lebih masa.

Malangnya kajian mendapati 80% murid-murid sekolah tidak cukup solat

fardhunya. Doa itu adalah senjata seorang mukmin, lantas bagaimana doa dapat

dimakbulkan jika solat dicuaikan? Fikir-fikirkan.

4. Jauhi maksiat: manusia yang hidup bergelumang dengan dosa, hatinya sentiasa

resa dan gelisah. Jangan kerana beralasan untuk belajar dalam kumpulan, maka

berlakulah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.ianya tidak menjadi

lesen untuk tidak memerhatikan ikhtilat. Patuhi adab-adab pergaulan antara

lelaki dan perempuan. Kebelakangan ini kes-kes maksiat yang dilakukan oleh

murid-murid sekolah adalah begitu membimbangkan.

5. Lakukan yang terbaik: belajar bukan sekadar untuk mendapatkan serangkaian

“A”. Tetapi apa yang lebih utama adalah berusaha dengan bersungguh-

sungguh. Berusaha melakukan yang terbaik. Setelah berusaha mesti diikuti

dengan tawakal. Hak kita adalah usaha dan Tuhan berhak menentukan

Page 87: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

87 | P a g e

segalanya. Doa, usah sekali-kali dilupakan. Akhirnya reda dengan apa jua

keputusan peperiksaan. Sekiranya murid-murid telah melakukan yang terbaik,

pastinya keluhan seperti ini tidak didengari. “Kalaulah aku belajar bersungguh-

sungguh sebelum ini, tentulah keputusan aku tidak seteruk ini.”

6. Natijah: ilmu yang dipelajari mestilah diamalkan. Digunakan secara bijaksana.

Elakkan dari dihalakan kepada kejahatan atau kemaksiatan. Ilmu yang diberkati

adalah ilmu yang membawa si penuntutnya ke arah jalan yang benar. Jalan yang

diredai oleh Tuhan.

Keenam-enam langkah di atas adalah pemisah antara mereka yang belajar kerana

Allah atau sebaliknya. Ingatlah untuk berjaya, kita perlu sedikit berbeza daripada orang

lain. Sebagai langkah pertama, kita membezakan diri kita dengan niat. Kemudian

ikutilah dengan cara belajar, disiplin, akhlak dan tumpuan di dalam kelas.

Malangnya, 80 peratus daripada mereka di luar sana mencipta pencapaian yang biasa-

biasa sahaja. Manakala, 15 hingga 20 peratus mencipta pencapaian yang luar biasa

dan hanya 5 peratus sahaja yang menjadi terbilang. Tidak salah untuk menjadi berbeza

dengan orang lain, asalkan perbezaan itu masih dalam ruang lingkup syariat.

Kit Tindakan :

Sayangi diri anda dengan mentranformasikan belajar menjadi ibadah melalui :

1. Niat yang betul.

2. Mementingkan pelajaran tanpa mengabaikan tanggungjawab kepada Allah

swt.

3. Menjauhkan diri dari maksiat.

4. Sentiasa melakukan yang terbaik.

Page 88: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

88 | P a g e

Bidang : AKIDAH

Tajuk : Sayangi diri

Objektif : Pada akhir aktiviti, pelajar dapat :

1. Memberi kesedaran bahawa akidah adalah teras kehidupan.

2. Memahami bahawa perlunya beramal soleh dengan mengikut syariat.

Masa : 5 minit

Langkah : Seperti panduan.

Refleksi : Sila rujuk kit tindakan.

Rujukan : Lampiran

SAYANGI DIRI

OLEH

MOHD RIFQI BIN MYIDDIN

Manusia merupakan ciptaan Allah yang paling mulia. Allah berkenan untuk

memilih manusia sebagai khalifah bagi memimpin dan memakmurkan bumi ini.

Kemuliaan manusia dijelaskan oleh Allah dalam surah al-isra ayat 70

منا بني آدم وحملناهم في البر والبحر و لناهم على من الطي قناهم رز ولقد كر ن خلقنا ك بات وفض ثير مم

تفضيلا

Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan

Page 89: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

89 | P a g e

Ibnu al-Arabi menjelaskan bahawa tiada satu pun makhluk ciptaan Allah yang

melebihi manusia. Sesungguhnya Allah menciptakan manusia sebagai ciptaan yang

hidup, )الحي( memiliki keupayaan )القدرة ( dan kehendak )الإرادة( , boleh bertutur, )الكلام(

mendengar )السمع( dan melihat, )البصر( boleh mentadbir )المدبر( serta bijaksana. )الحكيم(

Semua sifat ini pada hakikatnya adalah sifat-sifat bagi Allah

Manusia amat perlu untuk mensyukuri nikmat kemuliaan yang Allah kurniakan ini

dengan memanfaatkan segala pemberian Allah pada perkara yang Allah redhai sahaja.

Apabila manusia memanfaatkan anugerah ini, balasan baiknya akan kembali kepada

manusia juga. Kehidupan di dunia dipenuhi bahagia, di akhirat pula menikmati syurga.

Sebaliknya, jika anugerah Allah ini disia-siakan, maka balasan buruk pasti tiba, di dunia

hidup dengan derita, di akhirat menjadi bakaran neraka.

Mampukah manusia tenang dalam sengsara? Mampukah manusia tersenyum

dalam panas bakaran neraka? Tempoh di neraka bukannya sehari dua, mungkin

berkurun lamanya, malah ada yang kekal abadi di dalamnya. Sudah tentu, kita

panjatkan doa agar Allah lindungi dan memelihara kita semua. Tetapi cukupkah

sekadar kita berdoa tanpa disusuli dengan amal dan tindakan untuk menjauhkan diri

daripadanya. Islam ada penyelesaiannya iaitu, sayangilah diri kita semua.

Satu cara ampuh bagi menyayangi diri ialah sentiasa berusaha memburu

kejayaan dan kebahagiaan. Islam meletakkan garis panduan khusus bagi memperoleh

objektif ini dalam firman Allah :

سن ما كانوا جزينهم أجرهم بأح ي بة ولن ياة ط ه ح عمل صالحا من ذكر أو أنثى وهو مؤمن فلنحيين من يعملون

Ertinya : Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan (al-Nahl ayat 97)

Page 90: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

90 | P a g e

زقون فيها بغير حساب لجنة ير اخلون يد ومن عمل صالحا من ذكر أو أنثى وهو مؤمن فأولئك

Ertinya : dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh - dari lelaki atau perempuan - sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.(Ghafir ayat 40)

Dalam dua ayat ini Allah janjikan tiga kejayaan dan kebahagiaan sebenar yang

seharusnya dikejar oleh manusia yang sayangkan diri sendiri iaitu :

i- Memperoleh kehidupan yang baik

ii- Mendapat ganjaran dan balasan yang terbaik

iii- Memasuki syurga yang abadi

Tawaran kebahagiaan ini diperuntukkan oleh Allah kepada golongan yang mempunyai

ciri-ciri berikut :

i- Sayangkan Diri dengan beramal soleh.

Penuhkanlah aktiviti hidup dengan amal soleh. Gembirakan diri dengan aktiviti

berfaedah yang berpahala. Jadikan perkara baik sebagai sebab mencapai

ketenangan jiwa. Jadikan al-Quran sebagai teman setia. Jadikan zikir umpama

nyanyian yang mempesona. Jadikan solat sumber cerdas minda. Jadikan masjid

dan majlis ilmu sebagai program lepak yang berpahala. Hiduplah dengan

bertunjangkan syariat. Berperilakulah dengan adab santun dan akhlak mulia.

ii- Sayangkan Diri dengan beriman dan berakidah yang sahih

Akidah adalah asas utama dalam penerimaan amal soleh. Mana-mana amal soleh

yang dilakukan oleh seseorang yang rosak akidahnya akan ditolak oleh

Allah.Justeru, jagalah akidah, jauhi segala gejala syirik. Hadirkan diri ke majlis ilmu

untuk memantapkan keilmuan. Hanya ilmu yang kukuh dapat membantu

pemerkasaan akidah.

Kit Tindakan :

Sayangi diri anda dengan mengejar bahagia dunia dan

syurga melalui

1. Beriman dan Berakidah mantap

2. Beramal soleh dengan mengikut syariat

3. Berperibadi mulia dan berakhlak terpuji

Page 91: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

91 | P a g e

Bidang : AKHLAK

Tajuk : Semalu mimosa

Objektif : Pada akhir aktiviti, pelajar dapat :

1. Menerangkan kepentingan akhlak dalam Islam.

2. Menjelaskan kepentingan mempamerkan akhlak mulia dalam kehidupan.

3. Menyedarkan bahawa malu itu adalah “pakaian” seorang muslim.

Masa : 5 minit

Langkah : Seperti panduan.

Refleksi : Sila rujuk kit tindakan.

Rujukan : Lampiran

SEMALU MIMOSA

OLEH

MAIMUNAH BINTI MAHMOOD

Mimosa pudica adalah nama saintifik pohon Semalu. Haaaa....dah dapat satu ilmu

baru. Mesti Bonda minta tolong mr. Google carikan. No....no....no..... Semasa Bonda

menuntut di UPM, masa itu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia, ada satu

semester Bonda diajar tentang beberapa nama saintifik pokok-pokok. Antara yang

Bonda masih ingat ialah Imperata cylindrica dan sudah tentulah mimosa. Anak-anak

tahu tak rupa pokok Semalu? Alaaaaah! Yang kalau kita tersentuh daunnya, maka

cepat-cepat daunnya menguncup. Kalau tak tahu juga, silalah buat carian di google ya!

Pohon Semalu, sering dijadikan metafora kepada sifat malu. Ooooooo......Bonda nak

cerita pasal malu. Tentang malu-malu kucing ke? Atau malu biar bertempat? Mesti

anak-anak berfikiran begitukan? Kali ini Bonda akan menyingkap rahsia malu. Malu

yang dapat menyelamatkan. Malu yang memelihara kita dari mendapat malu yang lebih

Page 92: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

92 | P a g e

mengaibkan. Malu yang sebenar-benarnya malu. Malu mengikut acuan Rasulullah saw.

Pernah tak anak-anak mendengar bahawa pemalunya Rasullulah adalah lebih malu

dari seorang gadis pingitan?

Sesungguhnya anak-anak, sifat malu ini adalah salah satu daripada akhlak Rasulullah.

Sekiranya anak-anak mempraktikkannya dalam kehidupan seharian, maka anak-anak

telah pun mengamalkan salah satu dari sunnah Baginda. Wah! Sudah pun dapat

pahala. Alhamdulillah.....syabas! berusahalah untuk istiqamah dengan sifat malu ini.

Apakah itu malu? Malu itu adalah sifat atau perasaan yang menimbulkan keengganan

melakukan sesuatu yang rendah atau kurang sopan. Sifat malu ini sebenarnya boleh

menjadi indikator kepada tahap keimanan seseorang. Bagaimana? Meh! Duduk rapat

lagi dengan Bonda, barulah Bonda rasa teruja hendak bercerita. Mereka yang

mempunyai sifat malu, apabila melakukan sesuatu yang tidak wajar dilakukannya,

wajahnya akan menjadi pucat atau kepalanya tertunduk. Ianya sebagai tanda

penyesalan yang amat mendalam. Itu menjadi bukti hati kecilnya hidup, disinari dengan

limpahan cahaya keimanan.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

Rasa malu dan iman sebenarnya berpadu menjadi satu, maka bilamana lenyap salah

satunya hilang pulalah yang lain.

(Hadis riwayat al-Hakim)

Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai sifat malu, mereka berasa tidak kisah.

Sekalipun masyarakat umum mengenali mereka. Mereka adalah golongan yang

sewenang-wenangnya melakukan maksiat. Malah ada antara mereka yang berasa

sangat bangga. Mereka kongsikannya di laman-laman sosial. Maka ianya menjadi tular.

Sedih tak anak-anak? Cubalah anak-anak lihat sikap segelintir remaja Islam yang

terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Sedangkan Rasulullah bersanda yang

maksudnya :

Page 93: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

93 | P a g e

Sesungguhnya semua agama itu mempunyai akhlak dan akhlak Islam itu adalah

berperangai malu.

(Hadis riwayat Imam Malik)

Keruntuhan akhlak sesebuah masyarakat pada masa hadapan boleh dilihat dari sifat

malu generasi pada masa kini. Maka memadaikah anak-anak sekadar membaca dan

mendengar sahaja apa yang Bonda tulis ini? Adakah mencukupi? Tentunya tidak anak-

anak. Wajarlah anak-anak meningkatkan lagi sifat malu pada diri sendiri. Kemudian

tebarkanlah ianya kepada masyarakat. Iskh! Tak naklah saya. Itu bukan kerja saya.

Biarlah ustaz ke, ustazah ke yang lakukan. Usahlah berfikir sebegitu rupa. Kerja-kerja

dakwah ini, tidak semestinya dengan kata-kata. Jika anak-anak dapat menunjukkan

sifat malu dan istiqamah dalam melakukannya, sudah tentulah itu yang lebih utama.

Ibarat orang kata, tingkatkan prestasi dan kurangkan kontroversi.

Akhirnya Bonda tinggalkan pesanan Rasulullah saw ini untuk anak-anak jadikan

renungan. Baginda bersabda yang bermaksud :

Mempunyai rasa malu, seluruhnya jadi baik.

( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kit Tindakan :

Sayangilah diri anda dengan rasa malu :

1. Malu merupakan ajaran yang telah disepakati oleh para nabi dan tidak

terhapus ajarannya.

2. Malu merupakan landasan akhlak yang mulia dan selalu berpaksi kepada

kebaikan.

3. Rasa malu merupakan tingkahlaku yang dapat dibentuk.

4. Rasa malu merupakan salah satu cabang iman yang wajib diamalkan.

5. Mereka yang tiada rasa malu, mudah terjebak dengan kemaksiatan

Page 94: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

94 | P a g e

Bidang : AKIDAH

Tajuk : Seteguh Pemuda Kahfi

Objektif : Pada akhir aktiviti, pelajar dapat :

1. Menjelaskan bahawa akidah adalah teras kehidupan

2. Menyedari bahawa syaitan adalah musuh utama seorang muslim

Masa : 5 minit

Langkah : Seperti panduan.

Refleksi : Sila rujuk kit tindakan.

Rujukan : Lampiran

SETEGUH PEMUDA KAHFI

OLEH

MAIMUNAH BINTI MAHMOOD

Kisah Ashabul Kahfi diriwayatkan terjadi di sekitar tempat yang kini dikenali sebagai

Gunung Pion (Mount of Pion), Turki. Di kawasan tersebut terdapat sebuah gua yang

mendapat jolokan sebagai “Gua Tujuh Orang Peradu” (The Cave of The Seven

Sleepers). Peristiwa ini dipercayai terjadi pada sekitar 249 hingga 251 Masihi.

Pemuda-pemuda ini hidup pada zaman pemerintahan Maharaja Dikyanus. Maharaja

Dikyanus terkenal dengan kezalimannya. Maharaja ini telah memerintahkan rakyat

jelata agar mempertuhankannya. Hal ini telah mendorong pemuda-pemuda Al-Kahfi,

nekad melarikan diri ke sebuah gua. Mereka tidak akan sekali-kali tunduk kepada

kemahuan raja mereka. Tujuannya jelas iaitu menyelamatkan akidah mereka.

Sebaik sahaja mereka tidur pada malam itu, Allah telah benar-benar menidurkan

mereka. Tidurnya mereka itu, bukan untuk satu malam tetapi untuk suatu tempoh yang

sangat lama iaitu selama 309 tahun. Mengikut logik akal pastilah mereka telah mati.

Tubuh mereka telah hancur dan pakaian mereka pula telah mereput. Namun,

Page 95: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

95 | P a g e

kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya. Tubuh dan pakaian Ashab al-Kahfi tetap

terpelihara seperti asal.

Apabila mereka dibangunkan oleh Allah dari peraduan yang panjang itu, mereka berasa

lapar. Mereka mengambil keputusan untuk menghantar salah seorang daripada mereka

untuk pergi ke bandar membeli makanan. Pemuda yang dikirim ke bandar ini berasa

sangat bingung. Jalan-jalan telah berubah dan menyangka yang dirinya telah sesat.

Setiba di bandar, pemuda tersebut telah mengundang rasa hairan penjual yang

berurusan dengannya. Wang yang digunakan itu sudah tidak laku. Kejadian ini

menggemparkan penduduk setempat. Maka dengan pantas tersebarlah berita yang

pernah dibawakan dari zaman datuk nenek moyang tentang kehilangan para pemuda

untuk menyelamatkan akidah mereka daripada paksaan raja yang zalim itu.

Apabila kisah pengalaman yang luar biasa ini menular di kalangan rakyat, mereka

segera menuju ke gua itu beramai-ramai untuk menyaksikan sendiri kejadian yang

menakjubkan itu. Namun, apabila mereka tiba di gua tersebut mereka dapati para

pemuda al-Kahfi telah meninggal dunia.

Menariknya dalam kajian para ulama tafsir, didapati bahawa para pemuda tersebut

mempunyai kerjaya yang pelbagai. Ada di antara mereka itu ialah pegawai kerajaan,

tukang gunting rambut dan sebagainya. Walaupun mereka mempunyai kehidupan yang

terjamin, namun ternyata kemanisan iman telah mengatasi segala-galanya.

Kesungguhan mereka untuk memelihara kesucian akidah telah membawa kisah

mereka diabadikan oleh Allah dalam Al-Quran. Kisah ini Allah ceritakan kepada Nabi

Muhammad SAW pada ayat 9 hingga 26 dalam Surah Al-Kahfi. Surah al-Kahfi adalah

surah yang ke-18 dan mengandungi 110 ayat. Merupakan surah yang diturunkan di

Mekah.

Persoalannya kini, adakah memadai kita hanya sekadar membaca sahaja surah ini?

Sekadar membaca tafsirnya? Usah....usahlah begitu. Ayuh! Bersama-sama kita

menyingkap rahsia yang mendorong pemuda-pemuda ini bersungguh-sungguh

memelihara akidah mereka.

Page 96: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

96 | P a g e

Memburu cinta kelas pertama.

Para pemuda al-Kahfi sentiasa memburu cinta kelas pertama. Cinta kelas pertama?

Cinta kepada yang mencipta cinta itu adalah cinta kelas pertama. Melalui cinta kelas

pertama ini, hakikatnya kita akan memilikki segala-galanya. Inilah cinta yang tidak akan

terpisah oleh ruang, jarak, masa, harta dan kematian. Begitulah cinta para pemuda al-

kahfi terhadap Allah s.w.t. Maka sejauh mana cinta kita kepada-Nya?

Berhati-hati menjaga hati.

Hati para pemuda al-Kahfi adalah hati seorang mukmin yang sihat dan ceria. Hati yang

sentiasa bermujahadah iaitu bersungguh menempuh jalan ketakwaan. Hati yang tidak

seronok kepada dosa. Ini kerana dosa itu akan mengundang gelisah dalam jiwa. Apa

khabar hati kita? Renungkan panduan yang diberikan oleh Imam al-Ghazali ini :

“Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Jika

kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu

ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah

kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak

mempunyai hati!”

Bermujahadah melawan nafsu.

Apa itu nafsu? Nafsu itu adalah tempat berhimpun kekuatan amarah dan syahwat

(keinginan) dalam diri manusia. Di sinilah berkumpulnya sifat-sifat tercela, dan sentiasa

mendorong diri manusia itu ke arah kejahatan. Para pemuda al-Kahfi adalah mereka

yang bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu. Sehingga nafsu mereka berjaya

dijinakkan. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

“Wahai nafsu yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan gembira dan

menggembirakan.”(Surah al-Fajr 89:27)

Bagaimana pula dengan nafsu kita? Adakah nafsu kita seperti kuda liar?

Katakan tidak kepada syaitan.

Page 97: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

97 | P a g e

Sesungguhnya para pemuda al-Kahfi adalah mereka yang mengenalpasti musuh utama

mereka. Mereka sentiasa memerangi musuh utama mereka iaitu syaitan. Tidak pernah

mengharapkan perdamaian dengan syaitan. Tiada istilah gencatan senjata dengan

syaitan. Tidak beralasan untuk berasa tenteram dengan godaan dan tipu daya syaitan.

Lantas bagaimanakah hubungan kita dengan syaitan? You are my friends?

Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata. Musuh yang tidak pernah tidur.

Begitulah antara ibrah yang dapat dihuraikan dari kisah para pemuda al-kahfi ini.

Akhirnya, mariah kita sama-sama mengaminkan doa para pemuda al-Kahfi ketika

mereka mencari tempat perlindungan di gua tersebut :

“Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kamidari sisiMu dan sempurnakanlah

bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).”(Surah al-Kahfi 18:10).

Kit Tindakan:

Sayangilah diri kita dengan menyedari bahawa :

1. Allah berkuasa menjadikan suatu yang tidak mampu difikirkan oleh

manusia.

2. Allah berhak memberi karamah kepada para aulia yang dikasihi.

3. Sentiasa mencintai Allah

4. Sentiasa berhati-hati menjaga hati.

5. Sentiasa bermujahadah melawan nafsu.

6. Sentiasa berkata tidak kepada syaitan.

Page 98: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

98 | P a g e

Bidang : IBADAH

Tajuk : Solat tiang agama

Objektif : Pada akhir aktiviti, pelajar dapat :

1. Menyedarkan tujuan hidup manusia adalah untuk beribadah

kepada Allah.

2. Menjelaskan tentang konsep ibadah dalam Islam.

3. Menjelaskan solat adalah ibu kepada segala ibadah.

Masa : 5 minit

Langkah : Seperti panduan.

Refleksi : Sila rujuk kit tindakan.

Rujukan : Lampiran

SOLAT TIANG AGAMA

OLEH

MOHD RIFQI BIN MYIDDIN

Perintah solat adalah satu-satunya kewajipan yang diterima secara langsung

oleh Rasulullah SAW daripada Allah tanpa perantaraan Jibril. Peristiwa ini berlaku di

malam Isra’ Mikraj. Perintah-perintah lain seperti puasa, zakat, haji dan sebagainya

didatangkan oleh Allah melalui Jibril. Inilah bukti utama menjelaskan bahawa solat

adalah ibadat yang paling penting dalam syariat. Malah Rasulullah SAW menjelaskan

bahawa garis pemisah yang membezakan antara seorang muslim dan non muslim ialah

ibadat solat. Antara keagungan solat yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis-

hadis ialah

1- Anak kunci syurga

Semua manusia mendambakan syurga. Bagaimana mampu memasuki syurga

sekiranya tidak mempunyai anak kuncinya. Anak kunci syurga ialah solat lima waktu

Page 99: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

99 | P a g e

berdasarkan hadis riwayat al-Tirmizi : Anak kunci syurga adalah solat dan anak kunci

solat adalah wuduk

2- Menegah Pelakunya daripada dosa dan maksiat

Syurga diperuntukkan oleh Allah kepada orang yang bertakwa. Orang yang

bertakwa ialah yang taat perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Larangan Allah

adalah segala perkara keji dan mungkar. Hanya solat yang mampu menghalang

pelakunya daripada terlibat dengan perkara ini sebagaiman mafhum firman Allah dalam

surah al-Ankabut : Sesungguhnya solat itu mencegah pelakunya daripada perkara keji

dan Mungkar

3- Penghapus dosa

Manusia ialah makhluk pendosa. Alangkah malunya bila seseorang hamba kembali

bertemu Allah dengan membawa dosa yang banyak. Solat mampu untuk

menghapuskan dosa-dosa tersebut sebagaimana Sabda baginda dalam hadis riwayat

al-Bukhari dan Muslim. Baginda mengumpamakan orang yang komited solat lima waktu

seperti seseorang yang mandi di sungai sebanyak 5 kali sehari semalam yang sudah

pastinya akan menghilang kotoran dan daki di badannya

4- Saluran berdialog dengan Allah

Di dalam hadis Riwayat Imam Malik dinyatakan bahawa setiap ayat al-Fatihah yang

dibacakan di dalam solat akan dijawab oleh Allah satu demi satu. Inilah caranya

seseorang hamba berpeluang berdialog dengan Allah Taala

5- Keadaan paling dekat antara hamba dan tuhannya

Seseorang hamba yang ingin berada dekat dengan Allah perlu bersolat kerana di

dalam solat wujudnya perlakuan sujud. Menurut hadis riwayat Muslim : Keadaan yang

paling dekat seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika sujudnya. Maka

perbanyakkanlah doa”

Page 100: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

100 | P a g e

6- Saluran permohonan dan meminta

Apabila seseorang mempunyai apa-apa hajat, maka bolehlah dia mengadu kepada

Allah melalui saluran permohonan solat hajat. Inilah anjuran Rasulullah SAW

sebagaimana dalam sabda baginda yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi.

7- Cara mengingati Allah

Solat merupakan satu cara mengingati Allah. Di sinilah lahirnya khusyuk yang

terkandung di dalamnya sifat rendah diri (khudu’), berharap (raja’) dan hina diri

(tazallul). Inilah yang difirmankan oleh Allah dalam surah Taha ayat :14 “Dirikanlah solat

untuk ingat kepadaku”

8- Tugas pemerintah

Antara perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh kerajaan apabila diberikan

kuasa pemerintahan ialah arahan bersolat. Ini dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Hajj

ayat 41 yang bermaksud :

Iaitu mereka (umat Islam) Yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di

bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka

menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara

Yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan Segala urusan

9- Kewajipan para ibubapa

Ibadat solat amat perlu diambil berat oleh para ibubapa terhadap anak-anaknya. Ini

kerana terdapat arahan khusus Nabi SAW dalam hal ini. BAginda bersabda dalam

hadis riwayat Abu Dawud :

Perintahkan anakmu bersolat ketika mereka berusia tujuh tahun dan pukullah mereka

jika ditinggalkannya ketika mereka berusia 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka.

Page 101: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

101 | P a g e

10- Perkara Pertama Dihisab

Apabila manusia dibangkitkan, amalan pertama yang bakal dihisab oleh Allah ialah

solat lima waktu. Sekiranya solat berada dalam keadaan baik , maka mudahlah bagi

seseorang untuk mengecap bahagia abadi. Namun, sekiranya solat berkeadaan tidak

sempurna, maka kemungkinan besar derita yang bakal menimpanya.

Sepuluh perkara ini menjadikan solat sebagai satu amalan yang wajib diambil

berat oleh manusia bergelar muslim. Berdasarkan keutamaan inilah, maka Allah

janjikan amaran keras kepada sesiapa yang mencuaikannya termasuk bakal

dihumbankan ke neraka Saqar. Moga Allah jauhkan kita semua daripada menjadi

golongan pencuai solat.

Kit Tindakan :

Sayangi diri anda dengan Menjaga Solat :

1. Jangan sesekali meninggalkan ibadat solat

2. Jadikan solat aktiviti utama dan bukan sampingan

3. Berusahlah untuk menunaikan solat di masjid

Page 102: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

102 | P a g e

Bidang : AKHLAK

Tajuk : Tak perlu tunggu kaya, untuk sedekah

Objektif : Pada akhir aktiviti, pelajar dapat :

1. Membudayakan sedekah dalam kehidupan seharian.

2. Menyedarkan bahawa sedekah itu boleh dalam pelbagai

bentuk.

Masa : 5 minit

Langkah : Seperti panduan.

Refleksi : Sila rujuk kit tindakan.

Rujukan : Lampiran

TAK PERLU TUNGGU KAYA, UNTUK BERSEDEKAH

OLEH : MOHD AZAM MAHAT

Bersedekah dianggap sebagai satu perbuatan mulia, di mana seseorang dengan

rela hati memberikan apa sahaja miliknya kepada orang lain. Pemberian ini bukan

sahaja dalam bentuk wang ringgit, tetapi boleh juga dalam bentuk perkhidmatan, seperti

membantu mengajar rakan yang tidak faham dalam sesuatu mata pelajaran atau

memudahkan urusan orang lain turut dianggap bersedekah.

Diriwayatkan dari Umar bin Khathab, katanya Rasulullah pernah ditanya oleh

orang, manakah amalan yang paling utama. Sabdanya: “Iaitu engkau memasukkan

rasa gembira kepada seorang mukmin dengan jalan engkau memberinya makan ketika

ia dalam keadaan lapar; atau memberinya pakaian ketika ia dalam keadaan telanjang;

atau engkau mahu membantu memenuhi keperluannya .” (HR Thabrani)

Page 103: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

103 | P a g e

Hadis ini membuktikan bahawa kita semua boleh bersedekah tanpa perlu tunggu

menjadi kaya-raya macam Dato Seri Vida, Qu Puteh atau sekaya Abang Terlajak Laris.

Cukup dengan bersedekah dengan apa yang kita miliki sekarang, yang penting bukan

berapa banyak jumlah yang kita sedekahkan tetapi adakah kita melakukan ia atau tidak.

Pernah satu ketika, tular satu video yang memaparkan adegan di sebuah

restoran. Di bahagian dinding sisi kaunter pembayaran restoran tersebut terdapat

banyak tertampalnya stiker. Apabila datang orang susah atau pengemis, memesan

minuman atau makanan, mereka tidak perlu membayar, pemilik kedai hanya akan

mencabut salah satu stike, di mana stiker tersebut mewakili duit baki beberapa

pengunjung tegar restoran tersebut yang kadang-kala sengaja membayar lebih agar

dapat bersedekah kepada orang lain.

REMAJA DAN SEDEKAH

Bolehkah anda bersedekah?, saya yakin boleh. Mengapa? Untuk melatih anda

supaya menjadi seorang yang pemurah dan tidak sombong. Pernahkah anda

mengambil sedikit masa memerhatikan rakan-rakan anda di dalam kelas? Bagaimana

pakaian mereka? Apa yang mereka makan semasa rehat? Pernah atau tidak rakan-

rakan anda terlewat membayar yuran persekolahan ?.

Jika pernah, bermakna pasti anda akan jumpa ada di antara mereka yang

sebenarnya daripada keluarga yang susah. Di saat anda menggayakan baju, kasut dan

beg sekolah yang baharu, mereka masih memakai pakaian yang lama walaupun sudah

usang. Di saat anda, menikmati juadah yang pelbagai di kantin sekolah, mungkin

mereka hanya meneguk air kosong. Saya pernah terjumpa anak murid yang membawa

Page 104: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

104 | P a g e

bekal dengan bekas plastik pencuci pinggan, bukan kerana ibunya malas menyediakan

bekas yang mahal berjenama Tupperware tetapi kerana bekas itu sahajalah yang

mereka ada. Jika sebelum ini anda menghina atau mengutuk mereka kerana

berpakaian selekeh atau membawa bekal yang murah, berubahlah kerana kesan

daripada tindakan anda akan menyebabkan rakan anda boleh merasa rendah diri dan

seterusnya melakukan tindakan yang tidak sepatutnya.

Pernah beberapa kali kes di sekolah, pelajar yang ditangkap kerana mencuri

atas alasan menunjukkan kepada rakan-rakannya bahawa dia pun mampu dan kaya

seperti mereka. Begitu juga, terdapat kes remaja yang memaksa ibu bapa membelikan

telefon pintar semata-mata untuk tidak ketinggalan daripada rakan-rakan mereka.

Tujuannya adalah untuk tidak rasa terpinggir kerana susah, supaya tidak rasa terhina

apabila berkawan dengan anda.

BAGAIMANA CARA UNTUK SAYA BERSEDEKAH?

Bersedekah tersanggat mudah, hilangkan tanggapan bahawa anda perlu

mengeluarkan semua wang simpanan dan harta anda untuk diberikan kepada orang

lain.

1. Memberi Khidmat

Mulakan dengan memberikan perkhidmatan kepada rakan-rakan anda seperti

membantu mereka mengulang kaji pelajaran, membersihkan kelas, membantu

mengangkat buku guru, mengajak rakan membuat kebaikan.

2. Sedia Berkongsi

Bersedekah tidak semestinya anda memberi semua, kadang-kala cukup dengan

Page 105: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

105 | P a g e

berkongsi. Sekiranya anda membawa wang atau bekal makanan ke sekolah,

kongsikan ia dengan rakan-rakan anda. Ramai remaja yang lebih rela

membuang lebihan makanan kerana banyak daripada berkongsi dengan orang

lain.

3. Bersedekah Dengan Barangan Lama Anda

Cuba anda buka almari, lihat berapa banyak pakaian yang masih baik tetapi

anda sudah tidak memakainya lagi. Kumpulkan pakaian tersebut dan serahkan

kepada mereka yang lebih memerlukan. Mungkin pemberian yang biasa-biasa ini

memberi makna yang cukup luar biasa kepada orang lain.

4. Bersedekah Walau Sedikit

Sekiranya anda ternampak orang buta yang menjual tisu, atau orang tua yang

terbongkok-bongkok mengutip tin, berikan mereka walau berapa yang anda ada

ketika itu, anda akan lihat wajah gembiranya mereka menerima pemberian anda,

anda juga akan merasakan satu kepuasan dalam hati.

5. Melazimkan Menderma

Siap sediakan beberapa ringgit atau siling dalam beg anda untuk didermakan

kepada orang lain. Kalau anda pergi menunaikan solat jumaat, sediakan duit

untuk menderma.

Begitulah serba sedikit cara yang boleh dilakukan untuk membiasakan diri menderma.

Ingat, sehingga ke hari ini, belum ada sejarah manusia menjadi miskin kerena

menderma. Sedikit yang kita beri, besar ertinya kepada insan lain.

Page 106: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

106 | P a g e

Kit Tindakan :

Sayangi diri anda dengan :

1. Bersedekah itu adalah satu perbuatan yang mulia.

2. Usah tunggu menjadi kaya baru hendak bersedekah.

3. Bersedekah itu bentuknya pelbagai.

Page 107: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

107 | P a g e

Bidang : AKIDAH

Tajuk : Teman Sejati

Objektif : Pada akhir aktiviti, pelajar dapat :

1. Menjelaskan bahawa sahabat yang sebenar adalah al-Quran, yang akan membantu kita di dunia dan akhirat.

2. Melakukan amalan-amalan mulia sebagai sahabat al-Quran.

3. Mendorong kepada perlakuan positif di mana sahaja.

Masa : 5 minit

Langkah : Seperti panduan.

Refleksi : Sila rujuk kit tindakan.

Rujukan : Lampiran

TEMAN SEJATI

OLEH

NOR HANOM MD TAIB

Apabila menyebut perkataan sahabat, kita pasti terbayang seorang yang sering

bersama kita dalam suka dan suka, susah dan senang, tawa dan tangis. Namun

sahabat yang sebenar sebagai seorang Islam ialah Al-Quran.

Sabda nabi S.A.W: `` Bacalah Al-Quran kerana dia akan datang memberi syafaat

kepada pada sahabatnya’’ (Hadis riwayat Muslim)

Sesungguhnya amat beruntunglah sesiapa yang menjadikan al-Quran sebagai

sahabatnya di dunia ini kerana al-Quran akan mencarinya di akhirat kelak. Di saat

seluruh manusia mencari-cari tempat berlindung daripada azab dan sengsara, sahabat

al-Quran ini dengan mudah mendapat lindungan. Perkara ini pasti tidak akan terjadi

Page 108: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

108 | P a g e

sekiranya sahabat karib kita di dunia ini hanyalah manusia biasa. Di dunia sahaja kita

tidak pasti apakah mereka akan membantu kita setiap masa, apatah lagi di akhirat.

Oleh itu anak-anak sekalian, sebaiknya kita mulakan dari usia ini dengan

bersahabat dengan al-Quran, agar kehidupan kita akan beroleh kesejahteraan yang

berpanjangan sepanjang hayat kita, Insya Allah.

Bagaimana cara untuk menjadi sahabat al-Quran? Mari kita ikuti langkah ini;

1. Imani

Bagaimana cara kita beriman kepada al-Quran?

Tanda kita beriman dengan al-Quran adalah:

a) dengan membacanya

b) menjadikannya rujukan pertama dalam setiap masalah

c) menjadikannya sebagai hakim jika ada perselisihan.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 121 yang bermaksud:

``orang-orang telah kami beri kitab, mereka membacanya dengan sebenarnya,

mereka itulah orang yang beriman kepadanya (al-Quran) dan barangsiapa yang

ingkar kepadanya, mereka itulah orang yang rugi.’’

2. Baca

Menjadikan al-Quran bacaan harian. Bagaimana mahu membaca al-Quran jika

mengaji setakat iqra’ sahaja? Jangan susah hati. Al-Quran mengandungi tiga

puluh juzuk termasuklah surah-surah lazim (surah ad-Dhuha hingga surah an-

Nas). Maka membaca surah-surah lazim juga dikira sebagai membaca al-Quran.

Jomlah baca surah-surah yang pendek setiap hari untuk mendapatkan pahala

Page 109: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

109 | P a g e

membaca al-Quran. Sekiranya kita sudah membudayakan amalan ini, pasti kita

akan merasa kekurangan sekiranya tidak membaca Al-Quran

3. Mempelajari tajwid

Untuk menghasilkan bacaan al-Quran yang baik dan memperoleh pahala serta

sebagai satu bentuk memuliakan al-Quran, maka kita wajib membacanya

dengan tajwid yang betul makhraj dan hukum-hukumnya agar kita membacanya

sesuai dengan haknya sebagai kalamullah yang diturunkan dalam bahasa arab.

4. Mentadabburi

Berusaha memahami kandungannya, menyelami iramanya, untaian kata yang

indah serta rahsia dan hikmah pilihan huruf, kata dan ayatnya. Perkara ini

mungkin agak susah, tetapi kita boleh berusaha mentadabbur dengan

menggunakan tafsir al-Quran dalam bahasa melayu.

5. Menghafalnya dan muraja’ah

Cubalah menghafal ayat-ayat mudah dan pendek seperti surah-surah lazim serta

ayat hafazan dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam. Ayat-ayat yang telah

dihafaz ini akan menjadi cahaya menerangi hati, kecantikan dalaman semulajadi

serta menjadi teman ketika sunyi. Sentiasalah membaca ayat yang pernah

dihafal ini di dalam solat supaya tidak lupa. Bukan pelajar tahfiz sahaja boleh

menghafal, kita juga boleh!.

6. Mengamalkannya

Ibnu Abbas didoakan Rasulullah SAW supaya menjadi ahli tafsir yang

memahami al-Quran serta mampu menyingkap rahsianya. Suatu hari fatang tiga

Page 110: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

110 | P a g e

orang tetamu dari tiga kota yang berbeza. Mereka mengadukan beberapa

masalah kepada Ibnu Abbas.

Orang pertama mengadukan kampungnya kekeringan hingga banyak tanaman

dan binatang yang mati dan penduduk terancam kelaparan. Lalu Ibnu Abbas

menjawab: ``Istighfarlah!’’

Orang kedua dari dusun yang jauh minta dikurniakan keturunan. Jawab Ibnu

Abbas :``Istighfarlah!’’

Orang ketiga datang dengan masalah kemiskinan. Jawab Ibnu Abbas :``

Istighfarlah!’’

Ketiga orang tersebut merasa dipermainkan oleh Ibnu Abbas. ``Bagaimana

mungkin tiga permasalahan berbeza mempunyai jawapan yang sama!’’ Ibnu

Abbas menjawab : Silakan buka Surah Nuh ayat 10-12’’

``Maka aku berkata: Mohonlah ampun kepada Rabbmu sesungguhnya Dia maha

pemgampun. Niscaya pasti Dia turunkan hujan yang lebat kepadamu. Dan Dia

memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan menjadikan kebun-kebun dan

sungai-sungai untukmu.’’

Begitulah janji Allah SWT, istighfar akan menjawab tioga permasalahan

berbeza. Jika kita beriman dengan ayat ini dan mengamalkannya nescaya hidup

kita akan menjadi mudah dan lapang.

7. Mengajarkannya dan mendakwahkannya

``Orang yang paling baik ialah di antara kalian adalah orang yang

mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.’’’ (Hadis Riwayat Bukhari, Abu

Daud,at-Tarmizi, Ibnu Majah dan ad-Darimi.

Page 111: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

111 | P a g e

Mengajar al-Quran seperti menanam pohon kebaikan yang akarnya mengikat

kuat ke bumi dan batangnya menjulang ke langit, daunnya lebat dan buahnya

manis bermanfaat kepada sesiapa sahaja.

Pakistan adalah sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk

yang tinggi. Namun kelebihan rakyat Negara ini ialah mereka hidup dengan al-

Quran. Setiap tiga rumah aka nada satu penghuni yang hafal al-Quran.

Menyebabkan susu dan daging masih mampu dibeli oleh masyarakat miskin.

Hasil dari keberkatan al-Quran yang dipegang teguh oleh penduduknya.

Oleh itu marilah kita mendekatkan diri sebagai sahabat kepada al-Quran moga

diberi keberkatan dan perlindungan oleh Allah SWT dari sebarang musibah dan

perkara-perkara buruk bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat.

Kit Tindakan :

Sayangilah diri anda dengan cara:

-Berusaha membaca al-Quran setiap hari walaupun surah-surah lazim.

-Mengambil masa menghayati maksud ayat al-Quran

-Menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup

Page 112: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

112 | P a g e

Bidang : AKIDAH

Tajuk : Upload pahala delete dosa

Objektif : Pada akhir aktiviti, pelajar dapat :

1. Memberi kesedaran bahawa akidah adalah teras kehidupan.

2. Menyedarkan tentang pahala dan dosa

Masa : 5 minit

Langkah : Seperti panduan.

Refleksi : Sila rujuk kit tindakan.

Rujukan : Lampiran

UPLOAD PAHALA, DELETE DOSA

OLEH : MOHD AZAM MAHAT

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan media bermaksud alat atau

perantara komunikasi, manakala perkataan sosial pula bermaksud perihal

kemasyarakatan. Oleh itu media sosial bolehlah dianggap sebagai alat komunikasi

dalam masyarakat. Kemunculan pelbagai jenis gajet baru bak cendawan tumbuh

selepas hujan ditambah pula dengan kemunculan pelbagai jenis aplikasi media sosial

menjadikan manusia mampu berhubung di antara satu sama lain dengan lebih mudah

dan kerap tanpa ada batasan waktu dan geografi menjadi ia sebagai satu fenomena

baru pada zaman moden ini.

Penggunaan Media sosial di Malaysia

Pengguna media sosial di Malaysia antara teramai di dunia. Satu kajian yang

dilakukan oleh Persatuan Digital Malaysia mendapati pengguna laman Facebook di

Malaysia adalah seramai 8 juta akaun (Berita Harian: 21 November 2010). Manakala

Page 113: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

113 | P a g e

Google pula mendapati pengguna internet di Malaysia adalah seramai 17.6 juta

pengguna, dengan secara purata menghabiskan masa 20 jam seminggu. 33% daripada

masa tersebut digunakan untuk melayari media sosial. Di Malaysia, terdapat beberapa

aplikasi media sosial yang popular di kalangan pengguna, seperti Facebook,

WhatsApp, WeeChat, Tweeter dan Instagram.

Kemudahan sama ada memuat naik mahupun memuat turun catatan, gambar

dan lokasi menerusi media sosial mampu memudahkan urusan seharian, namun ia juga

turut mengundang masalah sekiranya digunakan secara yang salah. Kemudahan ini

bolehlah diibaratkan seperti pisau, sekiranya digunakan dengan betul dan cermat pasti

memberi manfaat, namun jika disalah gunakan ia akan bertukar menjadi senjata yang

membahayakan orang lain. Selain itu, sebagai pengguna muslim, kita sangat

mempercayai bahawa setiap perbuatan kita mampu menyumbang ke arah kebaikan

dan juga ke arah kejahatan dan ia sangat berkait rapat dengan soal dosa dan pahala.

Terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan semasa menggunakan media sosial

supaya ia tidak membawa kita kepada dosa dan kemaksiatan. Perkara-perkara tersebut

adalah seperti berikut:

i. Mempamerkan Gambar Yang Membuka Aurat

Kecenderungan remaja untuk memuat naik pelbagai gambar peribadi menyebabkan

mereka sedang menyebarkan dosa tanpa disedari. Gambar yang tidak menutup aurat

sekiranya dimuat naik, akan menjadi bahan tatapan ramai, bahkan jika si pemilik telah

meninggal dunia sekalipun, gambarnya tetap ditatap orang, dan mungkin juga turut

dikongsi dan disalah gunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu,

Page 114: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

114 | P a g e

pastikan anda tidak memuat naik gambar yang tidak sepatutnya. Sekiranya terdapat

gambar yang telah dimuat naik sebelum ini, padamkan lah dari media sosial anda

sebelum terlewat.

ii. Mendedahkan Maklumat Rahsia

Perbuatan menghebahkan segala maklumat peribadi, boleh menyebabkan

seseorang itu terdedah kepada ancaman keselamatan. Bagi penggodam internet,

mereka akan menggunakan semua maklumat ini untuk memecah masuk kata laluan

seperti akaun email, akaun bank dalam transaksi dalam talian seseorang. Mungkin

anda masih ingat, terdapat soalan yang perlu anda jawab sekiranya anda terlupa kata

laluan. Soalan seperti siapa nama ibu kamu? Apakah nama haiwan kesayangan kamu?

Sebenarnya semua maklumat ini telah anda dedahkan di media sosial tanpa anda

sedari.

iii. Menyebarkan Fitnah

Pengguna media sosial juga sering terdedah untuk menyebarkan fitnah. Sikap

menyebarkan maklumat yang diterima tanpa memeriksa kesahihan berita terlebih

dahulu menjadikan sesuatu berita fitnah akan berpanjangan dari satu pengguna kepada

pengguna yang lain. Penyebar fitnah dalam senyap menyebabkan orang yang tidak

bersalah terus menjadi mangsa. Allah SWT telah menetapkan garis panduan berkaitan

hal ini di dalam surah al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud:

“Sekiranya seseorang Fasik menyampaikan sesuatu berita kepada kamu, maka

hendaklah kamu selidik terlebih dahulu supaya kamu tidak berlaku zalim kepada orang

Page 115: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

115 | P a g e

lain tanpa mengetahui perkara yang sebenar yang menyebabkan kamu menyesal

nanti”.

iv. Membuat Pembohongan Atas Nama Nabi

Perbuatan menyebarkan sesuatu berita tanpa usul periksa lebih buruk lagi jika ia

disandarkan ke atas nama Nabi Muhammad SAW. Menyebarkan hadis palsu

merupakan satu perbuatan terkutuk walau matlamatnya untuk menyedarkan orang

ramai. Setiap hadis yang ingin dikongsi perlulah diselidik terlebih dahulu usul asalnya.

Nabi Muhammad SAW pernah memberi amaran bahawa Allah telah menyediakan

tempat duduk di Neraka Jahanam bagi mereka yang berdusta atas nama baginda,

seperti sabda baginda “Barang siapa berdusta atas nama ku yang Aku tidak pernah

ucapkannya, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya di dalam neraka”

(Riwayat al-Bukhari). Masa kini, terdapat juga syarikat-syarikat yang tidak

bertanggungjawab menggunakan label agama untuk melakukan barangan jualan

mereka dengan menyandarkan produk mereka kepada hadis-hadis palsu. Produk

seperti minyak wangi yang dibaca dengan 30 juzuk al-Quran, baju dengan ayat suci al-

Quran untuk dijadikan tangkal dan pelbagai produk lain yang sememangnya tiada nas

atau bukti nabi Muhammad SAW pernah melakukan sedemikian.

Penggunaan media sosial yang terlalu kerap juga boleh mendatangkan kesan yang

buruk kepada seseorang. Seseorang yang boleh diistilahkan sebagai ketagih internet

akan menunjukkan ciri-ciri sebagai seorang yang anti-sosial. Seseorang yang ketagihan

internet, akan lebih menghabiskan masa di media sosial berbanding bersosial secara

berhadapan dengan individu yang lain. Mereka lebih selesa berbual secara maya

Page 116: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

116 | P a g e

berbanding berbual secara bersemuka, apabila individu ini keluar bersama rakan-rakan,

mereka lebih menumpukan perhatian kepada skrin telefon berbanding rakan yang

berada di hadapannya. Tingkah laku ini semakin parah jika ia terbawa-bawa sehingga

ke tempat ibadah. Terdapat individu yang masih berhubung di media sosial walaupun

mereka sedang berada di dalam masjid sambil mendengar khutbah Jumaat. Individu

yang mengalami ketagihan internet ini juga sering berasa risau sekiranya terputus talian

internet atau kehabisan bateri telefon pintarnya. Dirinya akan berasa tidak tenang

seolah-olah kehilangan sesuatu yang sangat penting.

Kesimpulannya sebagai pengguna, kita hendaklah bijak menggunakan

kemudahan media sosial kepada jalan yang betul dan bermanfaat. Gunakanlah ia untuk

mengeratkan hubungan silaturahim dan bertukar-tukar maklumat bukannya untuk

menyebarkan fitnah dan melakukan perbuatan yang salah di sisi agama. Kita juga perlu

memastikan bahawa ada tempoh dan tahap tertentu di dalam penggunaan media sosial

supaya tidak berlakunya ketagihan sehingga menyalahi matlamat asal teknologi ini

diciptakan.

Kit Tindakan : Sayangi diri dengan : 1. Pengguna media sosial boleh menambah pahala atau sebaliknya jika tidak bijak menggunakannya. 2. Gunakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim. 3. Tidak menyalahgunakan dengan menyebarkan fitnah. 4. Mengelakkan ketagihan terhadap gajet semasa.

Page 117: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

117 | P a g e

RIADAH AHLI SYURGA ( IBADAT)

Oleh: Siti Kalsom binti Md Taib

Islam menerima setiap perkara yang membawa kebaikan dan manfaat selagi

mana tidak bercanggah dengan syarak. Sempurnanya Agama Allah, sehingga dalam

aspek sukan dan rekreasi juga dititikberatkan kepada hambaNya. Riadah dapat

menyihatkan tubuh badan, langsung memudahkan kita melaksanakan ibadah kepada

Allah, juga melaksanakan tugas masing-masing sama ada sebagai seorang pekerja,

suri rumah mahupun pelajar.

Ada di sebut di dalam hadis bahawa Allah lebih menyukai orang Islam yang kuat

berbanding orang Islam yang lemah.

Maksudnya: Daripada Abi Hurairah, berkata: Bersabda Rasulullah SAW maksudnya:

“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah daripada orang

mukmin yang lemah. ( Riwayat Muslim)

Antara tip yang boleh diikuti ketika menjalani aktiviti riadah atau sukan:

1) Menutup aurat

Ketika bersukan, agak sukar untuk menyahut dan menerima aturan yang Allah

sediakan buat hambaNya, iaitu menutup aurat. Mungkin sedari kecil sudah terbiasa

dengan kod pemakaian ketika bersukan. Contohnya, ketika bermain bola sepak

mestilah memakai seluar pendek. Kita perlu ubah corak pamakaian begitu, kerana ia

adalah acuan dari barat. Permulaan untuk melakukan perubahan memang sukar dan

terasa janggal. Abaikan persepsi orang terhadap kita. Mulakan perubahan.

Aurat lelaki adalah dari pusat hingga lutut, manakala aurat perempuan seluruh badan

kecuali muka dan tapak tangan. Bagi yang lelaki, pastikan memakai seluar yang

melepasi lutut. Bagi perempuan pula jangan lupa memakai tudung, t- shirt lengan

panjang yang longgar dan juga berseluar panjang.

2) Tidak leka untuk beribadah

Bersukan... bersukan juga, apabila tiba masa untuk solat, berhentilah seketika untuk

menunaikan solat. Jangan terlalu leka bersukan, berlatih untuk pertandingan

contohnya, sehingga meninggalkan solat. Atur masa sebaiknya, elok juga beriadah

hanya selepas melakukan solat.

Begitu juga dengan ibadah lain seperti berpuasa. Jangan terlalu asyik bersukan hingga

menyebabkan badan terlalu letih, seterusnya menjadikan ia alasan untuk berbuka

Page 118: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

118 | P a g e

puasa. Tiada salahnya bersukan sekadar semampunya sepanjang Bulan Ramadan,

demi menjaga kualiti ibadah kita. Bagi yang menjadikan sukan sebagai profesion, susun

masa latihan dengan betul supaya tidak mengganggu puasa. Contohnya di awal pagi

untuk beberapa jam, diikuti dengan beberapa jam di waktu petang.

3) Menjaga lidah

Bersukan adalah medan untuk saling merapatkan silaturrahim, bukan medan untuk

bermusuh, bergaduh dan menyakiti hati pihak lawan dengan perkataan yang kesat.

Belajar menerima kekalahan dengan hati terbuka. Jangan pula bergaduh selepas

pertandingan. Islam tidak mengajar kita begitu.

Semangat kesukanan kadangkala menjentik ketaksuban dalam diri kita. Sama ada

pertandingan di peringkat sekolah mahupun di peringkat nasional. Kadangkala kita tidak

terlibat secara langsung sebagai pemain tetapi kita berdiri di posisi penyokong setia.

Jangan cemari semangat kesukanan dengan sikap kita yang negatif.

4) Menjaga jarak

Penting bagi diri supaya menjaga diri dari percampuran antara lelaki dan perempuan

ketika beriadah. Apabila menggunakan tempat sukan, pilihlah tempat khusus bagi lelaki

dan perempuan. Jika kita memerlukan jurulatih, usahakan untuk mendapat jurulatih

dari jantina yang sama.

Mengikut situasi terkini, ada aktiviti yang dilakukan bersama antara lelaki dan

perempuan. Aktiviti memanjat gunung contohnya, pastikan ada jarak yang dijaga

sepanjang aktiviti. Biar kumpulan lelaki di hadapan diikuti kumpulan perempuan atau

sebaliknya. Begitu juga dengan khemah, perlu ada khemah berasingan antara lelaki

dan perempuan.

5) Tiada unsur-unsur yang melanggar syarak.

Apabila ingin beriadah dan bersukan jangan terlibat dengan aktiviti yang melanggari

hukum syarak seperti pertaruhan judi, meraikan kemenangan dengan arak,

penggunaan dadah dan aktiviti yang menganiaya binatang iaitu menyabung ayam.

Page 119: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

119 | P a g e

Islam itu indah. Peraturan-peraturan dalam syarak boleh jadi beban atau hikmah.

Terpulang bagaimana kita mencorak fikiran kita. Aturan-aturan yang disebutkan dalam

panduan beriadah ini meningkatkan martabat sebagai manusia, yang punya

kehormatan, maruah dan ketemadunan. Mudah-mudahan syurga menanti kita. Amin

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh mereka

itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka syurga Adn yang mengalir di

bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha

terhadap mereka dan mereka pun redha kepadaNya. Yang demikian itu adalah

(balasan) bagi mereka yang takut kepada tuhannya. (al-Bayyinah: 7-8)

Kit Tindakan :

Sayangi diri anda dengan beriadah gaya Islam :

1. Menutup aurat ketika beriadah.

2. Peruntukkan masa untuk solat.

3. Menjaga batas pergaulan antara lelaki dan

perempuan

4. Menjaga lisan.

Page 120: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

120 | P a g e

DAFTAR KELAB REWANG ( AKHLAK )

Oleh: Siti Kalsom binti Md Taib

Rewang sinonim dengan masyarakat Melayu di Johor. Rewang adalah signifikan

kepada aktiviti bermasyarakat yang murni dan luhur. Rewang boleh diertikan sebagai

bergotong-royong. Biasanya rewang akan diadakan sempena kenduri walimatul urus,

kenduri doa selamat, aktiviti yasin mingguan, majlis Maulidur Rasul, hari Asyura (Bulan

Muharam), kenduri sempena berkhatan dan khatam quran. Di mana anggota

masyarakat akan sama-sama bergotong royong untuk melaksanakan majlis. Kemuncak

rewang adalah menyertai aktiviti yang berlangsung sama ada membaca yasin,

mendengar ceramah atau lain-lain.

Remaja tidak dapat mengelak, kerana mahu tidak mahu mereka sebahagian dari

anggota masyarakat. Ada hak mereka yang wajar mereka laksanakan seperti hak

kepada jiran tetangga.

Selalu remaja bersosial di alam maya di arena Facebook, Twitter Wechat dan

WhatsApp. Sekali sekala perlu ubah selera bersosial ke gelanggang sebenar bukannya

di alam maya. Al-Quran banyak menerangkan betapa pentingnya mempedulikan orang

sekeliling.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak

yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. Maka celakalah bagi

orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dalam solatnya, orang-orang

yang berbuat riak, dan enggan (menolong dengan) barang berguna. (al-Ma’un 1-7)

Ayat ini menjelaskan bahawa setiap individu tidak hidup berseorangan

mengasingkan diri. Golongan yang berkemampuan belajar untuk hidup memberi. Allah

menyuruh kita menyantuni anak yatim, memberi makan kepada orang miskin dan

menghulurkan bantuan pada yang memerlukan. Semua ini berlangsung dalam satu

ruang sosial dalam masyarakat.

Malah dalam ayat yang lain dalam surah al-Kausar Allah menyarankan kita solat dan

melaksanakan ibadah korban. Suruhan melaksanakan korban ada mengandungi misi

kemanusiaan yang tinggi. Di mana golongan yang mampu dan berada melaksanakan

ibadah korban. Manakala golongan yang tidak mampu memerima daging korban. Di

situ ada tanggungjawab masyarakat yang dilaksanakan. Maha suci Allah yang

mendekatkan jurang miskin dan kaya.

Mari berusaha meluaskan jalur sosial dengan orang dewasa pula. Sertai aktiviti

yang dianjurkan di kawasan kejiranan. Mari kenali orang-orang di sekeliling kita. Ada tip

yang boleh dijadikan panduan:

Page 121: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

121 | P a g e

1) Pantang di Ajak! Begitulah sebaiknya. Jika ibu dan ayah mengajak untuk turut

serta dalam aktiviti kemasyarakatan ikut sahaja, jangan menolak.

2) Mengajak rakan-rakan yang lain. Antara sebab tidak mahu mengikuti acara

kemasyarakatan adalah adalah risau tiada kawan apabila di majlis nanti. Apa

lagi, ajak rakan-rakan rapat untuk sertai aktiviti bersama.

3) Mulakan dengan senyuman. Kadang kala susah untuk memulai bicara. Usah

risau, senyum sahaja, berbicara apabila di tanya. Ini pemulaan yang baik.

Kedatangan anda ke aktiviti sebegini sangat baik. Hal-hal lain tidak akan menjadi

penting bagi mereka lagi.

4) Sediakan mental dengan aktiviti rutin emak dan ayah. Contohnya setiap hari

jumaat mereka akan menghadiri aktiviti yasin dan sekali sekala pada hujung

minggu mereka akan menghadiri kenduri kahwin. Jadi, minda akan programkan

kepada diri untuk melapangkan diri pada waktu itu. Malah kerja rumah, group

disccusion dan aktiviti riadah akan di buat di masa lain.

Apa untungnya menjalankan tanggungjawab sosial sebagai anggota masyarakat?

“Lebih baik aku keluar dengan kawan-kawan, ataupun bermain game di rumah.’ Itu

mungkin alasan yang menjengah fikiran. Ada banyak kebaikan yang Allah rencanakan:

1) Taaruf-tafahhum-ta’awun (Berkenal-kenalan, saling memahami dan saling

tolong-menolong). Cuba bilang jiran-jiran yang anda kenali. Bandingkan dengan

rakan-rakan sosial anda di alam maya. Allah mementingkan hubungan

silaturrahim dengan jiran tetangga. Ayuh, cabar diri untuk menambah kenalan

dari rakan tetangga.

2) Belajar bersosial. Anda akan belajar cara beradab dan menyantuni orang di

sekeliling. Secara tidak langsung kamu belajar menyesuaikan diri dan

berkomunikasi.

3) Mendekatkan diri pada amalan islam. Tanpa sedar, kita berlatih menghafaz

surah yasin, doa selepas bacaan yasin, selawat, bacaan tahlil dan lain-lain.

4) Mewarisi kebudayaan. Golongan muda adalah golongan yang akan mewariskan

kebudayaan ke generasi baru. Budaya melayu banyak mengandungi nilai-nilai

luhur kemanusiaan. Amalan-amalan ini pula sejajar dengan ajaran Islam.

Mari daftar diri sebagai ahli masyarakat setempat dengan menghadiri aktiviti yang

dirancang pada waktu terdekat. Peranan individu sangat penting bagi membentuk

masyarakat yang molek pengamalan dan pengamatan agama. Masyarakat ini pula

akan membentuk negara islam. Mulai dengan diri sendiri, ingatlah betapa pentingnya

kamu pada masyarakat dan agama!

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

Page 122: PANDUAN PENYAMPAIAN TAZKIRAH - moe.gov.my

MODUL SAYANGI DIRI JPN JOHOR 2017

122 | P a g e

Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah

keadaan pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap

sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tidak ada

pelindung bagi mereka selain Dia. (al-Ra’d: 11)