PANDUAN PEPERIKSAAN - inspen.gov.myinspen.gov.my/inspen/v2/wp-content/uploads/exam/buku...

16
1 PANDUAN PEPERIKSAAN Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan Malaysia

Transcript of PANDUAN PEPERIKSAAN - inspen.gov.myinspen.gov.my/inspen/v2/wp-content/uploads/exam/buku...

Page 1: PANDUAN PEPERIKSAAN - inspen.gov.myinspen.gov.my/inspen/v2/wp-content/uploads/exam/buku panduan... · • Mengesahkan contoh jawapan kepada soalan yang diluluskan bagi kertas ...

1

PANDUANPEPERIKSAAN

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan HartaKementerian Kewangan

Malaysia

Page 2: PANDUAN PEPERIKSAAN - inspen.gov.myinspen.gov.my/inspen/v2/wp-content/uploads/exam/buku panduan... · • Mengesahkan contoh jawapan kepada soalan yang diluluskan bagi kertas ...

2

KANDUNGAN Muka Surat Kata Pengantar 3

1.0 - Pendahuluan 4

2.0 - Penubuhan Panel Subjek Jabatan 4 2.1 •Bidang Kuasa dan Tanggungjawab Panel Subjek Jabatan 4

3.0 - Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan 5-6

4.0 - Persediaan Menduduki Peperiksaan 6

5.0 - Cara Memohon 7

6.0 - Panduan Am Kepada Calon Yang Akan Menduduki Peperiksaan:

6.1 • Dokumen Yang Perlu Dibawa Pada Hari Peperiksaan 8

6.2 • Kedatangan 8

6.3 • Pakaian 8

6.4 • Perkara Yang Dilarang Dibawa Masuk Ke Dewan Peperiksaan 9

6.5 • Peraturan Am Dalam Peperiksaan 9-10

7.0 - Pengecualian 11

8.0 - Peperiksaan Yang Tidak Dinyata Di Dalam Jadual 11

9.0 - Calon Daripada Penguasa Tempatan Dan Badan Berkanun 11

10.0 - Pertanyaan 11

Lampiran 1 - Borang Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Penolong Pegawai Penilaian (Gred W27) 12

Lampiran 2 - Borang Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Khas Pembantu Penilaian (Gred W17) Untuk Kenaikan Pangkat Ke Jawatan Penolong Pegawai Penilaian (Gred W27) 13

Lampiran 3 - Borang Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Penilaian (Gred W17) 14

Lampiran 4 - Borang Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Pelukis Pelan (Gred J17) 15

Page 3: PANDUAN PEPERIKSAAN - inspen.gov.myinspen.gov.my/inspen/v2/wp-content/uploads/exam/buku panduan... · • Mengesahkan contoh jawapan kepada soalan yang diluluskan bagi kertas ...

3

KATA PENGANTAR

Buku panduan ini adalah satu usaha untuk mendokumenkan semuaperaturan serta perkara berkaitan urusan peperiksaan PerkhidmatanJabatan di dalam sebuah buku supaya ia menjadi sebuah sumberrujukan lengkap bagi semua calon peperiksaan yang terlibat. Iamengandungi penerangan mengenai jenis-jenis peperiksaan yangperlu diduduki oleh seseorang calon, cara-cara untuk memohondan peraturan-peraturan dalam peperiksaan. Selain daripada itu iajuga turut menerangkan pengurusan peperiksaan jabatan melaluiJawatankuasa Peperiksaan dan Panel Subjek Jabatan.

Adalah diharapkan, panduan ini dapat dimanfaatkan oleh calon untukmembuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan jabatan.Juga diharapkan buku ini dapat dijadikan panduan bagi memastikanpelaksanaan peperiksaan itu dibuat secara teratur dan mencapai tahapyang boleh dibanggakan demi memelihara kewibawaan peperiksaanjabatan ini.

(ABD. HAMID BIN ABU BAKAR)PengerusiJawatankuasa Peperiksaan JabatanJabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

Page 4: PANDUAN PEPERIKSAAN - inspen.gov.myinspen.gov.my/inspen/v2/wp-content/uploads/exam/buku panduan... · • Mengesahkan contoh jawapan kepada soalan yang diluluskan bagi kertas ...

4

1.0 - PENDAHULUAN

Buku ini bertujuan memberi panduan kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun, tentang urusan Peperiksaan Perkhidmatan Jabatan dari segi jenis peperiksaan yang perlu diambil, tarikh peperiksaan, cara memohon untuk mendudukinya, persediaan-persediaan sebelum hari peperiksaan dan semasa peperiksaan. Adalah diharapkan, panduan ini akan dipatuhi oleh semua calon peperiksaan demi menjamin kebolehpercayaan dan integriti peperiksaan perkhidmatan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

2.0 - PENUBUHAN PANEL SUBJEK JABATAN

Para Panel Peperiksaan Subjek Jabatan ditubuh bagi mengurus danmengendalikan peperiksaan-peperiksaan tertentu mengikut sukatan peperiksaan sebagaimana ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa. Keahlian para Panel Subjek Jabatan adalah sulit dan dirahsiakan.

2.1 - Bidang kuasa dan tanggungjawab Panel Subjek Jabatan

Bidang kuasa Panel Subjek Jabatan adalah meliputi perkara-perkara berikut:

• Menentukan taraf dan mutu soalan.

• Melantik pengubal-pengubal soalan.

• Menetap dan mengesahkan soalan peperiksaan yang disediakan oleh penggubal.

• Mengesahkan contoh jawapan kepada soalan yang diluluskan bagi kertas peperiksaan.

• Mengesahkan sistem markah peperiksaan.

Page 5: PANDUAN PEPERIKSAAN - inspen.gov.myinspen.gov.my/inspen/v2/wp-content/uploads/exam/buku panduan... · • Mengesahkan contoh jawapan kepada soalan yang diluluskan bagi kertas ...

5

3.0 - PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK JABATAN

Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan yang dianjurkan oleh Jabatanadalah seperti berikut:

3.1 - Peperiksaan Bagi Maksud Pengesahan Dalam Jawatan:

NamaPeperiksaan

Kekerapan BilanganKertas

Calon yang Layak

PeperiksaanPerkhidmatanPenolongPegawaiPenilaian (Sukatan Baru) 2 kali setahun 2

Penolong PegawaiPenilaian Gred W27:i. Lantikan selepas 1.1.2008 atauii. Belum pernah menduduki peperiksaan perkhidmatan atauiii. Telah menduduki peperiksaan perkhidmatan mengikut Sukatan Lama tetapi masih belum lulus semua kertas, wajib mengambil semua kertas dalam Sukatan Baru atauiv. Masih belum lulus semua kertas mengikut Sukatan Lama sehingga 31.12.2009. Selepas 31.12.2009 Sukatan Peperiksaan Lama akan dimansuhkan.

Page 6: PANDUAN PEPERIKSAAN - inspen.gov.myinspen.gov.my/inspen/v2/wp-content/uploads/exam/buku panduan... · • Mengesahkan contoh jawapan kepada soalan yang diluluskan bagi kertas ...

6

3.2 - Peperiksaan Bagi Maksud Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

4.0 - PERSEDIAAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Semua calon perlu mendapatkan perkara berikut daripada Ketua Pejabatmasing- masing atau daripada Urus Setia Peperiksaan Jabatan:

• Sukatan Peperiksaan

• Kalendar Peperiksaan

• Borang Permohonan

PeperiksaanPerkhidmatanPembantu Penilaian

2 kali setahun 3 Pembantu Penilaian(Gred W17)

PeperiksaanPerkhidmatanPelukis Pelan

2 kali setahun 3 Pelukis Pelan(Gred J17)

NamaPeperiksaan Kekerapan Bilangan

Kertas Calon yang Layak

Peperiksaan Khas UntukKenaikan Pangkat SecaraLantikan (KPSL) ke SkimPerkhidmatan PenolongPegawai Penilaian(Gred W27)

1 kali setahun 5

Pembantu Penilaian(Gred W17)yang telah sah dalamjawatan.

Page 7: PANDUAN PEPERIKSAAN - inspen.gov.myinspen.gov.my/inspen/v2/wp-content/uploads/exam/buku panduan... · • Mengesahkan contoh jawapan kepada soalan yang diluluskan bagi kertas ...

7

5.0 - CARA MEMOHON

Tarikh tutup permohonan adalah dua (2) bulan sebelum tarikh peperiksaan.Calon yang tidak mendaftar tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.Permohonan yang lewat atau tidak lengkap akan ditolak.

Borang permohonan boleh dihantar pada bila-bila masa sebelum tarikh tutuppermohonan. Calon yang menunggu keputusan peperiksaan dinasihatkansupaya menghantar borang permohonan yang lengkap sebelum tarikh tutup,walaupun keputusan belum diumumkan.

Permohonan hendaklah menggunakan borang yang telah ditetapkan sepertiberikut:

Borang INSPEN/E1(a) : Peperiksaan Perkhidmatan Penolong Pegawai Penilaian (Gred W27). Sukatan Baru.

Borang INSPEN/E2(a) : Peperiksaan Khas Untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke Jawatan Penolong Pegawai Penilaian (Gred W27).

Borang INSPEN/E3(a) : Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Penilaian (Gred W17).

Borang INSPEN/E4(a) : Peperiksaan Perkhidmatan Pelukis Pelan (Gred J17).Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar melalui KetuaJabatan masing-masing kepada:

Unit PeperiksaanInstitut Penilaian Negara (INSPEN)Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan HartaNo. 5, Persiaran Institusi Bangi43000 Kajang

Page 8: PANDUAN PEPERIKSAAN - inspen.gov.myinspen.gov.my/inspen/v2/wp-content/uploads/exam/buku panduan... · • Mengesahkan contoh jawapan kepada soalan yang diluluskan bagi kertas ...

8

6.0 - PANDUAN AM KEPADA CALON YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN

6.1 - Dokumen yang Perlu Dibawa Pada Hari Peperiksaan

Calon-calon hendaklah membawa bersama mereka dokumen berikut:

• Naskhah arahan kepada calon yang mengandungi angka giliran, pusat peperiksaan dan subjek yang diduduki.

• Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri lain yang sah.

• Alat bagi keperluan peperiksaan seperti pen, pensil, pemadam dan sebagainya.

6.2 - Kedatangan

Calon-calon hendaklah berada di dalam Dewan Peperiksaan lebih awaldaripada waktu peperiksaan dimulakan untuk:

• Mendaftar kedatangan

• Mendapatkan penjelasan terakhir mengenai peraturan/tatatertib di Dewan Peperiksaan.

• Calon yang datang lewat melebihi 30 minit selepas peperiksaan bermula tidak akan dibenarkan mengambil peperiksaan.

• Ketua Pengawas atas budibicaranya boleh membenarkan calon di atas menduduki peperiksaan sekiranya alasan yang dikemukakan itu munasabah dan boleh diterima. Walau bagaimanapun, masa tambahan atas kelewatan yang berlaku adalah terpulang atas budibicara Ketua Pengawas.

6.3 - Pakaian

Calon diwajibkan sentiasa berpakaian kemas sebagaimanamenjalankan tugas harian rasmi di pejabat. Ini bermakna calon tidakdibenarkan memakai selipar, baju T dan seluar pendek.

Calon wanita tidak dibenarkan memakai purdah dan pakaian yangmenjolok mata. Ketua Pengawas boleh menyingkirkan calon sekiranyamereka melanggar peraturan ini.

Page 9: PANDUAN PEPERIKSAAN - inspen.gov.myinspen.gov.my/inspen/v2/wp-content/uploads/exam/buku panduan... · • Mengesahkan contoh jawapan kepada soalan yang diluluskan bagi kertas ...

9

6.4 - Perkara Yang Dilarang Dibawa Masuk ke Dewan Peperiksaan

Sukatan peperiksaan atau arahan kepada calon telah menjelaskanperkara yang boleh atau tidak boleh dibawa masuk ke Dewan Peperiksaan.Buku atau perkara yang dibenarkan tidak boleh mengandungi apa-apatanda, isyarat, tulisan ataupun nota yang boleh diguna bagi membantucalon menjawab soalan. Calon yang melanggar peraturan ini bolehdisingkir oleh Ketua Pengawas dari Dewan Peperiksaan.

6.5 - Peraturan Am Dalam Peperiksaan

• Calon hendaklah menyimpan barang yang dilarang dibawa masuk ke Dewan Peperiksaan di tempat khas yang disediakan.

• Peralatan atau rujukan yang dibenar adalah bergantung kepada kertas yang diduduki. (Sila rujuk sukatan peperiksaan yang berkaitan).

• Calon-calon hendaklah menyediakan alatulis dan alat lukisnya sendiri.

• Bagi Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Penilaian (Gred W17) dan Pelukis Pelan (Gred J17), calon diminta menggunakan skala dan alat lukisan seperti berikut:

i. 1/8”; 1/4”; 1/2”; 3/8”; 3/4” saiz penuhii. 1:5; 1:10; 1:20iii. Pembaris skel (skala ruler)iv. Drawing pen saiz 0.3; 0.2; 0.5 dan 1.0v. Pensilvi. Set Squarevii. Mata pisau cukur (bagi surihan)viii. French curves, templates dan dakwat hitam (Indian Ink)ix. Lain-lain alat yang perlu

• Calon hendaklah mempamerkan kad pengenalan atau kad pengenalan diri lain dengan cara meletakkannya di sudut sebelah kanan meja masing-masing.

• Semasa peperiksaan sedang bersidang, suasana di dalam Dewan Peperiksaan mestilah di dalam keadaan aman dan senyap. Setiap calon hendaklah berkelakuan baik dan ditegah sama sekali daripada mengganggu calon lain secara bercakap ataupun membuat bising.

Page 10: PANDUAN PEPERIKSAAN - inspen.gov.myinspen.gov.my/inspen/v2/wp-content/uploads/exam/buku panduan... · • Mengesahkan contoh jawapan kepada soalan yang diluluskan bagi kertas ...

10

• Jika memerlukan sebarang penjelasan atau hendak keluar dari dewan, calon hendaklah mengangkat tangan dan menyampaikan hasrat mereka kepada pengawas yang bertugas. Calon hanya boleh keluar setelah mendapat kebenaran daripada pengawas.

• Calon dinasihatkan tidak menulis selain daripada perkara-perkara yang ditanya oleh soalan. Perkara yang dianggap sensitif ataupun perkara yang berkaitan dengan Akta Hasutan adalah dilarang ditulis di dalam kertas jawapan mereka. Calon juga ditegah sama sekali menggunakan tempat peperiksaan sebagai tempat meluah perasaan dan mengkritik dasar kerajaan.

• Calon tidak dibenarkan merokok di dalam Dewan Peperiksaan.

• Calon hanya dibenar meninggalkan Dewan Peperiksaan selepas 1/2 jam peperiksaan bersidang. Calon tidak dibenar meninggalkan Dewan Peperiksaan dalam masa 15 minit sebelum tamat peperiksaan.

• Semua jawapan hendaklah diatur mengikut susunan soalan dan borang INSPEN/E20(a) diletakkan sebagai muka surat pertama.

• Semua lukisan yang dilampirkan hendaklah disusun sebagai muka surat yang akhir.

• Semua muka surat hendaklah diikat dengan tali.

• Calon hendaklah memastikan supaya nombor soalan tidak terpadam bila muka-muka surat diikat.

• Sebelum meninggalkan Dewan Peperiksaan, calon dikehendaki menyerahkan kertas jawapan mereka kepada Pengawas.

• Calon ditegah sama sekali daripada berhubung dengan Ketua Pengawas/Pengawas dengan tujuan selain daripada perkara yang berkaitan dengan peperiksaan sama ada di luar dewan atau selepas tamat peperiksaan.

• Calon yang melanggar peraturan peperiksaan seperti ingkar perintah, bergaduh, meniru dan sebagainya akan dikenakan tindakan tatatertib.

Page 11: PANDUAN PEPERIKSAAN - inspen.gov.myinspen.gov.my/inspen/v2/wp-content/uploads/exam/buku panduan... · • Mengesahkan contoh jawapan kepada soalan yang diluluskan bagi kertas ...

11

7.0 - PENGECUALIAN

Calon yang mendapat pengecualian mana-mana subjek daripada JabatanPerkhidmatan Awam (JPA) hendaklah mengemukakan salinan surat tersebutkepada Urus Setia Peperiksaan sebagai bukti.

8.0 - PEPERIKSAAN YANG TIDAK DINYATA DI DALAM JADUAL

Bagi peperiksaan yang tidak dinyata di dalam jadual tetapi perlu didudukimengikut syarat di dalam skim perkhidmatan, calon boleh mengemukakanpermohonan awal untuk tindakan Urus Setia Peperiksaan. Tarikh peperiksaanakan ditetapkan kemudian.

9.0 - CALON DARIPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN DAN BADAN BERKANUN

Calon daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun akan dikenakan bayaran yang ditetapkan sebanyak RM 25.00.

Sebarang pembatalan daripada menghadiri peperiksaan hendaklahdimaklumkan kepada Urus Setia Peperiksaan pada tarikh yang ditetapkan disusuli surat pembatalan. Jika tidak, bayaran peperiksaan tidak dipulangkan.

10.0 - PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Urus Setia Peperiksaan Jabatanmelalui:

Telefon : 03-8925 9377Fax : 03-8925 8100

Page 12: PANDUAN PEPERIKSAAN - inspen.gov.myinspen.gov.my/inspen/v2/wp-content/uploads/exam/buku panduan... · • Mengesahkan contoh jawapan kepada soalan yang diluluskan bagi kertas ...

12

Lampiran 1 INSPEN/E1(a)

BORANG PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATANPENOLONG PEGAWAI PENILAIAN (GRED W27)

JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA

Peperiksaan Bulan :…………………………………………………………………………................Nama :…………………………………………………………………….....……………....................No. Kad Pengenalan (Baru) : ………………………………………….....…………….....................Pejabat/Negeri : ……………………………………………….…………………………....................No. Telefon/ E-mel : ………………………………………………………………………...................Pusat Peperiksaan : ………………………………………………………………….….....................Tarikh lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penilaian : …………………….….……................

(SUKATAN PEPERIKSAAN BARU)

Kertas I - Penilaian PPP/PN

Kertas II - Perundangan dan Pencukaian Harta PPP/PC Tanah

Tarikh : ………………………………… .………………………………… (TANDATANGAN PEMOHON)

* Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan diproses.* Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Disahkan butiran di atas adalah benar dan calon tersebut layak menduduki peperiksaan ini.

………………………………………….............(Tandatangan Ketua Pejabat & Cop Jabatan)

Tindakan Unit Peperiksaan

Tarikh Permohonan Diterima : …………………………….Angka Giliran : …………………………….Tandatangan : …………………………….Tarikh : …………………………….

Page 13: PANDUAN PEPERIKSAAN - inspen.gov.myinspen.gov.my/inspen/v2/wp-content/uploads/exam/buku panduan... · • Mengesahkan contoh jawapan kepada soalan yang diluluskan bagi kertas ...

13

Lampiran 2 INSPEN/e3(a)

BORANG PERMOHONANPEPERIKSAAN PERKHIDMATAN KHAS PEMBANTU PENILAIAN (GRED W17) UNTUKKENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN (GRED W27)

JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA

Peperiksaan Bulan :…………………………………………………………………………................Nama :…………………………………………………………………….....……………....................No. Kad Pengenalan (Baru) : ………………………………………….....…………….....................Pejabat/Negeri : ……………………………………………….…………………………....................No. Telefon/ E-mel :………………………………………………………………………....................Pusat Peperiksaan :………………………………………………………………….…......................Tarikh lantikan ke jawatan Pembantu Penilaian : …………………….….….............….................

(SUKATAN PEPERIKSAAN LAMA) Kod Pangkah (X) Peperiksaan Kali Peperiksaan Subjek Yang Ke Berapa Diduduki

Kertas I - Penilaian II PPK/PN II

Kertas II - Perundangan dan Pencukaian Harta PPK/PC I Tanah I

Kertas III - Teknologi Bangunan II PPK/TB II

Kertas IV - Projek Penilaian II PPK/PR II

Kertas v - Pengambilan Tanah dan Pampasan I PPK/PT I

Tarikh : ………………………………… .………………………………… (TANDATANGAN PEMOHON)

* Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan diproses.* Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Disahkan butiran di atas adalah benar dan calon tersebut layak menduduki peperiksaan ini.

………………………………………….............(Tandatangan Ketua Pejabat & Cop Jabatan)

Tindakan Unit Peperiksaan

Tarikh Permohonan Diterima : …………………………….Angka Giliran : …………………………….Tandatangan : …………………………….Tarikh : …………………………….

Page 14: PANDUAN PEPERIKSAAN - inspen.gov.myinspen.gov.my/inspen/v2/wp-content/uploads/exam/buku panduan... · • Mengesahkan contoh jawapan kepada soalan yang diluluskan bagi kertas ...

14

Lampiran 3 INSPEN/E3(a)

BORANG PERMOHONANPEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU PENILAIAN (GRED W17)

JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA

Peperiksaan Bulan : ………………………………………………………………………..................Nama :…………………………………………………………………….....……………....................No. Kad Pengenalan (Baru) : ………………………………………….....…………….....................Pejabat/Negeri : ……………………………………………….…………………………....................No. Telefon/ E-mel : …………………………………………………………………….......................Pusat Peperiksaan : ………………………………………………………………….….....................Tarikh lantikan ke jawatan Pembantu Penilaian : …………………….….….............…..................

(SUKATAN PEPERIKSAAN LAMA) Kod Pangkah (X) Peperiksaan Kali Peperiksaan Subjek Yang Ke Berapa Diduduki

Kertas I - Penilaian I PP/PN I

Kertas II - Teknologi Bangunan I PP/TB I

Kertas III - Projek Penilaian I PP/PR I

Tarikh : ………………………………… .………………………………… (TANDATANGAN PEMOHON) * Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan diproses.* Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Disahkan butiran di atas adalah benar dan calon tersebut layak menduduki peperiksaan ini.

………………………………………….............(Tandatangan Ketua Pejabat & Cop Jabatan)

Tindakan Unit Peperiksaan

Tarikh Permohonan Diterima : …………………………….Angka Giliran : …………………………….Tandatangan : …………………………….Tarikh : …………………………….

Page 15: PANDUAN PEPERIKSAAN - inspen.gov.myinspen.gov.my/inspen/v2/wp-content/uploads/exam/buku panduan... · • Mengesahkan contoh jawapan kepada soalan yang diluluskan bagi kertas ...

15

Lampiran 4 INSPEN/E4(a)

BORANG PERMOHONANPEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN (GRED J17)

JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA

Peperiksaan Bulan : ………………………………………………………………………..................Nama :…………………………………………………………………….....……………....................No. Kad Pengenalan (Baru) : ………………………………………….....……………....................Pejabat/Negeri : ……………………………………………….…………………………....................No. Telefon/ E-mel : ……………………………………………………………………......................Pusat Peperiksaan : ………………………………………………………………….…....................Tarikh lantikan ke jawatan Pelukis Pelan :…………………….….……........................................

(SUKATAN PEPERIKSAAN LAMA) Kod Pangkah (X) Peperiksaan Kali Peperiksaan Subjek Yang Ke Berapa Diduduki

Kertas I - Pemetaan PL/PM

Kertas II - Teknologi Bangunan PL/TB

Kertas III - Projek PL/PR

Tarikh : ………………………………… .………………………………… (TANDATANGAN PEMOHON)

* Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan diproses.* Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Disahkan butiran di atas adalah benar dan calon tersebut layak menduduki peperiksaan ini.

………………………………………….............(Tandatangan Ketua Pejabat & Cop Jabatan)

Tindakan Unit Peperiksaan

Tarikh Permohonan Diterima : …………………………….Angka Giliran : …………………………….Tandatangan : …………………………….Tarikh : …………………………….

Page 16: PANDUAN PEPERIKSAAN - inspen.gov.myinspen.gov.my/inspen/v2/wp-content/uploads/exam/buku panduan... · • Mengesahkan contoh jawapan kepada soalan yang diluluskan bagi kertas ...

16