Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)
-
Upload
nazrul-ahmad-khalid -
Category
Documents
-
view
2.928 -
download
7
Transcript of Panduan Perlaksanaan & Penulisan Laporan Projek Pelajar (Edisi3)
POLITEKNIK UNGKU OMAR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
PANDUAN PERLAKSANAAN DAN PENULISAN LAPORAN
PROJEK PELAJAR
E3006/ E4006/ E5006
Edisi 3/ 2010
PANDUAN PERLAKSANAAN DAN PENULISAN LAPORAN PROJEK PELAJAR
Tarikh dikeluarkan: Sesi Januari 2010
Edisi 3/ 2010
Disusun oleh;
En. Azhar Bin Jaffar
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Ungku Omar Malaysia
PENDAHULUAN
Buku Panduan Perlaksanaan dan Penulisan Laporan Projek Pelajar
Semester Akhir ini disediakan khas untuk pelajar Sijil dan Diploma,
Jabatan Kejuruteraan Elektrik dalam melaksana dan menyediakan laporan
akhir projek. Secara keseluruhannya, buku panduan ini ditulis
berpandukan format penulisan laporan sepertimana yang dinyatakan di
dalamnya untuk membantu pelajar supaya lebih faham dan jelas dengan
format tersebut.
Disediakan oleh
Unit Projek Pelajar,
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Hak Cipta Terpelihara @ 2010
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
ISI KANDUNGAN i
SENARAI JADUAL iv
SENARAI RAJAH v
SENARAI LAMPIRAN vi
A. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK PELAJAR
I PENGENALAN 1
II DEFINASI PROJEK PELAJAR 1
III MATLAMAT 1
IV OBJEKTIF 1
V PENGENDALIAN DAN PENGAWASAN 2
VI SISTEM PENYELIAAN 2
6.0.1 Buku Catatan Mingguan 2
6.0.2 Kertas Cadangan Projek 2
6.0.3 Pembentangan 3
6.0.3.1 PembentanganProjek (Sijil) 3
6.0.3.2 Pembentangan Pra Demo (Diploma) 3
6.0.3.3 Pembantangan, Pra Demo dan Demo (Diploma) 3
6.0.3.4 Pra-kelayakan dan Pertandingan akhir (Diploma) 4
6.0.4 Laporan Semester 5 4
6.0.5 Laporan Akhir Semester 4 dan 6 4
VII PENILAIAN 4
VIII SYARAT KELULUSAN PROJEK 5
IX LAIN-LAIN 5
X KESIMPULAN 5
B. PANDUAN PENULISAN PROPOSAL PROJEK PELAJAR I MUKA DEPAN 6
II ISI KANDUNGAN 6
2.0.1 Abstrak Projek 6
2.0.2 Pernyataan Masalah & Objektif Projek 6
2.0.3 Metodologi 6
2.0.4 Jangkaan Hasil 7
C. PANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK PELAJAR
I PENGENALAN
1.1 Pengenalan 8
1.2 Maklumat Am 8
1.2.1 Bilangan Salinan 8
1.2.2 Penjilidan 9
1.2.3 Perbelanjaan 9
II FORMAT LAPORAN
2.1 Susunan Laporan 10
2.2 Pengesahan Penyelia 11
2.3 Halaman Tajuk Projek 11
2.4 Halaman Pengakuan 12
2.5 Halaman Dedikasi (Pilihan) 12
2.6 Halaman Penghargaan (Pilihan) 12
2.7 Abstrak 12
2.8 Halaman Isi Kandungan 13
2.9 Halaman Senarai Jadual 13
2.10 Halaman Senarai Rajah 13
2.11 Halaman Senarai Simbol/Singkatan/Tatanama/Istilah 13
2.12 Halaman Senarai Lampiran 13
2.13 Kandungan Teks 14
2.13.1 Rujukan Dalam Teks 14
2.13.2 Petikan Dalam Teks 15
2.13.3 Persamaan Matematik 15
2.13.4 Jadual Dalam Teks 15
2.13.5 Rajah Dalam Teks 16
2.14 Rujukan 16
2.15 Lampiran 17
III PENYEDIAAN LAPORAN
3.1 Cara Penyediaan Salinan 18
3.2 Kertas & Saiz 18
3.3 Jidar Halaman Laporan 18
3.4 Penomboran Halaman 19
3.5 Penomboran Bab & Sub-Tajuk dalam Bab 19
3.6 Penaipan 19
3.7 Jarak & Format 20
3.8 Naskah Cetakan Komputer 20
RUJUKAN 21
LAMPIRAN A - M 22 - 34
SENARAI JADUAL
NO TAJUK HALAMAN
2.1 Susunan dan urutan kandungan laporan 10
SENARAI RAJAH
NO TAJUK HALAMAN
3.1 Jidar Halaman Laporan 18
SENARAI LAMPIRAN
NO TAJUK HALAMAN
A Contoh Pengesahan Penyelia 22
B Contoh Halaman Tajuk Projek 23
C Contoh Halaman Pengakuan 24
D Contoh Halaman Dedikasi 25
E Contoh Halaman Abstrak 26
F Contoh Halaman Isi Kandungan 27
G Contoh Halaman Senarai Jadual 28
H Contoh Halaman Senarai Rajah 29
I Contoh Halaman Senarai Simbol / Singkatan / Tatanama / Istilah 30
J Contoh Halaman Senarai Lampiran 31
K Contoh Halaman Rujukan 32
L Contoh Halaman Kandungan Teks 33
M Contoh Catatan Pada Kulit Depan Laporan 34
BAB A
PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK PELAJAR
1.0 PENGENALAN
Semua pelajar tahun akhir Politeknik dikehendaki mendaftar modul Projek
yang melibatkan tajuk berkaitan dalam bidang pengajian masing-masing. Satu laporan projek mengikut format penulisan ilmiah perlu dihantar
kepada Jabatan pada penghujung pengajian. Pencapaian pelajar akan dinilai mengikut kaedah dan format yang ditetapkan.
2.0 DEFINISI PROJEK PELAJAR
Projek Pelajar adalah satu latihan ilmiah untuk pelajar mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan bidang pengajian di
Jabatan. Ia merupakan salah satu daripada syarat untuk penganugerahan Sijil dan Diploma.
3.0 MATLAMAT
Matlamat Projek Pelajar adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan dan
kemahiran pelajar dalam proses penggunaan sesuatu ilmu, percambahan fikiran (kritis), penyelesaian masalah (kreatif) secara berdikari dan
menyampaikan sesuatu perolehan melalui latihan ilmiah yang dibimbing atau diselia dengan harapan dapat melahirkan pelajar yang
berketerampilan dan beriltizam.
4.0 OBJEKTIF
Pada akhir perlaksanaan Projek Pelajar, seseorang pelajar itu akan
mempunyai: a) Keupayaan mengolah dan mengaplikasikan pengetahuan akademik
serta pengalaman amali. b) Keupayaan mengenalpasti dan menyelesaikan masalah secara
objektif, analitik dan sistematik. c) Kebolehan bertindak secara berdikari dalam menjalani proses-proses
penyelidikan projek. d) Kebolehan menyampaikan hasil penemuan projek secara lisan dan
bertulis dengan efektif. e) Kebolehan merancang dan menguruskan projek mengikut masa dan
peruntukan yang berpatutan.
5.0 PENGENDALIAN DAN PENGAWASAN
Projek Pelajar dibahagikan kepada dua semester bagi program Diploma
dan satu semester bagi program Sijil. Bagi program Diploma ia hendaklah dibuat dalam semester yang berturutan. Semua perancangan
dan pengendalian Projek Pelajar dikendalikan oleh Penyelaras Unit Projek Pelajar yang dilantik oleh Jabatan dan dibantu oleh penyelia projek pelajar
6.0 SISTEM PENYELIAAN
Bagi melicinkan proses penyeliaan Projek Pelajar, penggunaan sistem
Buku Catatan Mingguan, Kertas Cadangan Projek, Pembentangan, Draf Laporan Pertama (semester 5 & 6), Draf Laporan Kedua (semester 5 & 6)
dan Laporan Akhir Projek Pelajar adalah diperlukan.
6.0.1 Buku Catatan Mingguan
Buku Catatan Mingguan adalah merupakan catatan mengenai
sebarang kerja, maklumat atau penemuan yang berkaitan dengan projek. Pelajar dinasihati supaya membawa Buku Catatan Mingguan
pada setiap perjumpaan dengan penyelia. Buku Catatan Mingguan
menggambarkan sikap, kemajuan dan daya usaha pelajar yang akan dinilai oleh penyelia pada akhir semester. Maklumat yang penting
dalam Buku Catatan Mingguan adalah: a) Tajuk, objektif, skop, rancangan kerja projek.
b) Perjumpaan dengan penyelia, perbincangan, nasihat dan arahan.
c) Tarikh-tarikh penting berkaitan dengan pelaksanaan dan penilaian projek.
d) Persiapan, masalah dan cadangan penyelesaian. e) Keputusan dan pencapaian semasa.
6.0.2 Kertas Cadangan Projek
Kertas cadangan projek bertujuan membolehkan seseorang pelajar
memahami tentang projek yang akan dijalankan. Berdasarkan kertas cadangan tersebut, perancangan dan perlaksanaan projek
akan dijelaskan. Kertas cadangan projek mesti diserahkan kepada penyelia/penyelaras untuk disemak dan dinilai.
6.0.3 Pembentangan
Pelajar dikehendaki membentangkan secara lisan hasil kajian dalam
pembentangan Projek. Pembentangan Projek dibahagikan seperti di bawah mengikut semester:
Semester 4 – Pembentangan projek
Semester 5 – Pembentangan pra demo Semester 6 – Pembentangan, pra demo dan demo
Panel penilai akan menilai dan memberi markah pembentangan
projek pelajar.
6.0.3.1 Pembentangan projek (Sijil) Pembentangan projek diadakan untuk pelajar membentangkan
hasil penemuan pada akhir semester 4. Pelajar dikendaki
membentangkan perkara-perkara berikut: a) Kaedah atau rekabentuk yang digunakan.
b) Keputusan dan pencapaian kajian. c) Meninjau sama ada objektif projek tercapai.
e) Kesimpulan serta cadangan.
6.0.3.2 Pembentangan pra demo (Diploma) Pembentangan pra demo bertujuan untuk membolehkan
pelajar menunjukkan pemahaman terhadap projek yang dijalankan. Pelajar dikehendaki membentangkan perkara-
perkara berikut: a) Mengenal pasti penyataan masalah projek.
b) Menerangkan objektif dan skop projek. c) Menerangkan kaedah penyelesaian.
d) Menerangkan prosedur dan jangkaan hasil untuk projek
yang dicadangkan.
6.0.3.3 Pembentangan, pra demo dan demo (Diploma)
Pembentangan akhir diadakan untuk pelajar membentangkan hasil penemuan pada akhir semester 5. Pelajar dikendaki
membentangkan perkara-perkara berikut: a) Kaedah atau rekabentuk yang digunakan.
b) Keputusan, hasil dapatan dan pencapaian kajian. c) Meninjau sama ada objektif projek boleh dicapai.
e) Kesimpulan serta cadangan penyelidikan seterusnya.
6.0.3.4 Pra-kelayakan dan Pertandingan akhir (Diploma)
Pertandingan projek peringkat Pra-kelayakan diadakan bagi memilih projek terbaik yang akan dipertandingkan di peringkat
akhir Pertandingan Projek Pelajar Semester 6 manakala pelajar yang gagal menyertai pertandingan pra-kelayakan pula
akan membuat pembentangan pada hari dan waktu yang ditetapkan kemudian untuk mendapat markah.
6.0.4 Laporan Semester 5
Satu laporan Semester 5 mesti disediakan pada akhir semester 5.
Perkara-perkara yang patut dimuatkan dalam laporan ini adalah: a) Pengenalan masalah
b) Kajian Latar Belakang
c) Kaedah dan rancangan kerja d) Jangkaan hasil projek
e) Maklumat berkaitan
6.0.5 Laporan Akhir Semester 4 dan 6
Laporan Akhir Semester 4 dan 6 merupakan laporan lengkap
berkaitan dengan projek yang telah dijalankan. Penulisannya hendaklah dibuat berpandukan format piawai penulisan laporan
akhir yang dikeluarkan oleh Unit Projek Pelajar - Panduan Menulis Laporan Projek JKE. Laporan akhir Semester akhir mesti dijilid dan
hantar kepada Penyelia sebelum tarikh yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan keputusan peperiksaan
digantung.
7.0 PENILAIAN
Penilaian Projek Pelajar adalah berdasarkan kepada tahap pencapaian dan kebolehan pelajar dalam perlaksanaan kajian, penyediaan kertas kerja dan
laporan, pengendalian buku laporan dan penyampaian projek.
8.0 SYARAT KELULUSAN PROJEK
a) Semua unsur penilaian yang ditetapkan oleh Jabatan mestilah
dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar. b) Laporan akhir projek mesti dikemukakan kepada penyelia dalam
bentuk terjilid dan merupakan hak milik Jabatn Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ungku Omar. Format penulisan dan penjilidan
mesti mengikut Panduan Penulisan Laporan Projek JKE. d) Ketebalan laporan akhir projek tidak melebihi 100 mukasurat, tidak
termasuk lampiran, melainkan dengan kebenaran penyelia projek atau Penyelaras Unit Projek Pelajar.
9.0 LAIN-LAIN Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pengurusan dan
perlaksanaan Projek Pelajar boleh dirujuk di dalam buku log pelajar
dimana semua perkara-perkara penting yang berkaitan dikemaskinikan dari semasa ke semasa mengikut semester.
10.0 KESIMPULAN
Panduan ini merupakan panduan kepada pelajar tahun akhir mengenai
aspek-aspek penting yang berkenaan dengan perlaksanaan Projek Pelajar. Semua maklumat yang dikemukakan adalah bernas semasa percetakan
sahaja.
BAB B
PANDUAN PENULISAN PROPOSAL
PROJEK PELAJAR
1.0 Muka depan
a. Tajuk b. Nama dan No. Pendaftaran c. Nama Kursus
d. Nama Penyelia
Borang Cadangan Tajuk Projek mestilah ditandatangani oleh Ketua
kumpulan dan Penyelia projek pelajar
2.0 Isi kandungan
2.0.1 Abstrak Projek
Abstrak projek adalah merupakan pengenalan kepada projek yang hendak dicadangkan. Pada bahagian ini pelajar menerangkan secara
am berkenaan dengan projek yang hendak dilakukan.
2.0.2 Pernyataan Masalah & Objektif Projek
Pernyataan masalah adalah sesuatu yang ingin diselesaikan atau dikurangkan hasil daripada projek yang dilaksanakan manakala
objektif projek pula adalah objektif yang ingin dicapai selepas projek dilaksanakan. (sekurang-kurangnya 3 objektif).
2.0.3 Metodologi
Metodologi adalah prosedur, kaedah atau tatacara yang digunakan oleh pelajar bagi menjalankan serta melaksanakan
projek untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.
2.0.4 Jangkaan Hasil
Jangkaan hasil adalah jangkaan pelajar terhadap projek yang
dicadangkan. Ini meliputi harapan pelajar terhadap apa yang akan terhasil kelak dan sejauh mana pelajar dapat memenuhi
objektif yang telah ditetapkan.
BAB C
PANDUAN PENULISAN LAPORAN
PROJEK PELAJAR
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Pelajar-pelajar semester akhir di Jabatan Kejuruteraan Elektrik
diwajibkan mengemukakan laporan akhir Projek Pelajar. Adalah mustahak supaya penyediaan dan persembahan laporan tersebut mengikut garis
panduan yang ditetapkan. Pelajar-pelajar seharusnya menyedari bahawa adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menentukan bentuk laporan
mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Suatu laporan tidak akan diterima oleh Jabatan
Kejuruteraan Elektrik jika laporan tersebut dihantarkan tidak mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.
1.2 Maklumat Am
Pelajar-pelajar hendaklah menyerahkan deraf terakhir kepada penyelia projek JKE untuk diperiksa dan dipersetujui sebelum dijilid. Untuk
maksud ini, pelajar hendaklah menyerahkan deraf pada waktu yang lebih awal untuk pemeriksaan.
1.2.1 Bilangan Salinan
Setelah laporan akhir disiapkan, 1 salinan wajib dijilidkan dan
diserahkan kepada Penyelia Projek di Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Salinan kedua untuk simpanan penulis/pelajar adalah terserah kepada
pelajar masing-masing. Bilangan muka surat maksimum ialah 100 muka surat sahaja, tidak termasuk gambarajah, keputusan dan bahagian
lampiran.
1.2.2 Penjilidan
a) Laporan hendaklah dijilid dengan menggunakan pembalut kulit
depan yang ditentukan oleh Jabatan. b) Kulit depan -
Pada kulit depan hendaklah ditulis tajuk projek, nama pelajar dan tarikh dengan huruf besar; seperti contoh di Apendix M.
1.2.3 Perbelanjaan
Semua perbelanjaan yang berkaitan dengan penyediaan laporan seperti perbelanjaan menaip salinan asal, salinan foto dan menjilid adalah
di bawah tanggungjawab pelajar yang berkenaan.
BAB II
FORMAT LAPORAN
2.1 Susunan Laporan
Laporan Akhir Projek mengandungi beberapa bahagian yang disusun
mengikut urutan seperti Jadual 2.1.
Jadual 2.1: Susunan dan urutan kandungan laporan.
Rujuk
Bhg
Perkara Status Contoh
(Lampiran)
Catatan
2.9 Halaman Senarai Jadual Wajib G Bernombor Roman kecil
2.10 Halaman Senarai Rajah Wajib H Bernombor Roman kecil
2.11 Halaman Senarai Simbol/
Singkatan/ Tatanama/ Istilah Jika ada I Bernombor Roman kecil
2.12 Halaman Senarai Lampiran Jika ada J Bernombor Roman kecil
2.13 Kandungan Teks Wajib L
Bernombor Rumi.
Bermula dengan 1
2.14 Rujukan Wajib K Bernombor Rumi.
Sambung daripada teks.
2.15 Kulit Depan Laporan Wajib M Mengikut format.
2.16 Lampiran Pilihan - Bernombor Rumi.
Sambung daripada rujukan
2.2 Pengesahan Penyelia
Laporan yang hendak diserah untuk tujuan peperiksaan hendaklah mendapat pengesahan penyelia terlebih dahulu. Rujuk
Lampiran A untuk format halaman pengesahan penyelia.
2.3 Halaman Tajuk Projek
Halaman Tajuk Projek mesti mempunyai maklumat yang disusun
mengikut urutan berikut:
� Tajuk (mesti ditulis dengan lengkap tanpa singkatan)
� Nama penuh pelajar (seperti dalam kad pengenalan) � Pernyataan tujuan Laporan Akhir
� Nama Jabatan � Nama Politeknik
� Bulan dan Tahun diserahkan. Rujuk Lampiran B untuk format yang ditetapkan.
Pernyataan tujuan laporan bagi Projek Pelajar adalah seperti berikut:
Laporan Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Sijil/Diploma Kejuruteraan Elektrik
Ataupun dalam Bahasa Inggeris:
This Report Is Submitted in Partial Fulfillment Of Requirements For
The Certificate/Diploma In Electrical Engineering
Rujuk Lampiran B untuk format yang ditetapkan.
2.4 Halaman Pengakuan
Halaman Pengakuan Laporan mengandungi pengakuan pelajar
tentang keaslian laporan. Ia memerlukan tandatangan pelajar sendiri. Sila rujuk Lampiran C untuk format yang ditetapkan.
2.5 Halaman Dedikasi (Pilihan)
Pernyataan dedikasi mestilah ringkas dan tidak melebihi satu
perenggan serta tidak mengandungi sebarang nombor, carta atau gambar. Rujuk Lampiran D untuk format yang ditetapkan.
2.6 Halaman Penghargaan (Pilihan)
Halaman penghargaan hanya dibenarkan ditulis dalam satu halaman
sahaja. Penghargaan dirakamkan kepada orang perseorangan atau organisasi yang telah memberi bantuan dalam penyediaan projek dan
laporan ini.
2.7 Abstrak
Abstrak hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan
diikuti oleh terjemahannya dalam Bahasa Inggeris di halaman berikutnya. Abstrak ialah ringkasan daripada laporan, kenyataan masalah yang
diselesaikan, cara-cara penyiasatan dan diikuti penutup. Abstrak mestilah tidak melebihi satu muka surat, tidak mengandungi formula matematik,
gambarajah dan lain-lain yang tidak berkenaan. Abstrak mesti ditulis dalam satu perenggan sahaja.
Bagi laporan dalam Bahasa Inggeris, abstrak hendaklah dalam
bahasa tersebut dan diikuti dengan terjemahannya dalam Bahasa Melayu. Rujuk Lampiran E untuk format yang ditetapkan.
2.8 Halaman Isi Kandungan
Halaman kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dan mengandungi Bahagian, Bab dan pecahan-pecahan utama daripada bab-
bab berkenaan. Bilangan bab tidak ditetapkan, tetapi perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
� Pendahuluan; � Kajian literature;
� Objektif Projek; � Eksperimen dan pengumpulan data;
� Keputusan dan Perbincangan; � Kesimpulan
Rujuk Lampiran F untuk format yang ditetapkan..
2.9 Halaman Senarai Jadual
Senarai ini mengandungi semua tajuk jadual yang dimuatkan dalam laporan. Nombor halaman dan tajuk jadual hendaklah dicatatkan dalam
senarai ini. Urutan nombor jadual hendaklah dibuat mengikut Bab. Rujuk Lampiran G untuk format yang ditetapkan..
2.10 Halaman Senarai Rajah
Rajah merangkumi gambarajah, fotograf, lukisan, graf, carta dan
peta. Seperti senarai jadual, nombor halaman dan tajuk rajah hendaklah dicatatkan dalam senarai rajah. Urutan nombor rajah hendaklah dibuat
mengikut Bab. Rujuk Lampiran H untuk format yang ditetapkan.
2.11 Halaman Senarai Simbol/Singkatan/Tatanama/Istilah
Halaman ini menyenaraikan sebarang symbol atau singkatan atau
tatanama atau istilah yang digunakan dalam laporan. Rujuk Lampiran I untuk format yang ditetapkan.
2.12 Halaman Senarai Lampiran
Semua lampiran yang dimuatkan dalam laporan perlu disenaraikan dengan memberi perhatian kepada perkara berikut:
a) Laporan tidak semestinya mengandungi lampiran. Sekiranya perlu,
data kajian, persamaan matematik, senarai aturcara komputer, gambar dan sebagainya yang perlu dan terlalu
panjang untuk dimuatkan dalam teks atau yang tidak diperlukan
secara langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks bolehlah disertakan dalam lampiran.
b) Lampiran boleh diberi nama Lampiran A, Lampiran B dan seterusnya
bergantung kepada jenis dan kuantiti bahan yang disertakan sebagai lampiran.
Rujuk Lampiran J untuk format yang ditetapkan.
2.13 Kandungan Teks
Teks dalam laporan hendaklah mengandungi Bab-bab yang diberi
tajuk yang sesuai. Setiap tajuk hendaklah membayangkan kandungan teks tersebut.Setiap Bab hendaklah dimulakan pada halaman baru. Bab boleh
dipecahkan kepada bahagian yang diberi sub-tajuk. Tajuk dan sub-tajuk
mestilah dinomborkan mengikut turutan.
Teks ditulis perenggan demi perenggan. Jika boleh, elakkan menulis perenggan yang panjang. Setiap perenggan sebaiknya menerangkan satu
isu atau perkara dan hendaklah ada kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain.
2.13.1 Rujukan Dalam Teks
Rujukan kepada buku teks dan pernerbitan lain mesti dinyatakan.
Jika menggunakan sistem nombor, setiap rujukan yang digunakan diberi mengikut angka Rumi. Bagi merujuk dalam teks, terdapat dua kaedah
yang boleh digunakan.
Jika nama penulis disebut dalam ayat, masukkan nombor rujukan
dengan tanda kurung [ ] selepas penyebutan nama penulis yang dirujuk, contohnya:
“Satu algoritma untuk mengkomputkan jelmaan Fourier diskret telah
diterbitkan oleh Cooley dan Turkey [1] pada tahun 1995.”
Sekiranya tidak memerlukan nama pengarang dalam ayat, tuliskan nombor rujukan sahaja. Contoh:
“Oleh itu, penyelidikan terhadap kaedah penyelesaian yang berkesan
bagi masalah pengoptimuman kekangan ini menjadi suatu bidang kajian yang popular dewasa ini [1].”
2.13.2 Petikan Dalam Teks
Petikan dalam teks hendaklah ditulis dalam perenggan yang berasingan. Petikan yang ditulis dalam bahasa lain hendaklah
menggunakan huruf condong. Contohnya;
The Encyclopedia Britannica (Vol. 11, 9.837) [16] describes tomography in a more application-oriented manner:
A still more complex technique variously called computerized axial
tomography (CAT), was developed by Godfrey Hounsfield at Great Britain and Allen Cormack of the United States during the 1970s.
Since then it has become a widely used diagnostic approach. In this procedure, a narrow beam of X-rays sweeps across an area of the
body and it recorded not an film but
with a radiation detector as a pattern of electrical impulse.
2.13.3 Persamaan Matematik
Persamaan matematik atau persamaan lain mestilah ditulis di atas baris yang terasing dan baris tersebut hendaklah di right-justifiedkan.
Persamaan juga hendaklah dinomborkan mengikut tertib. Sebagai contoh:
(5.3)
Menandakan persamaan yang ketiga dalam Bab V dan seterusnya.
2.13.4 Jadual Dalam Teks
Jadual yang dimuatkan ke dalam teks hendaklah dinomborkan.
Setiap jadual diberi tajuk yang diletak di atas jadual tersebut pada jarak satu baris. Nombor jadual hendaklah dikaitkan dengan Bab. Contohnya;
Table 6.3: Comparison of the Performance of the Integral Control
Jadual sebaik-baiknya diletak selepas sahaja dirujuk buat kali pertama
dalam teks.Semua jadual hendaklah disenaraikan dalam halamanJadual.
2.13.4 Rajah Dalam Teks
Bahan ilutrasi contohnya peta, carta, lukisan, graf, gambarajah
dan fotograf disebut “Rajah”. Setiap rajah hendaklah jelas dan bermutu tinggi dan dinomborkan.Tajuk rajah diletak di bawah bahan ilutrasi
tersebut pada jarak satu baris. Nombor
Bab. Contohya;
Rajah 1.1: Komponen penurasan imej
Menandakan rajah pertama dalan Bab I.
2.14 Rujukan
Rujukan merupakan bahan yang dirujuk semasa menyediakan laporan. Pelajar diingatkan supaya menyenaraikan bahan yang
dalam halaman rujukanditetapkan.
ison of the Performance of the Integral Control
with Kp=2 For Tank #1
baiknya diletak selepas sahaja dirujuk buat kali pertama
dalam teks.Semua jadual hendaklah disenaraikan dalam halaman
Rajah Dalam Teks
Bahan ilutrasi contohnya peta, carta, lukisan, graf, gambarajah
disebut “Rajah”. Setiap rajah hendaklah jelas dan bermutu tinggi dan dinomborkan.Tajuk rajah diletak di bawah bahan ilutrasi
tersebut pada jarak satu baris. Nombor rajah hendaklah dikaitkan dengan
Rajah 1.1: Komponen penurasan imej
Menandakan rajah pertama dalan Bab I.
Rujukan merupakan bahan yang dirujuk semasa menyediakan Pelajar diingatkan supaya menyenaraikan bahan yang
dalam halaman rujukan selepas teks. Rujuk Lampiran K untuk format yang
ison of the Performance of the Integral Control
baiknya diletak selepas sahaja dirujuk buat kali pertama
dalam teks.Semua jadual hendaklah disenaraikan dalam halaman Senarai
Bahan ilutrasi contohnya peta, carta, lukisan, graf, gambarajah
disebut “Rajah”. Setiap rajah hendaklah jelas dan bermutu tinggi dan dinomborkan.Tajuk rajah diletak di bawah bahan ilutrasi
h dikaitkan dengan
Rujukan merupakan bahan yang dirujuk semasa menyediakan Pelajar diingatkan supaya menyenaraikan bahan yang dirujuk
selepas teks. Rujuk Lampiran K untuk format yang
2.15 Lampiran
Lampiran membolehkan pelajar memuatkan bahan yang dapat memberi penerangan tambahan kepada teks dengan tidak mengganggu
tumpuan pembaca. Bahan-bahan ini termasuk jadual, carta, atur cara perisian dan lain-lain. Semua lampiran hendaklah disenaraikan dalam
halaman Senarai Lampiran.
BAB III
PENYEDIAAN LAPORAN
3.1 Cara Menyediakan Salinan
Cara menyediakan salinan ialah, laporan asal ditaip dan salinannya
fotostat.
3.2 Kertas & Saiz
Kertas (≥ 80gsm) berukuran 210mm x 297mm (saiz A4) yang
berwarna putih dan bermutu tinggi mesti digunakan untuk salinan asal.
3.3 Jidar Halaman Laporan
Pada amnya jidar adalah sama bagi setiap halaman, iaitu 4 cm di sebelah kiri (untuk memudahkan penjilidan) dan 2.5 cm di sebelah atas,
kanan dan bawah.
3.4 Penomboran Halaman
Nomborkan halaman mengikut urutan seperti yang ditetapkan dalam
Jadual 2.1. Nombor halaman hendaklah ditulis di sudut atas sebelah kanan, 1.25cm dari tepi atas dan 2.5cm dari tepi sebelah kanan digit
terakhir nombor berkenaan. Penomboran halaman hendaklah memenuhi syarat berikut:
a) Bahagian permulaan laporan yang bermula dengan Halaman Tajuk
Projek, hendaklah dinombor dengan angka kecil Roman (i, ii, iii dsb); bahagian teks dan selepasnya hendaklah menggunakan angka
Rumi (1, 2, 3 dsb).
b) Halaman pertama laporan ialah Halaman Tajuk Projek, dianggap sebagai halaman “i” tetapi nombornya tidak ditaip. Begitu juga
dengan halaman pertama teks yang dianggap sebagai halaman “1”
tetapi nombornya tidak ditaip.
c) Setiap permulaan Bahagian atau Bab, tidak ditulis nombor halamannya tetapi diambilkira bagi menomborkan halaman
berikutnya.
3.5 Penomboran Bab & Sub-Tajuk Dalam Bab
Setiap Bab dan sub-tajuk dalam laporan perlu dinomborkan dengan teratur. Setiap Bab (Chapter) dinomborkan menggunakan angka Roman
iaitu BAB II (Chapter 2), BAB III (Chapter 3) dan seterusnya. Begitu juga dengan sub-tajuk. Struktur penomboran sub-judul disusun mengikut
urutan tahap sub-tajuk dan tidak melebihi empat tahap seperti berikut:
BAB 1 Tahap pertama (Tajuk Bab Laporan)
1.1 Tahap kedua (Sub-Tajuk) 1.1.1 Tahap ketiga (Sub-sub-Tajuk)
1.1.1.1 Tahap keempat (Sub-sub-sub-Tajuk)
3.6 Penaipan
Penggunaan Microsoft Words 98 atau versi yang lebih terkini, sila gunakan jenis huruf (font) Times New Roman, bersaiz 12. Jarak di antara
baris dalam teks ialah satu setengah langkau (1.5 spacing). Teks dalam laporan hendaklah ditaip pada sebelah halaman sahaja.
Tajuk Bab hendaklah ditaip dengan huruf besar dan diletak di tengah-tengah antara jidar kiri dengan kanan. Setiap Bab hendaklah di atas
halaman yang baru. Bab dan bahagian dalam Bab hendaklah diberi
tajuk. Tajuk boleh ditaip dengan huruf tebal dan tidak perlu digariskan. Huruf pertama setiap perkataan dalam Sub-Tajuk
hendaklah huruf besar.
3.7 Jarak Dan Format
Pelajar perlu mematuhi peraturan-peraturan berikut:
a) Halaman Permulaan Bab baru i. Jarak di antara jidar atas dengan Nombor Bab ialah dua (2)
baris; ii. Jarak di antara Nombor Bab dengan Tajuk Bab, dan di antara
Tajuk Bab dengan baris pertama teks ialah tiga (3) baris;
b) Halaman biasa
i. Jarak di antara Sub-Tajuk dengan baris terakhir teks sebelumnya ialah dua (2) baris;
ii. Jarak di antara Sub-Tajuk dengan baris pertama teks selepasnya ialah satu (1) baris;
iii. Jarak di antara perenggan ialah satu (1) baris; iv. Mulakan Sub-Tajuk berserta nombornya dari jidar kiri;
v. Jangan mulakan baris pertama perenggan baru di sebelah bawah halaman;
vi. Jarak di antara ayat terakhir dengan Jadual dan Rajah ialah satu (1) baris.
Rujuk Lampiran L untuk format yang ditetapkan.
3.8 Naskah Cetakan Komputer
Pelajar hendaklah menaip laporan dengan menggunakan komputer kerana cara ini membolehkan pembetulan dibuat dengan cepat dan
mudah. Cetakan laporan hendaklah dibuat menggunakan mesin cetak “laser” atau kualiti cetakan yang setaraf.
RUJUKAN
[1] Universiti Teknologi Malaysia (2002). Panduan Menulis Tesis Dan
Salinan [2] Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan (2006). Panduan Penyediaan
Laporan Akhir PSM.Fakulti Kejuruteraan Elektrik.
[3] Universiti Sains Malaysia (1998). Panduan Penyediaan Laporan Projek Tahun Akhir. Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Diploma Kejuruteraan Elektrik.”
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Ungku Omar
AZHAR BIN JAFFAR
This Report Is Submitted In Partial Fulfillment Of Requirements For
Diploma In Electrical Engineering