PANDUAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR - ump.edu.my · Contoh: Pegawai cuti belajar mulai 1/7/2004...

4
KESAN CUTI BELAJAR KE ATAS CUTI REHAT, GAJI DAN ELAUN 1. Diberi untuk mengikuti apa jua jenis latihan atau pengajian yang diakui di peringkat Diploma, Ijazah Asas, Ijazah Lanjutan atau Kursus Lanjutan 2. JENIS CUTI BELAJAR a. Bergaji Penuh b. Separuh Gaji c. Tanpa Gaji atas sebab dasar awam d. Tanpa Gaji e. Dibayar Elaun bersamaan separuh gaji 3. LIPUTAN TEMPOH CUTI BELAJAR a. Sepanjang tempoh kursus yang diikuti termasuk cuti akademik dan rehat yang jatuh dalam kursus b. Sepanjang tempoh perjalanan pergi ke tempat belajar dan balik mengikut jalan yang paling dekat c. Sepanjang tempoh menunggu di luar negeri yang tidak dapat dielak yang disebabkan oleh urusan-urusan perjalanan tempatan 4. SELEPAS TAMAT TEMPOH CUTI BELAJAR a. Pegawai boleh memohon kepada Ketua Jabatan ( melalui Ketua Unit/Pusat/ Dekan kepada Pendaftar) cuti tanpa rekod tidak melebihi 7 hari selepas tamat kursus/latihan/pengajian b. SYARAT : Tempoh Kursus/Latihan/Pengajian pegawai adalah lebih 12 bulan (PA 38 BAB C 1974) c. Setelah tamat cuti belajar/cuti tanpa rekod, pegawai dikehendaki melapor diri kepada Unit Latihan untuk tujuan rekod

Transcript of PANDUAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR - ump.edu.my · Contoh: Pegawai cuti belajar mulai 1/7/2004...

Page 1: PANDUAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR - ump.edu.my · Contoh: Pegawai cuti belajar mulai 1/7/2004 sehingga 30/6/2007. Tarikh lapor diri dari cuti belajar adalah pada ... PANDUAN PERMOHONAN

KESAN CUTI BELAJAR KE ATAS CUTI REHAT, GAJI DAN ELAUN

1. Diberi untuk mengikuti apa jua jenis latihan atau pengajian yang diakui di

peringkat Diploma, Ijazah Asas, Ijazah Lanjutan atau Kursus Lanjutan

2. JENIS CUTI BELAJAR

a. Bergaji Penuh

b. Separuh Gaji

c. Tanpa Gaji atas sebab dasar awam

d. Tanpa Gaji

e. Dibayar Elaun bersamaan separuh gaji

3. LIPUTAN TEMPOH CUTI BELAJAR

a. Sepanjang tempoh kursus yang diikuti termasuk cuti akademik dan rehat

yang jatuh dalam kursus

b. Sepanjang tempoh perjalanan pergi ke tempat belajar dan balik mengikut

jalan yang paling dekat

c. Sepanjang tempoh menunggu di luar negeri yang tidak dapat dielak yang

disebabkan oleh urusan-urusan perjalanan tempatan

4. SELEPAS TAMAT TEMPOH CUTI BELAJAR

a. Pegawai boleh memohon kepada Ketua Jabatan ( melalui Ketua

Unit/Pusat/ Dekan kepada Pendaftar) cuti tanpa rekod tidak melebihi 7

hari selepas tamat kursus/latihan/pengajian

b. SYARAT : Tempoh Kursus/Latihan/Pengajian pegawai adalah lebih 12

bulan (PA 38 BAB C 1974)

c. Setelah tamat cuti belajar/cuti tanpa rekod, pegawai dikehendaki melapor

diri kepada Unit Latihan untuk tujuan rekod

Page 2: PANDUAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR - ump.edu.my · Contoh: Pegawai cuti belajar mulai 1/7/2004 sehingga 30/6/2007. Tarikh lapor diri dari cuti belajar adalah pada ... PANDUAN PERMOHONAN

d. Mengemukakan satu salinan sijil kelulusan kepada Unit Perkhidmatan

untuk dicatatkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan dan disimpan dalam

fail peribadi

5. PERGERAKAN GAJI TAHUNAN

a. Pegawai yang menerima SSM layak diberi pergerakan gaji tahunan secara

sebenar jika bercuti belajar bergaji penuh (SPP 5/2002, PP 4/2002).

Wslaubagaimanapun tertakluk kepada laporan prestasi pegawai

berkenaan.

b. CUTI BELAJAR SEPARUH GAJI / TANPA GAJI : Jika tempoh lebih

180 hari dalam satu tahun kalendar layak mendapat pergerakan gaji

tahunan secara isyarat terhad setakat 3 kali sahaja.

6. KESAN KEPADA ELAUN-ELAUN

a. Pegawai yang bercuti belajar di luar negara tidak layak menikmati

Elaun COLA ( Elaun Bantuan Sara Hidup)

b. Pegawai yang bercuti belajar (dalam dan luar negara) tidak layak

menikmati Elaun Kritikal ( Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal).

c. Selain dari itu, Elaun Kritikal juga akan diberhentikan dalam tempoh

berikut;

i. Cuti Tanpa Gaji

ii. Cuti Separuh Gaji

iii. Berkursus dengan bergaji penuh melebihi 3 bulan

iv. Cuti Rehat melebihi 28 hari berturut-turut

v. Cuti Haji, Cuti Bersalin dan Cuti Sakit melebihi 28 hari berturut-

turut

vi. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional yang

memangku jawatan Gred Utama dan Gred Khas

Page 3: PANDUAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR - ump.edu.my · Contoh: Pegawai cuti belajar mulai 1/7/2004 sehingga 30/6/2007. Tarikh lapor diri dari cuti belajar adalah pada ... PANDUAN PERMOHONAN

7. KESAN KEPADA CUTI REHAT

a. Tempoh perkhidmatan semasa cuti belajar tidak melayakkan cuti rehat

(Perintah Am 1(ix) Bab C). Contoh: Pegawai cuti belajar mulai 1/7/2004

sehingga 30/6/2007. Tarikh lapor diri dari cuti belajar adalah pada

1/7/2007. Kelayakan cuti rehat pada tahun 2004 adalah (365-184/365 x 30

hari (kelayakan cuti rehat pegawai) = 15 hari. Pada tahun 2005 dan 2006

tidak layak cuti rehat. Manakala kelayakan cuti rehat pada tahun 2007

adalah 365-181/365 x 30 = 15 hari.

b. Cuti rehat (pada tahun semasa) sebelum cuti belajar tidak boleh dikumpul

untuk GCR (gantian cuti rehat) dan tidak boleh dibawa ke tahun hadapan

(’carry forward’)

8. KESAN KEPADA SKIM PENCEN

JENIS CUTI BELAJAR KESAN KPD SKIM PENCEN

Bergaji penuh Tempoh cuti boleh diambilkira

Separuh gaji Tempoh cuti boleh diambilkira

Tanpa gaji atas sebab dasar awam Tempoh cuti boleh diambilkira

*Tanpa gaji Tidak boleh diambilkira

Dibayar elaun bersamaan separuh gaji Tidak boleh diambilkira

Sumber : Peraturan 5 Peraturan-peraturan Pencen 1980

*7.1 Kemudahan mengambilkira tempoh Cuti Belajar Tanpa Gaji untuk

tujuan pengiraan faedah persaraan adalah berkuatkuasa mulai

1.1.1992, iaitu hanya terpakai ke atas mereka yang diluluskan cuti

belajar tanpa gaji yang bermula pada atau selepas tarikh itu.

Page 4: PANDUAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR - ump.edu.my · Contoh: Pegawai cuti belajar mulai 1/7/2004 sehingga 30/6/2007. Tarikh lapor diri dari cuti belajar adalah pada ... PANDUAN PERMOHONAN

*7.2 CUTI BELAJAR TANPA GAJI boleh diambilkira bagi faedah

persaraan (SPP 2/1998) tertakluk kepada kriteria-kriteria berikut;

a. kelulusan cuti belajar tanpa gaji di bawah Perintah 36 Bab C Perintah

Am dan bukannya cuti tanpa gaji atas sebab peribadi di bawah Perintah 14

Bab C

b. Sebarang pertukaran kursus perlu diluluskan oleh agensi yang

meluluskan cuti belajar tanpa gaji (KUKTEM)

c. Pegawai hendaklah lulus dalam pengajiaannya dan mengemukakan

salinan sijil kelulusan kepada Unit Perkhidmatan untuk direkodkan dalan

Buku Rekod Perkhidmatan dan disimpan dalam fail peribadi

d. Pegawai dikehendaki berkhidmat dengan agensi tersebut (KUKTEM)

sekembalinya bertugas. Jika pegawai itu bersara sebelum dapat memenuhi

syarat ini, maka hanya sebahagian tempoh cuti belajar tanpa gaji boleh

diambilkira iaitu tempoh ia dapat berkhidmat semula itu.

DISEDIAKAN OLEH :

UNIT PERKHIDMATAN

PEJABAT PENDAFTAR

15 Oktober 2006

Pkh/c/cutibelajar