Panduan Perniagaan Cuci Kereta

21

Click here to load reader

description

g

Transcript of Panduan Perniagaan Cuci Kereta

  • Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t di atas segala limpah rahmat dan keizinanNya maka dapat saya memberikan sepatah dua kata dalam buku panduan perniagaan ini.

    Kita sedia maklum bahawa bidang perniagaan adalah merupakan satu sektor penting dan amat diberi perhatian oleh Kerajaan terutamanya bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Dalam tempoh RMKe-8, bidang perniagaan merupakan penyumbang utama kepada KDNK negara dan ia dijangka akan terus meningkat dalam RMKe-9 dan di masa-masa akan datang.

    Dalam usaha untuk membantu usahawan-usahawan bumiputera, Kerajaan telah menyediakan pelbagai dana dan program latihan keusahawanan bagi memberi peluang kepada pengusaha baru dan lama untuk menceburkan diri serta mengembangkan perniagaan.

    Sehubungan dengan itu, saya berpendapat usaha yang dijalankan oleh bahagian Perancagan dan Penilaian menerbitkan buku panduan perniagaan ini merupakan satu langkah untuk membantu dan mendorong orang ramai melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

    Akhir kata, saya amat berharap melalui penerbitan dan penyebaran bahan-bahan maklumat seperti ini, ia akan menjadi panduan agar ramai usahawan-usahawan bumiputera akan melibatkan diri dalam perniagaan sehingga mampu berdikari dan bersaing dalam pasaran semasa.

    Sekian, terima kasih serta wassalam,

    Yang Berhormat Dato Mohamed Khaled Bin Nordin.

  • Muka surat

    LATAR BELAKANG PERNIAGAAN 1

    PROFIL PERNIAGAAN PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA 2

    PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN 3

    PENGURUSAN PERKHIDMATAN 5

    PENGURUSAN TENAGA KERJA 8

    PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN 9

    PENGURUSAN DAN STRATEGI KEWANGAN 13

    PENGURUSAN RISIKO 16

    FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN 16

  • BUKU PANDUAN PERNIAGAAN PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA _______________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________________________________________

    BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 1

    1 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN PENCUCIAN KERETA

    MENGENALI PERNIAGAAN PENCUCIAN KERETA

    Perniagaan pencucian dan penjagaan kereta merangkumi perkhidmatan:

    Mencuci bahagian luar kenderaan. Mencuci bahagian dalam kenderaan.

    Mencuci bahagian enjin kenderaan. Menggilap kenderaan.

    Membasuh kerusi dan permaidani kenderaan. Perkhidmatan undercoat.

    Tiga (3) bentuk perkhidmatan perniagaan pencucian dan penjagaan kereta boleh disediakan kepada pelanggan. Perkhidmatan tersebut adalah:

    Layan Diri (Self-Service) Perkhidmatan Disediakan Sepenuhnya Oleh Pengusaha (Full Service) Automatik

    Perniagaan ini harus diberi pertimbangan serius berdasarkan faktor-faktor berikut:

    Kos Permulaan Yang Rendah Tidak Memerlukan Tenaga Pekerja Yang Ramai Dan Berkemahiran Tahap Pengurusan Yang Rendah Mudah Mendapatkan Bekalan Dan Peralatan

    Tiada Peraturan Khusus Dari Pihak Berkuasa Tempatan Perniagaan Tunai

    Risiko Perniagaan Rendah Potensi Untuk Berkembang Pesat

  • BUKU PANDUAN PERNIAGAAN PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA _______________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________________________________________

    BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 2

    2 PROFIL PERNIAGAAN PENCUCIAN DAN PENJAGAAN KERETA

    PERKHIDMATAN ASAS Perkhidmatan asas yang ditawarkan adalah seperti berikut:

    Mencuci Bahagian Luar Kenderaan

    Mencuci Bahagian Dalam Kenderaa Mencuci Bahagian Enjin Menggilap (Polish) Membasuh Tempat Duduk Dan Karpet Kenderaan

    PERKHIDMATAN SAMPINGAN

    Perkhidmatan sampingan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

    Membaik pulih kereta. Menjual aksesori kereta. Kereta sewa.

    Menjual kereta terpakai.

    PERNIAGAAN LAIN

    Perniagaan ini mempunyai potensi dikembangkan dengan perniagaan lain seperti: Cafe/restoran. Kedai serba guna.

    PROSES DAN ALIRAN KERJA PERKHIDMATAN PENCUCIAN DAN PENJAGAAN KERETA Bagi memastikan pengurusan perniagaan berjalan dengan berkesan, setiap kenderaan yang masuk dan keluar perlu direkodkan. Sistem rekod berkomputer adalah digalakkan. Arah aliran kerja adalah seperti berikut:

    Pendaftaran kereta masuk. Rekodkan jenis perkhidmatan yang diperlukan. Keluarkan, basuh dan keringkan pelapik lantai.

    Basahkan keseluruhan bahagian kenderaan.. Syampu bahagian Enjin kenderaan. Basuh/bersih, keringkan dan semburan bahan kimia.

  • BUKU PANDUAN PERNIAGAAN PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA _______________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________________________________________

    BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 3

    Hidupkan enjin untuk diuji. Syampu/sabun bahagian tayar dan rim. Syampu bahagian luar kenderaan. Basuh, bilas dan keringkan bahagian luar kenderaan. Kemasan bahagian cermin dengan menggunakan glass cleaner.

    Vakum bahagian dalam. Wax/kilatkan PVC, Kulit bahagian dalam/luar kenderaan. Wax/kilatkan tayar dan rim.

    Kilatkan tempat lapik kaki (rubber mat). Menggilap.

    3 PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN

    PENUBUHAN PERNIAGAAN Sebelum memulakan sesuatu perniagaan bakal pengusaha perlu mendaftarkan perniagaan yang hendak dijalankan. Pendaftaran ini boleh dibuat di mana-mana pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pejabat Pos Malaysia yang dilantik oleh SSM. Perniagaan boleh didaftarkan atas nama perseorangan, perkongsian, syarikat koperasi, sendirian berhad atau awam berhad.

    PENUBUHAN SYARIKAT Faktor-faktor yang perlu diambil kira oleh seseorang bakal pengusaha sebelum menubuhkan syarikat.

    Pemilihan Nama Syarikat

    Jenis Perniagaan

    Prosedur Pendaftaran Perniagaan Memilih Bentuk Perniagaan

    PEMILIHAN LOKASI DAN PREMIS PERNIAGAAN

    Memilih Lokasi

    Cara Memperoleh Tapak Perniagaan i) Menyewa ii) Tapak Milik Sendiri

  • BUKU PANDUAN PERNIAGAAN PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA _______________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________________________________________

    BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 4

    MENDAPATKAN LESEN Setelah pemilihan lokasi perniagaan dibuat, bakal pengusaha perlu mendapatkan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Permohonan lesen boleh dibuat di PBT di mana lokasi perniagaan itu hendak dijalankan.

    Lesen perniagaan ini dikeluarkan oleh Majlis Tempatan, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah dan Dewan Bandaraya. Setiap PBT mempunyai undang-undang dan peraturan masing-masing. Borang untuk pendaftaran lesen perniagaan ini boleh diperoleh dengan kadar bayaran satu ringgit (RM1.00) di pejabat PBT tersebut. Di samping itu kadar bayaran yang berbeza dikenakan mengikut jenis perniagaan. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab peniaga untuk mengetahui keperluan dan peraturan undang-undang dalam perniagaan masing-masing.

    Lesen perniagaan akan diberikan secara tahunan dan pengusaha harus memenuhi syarat-syarat lesen perniagaan sepanjang pengusaha menjalankan perniagaan. Pegawai-pegawai PBT daerah akan melawat kedai/lokasi pengusaha dari semasa ke semasa untuk menentukan pengusaha memenuhi syarat-syarat lesen yang ditetapkan.

    Syarat-Syarat Yang Perlu

    Pada kebiasaannya, pengusaha perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan seperti memenuhi piawaian keselamatan minimum premis perniagaan, kesan alam

    sekitar (sisa buangan), kebersihan, tidak mengganggu ketenteraman awam dan sebagainya sebelum lesen perniagaan dikeluarkan.

    Permohonan

    Semua permohonan lesen perniagaan hendaklah dibuat dengan mengisi borang-borang yang berkaitan.

    Cara mendapatkan lesen perniagaan: Isikan borang permohonan lesen perniagaan.

    Serahkan borang tersebut kepada pihak berkuasa tempatan. Perkara-perkara yang perlu disertakan adalah:

    Sijil pendaftaran syarikat Surat kebenaran/perjanjian sewa daripada pemilik lokasi Surat hak milik sekiranya tapak itu milik sendiri

  • BUKU PANDUAN PERNIAGAAN PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA _______________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________________________________________

    BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 5

    Lakaran pelan lokasi

    Contoh papan tanda (Iklan)

    Sebelum lesen dikeluarkan pihak berkuasa akan memeriksa bangunan/tapak lokasi untuk memastikan segala peraturan seperti kebersihan dan keselamatan dipatuhi.

    Kemudian pengusaha akan dipanggil untuk membuat bayaran. Jika terdapat papan iklan, bayaran tambahan akan dikenakan.

    Lesen ini mesti dipamerkan di dalam kedai.

    Bayaran Lesen

    Kadar bayaran lesen ditetapkan oleh PBT masing-masing. Berdasarkan kajian, bayaran lesen dikenakan adalah dalam lingkungan RM160.00 hingga RM180.00 setahun.

    PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN (RP) Pengusaha digalakkan menyedia rancangan perniagaan sebelum memulakan satu-satu perniagaan.Rancangan perniagaan ini bertujuan:

    Membolehkan pengusaha melihat dan menilai projek secara objektif,kritikal dan praktikal.

    Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan. Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdaya

    maju atau sebaliknya. Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan

    sebagai asas bagi cadangan pembiayaan. Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebih baik.

    4 PENGURUSAN PERKHIDMATAN

    SISTEM DAN KAEDAH Sebelum memulakan perniagaan bakal pengusaha perlu membuat keputusan apakah sistem/kaedah pengeluaran yang akan digunakan. Kaedah ini akan menentukan apakah peralatan dan bahan yang akan diperlukan. Berdasarkan kajian hampir semua responden yang dilawati, menggunakan pendekatan operasi berasaskan intensif buruh,

  • BUKU PANDUAN PERNIAGAAN PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA _______________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________________________________________

    BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 6

    di mana setiap peringkat pengeluarannya banyak menggunakan tenaga pekerja. Walau bagaimanapun, bakal pengusaha seharusnya mengetahui peralatan/teknologi terkini yang terdapat di pasaran, baik di dalam atau di luar negara. Maklumat ini akan membantu bakal pengusaha membuat keputusan dalam menentukan sistem/kaedah pengeluaran. Maklumat ini boleh diperoleh di laman web www.detailplus.com.

    PERALATAN Kos lima (5) peralatan asas yang biasa digunakan adalah seperti di Jadual di bawah:

    PERALATAN YANG DIGUNAKAN BAGI PERNIAGAAN PENCUCIAN DAN PENJAGAAN KERETA

    Peralatan/Bahan Kos Terendah

    (RM)

    Kos Purata

    (RM)

    Water pump

    Snow wash Machine

    Air Pressure

    Wet & Dry Vacuum Cleaner

    Polish Machine

    1,200

    2,000

    600

    300

    400

    1,500

    3,000

    1,200

    800

    1,000

    Bagi mereka yang sanggup membuat pelaburan yang lebih tinggi, terdapat beberapa peralatan yang lebih tinggi keupayaan dan kecekapan di antaranya adalah:

    Chemtrol pelbagai guna yang mempunyai fungsi untuk syampu, wax, polishing dan glass cleaning.

    Automatic met washer and dryer - untuk membersihkan dan mengering rubber Mat.

    Carpet dry system membersihkan permaidani secara automatik. Soil extractors Membersihkan bahagian dalam kenderaan.

    Interior repair Membersihkan/repair leather seat. Car wash system Membersihkan bahagian luar kenderaan.

  • BUKU PANDUAN PERNIAGAAN PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA _______________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________________________________________

    BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 7

    Peralatan ini tiada di pasaran tempatan dan sekiranya perlu boleh di import. Maklumat berhubung dengan peralatan ini boleh diperoleh melalui laman web www.detailplus.com.

    BAHAN-BAHAN Di antara bahan dan kos bahan yang biasanya digunakan oleh pengusaha berdasarkan kajian adalah seperti Jadual di bawah:

    BAHAN-BAHAN PENCUCIAN KERETA

    Bahan Anggaran Harga Syampu Biasa

    Syampu Enjin

    Wax (getah)

    Snow wash powder

    Car Polish

    RM50.00/5 liter

    RM45.00/5 liter

    RM130.00/5 liter

    RM60.00/beg

    RM45.00

    Bahan-bahan di atas boleh didapati dengan mudah di pasaran tempatan. Selain daripada bahan-bahan tersebut, terdapat syampu/wax/pencuci yang dibuat khusus untuk digunakan kepada sesuatu peralatan kenderaan bagi memastikan produk akhir yang dikeluarkan berkualiti dan tidak memberi kesan sampingan kepada peralatan, di antaranya adalah:

    Carpet & upholstery syampu dan fabric plus anti stain protectant dibuat khusus untuk mencuci permaidani dan peralatan berasaskan fibers.

    Deodorizer spray pewangi yang tidak memberi kesan kepada peralatan

    kenderaan. Mink plus leather conditioner khusus untuk bahagian berasaskan kulit. Odor rid Untuk mencegah pembiakan/ mengeluarkan kulat pada kereta.

    BAHAN/PERALATAN LAIN Selain daripada peralatan dan bahan yang dinyatakan di atas, komputer juga penting untuk digunakan khususnya bagi kawalan pengurusan dan kewangan. Keperluan-

  • BUKU PANDUAN PERNIAGAAN PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA _______________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________________________________________

    BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 8

    keperluan lain seperti kain, span dan sebagainya adalah dalam jumlah yang kecil dari segi nilai dan ianya dapat diperoleh dengan mudah.

    5 PENGURUSAN TENAGA KERJA

    JENIS PEKERJA Untuk permulaan, sekurang-kurangnya seorang pekerja mahir diperlukan bagi mengetuai kumpulan pekerja lain. Bagi memastikan perniagaan ini stabil beberapa pekerja tetap diperlukan. Bagi meminimumkan kos operasi, pekerja boleh dilantik secara sambilan pada kadar 1:1, iaitu satu pekerja sambilan bagi satu pekerja tetap. Keperluan sebenar pekerja bergantung kepada saiz operasi perniagaan semasa. Kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran di peringkat awal penubuhan sebaiknya diurus sendiri oleh pengusaha.

    KATEGORI PEKERJA Antara kategori pekerja yang diperlukan bagi perniagaan ini adalah seperti berikut:

    Pengurusan

    Penyelia

    Pekerja Am/Buruh

    GAJI DAN IMBUHAN Sebagai panduan, Jadual di bawah menyenaraikan anggaran gaji yang boleh digunakan untuk pembayaran gaji atau upah kepada pekerja.

    GAJI DAN IMBUHAN (BULANAN)

    Jenis Pekerja Gaji (RM) Pengurus 2,500.00- 3,000.00

    Penyelia 1,000.00- 1,500.00

    Pekerja Am 500.00- 750.00

  • BUKU PANDUAN PERNIAGAAN PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA _______________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________________________________________

    BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 9

    TAHAP KEMAHIRAN Keperluan tenaga pekerja boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:

    Mahir

    Kurang Mahir/Buruh Am

    KURSUS DAN LATIHAN Bagi memantapkan dan mengukuhkan lagi perniagaan bakal pengusaha perlu mendapatkan latihan, bimbingan keusahawanan, kursus asas perniagaan dan kursus kepimpinan. Ia juga perlu memberi latihan kepada pekerja khususnya dalam bidang teknik cucian dan penjagaan kenderaan agar perniagaan dapat berjalan dengan lancar. Pengusaha boleh memberi latihan kepada pekerja secara on the job training. Latihan-latihan asas perniagaan dan keusahawanan ini ada disediakan oleh pelbagai agensi seperti dinyatakan sebelum ini.

    6 PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN

    Di dalam memulakan sesuatu perniagaan, adalah penting bagi seseorang individu mengenal pasti terlebih dahulu strategi dan cara pemasaran dalam memasarkan produk atau perkhidmatan mereka. Perancangan yang teliti dalam pemasaran bukan sahaja akan menghasilkan keuntungan, malah perniagaan itu juga akan dapat merangka perjalanan syarikatnya pada masa akan datang.

    Pemasaran adalah satu mekanisme untuk memberi pengetahuan tentang produk dan perkhidmatan perniagaan kepada orang ramai. Namun pada masa yang sama, ia juga bertujuan untuk menarik orang ramai untuk menggunakan produk/perkhidmatan yang ditawarkan. Ia merupakan proses perhubungan organisasi dengan pelanggan dan orang ramai. Proses ke arah menjayakan strategi pemasaran perlu mengambil kira beberapa perkara, iaitu:

    Pasaran

    Keperluan pelanggan

    Pakej perkhidmatan

  • BUKU PANDUAN PERNIAGAAN PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA _______________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________________________________________

    BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 10

    PASARAN Bakal pengusaha perlu membuat kajian pasaran bagi membantu mereka membuat keputusan berhubung strategi pemasaran. Antara aspek pasaran yang perlu dikaji ialah segmen pasaran.

    Segmen Pasaran Segmen pasaran bagi perkhidmatan mencuci kenderaan boleh di bahagikan kepada tiga:

    Individu Syarikat Swasta

    Kerajaan

    Jaringan Untuk berjaya dan mengembangkan perniagaan sama ada di dalam atau di luar negara, para usahawan haruslah mencari dan menjalin hubungan baik dengan syarikat-syarikat perniagaan pencucian dan penjagaan kenderaan dari luar negara. Banyak maklumat berhubung dengan pengusaha, pengeluar pengilang produk pencucian dan penjagaan kenderaan boleh diperoleh menerusi internet. Laman web yang popular di antaranya adalah: www.industrycarwash.com, www.detailplus.com, www.ehow.com, www.thecarwashtime.com dan www.carwashinvesting.com.

    Melalui jaringan, banyak pengetahuan baru berhubung dengan produk di dalam pasaran, teknologi terkini dalam industri serta panduan-panduan perniagaan bagi mengembangkan perniagaan.

    KEPERLUAN PELANGGAN Setiap manusia mempunyai cita rasa yang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh norma-norma hidup seperti tahap pendidikan, pegangan agama, sosioekonomi, budaya dan juga masyarakat yang berbeza. Bagi memenuhi kehendak pelanggan yang berbeza, seseorang pengusaha perlu mengetahui dan mendapatkan maklumat mengenai pelanggan seperti berikut:

    i. Jenis perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna di lokasi tersebut. ii. Tahap kepuasan yang diharapkan oleh pengguna seperti:

  • BUKU PANDUAN PERNIAGAAN PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA _______________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________________________________________

    BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 11

    Kualiti perkhidmatan Keselesaan pengguna semasa menunggu

    Jangka masa menunggu

    Harga bagi setiap perkhidmatan

    iii. Peruntukkan kewangan yang ditetapkan pelanggan bagi mendapatkan perkhidmatan.

    iv. Masalah pelanggan yang berkaitan.

    PAKEJ PERKHIDMATAN

    Pakej Perkhidmatan Yang Boleh Ditawarkan Beberapa bentuk pakej boleh dirancang, di antaranya seperti:

    Harga pakej yang lebih murah bagi pelanggan yang mendapatkan beberapa jenis perkhidmatan.

    Harga pakej yang lebih murah kepada pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan berikutnya.

    Pakej untuk pelanggan tetap. Sistem kupon.

    Perkhidmatan Lepas Jualan Perkhidmatan lepas jualan adalah penting bagi seseorang pengusaha untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan memenuhi keperluan pelanggan. Pemantauan dari semasa ke semasa dan juga khidmat nasihat mengenai teknik penjagaan kenderaan boleh diberikan kepada pelanggan. Perkhidmatan yang berkualiti dan hubungan yang baik dengan pelanggan dapat menarik pelanggan untuk mendapatkan semula perkhidmatan yang diberikan. Secara tidak langsung pelanggan akan memperkenalkan perniagaan ini kepada rakan-rakan mereka.

    PENENTUAN HARGA

    Strategi Penetapan Harga Dua elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam menetapkan harga ialah:

  • BUKU PANDUAN PERNIAGAAN PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA _______________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________________________________________

    BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 12

    Nilai Harga Pasaran Bagi menghasilkan harga pasaran yang adil dan saksama, bakal pengusaha

    perlu membuat analisis pasaran dengan melakukan tinjauan di dalam industri dan lokasi yang sama. Harga yang murah belum tentu dapat menarik minat pengguna. Malah harga yang tinggi juga menyukarkan pengusaha untuk memperoleh pelanggan. Maka pengusaha perlu

    mengetahui harga yang benar-benar sesuai dengan perkhidmatan yang akan ditawarkan.

    Kos Operasi Harga juga ditentukan berdasarkan kos operasi untuk penghasilan

    perkhidmatan. Semakin tinggi kecekapan akan memberi keselesaan dalam menentukan harga sesuatu perkhidmatan. Untuk itu amat penting bagi pengusaha mengetahui cara mengurus pekerja, menentukan jumlah pekerja yang optimum dan menggunakan peralatan dan bahan dengan cekap.

    TEMPAT/TAPAK PERNIAGAAN Tempat perniagaan juga merupakan elemen penting di dalam merangka strategi pemasaran yang berkesan. Ini kerana tempat perniagaan yang sesuai banyak membantu untuk mendapatkan pelanggan misalnya di kompleks perniagaan, kawasan perumahan, kawasan komersial dan premis-premis perniagaan yang dibenarkan.

    PROMOSI Promosi merupakan suatu tindakan untuk mendekatkan orang ramai kepada perniagaan atau dengan kata lain menjadikan orang ramai, agensi swasta dan kerajaan sebagai pelanggan perniagaan.

    Pengiklanan

    Pengiklanan dapat dilakukan melalui pelbagai cara iaitu melalui media cetak seperti surat khabar dan risalah, media elektronik seperti radio dan televisyen serta laman web.

  • BUKU PANDUAN PERNIAGAAN PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA _______________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________________________________________

    BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 13

    Perhubungan Awam Mempromosikan perniagaan dengan mengadakan lawatan dan pertemuan dengan bakal pelanggan baik pelanggan perseorangan, syarikat dan juga kerajaan. Pendekatan promosi ini dijangka lebih berkesan, khususnya jika pengusaha dapat menyediakan pakej perkhidmatan jangka panjang yang menarik seperti pemberian kupon dan diskaun untuk pelanggan tetap.

    7 PENGURUSAN DAN STRATEGI KEWANGAN

    MODAL PERMULAAN Modal merupakan satu daripada elemen terpenting untuk memulakan dan memajukan perniagaan. Penyediaan anggaran modal termasuk pecahan kos-kos terlibat adalah perlu untuk memulakan sesuatu perniagaan yang ingin diceburi. Sumber-sumber rujukan untuk mendapatkan anggaran yang tepat boleh diperoleh melalui sumber rujukan seperti berikut:

    Rekod perniagaan pencucian dan penjagaan kereta yang sedia ada. Mendapatkan maklumat daripada pembekal peralatan dan bahan. Mendapatkan maklumat daripada dokumen cetak/elektronik seperti risalah

    dan laman web yang berkaitan dengan industri ini.

    Untuk panduan kepada bakal pengusaha digariskan perbelanjaan modal dalam tiga kategori iaitu:

    Modal Permulaan Kecil Peralatan yang disediakan berupaya untuk memberi perkhidmatan asas pencucian dan penjagaan kenderaan. Peralatan yang dibeli juga hanya sesuai digunakan bagi perkhidmatan light duty.

    Modal Permulaan Sederhana Pada tahap ini syarikat berupaya memberi perkhidmatan sepenuhnya bagi

    industri pencucian dan penjagaan kenderaan kecil dan sederhana.

    Modal Permulaan Besar Kos utama perbelanjaan adalah menyiapkan ruang niaga yang dilengkapi

    dengan bilik menunggu, mini restoran serta penggunaan peralatan

  • BUKU PANDUAN PERNIAGAAN PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA _______________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________________________________________

    BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 14

    tambahan yang berkeupayaan tinggi bagi membolehkan perkhidmatan ditawarkan kepada kenderaan besar seperti kenderaan perdagangan.

    Pecahan perbelanjaan bagi kategori di atas adalah seperti berikut:

    ANGGARAN MODAL PERMULAAN PERNIAGAAN PENCUCIAN DAN PENJAGAAN KERETA

    Bil Peralatan / Bahan / Perbelanjaan Lain

    Rendah RM

    Sederhana RM

    Tinggi RM

    1 2

    3 4 5 6 7 8

    Penubuhan syarikat Sewa tapak (termasuk deposit) Binaan Deposit Elektrik/air/telefon Peralatan Pejabat/ komputer Peralatan Pencucian Bahan-bahan Kos-kos lain

    100.00 1,500.00

    500.00 500.00

    -

    4,500.00 500.00

    400.00

    2,500.00 3,000.00

    30,000.00 1,000.00 3,000.00

    15,000.00 2,000.00

    1,500.00

    3,500.00 12,000.00

    50,000.00 1,500.00 30,000.00

    60,000.00 5,000.00 2,000.00

    Jumlah 8,000.00 58,000.00 164,000.00

    *Anggaran perbelanjaan modal di atas masih belum mengambil kira modal pusingan

    Modal yang ditunjukkan dalam Jadual di atas hanyalah anggaran sahaja, ia boleh berubah jika peniaga melengkapkan perniagaan dengan mesin atau peralatan automatik, peralatan yang telah diguna pakai dan sebagainya.

    MODAL PUSINGAN

    Kajian mendapati purata modal pusingan yang diperlukan adalah dalam lingkungan RM7,000. Sekiranya syarikat ingin mendapat kontrak daripada agensi kerajaan atau pihak swasta, peruntukan modal pusingan perlu ditambah kerana bayaran bagi perkhidmatan yang diberikan biasanya mengambil masa satu (1) hingga dua (2) bulan.

    KOS OPERASI Kos operasi adalah kos-kos yang dikenakan atau diperlukan untuk dibayar bagi operasi perniagaan syarikat. Contohnya bayaran bahan pengangkutan (minyak kenderaan, cukai jalan, tol dan sebagainya), bayaran gaji dan upah, elaun dan lain-lain perbelanjaan yang bersangkutan.

  • BUKU PANDUAN PERNIAGAAN PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA _______________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________________________________________

    BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 15

    SUMBER-SUMBER KEWANGAN Pembiayaan untuk memulakan perniagaan boleh didapati daripada beberapa sumber seperti:

    Sumber persendirian sama ada daripada wang simpanan atau ahli keluarga. Bank-bank tempatan atau syarikat kewangan berlesen yang menyediakan

    kemudahan pinjaman dan overdraf. Perjanjian sewa beli peralatan dengan pembekal peralatan. Kebiasaannya

    selama 3 hingga 5 tahun dan bayaran muka sebanyak 10 peratus hingga 25 peratus.

    Skim bantuan perniagaan dari institusi badan berkanun untuk pengusaha-pengusaha baru contohnya seperti Pembiayaan Yayasan TEKUN.

    HASIL PENDAPATAN Kajian mendapati hampir 80 peratus pengusaha menyatakan memperoleh pendapatan kurang daripada RM10,000 sebulan. Selain itu lebih kurang 15 peratus pengusaha memperoleh pendapatan sebulan antara RM10,000 hingga RM20,000 sebulan.

    ANALISIS KEWANGAN

    Pengetahuan asas berhubung dengan analisis kewangan amat penting kepada bakal-bakal pengusaha kerana pengetahuan asas ini dapat membantu pengusaha dalam menilai kedudukan semasa syarikat, menentukan kelemahan serta kekuatan sesebuah syarikat. Untuk keberkesanan, pengusaha harus memahami penyata-penyata kewangan asas seperti kunci kira-kira dan penyata pendapatan.

    Titik Pulang Modal Titik Pulang Modal (TPM) merujuk kepada jumlah jualan yang diperlukan untuk mendapat kembali modal yang dilaburkan. TPM boleh dikira mengikut hari atau bulan sekiranya jualan agak konsisten. Pengusaha harus tahu dalam mengunjur titik pulang modal dalam mengatur strategi perniagaan.

  • BUKU PANDUAN PERNIAGAAN PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA _______________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________________________________________

    BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 16

    8 PENGURUSAN RISIKO

    Sebelum memulakan sesuatu perniagaan itu, seseorang perlu mengetahui jenis risiko dan membuat strategi pengurusan risiko yang terancang agar tidak mengalami kerugian di masa akan datang. Usahawan perlu merancang dan bersedia agar sebarang perubahan di dalam ekonomi, pasaran dan perniagaan yang dijalankan boleh diatasi. Antara risiko yang mungkin dihadapi dan strategi menanganinya adalah seperti di bawah:

    Risiko Pengeluaran

    Risiko Pemasaran

    Risiko Undang-Undang Risiko Sumber Manusia

    Risiko Kewangan

    9 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN

    Faktor-faktor kejayaan ditakrifkan sebagai sebarang penyebab utama menyumbang kepada kelangsungan (continuity) dan keuntungan (profitability) sesebuah perniagaan. Faktor-faktor kejayaan boleh dipecahkan kepada dua kategori utama iaitu faktor yang berkait dengan ciri-ciri usahawan dan faktor yang berkaitan dengan ciri-ciri perniagaan itu sendiri.

    CIRI USAHAWAN

    Faktor ciri usahawan merujuk kepada perilaku atau keperibadian seseorang semasa mengurus sesebuah perniagaan. Komponen utama dalam ciri-ciri keusahawanan adalah seperti sikap dan tingkah laku, kemahiran dan pengetahuan.

    CIRI-CIRI PERNIAGAAN Faktor kedua penting ialah ciri-ciri perniagaan itu sendiri. Setiap perniagaan pada dasarnya adalah berbeza dari segi sifat dan ciri-cirinya. Ciri-ciri dominan bagi sebuah perniagaan yang berjaya dipecahkan kepada empat kategori utama iatu perkhidmatan, premis, tenaga kerja dan imej perniagaan.

  • BUKU PANDUAN PERNIAGAAN PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA _______________________________________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________________________________________

    BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 17

    FAKTOR DAYA SAING DAN DAYA TAHAN Dalam menghadapi persaingan dan perubahan persekitaran semasa, pengusaha perlu memastikan perniagaan dan keupayaan diri lebih berdaya saing dan mempunyai daya tahan yang kuat dalam memastikan perniagaan yang diusahakan terus kekal di pasaran dan berkembang maju. Faktor daya saing dan daya tahan juga haruslah dilihat dalam dua sudut, iaitu perniagaan dan usahawan.

    Perniagaan Antara faktor-faktor yang boleh membantu perniagaan berdaya maju adalah:

    Memberi pakej perkhidmatan yang menarik kepada pelanggan Menjaga kualiti perkhidmatan agar sentiasa terbaik kepada pelanggan. Pengambilan pekerja yang berpengalaman dan memberi latihan yang cukup

    kepada pekerja Mempunyai imej perniagaan tersendiri yang membezakan perniagaan

    dengan pesaing yang lain.

    Mempunyai sokongan kewangan yang mencukupi.

    Usahawan Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dan maju, setiap usahawan perlulah mempunyai sifat-sifat berikut, antaranya:

    Personaliti Yang Baik

    Keupayaan Membentuk Hubungan Kerja Keupayaan Membuat Keputusan Kesihatan

    Tahap Kepakaran

  • KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI (MECD)

    Lot 2G6, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

    62100 Putrajaya Malaysia. Tel : 603 - 8880 5000 Fax : 603 - 8880 5106

    Http://www.mecd.gov.my