Panduan Piawaian Keselamatan Sekolah

16
PANDUAN PIAWAIAN KESELAMATAN SEKOLAH PENARAFAN KENDIRI SEKOLAH 1.0 PENGENALAN Program Sekolah Selamat telah mula dilaksanakan bermula tahun 2002 bagi tujuan mewujudkan pesekitaran sekolah yang selamat. Program ini telah dilaksanakan dalam bentuk pertandingan dan mendapati tidak semua sekolah yang terlibat dalam pertandingan tersebut. Seperti mana yang sedia kita maklum bahawa isu keselamatan merupakan isu yang tidak boleh dikompromi kerana ia boleh mengancam nyawa serta harta benda sekolah. Oleh itu semua sekolah perlu terlibat dalam usaha ini. Pihak sekolah hendaklah memastikan semua warganya sentiasa sedar dan peka tentang kemungkinan berlakunya sesuatu insiden ke atas diri mereka sama ada di dalam atau di luar sekolah. Kementerian Pelajaran berpendirian bahawa keselamatan dan kebajikan warganya hendaklah sentiasa diberi keutamaan dalam setiap aktiviti, konsisten dan berterusan.

description

keselamatan

Transcript of Panduan Piawaian Keselamatan Sekolah

Page 1: Panduan Piawaian Keselamatan Sekolah

PANDUAN PIAWAIAN KESELAMATAN SEKOLAHPENARAFAN KENDIRI SEKOLAH

1.0 PENGENALAN

Program Sekolah Selamat telah mula dilaksanakan bermula tahun 2002 bagi tujuan

mewujudkan pesekitaran sekolah yang selamat. Program ini telah dilaksanakan

dalam bentuk pertandingan dan mendapati tidak semua sekolah yang terlibat dalam

pertandingan tersebut. Seperti mana yang sedia kita maklum bahawa isu

keselamatan merupakan isu yang tidak boleh dikompromi kerana ia boleh

mengancam nyawa serta harta benda sekolah. Oleh itu semua sekolah perlu terlibat

dalam usaha ini. Pihak sekolah hendaklah memastikan semua warganya sentiasa

sedar dan peka tentang kemungkinan berlakunya sesuatu insiden ke atas diri

mereka sama ada di dalam atau di luar sekolah. Kementerian Pelajaran

berpendirian bahawa keselamatan dan kebajikan warganya hendaklah sentiasa

diberi keutamaan dalam setiap aktiviti, konsisten dan berterusan.

Bagi memastikan keselamatan sekolah sentiasa berada pada tahap memuaskan

serta terjamin, Kementerian Pelajaran telah mengubal satu mekanisme penarafan

keselamatan yang standard dinamakan Piawaian Keselamatan Sekolah (PKS)

untuk diguna pakai di semua sekolah. Instrumen Piawaian Keselamatan Sekolah

akan digunakan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat

Pelajaran Daerah semasa menjalankan pemantauan dan penyeliaan keselamatan di

sekolah. Pihak sekolah juga dikehendaki menggunakan instrumen ini untuk

Page 2: Panduan Piawaian Keselamatan Sekolah

melakukan penarafan kendiri. Instrumen PKS adalah mekanisme yang bertujuan

untuk membuat penilaian dan piawaian tahap keselamatan sekolah. Instrumen ini

mengandungi 70 item daripada 5 aspek keselamatan yang hendak dinilai. Setiap

item perlu diberi skor yang telah ditetapkan dan skor yang dipilih hendaklah

berasaskan kepada data dan maklumat yang betul dan tepat.

2.0 RASIONAL

2.1 Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu dan ancaman

keselamatan dari aspek semasa pelaksanaan aktiviti murid,

infrastruktur sekolah, sosialisasi warganya, ancaman semasa krisis

dan bencana serta risiko yang mungkin dihadapi. Justeru itu, arahan-

arahan keselamatan perlu diwujudkan supaya amalan menjaga

keselamatan dijadikan sebagai budaya dalam kehidupan seharian.

2.2 Keselamatan dan kebajikan warga sekolah perlu diberi keutamaan

dalam sebarang perancangan dan pelaksanaan aktiviti serta tidak

boleh dikompromi. Oleh itu, warga sekolah perlu diberi pemahaman

tentang kepentingan keselamatan dan penyediaan strategi atau

langkah-langkah tertentu untuk mengawasi keselamatan mereka.

2.3 Semua sekolah perlu membuat penarafan kendiri dengan

menggunakan Instrumen Piawaian Keselamatan Sekolah bagi

mengukur dan menilai tahap keselamatan sekolah masing-masing.

Page 3: Panduan Piawaian Keselamatan Sekolah

3.0 MATLAMAT

Semua warga sekolah dapat membudayakan amalan keselamatan sama ada

di sekolah atau semasa di luar sekolah.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Semua warga sekolah sentiasa sedar dan peka terhadap

kemungkinan yang boleh menyebabkan berlakunya kejadian yang

tidak diingini ke atas diri mereka.

4.2 Sekolah dapat mengambil langkah proaktif dalam usaha menjamin

keselamatan warganya dan dapat merancang strategi untuk mengatasi

sesuatu ancaman keselamatan atau bahaya.

4.3 Agar sekolah dapat merancang dan melaksanakan arahan-arahan dan

menguatkuasakan peraturan-peraturan seterusnya dapat

membudayakan amalan keselamatan.

5.0 PELAKSANAAN

5.1 INSTRUMEN PIAWAIAN KESELAMATAN SEKOLAH

5.1.1 Instrumen ini terdiri daripada lima aspek yang dinilai.

a. Pengurusan Keselamatan Aktiviti Murid

b. Pengurusan Keselamatan Infrastruktur Sekolah

c. Pengurusan Keselamatan Dalam Menangani Gejala Sosial

Page 4: Panduan Piawaian Keselamatan Sekolah

d. Penurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Krisis dan

Bencana

e. Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Risiko Ancaman

5.1.2 Setiap aspek diperlihatkan melalui satu senarai item.

5.1.3 Format Instrumen Piawaian Keselamatan Sekolah mengandungi empat

lajur bagi setiap aspek seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.

a. Lajur pertama : No. Aspek

b. Lajur kedua : Aspek yang dinilai

c. Lajur ketiga : Item bagi aspek yang dinilai

d. Lajur keempat : Skor sekolah yang mengandungi

sub lajur ( 0, 1, 2 )

Jadual 1

Bil Aspek Item

Skor Sekolah

0 1 2 TB

5.1.4 Penentuan Skor Item

a. Penentuan skor bagi setiap item dibuat dengan menandakan

( / ) pada lajur berkenaan.

b. Penentuan skor item dibuat berdasarkan pertimbangan

profesional. Panduan penentuan skor seperti dalam Jadual 2.

Page 5: Panduan Piawaian Keselamatan Sekolah

Jadual 2 : Panduan Penentuan Skor

Skor Deskripsi ( Tahap Pelaksanaan )

0 Tiada ( 0 % )

1 Sebahagian kecil arahan-arahan keselamatan dapat dilaksanakan ( 1% - 50% )

2 Sebahagian besar arahan-arahan keselamatan dapat dilaksanakan ( 51 % - 100 % )

c. Bagi pengiraan skor aspek Pengurusan Aktiviti Murid yang

bertanda *

i. Arahan Keselamatan murid Dari Aspek Pergi dan

Balik Sekolah (item iii, iv, vi, viii)

ii. Arahan Keselamatan Murid Semasa Aktiviti Lawatan

Dan Perkhemahan (item vii)

iii. Arahan Keselamatan Murid Di Asrama (item i – viii)

Hendaklah mengambil kira perkara berikut :-

Wajaran bagi aspek berkenaan ialah 50 %

Penentuan skor tidak dibuat bagi item yang tidak

berkenaan dan tandakan Tidak Berkenaan (TB) pada lajur

terlibat.

Page 6: Panduan Piawaian Keselamatan Sekolah

Contoh Pengiraan :

Bagi Aspek 1 (Pengurusan Keselamatan Aktiviti Murid) untuk

mendapat Jumlah Skor, hanya item yang berkaitan sahaja dikira dan

didarabkan dengan dua, manakala item yang ditanda TB tidak diambil

kira.

Formula Pengiraannya:

SKOR DIPEROLEHI X WAJARAN = PERATUS PENCAPAIAN JUMLAH SKOR (jumlah item berkenaan x 2)

5.1.5 Rumusan Skor

Kesemua skor yang diperolehi bagi setiap item dirumuskan dalam

Jadual Rumusan Skor Piawaian Sekolah Selamat seperti di Jadual 3.

Jadual 3 : RUMUSAN SKOR PIAWAIAN SEKOLAH SELAMAT

BIL. ASPEK WAJARANSKOR

PENUHSKOR

DIPEROLEHIPERATUS

PENCAPAIAN

1Pengurusan Keselamatan Aktiviti Murid

50%

Jumlah item

berkaitan x 2

0 0.00

2Pengurusan Keselamatan Infrastruktur Sekolah

20% 28 0 0.00

3Pengurusan Keselamatan Dalam Menangani Gejala Sosial

10% 14 0 0.00

4Penurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Krisis danBencana

10% 14 0 0.00

5Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Risiko Ancaman

10% 14 0 0.00

JUMLAH 100% 140 0 0.00

Page 7: Panduan Piawaian Keselamatan Sekolah

CARA PENGIRAAN;

PERATUS PENCAPAIAN = SKOR DIPEROLEHI X WAJARAN

JUMLAH SKOR

BIL. ASPEK PERATUS PENCAPAIAN

1Pengurusan Keselamatan Aktiviti Murid

SKOR DIPEROLEHI X 50 = PERATUS PENCAPAIAN # JUMLAH SKOR

2Pengurusan Keselamatan Infrastruktur Sekolah

SKOR DIPEROLEHI X 20 = PERATUS PENCAPAIAN 28

3Pengurusan Keselamatan Dalam Menangani Gejala Sosial

SKOR DIPEROLEHI X 10 = PERATUS PENCAPAIAN 14

4Penurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Krisis dan Bencana

SKOR DIPEROLEHI X 10 = PERATUS PENCAPAIAN 14

5Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Risiko Ancaman

SKOR DIPEROLEHI X 10 = PERATUS PENCAPAIAN 14

JUMLAH % PENCAPAIAN

# Jumlah item berkenaan x 2.

5.1.6 Piawaian Sekolah

Penarafan Piawaian Keselamatan Sekolah dibuat berdasarkan

Peratus Pencapaian seperti di Jadual 4.

Jadual 4 : PENARAFAN PIAWAIAN SEKOLAH

BIL PERATUS PENCAPAIAN PIAWAIAN SEKOLAH

1 80 -100 SEKOLAH SELAMAT

2 50 - 79 MEMERLUKAN PENINGKATAN TAHAP KESELAMATAN SEKOLAH

3 0 - 49 PERHATIAN KHUSUS TERHADAP KESELAMATAN SEKOLAH

Page 8: Panduan Piawaian Keselamatan Sekolah

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

Page 9: Panduan Piawaian Keselamatan Sekolah

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

 

Page 10: Panduan Piawaian Keselamatan Sekolah

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

      

 

     

     

     

     

     

     

      

 

Page 11: Panduan Piawaian Keselamatan Sekolah
Page 12: Panduan Piawaian Keselamatan Sekolah