Panduan Ringkas Memulakan Perniagaan Internet

8

Click here to load reader

Transcript of Panduan Ringkas Memulakan Perniagaan Internet

Page 1: Panduan Ringkas Memulakan Perniagaan Internet

Panduan RIngkas Memulakan PerniagaanInternet.

Page 2: Panduan Ringkas Memulakan Perniagaan Internet

Kandungan.

Perniagaan Internet.......................................................................................................................

Perkara yang perlu anda timbang sebelum memulakan perniagaan internet...............................

Perancangan membina perniagaan internet..................................................................................

Penutup..........................................................................................................................................

Page 3: Panduan Ringkas Memulakan Perniagaan Internet

Perniagaan internet.

Dunia sekarang sangat memerlukan wang yang banyak untuk hidup.Makanan, tempat tinggal dan kenderaan menguasai penggunaan wangkebanyakan keluarga di Malaysia. Kadangkala, kita seperti hidup untuk kerjabukannya kerja untuk meneruskan kehidupan.

Oleh itu, ramai mula mencari pendapatan tambahan dan perniagaanmelalui internet adalah antara perniagaan yang mereka pilih. Kos operasi yangrendah dan potensi keuntungan yang lumayan membuatkan lebih ramai memilihperniagaan internet untuk mencari pendapatan tambahan. Tambahan pula, iaboleh di jalankan dari rumah dan berada di samping keluarga yang tersayang.

Namun, kehadiran skim cepat kaya telah memusnahkan konsepperniagaan internet itu sendiri. Perniagaan adalah perbuatan yang suci. Makaanda perlu sedar bahawa perniagaan memerlukan produk yang jelas.

Menjana pendapatan melalui skim cepat kaya adalah tindakan yang sia-siakerana apa yang anda sedang lakukan adalah membeli angan-angan. Andabayar sejumlah wang dan di janjikan untuk menjana sekian-sekian jika berjayamendapat downline, itulah namanya membeli angan-angan. Teruskan pembelianangan-angan anda.

Berbanding perniagaan yang melibatkan produk yang jelas, anda hidupdalam dunia realiti. Kalau anda dapat jual satu produk, dapatlah andakeuntungan sebanyak satu jualan. Anda perlu ingat, perniagaan internet adalahperniagaan sebenar. Anda perlu rajin dan sentiasa berusaha untuk mendapatkeuntungan yang besar.

Di dalam panduan ini, saya akan jelaskan secara ringkas bagaimana andaboleh memulakan perniagaan anda sendiri.

Page 4: Panduan Ringkas Memulakan Perniagaan Internet

Perkara yang anda perlu fikir sebelummemulakan perniagaan internet.

Sebelum anda memulakan perniagaan internet, anda perlu tahu apayang anda ingin lakukan. Apa yang anda ingin niagakan? Apa potensipendapatan yang anda inginkan ? Berapa modal yang anda sanggupkeluarkan ? Semua perkara ini, anda perlu titik beratkan sebelum memulakanperniagaan. InsyaAllah dilemma anda dalam memulakan perniagaan internetakan berakhir.

Sebelum anda memulakan perniagaan internet, anda perlu memikirkan perkaraberikut :

Jenis perniagaan di internet.

Anda perlu fikir apa jenis perniagaan yang anda ingin jalankan di internet.Adakah perniagaan anda melibatkan penjualan barang? Adakah anda inginmenjual servis? Adakah anda hanya ingin menulis blog? Adakah anda inginmenjadi affiliate? Anda tentukan apa yang terbaik untuk anda.

Namun, sebaik-baiknya anda pilih perniagaan yang anda tahu dan senangdahulu. Apabila sudah lama bermula, kemahiran anda akan bertambah dansudah tentu anda akan berkemahiran untuk memulakan perniagaan yang lainpula.

Rancangan perniagaan.

Anda juga perlu memikirkan rancangan perniagaan yang bakal anda lakukan.Berapa modal yang anda perlu untuk memulakan perniagaan? Berapakahpotensi keuntungan yang anda mahu? Bagaimana dengan strategi pemasarananda?

Persediaan tempat kerja dan alatan.

Di manakah anda ingin lakukan perkerjaan anda? Jika di rumah, pastikan andamenyediakan ruang yang selesa untuk anda lakukan semua pekerjaan anda.Pastikan semua peralatan anda cukup seperti komputer, line internet yangberkelajuan tinggi, printer dan mungkin mesin faks. Ia bergantung kepadaperancangan anda.

Page 5: Panduan Ringkas Memulakan Perniagaan Internet

Adakah perniagaan anda halal atau haram?

Periksa sama ada perniagaan yang bakal anda lakukan menepati ciri-ciri yang dibolehkan dalam agama. Anda wajib siasat perkara ini dahulu sebelummemulakan perniagaan anda. Pastikan juga ia mematuhi peraturan negara.

Page 6: Panduan Ringkas Memulakan Perniagaan Internet

Perancangan membina perniagaan internet

Perancangan dalam perniagaan adalah penting. Di sini, saya akan senaraikansecara ringkas bagaimana hendak membina perniagaan internet anda.Perancangan ini adalah umum dan boleh di gunakan oleh jenis perniagaaninternet.

1. Pilih satu niche untuk perniagaan anda.

Niche bermaksud bidang. Apa bidang yang anda ingin niaga? Produkkecantikan, produk kesihatan, produk kekeluargaan, produk sukan atauproduk pelancongan. Pilih satu bidang dan kecilkan ia lagi.

Contohnya anda pakar dan boleh berniaga dalam bidang keluarga,kecilkan niche anda kepada barangan kanak-kanak. Fokus pada satuniche dahulu sebelum bergerak ke niche yang lain.

2. Dapatkan produk.

Cari produk untuk di jual sama ada anda dari pihak anda atau dari pihaklain ( jual melalui affiliate)

3. Pengurusan produk.

Tentukan cara untuk menghantar produk anda. Tentukan satu cara yangsenang bagi anda.

4. Cari nama jenama perniagaan anda.

Pilih nama yang mudah di ingati dan mudah untuk di sebut sebagai namaperniagaan anda. Nama jenama adalah penting dalam memperkenalkanperniagaan anda.

Page 7: Panduan Ringkas Memulakan Perniagaan Internet

5. Dapatkan website dan pilih medium pembayaran

Dapatkan website untuk kegunaan perniagaan anda. Siapkan websiteanda sama ada dalam bentuk shopping cart, blog atau minisite. Andatentukan sendiri. Pastikan laman web anda menarik. Pilih juga mediumpembayaran. Anda tentukan sama ada untuk menerima kredit kad, onlinetransfer atau paypal. Kalau boleh adakan semua pilihan yang ada untukmemaksimumkan keuntungan anda.

6. Dapatkan hosting.

Pilih hosting yang berpatutan dengan bajet anda. Pastikan juga hostingyang anda pilih sesuai dan boleh host laman web anda. Tidak apa mahal,asalkan ia boleh membantu perniagaan anda.

7. Bina mailing list.

Bina mailing list untuk menyimpan prospek anda. Ia adalah asas dalammana-mana perniagaan internet. Pastikan mailing list anda adalahberkualiti. Sentiasa berkongsi tips dengan senarai email anda.

8. Pasarkan laman web anda.

Cari cara terbaik untuk memasarkan produk dan laman web anda.

Page 8: Panduan Ringkas Memulakan Perniagaan Internet

Penutup

Eloklah anda jujur dan bertenang dalam memulakan perniagaan internet.Tidak mungkin pada hari pertama anda memulakan perniagaan internet andaakan jadi jutawan. Selepas lima tahun, mungkin ia akan terjadi. Namun, jika andatidak mulakan sekarang selepas lima tahun anda akan tetap menjadi manusiayang sama.

BERMINAT UNTUK MENJANA WANG DI RUMAH