Panduan Umum Penulisan Tesis-OUM

5
PANDUAN UMUM PENULISAN LAPORAN AKHIR HBEF 4303 1 PANDUAN UMUM PENULISAN LAPORAN AKHIR KAJIAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN 1. KERTAS (a) Saiz : A4 (berkualiti tinggi; 210 mm x 297 mm, 80 gsm ATAU 70 gsm dan ke atas) (b) Warna : Putih 2. PENAIPAN (a) Jenis Huruf : Times New Roman’ bersaiz 12 yang ditaip ‘justify’. (b) Selang Baris: DUA (2) langkau double spacing’ bagi teks am. Manakala SATU (1) langkau digunakan untuk: i. Pengakuan ii. Penghargaan iii. Abstrak iv. Isi Kandungan (Antara tajuk DUA (2) langkau dibenarkan) v. Senarai Jadual vi. Senarai Rajah vii. Rujukan (c) Ukuran : Ukuran Muka Surat seperti berikut: Atas : 30 mm daripada jidar atas Bawah : 25 mm daripada jidai bawah Kanan : 25 mm daripada jidai kanan Kiri : 40 mm daripada jidai kiri Rujuk Lampiran H Peringatan: i. Setiap permulaan tajuk kecuali tajuk laporan akhir, rujukan dan lampiran hendaklah ditaip 50mm daripada birai atas. ii. Pada setiap perenggan terakhir dalam sesuatu halaman mengandungi sekurang-sekurangnya DUA baris teks bertaip. Sekiranya tidak, pindahkan teks tersebut ke halaman berikutnya sebagai perenggan baru.

Transcript of Panduan Umum Penulisan Tesis-OUM

Page 1: Panduan Umum Penulisan Tesis-OUM

PANDUAN UMUM PENULISAN LAPORAN AKHIR HBEF 4303

1

PANDUAN UMUM PENULISAN LAPORAN AKHIR KAJIAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN

1. KERTAS

(a) Saiz : A4 (berkualiti tinggi; 210 mm x 297 mm, 80 gsm ATAU 70 gsm dan ke atas)

(b) Warna : Putih

2. PENAIPAN

(a) Jenis Huruf : ‘Times New Roman’ bersaiz 12 yang ditaip ‘justify’. (b) Selang Baris: DUA (2) langkau ‘double spacing’ bagi teks am. Manakala

SATU (1) langkau digunakan untuk:

i. Pengakuan ii. Penghargaan iii. Abstrak iv. Isi Kandungan

(Antara tajuk DUA (2) langkau dibenarkan) v. Senarai Jadual vi. Senarai Rajah vii. Rujukan

(c) Ukuran : Ukuran Muka Surat seperti berikut:

• Atas : 30 mm daripada jidar atas • Bawah : 25 mm daripada jidai bawah • Kanan : 25 mm daripada jidai kanan • Kiri : 40 mm daripada jidai kiri

Rujuk Lampiran H Peringatan:

i. Setiap permulaan tajuk kecuali tajuk laporan akhir, rujukan dan lampiran hendaklah ditaip 50mm daripada birai atas.

ii. Pada setiap perenggan terakhir dalam sesuatu halaman

mengandungi sekurang-sekurangnya DUA baris teks bertaip. Sekiranya tidak, pindahkan teks tersebut ke halaman berikutnya sebagai perenggan baru.

Page 2: Panduan Umum Penulisan Tesis-OUM

PANDUAN UMUM PENULISAN LAPORAN AKHIR HBEF 4303

2

iii. Perkataan terakhir sesuatu halaman tidak boleh menggunakan tanda sempang.

iv. Sesuatu halaman yang baru hendaklah mengandungi

sekurang-kurangnya DUA baris teks.

(d) Format Am : Semua tajuk ditaip dengan huruf besar kecuali subtajuk.

(e) Nombor Halaman :

i. Kedudukan nombor halaman bagi teks am adalah, 15mm daripada birai bawah dan 25mm daripada birai kanan. Gunakan huruf yang sama dengan huruf teks, tanpa hiasan.

ii. Pada halaman permulaan (bermula daripada halaman judul)

hendaklah dinomborkan dengan angka kecil roman secara berturut-turut sepertimana berikut:

i, ii, iii, iv ……. Peringatan: halaman permulaan dianggap sebagai halaman (i), tetapi tidak ditaip pada halaman pertama.

iii. Manakala pada halaman teks am hendaklah menggunakan

angka numerik iaitu: 1, 2, 3, 4 ……. Peringatan: halaman pertama teks dianggap sebagai halaman (1), tetapi tidak ditaip sebagai (1). Begitu juga bagi halaman permulaan setiap bab yang tidak perlu ditulis nombor halamannya, tetapi diambil kira ketika menomborkan halaman berikutnya.

3. CETAKAN

Halaman : Cetakan pada sebelah halaman sahaja iaitu semasa menjilid hendaklah pada sebelah kanan.

4. SERAHAN : Menyediakan salinan softcopy laporan akhir kajian dalam bentuk

CD atau Disket untuk serahan kepada FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA melalui pentadbir PPW/PPT. Pelajar perlu menggunakan borang pengesahan penerimaan laporan akhir kajian(BT4) semasa serahan. Naskhah untuk pemeriksaan penyelia hendaklah menggunakan kulit jenis biasa SAHAJA.

Nota: Pelajar hendaklah terlebih dahulu memastikan setiap

pembetulan telah diperbetulkan.

Page 3: Panduan Umum Penulisan Tesis-OUM

PANDUAN UMUM PENULISAN LAPORAN AKHIR HBEF 4303

3

5. KETERANGAN PADA KULIT LAPORAN AKHIR (Pelajar diberi Pilihan)

(a) Muka Hadapan Maklumat pada muka hadapan laporan akhir dicetak dengan HURUF BESAR bewarna EMAS, jenis ARIAL NARROW bersaiz 18, pada kertas/ kulit jenis ‘balakrom’ yang berwarna BIRU TUA (Dark Blue). Susunan maklumat pada muka hadapan adalah seperti berikut: Tajuk Kajian Nama Penuh Calon (Nama seperti yang tertera pada kad pengenalan) Nama Fakulti Nama Universiti Tahun Maklumat yang tersebut di atas hendaklah ditaip bermula dengan ‘Tajuk Kajian’ (dalam bentuk piramid terbalik) dengan ukuran 50mm daripada birai atas dan berakhir dengan ‘Tahun’ 50mm daripada birai bawah. Rujuk Lampiran A

(b) Tulang Kulit Maklumat pada ruang ‘tulang laporan akhir’ hendaklah dicetak dengan jenis dan saiz huruf yang sama sepertimana pada muka hadapan laporan akhir dan hendaklah mengikut susunan berikut: OUM Nama Calon Ijazah Tahun

50mm 50mm OUM AIMAN DANISH BIN DANIAL BTPE (HONS) 2009

Page 4: Panduan Umum Penulisan Tesis-OUM

PANDUAN UMUM PENULISAN LAPORAN AKHIR HBEF 4303

4

6. TERTIB SUSUNAN KANDUNGAN LAPORAN AKHIR

Susunan dalam kandungan laporan akhir hendaklah mengikut tertib seperti berikut: MUKA SURAT TAJUK

PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH RUJUKAN LAMPIRAN Nota: Bagi setiap perkara tersebut di atas sila rujuk contoh pada Lampiran A hingga Lampiran H. (a) MUKA SURAT TAJUK

Muka Surat Tajuk hendaklah mengandungi maklumat berikut:

Tajuk Kajian Nama Penuh Calon (Nama seperti yang tertera pada kad pengenalan) Tujuan Tesis/ Laporan Akhir dikemukakan Nama Fakulti Nama Universiti Lokasi Universiti berdaftar Tahun (penyerahan laporan akhir kepada universiti)

Rujuk Lampiran B

(b) PENGAKUAN Merupakan suatu pernyataan bertulis yang menyatakan bahawa laporan akhir atau disertasi merupakan hasil kerja yang ditulis atau yang dihasilkan adalah karya asli pengkaji. Pengakuan hendaklah ditaip ditengah-tengah halaman dalam satu halaman baru selepas halaman judul. Nota: Adalah diwajibkan setiap calon menandatangani pengakuan. Rujuk Lampiran C

Page 5: Panduan Umum Penulisan Tesis-OUM

PANDUAN UMUM PENULISAN LAPORAN AKHIR HBEF 4303

5

(c) PENGHARGAAN Merupakan penghargaan penulis terhadap individu atau kumpulan tertentu yang telah bekerjasama memberikan sumbangan atau sokongan dalam penyelidikan secara langsung atau tidak langsung. Penghargaan hendaklah tidak terlalu panjang dan tidak melebihi daripada satu muka surat. Rujuk Lampiran D

(d) ABSTRAK Umumnya, penulisan abstrak mestilah bersifat penjelasan maklumat dan tidak bersifat penulisan kritikan. Penulisan abstrak seharusnya tidak mengubah maksud, keputusan dan maklumat dalam laporan akhir. Abstrak biasanya merangkumi maklumat seperti:

i. Objektif dan matlamat kajian ii. Pengkaedahan dan teknik kajian beserta kegunaannya

iii. Dapatan kajian

Nota: Panjang penulisan abstrak hendaklah tidak melebihi 200 patah perkataan. Rujuk Lampiran E

(e) ISI KANDUNGAN Merupakan senarai topik atau subtopik yang terdapat dalam kandungan laporan akhir yang disusun selaras mengikut hierarki beserta nombor muka surat. Rujuk Lampiran F

(f) SENARAI JADUAL

Digunakan bagi menyenaraikan semua tajuk jadual yang terdapat dalam penulisan laporan akhir dan disusun berturutan mengikut muka surat.

Rujuk Lampiran G

Nota:

Pelajar adalah digalakkan membuat rujukan di mana-mana perpustakaan atau pusat sumber bagi melihat sendiri tesis-tesis yang telah dihasilkan.