Panggilan Jihad

download Panggilan Jihad

of 1

description

mmm

Transcript of Panggilan Jihad

Panggilan jihadKarya R.A.HamzahSinopsis Cerpen ini mengisahkan mimpi seorang pegawai tentera iaitu Koperal Zamani.Dalam mimpi tersebut , Koperal Zamani bersama Alehan iaitu orang kanannya serta rakan seperjuangan yang lain meronda-ronda disekitar negara Bosnia dalam misi menyelamat.Sedang mereka berehat , tiba-tiba mereka telah diserang hendap oleh tentera-tentera pengganas Bosnia dan dibawa ke kubu mereka.Dalam kejadian tersebut Koperal Zamani dipaksa memberitahu di mana saki-baki tentera Malaysia .Koperal amani enggan memberitahu dan diancam untuk dibunuh.Ketua pengganas itu , mengeluarkan sepucuk pistol dan secara tiba-tiba Alehan muncul dari belakang demi melindungi Koperal Zamani dan tembakan tersebut mengenainya.Koperal Zamani menjerit dan tersedar daripada mimpinya.Keesokan harinya perkara itu diceritakan kepada isterinya , Sarah.Secara kebetulan nama suaminya tersenarai dalam misi menyelamat ke Bosnia-Herzegovina.Sarah menasihati suaminya mempertimbangkan keputusan suaminya untuk ke Bosnia.Namun begitu , Zamani tetap dengan keputusannya untuk meneruskan perjuangan jihadnya .Walaupun berat hati Sarah untuk melepaskan suaminya , namun demi menegakkan Islam tercinta di Bosnia , Sarah redha dengan pemergian suaminya menyahut panggilan jihad di sana.