Panitia pendidikan muzik

3
PANITIA PENDIDIKAN MUZIK SK BUKIT CERMIN TAKLIMAT TENTANG SUBJEK PENDIDIKAN MUZIK TARIKH : 16 JANUARI 2014 MASA : 1.40 PETANG TEMPAT : MEJA MESYUARAT GURU KEHADIRAN : EN JEFRI BIN MUHAMAD PN MARIANI ABD KADIR PN ROHAYA MOHD SOOD EN AIMAN SYAFIQ SHARUL BAHARI BIDANG TUGAS DAN SENARAI TUGAS (A). Bidang Tugas Ketua Panitia Pendidikan Muzik 1. Bertanggungjawab dalam hal Kurikulum dan Pentadbiran yang berkaitan dengan pendidikan muzik. 2. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang berkaitan dengan pendidikan muzik. 3 Membantu Guru Besar menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan pendidikan muzik, 4. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah murid. 5. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan pendidikan muzik.

Transcript of Panitia pendidikan muzik

Page 1: Panitia pendidikan muzik

PANITIA PENDIDIKAN MUZIK

SK BUKIT CERMIN

TAKLIMAT TENTANG SUBJEK PENDIDIKAN MUZIK

TARIKH : 16 JANUARI 2014

MASA : 1.40 PETANG

TEMPAT : MEJA MESYUARAT GURU

KEHADIRAN : EN JEFRI BIN MUHAMAD

PN MARIANI ABD KADIR

PN ROHAYA MOHD SOOD

EN AIMAN SYAFIQ SHARUL BAHARI

BIDANG TUGAS DAN SENARAI TUGAS

(A). Bidang Tugas Ketua Panitia Pendidikan Muzik

1. Bertanggungjawab dalam hal Kurikulum dan Pentadbiran yang berkaitan dengan  pendidikan muzik.

2. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang berkaitan dengan pendidikan muzik.

3 Membantu Guru Besar menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan pendidikan muzik,

4. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah murid.

5. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan pendidikan muzik.

6. Membantu Guru Besar menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan muzik, dengan pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir sekolah, latihan mengajar bagi guru-guru pelatih/maktab/university dan seumpamanya.

Page 2: Panitia pendidikan muzik

(B) Senarai Tugas Ketua Panitia Pendidikan Muzik

1. Memperolehi Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini untuk kegunaan ahli-ahli panitia.

2. Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.

3. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan yang disediakan bagi tiap-tiap tahun dan jika perlu menubuhkan bank soalan.

4. Mengadakan mesyuarat Panitia Pendidikan Muzik sekurang-kurangnya tiga kali setahun.

5. Mengatur mesyuarat Panitia Pendidikan Muzik untuk membincangkan isu-isu atau masalah-masalah yang berkaitan dengan pelajaran Pendidikan Muzik,

6. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru setelah mengikuti kursus atau seminar pendidikan muzik dengan guru-guru muzik.

7. Melantik seorang setiausaha daripada ahli-ahli panitia pendidikan muzik untuk menyediakan dan mengedarkan minit mesyuarat kepada semua ahli panitia.

8. Menyelenggarakan dan menyimpan semua fail minit mesyuarat, rekod-rekod serta laporan dengan baik dan teratur.

9. Menyediakan aktiviti-aktiviti tahunan panitia pendidikan muzik bersama semua ahli panitia.

(C). Senarai Tugas Harian Guru Muzik

1. Menjalankan pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik mengikut Jadual waktu yang telah ditentukan.

2. Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang bersama panitia pendidikan muzik sepanjang tahun.

3. Mengurus Bilik Muzik dengan baik, kemas dan teratur.

4. Mengurus dan menjaga peralatan muzik dengan baik.

Page 3: Panitia pendidikan muzik

5. Memastikan Nyayian Lagu Rasmi sewaktu perhimpunan setiap pagi hari Isnin berjalan dengan lancar juga di majlis tertentu yang diarahkan.

6. Menyediakan persembahan tertentu di majlis tertentu jika diarahkan.

7. Memastikan murid-murid mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ketika berada di Bilik Muzik semasa pengajaran dan pembelajaran.

 

Disediakan oleh,

( JEFRI BIN MUHAMAD )

KETUA PANITIA PENDIDKAN MUZIK