Pantun

4
Pantun Jati Diri Jual: Terbang tinggi si burung jentayu Berehat sebentar di tepi perigi, Bahasa kita kian bercelaru, Mengapa ia jadi begini? Beli : Manis sungguh anak Pak Yani, Duduk di bawah pohon keranji, Bahasa kita jadi begini, Kerana tiada jati diri. Jual : Kembang sungguh kuntum matahari, Penghias batas di sawah padi, Apa ertinya jati diri, Kalau barat kita banggakan. Beli : Petik petai jual di pekan, Mari disimpan dalam bungkusan; Tidak salah barat kita banggakan, Asalkan tidak melampaui batasan. Jual : Bertenggek di sena burung kenari, Tampak mega tepian merbah; Berkiblat di mana jati diri, Pegangan goyah mudah berubah. .

description

Pantun

Transcript of Pantun

Pantun Jati Diri

Pantun Jati DiriJual: Terbang tinggi si burung jentayu

Berehat sebentar di tepi perigi,

Bahasa kita kian bercelaru,

Mengapa ia jadi begini?

Beli : Manis sungguh anak Pak Yani,

Duduk di bawah pohon keranji,

Bahasa kita jadi begini,

Kerana tiada jati diri.Jual : Kembang sungguh kuntum matahari,

Penghias batas di sawah padi,

Apa ertinya jati diri,

Kalau barat kita banggakan.

Beli : Petik petai jual di pekan,

Mari disimpan dalam bungkusan;

Tidak salah barat kita banggakan,

Asalkan tidak melampaui batasan.

Jual : Bertenggek di sena burung kenari,

Tampak mega tepian merbah;

Berkiblat di mana jati diri,

Pegangan goyah mudah berubah..

Pantun Industri Tani

Jual :Bunga indah sedang bersemi,

Sedang bersemi bersama si buah peria,

Industri tani penjana ekonomi,

Bagaimana mungkin di jana ia ?

Beli:

Jual:Di tepi pinang subur cemara,

Bunga berserak tampak cemerlang,

Industri dicanang misi negara,

Mengapa bajak masih dijulang?

Beli:Dahan cemara bercabang-cabang,Tumbuh subur di tepi desa,

Mengapa bajak dijulang,

Tradisi lama jangan dibuang.Jual : Berkain pelita seorang petani,

Menjamu peria bersama pedada;

Bagaimana diangkat industri tani ,

Di pentas dunia kian sirna?Beli : Dari cemara terbangnya laju,

Bersama merbah tuju ke titi,

Ada cara industri di maju,

Kempen dihebah tingkatkan kualiti.Pantun Pemimpin Mithali

Jual:Merdu suara burung belatuk,

Terbang bersama si camar laut;

Perangai pemimpin laksana telunjuk,

Mengapa kelingking masih berkait?

Beli :Pergi belayar ke Pekan Tua,

Hendak membeli seekor rusa,

Pemimpin mithali harapan semua,

Pengikat bangsa dan juga nusa.Jual :Mari bermain di tengah rumah,

Mari bermain bersama bonda:

Pemimpin mithali pemimpin ummah,

Dapatkah di cari penggerak minda?Beli : Jual: Cinta di zahir putera Bali,

Memikat puteri di tengah kota,

Bagaimana dilahir pemimpin mithali,

Sedangkan kata bercampur dusta ?

Beli : Duduk di kali tepian jeti,

Riang di hati menjamu berangan,

Pemimpin mithali lahirnya pasti,

Tingkatkan integriti di meja rundingan.

Girang di hati tampak berseri,

Tuju ke pekan terlihat pemuda,

Tiris di hati pegangan diri,

Kurang didikan di usia muda.

Pantun Perubatan Tradisional

Jual:Mari si adik menonton wayang,

Menontonlah wayang bersama si dia;

Ubatan tradisional warisan moyang,

Bagaimana mungkin diterokai ia?

Beli:

Jual : Pergi ke sungai menaiki rakit.

Bawa bersama sebatang rotan :

Perubatan tradisional merawat penyakit

Mengapa ia kian dilupakan?

Beli :

Jual ; Pohon berangan tumbuh di sisi,

Tanaman teruna tepian pedada;

Berapa jaminan ubat tradisi,

Daun diguna selidik tiada ?

Beli : Letih berjalan jejaka parsi,

Singgah di gerai membeli sagu,

Tinggi jaminan ubat tradisi,

Kian diamal tanpa ragu.