Pantun Dua Kerat

download Pantun Dua Kerat

of 3

description

BM Tingkatan 1

Transcript of Pantun Dua Kerat

PANTUN DUA KERAT ( Nasihat )

RangkapPantun Dua Kerat (Nasihat)Maksud

1Terima kasih daun keladi,Kalau boleh hendak lagi.

Berharap agar __________ sudi _________________nya lagi.

2Ikan siakap ikan senohong,Banyak cakap banyak bohong.

Orang yang banyak _____________ selalu bercakap ______________

3Pecah kaca pecah gelas,Sudah dibaca harap balas.

Berharap agar rakan membalas _____________ yang diterima.

4Emas perak tembaga suasa,Malas bergerak tidak merasa.

Orang yang malas _______________ sudah pasti tidak akan ________________.

5Pagi petang siang malam,Hati terang senang faham.

Orang yang bijak mudah _______________ sesuatu perkara.

6Kumbang jarak kumbang jagung,Berani buat berani tanggung.

Manusia mesti _________________ terhadap segala sesuatu yang telah dilakukannya.

7Tunggu durian Teluk Emas,Siapa kemudian kena kemas.Orang yang terakhir mestilah _________________.

8Buah cempedak dalam gantang,Siapa hendak dia datang.

Jika kita menginginkan sesuatu, kita mestilah ___________________untuk mendapatkannya.

9Periuk belanga pasu kuali,Busuk nama menipu mencuri.

Penipu dan pencuri dipandang __________ dalam masyarakat.

10Saya kata itik, awak kata ayam,Sudah kena jentik baru nak diam.

Setelah _______________, barulah tahu membawa ______________.

Maksud Pantun:

Rangkap 1- Keinginan untuk mendapatkan sesuatu pemberian sekiranya tiada halangan. Rangkap 2- Orang yang banyak berkata-kata akan melakukan lebih banyak kesilapan. Rangkap 3- Balasan yang diharapkan daripada penerima surat melalui surat yang diutus. Rangkap 4- Orang yang tidak berusaha tidak akan memperoleh apa-apa. Rangkap 5- Pemikiran yang cerdas membuatkan seseorang lebih mudah memahami sesuatu. Rangkap 6- Tanggungjawab yang harus ditanggung atas perbuatan yang dilakukan. Rangkap 7- Orang yang terakhir dikehendaki menyiapkan atau membersihkan sesuatu. Rangkap 8- Orang yang memerlukan sesuatu perlulah menghadirkan diri. Rangkap 9- Nama seseorang akan tercemar sebagai akibat melakukan perbuatan yang keji. Rangkap 10- Seseorang itu tidak akan mengulang perbuatan setelah menerima hukuman atau dendaan.

TemaNasihat kepada semua lapisan masyarakat agar mempraktikkan amalan baik dalam kehidupan.Persoalan

Keburukan orang yang banyak bercakap. Orang yang malas berusaha akan hidup susah. Sikap manusia yang hanya sudah ditegur barulah hendak sedar. Berusaha jika mahu mendapatkan sesuatu. Orang yang suka menipu dan mencuri akan dikeji dan dibenci oleh masyarakat. Berani menanggung akibat atau risiko sesuatu perkara yang dilakukan.

Nilai

Keberanian Kerajinan Bertanggungjawab Penghargaan Kejujuran

Pengajaran

Janganlah berbohong kerana perbuatan itu sia-sia dan akan memalukan diri sendiri. Kita seharuslah rajin berusaha supaya apa yang dihajati akan tercapai. Orang yang suka menipu atau mencuri akan mendapat balasan yang setimpal. Kita haruslah berani menghadapi sebarang risiko atau dugaan atas perkara yang telah kita lakukan. Janganlah apabila sudah ditegur, barulah kita hendak sedar daripada kesilapan diri. Kita hendaklah berfikir terlebih dahulu sebelum berkata-kata supaya apa-apa yang diucapkan benar dan bernas.

Gaya Bahasa

1. Asonansi-Hati terang senang faham (pengulangan vokal a)2. Aliterasi-Kumbang jarakkumbang jagung (pengulangan konsonan k)3. Imej alam- daun keladi, ikan siakap, durian, cempedak4. Repetisi-Kumbangjarakkumbangjagung,Beranibuatberanitanggung. (pengulangan kata dalam baris)5. Sinkope- nak6. Metafora- hati terang