PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)

8
Berapa jauh wujud dengan sifat, Sejauh lutut dengan pelipat Penampilan zahir seseorang itu dapat menggambarkan sikap yang dimiliki, kerena segala perbuatan atau tingkah laku tidak dapat lari jauh daripada cara seseorang itu berfikir dan membuat keputusan. Lutut di hadapan pelipat, manakala pelipat di belakang lutut. MAKSUD

Transcript of PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)

Page 1: PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)

 Berapa jauh wujud dengan sifat,                 Sejauh lutut dengan pelipat

Penampilan zahir seseorang itu dapat menggambarkan sikap yang dimiliki, kerena segala perbuatan atau tingkah laku tidak dapat lari jauh daripada cara seseorang itu berfikir dan membuat keputusan. Lutut di hadapan pelipat, manakala pelipat di belakang lutut.

MAKSUD

Page 2: PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)

 Sarang semut dalam gelap,                 Orang selimut selalu gelap

Orang yang tidak buat sebarang kerja (yang produktif) akan selalu ketinggalan, leka dan panjang angan-angan.

MAKSUD

Page 3: PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)

 Hitam-hitam pucuk kawa,                 Sungguh hitam dipandang

lawa

Kekurangan dari segi paras rupa boleh ditutup dengan kebolehan tertentu, misalnya bijak dan sikap terpuji. Dalam bidang psikologi disebut sebagai kecantikan sosial. Orang-orang yang berjaya dan berilmu dipandang tinggi kerana status yang dimiliki.

MAKSUD

Page 4: PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)

Emas, perak, tembaga, suasa,                 Malas bergerak tidak merasa

Orang yang malas berbuat sesuatu tidak akan mengecapi kejayaan yang hakiki. Mereka kekal di takuk lama..

MAKSUD

Page 5: PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)

  Buah sintang buah senikul,                 Satu memegang satu

memikul.

Orang yang cekap dan tangkas mampu melakukan banyak kerja secara serentak. Mereka tidak menunggu peluang yang sempurna untuk mula bertindak, sebaliknya menggembleng segala sumber yang ada

MAKSUD

Page 6: PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)

NILAI

Kerajinan: rangkap 2, tanpa berbuat sesuatu yang bermanfaat, seseorang itu tidak akan dapat mengubah nasib diri.

Kebijaksanaan: rangkap 5, berupaya mengatur tindakan segera supaya peluang tida terlepas

Page 7: PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)

PERSOALAN

Kerajinan dalam usaha.

Kebijaksanaan dalam melakukan pekerjaan

Page 8: PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)

PENGAJARAN

Kita hendaklah rajin dalam berusaha

Kita hendaklah bijak dalam melakukan kerja.