Pantun empat kerat

12
PANTUN EMPAT KERAT TEKA-TEKI

Transcript of Pantun empat kerat

Page 1: Pantun empat kerat

PANTUN EMPAT KERATTEKA-TEKI

Page 2: Pantun empat kerat

Belayar perahu dari Berandan, Menuju arah Selat Melaka,Lebar kepada dari badan, Apakah itu cubalah teka? Burung nuri burung dara, Terbang ke sisi taman kayanganCubalah cari wahai saudara, Makin diisi makin ringan.

Hari-hari ke rumah Cik Hitam, Melihat orang memotong tebu,Apa binatang darahnya hitam, Janggut delapan tulangnya satu?

Ambil betik potongkan pisau,

Buah masak pokoknya rendah,Kecil-kecil berbaju hijau, Sudah besar berbaju merah.

Kalau tuan bawa keladi, Bawa jua si pucuk rebung,Kalau tuan bijak bestari, Apa dia tanduk di hidung?

Page 3: Pantun empat kerat

RANGKAP 2Soal jawab tentang benda makin diisi makin ringan

MAKSUD

RANGKAP 1Soal jawab tentang benda lebar kepala daripada badan

RANGKAP 3Soal jawab tentang binatang darahnya hitam dan berjanggut lapan

RANGKAP 4Soal jawab tentang tumbuhan semasa kecil berwarna hijau apabila besar berwarna merah

RANGKAP 5Soal jawab tentang haiwan bertanduk di hidung

Page 4: Pantun empat kerat

TEMA

Menguji kebijaksanaan/kepintaran

seseorang

Page 5: Pantun empat kerat

PERSOALAN1. Menguji kebolehan meneka objek atau

perkara yang dimksudkan2. Teka-teki.

Page 6: Pantun empat kerat

BENTUK1. Lima rangkap.2. Empat baris setiap rangkap.3. Kebanyakan empat patah perkataan setiap

rangkap.4. Bilangan suku kata dalam setiap rangkap

berbeza, antara sembilan hingga sebelas suku kata.

5. Berbentuk terikat.6. Rima akhir ialah abab.

Page 7: Pantun empat kerat

GAYA BAHASA

Responsi/pengulangan perkataan di

tengah-tengah baris.

Belayar perahu dari keladi (rangkap 1) Lebar kepala dari badan (rangkap 1)

Page 8: Pantun empat kerat

GAYA BAHASAAnafora/pengulangan perkataan

pada awal baris

Kalau tuan bawa keladi (rangkap 5) Kalau tuan bijak bestari (rangkap 5)

Page 9: Pantun empat kerat

GAYA BAHASARepetisi/pengulangan kata pada baris

yang sama

Burung nuri burung dara (rangkap 2)

Page 10: Pantun empat kerat

GAYA BAHASABahasa Melayu klasikDelapan

Imej alamBurung nuri, tebu, betik dan keladi

Hiperbola/kata-kata yang membawa pernyataan

yang berlebih-lebihan daripada keadaan biasaAmbil betik potongkan pisau (rangkap 4)

Page 11: Pantun empat kerat

NILAI PENGAJARAN

Kebijaksanaan Kita haruslah menggunakan kebijaksanaan dalam menyelesaikan sesuatu masalah

Menggunakan akal Kita perlu berfikir sebelum memberikan jawapan yang betul kepada sesuatu soalan yang ditanya.

NILAI DAN PENGAJARAN

Page 12: Pantun empat kerat

LATIHAN:

Jawab soalan-soalan yang berikut.

1. Tuliskan pengajaran yang terdapat dalam Pantun Empat Kerat (Teka-teki)

2. Apakah fungsi pantun teka-teki?

3. Jelaskan bentuk Pantun Empat Kerat (Teka-teki)

4. Imejan yang terdapat dalam Pantun Empat Kerat (teka-teki) ialah…………