PANTUN EMPAT KERAT

download PANTUN EMPAT KERAT

of 8

description

pantun empat kerat

Transcript of PANTUN EMPAT KERAT

PANTUN EMPAT KERAT (BERJIMAT CERMAT) KOMSAS TINGKATAN 1 (BE A WISE CONSUMER)Pengenalan

Sejumlah 7 rangkap pantun tentang sifat berjimat cermat dipaparkan pada haaman 7 dan 8 antoogi Kasut Kelopak Jantung. Penyelenggara pantun, Zailani Taslim menggunakan kedua-dua bentuk pembayang kerenah manusia dan unsur aam sebagai pembayang maksud. Nampaknya hanya rima akhir yang disamakan, sedangkan rima awal dan tengah sukar untuk disamakan.

Perbincangan rangkap demi rangkap

Pergi ke belukar memasang pikat, Pulangnya lewat di hujung petang, Jikalau sentiasa berjimat cermat, Rezeki secupak terasa segantang.

Amalan jimat cermat menyebabkan rezeki yang sedikit dirasakan banyak, atau rezeki yang berkat.

Indah nian pemandangan dunia, Dari timur hingga ke selatan, Sikap berjimat amalan mulia, Orang boros sahabat syaitan.

Sikap berjimat tergolong dalam amalan mulia, sedangkan sikap boros ialah pekerjaan syaitan.

Masak meranum buah ara, Jatuh sebiji di atas papan, Jika berjimat setiap perkara, Pasti terjamin masa hadapan.

Amalan berjimat menjamin masa hadapan jika dilaksanakan secara menyeluruh.

Sungguh pahit buah peria, Dimakan juga dibuat sayuran, Membesar belanja sikap sesia, Hanya menambah beban kewangan.

Sikap boros dalam berbelanja akan hanya menambah beban kewangan seseorang.

Singgah berehat di kota lama, Kuih dijamah air dihirup, Berjimat cermat suruhan agama, Jika diamal sejahteralah hidup.

Sikap jimat cermat ialah anjuran agama yang menjamin kesejahteraan hidup.

Inderagiri pasirnya umat, Tempat berkelah putera raja, Baik sedikit tetapi berjimat, Daripada banyak membazir sahaja.

Nikmat yang sedikit tetapi berjimat adalah lebih baik daripada nikmat yang banyak, tetapi dibazirkan.

Turun ke ladang memettik kacang, Hendak dibuat masak lemak, Segala urusan jika terancang, Sikap membazir pasti terelak.

Perancangan daam setiap urusan ialah kunci bagi mengelakkan sikap membazir.

PANTUN EMPAT KERAT (TEKA-TEKI) KOMSAS TINGKATAN 1 (PUZZLE VIA POET MODE)Pengenalan

Antara cara mengisi masa lapang secara santai ialah berlawan teka-teki. Generasi zaman dahulu menggabungkan kreativiti pantun dengan mesej teka-teki supaya lebih menghiburkan. Pembayang pantun masih berupa unsur alam atau kerenah manusia, manakala bahagian maksud ialah ayat teka-teki yang hendak disampaikan.

Perbincangan Rangkap Demi Rangkap

Belayar perahu dari Berandan, Menuju arah Selat Melaka; Lebar kepala dari badan, Apakah itu cubalah teka?

Jawapan: anak mancis / batang mancis

Burung nuri burung dara, Terbang ke sisi taman kayangan; Cubalah cari wahai saudara, Makin diisi makin ringan.

Jawapan: belon

Hari-hari ke rumah Cik Hitam, Melihat orang memotong tebu; Apa binatang darahnya hitam; Janggut delapan tulangnya satu?

Jawapan: sotong

Ambil betik potongkan pisau, Buah masak pokoknya rendah; Kecil-kecil berbaju hijau, Sudah besar berbaju merah.

Jawapan: cili

Kalau tuan bawa keladi, Bawa juga si pucuk rebung; Kalau tuan bijak bestari, Apa dia tanduk di hidung?

Jawapan: badak / gajah

Gaya Bahasa

Pembayang Pantun: Dua rangkap pertama ialah unsur alam, manakala baki tiga rangkap lagi ialah kerenah manusia.

Persamaan Rima: Lebih mementingkan rima akhir. Rima awal dan rima tengah kelihatan bebas, iaitu tidak terikat.

Perulangan: Rangkap 3 - rima akhir Cik Hitam dengan hitam

Rangkap 5 - rima awal Kalau tuan dengan Kalau tuan

PANTUN EMPAT KERAT (MUAFAKAT) KOMSAS TINGKATAN 3 (ALWAYS TOGETHER)Pengenalan

Pantun tergolong dalam genre prosa tradisional. Penggunaan pantun dalam komunikasi zaman dahulu melambangkan kehalusan akal budi dan ketinggian adab seseorang. Pembayang pantun yang tulen ialah tentang unsur alam, atau tentang kerenah manusia.

Setiap baris pantun yang baik mengandungi antara 10 hingga 12 suku kata. Bentuk pantun yang paling mudah ialah pantun 2 kerat, manakala pantun yang lebih rumit ialh pantun 8 kerat. Pantun diungkapkan dengan gaya dan lagu suara (nada, gelombang sebutan) yang tersendiri.

Dalam setiap rangkap pantun, dua baris pertama ialah pembayang, manakala dua baris berikutnya ialah maksud atau mesej sebenar yang ingin disampaikan. Walaupun secara paling baik, rima awal, rima tengah dan rima akhir antara pasangan ayat pembayang dan maksud cuba disamakan, hakikatnya perkara itu sukar untuk dilakukan. Memadai jika rima akhir pasangan baris pertama dengan ketiga, dan kedua dengan keempat, dapat disamakan.

Perbincangan rangkap demi rangkap

Indah sungguh warna pelangi, Tidak luput hingga senja; Ke lurah sama diharungi, Usaha bersama membawa bahagia.

Susah payah dalam sesuatu pekerjaan akan menjadi lebih ringan jika dilakukan secara beramai-ramai. Malah, cara demikian akan menumbuhkan rasa bahagia dan gembira kepada semua orang yang turut serta. Sebarang masalah dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan mudah.

Buah salak di dalam kantung, Kulitnya keras isinya kelat; Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.

Ambilan peribahasa klasik ini memang tepat dengan mesej keseluruhan pantun. Kekuatan masyarakat atau mana-mana kumpulan manusia terletak kepada ikatan kerjasama yang terjalin. Persefahaman ialah teras keutuhan sesebuah masyarakat.

Turun ke paya memetik kangkung, Hati-hati terkena getahnya; Bergotong-royong penduduk sekampung, Hidup muafakat hidup bahagia.

Amalan dan tradisi gotong-royong berakar umbi di kawasan desa dan kampung. Kerja seperti kenduri kendara dan membina rumah dilaksanakan secara beramai-ramai. Bibit kemesraan yang tumbuh menyumbang terhadap kehidupan masyarakat yang rukun damai dan sejahtera.

Beras segantang sudah disukat, Lalu disimpan di atas para; Andai seluruh masyarakat muafakat, Negara damai rakyat sejahtera.

Muafakat hanya tercapai jika semua anggota masyarakat bersatu hati, sekata dan sejiwa dalam sesuatu hal, atau urusan kerja. Muafakat ialah asas perpaduan. Akhirnya, negara akan beroleh suasana (milieu) yang aman, sentosa dan tenteram sehingga rakyat jelata menikmati kesejahteraan hidup.

Sawah padi luas terbentang, Kuning keemasan indahnya maya; Percaya-mempercayai asas berpegang, Barulah muafakat kekal selamanya.

Prasyarat kejayaan muafakat ialah ikhlas, jujur dan saling percaya. Pegangan sedemikian ialah sebagai jaminan supaya amalan muafakat dapat bertahan sepanjang masa.

Harum sungguh bunga melati, Hiasan sanggul amat memikat; Bertolak ansur, hormat-menghormati, Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat.

Amalan muafakat perlu kepada sikap tolak ansur dan saling hormat. Perbezaan dalam perkara-perkara kecil hendaklah diketepikan, sebaliknya mendahulukan persamaan buah fikiran dan cara bertindak. Perpaduan masyarakat sangat bergantung kepada kesanggupan menerima perbezaan seadanya.

Kajian komsas

Pantun selenggaraan Zailani Taslim dari Terengganu di atas menyebut perkataan muafakat dalam semua rangkap, kecuali rangkap pertama yang disebut sebagai usaha bersama. Unsur perulangan itu sejajar dengan tema pantun yang berkisar kepada amalan muafakat mengukuhkan perpaduan masyarakat. Pembayang pantun nyata lebih menjurus kepada unsur alam.

Nilai murni: kerjasama, tolak ansur, saling percaya, saling hormat, perpaduan

Persoalan: kerjasama membawa bahagia : muafakat mengukuhkan perpaduan masyarakat : tolak ansur menjayakan muafakat : saling percaya menentukan muafakat : saling hormat teras muafakat : perpaduan masyarakat menerusi muafakat

Pengajaran: kita hendaklah sentiasa bermuafakat dalam melakukan sebarang pekerjaan / membuat keputusan : kita hendaklah mengutamakan perpaduan masyarakat : kita hendaklah bertolak ansur dalam kerja bermuafakat (pasukan) : kita hendaklah saling percaya membina muafakat : kita hendaklah saling hormat menuju muafakat : kita jangan hanya mementingkan diri sendiri / memencilkan diri dalam masyarakat

Kajian kbkk: : muafakat remaja seperti kumpulan belajar, kokurikulum, permainan, sukan, perkongsian ilmu : muafakat warga sekolah seperti gotong-royong perdana, menyokong wakil sekolah yang bertanding : muafakat keluarga seperti membersih dan mengemas rumah dan laman rumah, rehlah dan riadah : muafakat komuniti seperti hari keluarga, kempen menghapuskan sarang nyamuk aedes : muafakat organisasi / pertubuhan seperti kelab / persatuan pengguna / rukun tetangga / bomba bantuan : muafakat negara seperti belanja berhemat melawan inflasi, membanteras jenayah