PANTUN KASIH SUAMI

6
PANTUN KASIH SUAMI Merintih puteri sedih dan sepi, Sebak membekam hati berbirat; Kasih suami kasih nan sejati, Tidakkan padam selagi hayat. Bunga melati di taman sena, Indah dijaga pakatlah cari; Setia suami jangan curiga, Belahlah dada siatlah hati. Berseri selasih di tepi perigi, Berjalan puyuh antara kantan; Suami pengasih isteri mithali, Ikatan kukuh cinta berkekalan. Wangi aroma bunga cempaka, Puteri Kemboja diarah ke taman; Suami laksana nakhoda bahtera, Kemudi keluarga di tengah lautan. Makan bingka duduk di meja, Dadih laici nak diratah segar; Sekian lama hidup bersama,

description

PANTUN

Transcript of PANTUN KASIH SUAMI

Page 1: PANTUN KASIH SUAMI

PANTUN KASIH SUAMI

Merintih puteri sedih dan sepi,Sebak membekam hati berbirat;Kasih suami kasih nan sejati,Tidakkan padam selagi hayat.

Bunga melati di taman sena,Indah dijaga pakatlah cari;Setia suami jangan curiga,Belahlah dada siatlah hati.

Berseri selasih di tepi perigi,Berjalan puyuh antara kantan;Suami pengasih isteri mithali,Ikatan kukuh cinta berkekalan.

Wangi aroma bunga cempaka,Puteri Kemboja diarah ke taman;Suami laksana nakhoda bahtera,Kemudi keluarga di tengah lautan.

Makan bingka duduk di meja,Dadih laici nak diratah segar;Sekian lama hidup bersama,

Page 2: PANTUN KASIH SUAMI

Kasih suami tak pernah pudar.

Balang jamu bertindih-tindih,Girang puteri meratah sahaja;Ladang rindu membenih kasih,Pulang suami membuah cinta,

Makan di balai letih bekerja,Rapatkan meja biniku hidang;Jangan direlai kasih nan setia,Ikatkan cinta suamiku sayang.

Rebanlah titi jentera membelah,Emak ke paya ati-ati bertindih;Janganlah suami cinta terbelah,Tidak kurela berkongsi kasih.

Wira perkasa bakal menteri,Seminggu hilang turun berlatih;Istana cinta kekal nan abadi,Suamiku sayang meranum kasih.

Bertelut panglima bersaksi janji,Wiraku gagah disisip pedang;Kemelut tiba suamiku di sisi,

Page 3: PANTUN KASIH SUAMI

Jiwaku gelisah dibisik sayang.

Perigi buta risaulah ayahanda,Mainan adinda pulang menantu;Suami kucinta engkaulah wira,Tampan bergaya kusayang selalu.

Pegaga bertindih di tepi padang,Kuraup selut kusingkap baju;Dahaga kasih suami tersayang,Kulurut-lurut kusuap rindu.

Bencimu tegar hatiku walang,Kukucup jerih menojah kata;Cintamu mekar suamiku sayang,Kuraup kasih berpisah tiada.

Mentari beralih pagi menjelang,Hutan di baruh kabur saujana;Suami pengasih lagi penyayang,Ikatan kukuh penyubur asmara.

Merintih puteri di ranjang masa,Kucari cinta merungkup di hati;Kasih suami bertunjangkan cinta,

Page 4: PANTUN KASIH SUAMI

Kujanji setia sehidup semati.

Di saku dayang bertemu permata,Wijaya bandar bawa ke Tapah;Suamiku sayang rindu adinda,Hanya sebentar kita berpisah.

Mengalih jerami di tengah bendang,Antara tenggala haruan berkejaran;Kasihnya suami menumpah sayang,Keluarga bahagia aman berkekalan.

Dulang di meja cempaka biru,Digilap puteri permata berseni;Hilang di mata membara rindu,Mengharap suami setia di sisi.

Cinta itu HADIR setiap saat

Cinta itu TERASA dalam tindakan

Cinta itu TERUCAP dalam senyuman

Cinta itu BERSINAR dengan tatapan

Cinta itu HANGAT dalam dakapan

Cinta itu MENYENGAT lewat belaian

Page 5: PANTUN KASIH SUAMI

Malam ini kasih teringat aku pada muSeakan kau hadir di sisi menemani kuKu yakin kan diri agar tiada sepiKu lewat kau hadir di dalam mimipi ku

Seandainya mungkin ku mampu terbang ke awanDetik ini juga ku akan melayang ke sanaKan ku bawa pulangDirimu yang selalu ku sayangBersama berdua kita bahagia

Kasih dengarlah hatiku berkataAku cinta kepada dirimu sayangKasih percayalah kepada dirikuHidup matiku hanya untuk mu

Read more: http://www.wowkeren.com/lirik/hetty_koes_endang/kasih.html#ixzz3nIICuLQ4

Tersadar didalam sepikuSetelah jauh melangkahCahaya kasihmu menuntunkuKembali dalam dekap tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanyaKau berikan lagi kesempatan ituTak akan terulang lagiSemuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

Tanpamu tiada berarti

Page 6: PANTUN KASIH SUAMI

Tak mampu lagi berdiriCahaya kasihmu menuntunkuKembali dalam dekapan tanganmu

amaran diterimaHai salam perkenalanHatiku mula rinduRasa ingin bertemuGetaran dijiwaInikah cinta kuBahagia ku impikanMenjelma dalam ingatan ku

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-lagu-zapin-cinta-sms-senario.html#ixzz3nIJ95XjT

Tidak dicari seorang lelaki,Jika tidak kerana budi,Suami tercinta dambaan hati,Jalinan bahagia menanti pasti..