PANTUN NASIHAT

download PANTUN NASIHAT

of 2

description

pantun nasihat

Transcript of PANTUN NASIHAT

PANTUN NASIHAT Pakai baju warna biru, Pergi ke sekolah pukul satu; Murid sentiasa hormatkan guru , Kerana guru pembekal ilmu.

Jangan pergi mandi di lombong, Emak dan kakak sedang mencuci; Jangan suka bercakap bohong, Semua kawan akan membenci.

Jikalau tuan mengangkat peti , Tolong masukkan segala barang; Jikalau anak-anak bersatu hati . Kerja yang susah menjadi senang .

Pinang muda dibelah dua Anak burung mati diranggah Dari muda sampai ke tua Ajaran baik jangan diubah

Hari malam gelap-gelita Pasang lilin jalan ke taman Sopan santun budaya kita Jadi kebanggaan zaman berzaman

Orang Daik memacu kuda Kuda dipacu deras sekali Buat baik berpada-pada Buat jahat jangan sekali

Adik ke kedai membeli halia Emak memesan membeli laksa Jadilah insan berhati mulia Baik hati berbudi bahasa

Jalan-jalan ke kota Blitar jangan lupa beli sukun Jika kamu ingin pintar belajarlah dengan tekun

Budak-budak berkejar-kejar, Suka-suka bermain di sana, Kalau kita rajin belajar, Tentu kita akan berjaya

Buah cempedak diluar pagar Ambil galah tolong jolokkan Saya budak baru belajar Kalau salah tolong tunjukkan

Burung Kakak Tua Ada anak empat Nenek sudah tua Jalan pakai tongkat

Lompat si katak lompat Lompat dalam perigi Cepat adik cepat Pergi mandi cuci gigi

Burung kenek-kenek Hinggap bawah batang Apa pesan nenek Cepat-cepat pulang

Ayam kedek-kedek Beri makan padi Abang sayang adik Mesti ajar mengaji