Papan suis utama

download Papan suis utama

of 2

Transcript of Papan suis utama

Papan suis utama Am Papan suis utama (PSU) adalah satu komponen atau perkakas pemasangan elektrik yang mula-mula sekali menerima bekalan elektrik sebelum ianya diagih -agihkan kebahagianbahagian lain beban atau bangunan .ia juga merupakan pusat kawalan kepada keseluruhan pemasangan . Didalam PSU inilah terdapatnya perkakas suis untuk tujuan kawalan dan perlindungan .bekalan masuk utama boleh dikawal iaitu ON dan OFF di PSU .alat dan komponen perlindungan utama yang mengawal dan melindungi keseluruhan pem asangan ditempatkan disini. Peranan ,saiz fizikal dan fungsi PSU adalah bergantung kepada keupayaan membawa arus ,kegunaan PSU itu sendiri serta apakah yang hendak dikawalnya .ada sesetengah PSU hanyta mengawal beban elektrik yang tertentu sahaja misalnya motor-motor elektrik . Jenis Umumnya ada tiga jenis PSU yang biasa digunakan iaitu: Jenis melekat di dinding Jenis pedestal Jenis cubicle Jenis melekat ke dinding biasanya untuk pemsangan kecil ,sehingga 100 ampiar .jenis pedestal untuk pemasangan sederhana manakala jenis cubicle untuk pemasangan besar . Binaan Papan suis utama terdiri dari binaan utama yang akan menyokong barat segala peralatan yang terdapat didalam PSU .kekuatan rangka hendaklah minima 10G berbentuk U -section channel .rangka yang baik adalah berlubang-lubang dengan saiz yang sesuai dan dengan jarak 25mm supaya tidak mengurangkan kekuatan mekanikalnye .jenis ini dipanggil jenis modular dimana ia boleh ditambah dan dibesarkan dengan mudah iaitu dengan menyambung sahaja rangka tambahan. KLAS Terdapat tiga jenis klas : Tiada kompartmen tiada dinding pemisah diantara bahagian-bahagian dalam PSU. Sebahagian kompartment- sebahagian sahaja dipisahkan daripada yang lain

Sepenuhya compartment- semua bahagian diasingkan dari yang lain . Jenis mana yang kite mahukan bergantung kepada keperluan ,kesesuian ,tahap keselamatan dan harga yang perlu kite bayar