Paperwork a&p

4
STRUKTUR DAN FUNGSI SALUR DARAH Terdapat 3 jenis salur darah yang utama: 1. Arteri 2. Vena 3. Kapilari ANATOMI SALUR DARAH Tunika intima ( lapisan dalam ) Tunika media ( lapisan tengah ) Tunika adventitia ( lapisan luar ) TUNIKA INTIMA terdiri daripada tisu epitilium skuamus yang dikenali sebagai endothelium. lapisan ini adalah nipis dan licin. membentuk permukaan internel diseluruh sistem kardiovaskular. TUNIKA MEDIA Terdiri daripada otot licin dan elastik. Jumlah tisu otot dan elastik berubah mengikut saiz ateri. Aorta dan cabang-cabang besar mempunyai lebih tisu elastik daripada tisu otot. Apabila saiz ateri semakin kecil, tunika medianya mempunyai lebih otot licin dan kurang tisu elastik. TUNIKA ADVENTITIA Terdiri daripada tisu fibrous yang memberi kekuatan pada dinding arteri.

description

can do it better

Transcript of Paperwork a&p

Page 1: Paperwork a&p

STRUKTUR DAN FUNGSI SALUR DARAHTerdapat 3 jenis salur darah yang utama:

1. Arteri 2. Vena 3. Kapilari

ANATOMI SALUR DARAH Tunika intima ( lapisan dalam ) Tunika media ( lapisan tengah ) Tunika adventitia ( lapisan luar )

TUNIKA INTIMA terdiri daripada tisu epitilium skuamus yang dikenali sebagai endothelium. lapisan ini adalah nipis dan licin. membentuk permukaan internel diseluruh sistem kardiovaskular.

TUNIKA MEDIA Terdiri daripada otot licin dan elastik. Jumlah tisu otot dan elastik berubah mengikut saiz ateri. Aorta dan cabang-cabang besar mempunyai lebih tisu elastik daripada tisu otot. Apabila saiz ateri semakin kecil, tunika medianya mempunyai lebih otot licin dan kurang tisu

elastik.

TUNIKA ADVENTITIA Terdiri daripada tisu fibrous yang memberi kekuatan pada dinding arteri. Saraf dan salur limfatik ditemui di bahagian ini. Arteri elastik meregang apabila darah di pam. Keluar dari ventrikal jantung. Arteri akan kembali ke saiz asal apabila jantung rileksasi

Page 2: Paperwork a&p

PENERANGAN SALUR DARAH

-VENA- Vena ialah salur darah yang membawa darah ke jantung dari bahagian-bahagian lain badan. Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar jika dibandingkan dengan

arteri. Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding

yang tebal tidak diperlukan. Saluran yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah.

Vena dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah sahaja, iaitu arah ke jantung. Injap-injap ini akan tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam alirannya.

Vena yang terkecil sekali dinamakan venul Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari.

-ARTERI- Arteri ialah salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-bahagian lain

badan. Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi

disebabkan oleh denyutan jantung Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari.

KAPILARI DARAH Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali. Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul. Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel. Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan resapan bahan-bahan antara darah

dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.

PERBEZAAN SALUR DARAH ARTERI, VENA, DAN KAPILARI

PERBEZAAN ARTERI VENA KAPILARI DARAHDINDING Tebal Nipis Paling nipis setebal satu selDINDING BEROTOT Tebal Nipis Tidak berotot hanya satu

lapisan epiteliumSAIZ LUMEN Kecil Besar Paling kecilPENGALIRAN Laju Perlahan Paling perlahanTEKANAN Tinggi Rendah Paling rendahMENGANGKUT DARAH Oksigen kecuali arteri

pulmonariKarbon dioksida kecuali vena pulmonari

Oksigen dan karbon dioksida

INJAP Tiada injap kecuali pangkal aorta & pangkal arteri pulmonari

Ada Tiada

Page 3: Paperwork a&p