Paperwork Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah

11
KERTAS KERJA MINGGU ANTI DADAH 2016 MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) SMK SUNGAI DAMIT, TAMPARULI 1. PENDAHULUAN Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah merupakan salah satu program anjuran unit PPDa yang dilaksanakan di peringkat sekolah dalam usaha melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran menolak ancaman dadah dan gejala sosial yang lainnya. Program ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap anti dadah melalui aktiviti persembahan karya kreatif murid di samping elemen-elemen lain seperti motivasi dan aktiviti interaktif di tapak pameran. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menyampaikan mesej dan informasi anti dadah kepada orang ramai melalui pelbagai strategi media. 2. RASIONAL 2.1 Pelajar merupakan aset dan sumber tenaga manusia untuk masa depan yang perlu dibangunkan sesuai dengan kehendak dan keperluan negara 2.2 Pelajar adalah golongan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan dan dikembangkan diri mereka ke arah pembentukan anggota masyarakat yang dinamik dan progresif.

description

Anti Drug week

Transcript of Paperwork Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah

Page 1: Paperwork Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah

KERTAS KERJA MINGGU ANTI DADAH 2016

MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) SMK SUNGAI DAMIT, TAMPARULI

1. PENDAHULUAN

Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah merupakan salah satu program anjuran unit

PPDa yang dilaksanakan di peringkat sekolah dalam usaha melahirkan pelajar yang

berpengetahuan dan berkemahiran menolak ancaman dadah dan gejala sosial yang

lainnya.

Program ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap anti dadah

melalui aktiviti persembahan karya kreatif murid di samping elemen-elemen lain

seperti motivasi dan aktiviti interaktif di tapak pameran. Di samping itu, ia juga

bertujuan untuk menyampaikan mesej dan informasi anti dadah kepada orang ramai

melalui pelbagai strategi media.

2. RASIONAL

2.1 Pelajar merupakan aset dan sumber tenaga manusia untuk masa depan yang

perlu dibangunkan sesuai dengan kehendak dan keperluan negara

2.2 Pelajar adalah golongan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan dan

dikembangkan diri mereka ke arah pembentukan anggota masyarakat yang

dinamik dan progresif.

2.3 Kekuatan dalaman para pelajar seperti daya juang, ketabahan dan keyakinan

diri serta daya saing boleh dipupuk secara positif dan rasional melalui

Program Pendidikan Pencegahan Dadah yang terancang dan bersepadu.

3. MATLAMAT

Matlamat Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah bertujuan untuk mengukuhkan lagi

minda dan sikap anti dadah dan menjauhi rokok dalam kalangan murid melalui

persembahan kepelbagaian bakat pelajar dan perkongsian maklumat dan mesej anti

dadah. Selain itu, program ini juga diharap dapat menerapkan nilai dan jati diri yang

unggul dikalangan pelajar melalui penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti yang

Page 2: Paperwork Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah

KERTAS KERJA MINGGU ANTI DADAH 2016

telah dirancang selaras dengan aspirasi murid yang terkandung dalam PPM iaitu

pengetahuan, kemahiran berfikir, etika dan kerohanian dan identiti nasional.

4. OBJEKTIF

4.1 Mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran pelajar semua peringkat

tentang bahaya dadah.

4.2 Menggunakan seni dan aktiviti kesenian sebagai medium penyampaian

mesej pendidikan pencegahan dadah.

4.3 Mencungkil dan menyuburkan bakat serta potensi yang ada dalam

kalangan pelajar ke arah perkembangan yang lebih positif dan membina.

4.4 Menyemai sikap bertanggungjawab dan prihatin pelajar terhadap tugas

membanteras penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar dan masyarakat

4.5 Memupuk sikap kerjasama dikalangan pelajar untuk membina persekitaran

yang bebas daripada pengaruh dan ancaman dadah.

5. TEMA MINGGU PPDa TAHUN 2016‘’ANDA CUBA ANDA MERANA”

6. TARIKH11 – 15 April 2016

7. LOKASISMK Sungai Damit, Tamparuli

8. AKTIVITI: 8.1 Pelancaran Minggu Anti Dadah

8.2 Demonstrasi hukuman sebat rotan

8.3 Program Cuma 5 Minit Info Dadah

8.4 Pertandingan melukis poster bertemakan anti dadah

8.5 Mencipta lagu bertemakan anti dadah

8.6 Mencipta slogan menarik anti dadah

Page 3: Paperwork Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah

KERTAS KERJA MINGGU ANTI DADAH 2016

9. PENDEKATAN PROGRAMProgram dijalankan dalam bentuk persembahan dan pertandingan pendidikan

pencegahan dadah dan menjauhi rokok. Bentuk persembahan dan pertandingan

yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

9.1 Pelancaran Minggu Anti Dadah

9.2 Demonstrasi hukuman sebat/rotan

9.3 Program Cuma 5 Minit

9.4 Melukis Poster

9.5 Mencipta slogan Anti Dadah

9.6 Mencipta lagu bertemakan anti dadah

9.7 Urine test

10. TENTATIF PROGRAM

HARI/TARIKH PROGRAM GURU PENYELARAS11 APRIL 2016

(Isnin)

Pelancaran Minggu PPDa

Demonstrasi hukuman sebat/rotan ke

atas pesalah penyalahgunaan /

pengedaran dadah

Rena Samie

Zahratun Nazeha

13 APRIL 2016

(Rabu)

Info bahaya dadah 5 minit Rena Samie

Zahratun Nazeha

Unit Disiplin

UBK

14 APRIL 2016

(Khamis)

Program info dadah 5 minit

Urine Test

Unit Disiplin

Unit PPDA

15 APRIL 2016

(Jumaat)

Pertandingan Melukis Poster Anti

Dadah

Pertandingan mencipta lagu

Pertandingan mencipta slogan anti

dadah

Guru-guru penyelaras yang

dilantik

Page 4: Paperwork Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah

KERTAS KERJA MINGGU ANTI DADAH 2016

11. AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA PROGRAM

JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM MINGGU ANTI DADAH 2016

Pengerusi HAJAH SHARINA BINTI HJ MOHD MAJIMIN

Timbalan PengerusiEN HAJRAL BIN SEKAL

SetiausahaCIK RENA SAMIE

Penolong SetiausahaUSTAZAH ZAHRATUN NAZEHA BT HUSSIN SABLI

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAKetua Penyelaras Pertandingan: Ustz Zahratun Nazeha Binti Hussin Sabli

1) Program Cuma 5 Minit (Info Bahaya Dadah)Penyelaras : Puan Masturah (K)

Encik Mohd Sukor

2) Pertandingan Mencipta Slogan Anti DadahPenyelaras : Puan Nazirah Masri (K)

Puan Dayang Salmah

3) Pertandingan Melukis Poster Menengah Atas dan RendahPenyelaras : Encik Larry Gabil (K)

Encik Maikol Yapat

Puan Winnie Augustine

4) Pertandingan Mencipta lagu bertemakan anti dadahPenyelaras : Encik Phelibert Sauki (K)

Encik Julius Sikuk

Cik Rena Samie

Puan Miflin Gulimas

Page 5: Paperwork Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah

KERTAS KERJA MINGGU ANTI DADAH 2016

5) Sketsa Anti dadahPenyelaras : Puan Aza Evianna Ramlee (K)

Puan Stephanie Janius

Penyediaan tempat - Encik Sabinos Ebi

Encik Peter Gitom

PA Sistem - Encik Justine Singkoi

Juruacara - Encik Phelibert Sauki / Puan Miflin Gulimas

Kawalan pelajar - Encik Sabinos Ebi

Guru-guru mata pelajaran yang terlibat semasa aktiviti

12 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL BUTIRAN ANGGARAN PERBELANJAAN

JUMLAH SUMBER

01 Pertandingan melukis poster

menengah atas dan rendah

Hadiah: Alat tulis

RM15 x 2 = RM30

RM10 x 2 = RM20

RM8 x 2 = RM16

RM66.00 SUWA

02 Pertandingan mencipta slogan

Anti Dadah

Hadiah: Alat tulis

RM20 x 2 = RM40

RM15 x 2 = RM30

RM10 x 2 = RM20

RM90.00 SUWA

03 Pertandingan mencipta lagu

(berkumpulan)

Hadiah: hamper

RM25 x 1 = RM25

RM20 x 1 = RM20

RM15 x 1 = RM15

RM60.00 SUWA

04 Frame sijil RM15 x 2 = RM 30 RM30.00 UBK

05 Makan minum RM5 x 20 x 2 Hari =

RM200.00

RM200.00 UBK

06 Sijil RM60 x 1 = RM60.00 RM60.00 UBK

JUMLAH KESELURUHAN RM506.00

Page 6: Paperwork Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah

KERTAS KERJA MINGGU ANTI DADAH 2016

12. HARAPAN

Usaha membanteras ancaman dadah dan rokok melalui pendekatan

pencegahan adalah sangat penting dilaksanakan di semua peringkat. Justeru,

program ini adalah salah satu usaha memberikan pencegahan awalan kepada murid

dan juga masyarakat amnya. Adalah menjadi harapan pihak pengelola agar program

ini dapat merealisasikan hasrat kerajaan mewujudkan Sekolah Bebas Dadah dan

Negara Bebas Dadah Menjelang Tahun 2015 terutama sekali dengan sokongan dan

kerjasama daripada semua pihak.

Disediakan oleh Disemak oleh

RENA SAMIE HAJRAL BIN SEKAL

Setiausaha PPDa PK HEM

Tarikh:

Page 7: Paperwork Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah

KERTAS KERJA MINGGU ANTI DADAH 2016

TENTATIF ATURCARA PENUTUPAN MINGGU ANTI DADAHTARIKH: 15 APRIL 2016

7.00AM - Nyanyian lagu Kebangsaan

- Nyanyian lagu Sabah Tanah Airku

- Nyanyian lagu sekolah

- Bacaan doa

- Bacaan ikrar

7.25 - Ucapan Perasmian Penutupan oleh

Pengetua SMK Sungai Damit

- Persembahan lagu

- Sketsa

9.10 - Selesai (pelajar balik ke kelas)

Page 8: Paperwork Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah

KERTAS KERJA MINGGU ANTI DADAH 2016

AKTIVITI PENGISIAN MINGGU ANTI DADAH 2016

BIL AKTIVITI HURAIAN TINDAKAN01 Cuma 5 Minit Info Anti dadah pada setiap hari

perhimpunan yang akan disampaikan

oleh skuad PPDA & PRS

UBK

02 Pertandingan

mencipta mesej

Anti Dadah

-Pelajar mencipta slogan anti dadah

tidak melebihi 7 patah perkataan.

-Pelajar dikehendaki menghuraikan

slogan dalam 30 patah perkataan

-semua pelajar wajib mengambil

bahagian dalam aktiviti ini

Puan Nazirah Masri (K)

Puan Dayang Salmah

03 Pertandingan

melukis poster Anti

dadah

-Terbuka kepada semua pelajar

-Dibahagikan kepada 2 kategori

(menengah atas & menengah rendah)

-poster bertemakan Anti Dadah

Encik Larry Gabil (K)

Encik Maikol Yapat

Puan Winnie Augustine

04 Pertandingan

mencipta lagu

bertemakan anti

dadah

-Penyertaan secara berkumpulan

- terbuka kepada semua pelajar

-3 kumpulan terbaik akan dipilih dan

akan membuat persembahan sewaktu

penutupan minggu Anti Dadah

Encik Phelibert Sauki (K)

Encik Julius Sikuk

Cik Rena Samie

Puan Miflin Gulimas

05 Sketsa Anti dadah Persembahan sketsa bertemakan anti

dadah

Sketsa selama lebih kurang 10 minit

Puan Aza Evianna Ramlee

Puan Stephanie Janius