Paperwork pameran persatuan

7
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA, KEDAH. KERTAS KERJA PAMERAN GERKO PERSATUAN HARI KOKURIKULUM 2012 ANJURAN PELAJAR PISMP SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2009 NAMA PROJEK PAMERAN PERSATUAN TARIKH DAN TEMPAT TARIKH : TEMPAT : DEWAN SRI BANAI, IPG KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH. 1.0 NAMA PROJEK

Transcript of Paperwork pameran persatuan

Page 1: Paperwork pameran persatuan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN

06000 JITRA, KEDAH.

KERTAS KERJA PAMERAN GERKO PERSATUAN

HARI KOKURIKULUM 2012

ANJURAN

PELAJAR PISMP SEMESTER 6

AMBILAN JANUARI 2009

NAMA PROJEK

PAMERAN PERSATUAN

TARIKH DAN TEMPAT

TARIKH :

TEMPAT : DEWAN SRI BANAI,

IPG KAMPUS DARULAMAN,

06000 JITRA, KEDAH.

Page 2: Paperwork pameran persatuan

1.0 NAMA PROJEK

Pameran Gerko Persatuan Hari Kokurikulum 2012 anjuran pelajar PISMP

Semester 6 Ambilan Januari 2010.

2.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan pihak pengurusan

IPG Kampus Darulaman bagi mengadakan Pameran Persatuan-persatuan

yang telah ditubuhkan oleh pelajar PISMP semester 6 yang mana

merupakan tugasan yang perlu dilaksanakan bagi subjek WAJ 3106. Selain

itu, kertas kerja ini juga akan digunakan untuk memohon kerjasama dan

sumbangan daripada mana-mana pihak yang berkaitan.

3.0 PENGENALAN

Pameran Persatuan bersempena Hari Kokurikulum ini bertujuan

mendedahkan dan memperkenalkan persatuan-persatuan yang telah

ditubuhkan bagi setiap kelas pelajar-pelajar PISMP semester 6, ambilan

Jan 2010 ini kepada warga IPGM Kampus Darulaman. Projek ini juga

dulaksanakan sebagai persediaan awal atau panduan kepada bakal guru

dalam mengurus dan melaksanakan sesebuah persatuan di sekolah kelak.

Diharapkan agar pameran ini akan memberi sedikit ilmu serta pengetahuan

kepada para pengunjung dan ilmu yang ada pada para penganjur dapat

diaplikasikan dan disampaikan kepada orang lain.

Page 3: Paperwork pameran persatuan

4.0 OBJEKTIF

Selepas mengikuti dan melaksanakan Pameran Gerko Persatuan Hari

Kokurikulum ini, para pelajar PISMP Semester 6 diharapakan dapat:

4.1 Mempunyai disiplin dan komitmen yang tinggi dalam apa jua

keadaan.

4.2 Mempersiapkan para bakal guru dalam menghadapi cabaran

sebagai seorang pendidik.

4.3 Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan supaya menjadi

idol kepada masyarakat luar.

4.4 Memiliki semangat berpasukan yang tinggi serta memiliki

ketahanan fizikal dan mental yang teguh.

4.5 Memperkembangkan potensi diri sebagai seorang pendidik dan

menonjolkan kebolehan yang ada dalam merancang, melaksana

dan mengurus sesuatu program.

5.0 TARIKH, HARI DAN MASA

Berikut adalah masa yang dicadangkan:

Tarikh :

Hari : Rabu

Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang

6.0 TEMPAT

Dewan Sri Banai, IPG Kampus Darulaman.

Page 4: Paperwork pameran persatuan

7.0 KUMPULAN SASARAN

Sebanyak 10 buah kelas dari Semester 6 Ambilan Januari 2010 iaitu

seramai 194 orang akan turut serta dalam Pameran Gerko Persatuan Hari

Kokurikulum 2012. Berikut adalah senarai 10 buah kelas:

7.1 Pendidikan Al-Quran dan Islam

7.2 Pemulihan (Bahasa Melayu)

7.3 Pemulihan (Bahasa Cina)

7.4 Pendidikan Jasmani

7.5 Pendidikan Khas 1

7.6 Pendidikan Khas 2

7.7 Pendidikan Khas 3

7.8 Bahasa Cina

7.9 Matematik

7.10 Sains

8.0 FASILITATOR

Senarai nama fasilitator yang telah dilantik dan dipertanggungjawabkan

untuk mengendalikan pameran ini adalah seperti di LAMPIRAN A.

9.0 ATUR CARA PROGRAM

8.00 pagi : Fasilitator dan penganjur menyiapkan bahan pameran

8.30 pagi : Ketibaan VIP dan pengunjung

9.00 pagi : Gimik majlis perasmian

9.15 pagi : Pameran bermula

: Aktiviti setiap kumpulan persatuan

4.00 petang : Bersurai

Page 5: Paperwork pameran persatuan

10.0 JAWATANKUASA INDUK DAN PENGELOLA

10.1 Jawatankuasa Induk

Penaung : Tn. Hj. Mohd Mustafa Bin Ahmad

Penasihat : Tn. Hj. Hashim Bin Ismail

Pengerusi : Pn. Noorashikin Binti ismail

Pensyarah Penasihat : En. Chee Pao Kam

En. Azizi Bin

En. Mohd Nashri Bin Yaakub

En. Yusri Bin Yusoff

Tn. Hj. Abd. Rahim Bin Abdullah

Tn. Hj. Ghazali Bin Omar

Tn. Hj. Wan Aziz Bin Wan Mohammad

Tn. Hj. Zainal Abidin Bin Saad

Pn. Choong Sook Khim

Pn. Rodziah Binti Ismail

10.2 Jawatankuasa Pengelola

Penasihat :

Pengerusi : Muhammad Aqmal Hakim Bin Abdul Rahim

(Pendidikan Jasmani)

Naib Pengerusi : Muhammad Syafeez Izuan Bin Mohd Isa

(Pendidikan Islam)

Setiausaha : Lili Farhana Binti Md Yasin

(Pendidikan Khas 1)

Naib Setiausaha : Nurfarhana Binti Ahmad Tarmizi

(Pemulihan Bahasa Melayu)

Bendahari : Fakriah hamidah Binti Sabri

(Sains)

Naib Bendahari : Yoong Soo May

(Pemulihan Bahasa Cina)

Page 6: Paperwork pameran persatuan

Ahli Jawatankuasa:

Siaraya : Muhammad Izzuddin Bin Khalid (Sains)

Persiapan tempat : Muhammad Izzat Bin Badrul (Pend. Jasmani)

Peralatan : Akmal Adibah Binti Dzayaolakmal (Pend. Khas 2)

Dokumentasi : Lim Sze Yuen (Bahasa Cina)

Pengacaraan : W Hanisah Binti Meor Abdul Aziz Suhaimi (PAI)

Buku Program : Atiya Atiqah Binti Abd Halim (Pemulihan BM)

Hadiah : W Mohd Talqiff Iman Bin Wan Ahmad Rafidi (PK 1)

Jamuan : Muhammad Zamir Husaini Bin Abdul Aziz (Math)

Perasmian : Tham Shu Qin (Pemulihan BC)

Tugas-tugas Khas : Abdul Sharil Hazri Bin Nordin (Pend. Khas 3)

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

ITEM Jumlah (RM) Catatan

1. Bahan-bahan dan Peralatan Pameran - Stor

2. Banner Pameran RM 50

3. Jamuan RM 200

4. Cenderahati - Stor

12.0 PERMOHONAN PERALATAN

Rujuk LAMPIRAN B.

Page 7: Paperwork pameran persatuan

13.0 KEBENARAN BERTULIS

Rujuk LAMPIRAN C

14.0 PENUTUP

Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi

daripada semua pihak yang terlibat, adalah diharapkan semoga

perjalanan program ini dalam keadaan baik dan sempurna seperti yang

telah dirancang. Hasil daripada program ini, diharapkan dapat melahirkan

bakal guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari aspek fizikal,

emosi, rohani, intelek dan sosial supaya dapat berkhidmat dengan

cemerlang apabila berada di sekolah kelak. Seterusnya dapat

meningkatkan keprihatinan terhadap isu-isu pendidikan masa kini serta

mampu melahirkan guru ayang berminda global dan berfikiran postif

terhadap cabaran dalam dunia pendidikan.

Disediakan oleh :

(LILI FARHANA BINTI MD. YASIN)

Setiausaha,

Jawatankuasa Induk Pengelola,

Pameran GERKO Persatuan Hari Kokurikulum 2012,

PISMP Semester 6, Ambilan Januari 2010,

IPG Kampus Darulaman,

06000 Jitra, Kedah .