Paperwork Permainan Tradisional

16
PISMP Ambilan Januari 2011 Major Pendidikan Jasmani, Institut Pendidikan Guru, Kampus Raja Melewar, 70400, Jalan Sikamat, Negeri Sembilan Darul Khusus. __________________________________________________________________________ Tarikh : 4 FEBRUARI 2013 Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Raja Melewar, 70400, Jalan Sikamat, Negeri Sembilan Darul Khusus. Tuan/Puan, MEMOHON KELULUSAN KERTAS KERJA PROGRAM PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN PISMP AMBILAN JANUARI 2011 MAJOR PENDIDIKAN JASMANI Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Berikut adalah butiran program yang akan : Aktiviti : Karnival Permainan Tradisional Tempat : SK Gadong Jaya Labu Negeri sembilan Tarikh : 20 Mac 2013 (10.00 pagi hingga 5.30 petang) 3. Bersama-sama ini telah dilampirkan kertas kerja berkenaan untuk makluman tuan. 4. Kerjasama dari pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. SEKIAN, Yang menjalankan tugas, Disemak oleh, ....................................... ......................................... ( Humaira Binti Amer) ( En. Azulhaimi bin Ahmad) Setiausaha, Pensyarah Penasihat PJM 3112, Program Karnival Permainan Tradisional. IPG, Kampus Raja Melewar.

Transcript of Paperwork Permainan Tradisional

Page 1: Paperwork Permainan Tradisional

PISMP Ambilan Januari 2011 Major Pendidikan Jasmani, Institut Pendidikan Guru, Kampus Raja Melewar, 70400, Jalan Sikamat, Negeri Sembilan Darul Khusus. __________________________________________________________________________

Tarikh : 4 FEBRUARI 2013

Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Raja Melewar, 70400, Jalan Sikamat, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tuan/Puan,

MEMOHON KELULUSAN KERTAS KERJA PROGRAM PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN PISMP AMBILAN JANUARI 2011 MAJOR PENDIDIKAN JASMANI

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berikut adalah butiran program yang akan :

Aktiviti : Karnival Permainan Tradisional

Tempat : SK Gadong Jaya Labu Negeri sembilan

Tarikh : 20 Mac 2013 (10.00 pagi hingga 5.30 petang)

3. Bersama-sama ini telah dilampirkan kertas kerja berkenaan untuk makluman tuan.

4. Kerjasama dari pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

SEKIAN,

Yang menjalankan tugas, Disemak oleh,

....................................... .........................................

( Humaira Binti Amer) ( En. Azulhaimi bin Ahmad)

Setiausaha, Pensyarah Penasihat PJM 3112, Program Karnival Permainan Tradisional. IPG, Kampus Raja Melewar.

Page 2: Paperwork Permainan Tradisional

KERTAS KERJA

PERMAINAN TRADISIONAL PERINGKAT IPG, KAMPUS RAJA MELEWAR

(UNTUK MEMENUHI KEHENDAK PROFORMA (PJM 3112) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN MAJOR PENDIDIKAN JASMANI)

TARIKH:20 Mac 2012

(10.00 pagi hingga 5.30 petang)

BERTEMPAT DI :IPG Kampus Raja MelewarSeremban, Negeri sembilan

ANJURAN:

PISMP SEMESTER 5 PENDIDIKAN SENI VISUAL

AMBILAN JANUARI 2011

Page 3: Paperwork Permainan Tradisional

1.0 PENGENALAN

Permainan tradisional ialah permainan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang kita.

Namun setelah arus pemodenan merubah zaman, permainan tradisional semakin

dilupakan terutamanya oleh generasi muda kini. Mereka lebih berminat dengan

permainan-permainan moden dan menganggap permainan tradisional sebagai

ketinggalan zaman dan bersifat kekampungan. Di Malaysia, terdapat pelbagai kaum

yang mana, hampir setiap satunya mewarisi permainan tradisional oleh nenek

moyang mereka. Antara permainan tradisional yang terkenal ialah sepak raga,

ketinting, galah panjang, kabaddi dan sebagainya. Walau bagaimanapun, permainan-

permainan ini kian dilupakan oleh generasi muda terutamanya yang tinggal di

kawasan bandar.

Dalam usaha untuk menaikkan semula permainan tradisional yang menjadi warisan

nenek moyang kita kepada generasi muda, kami selaku bakal pendidik, mengambil

peluang untuk mengekalkan warisan inisupaya tidak reput dek hujan, tidak lekang

dek panas dan memperkenalkan kepada anak didik khususnya generasi muda dalam

penganjuran karnival permainan tradisional. Maka, karnival ini dijadikan batu loncatan

kepada bakal pendidik untuk mengenali dengan lebih mendalam permainan-

permainan tradisional di negara kita. Disamping itu, aktiviti ini dapat mewujudkan

nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertanggungjawab, memupuk semangat

internasional antara pelbagai kaum, dan melahirkan generasi yang aktif. Bukan itu

sahaja, malah bakal pendidik juga diberi peluang untuk mengasah kemahiran dalam

sesebuah penganjuran sesuatu aktiviti.

2.0 RASIONAL

Murid sekolah rendah merupakan aset negara yang akan meneraju masyarakat di

masa hadapan. Kesinambungan profesionalisme keguruan adalah merupakan

tanggungjawab yang harus dipikul oleh guru pelatih untuk memastikan ianya terus

berkembang sejajar dengan aspirasi negara.Dalam aktiviti ko-kurikulum aspek

organisasi dan pentadbiran sukan adalah satu perkara yang amat dititikberatkan

untuk memastikan sesuatusukan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Melalui

karnival ini adalah diharapkan para siswa guru dapat menimba pengetahuan dan

pengalaman dalam mengurus, mengendali dan mentadbir sesuatu kejohanan dengan

cemerlang.

Page 4: Paperwork Permainan Tradisional

3.0 MATLAMAT

Melahirkan murid sekolah rendah yang mampu menghayati dan mengangkat warisan

masyarakat ke mata generasi muda disamping dapat merancang dan menguruskan

sesuatu karnival sukan sebagi pengalaman awal sebelum melangkah ke alam

perguruan kelak. Selain dapat memberi peluang kepada bakal guru pelatih dalam

memantapkan dan menajamkan lagi kemahiran dalam mengendalikan sesebuah

program dengan cemerlang. Bukan itu sahaja, malahan permainan tradisional juga

dapat diangkat tinggi setaraf dengan permainan-permainan lain di negara kita.

4.0 OBJEKTIF

Objektif karnival sukan tradisional ini adalah :

4.1 Memberi pengalaman kepada bakal pendidik dalam mengendalikan sesuatu

kejohanan atau karnival sukan.

4.2 Memperkenalkan pelbagai jenis permainan tradisional kaum-kaum di Malaysia

dan cara permainannya.

4.3 Memupuk integrasi nasional antara pelbagai kaum dalam kalangan murid

sekolah rendah.

4.4 Melahirkan murid sekolah rendah yang aktif dalam pelbagai jenis sukan.

5.0 TARIKH

20 Mac 2013 (Rabu) 10.00 pagi hingga 5.30 petang

6.0 TEMPAT

Padang IPG Kampus Raja Melewar, Seremban Negeri Sembilan

7.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar IPG Kampus Raja Melewar minor Pendidikan Jasmani.

Cadangan permainan tradisional ialah :

a. Bulu Ayam.

Page 5: Paperwork Permainan Tradisional

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Sumber perbelanjaan : Sumbangan pelajar PISMP semester 5 Major Pendidikan

Seni Visual

PERKARA KUANTITI JUMLAH

1. Hadiah

Hamper

Plak cenderahati

RM 10.00 x 9 acara

RM 20.00 X 1 sekolah

RM 90.00

RM 20.00

2. Stor Pusat

Air Mineral

Cenderahati

5 kotak

5 buah

*Bekalan daripada Stor

Pusat

3. Keperluan persiapan

tempat (tepung)

RM 2.30 x 10 paket RM 23.00

5. Alat tulis

A4 putih

A4 warna

Marker pen

Kertas Mahjong

Kad Manila

Tali Rafia

Binding Tape

4 katon

2 katon

6 biji

10 helai

10 helai

3 gulung

3 gulung

*Bekalan daripada stor

pusat

JUMLAH KESELURUHAN RM 133.00

Page 6: Paperwork Permainan Tradisional

9.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Tuan Haji Musa bin Abdullah

(Pengarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Raja Melewar)

Ketua Penasihat : Puan Suraya Bibi binti A.K Bapotti

( Ketua Jabatan PJPK, IPG, Kampus Raja Melewar)

Penasihat : Encik Azulhaimi bin Ahmad

(Pensyarah Penasihat bagi subjek PJM 3112)

10.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA KERJA

Rujuk Lampiran 1 untuk bidang tugas setiap ahli jawatankuasa.

10.1 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENGELOLAAN

Pengerusi : Sdra Mohamed Syafiq bin Mohamad Karim

Naib Pengerusi : Sdra Mohd Haniff bin Zaini

Setiausaha : Sdri Humaira binti Amer

Bendahari : Sdri Nurul Farhana binti Haron

10.2 SENARAI AHLI JAWATANKUASA KECIL

Peralatan : Sdra Ahmad Izzudeen bin Shukor Sdri Siti Khadijah binti Ismail

Hadiah dan Pengacara Majlis : Sdri Noor Amani binti Mohamed Pesri Sdra Muhammad Farhan bin Zakaria

Sdra Mohd Firdaus bin Mohamad Zulkifly

Keselamatan : Sdra Luqman Nul Hakeem bin Abd Rahim Sdri Nurhazimah binti Rahmat

Dokumentasi dan Laporan : Sdri Nur Hamizah binti Mohd Kasmani

Page 7: Paperwork Permainan Tradisional

Sdri Nurul Wahida binti Mohd Rawi

Pengangkutan & Perhubungan : Sdra Mohamad Arif bin Ab Rahim

Buku Program : Saudari Ainina binti Abdul Ilah

10.3 AHLI JAWATANKUASA PERMAINAN

Tarik upih : Sdra Shanmugam a/l Chandrasagaran Sdra Aizat bin Ab Fatah

Sepak raga bulatan : Sdra Mohamad Arif bin Mazland Sdra Abdul Mujib bin Rahimi

Captei : Sdra Ahmad Izzudeen bin Shukor Sdra Mohd Amirul bin Awang

Konda kondi : Sdra Muhammad Farhan bin Zakaria Sdra Mohd Firdaus bin Zulkifly

Baling selipar : Sdra Mohamed Syafiq bin Mohamad Karim Sdri Siti Khadijah binti Ismail

Kaki Gajah : Sdra Sabri bin Mohd Hambali Sdra Luqman Nul Hakeem bin Abdul Rahim

Tolak rim : Sdri Nokalamal a/p Mokhan Sdri Nurhazimah binti Rahmat

Peragaan pakaian tradisional :Sdri Nurul Atiqah binti Azami Sdri Nurul Farhana binti Haron

11.0 TENTATIF PROGRAM

Sila rujuk Lampiran 2.

12.0 PERATURAN PERMAINAN

Sila rujuk lampiran 3

Page 8: Paperwork Permainan Tradisional

13.0 PENUTUP

Semoga semua perancangan dan pelaksanaan Karnival Permainan Tradisional 2013

ini berjalan dengan lancar dan mencapai semua matlamat dan objektifnya. Kerjasama

daripada semua pihak yang berkenaan sangat membantu guru pelatih dalam

mempertingkatkan kemahiran dalam mengendalikan sesebuah program dengan

cemerlang. Bukan itu sahaja, malah di harapkan dengan penganjuran Karnival

Permainan Tardisional dapat membantu guru pelatih dalam menaikkan semula

keunggulan permainan tradisional dalam kalangan murid-murid generasi kini.

SEKIAN,

Yang menjalankan tugas,

.........................................

( Humaira Binti Amer)

Setiausaha,Program Karnival Permainan Tradisional.

Page 9: Paperwork Permainan Tradisional

Lampiran 1

JAWATAN PERANAN BIDANG TUGAS

Pengerusi Bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran,

kewangan dan aktiviti.

Memastikan arahan daripada penasihat program dapat

dijalankan.

Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada jawatankuasa

dalam melaksanakan tugas atau aktiviti.

Menjadi orang tengah dalam mengemukakan cadangan atau

usul ahli kepada pihak yang berkenaan.

Bertanggungjawab menentukan hala tuju program.

Naib pengerusi Membantu pengerusi dalam melicinkan perlaksanaan

aktiviti.

Memangku tugas pengarah semasa ketiadaannya.

Setiausaha Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang

pengurusan dan pentadbiran.

Mengumpul semua maklumat seperti merekodkan semua

fail-fail untuk rujukan.

Bertanggungjawab untuk hadir setiap mesyuarat dalam

perlaksanaan program.

Memanggil ahli jawatankuasa untuk bermesyuarat.

Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan

surat pekeliling kepada yang berkenaan.

Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan

agenda mesyuarat.

Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berkelompok di

kalangan AJK.

Menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh program.

Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan

mesyuarat.

Bendahari Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang

pengurusan pentadbiran kewangan.

Menyedia dan menyimpan buku akaun untuk program.

Menerima dan menyimpan cek-cek dan wang tunai milik

Page 10: Paperwork Permainan Tradisional

program.

Menyimpan semua resit-resit, buku rekod wang keluar

masuk dan lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan

kewangan.

Menjaga dan menguruskan harta benda bagi program

dengan baik.

Menyediakan laporan wang keluar masuk setiap kali

mesyuarat.

Memberi pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan

masalah kewangan bagi perlaksanaan program.

Menandatangani cek-cek bersama pengerusi atau

setiausaha atau kedua-duanya sekali

AJK Makanan Menyediakan bajet dan jenis makanan atau hidangan

ringan yang perlu disediakan bagi jawatan kuasa

sepanjang program berlansung.

Bertugas menyediakan hidangan jamuan makanan

kepada pihak-pihak yang berkaitan dan memastikan tiada

petugas dan AJK yang ketinggalan.

melayan tetamu yang makan dan membahagikan

makanan dengan sebaik mungkin.

Memastikan kebersihan tempat makan.

Mengemaskan dan membersihkan tempat mkan,

makanan yang berlebihan dan sebagainya.

Menyediakan bekas makanan dan minuman serta plastik

sampah.

AJK Hadiah Merancang jenis hadiah yang akan diberikan.

Membuat tempahan terhadap hadiah yang ingin digunakan

serta menyediakan hadiah dalam kuantiti yang mencukupi bagi

sesuatu program.

Menyediakan cenderamata bagi pihak tetamu kehormat.

Menyediakan peralatan yang perlu digunakan semasa majlis

penyampaian hadiah.

AJK Dokumentasi dan

Laporan

Merekodkan segala maklumat mengenai projek atau aktiviti

yang telah dijalankan sebagai rujukan.

Page 11: Paperwork Permainan Tradisional

Menggunakan kamera atau video-cam bagi merakam

sesuatu aktiviti atau projek.

Menjadi jurukamera sepanjang sesuatu program

berlansung.

Membuat laporan lengkap

AJK Keselamatan Memastikan keselamatan di dalam kawasan aktiviti

terjamin.

Memastikan setiap aktiviti yang dijalankan selamat dan

berjalan lancar.

Sentiasa bersedia jika terdapat kemalangan atau sesuatu

yang tidak diingini.

Merancang aktiviti kawalan malam.

Membawa beberapa unit kelengkapan seperti “first aid”

AJK Pengangkutan

dan Peralatan

Bas perlu ditempah pada hari berkenaan.

Menyediakan satu senarai semak bagi setiap peralatan

yang akan digunakan dalam semua permainan.

Melakukan pemeriksaan bagi setiap peralatan berada

dalam keadaan yang baik sebelum proses menyimpan

barang.

AJK Buku Program Menyediakan satu buku program yang mengandungi

kesemua perkara yang berkaitan dengan program.

Menyediakan pamplet berkaitan dengan sejarah

permainan-permainan tradisional.

AJK Permainan Tarik

Upih

Merancang peraturan bagi permainan yang

dipertanggungjawabkan.

Memahami dan menjadi pengadil bagi setiap permainan

tersebut.

Menyediakan keperluan bagi setiap permainan supaya berjalan

dengan lancar.

Lampiran 2

MASA AKTIVITI PERKARA

Page 12: Paperwork Permainan Tradisional

2.30 p.m Pendaftaran peserta Tindakan AJK Urusetia

2.45 p.m Taklimat peserta Pengerusi akan menyampaikan taklimat.

2.55 p.m Ketibaan tetamu kehormat Urusetia Saudari Nurul Atiqah dan

Saudari Nurul Farhana.

3.00 p.m Permainan 1: Captei Penyelaras permainan :

Saudara Ahmad Izzudeen dan Saudara

Mohd Amirul

3.15 p.m Permainan 2: Konda kondi Penyelaras permainan :

Saudara Mohd Haniff

3.30 p.m Permainan 3: Sepak raga bulatan Penyelaras permainan :

Saudara Mohd Arif Mazland dan

Saudara Abdul Mujib

3.45 p.m Permainan 4: Tolak rim Penyelaras permainan :

Saudari Nurhazimah dan Saudari

Nokalamal

4.00 p.m Permainan 5: Kaki gajah Penyelaras permainan:

Saudara Luqman Nul Hakeem dan

Saudara Sabri

4.15 p.m Permainan 6: Tarik upih Penyelaras permainan:

Saudara Shanmugam dan Saudara

Aizat

4.30 p.m Permainan 7 :Peragaan pakaian

tradisional

Urusetia permainan:

Saudari Nurul Atiqah dan Saudari Nurul

Farhana.

4.45p.m Upacara penutupan dan

penyampaian hadiah

AJK Hadiah

5.00 p.m Sesi fotografi AJK Dokumentasi

5.15 p.m Bersurai Semua

Lampiran 3

Peraturan permainan tradisional yang dipertandingkan.

Page 13: Paperwork Permainan Tradisional

PERMAINAN PERATURAN PERMAINAN

Tolak rim

Peralatan:

- Rim basikal (8)

- Kon kecil (22)

- Kayu lurus (8)

- Wisel (1)

Setiap kumpulan mempunyai 6 orang

peserta.Kesemua mereka dikehendaki berdiri di

belakang garisan mula yang telah ditetapkan.

Apabila wisel ditiupkan, peserta pertama perlu

menggolek rim basikal kehadapan dengan

menggunakan kayu yang disediakan dan membuat

pusingan pada kon yang telah ditetapkan pada jarak

10 meter.

Perlakuan ini akan diulang sehingga keenam-enam

peserta selesai melakukannya.

Peserta tidak dibenarkan untuk masuk ke garisan

lawan.

Sekiranya rim jatuh, peserta akan memulakan

semula di garisan penamat.

Peserta terakhir yang pertama sampai ke garisan

penamat dikira sebagai pemenang.

Captei

Peralatan :

- Bulu ayam captei

(4)

- Tepung (2)

- Pita ukur

Ahli pasukan terdiri daripada 3 orang mewakili setiap

sekolah masing-masing.

Peserta diwajibkan berpakaian sesuai dan berkasut

sukan.

Timbangan akan dilakukan selama 5 minit.

Pastikan timbangan sentiasa dilakukan dalam

bulatan berdiameter 4 meter.

Kumpulan yang berjaya menimbang paling banyak

dikira sebagai pemenang.

Pemain diwajibkan untuk menimbang bulu ayam

tersebut dengan menggunakan bahagian tepi tumit

kaki atau dengan lutut.

Permainan boleh diteruskan walaupun bulu

ayam/chapteh telah jatuh ke tanah asalkan masa

yang diberikan (5minit) belum tamat.

Bilangan kiraan disambung semula apabila bulu

ayam jatuh ke tanah.

Keputusan juri adalah muktamad.

Sepak raga bulatan Bilangan pemain seramai 5 orang setiap sekolah.

Page 14: Paperwork Permainan Tradisional

Peralatan:

Bola takraw Sebelum permainan dimulakan, semua pemain

hendaklah berdiri dalam kawasan bulatan dan

kedudukan hendaklah dikekalkan semasa permainan

sedang berjalan.

Semua anggota badan kecuali tangan atau lengan

boleh digunakan semasa pemain menerima atau

menghantar bola.

Pemainan dimulakan dengan lambungan bola tinggi

daripada mana-mana pemain.

Setiap pemain hanya dibenarkan mengawal bola

tidak melebihi 3 kali sentuhan berturut-turut dan pada

sentuhan ketiga bola tersebut hendaklah dihantar

kepada pemain yang lain.

Pemain boleh diberhentikan apabila berlaku perkara-

perkara batal iaitu kedua-dua kaki melebihi garisan

bulatan atau tempoh bagi sesuatu permainan

mencukupi.

Bilangan timbangan bola paling banyak akan dikira

sebagai pemenang.

Peragaan pakaian

tradisional

Tema “1 Malaysia”

- Sopan dan tidak

menjolok mata

Terbuka kepada Tahap 2 sekolah rendah.

Terbahagi kepada dua kategori iaitu lelaki dan

perempuan.

Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar

seorang wakil bagi setiap kategori.

Peserta perlu memperagakan pakaian tradisional

mereka dan menceritakan perihal mengenai pakaian

yang dipakai dalam tempoh satu minit.

Pemarkahan meliputi aspek :

- Persembahan

- Penampilan

- Kostum

- Suara

- Kreativiti

Tarik upih

Peralatan :

Ahli kumpulan terdiri daripada 2 orang mewakili

setiap upih.

setiap kumpulan akan dibekalkan dengan upih

Page 15: Paperwork Permainan Tradisional

- Upih kelapa

- Helmet

kelapa dan juga helmet.

Larian sejauh 10 meter dan peserta harus patah

semula ke garisan permulaan.

Jarak keseluruhan bagi seorang pemain adalah 20

meter.

Kumpulan yang menamatkan dahulu akan dikira

sebagai pemenang.

Peserta yang duduk di atas upih harus memastikan

kedua-dua belah kaki mereka tidak terkeluar

daripada upih.

Peserta yang jatuh dari upih diberikan peluang untuk

menaiki semula dan meneruskan permainan.

Peserta harus memakai pakaian yang sesuai dan

seluar pendek adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Keputusan pengadil adalah muktamad.

Sebarang pertanyaan selepas keputusan muktamad

tidak akan dilayan.

Konda Kondi

Peralatan :

- Batang kayu kecil

(2) (berukuran 15

– 20 cm)

- Batang kayu

panjang (1)

(pemukul)

Satu lubang akan dibuat dikawasan pemukul.

Bagi memulakan permainan, ketua bagi setiap

kumpulan yang terdiri daripada 4 peserta dalam

kumpulannya perlu berdiri membelakangi

lubang yang dibuat di tanah.

Masing-masing akan dibekalkan dengan

sebatang kayu kecil dan diminta untuk

melontarkan kayu tersebut kebelakang

memasuki atau hampir dengan lubang.

Mana-mana pasukan yang kayunya masuk atau

hampir dengan lubang akan memulakan

permainan.

Pemain pertama memulakan permainan dengan

meletakkan kayu kecil melintang lubang,

kemudian kayu panjang digunakan untuk

menguis kayu kecil itu supaya melambung ke

udara, setelah itu kayu panjang diletakkan

semula melintang lubang sementara itu, ahli

Page 16: Paperwork Permainan Tradisional

pasukan lawan hendaklah cuba menyambut

kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu

sebelum jatuh ke tanah.

Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian,

semua pemain daripada kumpulan yang sedang

bermain itu dikira mati.

Permainan akan diambil alih oleh pasukan

lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal

menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah

membalingkan kayu pendek masuk ke dalam

lubang ataupun mengena kayu panjang.

Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun

terkena kayu panjang yang diletakkan melintang

tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati.

Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain

lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu

panjang itu, pemain tersebut boleh

mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu

itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu kecil dikira

satu mata.

Mata kemenangan ditetapkan sebanyak 20

mata.

Kaki Gajah

Tempurung kepala

Tali

Permainan ini hanya menggunakan dua belah

tempurung kelapa dan tali.

Tempurung kelapa ini dijadikan sebagai alas

kaki atau seperti terompah tetapi bentuknya

adalah bulat.

Kedua-dua belah hunjung tali diikat pada

bahagian dalam tempurung kelapa supaya

bersambung.

Peserta akan memasukkan kedua-dua celah ibu

jari kaki pada tali, berdiri dengan stabil sambil

memegang bahagian tengah tali.

Kemudian peserta akan berjalan atau berkumba

Page 17: Paperwork Permainan Tradisional

dengan peserta lain sehingga ke penamat.

Peserta yang sampai dahulu dikira sebagai

pemenang