PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI...

90
Jilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament PENGGAL KEDUA Second Session KANDUNGANNYA PENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: Soalan Tambahan bagi Jawab Mulut [Ruangan 1885) JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 1885] USUL: Pemilihan Timbalan Yang di·Pertua: Y .B. Dato' Tan Peng Khoon [Ruangan 1975) UCAPAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN TIMBALAN YANG DI-PERTUA {Ruangan 1997) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang·undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) [Ruangan 1976] Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) [Ruangan 2016]

Transcript of PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI...

Page 1: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

Jilid D Bil. 11

MALAYSIA

Bari Rabu l3hb Julai, 1988

PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES

DEW AN NEGARA Senates

P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

PENGGAL KEDUA Second Session

KANDUNGANNYA

PENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA:

Soalan Tambahan bagi Jawab Mulut [Ruangan 1885)

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 1885]

USUL:

Pemilihan Timbalan Yang di·Pertua:

Y .B. Dato' Tan Peng Khoon [Ruangan 1975)

UCAPAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN TIMBALAN YANG DI-PERTUA {Ruangan 1997)

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang·undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) [Ruangan 1976]

Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) [Ruangan 2016]

Page 2: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1875 13 JULAI 1988 1876

Rang Undang·undang Membaharui Undang-undang (Penghapusan Samsu Gelap) (Pindaan) [Ruangan 2020]

UCAPAN PENANGGUHAN:

Peperiksaan Bahasa Malaysia Sijil Pelajaran Malaysia - Y .B. Tuan Chan Chong Tak [Ruangan 2044]

DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA, KUALA LUMPtJR GHAZALI BIN JANI, K.M.N., A.M.P,, P.P.T.,

PEMANGKU KETUA PENGARAH PERCETAKAN NEGARA, MALAYSIA 1990

;;_)

Page 3: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1877 13 JULAI 1988

MALAYSIA

P ARLIMEN KETUJUH DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG KEDUA

AHLI-AHLI DEW AN NEGARA

1878

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, DATUK ABANG HAJI AHMAD URAl BIN DATUK HAKIM ABANG HAJI MOHIDDEEN, P.N.B.S., J.B.S., A.M.N., A.B.S. (Sarawak).

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

" ,

Timbalan Yang di-Pertua, DATO' TAN PENG KHOON, S.P.M.J., S.S.I.J., J.M.N., P.I.S., B.S.I., J.P. (Dilantik).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DATUK HAJI HUSSEIN BIN AHMAD, D.M.S.M. (Dilantik).

Timbalan Menteri Kewangan, TUAN MOHAMED FARID BIN ARIFFIN (Dilantik).

LT. KOL. (B) ABDUL HAMID BIN IBRAHIM, S.M.S., K.M.N., P.l.S. (Dilantik).

TUAN HAJI ABDUL HAMID BIN HAJI LATIF, A.M.N. (Dilantik).

TUAN HAJI ABDUL MAJID BIN HAJI ABDULLAH P.l.S., P.P.M. (Johor).

TUAN HAJI ABDUL MANAP BIN HASHIM, A.M.N., P.J.K. (Kedah).

DATUK HAJI ABU BAKAR BIN LAJIM, D.M.S.M., K.M.N. (Dilantik).

PUAN AINON BINTI ARIFFIN (Dilantik - Wilayah Persekutuan).

TUAN AZMAN ATAR BIN OTHMAN, P.J.K., P.B.M. (Dilantik).

TUAN AZUMU BIN TAK, P.M.P., A.M.N., P.P.T., J.P. (Perak).

TUAN P. BALARAM (Kedah Darulaman).

TUAN BEE YANG SEK (Kedah).

TuAN CHAN CHOONG T AK (Dilantik).

DR CHONG ENG LEONG (Sabah).

Page 4: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1879 l3 JULAI 1988 1880

Yang Berhormat TuAN DAHALAN BIN HAJI EMBUN (Perlis).

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

TUAN DOUGLAS SULLANG ANAK GANDA (Sarawak).

TuAN Foo BooN LIANG (Pahang Darulmakmur). ~

PUAN HABIDAH BINTI JUSOH @ YUSOF, P.J.K. (Terengganu).

TUAN HAJI HAMID ARABY BIN MD. SALIH, A.M.N., P.K.T., P.J.K. (Pulau Pinang).

TUAN HASSAN BIN HARUN, A.M.N. (Kelantan).

TUAN HASSAN BIN NAM, P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

TuAN HAJI IBRAHIM BIN HAJI UJANG, P.P.N., P.J.K. (Negeri Sembilan).

TuAN HAJJ JAAFAR BIN HARON (Dilantik).

TUAN R. M. JASNI, B.K. (Dilantik).

TUAN KOH IM PIN, D.S.N., P.M.C., P.J.K. (Negeri Sembilan).

TUAN C. KRISHNAN, A.M.N. (Dilantik).

TUAN KUAN PENG SooN, A.M.N. (Perak) ..

TuAN LAU KENG SIONG @ JOSEPH LAU KENG SEONG, K.M.N., A.M.N., P.I.S. (Johor).

PUAN LAW JACK YOON (Dilantik).

TUAN LIM HENG TEE, J.P. (Pulau Pinang).

DATO' MAK HON KAM, D.P.M.P., J.M.N. (Dilantik).

PUAN MAZIDAH BINTI HAJJ ZAKARIA (Dilantik).

TUAN HAJJ MOHO. NOOR BIN HAJI ABDULLAH, A.M.N., A.K. (Kelantan).

TUAN MOHO. NOOR BIN BEDAH, P.J.K., P.J.B. (Perlis).

TUAN MOHO. W AJDI BIN DATO' HAJI ISHAK, J.P. (Dilantik).

TUAN MUSTAFA BIN AWANG, P.P.N., P.J.K. (Terengganu).

DATUK HAJI NASIR BIN HAJJ MANAP, D:M.S.M., D.S.M., A.M.N., P.J.K. (Melaka).

DR NG KHEK KIUNG (Selangor Darul Ehsan).

Page 5: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

-'

1881 13 JULAI 1988 1882

Yang Berhormat TUAN NG PENG HAY, P.J.K (Melaka).

,

,

,

,

,

,

"

,

,

,

,

,

,

"

"

" ,

,

,

"

"

DATO' DR K. S. NIJHAR, S.P.M.J. J.M.N. (Dilantik).

CIK NORANI BINTI HAJI BELUAH@ HAJI HIT AM, A.M.N., P.J.K. (Pahang Darulmakmur).

DR NORDIN SELAT (l)ilantik).

TUAN PANDIKAR AMIN BIN HAJI MULIA (Sabah).

TUAN G. RAJOO (Dilantik).

PUAN HAJJAH ROGAYAH BINTI CHE MAT (Dilantik).

PUAN ROKIAH @ MAIMUN BINTI ZAINUDDIN, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

PUAN HAJJAH ROSNAHBINTI HAJI MOHO. SALLEH, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

PUAN HAJJAH SALBIAH BINTI MOHD. AKIM, A.M.N., P.J.K., P.J.M. (Dilantik).

TUAN SANGARALINGAM, A.M.N., P.P.N. (Dilantik).

TUAN V. K .. SELLAPPAN (Dilantik).

TUAN HAJI SHAHAROM BIN HAJI MAASOM, A.M.N., P.J.K., (Dilantik).

TUAN HAJI SHUAIB BIN LAZIM, A.M.N., P.C.K. (Dilantik) ..

TUAN STEPHEN TIMOTHY WAN ULLOK (Dilantik).

TuAN HAJI SYED ABDUL HAMID BIN SAGAFF, P.l.S., B.S.l., P.P.N. (Dilantik).

TUAN TAN CHAI Ho, A.M.N. (Dilantik- Wilayah Persekutuan).

DR TAN CHONG KENG (Dilantik).

TuAN TIONG HIEW KING, P.B.S. (Dilantik).

PUAN VALLI MUTHUSAMY, P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN WONG KIE YIK (Dilantik).

DATO' HAJI ZAKARIA BIN HAJI Y AHAYA, D.P.M.S., K.M.N., S.M.S., P.J.K., P.P.N. (Selangor Darul Ehsan).

Page 6: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1883 l3 JULAI \988 1884

DEWAN RAKYAT

PEGA WAI-PEGA WAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara : Haji Abdul Rahim bin Haji Abu Bakar, J.s.o., S.A.P., K.M.N., P.B.S, P.J.K.

Ketua Penolong Setiausaha: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar

Penolong Setiausaha: Ghazali bin Haji Abdul Hamid, A.M.N.

Penolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab

BAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Ketua Penyunting: Haji Yahya Manap

Penyunting Kanan: P. B. Menon

Penyunting Kanan: Haji Osman bin Sidik

Penolong Penyunting: N. Ramaswamy

Penolong Penyunting: Amran bin Ahmad

Pelapor Perbahasan Parlimen

Suhor bin Husin Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof Supiah binti Dewak Ismail bin Hassan Shamsiah binti Mohd. Yusof Hajjah Kalsom binti Ghazali Mohamed bin Osman Norishah binti Mohd. Thani Zaharah binti Nairn Su Soon Chuan Norwahidah binti Azizi Rozita binti Abdul Samad

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Haji Ahmad bin Buntu, A.M.N., B.S.D., P.J.K.

Page 7: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

0

1885 13 JULAI 1988 1886

MALAYSIA

DEWAN NEGARA Rabu, 13bb Julai, 1988

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA (Tuan Yang di~Pertua

mempengerusikan Mesyuarat)

PENGUMUMAN TUAN YANG DI~PERTUA

SOALAN TAMBAHAN BAGI JAWABMULUT

Tuan Yang di-Pertua: Ahli~ahli Yang Berhormat, sebelum kita me~ mulakan pertanyaan bagi jawab mulut, terlebih dahulu saya memohon kerjasama dari Ahli~ahh Yang Ber~ hormat sekalian supaya mengurangkan soalan~soalan tambahan untuk mem~ beri peluang supaya banyak perta~ nyaan~pertanyaan dapat dikemukakan untuk dijawab oleh Yang Berhormat Menteri~menteri yang hadir dalam Dewan yang mulia ini.

Harap dapat perhatian daripada Ahli~ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih.

Sekarang saya mempersilakan Tuan Azumu bin Tak untuk memulakan pcrtanyaan pcrtama. Dipersilakan.

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI

PERTANYAAN­PERTANYAAN

PELOMBONG-PELOMBONG BUMIPUTERA - BANTUAN

1. Tuan Azumu bin Tak minta Menteri Perusahaan Utama menyata~ kan sama ada Institut Penyelidikan Ga~ lian masih memberi bantuan kepada ~

lombong~pelombong bumiputera un­tuk kerja-kerja carigali; nyatakan bilangan Syarikat-syarikat yang telah diberi perkhidmatan ini semenjak Dasar Ekonomi Baru dilancarkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wi­layah (Tuan Adam bin Abdul Kadir): Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab bagi pihak Menteri Peru­sahaan Utama.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Tuan Adam bin Abdul Kadir: · Tuan Yang di-Pertua, Institut Penyelidikan Galian, Jabatan Galian masih mem­beri bantuan. kepada pelombong­pelombong bumiputera yang berminat dan bergiat di dalam perusahaan lombong. Peruntukan bagi projek­projek ini dibekalkan di bawah Kepala Projek Pembangunan, Kementerian Perusahaan Utama dan setakat ini sebanyak 9 buah syarikat telah mene­rima bantuan tersebut. Dari jumlah tersebut 7 buah syarikat menerima bantuan untuk kerja-kerja cari gali dan kajian keupayaan melombong, sebuah syarikat untuk kajian keupaya­an kuari dan sebuah syarikat lagi untuk cara penyiasatan prosesan con­toh.

Puan Habidah binti Jusob: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin mendapat penjelasan dari Yang Berhormat yang berkenaan, ada­kah lnstitut Penyelidikan Galian per­nah membuat kajian mengenai dengan terdapatnya galian-galian yang ber­harga di Negeri Terengganu seperti­mana yang dilaporkan oleh akhbar­akhbar baru-baru ini. Kalau belum,

Page 8: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1887 13 JULAI 1988 1888

bilakah akan dibuat kajian, dan kalau sudah, bagairnanakah hasilnya?

Tuan Adam bin Abdul Kadir: Tuan Yang di-Pertua, soalan ini terlalu ter­tentu dan penerangan dan maklumat yang sesuai dengan soalan itu tidak ada pada saya tetapi kalau ingin men­dapat jawapan yang jelas dan detail, harap berikan notis.

PROJEK KEPADA KONTRAKTOR BUMIPUTERA

l. Datuk Haji Abu Dakar bin Lajim minta Menteri Kerjaraya menyatakan bilangan dan nilai projek yang telah diberikan kepada kontraktor-kontrak­tor bumiputera pada tahun 1987 dan sehingga Jun 1988 berbanding dengan keseluruhan bilangan dan nilai projek pembangunan yang dikendalikan oleh Kementerian Kerjaraya.

Timbalan Menteri l{erjaraya (Tuan Luhat Wan): Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 119 projek yang bernilai se­banyak $236,264,284.23 berbanding dengan keseluruhan bilangan projek sebanyak 176 dari nilai sebanyak $347,293,844.20 telah ditawarkan ke­pada kontraktor-kontraktor bertaraf bumiputera pada tahun 1987.

Sementara itu sehingga bulan Jun tahun ini iaitu tahun 1988 sebanyak 164 projek bernilai $146,875,247.02 dari keseluruhan 193 projek yang bernilai $237,761,535.99 telah ditawarkan kepada kontraktor bertaraf bwniputera.

T~an Ng Peng Hay: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerjaraya membuat penje­lasan kepada Dewan yang mulia ini sama ada benar atau tidak bahawa kerja-kerja yang telah ditawarkan ke­pada kontraktor-kontraktor bumi­putera, mereka tidak dibenarkan me­ngupah pekerja-pekerja yang bukan bumiputera untuk bekerja di dalam projek berkenaan.

Tuan Luhat Wan: Tuan Yang d'i-

Pertua, saya tidak berapa jelas ten tang pertanyaan itu tadi, minta Yang Ber­hormat mengulangi sekali lagi.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di-Pertua, soalan saya, saya minta Yang Berhormat membuat penjelasan sama ada benar atau tidak bahawa kami telah mendapat aduan dalam pr~jek-projek yang ditawarkan kepada kontraktor-kontraktor bumiputera kerja itu tidak dibenarkan mengupah pekerja-pekerja yang bukan Bumi­putera, sama ada ini benar atau tidak.

Tuan Luhat Wan: Nanti saya rujuk kembali kepada Kementerian. Saya sendiri tidak berapa sedar tentang perkara yang telahpun berlaku se­bagaimana yang disebutkan.

Tuan Mustafa bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan dari Timbalan Menteri yang berke­naan. Dalam begitu banyak projek yang telah diberi kepada syarikat ataupun orang perseorangan pemborong bumi­putera, berapakah bilangan syarikat atau orang perseorangan yang telah gagal melaksanakan projek Kerajaan dalam tempoh yang berkenaan?

Tuan Luhat Wan: Tuan Yang di­Pertua, saya tidak mempunyai angka­angka yang dipohon oleh Ahli Yang Berhormat itu dengan saya sekarang. Saya minta notislah, dan saya beritahu kepadanya, nanti.

ASRAMADESA /

3. Puan Hajj~h Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Perdana Menteri menyatakan bilakah "asrama desa" akan diadakan dan di beberapa kawa­sankah yang telah ditetapkan untuk asrama tersebut. Apakah strategi unit khas untuk membenteras kemiskinan.

Timbalan Menteri di Jabatan Per­dana Menteri (Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman): Tuan Yang di­Pertua, konsep "asrama desa" masih lagi di penngkat awal perancangan .

Page 9: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

--

1889 13 JULAI 1988 1890

Sebagai satu langkah percubaan se­buah asrama desa telah dibina di Se­kolah Rendah Kebangsaan Kampung Gulau, Daerah Sik bagi murid-murid keluarga miskin yang duduk di kawa­san-kawasan yang terpencil. Asrama desa ini telah dibina secara bergotong­royong dengan peruntukan diberi oleh Kerajaan. Jika percubaan ini berjaya, Kerajaan bercadang membina asrama desa di kawasan-kawasan lain yang memerlukannya.

Strategi-strategi untuk membenteras kemiskinan adalah sama dengan apa yang terkandung Dasar Ekonomi Baru. Cuma dari semasa ke semasa agensi-agensi pusat yang berkenaan di Jabatan Perdana Menteri membuat penilaian ke atas pelaksanaan strategi/ program yang ada dengan tujuan untuk mengetahui kekesanannya.

Puan Law Jack Yoon: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Sejauh manakah usaha Kerajaan untuk mem­basmikan kemiskinan di negara kita .mencapai kejayaan jika dibandingkan dengan negara-negara ASEAN?

' Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulabaa: Tuan Yang di-Pertua, se­takat ini daripada kajian yang dijalan­kan oleh · Jabatan Perdana Menteri dalam tahun 1984, kadar kemiskinan telah menurun di semua peringkat mengikut kategori-kategori masyara­kat. Walau macam manapun, kalau dibandingkan dengan negara-negara ASEAN, kedudukan Malaysia dalam usahanya untuk membanteras kemis­kinan seperti apa ~ng terangkum di dalam Dasar Ekonomi Baru itu ada­lah memuaskan.

KADAR BASE LENDING RATES

4. Dato Dr. K. S. NQhar minta Menteri Kewaogan menyatakan, s~ma ada pi­hak Kementerian Kewangan akan me­nimbangkan untuk mengeluarkan arahan dan bukanya panduait (guide­lines) kepada institusi-lnstitusi ke-

wangan supaya menurunkan kadar faedah kepada: hampir lebih sedikit daripada kadar "Base Lending Rates".

Timbalan Menteri Kewangan (Tuan Mohamed Farld bin Arlffin): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kewa­ngan b.erpendapat bahawa ketika ini adalah tidak sesuai untuk mengeluar­kan arahan baru kepada iristitusi­institusi kewangan supaya menurun­kan kadar faedah kepada kadar yang lebih sedikit daripada kadar Berian Pinjaman Asas, dengan izin, 'Base Lending Rate'. Pada masa ini jidar maksimum atau maximum spread yang dibenarkan ialah 4 mata pe­ratusan di atas kadar Berian Pinjaman Asas ataupun BLR sebagaimana yang di­tetapkan dalam Garispanduan Kadar Faedah yang dikeluarkan oleh Bank Negara dalam bulan September, .1987. Pada pandangan saya, jika bank-bank cekap, jidar ataupun spread yang mu­nasabah ialah antara 3 hingga 3.5 peratus. Kementerian Kewangan akan mengawasi jidar ini bagi memastikan kadar faedah pinjaman adalah pada paras yang berpatutan.

DARGA BARANGAN Dl PASAR TANI

5. Dr. Nordin Selat minta Menteri Pertanian menyatakan betulkah se­paruh haJga barang di pasar tani lebih mahal dari harga pasar biasa.

Timbalan Menterl Pertanian (Dato' Alexander Yu Lung Lee): Tuan Yang di-Pertua, harga barangan di pasar tani adalah pada amnya lebih rendah daripada harga di pasar biasa. Prinsip asas penetapan harga di pasar tani bagi sesuatu jenis barangan yang mem­punyai mutu dan kesegaran yang sama di pasar tani adalah 10-120!o lebih rendah daripada har:ga di pasar biasa yang berdekatan. Kebanyakan harga barangan di pasar tani lebih rendah kerana:

(i) pengeluar menjual . sendiri hasi pertanian mereka;

fi) margin pemasarari dapat di-

Page 10: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1891 13 JULAI 1988 1892

kurangkan tanpa melalui orang tengah;

(iii)' kos · pemasaran dapat diku­rangkan dengan bantuan Io­

;,'' r , · gistik daripada )abatan/ agensi ... Kerajaan;

(iv) kesegaran hasil dapat diper­tahankan kerana masa dan proses pemasaran dapat di­

, persingkatkan; (v) pemasaran bersepadu atau

berkumpulan dapat menjimat­kan kos pengangkutan dan pengendalian;

(vi) kecekapan dapat dipertingkat­kan melalui bimbingan dan Iatihan yang berterusan.

Kalaupun terdapat harga di pasar tani lebih tinggi daripada pasar biasa, ini cuma berlaku terhadap harga ikan laut yang kadangkala lebih mahal kerana bekalan terus dari nelayan agak berkurangan. Sekiranya Yang Berhormat ada apa-apa aduan mengenai perkara ini, sila rujuk kepada Kemen­terian saya untuk siasatan Ianjut.

RUMAH PANGSA -HAKMILIK STRATA

6. Puan Law Jack Yoon minta Men­teri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah menyatakan sama ada Ke­menterian berkenaan menetapkan tempoh untuk pemaju-pemaju pe­rumahan mengeluarkan hakmilik strata kepada pemilik rumah pangsa selepas bayarannya dijelaskan me­mandangkan bahawa hakmilik strata hanya diberi oleh pemaju setelah se­mua pembeli rumah telah menjelas­kan bayaran mereka. Ini bermakna pemilik rumah yang membayar lebih awal terpaksa menunggu bertahun­tahun untuk pemilik yang lambat men­jelaskan bayaran mereka sebelum mereka boleh mendapat hakmilik strata itu.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wi­layan (Tuan Adam bin Abdul Kadir):

Tuan Yang di-Pertua, menurut Sek­syen 6 Akta Hakmilik Srtata 1985, pihak pemaju adalah diwajibkan mem­buat permohonan untuk hakmilik strata bagi bangunan berbilang tingkat dalam tempoh enam bulan dari tarikh kuatkuasa Akta itu, iaitu pada lhb Jun, 1985 atau enam bulan dari tarikh penjualan petak atau perjanjian men­jual petak, iaitu jika pemaju itu telah menjual atau bersetuju untuk menjual mana-mana petak dalam bangunan itu kepada mana-mana orang.

Berhubung dengan perkara yang di­bangkitkan, tiada apa-apa tempoh di­tetapkan oleh undang-undang untuk pemaju memindah milik hakmilik strata kepada pemilik rumah pangsa yang telah menjelaskan bayarannya. Dalam keadaan sedemikian, pemilik rumah pangsa boleh mengambil tin­dakan ke atas pemaju berkenaan iaitu berdasarkan kepada surat perjanjian atau kontrak jualbeli yang telah di­tandatangani oleh kedua-dua belah pihak. Bagaimanapun, Kerajaan sen­tiasa bersama dengan pihak yang hak untuk mengelakkan dari diskriminasi dan penganiayaan.

Tuan Tan Chai Ho: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Saya minta Yang Berhormat menyatakan bebe­rapa strata title yang telah diluluskan dan dikeluarkan di Kuala Lumpur dan apakah masalah yang dihadapi semasa menimbangkan kelulusan strata title ini?

Tuan Adam bin Abdul Kadir: Tuan Yang di-Pertua, tentang jumlah itu angkanya tidak ada pada saya waktu ini. Tetapi kalau hendak juga angka itu bolehlah memberikan notis.

Mengenai bahagian kedua sqalan iaitu apakah masalah-masalah didapati dalam proses permohonan strata title, masalahnya tidaklah susah. Tetapi yang menjadi susahnya ialah apabila penghuni membeli petak-petak rumah

Page 11: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

--~

1893 13 JULAI 1988 1894

itu ada yang menjelaskan segala pi"n­jaman itu dan ada juga yang tidak jelas. Apabila dimohon permohonan akan hanya dilayani dan diproses se­kiranya semua pembeli-pem beli pe­tak-petak rumah pangsa itu telah men­jelaskan bayarannya. Kalau katakan dari 100 orang, masih ada juga dua, tiga orang yang tidak menje.askan pinjaman ataupun bayarannya, maka prosesnya tidak boleh dimulakan. Itu sa:haja masalah.

Tuan Yang Di-Pertua: Yang Berhor­mat Tuan Haji Abdul Manap bin Hashim.

Tuan Mustafa bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, soalal) No.7.

ANGGOTA OPEC

7. Tuan Mustafa bin A wang (di bawah S.O. 23[2] minta Perdana Menteri menyatakan adakah Malaysia berhajat untuk me~ganggotai OPEC di masa sekarang atau di masa hadapan, me­mandangkan Malaysia sebuah negara pengeluaran minyak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Kasitah bin Gaddam): Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini Malay­sia tidak berhajat untuk mengang­gotai OPEC. Walaupun Malaysia se­buah negara pengeluar minyak, kita berpuas hati dengan peranan kita se­bagai pemerhati sahaja dan tidak men­jadi ahli sepenuhnya.

Sebenarnya negara yang mengang­gotai OPEC adalah pengeluar-penge­luar minyak yang terbesar yang mem­perolehi 600fo daripada pendapatan pertukaran asing dari basil minyak manakala Malaysia hanya memper­olehi t3.90fo sahaja daripada pen­dapatan wang asingnya dari minyak. Oleh itu nyatalah kepentingan negara kita tidaklah serupa dengan kepen­tingan negara-negara OPEC.

Walau bagaimanapun, Malaysia tet.ap menyokong apa-apa dasar OPEC yang dibuat dari masa ke semasa dalam usahanya untuk menstabilkan harga minyak dunia demi manfaat semua pihak.

T .. an Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. walaupun negara kita tidak menyertai OPEC tetapi apa­kah harga minyak kita mengikut harga negara-negara OPEC?

Kedua, apakah benar minyak kita tidak diproses dalam negeri tetapi di­jual terus kepada negara-negara asing.

Tu~n Kasitah bin Gaddam: Tuan Yang di-Pertua, soalan pertama harga minyak kita serupa dengan harga minyak negara-negara lain iaitu me­ngikut pasaran dunia. Sebenarnya harga minyak kita itu adalah lebih baik daripada setengah-setengah harga minyak OPEC kerana kelasnya adalah lebih baik daripada negara-negara yang lain.

Mengenai pemerosesan minyak, memang betul kebanyakan daripada minyak yang kita ekspot ke luar negeri adalah tidak diproses. Yang kita proses di negara kita hanya untuk menam­pung kemahuan atau permintaan da­lam negeri sahaja.

DARGA BUKU/MAJALAH/ BACAANUMUM

8. Dr. Ng. Khek Kiung minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(i) apakah usaha-usaha Keralaan untuk memastikan bahawa harga buku-buku, majalah­majalah dan lain bahan-bahan bacaan adalah berpatutan dan sanggup dibeli oleh pembaca­pembaca terutamanya dari luar bandar memandangkan

Page 12: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1895 13 JULAI 1988 1896

tabiat membaca memang digalakkan dikalangan rakyat negara kita; dan

(ii) adakah pihak Dewan Bahasa dan Pustaka berhajat mener­bitkan buku-buku yang dijual kepada pelajar-pelajar dengan harga kha'i untuk menggalak­kan tabiat membaca di ka­langan mereka.

Timbalan Menteri Pendidikan (Tuan Woon See Chin): Tuan Yang di­Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan memang sentiasa berusaha untuk me­ngurangkan harga buku, majalah dan bahan-bahan bacaan umum dengan tujuan untuk menggalakkan tabiat membaca di kalangan rakyat negara ini.

Antara usaha-usaha yang dicadang­kan untuk mengurangkan harga buku ialah:

(a) mengurangkan kos penerbitan dan kos kertas seperti meng­gunakan penerbitan cara 'desk top' serta menggunakan kertas yang kurang bermutu;

(b) memperbanyakkan jumlah cetakan supaya kos unit dapat dikurangkan;

(c) mengurangkan kos promosi se­tiap tajuk dengan cara mem­buat promosi secara berkum­pulan secara (combine promo­tion) pada satu masa;

(d) mengurangkan kos terjemahan dan kos-kos editorial.

Mengenai penjualan buku dengan harga khas kepada pelajar-pelajar, Dewan Bahasa dan Pustaka telahpun melaksanakan perkara ini di mana beberapa tajuk buku telah dijual de­ngan harga yang murah, seperti Kamus Pelajar dan juga majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain dari itu, Dewan Bahasa dan Pustaka memberikan diskaun kepada pembeli-pembeli di pameran-pameran buku di seluruh negara.

Tuan Yang di-Pertua, selain dari usaha-usaha tersebut itu, Kementerian Pendidikan mengarahkan sekolah­sekolah menubuhkan perpustakaan sekolah dan memberikan kemudahan­kemudahan dan membekalkan buku­buku untuk perpustakaan dan meng­galakkan ·pelajar-pelajar menggunakan bahan-bahan dan buku-buku di per­pustakaan sekolah.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri Pend!dikan sedar bahawa ada se­tengah-setengah sekolah yang me­maksa murid-murid membeli buku­buku latihan yang harganya lebih mahal daripada buku-buku teks. Wa­laupun Kerajaan ada mengadakan skim pinjaman untuk buku-buku teks tetapi ia telah membebankan murid­murid yang miskin kerana membayar buku latihan yang lebih mahal dan telah membebankan tanggungan ibu­bapa untuk membeli buku latihan lebih mahal daripada buku-buku teks.

Tuan Woon See Chin: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan sedar. keadaan ini, khasnya berkaitan dengan buku latihan dan Kementerian Pendidikan · sedang mengkaji perkara ini.

Tuan Hassan bin Harun: Tuan Yang di-Pertua, soalah tambahan. Saya in­gin tahu sama ada Kementerian Pendi­dikan membuat kajian tentar(g buku­buku yang dikeluarkan di Indonesia sekarang ini yang boleh menolong mempe.rbanyakkan jenis-jenis buku untyk kegunaan murid-murid dan juga ~rang ramai sebagai gala.kan minat untuk membac~engan lebih luas lagi. Setahu saya di Indonesia, sekarang buku-buku dalam bidang pengurusan,

- perniagaan · dan lain-lain· dikeluarkan dengari ,begitu banyak. ·Kemipa tidak Dewan Bahasa mengkaji buku-buku ini supaya bol~h diubahsuaikan untuk memperbanyakkan buku di dalam

'""

Page 13: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1897 13 JULAI 1988 1898 Tuan Woon See Chin: Tuan Yang

di-Pertua, ini satu cadangan yang baik. Saya belum kenalpasti adakah kita membeli atau mendapat buku-buku dari Indonesia tetapi kita selalu me­ngadakan perjumpaan dengan pener­bit-penerbit dari Indonesia dengan Malaysia dan kita akan memperting­katkan perhubungan ini.

Puan Valli Muthusamy: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Yang Berhdrmat Timbalan Menteri Pela­jaran, adakah rancangan untuk me­nerbitkan buku-buku untuk pelajar­pelajar di dalam sekolah Tamil dan Cina kerana didap~Ui banyak pelajar­pelajar di sekolah-sekolah Tamillemah di dalam matapelajaran Bahasa Ma­laysia berdasarkan keputusan peperik­saan Darjah V dan VI.

Tuan Woon See Chin: Tuan Yang di-Pertua, di sekolah Rendah Jenis Kebang~aan Tamil ada dibekalkan dengan buku-buku Bahasa Malaysia dan kelemahan dalam Bahasa Malaysia itu bukanlah mereka tidak dapat buku teks yang sesuai. Sebabnya ialah mereka tidak mencukupi masa untuk mempelajari Bahasa Malaysia itu dan sebab itu Kementerian Pendidikan menggalakkan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil untuk menjalankan kelas tambahan selepas jadual pe­ngajaran biasa.

LATIHAN PAKAR PERUBATAN

9. Dr. Tan Chong Keng minta Menteri Kesihatan menyatakan program la­tihan pakar perubatan pelbagai bidang di hospital tempatan supaya dapat mem~erikan perkhidmatan yang men­cukupi kepada pesakit-pesakit. Khas­nya adakah Kerajaan me_ngambillang­kah yang sempurna untuk menempat­kan pakar perubatan , di hospital­hospital daerah yang besar supaya tidak hanya ada sistem lawatan pakar perubatan sekali seminggu sahaja.

Timbalan Menteri Kesihatan (Dato' K. Pathmanaban): Tuan Yang .di­Pertua, Kementerian Kesihatan me­mang mempunyai program latihan pakar perubatan dalam pelbagai bidang di hospital-hospital tempatan. Di bawah skim latihan ijazah lanjutan, Kementerian menempatkan pegawai­pegawai perubatannya ke hospital­hospital Kerajaan sebagai Pendaftar atau "Medical Officer Trainee" se­lama dua tah\}n sepenuh masa dalam disiplin-disiplin tertentu sebagai per­sediaan dan pendedahan yang mela­yakkan seseorang menjadi pakar itu. Latihan dan pengalaman di hospital­hospital Kerajaan ini membolehkan pegawai-pegawai perubatan untuk me­layakkan diri mengambil peperiksaan kepakaran seperti MRCOG, MRCP, FRCS dan sebagainya di United Kingdom. Mereka yang tidak dapat pe­nganjuran biasiswa untuk mengikuti ijazah lanjutan di luar negeri boleh juga menggunakan kemudahan cuti tanpa gaji selama satu tahun bagi tujuan tersebut.

Program-program latihan kepaka­ran dalam bidang perubatan juga di­kendalikan oleh universiti-universiti tempatan di mana disiplin atau jabatan tertentu di hospital Kerajaan diiktiraf sebagai pusat latihan atas persetujuan bersama antara Kementerian Kesi­hatan dan Universiti tempatan.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian sentiasa berusaha untuk mengadakan perkhidmatan kepakaran yang berkaitan di semua Hospital Besar dan beberapa hospital daerah walaupun ianya masih menghadapi kekurangan pakar. Untuk mengatasi masalah ini, Kerajaan telah juga me­ngambil beberapa orang pakar pe­rubatan asing secara kontrak bagi menambahkan lagi bilangan pakar­pakar di negara ini sebagai langkah sementara. Di samping itu, tindakan­tindakan sedang juga diambil untuk menambahkan lagi bilangan doktor­doktor mengikuti latihan di dalam

Page 14: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1899 13 JULAI 1988 1900

bidang-bidang yang mana kekurangan­nya amat ketara.

Untuk maklumam Ahli Yang Ber­hormat, sistem lawatan pakar-pakar perubatan ke hospital daerah akan dapat dikurang dan dihentikan apabila bilangan pakar-pakar mencukupi untuk ditempatkan di hospital-hospital berkaitan. Sementara itu kami rasa sistem lawatan pakar-pakar membo­lehkan pesakit-pesakit di kawasan luar juga menikmati kemudahan ra­watan pakar.

Tuan Mustafa bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan daripada Timbalan Menteri yang ber­kenaan. 3-4 bulan dahulu Yang Ber­hormat Menteri Kesihatan berjanji di dalam Dewan yang mulia ini selain daripada menghantar doktor-doktor untuk menjadi pakar, Menteri yang ber.kenaan juga berjanji supaya pakar­pakar ubat akan dihantar ke mana-mana universiti sama ada dalam atau luar negeri yang terdiri daripada 'Pharma­cist" kita yang sehingga hari ini di negara kita ini tidak ada seorang pun "pharmacist" yang bertaraf doktor ataupun pakar dalam perkara ini. Se­takat ini berapakah bilangan yang telah diberi peluang oleh pihak Ke­menterian atau Kerajaan bagi me­lanjutkan pelajaran untuk mendapat­kan kepakaran dalam bidang pe­rubatan ini?

Dato' K. Pathmanaban: Tuan Yang di-Pertua, soalan asas adalah menge­nai pakar perubatan, iaitu doktor perubatan, bukan ahli farmasi.

Dr Tan Chong Keng: Soalan tam­bahan, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin minta Yang Berhormat yang berkenaan menjelaskan masalah yang berikut, memandangkan baru-baru ini ada ramai pakar perubatan yang me­letakkan jawatan daripada hospital­hospital Kerajaan untuk membuka klinik swasta ataupun pusat perubatan

pakar swasta, adakah Kementerian mengambillangkah-Iangkah yang ter­tentu untuk menggalakkan pakar-pakar perubatan itu teruskan perkhidmatan mereka di hospital Kerajaan untuk kebajikan pesakit-pesakit kita?

Dato' K. Pathmanaban: Tuan Yang di-Pertua, fenomena bukan sahaja doktor pakar perubatan tetapi juga

. doktor-doktor biasa meletakkan ja­watan bukanlah satu yang baru kerana kita memang memaksa semua yang mempunyai ijazah perubatan asas yang ingin mengamalkan profesion mereka di negara kita ini bertugas sekurang-kurangnya 3 tahun dengan Kerajaan dan selepas itu sudah tentu ada sebahagian daripada mereka yang pad a perm ulaannya pun tidak berhasrat untuk bertugas dengan Kerajaan yang akan mel~akkan jawatan selepas tem­poh wajib bekerja dengan Kerajaan itu. Tetapi kita memang memberi beberapa penggalakan umuk mengekalkan dok­tor-doktor ini dengan perkhidmatan Kerajaan dan sudah beberapa kali langkah-langkah itu dijelaskan dengan panjang Iebar di Dewan ini.

ISU NAMIBIA-SIKAP MALAYSIA

10. Puan Ainon binti Ariffln minta Menteri Luar Negeri menyatakan sikap dan peranan Kerajaan Malaysia me­ngenai masalah penindasan dan me­nuntut hak kemerdekaan rakyat di negara Namibia ..

Menteri Luar Negeri (Dato' Abu Hassan bin Hati Omar): Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan aasar Iuar negara kita mengenai Kolonialisme dan hak-hak negara yang dijajah men­capai kemerdekaan, Malaysia tetap menyokong perjuangan rakyat Namibia yang menuntut kebebasan, hak menen­tukan masa hadapan mereka sendiri dan kemerdekaan negara sendiri serta Iepas dari cengkaman regim Afrika Selatan.

Page 15: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1901 13 JULAI 1988 1902

Malaysia menyokong ketetapan Per­tubuhan Bangsa-bangsa Bersatu me­ngenai pemberian kemerdekaan ke­pada Namibia melalui Sistem Peme­gang Amanah (Trusteeship System) yang telah dibuat pada tahun 1945. Malaysia juga berpegang dan yakin bahawa ketetapan Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu melalui Reso­lusi 435 tahun 1978 masih menjadi asas bagi mencari penyelesaian kepada masalah Namibia.

Walau bagaimanapun, regim Afrika 5elatan enggan mematuhi kedua-dua ke­tetapan tersebut dan terus mentadbir Namibia secara tidak sah. Disebabkan oleh keengganan Afrika Selatan, Malaysia telah berkali-kali mengutuk dengan keras regim Afrika Selatan kerana menghalang Namibia dari men­capai kemerdekaan.

Sebagai menunjukkan sokongan terhadap perjuangan rakyat Namibia, Malaysia beserta dengan lain-lain ne­gara anggota Pertubuhan Bangsa­bangsa Bersatu menyuarakan so­kongan dan mengiktiraf, derigan izin, South West African People's Organiza­tion (SW APO) sebagai wakll tunggal yang sah bagi rakyat Namibia semenjak tahun 1976. Malaysia juga telah bersetu­ju untuk menawarka11 bantuan teknik dan latihan kepada rakyat Namibia yang akan dihulur melalui Program Ker­jasama Teknik Malaysia (Malaysian Technical Cooperation Programme) atau Tabung Komanwd untuk Ker­jasama Teknik (Commonwealth Fund for Technical Cooperation) ataupun mdalui Tabung Afrika, di bawah Pergerakan Negara-negara Berkecuali (Non-Aligned Movement). Malaysia juga turut bersama dengan lain-lain negara, khususnya negara-negara Afrika, menarik perhatian dunia mengenai isu tersebut melalui persidangan-persidangan peringkat antarabangsa seperti Pergerakan Negara-negara Berkecuali dan Koman wei di dalam usaha mencari jalan penyelesaian secara bersama. Bahkan,

Malaysia pada prms1pnya telahpun bersetuju sekiranya ditawarkan untuk menyertai pasukan tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Namibia selapas pasukan itu ditubuhkan.

Baru-baru ini, kita telah menerima lawatan Tuan Yang Terutama Lef­tenan Jeneral Peter Zuze, iaitu Presi­den Majlis Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Namibia (UN Council for Namibia) dan ahli-ahli rombongan­nya ke Malaysia. Majlis itu adalah satu badan di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang bertang­gungjawab terhadap pentadbiran Namibia dan tujuan lawatan yang berkenaan adalah untuk bertukar­tukar pendapat bagi mencari jalan penyelesaian kepada isu Namibia.

SEKOLAH BANTUAN MODAL

11. Tuan V .K Sellapan minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah Kera­jaan akan menjadikan Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang terletak di estet-estet yang mempunyai status sekolah bantuan modal kepada status sekolah bantuan penuh Kerajaan. Sekolah-sekolah tersebut menghadapi berbagai masalah kerana tidak dapat menikmati sama kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan seperti yang dinikmati oleh sekolah bantuan penuh.

Tuan Woon See Chin: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Sekolah-sekolah Bantuan Modal yang ingin menukar tarafnya kepada Sekolah-sekolah Bantuan Pe­nuh bolehlah membuat permohonan kepada Kementerian Pendidikan me­lalui Jabatan Pendidikan Negeri ma­sing-masing. Setiap permohonan akan dikaji mengikut meritnya.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan membuat pen-

Page 16: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1903 13 JULAI 1988 1904

jelasan sama ada Kementerian Pen­didikan masih berhasrat untuk me­nutup sekolah-sekolah yang kurang daripada 150 orang murid-murid.Kalau tidak, adakah Kementerian akan ber­cadang untuk menambahkan perun­tukan untuk mening_katkan sekolah ini dalam kemudahan-kemudahan asas.

Tuan Woon See Chin: Tuan Yang di-Pertua, sekolah-sekolah yang jum­lah m.urid lebih dari 149 ataupun lebih dari 10 murid-muridnya boleh dikata­kan adalah sekolan yang sangat sihat dan Kementerian Pendidikan tidak berhasrat untuk menutup sekolah­sekolah ini, sebab Kementerian Pen­didikan hendak sekolah-sekolah dekat dengan keluarga murid-muridnya. Te­tapi Kementerian Pendidikan bimbang juga sebab sekiranya bilangan murid di tiap-tiap sekolah itu jatuh sampai ke 2-3 orang ini tidak akan memberi faedah baik kepada murid-murid se­bab mereka tidak dapat bercampur­gaul dengan rakan~rakan dan tidak akan dapat membina satu seman~at bagus dengan kawan-kawan dan se­~epas mereka menjadi orang dewasa tidak akan dapat tahu bagaimana un­tuk bercampurgaul dan meningkatkan muhibah di antara semua kawan dan rakannya, sebab itu Kementerian Pen­didikan ingin hendak semua sekolah yang bilangan murid yang kurang itu dapat ditambahkan. Saya harap semua rakyat di negara kita dapat mematuhi satu rayuan dari Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, iaitu menambahkan bilangan rakyat kita sampai ke 70 juta. (Ketawa)

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di­Pertua, sekolah-sekolah ini adalah di­

·tafsirkan sebagai Sekolah Bantuan Modal kerana sekolah-sekolah ini di­dirikan atas tanah orang-orang swasta. Sedarkah Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada sebuah sekolah di Ladang Tanah Merah, Port Dickson di atas rayuan Ahli Parlimen Teluk Kemang, pihak ladang majikan itu telahpun memberikan tanah itu dengan percuma?

Saya sedia maklum banyak sekolah­sekolah Tamil diletak di estet-estet itu, majikan-majikan itu bukan Mat Salleh, majikan-majikan itu orang kita. Kebanyakan estet adalah estet Perbadanan Nasional Berhad, Sime Darby dan Harrisons Malaysian Plantations Bhd. Apa ~alahnya Ke­menterian Pendidikan merayu kepada pihak-pihak majikan ini supaya bagi­kan tanah itu dengan cara $1.00 ke­pada sekolah-sekolah ini. Sudah 31 tahun kita merdeka, apa salahnya? Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab kita kena merayu kepada Jabatan Pendidikan. Berapa lama hendak merayu - ,31 tahun? Yang Berhormat Timbalan Menteri sila beri penjelasan. (Ketawa)

Tuan Woon See Chin: Tuan Yang di-Pertua, sebelum Kementerian Pen­didikan hendak mengambil alih tapak­tapak sekolah ini, Kementerian Pen­didikan hendak mengkaji tempat itu, adakah boleh ditukar hakmilik atau tidak dan banyak orang-orang yang mempunyai estet itu tidak berhasrat untuk menyerahkan tanah kepada Kerajaan tanpa diberi pampasan. Itu adalah satu masalah dan kalau Yang Berhormat dapat merayu dengan se­gera kepada estet-estet itu mengkurnia­kan tanah ini, itu adalah sangat-sangat digalakkan.

Tuan Lau Keng Siong: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya suka tanya pihak Kementerian Pendidikan, kita sudah mencapai kemerdekaan lebih 30 tabun, mengapa masih ada perbezaan bantuan modal dengan ban­tuan penuh? Jadi, saya fikir perkara ini siang-siang sudah hendak dihapus­kan. Semua rakyat jelata sama taraf. Jangan adalah sekolah bantuan modal atau bantuan penuh, patut diubahkan perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua: Apakah soalan Yang Berhormat? (Ketawa) Yang Berhormat hendak menjawab? Tidak payahlah. Yang Berhormat Tuan Lim Heng Tee, dipersilakan.

Page 17: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1905 13 JULAI 1988 1906

Tuan Lim Heng Tee: Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya bertanya soalan No 12, ingin saya membuat sedikit pembetulan dalam teks bahasa lnggeris, dengan izin, "in their struggle for foreign and indenpendence so far", sebenarnya ialah "in their strug­gle for 'freedom' and independence, so far" - bukan foreign. Tuan Yang di-Pertua soalan saya No. 12.

PERJUANGAN RAKYAT PALE~TINE

DAN AFGHANISTAN -SOKONGAN MALAYSIA

12. Tuan Lim Heng Lee minta Menteri Luar Negeri menyatakan sejauhmana dan dalam bentuk apa Malaysia telah menyokong dan membantu rakyat Palestine dan Afghanistan dalam per­juangan mereka untuk kebebasan dan kemerdekaan setakat ini.

Dato Abu Hassan bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya harap soalan dalam Bahasa Malaysia ini betul sebab jawapan saya adalah ber­dasarkan kepada soalan dalam Bahasa Malaysia. Betul? Terima Kasih.

Sebagaimana Dewan sedia maklum, dasar dan pendirian Malaysia ter­hadap isu-isu Palestin dan Afghanistan telah dinyatakan dalam sidang-sidang Dewan ini yang lepas. Kita sangatlah bersimpati dengan perjuangan mereka untuk kebebasan dan kemerdekaan.

Mengenai isu Palestin, Malaysia mengecam sikap dan tindakan regim Israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat, Sungai Jordan dan juga di Gaza. Sokongan Malaysia terhadap perjuangan Palestin merupakan so­kongan politik, moral dan bantuan kewangan. Sokongan politik dan moral meliputi sokongan penuh kepada beberapa ketetapan ataupun resolusi yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa­BangSa Bersatu, Pertubuhan Negara­Negara Islam dan Pergerakan Negara­Negara Berkecuali serta persidangan-

persidangan antarabangsa yang lain. Sokongan seperti ini amatlah perlu bagi membantu perjuangan mereka itu.

Malaysia, telah menubuhkan Ta­bung Rakyat Palestin untuk mengum­pul derma dari segenap lapisan ma­syarakat. Setakat ini jumlah derma yang dipungut ialah $955,325.45 dan dari jumlah ini sebanyak $435;095.00 telah diserahkan dalam tiga peringkat kepada P .L.O. Bantuan Politik, moral dan kewangan dari Malaysia amat­lah disanjung tinggi oleh P .L.O.

Malaysia juga telah mengambil si­kap yang tegas mengenai isu Afgha­nistan. Adalah jelas kita mengharap­kan pengunduran tentera Soviet dari Afghanistan dapat diselesaikan dalam jangka waktu yang dipersetujui. Ini akan membolehkan rakyat Afgha­nistan berusaha sesama sendiri untuk memulihkan suasana politik dalam negara berkenaan dan menubuhkan satu Kerajaan yang mewakili setiap pihak. Keraj aan demikian tentunya akan dapat menjamin kemerdekaan dan kedaulatan negara berkenaan. Terpulanglah kepada rakyat Afgha­nistan menentukan bentuk Kerajaan yang mereka kehendaki. Sebagai tanda sokongan, kita telah menubuhkan satu Tabung bagi orang-orang pelarian Afghanistan pada tahun 1985.

Tuan Haji Shuaib bin Lazim: Soalan tambahan. Sebagai Menteri Luar, saya ingin meminta pandangan Yang Ber­hormat. Apakah pandangan Yang Ber­hormat mengenai masalah Palestin yang tidak boleh diselesaikan sehingga sekarang? Rakyatnya diburu dan dibunuh seperti binatang. Adakah ini disebabkan oleh permainan politik kuasa-kuasa besar terutama Amerika Syarikat dan mengapakah negara­negara Islam lain setengah-setengahnya tidak begitu hirau dan kenapa negara­negara Islam ini tidak benar-benar ber­satu sebagai saudru:a Islam untuk mem­banteras kejadian yang amat zalim dan keji ini?

Page 18: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1907 13 JULAI 1988 1908

Dato' Abu Hassan bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, kita akan terus berusaha, sama ada melalui Per­sidangan Negara-negara Islam (OIC) ataupun badan-badan yang lain yang saya katakan sebentar tadi, iaitu Per­tubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu teru­tamanya, meminta semua pihak, sama ada pihak kuasa-kuasa besar ataupun negara-negara Islam sendiri pada masa ini belum menunjukkan sokongan penuh terhadap masalah Palestin ini, untuk berbuat demikian dan kita dengan beberapa negara-negara lain akan terus berusaha sehingga masalah ini dapat diselesaikan dan saya ber­harap bahawa negara-negara kuasa besar akan dapat memainkan peranan bagi menyelesaikan masalah ini.

PELABURAN DARI TAIWAN DAN CHINA

13. Tuan Tan Chai Ho minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian me­nyatakan berapa jumlah pelaburan dari Negeri Taiwan dan China di Wilayah Persekutuan setakat 1m. Kalau pelaburan tersebut tidak me­muaskan, apakah insentif perlu di­wujudkan untuk menarik pelaburan dari Negeri Taiwan atau China.

Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian (Dato' Kok Wee Kiat): Tuan Yang di-Pertua, mengikut" pe­rangkaan Lembaga Kemajuan Perin­dustrian Malaysia (MIDA) jumlah modal pelaburan yang melibatkan penyertaan ekuiti dari negara Taiwan di Wilayah Persekutuan dalam projek­projek yang diluluskan bagi jangka masa 1980 hingga Mei, 1988 ialah sebanyak $11.4 juta, manakala bagi tempoh yang sama tidak terdapat pe­nyertaan ekuiti dari Negara China di Wilayah Persekutuan. Memandangkan bahawa permintaa·.1 untuk kawasan­kawasan perindust1 ian di Wilayah Per­sekutuan adalah terlalu tinggi diban­dingkan dengan bekalannya, adalah menjadi hasrat Kerajaan untuk meng­galakkan pertumbuhan seterusnya di

luar kawasan Wilayah Persekutuan. Dengan itu insentif yang wujud se­karang adalah dianggap memadai bagi menarik pelaburan ke kawasan ini.

DASAR UTAMA KERAJAAN

14. Tuan Hassan bin Harun minta Perdana Menteri menyatakan:

(i) sama ada dasar-dasar utama Kerajaan seperti Dasar Perin­dustrian Berat, Pelan Induk Perindustrian, Penswastaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Pandang Ke Timur, Persyarikatan Malaysia dan Dasar Kependudukan ke Arah 70 Juta masih diteruskan;

(ii) sejauhmanakah dasar-dasar ini telah mencapai matlamat­nya masing-masing; dan

(iii) adakah kombinasi keselu­ruhan dasar-dasar ini sesuai dan selaras dengan objektif negara menuju ke arah men­jadikan Malaysia sebuah ne­gara NIC serta untuk me­masuki abad ke 21.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Othman bin Abdul): Tuan Yang di-Pertua, dasar­dasar utama Kerajaan seperti Dasar Perindustrian Berar, Pelan lnduk Pe­rindustrian, Penswastaan, Dasar Pe­lajaran Kebangsaan dan Dasar Ke­pendudukan Ke Arah 70 Juta masih terus dilaksanakan. Pencapaian mat­lamat Dasar Industri Berat perlu di­lihat dalam kontek~ Dasar Perindus­trian Negara secara menyeluruh. Ini adalah kerana pembangunan industri berat secara terpilih adalah merupa­kan sebahagian penting daripada stra­tegi-strategi pembangunan negara. Walaupun pencapaian dasar industri berat adalah berbeza-beza dan ber­gantung kepada sektor industri yang diceburi, namun pada keseluruhan­nya dasar ini telah berjaya menye-

II

Page 19: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

6

·.-

1909 l3 JULAI 1988 1910

diakan asas perkembangan sektor pe­rindustrian.

Mengenai Pelan Induk Perindus­trian, masih terlalu awak untuk me­nilai pencapaiannya kerana dasar ini baru dilaksanakan iaitu mulai tahun 1985. Walau bagaimanapun, peru­bahan-perubahan dasar dan strategi yang diperakukannya dan dilaksana­kan oleh Kerajaan telah mewujudkan suasana dan iklim pelaburan yang menggalakkan. Ini boleh dilihat dari prestasi sektor pembuatan yang telah membangun semula dalam tahun 1986 setelah mengalami pertumbuhan negatif dalam tahun 1985. Dalam tahun 1987, kadar pertumbuhan sektor ini adalah sebanyak 12.0o/o dan di­jangka sektor ini akan bertambah de­ngan kadar yang tinggi pada tahun 1988 dan tahun-tahun seterusnya. Da­sar penswastaan masih terlalu awal untuk diukur kejayaannya secara ter­perinci kerana ianya masih terlalu baru dan bilangan projek yang telah diswastakan adalah kecil. Sungguhpun begitu, pelaksanaan dasar ini telah menunjukkan kesan yang baik di dalam memenuhi matlamat utama dasar ini seperti pengurangan beban kewangan Kerajaan dan peningkatan produktiviti.

Sementara itu, matlamat Dasar Pela­jaran Kebangsaan telah dicapai. Pelak­sanaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa penghantar telah dilaksanakan ke peringkat ijazah. Di sam ping itu, se­kolah-sekoalah rendah dan menengah · di seluruh negara telah menggunakan kurikulum dan peperiksaan yang sa­ma. Sayugia ditekankan di sini bahawa dasar atau matlamat penduduk 70 juta ini merupakan satu per~ncangan kependudukan jangka panjang. Pe­rancangan tersebut penting bagi men­capai pembangunan ekonomi dan so­sial yang seimbang dan berkesan bukan sahaja kepada penduduk se­karang, bahkan juga untuk generasi yang akan datang. Oleh yang demi­kian, pencapaian matlamat tersebut

perlulah dilihat dari segi perspektif jangka panjang. Berdasarkan arah aliran demografi semasa serta program kependudukan dan pembangunan yang telah dan akan dijalankan, mat­lamat penduduk 70 juta boleh dicapai.

Pada keseluruhannya, dasar-dasar di atas adalah sesuai dan selaras de­ngan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian. Di samping itu pelaksanaan dasar ini akan menyediakan . asas yang lebih kukuh kepada pembangunan ekonomi dan sosial bagi menghadapi masalah di abad ke 21. Apa yang penting kini ialah usaha untuk mempercepatkan proses ke arah pencapaian matlamat ini tanpa mengabaikan aspek-aspek sosial yang lainnya.

IMPORT BAHAN MAKANAN

15. Puan Rokiah binti Zainuddin min­ta Menteri Pertanian menyatakan:

(a) berapa banyak yang Kerajaan kita belanja untuk mengimport bahan makanan pada tahun ini, adakah jumlahnya ber­tambah atau berkurangan; dan

(b) sejauhmana berjayanya Kemen­terian Pertanian untuk me­ngurangkan pengimportan ba­han makanan seperti jagung, daging dan sebagainya untuk membantu ekonomi negara.

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Tuan Yang di-Pertua, pada tahun ini maklumat dan data mengenai per­belanjaan untuk mengimport bahan makanan masih belum terkumpul. Walau bagaimanapun, setakat bulan Februari tahun 1988, Kerajaan telah mengimport bahan makanan sejum­lah $554,524,000 berbanding dengan nilai eksport sebanyak $449,403.000. Ini bermakna nilai import bersih bagi dua bulan pertama ini tidak boleh dijadikan petunjuk sama ada jumlah

Page 20: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1911 13 JULAI 1988 1912

import bahan makanan bertambah atau berkurangan.

Pada umumnya, Kerajaaan melalui Kementerian Pertahian Malaysia telah berjaya mengurangkan pengimportan bahan makanan seperti daging ke arah membantu membangunkan eko­nomi negara. Umpamanya, Kerajaan tidak mahu mengeluarkan barangan makanan yang kosnya tinggi. Di samping itu, Kerajaan menggalakkan imbangan dagangan yang positif de­ngan negara-negara lain. Umpamanya dengan mengimport daging lembu 1ah pengimport minyak kelapa sawit yang utama · dari negara kita. Bagi tahun 1985, jumlah nilai import bersih ada­lah sebanyak $1,401,889,000 berban­ding dengan tahun 1986 sebanyak $949,94<>,000 dan ianya terus menurun kepada $511,853,000 pada tahun 1987.

Tuan Dahalan bin Hajr Embun:. Tuan Yang di-Pertua, soalan tam­bahan. Saya difahamkan bahawa ne­gara kita mengimport barang berharga lebih kurang $50 juta dan ubi kentang yang berharga $40 juta setahun. Apa­kah usaha Kerajaan untuk mengurang­kan import kedua-dua komoditi ini memandangkan tanah pan iklim di Cameron Highlands adalah sesnai untuk bawang dan ubi kentang me­ngikut kajian?

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya sebutkan tadi, dasar kita bukanlah mengeluarkan semua barang-barang yang kita boleh tanam. Mengikut kosnya yang begitu tinggi dan juga nampaknya negara-negara dari mana kita mengimport barang-barang ini, kita mesti mendapat satu dagangan yang seimbang di antara negara­negara lain dan negara-negara kita. Memandangkan tanaman-tanaman yang disebutkan oleh Ahli Yang Ber­hormat tadi, walaupun tanah dan iklim di negeri kita sesuai, tetapi kos pengeluarannya adalah tinggi dan juga tidak boleh dibandingkan dengan kos

import. Juga bawang ini mempunyai satu penyakit dan setakat ini kami belum dapat menyelesaikannya. Ba~ wang ini juga kebanyakannya kita import dari negara India dan seperti yang saya sebutkan tadi negaca India adalah .satu negara yang mengimport minyak kelapa sawit yang utama dari negara kita.

Tuan R.M. Jasni: Tuan Yang di­Pertua, kalau tidak salah saya jagung tidak disebutkan seperti di dalam soalan ini. Adakah ini bererti kita masih mengimport jagung dengan banyaknya dari negara luar?

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Tuan Yang di-Pertua, jagung memang­lah satu bahan yang kita import begitu banyak. Tiap-tiap tahun kita mengim­port jagung berharga lebih kurang $300 juta dan· setakat ini kita belum dapat satu hasil yang sesuai di mana kita boleh mengeluarkan jagung de­ngan satu hasil yang bermutu dan juga yang kita import. Kementerian saya telah mewujudkan satu Majlis Perin­dustrian Jagung dan Majlis ini sedang mengkaji dengan mendalam bagaimana kita boleh mengeluarkan jagung de­kita boleh mengeluarkan jagung de­ngan berkesan. Tetapi sampai seka­rang kadar kos yang kami boleh me­ngeluarkan jagung ini adalah tidak kurang dari 40 sekilo, tetapi kos yang kita import jagung ini cuma 30 sen sekilo sahaja.

BUKU TEKS - BAHAN SENSITIF

16. Tuan C, Krishnan minta · Menteri Pendidikan menyatakan apakah lang­kah yang diambil oleh Kementerian­nya untuk menentukan supaya buku­buku teks tidak mengandungi bahan­bahan sensitif yang boleh menying­gung perasaan orang ramaL Baru­baru ini buku teks sejarah S.R.P. telahpun mengandungi aspek-aspek yang menceritakan kasta.

I

Page 21: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1913 13 JULAI 1988 1914

Tuan Woon See Chin: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pen­didikan telah mengambil langkah dan tindakan yang perlu terhadap perkara­perkara yang sensitif dan tidak lagi bersesuaian mengenai sesuatu kaum atau agama di negara ini di dalam buku­buku teks yang telah diperakukan. Berkaitan dengan buku teks sejara S.R.P. yang mengandungi aspek-aspek mengenai kasta, pihak Kementerian Pendidikan telah mengarahkan para penerbit memansuhkan aspek-aspek negatif tersebut semasa mengulang

· cetak buku-buku mereka dan mengeluarkan satu surat pekeliling bertarikh 2hb April, 1986 kepada semua sekolah yang mengarahkan supaya guru-guru tidak lagi menyentuh perkara kasta di dalam pengajaran mereka. Selain dari itu Kementerian Pendidikan juga meneliti dan memastikan bahawa perkara mengenai kasta dan lain-lain perkara sensitif tidak timbul di dalam buku-buku teks KBSM yang sedang diproses penghasilannya sekarang.

Sehubungan dengan ini juga buku­buku teks yang lama akan gugur dengan sendiri apabila tiba buku-buku teks KBSR yang baru. Ini adalah se­laras dengan langkah Kerajaan untuk mempertingkatkan usaha ke arab per­paduan kaum dan membendung unsur­unsur yang boleh menimbulkan pola­risasi kaum.

ANGGOTA TENTERA YANG BERHENTI

17. Lt. Kol. (B) Abdul Hamid bin Ibrahim minta Menteri Pei:tahanan menyatakan jumlah ahli-ahli Ang­katan Tentera Malaysia yang telah menamatkan perkhidmatan dalam tahun 1988 dan nyatakan jumlah dari­pada mereka yang dapat pekerjaan melalui Bahagian Hal Ehwal Bekas Perajurit di Kementerian Pertahanan.

Menteri Pertahanan (Tengku Dato' Ahmad Rithauddeen Al-Haj): Tuan

Yang di~Pertua, bilangan anggota tentera yang berhenti dari perkhid­matan Angkatan Tentera Malaysia se­takat bulan Mei 1988 ialah seramai 1,496.

Jumlah yang mendaftar untuk men­dapatkan pekerjaan bagi tahun 1988 ialah 709. Dari jumlah tersebut se­ramai 300 orang telah dicalonkan un­tuk temuduga bagi tahun 1988. Mana­kalan bilangan yang hadir untuk di­temuduga ialah seramai 220 orang dan yang telah berjaya ialah ~er~mai 60 orang.

JEMAAH HAJJ -URUSAN SYARIKAT SWASTA

18. Tuan Haji Jaafar bin Harun minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) selain daripada Lembaga Uru­san dan Tabung Haji menge­lolakan bakal-bakal Haji ke Mekah adakah dibenarkan agensi-agerisi atau syarikat­syarikat atau kumpulan lain bertindak menguruskan bakal­bakal Jemaah Haji ke Mekah; jika ada apakah syarat-syarat yang diperlukan;

(b) sekiranya berlaku kemalangan atau sesuatu malapetaka ke­pada mereka adakah Lembaga Urusan dan Tabung Haji boleh memberikan pertolongan; dan

(c) berikan perbandingan Jemaah­jemaah Haji kita Malaysia ini yang telah menunaikan fardu Haji ke Mekah bagi tempoh tahun 1986, 1987 dan 1988 ini.

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Pada tahun ini, selain ciaripada Lembaga Urusan dan Tabung Haji, terdapat 6 buah syarikat swasta telah diberi kelulusan oleh Kerajaan untuk · mengen­dalikan jemaah Haji. Syarikat-

-syarikat berkenaan ialah:

Page 22: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1915 13 JULAI 1988 1916

Noma/ Aloma!

(1) Asari Murni Agency, No. 4040, Taman Mutiara, Jalan Sultanah, Alor Setar.

(2) Triways Travel & Tours Sdn. Bhd., No. 20, Jalan Tun Mohd. Fuad, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

(3) Citra Travel & Tours Sdn·. Bhd., F1, Jalan Bayan, Kota Bharu,

·Kelantan.

(4) SMAS Travel ·sdn. Bhd., Tingkat Bawah Annexe Block, Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

(5) Blue Moon Sdn. Bhd., Tingkat 1, Wisma Merlin, J alan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

(6) Batuta Travel & Tours Agency· Sdn. Bhd., No. 9, Tingkat 1 Bangunan Astaka, Stadium Spltan Mohd Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan.

Syarat-syarat diperlukan ialah:-

(1) Syarikat perlu mendeposit de­ngan Perbendaharaan sejumlah $30,000.

(2) Syarikat juga perlu memberi kepada Tabung Haji:-

(i) Jaminan Bank atas kadar $2,500 seorang bagi bakal Haji Semenanjung Malaysia; $2,690 seorang bagi Sarawak dan $2,840 seorang bagi Sabah; atau

(ii) Jaminan Bank sejumlah $100,00 mana yang lebih kurang. Jaminan 1 bank itu adalah untuk men­jamin adanya wang tam-

Bil. Jemoah Hoji

130 orang

234 orang

73 orang

33 orang

76 orang

100 orang

JUMLAH: 646 orang

bang untuk jemaah Haji sekiranya pihak syarikat gagal mendapatkan pe­sawat bagi mereka di saat-saat akhir.

(3) Syarikat perlu membayar ke­pada Tabung Haji $60 bagi setiap jemaah Hajinya bagi membolehkan mereka men­dapatkan rawatan perubatan dari Rombongan Perubatan Malaysia di Tanah Suci.

(4) Syarikat mengatur sendiri pe­nerbangangan/tiket/visa Haji bagi jemaah Hajinya.

(5) · Syarikat menggunakan pas port . Antarabangsa Malaysia bagi jemaah Hajinya.

..

Page 23: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1917 13 JULAI 1988 1918

(6) Syarikat mengurus sendiri pe­rumahan jemaah hajinya di Mekah dan di Madinah dengan pihak Muassasah di sana tetapi Muassasah dan Tabung Haji hendak1ah meluluskan rumah­rumah yang hendak disewa.

(7) Syarikat dikehendaki menanda­tangani Surat Perjanjian Pe­ngendalian Jemaah Haji dengan Tabung Haji.

Syarat-syarat ini ialah untuk mempastikan yang syarikat ter­sebut dapat menjamin untuk menguruskan jemaah Haji menunaikan Haji dengan baik dan sempurna.

(b) Sekiranya berlaku kemalangan atau sesuatu malapetaka ke­pada jemaah Haji, insya Allah, Lembaga Urusan dan Tabung Haji boleh memberi pertolo­ngan ke arah itu. Tabung Haji telahpun bersedia dengan ran­cangan keselamatan yang telah diguballebih awal.

(c) Perbandingan jumlah jemaah Haji Malaysia yang telah me­nunaikan fardu Haji bagi ta­hun-tahun lalu adalah seperti berikut:-

Tahun 1986 .. 1987 1988 ..

Jumlah 26,043 25,478 29,252

Tuan Yang Di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk Per­tanyaan-pertanyaan bagi Jawab Mulut sudahpun cukup.

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 19 hinggga 73 ada­lah diberi di bawah ini.)

KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

19. Puan Noraini binti Haji Beluab minta Menteri Kebudayaan dan Pe­lancongan menyatakan apakah usaha-

usaha yang telah dijalankan oleh pihak Kementerian bagi mewujudkan satu Kebudayaan Kebangsaan, terutama dari segi tarian, supaya ianya dapat diperkenalkan kepada rakyat di negara ini dan juga para pelancong yang da­tang melawat Malaysia.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan (Tuan Abdul Raman bin Suliman): Kemen­terian menjalankan pelbagai program ke arah mewujudkan satu Kebudayaan Kebangsaan seperti program peng­galakan, yang melibatkan aspek-aspek kesenian ·sezaman dan tradisional, aspek pembinaan sosio budaya dan khidmat nasihat mengenai kebudaya­an. Kerja kreatif dan pembangunan kebudayaan dilaksanakan di bawah program pembangunan kesenian. Program perhubungan kebudayaan dalam dan luar negeri dijalankan juga bagi mewujudkan satu sistem komunikasi dan penerangan yang lebih berkesan di bidang kebudayaan. Di samping itu aspek-aspek yang bersifat ilmiah dan akademik dilaksanakan di bawah program penyelididkan ke­budayaan. Program kebudayaan ter­sebut melibatkan penyertaan serhua kaum di negara ini.

Mengenai bidang tarian, Kemen­terian mengadakan kursus-kursus bagi melatih belia dan beliawanis yang berminat untuk mempelajari tarian kebangsaan. Kementerian juga mem­punyai jurulatih yang mahir di bidang tarian untuk memberi khidmat kepada kumpulan tarian dan lain-lain badan yang memerlukan. Kumpulan penari yang agak mantap dan mampu mem­berikan persembahan bermutu akan diberi pertimbangan untuk dipilih bagi mengadakan persembahan dalam acara/festival kesenian di dalam dan luar negeri.

Eksperimantasi dalam bidang seni tari dijalankan oleh Kompleks Budaya Negara bagi memperkenalkan bebe­rapa aspek pembaharuan dan pengu-

Page 24: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1919 13 JULAI 1988

bahsuaian daJam bidang seni tari yang berasaskan situasi semasa dan pel-

1920

Malaysia, Kerajaan memang berhasrat untuk memperkenal­kan perkhidmatan kapal selam sebelum menjelang tahun 2000. Ini adalah sebagai langkah pe­ningkatan untuk menjadikan TLDM sebuah Angkatan Laut yang berkeupayaan dan se­inibang (balanced force). Da­lam rancangan ini, Tentera Laut Di Raja Malaysia me­cadangkan perolehan kapal selam itu dilaksanakan dengan proses pemindahan teknologi (transfer of technology) ke nega,ra ini.

bagai unsur kesenian yang ada di negara ini.

.KILANG MEMBUAT SENJATA MODEN

20. Puan Habidah binti Jusoh minta Mc:nteri Pertahanan menyatakan:-

(a) bilakah Kerajaan akan me­ngadakan kilang untuk mem­buat senjata moden bagi ke­gunaan sendiri.

(b) memandangkan negara kita di­kelilingi oleh lautan tidakah Kerajan berhasrat untuk mem­bina/mengadakan kapal selam milik sendiri; dan

(c) setakat manakah perkemba­ngan yang dicapai oleh pe­rusahaan bengkel membaiki kapalterbang sejak ianya di­swastakan hingga sekarang.

Tengku Dato' Ahmad Rithauddeen Al-Haj: (a) Kerajaan memang berhasrat

merancang untuk· mengadakan kemudahan pengeluaran per­tahanan di dalam negeri ter­masuk mendirikan kilang untuk membuat senjata moden. B'e­berapa projek telah pun di­usahakan oleh pihak Kerajaan seperti penubuhan kilang pelury di Batu Arang, penubuhan depoh baikpulih kapalterbang (AIROD) dan Limbungan TLDM Lumut. Pada masa ini, oleh sebab keadaan ekonomi Kerajaan terpaksa menangguh: kan beberapa rancangan me­ngadakan kemudahan penge­luaran tempatan dan akan me­laksanakan apabila kedudukan kewangan negara mengizinkan. Di antara projek yang ditang­guhkan adalah pengeluaran senapang tempur yang moden.

(b) Dalam rancangan pemban­gunan Tentera Laut Di Raja

(c) Sejak AIROD Sdn. Bhd. di­tubuhkan pada tahun 1985,. be~ berapa perkembangan telah di­capai, khasnya dari segi .me­nirigkatkan keupayaan serta mempelbagaikan atau memper­luaskan kegiatannya. Kegiatan utama AIROD Sdn. Bhd. ada­lab menjalankan kerja penye­lenggaraan, baikpulih dan mo­difikasi enjin, komponen dan alat-alat avionik bagi beberapa jenis kapalterbang seperti F 28, Hercules 130, Carribou, heli­kopter Nuri, Alouette, PC7, A4, FS, F16, dan helikopter Wasp. Dalam bidang ini, AIROD Sdn. Bhd. telah ber­jaya menerima beban kerja dari negara-negar seperti Malaysia, Amerika Syarikat, Indonesia dan negara-negara Timur Te­ngah. Selaras dengan rancangan perkembangannya AIROD Sdn. Bhd. sedang membina tiga buah hangar dan menyedia­kan kemudahan-kemudahan berkaitan yang bernilai $3.8 juta. Kemudahan-kemudahan ini dijangka akan siap pada awal bulan Ogos, 1988.

Mulai awal bulan 1986, AIROD Sdn. Bhd. telah me­libatkan diri dalam bidang pem­buatan (manufacturing). Satu

Page 25: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1921 13 JULAI 1988 1922

kontrak telah dimetrikan bagi mengeluarkan pita rakaman digital penerbangan (black box) untuk Lockhead Aircraft Cor­poration, Amerika Syarikat. Baru-baru ini AIROD Sdn. Bhd. juga telah menandatangani satu kontrak bagi mem baikpulih/ membaiki Solar Industrial Gas Turnine Engine yang digunakan oleh syarikat-syarikat gas dan minyak. Selain dari ini, syarikat ini juga telah menerima-beban kerja "calibration" untuk alat elektronik dari syarikat-syarikat elektronik tempatan seperti Motorola, Ericsson dan Texas Instruments.

Dari segi kewangan, AIROD telah berjaya mencatatkan ke­untungan dalam perniagaan. Bagi tahun 1988, AIROD akan mendapat keuntungan melebihi jangkaan. Kemampuan AIROD membuktikan bahawa peng­swastaan satu dasar Kerajaan yang boleh berjaya.

PENGKALAN TUDM BUTTERWORTH

ll. Tuan Mobd Noor bin Bedab minta Menteri Pertahanan menyatakan keupayaan TUDM untuk kendali sendiri Pengkalan TUDM Butterworth -setelah pengunduran Skuadron RAAF, dan usaha-usaha yang telah dijalankan bagi mempertingkatkan. ketahanan udara di semua Pengkalan TUDM selaras bagi permodenan Angkatan Tentera untuk keselamatan serantau.

Tenpu Dato' Ahmad Ritbauddeen Al-Haj: Pengunduran Skuadron terakhir Tentera Udara Di Raja Australia (RAAF) dari Pangkalan Udara Butterworth pada 16 April1988 yang lalu tidak akan menjejaskan per­tahanan udara negara ini kerana Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) berkeupayaan untuk mengen-

dalikan sendiri pangkalan tersebut. Tambahan pula pengunduran tersebut bukanlah bermakna Australia telah menghentikan tuers kerjasama per­tahanannya dengan Malaysia, sebaliknya menukar bentuk ker­jasamanya daripada menempatkan pesawat pejuangnya secara tetap di Butterworth kepada bentuk 'deploy­ment' pesawat pejuang F/ A Hornet dan F-IIIC secara bergilir-gilir. Deploy­ment ini akan melibatkan 12 buah pesawat pejuang F/A-18 Hornet sekurang-kurangnya 2 kali setahun dan 6 buah pesawat F-IIIC sekurang­kurangnya sekali bagi tempoh 2 tahun .. Tempoh masa deployment bagi Harnet ialah sehingga 6 minggu manakala F-IIIC pula adalah lebih kurang 2 rilinggu.

Menyentuh soal usaha-usaha y~ng telah dijalankan bagi mempertingkat­kan ketahanan udara di semua Pang­kalan TUDM pula, sukalah saya me­nyatakan bahawa TUDM sentiasa ber­usaha ke arab matlamat memperku­kuhkan kedudukannya melalui ~oses pemodenan peralatan-peralatan 'Serta dengan meningkatkan kecekapan anggota.

PERMIT KERJA BAGI WARGANEGARA ASING

22. Tuan Hassan bin Nam minta Men­teri Dalam Negeri menyatakan jumlah rakyat negara asing yang datang ke negara ini dengan menggunakan Per­mit Kerja setiap tahun sejak tahun 1980 jika ada.

Perdana Menterl dan Menteri Dalam Negeri (Dato' Serl Dr. Mabathir bin Mobamad): Warganegara asing yang dibenarkan bekerja di negara ini di bawah peruntukan Undang-undang Imigresen adalah seperti berikut:-

Page 26: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1923 13 JULAI 1988 1924

Tahun Jumlah

1985 19,576 1986 17,809 1987 19,713

Jumlah .. 57,198

ANGGOTA PASUKAN POLIS

23. Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latiff minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada benar bahawa terdapat kekurangan anggota kese­lamatan terutama sekali di bandar jika dibandingkan dengan jumlah pen­duduk dalam bandar dan juga ke­kurangan anggota keselamatan yang mengawasi di sepanjang sempadan negara ini dengan negara Thai yang menyebabkan jenayah di dalam ban­dar dan penyeludupan selalu berlaku. Jika benar adakah keraj~an bercadang mengambil lebih ramai lagi anggota keselamatan. Jika tidak benar apakah anggota keselamatan telah mencukupi bilangannya mengikut bilangan pen­duduk dalam negara ini.

Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mo­hamad: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah keanggotaan Pa­sukan Polis.yang ada sekarang ini ada­lah mencukupi untuk mencegah dan membanteras jenayah. Walau bagai­manapun kerajaan akan mengkaji keperluan menambah anggota polis dari masa ke semasa sesuai dengan keadaan keselamatan negara.

PENEROKA FELDA MENENTANG KERAJAAN

24. Tuan Azman Atar bin Othman minta Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah menyatakan apakah tindakan Kerajaan terhadap peneroka FELDA yang turut meracuni fikiran rakyat menentang dasar-dasar Kera­jaan.

Tuan Adam bin Abdul Kadir: Bebe­rapa peraturan telah digariskan untuk

diikuti oleh peneroka bagi memasti­kan mereka melaksanakan kerja-kerja dan tanggungjawab mereka di ran­cangan serta menjauhkan mereka dari melibatkan diri dengan kegiatan­kegiatan yang tidak sihat yang me­nganggu ketenteraman masyarakat di rancangan. Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada mereka yang ing­kar. Jika terbukti seseorang peneroka itu turut terlibat meracuni fikiran rakyat menentang dasar-dasar Ke­rajaan, yang menggugat ketenteraman serta mengakibatkan perpecahan di kalangan masyarakat rancangan, tin­dakan pet?-yingkiran dari rancangan boleh diambil ke atas mereka.

ORANG-ORANG YANG Hll.,ANG

25. Puan Hajjah Salbiah binti Mohd Akim minta Menteri Dalam Negeri menyatakan dalam berita akhbar atau yang t{dak masuk dalam akhbar banyak orang hilang, ada anak gadis, ada anak lelaki, ada suami, ada isteri; apakah kehilangan ini hilang terus tidak dapat dikesan, atau lari keluar dari negeri ini, atau lari ke hutan dan sebagainya. Jika ada pengaduan apakah .tindakan Kerajaan dan Kementerian.

Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mo­hamad: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak polis akan mengam­bil tindakan segera bagi mengesan orang-orang yang hilang sebaik sahaja laporan diterima. Kebanyakan mereka ditemui semula sama ada hasil dari penyiasatan polis atau kerjasama dari orang ramai. Berdasarkan kes-kes yang dilaporkan dan disiasat oleh pibak polis, masalah ini tidaklah begitu serius ke­rana kebanyakan mereka dijumpai semula. Mengenai kes-kes orang hilang yang lari ke luar negeri atau masuk ke dalam ltutan, sukalah-saya memaklum­kan bahawa setakat ini pihak polis masih belum menerima apa-apa la­poran mengenainya.

Saya mengambil kesempatan di Dewan yan~ mulia ini meminta kerja-

Page 27: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1925 13 JULAI 1988 1926

sama dari Ahli-ahli Yang Berhormat dan orang ramai untuk bekerjasama dengan pihak Kerajaan bagi mengatasi masalah ini yang merupakan penyakit sosial yang belum begitu serius tetapi akan menjadi masalah yang lebih besar pada masa akan datang sekiranya ia tidak dibendung dan dikawal dari sekarang .

DAVID COPPERFIELD - AHLI SILAP MATA

26. Dato' Haji Zakaria bin Haji Yabya minta Menteri Kebajikan Ma­syarakat menyatakan sama ada pihak Kerajaan sedar bahawa Ahli Silap Mata yang masyhur dan terkenal David Copperfield telah mengadakan pertunjukan di negara ini _pada 21 Jun hingga 26 Jun yang lalu difahamkan ialah seorang yang berketurunan Yahudi. Sebelum ini kira-kira tiga tahun yang lalu Kerajaan tidak mem­benarkan Kumpulan Rock (Scorpian) untuk mengadakan pertunjukan di negara ini kerana salah anggota kum­pulan itu berketurunan YahudL Tetapi kenapa larangan seumpama itu t.idak dike_nak~ kepada Djivid Cop~fJ.Cld, Paling dikesali antara yang terlibat di dalam urusan pertunjukan itu sebuah Kementerian dan agensi Kerajaan sen­diri.

Setiausaba Parllmen Kementerian IC.ebajikan Masyarakat (Tuan Peter Cb1n Fab .Kuil: Untuk maklum~ Ahli Yang Berhormat, David Copperfield memegang pasport Amerika Syarikat dan adalah menjadi dasar negara kita supaya tidak menyekat pelawat dari­pada Amerika Syarikat tanpa sebarang sebab yang berasas.

Dalam hubungan ini, saya ingin menjelaskan bahawa asas pengha­rarnan sesuatu pertunjukan dari luar negeri ini tidak dibuat di atas asas keturunan artis-artis yang berkenaan tetapi adalah berdasarkan kepada faktor-faktor lain seperti kesan se-

suatu pertunjuK.K.an itu kepada tin~kah­

laku anak-anak muda dan nilai yang hendak disampaikan melalui pertun­jukanitu.

Untuk makluman Ahli Yang Ber­hormat, pengharaman yang telah di­buat terhadap kumpulan rock "Scar­pian" pada masa yang lalu juga ada­lab dibuat atas faktor-faktor yang saya nyatakan tadi dan bukan di ·atas pertimbangan bahawa salah seorang ahli kumpulan tersebut adalah seorang Yahudi.

KELAS P .O.L.

27. Tuan P. Bela ram minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah Men­teri sedar bahawa kelas-kelas 'P.O.L' di kebanyakan sekolah-sekolah tidak diawasi dengan berkesan kerana Tuan Pengetua Sekolah atau Penolong­penolong Kanannya tidak berkela­yakan atau tidak fasih dalam bahasa­bahasa itu.

Tuan Woon See Chin: Untuk mak­luman Ahli Yang Berhormat, adalah tidak benar kelas-kelas Bahasa Cina dan Tamil tidak diawasi dengan ber­kesan di sekolah-sekolah. Pengawasan pengajaran dan pembelajaran bahasa­bahasa berkenaan di sekolah selain dari dilakukan oleh Pengetua dan Pe­nolong Kanan, juga dijalankan oleh pihak-pihak tertentu seperti Kaki­tangan Sumber Bahasa yang berke= naan, Pegawai Pendidikan Daerah, Penyelia Sekolah Tamil dan Penyelia Sekolah Cina di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri serta juga Penge­lola Kanan bahasa-bahasa tersebut di peringkat Kementerian Pendidikan. Selain daripada itu pegawai-pegawai dari 'bahagian Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan juga sering memeriksa pengajaran dan pembelajaran bahasa­bahasa ini.

Di setiap sekolah juga disediakan seorang guru yang fasih dalam bahasa­bahasa yang dimaksudkan ur.tuk me-

Page 28: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1927 13 JULAI 1988 1928

ngawasi pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa ini agar ia dapat di­jalankan dengan berkesan.

PASPORT ANTARABANGSA - KELEWATAN PENGELUARAN

28. Tuan Lau Keng Siong minta Men­teri Dalam Negeri menyatakan me­ngapa penghuni-penghuni Muar Johor yang memohon pasp'Ort Antarabangsa dikehendaki menunggu selama 3 bulan untuk kelulusan permohonannya. Pada masa yang lalu permohonan hanya diperlukan menunggu selama 2 minggu.

Dato' Seri Dr. Mabatbir bin Mo­hamad: Kelewatan pengeluaran pas­port Antarabangsa bagi penduduk Muar, Johor sebenarnya tidaklah sam­pai tiga (3) bulan tetapi hanya lebih kurang satu (1) bulan sahaja kerana Pejabat Imigresen Muar adalah pe­jabat cawangan sahaja. Semua per­mohonan p~port Antarabangsa Ma­laysia di Muar akan dihantar, diproses dan akan dikeluarkan oleh Pejabat Imigresen Johor ·aahru. Kelewatan pe­ngeluaran pasport akan berlaku pada musim cuti sekolah atau musim pe­rayaan di mana terdapat perm ohonan yang meningkat. Walau bagaimana­pun Pengarah Imigresen Negeri akan memberi pertimbangan kepada mereka yang memerlukan dengan kadar segera atas sebab-sebab yang tertentu.

' PROJEK

PEMBJNAAN SEKOLAH

2.9. Puan Valli Muthusamy: minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(i) berapakah bilangan projek pembinaan sekolah-sekolah telah dilewatkan pembinaan oleh pemborong-pemborong sejak 1982;

(ii) apakah tindakan Yi!Jl& telah diambil terhadap pemborong­pemborong yang menipu dan melarikan diri ini; dan

(iii) berapakah jumlah kerugian kepada Kerajaan.

Tuan Woon See Chin: Untuk mak­luman Ahli Yang Berhormat,

(i) Semenjak tahun 1982 hingga sekarang terdapat dua Ran­cangan Malaysia, iaitu Ran­cangan Malaysia Keempat (RME) dan Rancangan Ma­laysia Kelima (RM,L). Dalam RME tidak ada projek pem­binaan sekolah yang lewat disiapkan oleh pemborong­pemborong. Dalam RML hanya terdapat 83 buah projek pembinaan sekolati yang lewat disiapkan.

(ii) Di antara tindakan yang di­lakukan terhadap pemborong yang tidak menyiapkan pro­jek-projek seperti yang di­jadualkan ialah:

(1) Melaporkan kepada agen­si pusat.

(2) JKR melanjutkan tempoh masa kontrak.

(3) Bertindak menamatkan kontrak serta membuat tawaran semula kepada pemborong-pemborong baru untuk menyiapkan projek yang tergendala itu.

(iii) Sebagaimana yang tersebut dalam peruntukan kontrak, apa­bila terdapat pemborong yang gagal melaksanakan projek, kontrak mereka akan ditamat­kan dan projek itu akan di­tawarkan semula kepada pem­borong-pemborong yang lain. Tambahan kepada kos asal projek tersebut akan ditang­gung oleh pemborong yang gagal. Oleh itu Kerajaan tidak menanggung sebarang kerugi­an wang.

Page 29: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1929 13 JULAI 1988 1930

IMPORT KERETA TERPAKAI

30. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Menteri Perdagangan dan ·Per­industrian menyatakan mengapakah Kerajaan menghadkan pengimportan motokar terpakai hinggakan harga motor tersebut telah melambung tinggi sedangkan pasaran motokar terpakai adalah begitu besar.

Dato' Kok Wee' Kiat: Pengimportan kereta terpakai adalah dikawal di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai hnport) 1988, dengan tujuan untuk melindungi industri pemasangan kereta tempatan terutamanya kereta Proton Saga. Dasar Kerajaan dalam menghadkan pengimportan kereta ter­pakai ini tidak seharusnya dikaitkan dengan kenaikan harga kereta yang melambung tinggi oleh sebab terdapat faktor-faktor lain seperti kenaikan matawang asing yang menyebabkan harga kereta-kereta baru meningkat dan perubahan sikap pemilik-pemilik kereta.

CUTI TANPA REKOD

31. Tuan Haji Hamid Araby bin Md. Salih minta Menteri Buruh menyata­kan kelepasan cuti tanpa rekod kepada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Jawatankuasa Badan-badan Pertubu­han dan Persatuan-persatuan yang di­iktiraf oleh Kerajaan untuk meng­ikuti kursus, seminar, konvensyen an­juran Kementerian-kementerian. Jika tidak b<;>leh kenapa. Ketika ini peng­libatan sektor swasta adalah amat dingin dan yang demikian membuat­kan banyak mesej yang hendak di­sampaikan oleh Kerajaan tidak dapat dicapai dengan memuas dan berjaya.

Menteri Buruh (Tuan Lee Kim Sai): Tidak ada peruntukan di bawah Un­dang-undang Buruh mengenai ke­lepasan cuti tanpa rekod kepada ahli­ahli Jawatankuasa Badan-badan Per­tubuhan dan Persatuan-persatuan yang diiktirafkan oleh Kerajaan un­tuk mengikuti kursus, seminar dan

konvensyen anjuran Kementerian­kementerian. Walau bagaimanapun, jika ahli-ahli Jawatankuasa Badan­badan dan Persatuan-persatuan ter­sebut terdiri daripada pekerja-pekerja sektor awam, cuti tanpa rekod bagi maksud ini ada diperuntukkan di bawah Perintah Am 42 (a) Bab C.

Kementerian Buruh di bawah Pe­rintah Am 42 (b) Bab C, diberi kuasa untuk meluluskan kursus-kursus, se­minar dan konvensyen kesatuan se­kerja yang melayakkan peserta-pe­sertanya mendapat cuti tanpa rekod. Cuti-cuti tanpa rekod ini akan dilulus­kan mengikut budi bicara Ketua Ja­batan setiap peserta tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

Kedua-dua peruntukan diatas hanya memberi kemudahan cuti tanpa rekod kepada pegawai dan kakitangan awam sahaja yang berkhidmat dengan Ba­dan-badan Pertubuhan, Persatuan dan Kesatuan Sekerja yang diiktirafkan oleh Kerajaan. Namun begitu, firma­firma swasta adalah digalak untuk membenarkan pekerja-pekerja mereka menyertai kursus, seminar dan kon­vensyen anjuran Kerajaan dengan di­beri cuti tanpa rekod.

GURU TERLATIH DI SABAH/ SARA WAK- KEKURANGAN

32. Tuan .Pandikar Amin Haji Mulia minta- Menteri Pendidikan menyata­kan:

(a) sama ada bilangan guru-guru yang terlatih untuk · mengajar di sekolah-sekolah rendah khu­susnya di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak men­cukupi; dan

(b) sekiranya tidak, apakah tin­dakan Kerajaan untuk meng­atasi m asalah ini.

Tuan Woon See Chin: Untuk mak­luman Ahli Yang Berhormat,

(a) Pada masa ini memang terdapat

Page 30: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1931 13 JULAI 1988 1932

kekurangan guru-guru terlatih di sekolah-sekolah rendah . bu­kan sahaja di Sabah dan Sa­rawak tetapi juga di negeri­negeri lain di Malaysia.

(b) Untuk mengatasi kekurangan tersebut khususnya bagi Sabah dan Sarawak, Kem.enterian Pendidikan telah menjalankan tindakan-tindakan berikut:

(i) Menambah bilangan calon guru yang me­ngikuti kursus perguruan di maktab-maktab per­guruan di Sabah dan Sarawak.

(ii) Menghantar guru-guru terlatih dari Semenan­jung untuk berkhidmat di kedua-dua negeri yang berkenaan.

SUNTIKAN RUBELLA

33. Puan Law Jack Yoon minta Menteri teri Kesihatan menyatabn:

(a) sejauh manakah kempen anti­rubella yang diusahakan oleh Kerajaan secara besar-besaran berkesan dalaril menyedarkan kaum wanita kawasan luar ban­dar untuk menerima suntikan itu; dan

(b) mengapakah kempen ini hanya dipergiatkan pada masa se­karang dan bukan pada tahun­tahun yang lepas.

Dato' K. Pathmanaban: (a) Kempen menyedarkan kaum

wanita di kawasan-kawasan luar bandar untuk menerima suntikan rubella adalah satu aktiviti yang dijalankan secara terus menerus. Setakat ini kern­pen itu telahpun berjaya men­capai matlamatnya untuk me­nyedarkan kaum wanita di kawasan-kawasan luar bandar

dan juga di dalam bandar untuk menerima suntikan ini. Res­ponse wanita di merata negara terhadap ranc~ngan-rancangan imunisasi ini adalah sangat menggalakkan.

(b) Kementerian Kesihatan melak­sanakan ~rogram imunisasi me­ngikut keutamaan berdasarkan kepada kadar kejadian sesuatu penyakit, kadar kematian aki­bat penyakit tersebut serta ke­upayaan Kementerian menja­lankannya.

Keutamaan pertama Kemen­terian Kesihatan ialah pembe­rian imunisasi kepada penyakit yang menyerang kanak-kanak, iaitu batuk kering, kancing gigi, sakit kerongkong, batuk kokol, polio dan demam campak, ran­cangan imunisasi bagi penyakit­penyakit ini sedang berjalan dengan rancak dan penyakit­penyakit itu tidak lagi menjadi masalah kesihatan.

Keutamaan seterusnya akan di­berikan oleh Kementerian Ke­sihatan ialah imunisasi terhadap penyakit Rubella yang menjadi masalah kesihatan di Malaysia.

PERMIT PENERBITAN

34. Tuan G. Rajoo minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:-

(a) jumlah lesen kebenaran (KDN) yang diberi bagi pengeluaran bahan-bahan bercetak kepada penerbit tahun ini mengikut pecahan harian, mingguan, bulanan dan sebagainya;

(b) jumlah lesen kebenaran (KDN) yang ditarikbalik tahun ini dan sebab-sebabnya;

(c) jumlah permohonan yang be­lum di beri kebenaran tetapi

Page 31: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1933 13 JULAI 1988 1934

dalam proses pertimbangan; dan

(d) kriteria, asas dan rasional bagi pengeluaran lesen publikasi (KDN) yang begitu banyak.

Dato' Dr Seri Mahathir bin Mo­hamad:

(a) jumlah permit penerbitan yang dikeluarkan kepada . penerbit­

. penerbit bagi tahun ini, meng­ikut ~cahan seperti berikut:-

(i) permit penerbitan harian 5

(ii) permit penerbitan ming-guan 14 ·

(iii) permit penerbitan bu­lanan 26

(iv) permit penerbitan lain­lain kekerapan 49.

(b) Bagi tahun 1988 hingga ke hari ini tidak ada penerbftan yang ditarik balik permit penerbitan­nya.

(c) Jumlah permohonan yang dalam proses pertim bang an ialah sebanyak 163.

(d) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian ini ber­sikap liberal dalam pemberian. permit penerbitan. Pengeluaran permit penerbitan adalah ber­asaskan lunas-lunas undang­undang iaitu mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 1987, yang mana semua bahan berita yang akan disiarkan hendaklah tepat, berasas dan tidak memudarat­kan ketenteraman awam, keselamatan negara dan ke­moralan. lni memandangkan penerbitan sebagai suatu media­massa yang boleh menambah-

kan ilm u pengetahuan disamping membangunkan pemikiran rakyat di negara ini.

JALAN RAYA SIMEN KON.KRIT - PEMBINAAN

35. Datuk Haji Abu Bakar Lajim minta Menteri Kerja Raya menyatakan memandangkan pembinaan jalan raya dengan menggunakan simen terbukti lebih menjimatkan kos dan beberapa ciri-ciri kebaikan, adakah Kerajaan bercadang akan mempertimbangkan menambah kadar penggunaan simen kepada Pem binaan Lebuhraya U tara -Selatan. Jika tidak, mengapa.

Tuan Luhat Wan: Suka saya menyatakan di sini bahawa kenyataan Ahli Yang Berhormat Senator bahawa pem binaan jalan raya simen korrkrit lebih menjimatkan itu adalah tidak tepat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kos Pembinaan Jalan Raya menggunakan simen konkrit adalah lebih kurang 300fo lebih mahal daripada kos pembinaan jalan raya yang meng­gunakan tar atau premix yang biasa.

Selain daripada itu, saya bersetuju bahawa jalanraya simen konkrit itu mempunyai beberapa ciri-ciri kebaikan­nya. Diantara ciri-ciri kebaikan ter­sebut adalah ianya tahan lebih lama, dapat dilihat dengan lebih jelas diwaktu malam dan mem punyai cengkaman jalan yanglebih baik kepada kenderaan dan sebagainya.

Selain daripada kos penyelenggara­an jalan simen konkrit adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan kos penyelenggaraan jalan raya yang biasa. Ini adalah disebabkan rekabentuk jalan raya simen konkrit yang dibuat oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia, khasnya adalah tintuk ketahanan selama 40 tahun. Oleh yang demikian kos penyelengaraannya akan lebih rendah dan menjimatkan dalam jang­kamasa yang panjang itu

Page 32: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1935 13 JULAI 1988 1936

Kerajaan sememangnya bercadang untuk menambahkan kadar peng­gunaan simen konkrit di dalam pem­binaan jalan raya. Oleh yang demi­kian, kerajaan telahpun menetapkan supaya sekurang-kurangnya 300Jo dari­pada pembinaan .Lebuhraya Utara -Selatan yang akan dibina kelak, meng­gunakan simen konkrit.

Untuk makluman Ahli Yang Ber­hormat, selab daripada perlaksanaan projek penswastaan Lebuhraya Utara - Selatan tersebut, Kerajaan juga bercadang untuk membina jalan raya simen konkrit di kawasan-kawasan lain yang bersesuaian keadaan tanah­nya.

AKTA PELAJARAN 1961 -KAJIAN

36. Tuan C. Krishnan minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mengu­bahsuaikan Seksyen 21 Akta Pelajaran 1961 untuk menimbulkan perasaan yakin di antara kalangan ibu bapa bukan Melayu.

Tuan Woon See Chin: untuk makluman Ahli Yang Berhormat,., Kementerian Pendidikan belum mem­buat apa-apa keputusan mengenai Sek­syen 21 Akta Pelajaran 1961 kerana ka­jian mengenai perkara tersebut masih lagi diteruskan.

KEMALANGAN JALAN RAYA

37. Tuan C. Krishnan minta Menteri Pengangkutan menyatakan daripada 68,066 kes kemalangan yang dilapor­kan tahun lalu, 93 peratus berlaku kerana kesalahan pemandu sendiri. Takrif kesalahan ini meliputi soal memandu terlalu laju dan juga mabuk serta cuai ketika memandu. Benarkah penguatkuasaan peraturan dan undang­undang jalan raya di negara ini lemah.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail): Walaupun analisa perangkaan kemalangan jalan raya bagi tahun 1987 yang dibuat oleh Pihak Polis Di Raja Malaysia menunjukkan 93 peratus daripada kemalangan jalan raya disebabkan kesalahan pemandu sendiri, tetapi ini tidak semestinya bermakna penguatkuasaan undang-undang jalan raya adalah · lemah.

Agensi-agensi penguatkuasaan sentiasa bertindak untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dengan mengadakan operasi-operasi seperti berikut:

I. Mengadakan operasi lari laju;

2. Mengadakan operasi menya­man kereta yang memotong di kawasan dua garisan berkembar;

3. Mengadakan rondaan kereta peronda;

4. Mengadakan spot check; dan

5. Membanyakkan operasi khas di kawasan kemalangan dengan memberi tumpuan ke atas kesaiahan yang boleh meng­akibatkan kemalangan jalan raya.

Pada keseluruhannya kadar kemalangan jalan raya bagi tahun 1987 telah menurun jika dibandingkan dengan tahun 1986. Walau bagaimana­pun Kementerian belum berpuas hati dengan penurunan tersebut.

Selain daripada memperketatkan tindakan penguatkuasaan ke atas pemandu-pemandu yang melakukan kesalahan lalulintas Kementerian ini dengan kerjasama agensi-agensi yang lain sentiasa berusaha untuk menye­darkan orang ramai mengenai kese­lamatan jalan raya, dan berharap pemandu-pemandu akan lebih berhati­hati sewaktu di jalan raya.

Page 33: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1937 l3 JULAI 1988 1938

Beberapa langkah yang sedang diam bil untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan jalan raya termasuk:-

(a) mengadakan kurikulum baru sekolah memandu dengan menekankan 'defensive driving' sebagai satu amalan yang baik di jalan·raya .

(b) mempergiatkan usaha penyia­ran dan penyebaran berita, rencana, perangkaan dan filem­filem mengenai kemalangan jalan r.aya melalui akhbar, radio dan televisyen.

(c) mengadakan ceramah dan dia­log dengan para pemandu.

(d) melancarkan kempen di musim perayaan.

(e) mengedarkan bahan-bahan ke­selamatan jalan raya.

Kementerian ini telah memperkenal­kan Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebagai menggantikan Road Traffic Ordinance 1958. Akta ini mempe­runtukkan kuasa yang lebih meluas kepada agensi-agensi penguatkuasaan dan kadar hukuman telah pun diting­katkan. Masa kini Kementerian se­dang_ menyediakan Kaedah-kaedah Kereta Motor 1988 dengan tujuan me­ngawal dan mencegah kemalangan jalanraya.

KELAS BAHASA IBUNDA · (P.O.L)

38. Tuan V. K Sellapan minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah lang­kah-langkah yang telah diambil bagi melaksanakan kelas Bahasa Ibunda (P .O.L) dalam jadual waktu sekolah ai Sekolah Menengah dan Rendah Kebangsaan seperti yang telah diumum­kan oleh Menteri Pendidikan. Jikalau tidak ada guru berkelayakan, adakah guru-guru Sekolah Tamil dan Cina ser­ta siswazah-siswazah yang berke1ayakan

akan diambil untuk melaksanakan projek ini sementara menunggu guru­guru yang benar-benar berkelayakan nanti.

Tuan Woon See Chin: Untuk Mak­luman Ahli Yang Berhormat, penga­jaran Bahasa Cina dan Tamil di sekolah nienengah memang dijalankan dalam · waktu sekolah, kecuali se­kiranya terdapat masalah kekurangan guru.- Walau bagaimanapun, di Se­kolah Rendah Kebangsaan kelas-kelas tersebut terpaksa dijalankan di luar waktu sekolah kerana ketiadaan pe­runtukan di dalam jadual waktu me­ngikut Kur~kulum Baru Sekolah Ren­dah. Langkah yang diambil bagi ~e­namhah guru-guru yang terlatih dalam bahasa-bahasa ini ialah dengan mengam bil lebih ramai guru pelatih untuk mengikuti pendidikan pengajaran bahasa-bahasa tersebut. Sementara itu Kementerian memang menggunakan tenaga guru-guru SRlK (Cina) dan (Tamil) serta siswazah-siswazah yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan yang ada.

KEMALANGAN JALAN RAYA

39. Dr. Ng Kbek Kiung minta Men­teri Kerja Raya menyatakan:

(a) memandangkan negeri Selangor mempunyai kadar kemalangan yang paling tinggi di Malaysia terutamanya di kawasan Ke­lang, Kajang, Petaling Jaya dan Hulu Selangor, adakah pihak Kementerian mengenalpasti bahagian jalanraya yang ba­haya dan mempunyai sebarang rancangan untuk memperbaiki­nya.

(b) sama ada pihak kementerian memberi keutamaan untuk mernperbaiki Jalan Kapar di Kelang supaya ia menjadi lebih selamat kepada pengguna­pengguna jalan raya.

Page 34: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1939 13 JULAI 1988 1940

Tuan Luhat Wan:

(a) Berdasarkan kepada rekod­rekod kemalangan jalan raya yang disediakan oleh Bahagian Trafik, Polis Di Raja Malaysia, dan penyelidikan yang telah di­buat oleh jurutera-jurutera Kementerian Kerja Raya, Ke­rajaan telah pun dapat menge­nalpasti jalan raya-jalan raya yang mempunyai kadar ke­malangan yang paling .tinggi di Semenanjung Malaysia. Satu program untuk memperbaiki jalan raya-jalanraya yang ba­haya tersebut telah pun dilulus­kan dan dijangka dapat di­laksanakan pada awal tahun 1989.

Daiam hubungan ini, Kernen-. terian Kerja Raya telah pun mengenalpasti lebih kurang .20 jalan raya-jalan raya perse­kutuan di negeri Selangor Darul Ehsan yang bahaya, di mana termasuk kawasan-kawasan se­perti yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat. Tindakan un­tuk memperbaiki jalan-jalan tersebut akan diambil mengikut keutamaan yang telah ditetap­kan.

(b) Mengenai Jalan Kapar di Kelang pula, Kerajaan memang ber­cadang untuk memperbaiki jalan tersebut. Pada masa ini rekabentuk untuk melebarkan jalan itu ke jalan berkembar iaitu dari Batu 1 hingga Batu 3 dan melebar jalan kepada 24 kaki dari Batu 3 }lingga Batu 6, telah pun siap direkabentuk. Walau bagaimanapun, projek tersebut belum dapat dilaksana­kan lagi kerana kekurangan peruntukan.

TING.KATAN ENAM­SYARAT KEMASUKAN

40. Tuan Tan Chai Ho minta Men­teri Pendidikan menyatakan sama ada beliau mengetahui kelulusan kepujian Bahasa Malaysia peringkat S.P .M. yang diwajibkan sebagai syarat utama untuk kemasukan ke Tingkatan Enam telah menjadi batu penghalang kepada kebanyakan murid untuk melanjutkan pelajaran di Tingkatan Enam. Ramai orang berpendapat peluang belajar seseorang n:t urid tidak harus disekat oleh syarat yang tersebut·ini. Oleh itu, m.ungkinkah syarat ini dilonggarkan atau dimansuhkan.

Tuan Woo See Chin: Untuk mak­luman Ahli Yang B~rhormat, ke­lulusan kepujian dalam Bahasa Ma­laysia di peringkat S.P.M. tidak men­jadi penghalang kemasukan pelajar ke Tingkatan Enam. Kepujian Bahasa Malaysia dalam Peperiksaan S.P .M bukan syarat utama, tetapi hanya me­rup~kan salah satu syarat untuk me­masuki ke Tingkatan Enam.

Kecemerlangan dalam mata-mata pelajaran Sastera atau Sains tetap menjadi kriteria penentu untuk me­masuki Tingkatan Enam Jurusan Sas­tera atau Sains.

Setakat ini, Kementerian Pendidikan tidak bercadang untuk melonggar atau memansuhkan syarat-syarat tersebut.

MURID SEKOLAH DI LUAR BAN­DAR - KEKURANGAN

41. Tuan Tan Chai Ho minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah tin­dakan telah diambil untuk mengatasi masalah kekurangan murid S.R.K., S.R.J.K. (C) atau S.R.J.K. (T) di luar bandar disebabkan penghijrahan se­bilangan besar penduduk ke bandar. Berikutan penghijrahan ini, bilangan penduduk di setengah-setengah bandar semakin bertambah sehingga ketiga­tiga jenis sekolah yang sedia ada di

Page 35: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

..

1941 13 JULAI 1988 1942

bandar tidak termuat bilangan murid yang turut meningkat. Oleh itu, ada­kah sebarang cadangan untuk me­nambah bilangan sekolah tersebut di bandar.

Tuan Woon See Chin: Untuk mak­luman Ahli Yang Berhormat, Kemen­terian Pendidikan memang menye­dari adanya sekolah-sekolah di luar bandar yang muridnya berkurangan akibat penghijrahan penduduk-pendu­duk dari luar bandar ke bandar. Walau bagaimanapun keadaannya tidaklah membimbangkan sehingga menyebab­kan sekolah-sekolah ditutup.

Kemasukan murid secara beramai­ramai ke sekolah-sekolah rendah eli bandar akibat penghijrahan pendu­duk-penduduk dari luar bandar ke bandar sentiasa dikawal dengan rapi oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri melalui langkah-lankah tertentu. Di antara langkah-langkah itu ialah:

(1) Menempatkan murid-murid di sekolah yang masih ada ke­kosongan, di samping memasti­kan bilangan murid dalam se­suatu kelas tidak melebihi bi­langan yang sepatutnya.

(2) Membuka kelas baru di sese­buah sekolah sekiranya bila­ngan murid bagi sesuatu darjah bertambah.

(3) Mengadakan sekolah dua sesi sekiranya perlu.

(4) Membina bilik darjah tam­bahan di sesebuah sekolah sekiranya bilik darjah yang sedia ada tidak mencukupi.

MESYUARAT MENTERI­MENTERI LUAR ASEAN

DIBANGKOK

42. Tuan Haji Jaafar bin Harun minta Menteri Luar Negeri memberitahu sejauh manakah basil yang telah di-

capai di Mesyuarat Tetap ASEAN di Bangkok baru-baru ini. Dan bagai­manakah penglibatan Malaysia dalam mesyuarat itu.

Dato' Abu Hassan bin Haji Omar: Saya percaya mesyuarat yang di­maksudkan oleh Ahli Yang Berhormat itu adalah Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean Yang ke 21 dan Persi­dangan di antara Menteri-menteri Luar ASEAN dengan Menteri-Menteri Luar Negara Dialog ASEAN yang telah berlangsung .di Bangkok pada 4 - 9 Julai 1988. Mesyuarat seperti ini di­adakan tiap-tiap tahun.

Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN telah membincang dan meng­kaji kemajuan dan perkembangan kerjasama di antara negara-negara anggota ASEAN dalam bidang politik, ekonomi dan sosial dan kebudayaan. Mengenai isu Kampuchea, Mesyuarat itu telah memberi sokongan agar Mes­yuarat Tidak Rasmi diadakan di Jakarta. Mengenai masalah Pelarian Indochina, Malaysia telah memaklum­kan pendirian kita tidak lagi menerima kedatangan pendatang-pendatang haram daripada Vietnam. Malaysia telah menegaskan bahawa satu per­sidangan antarabangsa perlu diadakan untuk membincang masalah itu. Ma­laysia juga menyatakan kesediaannya untuk menjadi tuan rumah bagi mesyuarat persediaan untuk persi­dangan tersebut.

Mesyuarat telah bersetuju supaya negara-negara ASEAN bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat dalam usaha-usaha peringkat antara­bangsa untuk membanteras penyalah­gunaan dan pengedaran haram dadah. Menteri-Menteri Luar Ase~njuga telah menyokong pencalonan Malaysia bagi kerusi di Majlis Keselamatan Per­tubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi tern poh 1989-90.

Dalam. bidang ekonomi, Malaysia telah mendesak ASEAN mempercepat-

Page 36: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1943 13 JULAI 1988 1944

kan usaha bersamanya di Tokyo, Brussels, Geneva dan Washington untuk m~ndapat sokongan negara­negara ketiga bagi mencapai matlamat ke arab perdagangan yang betul-betul bebas dari apa-apa sekatan dan ke­tnudahan pasaran untuk eksport ba­rangan tropika dalam Rundingan Per­dagangan Pelbagai Hala Pusingan Uruguay.

Mesywuat Menteri-menteri Luar ASEAN ini juga telah menandatangani Deklarasi mengenai Kemajuan Kaum Wanita di rantau ASEAN.

Menteri-Menteri Luar ASEAN telah juga bertemu dengan Menteri-Menteri Luar Negara-Negara Dialog ASEAN dan membincangkan isu-isu politik dan ekonomi antarabangasa yang me­libatkan kepentingan bersama. Me­ngenai hal-hal politik, pertemuan itu membincangklan isu Kampuchea, masalah pelarian Indochina, Afgha­nistan, hubungan Timur-Barat, ke­adaan di Asia Barat, keganasan an­tarabangsa dan kerjasama antara­bangsa mengenai pencegahan dan penyalahgunaan dadah. Dalam isu mengenai Kampuchea, Jepun telah menyatakan kesediaan mereka untuk membiayai sepasukan tentera penga­man antarabangsa di Kampuchea.

ASEAN juga mengambil kesem­patan di Persidangan itu untuk me­ngulangi rasa kebimbangannya ter­hadap kenaikan nilai matawang Yen yang mendadak. Oleh itu Asean telah menggesa Jepun untuk membantu negara-negara ASEAN dalam usaha untuk mengurangkan beban yang di­sebabkan oleh kenaikan Yen.

Di Persidangan itu juga ASEAN telah menandatangani Memorandum Persefahaman Bagi Fasa II Program Kerjasama Ekonomi ASEAN-Aus­ralia dan Memorandum Persefahaman Bagi Fasa II Program Lepastuai Bijirin ASEAN-Kanada.

DOKTOR/QOKTORPAKAR DI HOSPITAL- KEKURANGAN

43. Puan Noraini binti Haji Beluah minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) adakah benar kekurangan dok­tor-doktor dan doktor-doktor pakar yang berlaku sekarang ini di Hospital-hospital Kerajaan disebabkan gaji yang mereka terima tidak memuaskan, me­nyebab~an perletaan jawatan berlaku; dan

(b) jika benar, apakah tindakan pihak Kerajaan bagi mengatasi perkara ini.

Dato' K. Pathmanaban: Tanggagaji doktor-doktor dan doktor-doktor pakar di Hospital-Hospitak Kerajaan adalah ditetapkan di atas dasar dan prinsip gaji di sektor perkhidmatan awam pada keseluruhannya. Kemen­terian berpendapat bahawa tanggagaji sekarang adalah lebih menarik jika dibandingkan dengan tanggagaji bagi jawatan-jawatari lain. Di samping itu, merek~ juga diberi beberapa ke­mudahan-kemudahan sebagai galakan kepada mereka untuk terus berkhid­mat dengan Kerajaan. Diantara ialah:

(1) Memberi kenaikat pangkat dari Tingkatan Biasa ke Tingkatan Kanan secara automatik bagi pegawai-pegawai perubatan yang telah berkhidmat selama S tahun dan memenuhi syarat­syarat perkhidmatan.

(2) Memberi hadiah dua kenaikan matagaji apabila lulus ijazah kepakaran.

(3) Memberi Elaun Pakar di antara $600.00 hingga $1600~00 se­bulan bagi Doktor Pakar.

(4) Memberi kemudahan Cuti Be­lajar bagi mengikuti Ijazah Lanjutan di dalam atau di luar negeri.

Page 37: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1945 13 JULAI 1988 1946

PENEROKA RISDAIFELDA/ FELCRA - PENGGADIAN

TANAH

44. Datuk Haji Abu Bakar Lajim minta Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah menyatakan ba­gaimanakah boleh terjadinya pen­jualan dan penggadaian tanah di kalangan peneroka-peneroka rancangan tanah RISDA, FELDA dan FELCRA sebagaimana dilaporkan baru-baru ini, yang dikatakan melibatkan hampir 35,000 hektar tanah. Apakah tindakan agensi-agensi berkenaan kepada peneroka-peneroka yang terlibat dan apakah usaha-usaha Kerajaan mengatasi masalah tersebut.

59. Dato' Haji Zakaria bin Haji Yahya minta Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah menyatakan berkenaan dengan dakwaan lebih kurang 35,000 hektar tanah di bawah rancangan FELDA, RISDA dan FELCRA yang telah bertukar hakmilik sama ada secara dijual, gadai ataupun dipajakkan oleh pemilik asal. Jika benar, apakah sebab perkara seperti itu boleh berlaku dan apa pula tindakan Kementerian untuk mengambilalih semula tanah-tanah yang berkenaan.

15.7.88

24. Puan Rokiah binti Zainuddin min­ta Menteri Kemajuan Tanah dan Kema­juan Wilayah menyatakan:

(a) sarna ada benar bahawa terdapat peneroka-peneroka tanah ran­cangan RISDA, FELDA, dan FELCRA telah menggadai tanah mereka kepada orang asing, sudahkah siasatan dibuat punca mengapa perkara ini berlaku; dan

(b) jika benar, apakah usaha Kera­jaari untuk mengambil balik tanah yang digadai itu.

Tuan Adam bin Mohd Kadir: Saya mohon keizinan untuk menjawab soalan-soalan Y.B. Senator Datuk Haji Abu Bakar Lajim - 13.7.88, Y.B. Senator Dato' Haji Zakaria bin Haji Yahaya - 13.7.88 dan Y.B. Puan Rokiah bt. Zainuddin - 15.7.88 bersama-sama memandangkan bahawa soalan-soalan ini mempunyai maksud yang sama.

Mengenai dakwaan seperti yang dinyatakan dalam soalan-soalan ini, araban telah pun diberi kepada FELDA dan RISDA untuk membuat penyiasatan yang menyeluruh bersama­sama dengan Jabatan-jabatan Tanah Negeri-negeri dalam Malaysia. Bagi rancangan tanah yang dikendalikan oleh FELDA, tanah Kerajaan telah dimajukan dan dimasukkan peneroka. Tanah-tanah yang diberikan kepada peneroka di bawah sistem hakinili~ individu dan kelompok dikenakan sekatan oleh Kerajaan Negeri. Pemindahan hakmilik, cagaran, sewaan dan lain-lain urusniaga hanya dibenarkan selepas mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri. Begitu juga kaedahnya bagi tanah Kerajaan yang dimajukan oleh FELCRA untuk peneroka.

Keadaannya yang berbeza terdapat di RISDA di mana tanah yang dimajukan adalah tanah hakmilik pekebun kecil itu sendiri. RISDA hanya bertang­gungjawab untuk membantu pekebun­pekebun kecil di dalam program tanam semula getah dan lain-lain tanaman dan juga menjalankan akti­viti-aktiviti sampingan. Sehubungan dengan itu, keadaan sebaliknya berlaku di mana pekebun-pekebun kecil ini boleh menjual, memajak atau menggadai tanah hakmilik mereka. Namun demikian bagi tanah milik yang dimajukan secara in-situ oleh RISDA dan FELCRA di bawah sistem mini estet dikenakan syarat sekatan urusniaga dalam bentuk surat perjanjian yang ditandatangani di antara tuan tanah dan

Page 38: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1947 13 JULAI 1988 1948

RISDA/FELCRA, di mana peserta­peserta rancangan Mini Estet ini tidilk boleh menggadai, menjual dan memindah milik selagi tidak mendapat persetujuan dari pihak berkenaan (RISDA/FELCRA).

Bagi kes tanah-tanah yang mempunyai halangan urusniaga melalui surat perjanjian di antara RISDA/FELCRA dengan pemilik tanah rancangan mini estet, sehingga kini Kementerian belum ada menerima maklumat tentang kes atau permohonan untuk menjalankan urusniaga. Bagi tanah yang tiada mempunyai ikatan dalam bentuk surat perjanjian yang menerima bantuan tanam semula pemilik tanah adalah bebas untuk mengadakan urusniaga seperti pemilik tanah lain.

Mengikut siasatan yang dibuat setakat ini, ada 43 kes permohonan di raricangan-rancangan FELDA yang telah mencagarkan tanah kepda bank untuk mendapatkan pmjaman. Daripada bilangan kes ini, 20 permohonan untuk menggunakan tanah sebagai cagaran telah dibuat melalui FELDA kepada Pejabat Tanah dan yang lainnya diuruskan terus oleh peneroka-peneroka berkenaan dengan Pejabat Tanah tanpa melalui FELDA.

Bagi kes-kes yang mana permohonan untuk mencagarkan tanah dibuat melalui FELDA, sebelum mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri untuk mendapat kelulusan cagaran ini, FELDA telah mempastikan jumlah yang dipinjam adalah di dalam lingkungan kemampuan mereka untuk membayar balik. Kebanyakan daripada permohonan yang dibuat melalui FELDA adalah untuk mendapatkan pinjaman bagi memperbaikilmem­besarkan rumah. Semua bayaran balik pinjaman melalui cagaran bagi kes-kes ini telah pun diselesaikan. Bagi kes-kes yang lain oleh kerana urusan cagaran tidak dibuat melalui FELDA didapati ada sebilangan daripada peneroka yang

terlibat mengalami masalah bayar batik pinjaman kepada bank.

Sebagai pemilik tanah, mereka sendiri perlulah berhati-hati untuk mempastikan bahawa dalam segala urusniaga, hakmilik mereka ke atas tanah berkenaan tidak terlepas kepada pihak lain. Mereka sendiri adalah bertanggungjawab menyelesaikan apa jua akibat daripada urusniaga yang dilakukan ke atas tanah berkenaan.

Kementerian ini akan menghubungi pihak-pihak berkuasa negeri berkenaan untuk mengesyorkan supaya diadakan peraturan yang mensyaratkan bahawa rujukan kepada FELDA untuk pandangan dibuat oleh Pejabat-pejabat Tanah berkenaan terlebih dahulu sebelum permohonan untuk menggunakan tanah sebagai cagaran oleh peneroka diangkat kepada pihak berkuasa negeri untuk diluluskan.

KOPERASI YANG DmATALKAN PENDAFI'ARAN

45. Puan H~Qjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri "Pem­bangunan Negara dan Luar Bandar menyatakan ke tahap manakah konsep 'ERA BARU KOOP' berjaya. Berapakah jumlah koperasi yang telah dibatalkan pendaftarannya dalam tahun 1986 dan 1987.

Setiausaha ParHmen Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (Tuan Mohamed bin Jamrah): 'ERA BARU KOOP' dilancarkan dalam tahun 1982 adalah bertujuan supaya koperasi-koperasi mengemaskinikan akaun mereka bagi membolehkan mesyuarat agong diadakan pada setiap tahun. Sehingga ke hari ini lebih 800Jo koperasi-koperasi yang didaftarkan telah pun mengadakan mesyuarat agong tahunan mereka. Sementara itu kurang daripada 20% koperasi-koperasi tidak dapat mengadakan mesyuarat agong tahunan dan membentangkan akaun­nya. Ini bukan disebabkan oleh

Page 39: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1949 13 JVLAI 1988 1950

keengkaran pihak koperasi tetapi disebabkan oleh kelewatan kerja-kerja pengauditan yang dijalankan oleh juruaudit-juruaudit yang dilantik oleh koperasi berkenaan .. Kebanyakan koperasi yang tidak dapat mengadakan mesyuarat agong dalam tahun 1987 telah pun atau akan mengadakan mesyuarat agongnya dalam tahun ini.

'ERA BARU KOOP' juga telah memperkenalkan 4 jenis koperasi baru iaitu:-

(a) Koperasi Pembangunan Daerah (b) Koperasi Industri Kampung (c) Koperasi Pelaburan Pekerja (d) Koperasi Pembangunan Negara

Hampir semua daerah (79 buah KPD) telah menubuhkan Koperasi Pem­bangunan Daerah (KPD) yang bertu­juan untuk menggembelingkan tenaga penduduk-penduduk tempatan bagi melibatkan diri di dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan di daerah masing-masing. Sementara itu Koperasi Industri Kampung yang menggabungkan pengusaha-pengusaha kraftangan telah ditubuhkan di 36 kawasan. Koperasi Pelaburan Pekerja yang menggalakan pekerja-pekerja sesebuah syarikat membeli atau melabur dalam saham equiti syarikat tempat mereka bekerja telah ditubuhkan dalam 19 buah syarikat. Koperasi Pem bangunan Negara telah menggabungkan lebih 400 buah koperasi dan menjadi pembekal simen dan besi keluli kepada koperasi­koperasi Pembangunan Daerah di sam­ping memasuki tender-tender pembekalan yang dikeluarkan oleh Jabatan-jabatan Kerajaan dan swasta.

Koperasi yang telah dibatalkan pen­daftaran adalah sebanyak 15 buah dalam tahun 1986 dan sebanyak 21 buah dalam tahun 1987.

PmG SEKOLAH..SEKOLAH

46. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Pendidikan

menyatakan berapa peratuskah keber­kesanan PIBG sekolah-sekolah di seluruh negara. Adakah sekolah­sekolah tanpa PIBG masa kini. Adakah sekolah-sekolah pasang siap masih wujud.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada amnya PIBG telah banyak memberi sumbangan dalam memajukan sekolah­sekolah di seluruh negara. Sungguhpun begitu, terdapat juga sebilangan kecil PIBG yang tidak aktif. Adalah sukar diukur dari segi peratus keberkesanan PIBG sekolah kerana ia terlalu sub­jektif. Adalah menjadi dasar Kemen­terian Pendidikan menggalakkan PIBG berfungsi di sekolah-sekolah dalam kegiatan yang telah digariskan.

Pada masa ini tidak ada sekolah­sekolah bantuan penuh tanpa PIBG. Mengikut "Kaedah-kaedah PIBG 1973", semua sekolah bantuan penuh dikehendaki menubuhkan PIBG di sekolah masing-masing.

Kementerian Pendidikan tidak lagi meneruskan pembinaan sekolah-sekolah pasang siap.

GURU DAN SISWAZAH PENGANGGUR - BILANGAN

47. Dr. Ng Khek Kiung minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(i) anggaran bilangan guru yang diperlukan bagi sekolah reo­dab dan menengah pada tahun 1989;

(ii) adakah Kementerian mem­punyai sebarang rancangan untuk mengambil siswazah­siswazah yang menganggur sebagai guru sementara atau tetap; dan

(iii) jika ya, berapakah perbelan­jaan dikenakan untuk ran­cangan tersebut.

Page 40: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1951 13 JULAI 1988 1952

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Abli Yang Berbormat,

(i) Anggaran bilangan guru yang diperlukan bagi tabun 1989 di sekolab rendab adalab seramai 111,645 orang dan sekolab menengah pula seramai 61,397 orang.

(ii) Siswazab menganggur yang mempunyai pengkhususan mata pelajaran yang sesuai dan tidak dapat diisi oleb guru-guru siswazab terlatib akan dipertimbangkan untuk mengisi kekosongan buat se­mentara waktu sehingga guru­guru siswazab yang terlatib diperolebi.

(iii) Perbelanjaan yang dikenakan untuk rancangan tersebut ada­lab bergantung kepada jumlab dan pengambilan mengikut tahun tertentu. Oleb itu per­belanjaan sebenar adalab su­kar ditentukan.

PEGA WAI PENJARA MENYELUDUP DADAH

48. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah basil siasatan yang melibatkan kakitangan atau pegawai penjara menyeludup dadab ke dalam penjara:

(a) jumlah pegawai yang terlibat mengikut pangkat; dan

(b) jenis dadah yang mudab di­seludup.

Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad: Soalan Yang Berbormat ini telahpun saya jawab sama-sama dengan soalan No. 2 dari YB. Puan Rokiab binti Zainudin pada 12.7.1988. Oleh itu saya tidaklab bercadang untuk mem­buat apa-apa jawapan tam baban.

DADAH - PENGUBATAN KAKITANGAN PENJARA

49. Tuan Haji Abdul Manap bin Hashim minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sejauh manakah pihak berkuasa Jabatan Penjara mengambil tindakan terhadap kakitangan penjara yang terlibat dengan najis dadah. Apakah jenis tindakan yang diambil. Bagaimana pula langkab-langkab yang diambil bagi me11gatasi masalah ini supaya tidak berulang.

Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad: Soalan Yang Berbormat ini telahpun saya jawab bersama dengan soalan No. 2 dari YB. Puan Rokiah bin­ti Zainudin pada 12.7.1988. Oleb itu saya tidaklah bercadang untuk mem­buat apa-apa jawapan tambaban.

JA WAPAN SOALAN MULUT DALAM DEWAN NEGARA

50. Tuan Koh Im Pin minta Perdana Menteri menyatakan adakah tindakan akan diambil jikalau Menteri yang berkenaan tidak badir di Dewan Negara untuk menjawab soalan-soalan yang ditanyakan.

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Jawapan-jawapan kepada soalan mulut dalam Dewan Negara boleh dijawab sama ada oleh Menteri, Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen. Memanglab menjadi tang­gungjawab Menteri itu sendiri untuk menjawab satu-satu soalan yang ditu­jukan kepadanya. Tetapi dalam ke­adaan di mana Menteri itu tidak dapat badir di Dewan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, jawapan itu ter­paksalah diserahkan kepada Tim balan Menteri atau Setiausaha Parlimen di Kementeriannya atau dari Kementerian lain.

Bagi soalan bertulis pula, ·jawapan yang diberi adalah atas nama Menteri berkenaan.

Page 41: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1953 13 JULAI 1988 1954

Peraturan yang sam a juga diamalkan di Dewan Rakyat dan Kerajaan adalah berpuas hati dengan amalan ini.

BAHASA BAKU - PENGGUNAAN

51. Puan Habidab binti Jusoh minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah Kerajaan yang mengarahkan semua Agensi-agensi Kerajaan dan Badan-badan Berkanun mengamalkan Bahasa Baku, bilakah penguatkuasaan itu akan dilakukan.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, se­takat ini Kerajaan telah merestui pe­laksanaan penggunaan sebutan baku secara menyeluruh dalam proses penga­jaran dan pero belajaran serta dalam aspek komunikasi rasmi pendidikan. Pelaksanaan penggunaan sebutan baku dalam pendidikan ini dibuat ber­dasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada bulan Januari 1988. Kerajaan juga telah menetapkan supaya Radio dan Televi­syen Malaysia melaksanakan penggu­naan sebutan baku dengan sedikit kelonggaran khusus.

Sehingga kini, tidak ada ketetapan yang dibuat oleh Kerajaan berhubung dengan penggunaan sebutan baku di sektor Kerajaan yang lain, tetapi Kera­jaan sentiasa menggalakkan pihak awam di semua peringkat seperti di Kementerian, negeri, badan berkanun dan pihak penguasa tempatan meng­gunakan sebutan baku dalam semua urusan dan komunikasi rasmi. Penggu­naan sebutan baku secara menyeluruh oleh semua sektor Kerajaan dan swasta akan dipertimbangkan apabila kita sudah bersedia melaksanakannya.

KWSP - PENYELEWENGAN

Sl. Puan Ainon Ariffin minta Menteri Kewangan menyatakan apakah tin­dakan dan langkah-langkah peng­awasan yang telah diluluskan bagi mengatasi penyelewengan di KWSP

terutama dalam pengeluaran wang oleh Pencarum dan Pemaju Perumahan yang berlaku berleluasa itu.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Pertanyaan Ahli Yang Berhormat telahpun dijawab semasa saya men­jawab pertanyaan Y.B. Tuan Tan Chai Ho pada 11.7.1988. 0 leh itu saya tidak bercadang mengulangi jawapannya.

JABATAN PENUNTUT MALAYSIA DI l,ONDON -

RUNGUTAN PELAJAR

53. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah benar sikap ne­gatif para Pegawai Jabatan Penuntut Malaysia di London mem buatkan ramai pelajar tidak puashati:

(a) kalau benar apakah langkah Kerajaan bagi mengatasinya; dan

(b) kalau tidak benar, kenapa tim­but masalah ini.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(a) Adalah tidak benar dakwaan yang menyatakan pegawai­pegawai di Jabatan Penuntut Malaysia London bersikap ne­gatif terhadap pelajar-pelajar. Sebenarnya Jabatan ini ber­tanggungjawab dalam meng­uruskan hal ehwal penuntut seperti menguruskan penem­patan mereka ke instituiii pen­didikan, bimbingan, kaunse­ling, pengawasan akademik serta perkara yang berkaitan dengan kebajikan am.

(b) Walau bagaimanapun mungkin timbul perkara yang tidak me­muaskan di kalangan beberapa orang penuntut atas sebab­sebab yang tidak disengajakan. Adalah m ustahil bagi jabatan

Page 42: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1955 13 JULAI 1988 1956

ini dapat mem berikan kepuasan sepenuhnya kepada setiap pela­jar untuk mengatasi kesulitan mereka. Haruslah difahami salah satu tujuan utama pelajar­pelajar dihantar ke luar negeri adalah untuk mem bolehkan mereka belajar berdikari. Tu­juan ini tidak akan tercapai sekiranya di dalam semua per­kara mereka mengharapkan bantuan dari Jabatan ini.

PEJABAT JPJ DI KOTA TINGGI

54. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Pengangkutan menyatakan memandangkan Daerah Kota Tinggi merupakan salah sebuah Daerah yang besar di negeri Johor meliputi daerah kecil Pengerang, bilakah Pejabat Pengangkutan Jalrui (JP J) diadakan di Kota Tinggi termasuk pusat ujian memandu sekali.

Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail: Kementerian Pengangkutan telah merancang untuk membuka sebuah pejabat JP J di daerah Kota Tinggi dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima tetapi keadaan ekonomi tidak mengizinkan pada masa ini. Walau bagaimanapun, sekiranya peruntukan diperolehi, Kementerian akan membuka pejabat JP J di daerah tersebut di bawah Rancangan Malaysia Keenam.

RAMPASAN PITA VIDEO

55. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah bilangan rampasan pita video lucah sejak tahun 1985 hingga bulan Mei 1988, dan berapa ramaikah orang yang terbabit ditangkap atau didenda bersabit dengan kesalahan tersebut.

Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad: Bilangan pita-pita video lucah yang telah dirampas sejak tahun

1985 hingga Mei 1988 adalah seperti berikut:

1985 1986 1987 1988

(Hingga Mei)

- 187 - 369 - 183 - 294

Bilangan orang yang ditangkap ialah:-

1985 - 8 1986 - 28 1987 - 16 1988 - 21

Bilangan yang didenda pula iaitu kes­kes yang telah selesai di Mahkamah iaitu:-

1985 - 8 1986 - 28 1987 - 12

Sebahagian dari tangkapan pada 1987 dan 1988, kes-kes tersebut sedang diuruskan oleh Mahkamah.

SENJATAPI/DADAHIBERAS -PENYELUDUPAN

56. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah langkah-langkah yang Kerajaan telah ambil untuk menahan pengaliran senjata-senjata api dan dadah serta ker­ja penyeludup-penyeludup beras daripada negeri Thai ke Malaysia melalui sempadan.

Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara langkah-langkah Kerajaan untuk menahan pengaliran senjatapi dan dadah serta kerja penyeludupan beras daripada negeri Thai ke Malaysia ialah:-

(i) Pembinaan sebuah pasar se­tinggi 8 kaki dan sepanjang 52.8 km dari Bukit Khun Chu (2.5 km Barat Daya Padang Besar) hingga ke Bukit Tangga

Page 43: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1957 13 JULAI 1988 1958

(11.5 km ke Timur Changloon, di Kedah).

(ii) Satu tembok sempadan 8 kaki tinggi dan 1 kaki tebal dengan kawat berduri telah dibina di sepanjang 4. 8 km di Padang Besar. Tembok tersebut her­mula dari Bukit Khun Chu hingga ke pintu masuk pejalan kaki di Padang Besar dan disambung semula ke Kam­pung Melayu Oebih kurang 1.6 km ke Timur).

(iii) Terdapat 63 unit UPU (Unit Pencegah Penyeludupan) telah ditubuhkan terdiri kaki­tangan daripada Jabatan Kastam dan Eksais, Lembaga Padi dan Beras Negara, Ja­batan Imigresen dan Jabatan Polis Di Raja yang ditugaskan mencegah penyeludupan di­tempatkan di kawasan se­panjang sem pad an.

(iv) Terdapat 11 unit UKK (Unit Kawalan Kawasan) berope­rasi di sepanjang sempadan Thailand. Unit ini adalah tam­bahan kepada Unit Pen­cegah Penyeludupan yang bertugas meronda mencegah penyeludupan dan pemerik­saan di kawasan pendalaman.

(v) Pihak Polis juga turut terlibat menjalankan pemeriksaan dan mengadakan sekatan jalanraya yang menghubungi pintu masuk ke Thailand untuk mencegah dan menge­san kemasuka:n senjatapi, dadah dan beras ke negara ini.

(vi) Pasukan Polis Hutan telah turut ditempatkan di Sem­padan Rantau Panjang dan Golok di Kelantan bagi mem­bantu memerangi kejadian penyeludupan.

(vii) Pada tahun 1987 alat-alat pengesan seperti Hand held detector, X-Ray Scanning machine and Pulsed Metal Detector Gate telah ditempat­kan di 6 pusat keluar masuk utama di sepanjang sem­padan.

BARANGAN EKSPORT NEGARA

59. Tuan Hassan Harun minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan keyakinan beliau tentang keupayaan Malaysia dalam persaingan pemasaran antarabangsa; dan se­jauh mana 'Shogo Shosha' anjuran Kerajaan mencapai matlamatnya dalam konteks ini.

Dato' Kok Wee Kiat: Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, barangan eksport negara pada masa ini adalah lebih · bersaing di pasaran an­tarabangsa. Peningkatan tahap persaingan barangan eksport negara adalah disebabkan oleh faktor-faktor seperti pembaikan pengurusan pengeluaran, pencapaian kecekapan kos, peningkatan mutu pengeluaran per­mintaan luar yang kukuh dan juga faktor peningkatan nilai matawang asing negara-negara seperti Jepun, Ger­man Barat, United Kingdom, Singapura, Taiwan dan Korea Selatan yang menyebabkan barangan keluaran­nya kurang bersaing.

Oleh kerana sebab-sebab yang ter­masuk masalah pengurusan, syarikat­syarikat 'sogoshosha' tidak menunjuk­kan prestasi sebagaimana yang diharap­harapkan. Walau bagai­manapun, ini tidak menjejaskan prestasi sektor eksport negara. Keseluruhan eksport negara telah mencapai prestasi yang cemerlang pada tahun 1987 di mana nilainya adalah berjumlah $45.2 billion ringgit her banding dengan 35.7 billion ringgit dalam tahun 1986. Ini adalah peningkatan sebanyak 26.50Jo. Sektor eksport dalam suku tahun per­tama 1988 terus menunjukkan prestasi

Page 44: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1959 13 JULAI 1988 1960

yang cemerlang. Nilai yang dicatat adalah 16.89 billion ringgit iaitu meningkat sebanyak 27 :8o/o jika diban­ding dengan tempoh yang sama pada tahun 1987.

(Soa/an No. 58. Si/a lihat jawapan No. 36 pada 14.7.88)

(Soalan No. 59. Si/a /ihat jawapan No. 44)

AHU POLITIK SABAH -SIASATAN JABATAN HASIL

DALAM NEGERI

60. Tuan Lim Heng Tee minta Menteri Kewangan menyatakan memandangkan Jabatan Hasil Dalam Negeri baru-baru ini telah menjalankan siasatan terhadap beberapa ahli Kerajaan dan parti politik di Sabah, adakah menjadi amalan biasa Jabatan tersebut untuk menjalankan siasatannya dengan publiSiti sedemikian.

61. Tuan Lim Heng Tee minta Menteri Kewangan menyatakan adakah benar bahawa dalam siasatan yang dibuat oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri di Sabah baru-baru ini, hanya pemimpin­pemimpin daripada satu parti politik tertentu terlibat. Adakah ini bermakna bahawa hanya pemimpin-pemimpin parti politik ini sahaja yang disyaki terlibat dengan korapsi atau pelakuan pengelakan bayaran cukai pendapatan, semasa pemimpin-pemimpin parti politik lain tidak. Adakah pemimpin­pemimpin parti politik lain diambil tin­dakan sedemikian.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Izinkan saya menjawab kedua-dua soalan yang dibangkitkan oleh Y.B. Tuan Lim Heng Tee pada hari ini mengenai penyiasatan oleh pegawai­pegawai Jabatan Hasil Dalam Negeri ke atas ahli-ahli politik Sabah.

Sukacita saya memaklumkan bahawa bukanlah menjadi amalan Jabatan Hasil Dalam Negeri untuk membuat publisiti ke atas sesuatu penyiasatan cukai yang

dijalankannya. Penyiasatan sedemikian hanya diketahui oleh pembayar cukai berkenaan dan pihak Jabatan, melainkan pembayar cukai mem­beritahu perkara tersebut kepada orang awam. Selain dari itu ingin saya memaklumkan bahawa adalah tidak benar bahawa siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri itu ter­tumpu kepada pe:mimpin-pemimpin dari satu parti politik tertentu sahaja. Penyiasatan cukai dilakukan ke atas mana-mana pembayar cukai yang disyaki mengelakkan cukai tanpa mengira perhubungan politik mereka.

PERATURAN PEPERIKSAAN SRP

62. Dr Tan Chong Keng minta Menteri Pendidikan ·menyatakan mengapa murid-murid dari sekolah menengah persendirian yang tidak mengikuti kur­sus kelas peralihan sekolah menengah TIDAK dibenarkan didaftarkan sebagai cal on peperiksaan S.R.P. walaupun mereka telah masuk Tingkatan Tiga.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mengikut peraturan peperiksaan SRP yang sedang berkuatkuasa sekarang, murid-murid sekolah menengah persen­dirian adalah diterima untuk pendaf­taran peperiksaan SRP dengan syarat berikut:

(i) Murid Tingkatan III atau yang lebih tinggi, yang telah mengikuti Kursus Pengajian dengan perantaraan Bahasa Malaysia dari Sekolah Me­nengah Persendirian.

(ii) Murid Tingkatan III atau yang lebih tinggi, dari Sekolah Menengah Persendiriari yang bahasa pengantarnya bukan Bahasa Malaysia, tetapi de­ngan tambahan setahun lagi mengikuti ajaran khas menge­nai Bahasa Malaysia sebagai persediaan memasuki peperik­saan ini.

Page 45: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1961 13 JULAI 1988 1962

Oleh itu murid-m urid dari sekolah menengah persendirian yang hanya belajar selama tiga tahun tanpa mengikuti pelajaran kelas peralihan sekolah menengah tidak dibenarkan mendaftar sebagai calon peperiksaan SRP kerana tidak memenuhi syarat­syarat yang tersebut di atas.

TINGKATAN ENAM- SYARAT MASUK

63. Dr Tan Chong Keng minta Menteri Pendidikan menyatakan syarat-syarat yang dikehendaki untuk seorang pela­jar lulusan SPM diterima ke dalam Tingkatan Enam Sekolah Kerajaan. Sila nyatakan matapelajaran-matapelajaran yang diam bilkira untuk (a) pelajaran aliran sains, (b) pelajaran aliran sastera.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, syarat-syarat kemasukan ke Tingkatan Enam 1988 adalah seperti berikut:

(i) Lulus SPM dengan sekurang­kurangnya tiga kepujian ter­masuk Bahasa Malaysia.

(ii) Agregat untuk tiga mata pelajaran sastera terbaik (tiap-tiap satu dalam kum­pulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan:

(a) Bahasa Malaysia/Bahasa lnggeris/Kesusasteraan Melayu;

(b) Sejarah;

(c) Geografi;

(d) Perdagangan/Prinsip Akaun

(e) Matematik Moden/Ram­paian Sains/Biologi Ke­manusiaan dan Kemasya­rakatan/Pengetahuan Agama Islam/Pengeta-

huan Agama Islam Tinggi tidak melebihi 12 mata.

Dengan syarat ketiga-tiga mata pelajaran di atas mesti­lah tidak melebih 15 mata.

Agregat untuk tiga mata pelajaran sains terbaik (tiap­tiap satu dalam kumpulan yang berlainan dari kum­pulan-kumpulan:

(a) Matematik Moden/Mate­matik Tambahan;

(b) Fizik;

(c) Kimia;

(d) Biologi;

(e) Mata Pelajaran Teknik

Dengan syarat ketiga-tiga mata pelajaran di atas mesti­lah tidak melebih 15 mata.

(iii) Umur tidak melebihi 19 tahun p_ada 1 Januari, 1988.

TONG PLASTIK IMPORT IKAN

64. Puan Rokiah binti Zainuddin min­ta Menteri Pertanian menyatakan bila agaknya penggunaan tong plastik bagi mengimport ikan ke negara kita dikuatkuasakan. Bagaimana reaksi pengusaha-pengusaha ikan kepada syarat ini - sebaliknya apakah keun­tungan yang dapat kita perolehi melalui penguatkuasaan penggunaan tong plastik ini.

14.7.88

17. Puan HIQjab Rosnab bint1 Haji Mobd. Salleb minta Menteri Pertanian menyatakan berapa peratuskah penggu­naan kotak plastik diamalkan oleh peniaga ikan dalam negara kita. Adakah projek ini berjaya. Jika · gagal apakah faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan.

Page 46: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1963 13 JULAI 1988 1964

14.7.88

41. Dr. Tan Chong Keng minta Menteri Pertanian menyatakan selepas bekas plastik digunakan untuk semua pengim­port ikan dari Thailand, bagaimanakah sambutan pengeksport ikan Thailand dan pengimpoit ikrui Malaysia dan adakah harga ikan naik kerana amalan menggunakan bekas plastik ini.

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Saya ingin menjawab soalan ini bersama­sama dengan soalan Y.B. Dr. Tan Chong Keng dan Y.B. Puan Hajjab Rosnah binti Haji Mohd Salleh pada 14hb Julai, 1988 kerana ketiga-tiga so~lan tetsebut melibatkan perkara )'ang sam a ..

(i) Keuntungan yang bo/eh di­perolehi melalui penguat­kuasaan penggunaan peti plastik.

Peraturan penggunaan peti plastik untuk ikan basah yang diimport. telah dibuat berdasarkan beberapa faedab yang boleh diperolehi dengan penguatkuasaannya, seperti:

(a) penggunaan peti plastik boleh menolong ke arab mencegab penyeludupan senjatapi;

(b) penggunaan peti plastik juga boleh menjamin pengguna mendapat be­kalan yang segar dan selamat;

(c) ia akan mem udahkan pengutipan statistik oleh agensi kerajaan; dan

(d) ia boleh mengurangkan kos pengurusan pember­sihan pasar-pasar borong dan runcit.

(ii) Sambutan pengeksport ikan Thailand dan pengimport ikan Malaysia ke atas peng­gunaan peti plastik.

Penguatkuasaan peraturan penggunaan kotak plastik untuk ikan-ikan basah yang diimport telabpun dilaksana­kan mulai 1-7-88. Sehingga IOhb Julai, 1988 sebanyak 79,679. biji kotak plastik telah digunakan untuk membawa masuk sejumlab 2369.51 tan metrik ikan basah melalui dua pintu masuk utama Ma­laysia - Thailand iaitu Bukit Kayu Hitam di Kedab dan di Pengkalan Kubur di Kelantan. Peratus penggunaan kotak plastik untuk mengimport ikan basah khususnya dari Thailand ialah 99 .90Jo. Hanya satu percubaan menggunakan. 1 biji kotak kayu telab di­kesan pada lhb Julai, 1988 melalui Bukit Kayu Hitam di Kedah.

Berdasarkan kepada peng­gunaan sehingga hari ini, sambutan pengeksport ikan Thailand dan pengimport ikan Malaysia adalab lebih dari memuaskan. Boleh di­katakan 100% dari peng­eksport Thailand dan juga 100% pengimport Malaysia telah menggunakan peti plastik untuk membekalkan ikan basah dari Thailand ke Ma­laysia. Bagaimanapun pada masa ini terdapat rungutan daripada peng~port bahawa ikan-ikan bersaiz besar ter­utamanya ikan kurau, ikan pari, ikan tenggiri dan ikan kerapu besar sukar hendak dim uatkan ke dalam peti yang ada. Dianggarkan sebanyak 6% dari ikan basah yang diimport dari Thailand ada­lab bersaiz besar. Kerajaan

Page 47: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

...

1965 13 JULAI 1988 1966

telahpun meluluskan peng­gunaan peti plastik bersaiz besar semenjak dari bulan Januari lagi, tetapi salah sebuah syarikat tempatan telah menghadapi masalah untuk mem bekalkan peti bersaiz ini yang betul-betul sesuai.

(iii) Kenaikan harga ikan kerana amalan menggunakan peti plastik.

Penggunaan kotak J)lastik untuk ikan-ikan import tidak memberikan kesan ke atas harga-harga jualan ikan di negara ini. Sebaliknya peng­gunaan kotak plasti"k untuk masa jangka panjang boleh menjimatkan kos pembung­kusan. Kecuali di negeri Kelantan, dari lhb-lOhb Julai, 1988 tidak berlaku kenaikan harga ikan yang mendadak di pasar-pasar tempatan oleh kerana peng­gunaan kotak plastik.

Bagaimanapun di negeri Kelantan, dari Ihb - IOhb 3hb. Julai, 1988 kenaikan harga ikan di antara 5007o -75% telah berlaku oleh kerana pengimport-pengimport tem­patan telah memberhentikan import ikan basah pada tarikh-tarikh tersebut.

Kenaikan harga ini juga berlaku oleh kerana pada tarikh-tarikh tersebut di negeri-negeri Pantai Tim ur menghadapi musim bulan terang dan · ramai nelayan­nelayan tidak menangkap ikan.

Harga ikan di negeri Kelantan telah pulih seperti biasa apa­bila pengimport-pengimport tempatan mula mengimport

semula ikan dari Thailand dan juga kerana nelayan­nelayan tempatan telah mula keluar menangkap ikan kerana berakhirnya musim bulan terang.

Berdasarkan import ikan basah untuk suku tahun pertama 1988 dari Thailand, pada puratanya Semenanjung Ma­laysia mengimport lebih kurang 319 tan metrik ikan basah se­tiap hari. Sebelum penggunaan peti plastik .dianggarkan di antara 100 hingga 300 tan metrik ikan basah masuk me­lalui Bukit Kayu Hitam Kedah dan di antara 30 hingga 90 tan metrik masuk setiap hari melalui Pengkalan Kubur di Kelantan. Purata kemasukan melalui Bukit Kayu Hitam selepas penggunaan peti plastik ialah 207 tan metrik setiap hari, satu angka yang biasa. Begitu juga dengan Pengkalan Kubur, kemasukan ikan basah setiap hari selepas penggunaan peti plastik ialah lebih kurang 50 tan metrik, juga satu angka kemasukan yang biasa. Purata kemasukan ini juga menunjukkan import ikan dari Thailand .tidak terjejas dengan amalan penggunaan peti plastik. Selanjutnya ini telah menyebabkan tidak terjadi kejadian kekurangan bekalan ikan yang boleh menaikkan harga ikan kepada pengguna.

(iv) Peratus penggunaan peti plastik.

Sehingga IOhb Julai, 1988 hampir 100% pengeksport i kan Thailand telah meng­gunakan peti plastik untuk mengeksport ikan basah ke Semenanjung Malaysia. Peng­gunaan peti plastik oleh

Page 48: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1967 13 JULAI 1988 1968

pengimport-pengimport ikan tempatan juga adaiah lOOOJo.

Adalah juga dianggarkan hampir 440/o daripada ikan­ikan yang dikendalikan di enam buah pasar borong utama di Semenanjung pada masa ini dibekalkan di dalam kotak-kotak plastik.

Penggunaan peti plastik untuk ikan basah yang diimport telahpun berjaya dilaksan:akan mulai I hb Julai, 1988. Peraturan ini juga telah dipatuhi oleh hampir IOOOJo pengeksport ikan Thailand dan pengimport ikan Malaysia.

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN NEGERI SEMBILAN

YANG BARU

65. Tuan Chan Choong Tak meminta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada Kementeriannya ada rancangan untuk mernindahkan Jabatan Pengangkutan Jalan, Negeri Sembilan daripada kawasan sekarang yang tidak begitu sesuai lagi sesak tetapi dengan jagaan bangunan yang baik ke kawasan yang lebih sesuai lagi luas. Sekiranya ada, sila berikan maklumat.

Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail: Kementerian Pengangkutan merhpunyai rancangan untuk membina sebuah pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan yang baru di kawasan seluas 16 ekar di Senawang. Mengikut perancangan, pembinaan pejabat baru ini dijangka dapat dimulakan di pertengahan tahun 1989.

PENANGKAPAN IKAN LAUT DALAM

66. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Menteri Pertanian menyatakan sejak lesen laut dalam dikeluarkan apakah prestasi-prestasi syarikat yang

menjaiankan penangkapan ikan laut dalam. Apakah masalah yang dihadapi.

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Prestasi syarikat yang menjalankan penangkapan adaiah baik. lanya telah memperolehi keuntungan, dan ini adalah satu galakan kepada penerokaan laut dalam yang lebih pesat. Masalah utama yang dihadapi ialah kekurangan pekerja tempatan. Para anak muda yang telah mendapat latihan tidak tahan menceburi dalam perikanan laut dalam. Sikap mereka adalah menjadi masalah utama dalam hal ini.

DISIPLIN MURID SEKOLAH

67. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Menteri Pendidikan menyata­kan:

(a) apakah benar bahawa guru-guru wanita tidak dapat mengawal disiplin murid-murid lelaki di setengah-setengah sekolah menengah. Sekiranya ini benar apakah tindakan Kementerian untuk mengatasinya; dan

(b) antara sekolah luar bandar dan dalam bandar yang manakah banyak masalah disiplin dan mengapa.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(a) Dakwaan bahawa guru wanita tidak dapat mengawal disiplin murid-murid lelaki di setengah Sekolah Menengah adalah tidak benar. Sehingga hari ini Kemen­terian Pendidikan belum pernah menerima sebarang laporan yang menyatakan kelemahan guru wanita dalam mengawal disiplin pelajar.

(b) Setakat ini Kementerian Pendi­dikan belum membuat perban­dingan antara Sekolah di bandar dan di luar bandar mengetahui

Page 49: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

;--

1969 13 JULAI 1988 1970

yang manakah lebih banyak menimbulkan masalah disiplin.

SKIM KEUTAMAAN AM (GSP)­PENGLIBATAN DR V. DAVID

68. Tuan Haji Hamid Araby bin Md. Salih minta Menteri Buruh menyatakan penerangan apakah tindakan yang telah dan akan diambil ke atas Dr V. David, Setiausaha Agung MTUC yang telah beberapa kali membuat penafian dan pengakuan yang memutar-belitkan sem ua pihak dengan penglibatan beliau meminta Persekutuan Buruh dan Kongres Pertubuhan Pekerja Amerika (AFL-CIO) supaya· ditarik batik keistimewaan Skim Keutamaan Am (GSP) kepada Malaysia.

Tuan Lee Kim Sai: Pertanyaan ini telahpun dijawab di Dewan ini semasa menjawab pertanyaan daripada Y.B. Senator Tuan Mohd. Wajdi bin Dato' Haji Ishak pada 12 Julai 1988 dan Kementerian Buruh tiada apa-apa perkara untuk ditambah kepada jawapan yang telah diberi itu.

BANGUNAN SEKOLAH LUAR BANDAR DI SABAH

69. Tuan Pandikar Amin Haji Mulia minta Menteri Pendidikan menyatakan sama ada sedar dengan keadaan bangunan-bangunan sekolah di kawasan luar bandar di Sabah. Sekiranya sedar, kenapakah Keraja~n tidak mengam bil tindakan dengan secep~t mungkin untuk memperbaiki keadaan bangunan-bangunan ini dan menambah kemudahan-kemudahan­nya.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan memang menyedari tentang keadaan bangunan­bangunan sekolah kawasan luar bandar di Sabah. Kementerian Pendidikan memang mengambil berat mengenai hal ini dengan menyediakan peruntukan bagi penyelenggaraan dan memperbaiki

bangunan-bangunan sekolah yang difikirkan perlu.

Mengenai tindakan supaya menyegerakan sekolah-sekolah tersebut adalah tertakluk kepada budibicara Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan jumlah peruntukan yang ada.

PROJEK BELlA NIAGA

70. Tuan Mohd. Wajdi bin Dato' Haji Ishak minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:

(i) sejauh manakah kejayaan dan pencapaian matlamat Kerajaan telah tercapai dalam Konsep Projek Belia Niaga;

(ii) nyatakan peratus projek belia niaga yang telah berjaya dan gagal dan jumlah wang yang terlibat; dan

(iii) sama ada pihak Kerajaan ber­cadang untuk meneruskan konsep projek bella niaga dan memperkenalkan cara-cara yang lebih berkesan. Kalau benar apakah kaedah dan cara supaya apa yang dicita-citakan melalui konsep ini akan dapat dicapai.

Menteri Belia dan Sukan (Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak):

(i) Untuk Projek Belia Niaga kumpulan sasaran yang di­tumpukan ialah belia yang berumur di antara 18-30 tahun dan berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia ke bawah. Berasaskan pencapaian aka­demik yang rendah, mereka perlu dilatih, dibimbing dan dibentuk dengan nilai-nilai keusahawan secukupnya se­belum memulakan projek per­niagaan. Dari kajian susulan yang dibuat menunjukkan se-

Page 50: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1971 13 JULAI 1988 1972

bilangan besar daripada rne­reka telab berjaya dalarn pro­jek yang dijalankan setanding dengan usabawan-usabawan yang lain. Berdasarkan kepada fakta yang disebutkan tadi, jelaslab babawa matlarnat kerajaan ke arab melibatkan golongan belia ke dalarn sektor perriiagaan telab tercapai sekalipun tidak secara 'total' melalui konsep Projek Belia Niaga yang dilaksanakan itu.

(ii) Sernenjak Projek Belia Niaga dilancarkan pada tabun 1976 sebingga kini telah dapat rne­wujudkan sebanyak 1212 pro­jek dan kira-kira 82.30Jo atau sebanyak 998 projek daripada­nya telah rnencapai kejayaan. Jumlab wang yang terlibat dalam pemberian pinjarnan bagi kesernua projek tersebut ialab sebanyak $22,37,8,871.

(iii) Pada tabun 1986 dan 1987 kemudaban pinjarnan di bawah Projek Belia Niaga telab di­bekukan buat sementara ke­rana ketiadaan peruntukan di­sebabkan kelembapan ekonorni dunia yang turut dialami oleb pibak Kerajaan. Walau bagai­rnanapun rnulai tabun ini ianya telah dilancarkan sernula rne­lal ui pem berian pinjaman di bawah Tabung Kumpulanwang Amanah Pembangunan Eko­nomi Belia dengan konsep ke arab melahirkan generasi belia berdikari dan berbudaya­niaga.

Bagi mempastikan konsep ini mencapai matlamat dan ke­jayaan sepenubnya, Kemen­terian Belia dan Sukan telab membuat rancangan pelaksa­naan program jangka panjang merangkumi pendekatan me­nyelurub dengan beberapa kern udahan disediakan sebelum

belia-belia menceburi da!am bidang perniagaan. Kemu­dahan yang dimaksudkan itu ialah:

(a) Menyediakan Kemahiran Vokasional

(b) Menyediakan Latihan Pengurusan Perniagaan

(c) Memberi kemudaban pin­jaman

(d) Memberi Khidmat Perun­dingan dan Bim bing an serta membuat susulan projek.

PEMBASMIAN DADAH

71. Dr. Nordin Selat minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa banyakkah perbelanjaan wang termasuk derma-derma yang telah digunakan un­tuk memerangi dadab. Apakah wang­wang derma itu telah digunakan dengan betul dan baik.

Dato' Seri Dr. Mabatbir bin Mobamad: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah wang yang dibelan­jakan oleh agensi-agensi Kerajaan un­tuk memerangi dadah bagi tahun 1986 ialah $54,427,964 dan 1987 ialah $56,363,768. Sementara itu, sejumlah $67,500 telah juga dibelanjakan dalam tahun 1987 daripada Tabung Akaun Amanah Anti Dadah untuk membiayai ~eberapa projek anti dadah.

Bagi pertubuhan bukan Kerajaan pula, pihak PEMADAM telah membelanjakan sejumlah $430,728 dalam tahun 1986 dan $739,031 dalam 1987 untuk melaksanakan kegiatan­kegiatan anti dadah.

Kesemua wang-wang yang dibelan­jakan termasuk wang-wang derma telah digunakan dengan betul sejajar dengan dasar pembasmian dadah Kerajaan. Kerajaan ~ntiasa mernastikan supaya segala program dan aktiviti anti dadah dijalankan dengan baik dan teratur.

Page 51: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1973 13 JULAI 1988 1974

BANTUAN PER CAPITA GRANT KEPADA SEKOLAH

72. Tuan G. Rajoo minta Menteri Pen­didikan menyatakan:

(a) sama ada Kerajaan akan meng­kaji semula pemberian bantuan "Per Capita Grant" (PCG) kepada sekolah-sekolah negara ini memandangkan kadar pem­berian yang diamalkan sekarang ditetapkan pada tahun 60an dan kini tidak mencukupi kerana keadaan lnflasi. Jika ya, bila dan jika tidak kenapa; dan

(b) sama ada Kerajaan akan meng­kaji kemungkinan memberi subsidi atau perkhidmatan percuma bagi air dan api ke sekolah-sekolah negara ini.

Tuan Woon See Chin:

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pen­didikan telahpun mengkaji dan meluluskan satu kadar baru pemberian bantuan "Per Capita Grant" (PCG) bagi sekolah­sekolah dalam tahun 1982. Walau bagaimanapun, kadar itu tidak dapat dilaksanakan kerana ianya melibatkan peruntukan kewangan yang besar di sam ping keadaan ekonomi negara yang tidak mengizinkan. Sebenarnya pada masa ini kadar bantuan per kapita yang digunakan adalah berdasarkan peruntukan yang diluluskan dalam. tahun 1973 dan 1974 dan bukannya peruntukan yang diluluskan dalam tahun 60-an seperti yang didakwa oleh Yang Berhormat.

(b) Kementerian Pendidikan telah­pun melaksanakan pemberian subsidi untuk air dan a pi kepada sekolah-sekolah melalui bantuan

· "Lain-lain Perbelanjaan Ber­ulang Tahun" (LPBT).

LEBUHRAYA UTARA..SELATAN - PENGGUNAAN SIMEN

KONKRIT

73. Tuan G. Rajoo minta Menteri Ker­jaraya menyatakan:-

(a) sama ada benar atau tidak Kera­jaan bercadang menggunakan simen bagi Lebuhraya Utara Selatan yang akan dibina tidak lama lagi;

(b) jika benar, di jalan raya mana­kah simen akan digunakan dan panjang jalan raya tersebut;

(c) kos jalan simen berbanding dengan kos jalan raya biasa premix; dan

(d) kepercayaan (reliability) dan ketahanan (durability) jalan raya tersebut berbanding dengan jalan raya biasa.

Tuan Lubat Wan:

(a) Memang benar Kerajaan ber­cadang untuk menggunakan simen konkrit bagi pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan, yang akan dilaksanakan secara penswastaan dan pembinaannya akan dibuat tidak lama lagi.

Dalam perkara ini Kerajaan telah menetapkan bahawa sekurang-kurangnya 30o/o dari­pada panjang keseluruhan lebuhraya yang diswastakan itu akan dibina dengan mengguna­kan jalan simen konkrit.

(b) Diantara lebuhraya yang telah dikenalpasti untuk mengguna­kan simen konkrit ialah Lebuh­raya Baru Lembah Kelang iaitu sepanjang lebih kurang 30 km dan Lebuhraya lpoh - Kuala Lumpur yang panjangnya lebih kurang 150 km. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jalan raya

Page 52: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1975 13 JULAI 1988 1976

menggunakan simen konkrit ini akan dibina di kawasan-kawasan yang sesuai keadaan tanahnya sahaja. Oleh yang demikian, ia tidak dapat dibina di keseluruhan lebuhraya tersebut, khasnya di kawasan tanah yang lem but atau tanah gambut. Sehingga ke hari ini, Lembaga Lebuhraya Malaysia telahpun membina lebuhraya simen konkrit sepanjang 3 kilometer di Lebuhraya Gurun - Alor Setar dan sepanjang 19 kilometer di Lebuhraya Ayer Keroh - Pagoh.

(c) Kos pem binaan jalan simen konkrit adalah lebih kurang 300J'o, lebih tinggi daripada kos pembinaan jalan tar atau premix biasa.

(d) Jalan simen konkrit yang dibina oleh Lem baga Lebuhraya Malaysia adalah direkabentuk supaya tahan selama 40 tahun. Oleh yang demikian, jalan simen konkrit ini sememangnya lebih "reliable" dan tahan jika di­bandingkan dengan jualan tar atau premix yang biasa.

USUL

PEMILIHAN TIMBALAN YANG DI-PERTUA

3.35 ptg.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Kasitah bin Gaddam): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon men­cadangkan bahawa Yang Berhormat Senator Dato' Tan Peng Khoon dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara (Tepuk).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Haji Hussein bin Ahmad): Tuan Yang di­Pertua, saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan Negara mohon menyokong cadangan

yang telah dikemukakan oleh pihak Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tepuk).

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh kerana hanya seorang sahaja Ahli yang dicadangkan dan disokong, maka mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 2 (3) dan dalam Peraturan Mesyuarat 5 (3),saya dengan ini mengisytiharkan dengan rasminya bahawa Yang Berhormat Dato' Tan Peng Khoon dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara ini (Tepuk).

Sekarang dipersilakan Yang Berhor­mat mengambil tempat duduknya sebagai Timbalan Yang di-Pertua di dalam Dewan ini.

(Dengan pemasyhuran Tuan Yang di­Pertua, Yang Berhormat Dato' Tan Peng Khoon dibawa ke tempat duduk Timbo/an Yang di-Pertua oleh Bentara Parlimen)

RANG UNDANG.;UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTANJALAN

(PINDAAN)

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

3.38 ptg.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail): Tuan Yang di Pertua, saya mohon membentangkan Rang Undang­undang yang bernama suatu Akta un­tuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi bacaan kali yang kedua.

Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau Akta No. 333 telahpun diluluskan di Dewan yang mulia ini pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Parlimen Ketujuh yang lalu. Ianya telahpun men­dapat perkenaan Di-Raja dan mula berkuatkuasa pada 1hb Januari, 1988. Pindaan yang dicadangkan pada kali ini

Page 53: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1977 13 JULAI 1988 1978

lebih merupakan kepada perkara­perkara teknikal untuk mengelakkan apa-apa keraguan dalam pentafsiran yang kurang jelas yang didapati di dalam Akta sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, seksyen 2 dipinda dengan memasukkan takrif baru "Akta ini" yang menyatakan secara mutlak semua perundangan sub­sidiari yang dibuat di bawah Akta. Dengan ini sebarang kekeliruan yang tim bul berkaitan dengan peruntukan Akta yang dikatakan terpakai untuk Akta sahaja tetapi tidak meliputi perun­dangan subsidiari akan dapat diatasi. Sebelum ini ramai orang beranggapan bahawa Akta hanya dipakai untuk Akta sahaja. Jika ianya meliputi perun­dangan subsidiari, ianya perlulah dinyatakan. Adalah diharapkan pin­daan yang dibuat ini dapat memberi penjelasan kepada semua pihak mengenai perkara ini.

Seksyen-seksyen 7, 17, 35, 66, 108, 119 dan 125 dipinda dengan memotong perkataan-perkataan "berkaitan dengan apa-apa kaedah yang dibuat di bawah Akta 1987" kerana peruntukan ini telahpun dimasukkan di dalam tafsiran "Akta ini" yang saya nyatakan sebelum ini. Jadi, tak perlulah kita beritahu berulang kali dalam seksyen-seksyen tersebut mengenai perkara Akta juga meliputi kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya. Cukuplah dengan kita memaklumkan sekali sahaja di per­mulaan Akta, tetapi jelas.

Seksyen 66 dan 117 teks Bahasa Kebangsaan Akta ibu dipinda untuk menggantikan perkataan 'Merinyu' dalam subseksyen 1(xi) dengan perka­taan 'lnspektor'. Penggantian ini adalah selaras dengan istilah yang digunakan dalam Akta Tim bang dan Sukat 1972 yang menterjemahkan jawatan "Inspec­tor of Weight and Measure" sebagai "Inspektor Timbang dan Sukat". Istilah yang diguna sebelum ini adalah "Merinyu Tim bang dan Sukat". Perkara ini sebenarnya lebih kurang

sahaja, tetap1 1anya penting diper­jelaskan untuk mengelakkan kekeliruan.

Seksyen 69 merupakan pembetulan kepada kesilapan kecil yang dibuat semasa penggubalan bagi rujuk birai atau dengan izin, marginal reference dalam teks Bahasa Kebangsaan. Ter­jemahan teks diguna dalam Akta 1987 yang belum dipinda adalah "had laju tempatan" bagi "speed limit". Pindaan terjemahan adalah untuk membetul kesilapan yang telah terlepas pandang semasa penyemakan dibuat.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan­pindaan yang telah saya kern ukakan di Dewan yang mulia ini sebenarnya merupakan pindaan-pindaan kecil yang perlu dibuat kepada Akta 1987 untuk mengelakkan kekeliruan dalam memberi tafsiran kepada peruntukan­peruntukan yang terdapat di dalam Akta. Saya ingin memaklumkan di Dewan ini bahawa pindaan-pindaan yang dibuat tidak akan melibatkan Kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Menteri Kerjaraya (Tuan Luhat Wan): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di haCiapan Majlis ialah bahawa Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ada di antara Ahli-ahli Yang Berhormat hendak berucap. Dipersilakan Yang Berhormat Puan Law Jack Yoon.

3.43 ptg.

Puan Law Jack Yoon: Tuan Yang di­Pertua, saya ingin mengambil bahagian

Page 54: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1979 13 JULAI 1988 1980

dalam perbahasan Rang Undang­undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 1988.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita sedia maklum kemalangan jalanraya telah merupakan satu masalah yang semakin serius di negara kita. Banyak nyawa telah kehilangan oleh kerana insiden-insiden kemalangan jalanraya. Kalau bukan kehilangan nyawa kebanyakan mangsa kemalangan juga mengalami kecacatan anggota yang teruk. Manakala mereka yang bernasib baik tidak akan mengalami kecederaan.

Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan kes-kes kemalangan jalanraya yang menjadi-jadi menurut pandangan dan pemerhatian saya adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti yang berikut:

(i) Keadaan jalanray.a yang kurang memuaskan seperti permukaan jalanraya yang berlubang, jalan yang terlalu sempit, jalan yang berliku-liku, permukaan jalan yang kurang rata dan se­bagainya.

(ii) Kekurangan pendidikan yang secara formal atau tidak formal untuk menyedarkan pengguna­pengguna jalanraya tentang langkah-langkah untuk men­jaga keselamatan ataupun ber­sopan santun.

(iii) Kemudahan jalanraya seperti lampu-lampu jalan, lampu isyarat dan papan tanda lalu lintas yang kurang memuaskan.

(iv) Peraturan-peraturan jalanraya yang terlalu longgar dan tidak mencukupi untuk memberi hukuman dan amaran kepada penggunan jalanraya yang lalai.

Tuan Yang di-Pertua, pada pendapat saya langkah-langkah seperti berikut adalah diselaraskan wajar untuk

mengatasi masalah-masalah yang telah dinyatakan sebelum ini. Masalah kea­daan jalanraya yang kurangmemuaskan seperti permukaan jalan yang berlubang yang tidak rata boleh diatasi dengan mengadakan peraturan-peraturan yang ketat apabila menswastakan projek­projek pembinaan jalanraya ditawarkan kepada kontraktor-kontraktor swasta. Kawalan kualiti projek pembinaan jalanraya sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah tersebut.

Pada pandangan saya pendidikan sama da secara formal atau tidak for­mal adalah sangat penting demi melahirkan para pengguna jalanraya yang bersopan santun, bertata susila dan bertanggungjawab. Dengan langkah ini pengetahuan supaya meng­gunakan kern udahan jalanraya secara betul dan menanamkan sifat yang positif dapat dilakukan dengan bantuan alat-alat komunikasi, mass media seperti radio, televisyen, suratkhabar, risalah dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, adalah diper­cayai bahawa di sepanjang jalanraya lampu-lampu jalan, lampu isyarat dan papan tanda lalu lintas amat kekurangan di negara kita. Keadaan ini tidak sahaja menimbulkan ketidak senangan para pengguna jalanraya, malah ia akan mendatangkan bahaya kepada para pengguna jalanraya.

Adalah dirasakan bahawa dengan memperbanyakkan kemudahan­kemudahan tersebut terutamanya di kawasan di mana kesesakan lalu lintas dan kemalangan kerap berlaku pasti boleh mengurangkan kejadian-kejadian kemalangan jalanraya. Jumlah papan tanda dalam bentuk perkataan atau gambaran haruslah diletakkan di kawasan yang strategik di sepanjang lebuhraya, pekan dan bandaraya demi menyedarkan para pemandu untuk memandu secara berhati-hati.

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga menguatkuasakan undang-Undang un-

Page 55: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

--

1981 13 JULAI 1988 1982

tuk mengetatkan lagi peraturan­peraturan jalanraya yang mana dapat, pada pendapat saya harus dipergiatkan untuk mengawal had laju lalu lintas terutamanya di mana kawasan-kawasan yang sering berlaku kemalangan jalanraya. Dengan adanya peraturan yang lebih ketat para pengguna jalanraya juga akan berhati-hati semasa memandu. Maka dengan itu kemalangan jalanraya juga dapat dikurangkan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya ingin menyokong Rang Undang-undang Akta pengangkutan Jalan (Pindaan) 1988. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhor­mat Tuan Haji Syed Abdul Hamid Sagaff.

3.49 ptg.

Tuan Hajl Syed Abdul Hamid bin Sagaff: Tu.an Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana saya di beri peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pengangkutan dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan yang telah dapat melaksanakan Akta Pengangkutan Jalan dengan sempurna dan berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun Jabatan Pengangkutan Jalan dan agensi-agensi penguatkuasaannya diberi kuasa, tetapi saya percaya masih ter­dapat masalah dalam melaksanakan tin­dakan penguatkuasaannya sungguhptin Akta baru ini memberi kuasa yang lebih kepada mereka. Masalah yang dihadapi ialah oleh kerana terdapat dua Akta yang bersaingan yang boleh digunakan oleh agensi-agensi penguatkuasaannya. Yang pertama ialah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan yang keduanya ialah

Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.

Kedua-dua Akta ini merujuk kcpada perundangan subsidiary yang dibuat di bawah Road Transport Ordinance, 1958. Oleh keranaAkta baru dan perun­dangan subsidiarynya yang lama tidak diseragamkam, maka ini akan menim­bulkan masalah melaksanakan penguatkuasaan. Contohnya, Akta Penguatkuasaan Jalan 1987 memperun­tukkan perundangan di mana pemandu­pemandu yang memandu kereta yang mabuk boleh didenda tidak melebihi $2,000 atau penjara selama tidak lebih 6 bulan. Peruntukan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan oleh kerana tidak ada kaedah mengenai proses penguatkuasaan pernafasan bagi orang­orang yang mabuk memandu kereta. Pendek kata, tidak ada kaedah ataupun alat-alat yang boleh mengesahkan si pemabuk.

Tuan Yang di-Pertua, banyak lagi kuasa yang telah diperuntukan seperti pemasangan utilities awam ke jalan­jalan yang ada pada mas~ ini. Masih belum terdapat kaedahnya pada masa ini. Sepatutnya pihak JKR hendaklah mengadakan kaedah atau perundangan subsidiary sejajar dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tuan Yang di-Pertua, untuk mengatasi masalah ini, saya berpen­dapat supaya perundangan subsidiary yang baru dengan kaedah-kaedah yang baru perlu disediakan dengan segera oleh Jabatan yang berkenaan supaya tindakan penguatkuasaan tidak akan bercanggah.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh ten­tang Akta Seksyen 66 dan 117 pindaan perkataan "merinyu" kepada "In­spektor'' adalah tepat dan sesuai dengan Akta Timbang dan Sukat 1972. Dalam mengadakan alat penimbang maka ketentuan hendaklah dibuat supaya lebih banyak lagi alat-alat ini disediakan bagi memudahkan penguatkuasaan di-

Page 56: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1983 13 JULAI 1988 1984

jalankan. Ketentuan hendaklah dibuat supaya alat penim bang ini boleh dikongsi oleh agensi-agensi Kerajaan yang lain yang menjalankan penguatkuasaan tidak sahaja JP J yang mengadakan alat-alat timbang. Sebagaimana yang kita sedia maklum, pihak Polis juga berbuat demikian. Maka satu cara penyelarasan yang boleh dibuat ialah mengadakan titi timbang hanya di Ibupejabat Polis Daerah keran.a ini adalah lebih praktikal, dengan izin, dan boleh digunakan oleh semua agensi-agensi yang lain daripada menjimatkan perbelanjaan wang Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan pan­dangan yang diberikan maka saya dengan ini menyokong pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 supaya diluluskan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhor­mat Puan Habidah binti Jusoh.

3.54 ptg.

Puan Habidah binti Jusoh: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk bersama-sama menyokong Rang Undang-undang bernama satu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan. 1987.

Tuan Yang di-Pertua, tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah mem bentangkan Rang Undang-undang sebentar tadi yang mempunyai tujuan untuk mengkemaskinikan lagi pentadbiran dan perjalanan di Jabatan Pengangkutan Jalan di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pengangkutan sepatutnya mengambil inisiatif untuk memberi kemudahan kepada masyarakat di kampung­kampung dan di desa-desa sesuai dengan pembangunan infrastruktur ataupun kemudahan asas, jalanraya­jalanraya rakyat yang telah ditarkan

yang mana telah berkembang dan ber­cambah di sana sini di kampung­kampung pendalaman yang dahulunya masyarakat kampung menggunakan perahu:perahu kecil untuk datang ke bandar-bandar dan pekan-pekan. Tetapi kini lurah-lurah dan alur-alur sungai telah kering airnya kerana pem­bangunan perkampungan FELDA, FELCRA KETENGAH dan sebagainya. Dengan adanya jalan-jalan di kampung-kampung maka masyarakat kampung terpaksa berjalan berbatu-batu untuk sampai ke destinasi ataupun ke tempat-tempat menunggu bas-bas di tepi-tepi jalan besar.

Tuan Yang di-Pertua, kita amat terasa dengan kesulitan masyarakat kampung dengan tiadanya pengangkutan awam yang masuk melalui kampung mereka. Ini juga mem beri peluang kepada teksi-teksi sapu atau kereta-kereta sapu mengam­bil kesempatan kerana kecuaian Kementerian Pengangkutan untuk membuat sesuatu bagi membela nasib masyarakat di desa-desa.

Tuan Yang di-Pertua, disebabkan tiadanya kemudahan-kemudahan pengangkutan awam di kampung­kampung yang berhampiran dengan bandar atau pekan menyebabkan barangan usaha tani, masyarakat desa. ataupun masyarakat kampung tadi tidak dapat dibawa ke bandar-bandar dan pekan kecil untuk diniaga tersendiri di pasar-pasar atau di pasar tani. Hal ini memberi peluang pula kepada orang­orang tengah yang dapat masuk dengan kenderaannya sendiri ke kampung­kampung untuk membeli basil tadi dengan harga yang murah dan men­jualnya dengan harga yang mahal. Oleh yang demikian diharapkan kepada pihak Kementerian ini selain daripada meminda dan mengemaskinikan lagi Rang Undang-undang ini maka perlulah juga difi kirk an bagi mengadakan permit-permit khas untuk bas-bas kecil yang berjalan di kampung-kampung bagi !Jlemberi kemudahan kepada

Page 57: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1985 13 JULAI 1988 1986

rakyat yang telah merdeka semenjak 30 tahun yang lalu.

Tu~n Yang di-Pertua, berhubung dengan kemalangan jalanraya seper­timana yang telah disebukkan oleh Ahli Yang Berhormat Puan Law Jack Yoon tadi, saya juga ingin menyentuh di sini iaitu oleh kerana sejak akhir-akhir ini kemalangan jalanraya begitu mening­kat. Ini sedikit-sebanyak disebabkan oleh pihak Jabatan ini kurang mengam­bil tindakan terhadap pemandu­pemandu yang liar dan ganas di jalanraya. Sementara lagi jalanraya­jalanraya kita ini masih lagi sempit, kurang sesuai dengan kemasukan kenderaan yang besar-besar dan panjang-panjang yang menyukarkan bagi kereta-kereta lain untuk memotong dan melalui jalan-jalan yang dilalui oleh Iori besar dan trailer. Oleh itu, pihak JP J dan JKR seharusnya mengadakan perbincangan antara pegawai-pegawai di peringkat Kementerian dan Jabatan untuk mengadakan sesuatu sistem yang selari antara kenderaan dan jalan.

Tuan Yang di-Per-tua, oleh yang demikian pihak JPJ perlulah memper­banyakkan lagi pegawai-pegawai in­spektor untuk menjaga dan mengen­dalikan keselamatan para pengguna jalanraya kerana kepentingan pengangkutan amat diperlukan dalam kehidupan kita sehari-hari.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai pengangkutan barangan, jelas dapat kita tern ui di mana-mana pun di dalam zaman pem bangunan ini masih lagi kedapatan Iori-lori yang sarat dengan muatan batu-batu ataupun tanah-tanah, pasir, buah kelapa sawit dan sebagainya di mana bahan-bahan muatan itu tumpah jatuh di jalanraya­jalanraya kadang-kadang terkena kenderaan di belakang walaupun kita lihat tutupnya ada tetapi tidak memberi kesan. Seandainya Pegawai Pengangkutan Jalanraya ini diper­banyakkan, kemungkinan perkara-per­kara seperti ini tidak akan berlaku lagi.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya pohon menyokong Rang Undang­undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan. 1987 inl diluluskan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhor­mat Dr. Tan Chong Keng.

4.01 ptg.

Dr. Tan Chong Keng: Tuan Yang di­Pertua, terima kasih diucapkan kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian di dalam per­bahasan untuk menyokong Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 1988.

Izinkan saya memberikan pendapat saya kepada Dewan yang m ulia ini berkenaan dengan beberapa ~u yang berkaitan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan. Baru-baru ini kita dapati bahawa adanya sindiket-sindiket yang menggunakan kad-kad pendaf­taran kereta atau kenderaan yang palsu untuk mendapatkan pinjaman wang daripada syarikat-syarikat kewangan, kern udian menghi.langkan diri menyebabkan kerugian yang besar kepada syarikat-syarikat kewangan yang tertentu. Perbuatan ini mengikut pandangan saya mesti dibuat dengan kerjasama sebahagian kakitangan yang tertentu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan yang boleh memberikan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk menyediakan kad-kad pendaftaran kenderaan yang palsu itu. Tanpa pertolongan daripada kakitangan di dalam Jabatan Pengangkutan Jalan itu, saya berpendapat bahawa kerja memalsukan kad-kad itu adalah sangaf susah dijalankan.

Oleh kerana itu saya menyeru kepada pihak yang berkenaan supaya mengam­billangkah yang sempurna untuk mem­pastikan bahawa tindakan seperti itu tidak diteruskan oleh sebahagian kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan yang tertentu. Oleh kerana

Page 58: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1987 13 JULAI 1988 1988

tindakan-tindakan seperti itu semata­mata membawa kerugian kepada negara kita kerana ada kehilangan wang yang boleh dikutip daripada kenderaan­kenderaan yang tertentu.

Satu lagi perkara yang saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat­Yang Berhormat ialah keperluan untuk seseorang tuanpunya kenderaan untuk membaharui kad pendaftarannya di negeri asal pendaftaran kereta ataupun kenderaan itu. Pada zaman komputer ini, saya berharap pihak yang berkenaan dapat menggunakan pertalian komputer untuk memberikan maklumat­maklumat secara data-base yang luas untuk dibekalkan kepada Pejabat­pejabat Pengangkutan Jalan di semua negeri apabila seseorang tuanpunya in­gin membaharui kad pendaftaran keretanya di mana-mana satu pejabat atau ibupejabat di tiap-tiap negeri demi menyenangkan kerja membaharui itu. Kalau tidak tuanpunya itu perlu menghantarkan kadnya ke negeri asal untuk dibaharui dan semua itu mengambil masa yang lebih panjang dan juga melibatkan perbelanjaan yang lebih tinggi.

Berkenaan dengan bahagian ujian pemandu-pemandu kereta ataupun kenderaan, kita selalu dengar ada kata­kata sama ada khabar angin atau khabar yang betul, bahawa tanpa memberi rasuah kepada penguji-penguji atau pegawai-pegawai ujian memandu, lesen memandu itu susah dikeluarkan atau diluluskan. Saya rasa berkenaan dengan aspek ini, sekolah-sekolah memandu itupun .adalah disyaki mengambil bahagian dalam tindakan rasuah ini. Kita tidak tentu sama ada rasuah itu di berikan kepada kakitangan sekolah memandu ataupun kakitangan JPJ yang menjalankan ujian memandu itu. Saya harap pihak yang berkenaan boleh mengambillangkah-langkah yang tertentu untuk mempastikan bahawa tindakan seperti itu tidak diteruskan demi nama JP J yang mulia itu.

Baru-baru ini kita dapati bahawa bilangan motosikal sangat-sangat melebihi biHmgan kereta dan kenderaan dalam negeri kita ini. Oleh sebab itu kadang-kadang kita dapati bahawa kada-kad pendaftaran motosikal pun dipalsukan menjadi kad pendaftaran kereta apabila digunakan untuk menun­tut pinjaman daripada syarikat kewangan swasta dan sebagainya. Saya ingin mengemukakan satu cadangan iaitu mengasingkan pendaftaran motosikal daripada pendaftaran kenderaan-kenderaan yang lain supaya motosikal-motosikal senang dikenalpasti apabila nombor-nombor mereka dikemukakan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan. Tidak ada kemungkinan bahawa kad-kad mereka ini digunakan untuk membuat pegawai­pegawai tertentu mempercayai bahawa itu adalah kad pendaftaran kenderaan jenis yang lain.

Dalam kerja memproses bayaran yuran lesen, bayaran yuran-yuran yang lain oleh kerani-kerani kaunter di Jabatan Pengangkutan Jalan saya dapati bahawa orang ramai sudah mengemukakan sangat banyak penga­duan terhadap cara proses itu di­jalankan. Orang ramai itu boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Individu-individu yang ingin membayar yuran yang tertentu dan agen-agen yang ingin membayar yuran-yuran tertentu bagi pelanggan-pelanggan mereka. Agen-agen itu akan datang ke kaunter dengan beratus-ratus atau ratusan bilangan bayaran yang perlu diuruskan. lndividu itu hanya datang dengan satu bayaran yang perlu dibayar. Tetapi biasanya, apabila mereka beratur di sana untuk menunggu giliran mereka tiba-tiba agen yang berkenalan dengan kerani kaunter itu akan melompat gilirannya dan memberi 100 borang un­tuk diuruskan. Oleh kerana itu kita dapati bahawa kerja membayaran yuran oleh orang ramai secara individu terganggu. Sampai akhirnya orang in­dividu itu perlu memberikan kad atau borangnya kepada agen supaya boleh

Page 59: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1989 13 JULAI 1988 1990

dibayar dalam masa yang singkat. Kalau tidak dia tidak dapat peluang kerana tiap-tiap kali dia menunggu, ada agen yang datang dengan banyak borang un­tuk diuruskan oleh kerani yang tertentu.

Saya rasa tindakan seperti itu adalab tidak adil kepada orang ramai kerana sudah tentu ada sedikit pertalian di an­tara kerani dan agen yang berbuat demikian. Saya tidak katakan babawa rasuab tentu dijalankan di sana tetapi pertalian itu adalah tidak sibat. Kita minta kerani-kerani kaunter itu supaya membuat kerja mereka mengikut giliran orang ramai yang menunggu.

Berkenaan dengan cukai jalan yang kita bayarkan, baru-baru ini kita pun dapati juga ada sijil cukai jalan kereta yang dipalsukan. Sindiket-sindiket sangat cerdik dalam perkara-perkara seperti itu dan seperti saya katakan dabulu tanpa kerjasama sebabagian kakitangan daripada dalam saya rasa kerja memalsukan sijil-sijil tersebut itu susab dijalankan. Saya rasa ini adalah sangat tidak adil kepada pengguna­pengguna kereta kerana mereka bayar cukai jalan itu melalui agennya, agen­nya kemudian gunakan duit ini untuk kegunaannya sendiri tidak membayar kepada JP J, tetapi keluarkan sijil-sijil cukai jalan yang palsu, tetapi siapa yang tabu sebingga pibak polis itu katakan: anda ini mempunyai satu sijil cukai jalan yang palsu yang terlekat pada tingkap kereta anda, saya pun tak tahu, awak pun tak tabu, siapa pun tak tabu sebingga pibak polis mengatakan demikian. Jadi kalau seseorang itu ditangkap mempunyai sijil cukai jalan yang palsu itu bukan kesalabannya, tetapi kesalaban agennya. Agen yang mendapatkan sijil cukai jalan yang palsu itu mesti didendakan. Saya rasa pada masa ini orang-orang yang mem­punyai sijil cukai jalan yang palsu itu didendakan. Itu adalab tidak adil kerana mereka memang membayar cukai jalan itu melalui agen ataupun kepada JP J sendiri. Ada orang yang mem bayar kepada JP J sendiri tetapi

masih dapat sijil cukai jalan yang palsu, macam mana ini boleb berlaku kalau kakitangan di dalam bahagian JPJ itu tidak berpakat dengan sindiket di luar untuk mendapatkan keuntungan yang istimewa itu.

Saya rasa semua amalan yang buruk itu kalau pibak yang berkenaan boleb mengambillangkah yang tertentu untuk menyekat ataupun.memeriksa ataupun menyelia tindakan seperti itu tidak dapat diteruskan. Kalau kita boleh berhentikan tindakan-tindakan yang buruk seperti itu tentunya orang ramai pun beruntung, JP J pun beruntung, sem ua pihak itu beruntung kerana duit itu tidak dimasukkan ke dalam poket sindiket-sindiket yang membuat kerja yang buruk itu.

Saya rasa JP J adalah satu jabatan yang banyak untung, tetapi mengapa selepas mengutip cukai-cukai jalan dan yuran-yuran pendaftaran kereta kenderaan dan sebagainya yang semakin bertambah ini keadaan jalan-jalan di negara kita ini, terutama sekali di bahagian-bahagian kawasan yang tidak begitu mewah tidak dapat dibesar­besarkan. Ada jalan yang masih sama Iebar seperti 10 tahun dabulu. Mengapa dalam 10 tahun ini duit-duit yang dikutip daripada pengguna kenderaan itu tidak dipakai untuk membesarkan jalan-jalan di kawasan itu. Saya tidak boleh faham mengapa dalam tempob 10 tahun itu jalan-jalan di sesuatu kawasan itu masih seperti keadaan 10 tahun terlebib dahulu, takkan dalam 10 tahun itu tidak ada untung yang dibuat oleh JP J ini yang boleb disalurkan kepada kerja memperbaiki ataupun memperluaskan lagi jalanraya di kawasan-kawasan yang berkenaan.

Saya tidak percaya bahawa di dalam masa tempoh 10 tahun ini tidak ada tambaban pengguna-pengguna kereta ataupun pengguna-pengguna kenderaan jenis yang lain yang selalu membayar kepada jabatan itu. Dengan tambaban bayaran itu kita sebagai orang ramai,

Page 60: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1991 13 JULAI 1988 1992

rakyat negara kita ini tentulah berharap Jabatan Pengangkutan yang berkenaan boleh mernberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai kerana duit itu bukan senang didapati oleh orang ramai tetapi orang ramai tiap-tiap tahun mesti mernbayar duit itu kepada Jabatan yang berkenaan. Malangnya kerja membina jalan itu bukan sahaja tanggungjawab JPJ tetapi sebenarnya adalah tanggungjawab JKR.

Kalau dahulu orang kata Jabatan JKR itu "Jangan Kerja Rajin", dengan izin, sekarang ini kita mesti cuba tukarkan imej ini supaya tiap-tiap kali ada permintaan daripada orang ramai berkenaan dengan membuat jalan, mernperbaiki jalan, Jabatan itu mesti tunjukkan kebolehannya menyiapkan jalan-jalan itu dalam tempoh masa yang ditentukan. Jangan katakan jalan ini akan diperbaiki tahun depan, tetapi tahun depan itu ada tahun depan lagi dan tahun depan lagi. Janji-janji yang tidak boleh ditunaikan itu adalah &atu 'stigma' yang tidak bagus bagi Kerajaan kita.

Kalau kita selalu keluarkan janji, kernudian janji-janji itu tidak dapat ditunaikan sampai bilakah kita boleh meneruskan kerja bohong itu kepada orang ramai. Dengan janji-janji yang tidak boleh ditunaikan saya rasa sernua itu menyusahkan kerja orang yang men­jadikan Ahli Dewan Negara ataupun Ahli Dewan Rakyat, masing-masing kena dituduh, apa dia itu selalu cakap sahaja, buat tak boleh tetapi cakap. berulang-ulang.

Oleh kerana itu, saya haraplah dengan duit yang dikutip daripada cukai jalan dan sebagainya, duit ini mesti disalurkan kepada Jabatan Kerjaraya untuk mernbina lebih banyak lagi jalan­jalan untuk perkhidmatan kepada orang ramai, terutama sekali di kawasan­kawasan di mana kita dapati banyak kereta sudah didapati dalam kawasan itu. Melalui pendaftaran kita boleh kenalpastikan kawasan-kawasan yang

mempunyai bilangan kereta kenderaan yang tinggi. Kalau kita sudah dapati daripada data kita bahawa kawasan itu mempunyai bilangan kereta yang tinggi mengapakah kita tidak teruskan kerja mernbuat jalan dengan serta-merta tan­pa diminta daripada orang ramai. Jangan tunggu sampai kita diminta oleh orang ramai baru kita m ulakan kerja­kerja mernbina jalan ataupun selepas permintaan ber1,1lang-ulang daripada rakyat barulah kita katakan besok ataupun tahun depan kita akan ran­cangkan pembinaan jalan tertentu dan "sebagainya. Kita mesti katakan sekarang ini kita mesti buat kerana kita sudah tahu di kawasan itu ada ramai bilangan orang yang mempunyai kenderaan-kenderaan yang tertentu.

Jadi, oleh kerana saya tidak berpuas hati dengan isu-isu tersebut, saya menyuarakan isu-isu tersebut di dalam Dewan yang mulia ini dan saya ingin mendapat perhatian Yang Berhormat­Yang Berhormat berkenaan isu itu supaya Jabatan yang berkenaan boleh mengambil tindakan yang sesuai untuk membetulkan amalan-amalan yang tidak elok itu.

Saya akhirnya mgm memberikan sokongan saya yang penuh kepada Rang Undang-undang yang dinamakan Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 1988. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhor­mat Tuan Haji Abdul Majid Abdullah, dipersilakan.

4.19 ptg.

Tuan Haji AbdUTMajid bin Haji Ab­dullah: Tuan Yang di-Pertua, saya ber­sama bangun untuk menyokong satu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhonnat Tirnbalan Menteri yang telah membentangkan Rang Undang-undang ini tadi dan

,.

Page 61: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1993 13 JULAI 1988 1994

walaupun yang kita tabu tidak banyak yang dipinda tetapi untuk menguatkan lagi segala huraian dan penerangan­penerangan dalam Akta ini maka pin­daannya adalah penting.

Tuan Yang di-Pertua, dalam hal Jabatan Pengangkutan Jalan, saya sukalah menyentuh beberapa perkara.

Pertama ialah berhubung dengan kadar muatan bagi sesebuah kenderaan perdagangan yang menjalankan ke­giatannya. Apa yang telah saya dapati dewasa ini banyak berlaku kenderaan­kenderaan yang membawa muatan lebih daripada hadnya dan masih berleluasa dan bermaharajalela di jalanraya dan tidak menghiraukan keselamatan orang lain ataupun pengguna jalanraya yang lain. Sebagaimana yang kata rakan saya tadi, memang benarlah daripada tindak­tanduk pengusaha-pengusaha ini boleh mengakibahkan kerosakkan ken­deraan orang lain, umpamanya pecah cermin tetapi tidak dapat hendak mem­buat apa-apa, kepada mereka selepas kejadian ini, kenderaan itu terus berlalu dan tidak ada tindakan yang boleh dibuat dan kadang-kadang kalau ada­pun berlaku pertengkaran-pertengkaran yang lebih menyulitkan. Kalaulah ada satu peraturan yang khusus bagi ke­adaan ini, rasa saya masalah-masalah ini akan dapati diatasi dan pihak-pihak yang terlibat dengan kenderaan yang pecah cermin ini dapat gantirugi daripada pengusaha-pengusaha ataupun Iori-lori yang membawa muatan lebih seperti batu, tanah dan juga buah kelapa sawit yang kadangkala tidak ditutup langsung.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun Dewan ini telah meluluskan satu Rang Undang-undang Jabatan Pengangkutan Jalan yang berkaitan dengan takrif jalan di mana takrif jalan yang telah di­luluskan termasuk bahu-bahu jalan. Tetapi sekarang ini masih kedapatan lagi lori~lori yang sarat muatannya apabila mendapati di hadapan mereka ada road block, sekatan jalanraya

mereka berhenti bersusun-susun di tepi jalan dan tidak ada satu tindakan yang diambil terhadap kenderaan ini.

Saya rasa kalau undang-undang telah diluluskan dan masih juga berleluasa perbuatan ini tentulah orang ramai akan mengatakan kenapakah undang-undang yang telah dibuat ini tidak dilaksana­kan. Bilakah lagi undang-undang hen­dak dilaksanakan? Jadi saya harap Kementerian yang berkenaan akan dapat mengambil perhatian supaya hal­hal seum pama ini tidak akan berlaku lagi.

Tuan Yang di-Pertua, bercakap berkenaan dengan pejabat JP J di negeri-negeri ataupun di daerah-<laerah, saya juga ingin menyentuh dengan pejabat-pejabat ini yang bolc;h dikatakan di. seluruh daerah di negeri Johor yang sentiasa penuh sesak dengan orang ramai yang berurusan dengan JPJ tetapi nampaknya setengah-setengahnya terutama di Johor Bahru, pejabatnya masih lagi sibuk dan sempit dan ter­paksalah kadang-kadang sampai keluar orang menunggu kerana hendak berurusan dengan JP J. Saya juga ber­setuju dengan Yang Berhormat tadi kalau boleh bagi agen-agen ataupun wakil-wakil membawa lebih dari satu itu dikhaskan di satu kaunter dan tidak disamakan dengan orang ramai, yang hanya hendak menguruskan satu masalah sahaja ataupun satu perkara sahaja yang hendak diselesaikan. Kadang-kadang kalau hendak dapatkan satu borang terpaksa menunggu berjam­jam.

Seper kara lagi yang say a lihat ialah cara layanan oleh pihak petugas di JPJ berkenaan masih lagi kadangkala agak begitu kasar sedikit, kadang-kadang menengking, kadang-kadang marah seolah-olah kita ini datang menyusah­kan mereka sahaja, sedangkan kita datang untuk berurusan untuk menye­lesaikan masalah yang ada dan juga ini merupakan satu tanggungjawab untuk mengutip basil Kerajaan bagi pihak JP J

Page 62: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1995 13 JULAI 1988 1996

setiap masa atau setiap hari yang diusahakan atau diuruskan.

Tuan Yang di-Pertua, masalah me­malsukan permit kenderaan pengang­kutan atau perdagangan ini memang sentiasa berlaku dan saya mendapati ada setengah-setengah pengusaha yang terus terang menipu Kerajaan, mereka hanya ada lebih kurang 3 atau 4 permit, tetapi ia ada Iori lebih daripada itu, dengan cukup teliti bertulis sama dengan yang dibuat oleh JP J. Mereka menipu atau membohongi orang ramai, kononnya semua Iori-lori mereka ada permit yang sah walhal 1 atau 2 sahaja yang mereka ada. Masalah yang timbul ialah para pekerja pengusaha­pengusaha ini kalau berlaku kema­langan siapakah yang hendak bertang­gungjawab, sedangkan semua keadaan Iori ini dengan tidak ada insuransnya, tidak ada cukainya dan tidak ada per­mit yang sah. Cerita-cerita ini masih ter­dapat yang perkara ini berlaku, mungkin seluruh negara kita hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga merayu kepada JPJ, khususnya Yang Berhormat Menteri, daerah Kota Tinggi Negeri Johor yang merupakan satu daerah yang agak luas, termasuk daerah kecil Pengerang. Saya pemah juga menyebutkan hal ini pada sesi yang lepas. Saya merayulah kepada JPJ supaya diadakan satu pejabat JP J di Kota Tinggi dan di sana juga diadakan pusat menguji pemandu-pemandu un­tuk mengeluarkan lesen memandu kepada pemandu-pemandu di sekitar daerah Kota Tinggi ini, kerana saya rasa sangat jauh untuk ke Johor Bahru, jauh untuk ke Mersing, jauh untuk ke Kluang. Di mana saya katakan tadi Pengerang adalah merupakan satu kawasan yang paling jauh di selatan Semenanjung, yang berhampiran dengan sempadan laut dengan negara jiran, Indonesia. Jadi seeloknyalah di Kota Tinggi itu ada pejabat JPJ bolehlah urusan-urusan itu dibuat oleh orang-orang dari daerah kecil Pengerang, Sedili dan sekitaran FELDA

di sana berurusan lebih dekat dengan pejabat JPJ ini yang diwujudkan di Kota Tinggi itu. Kerana saya katakan tadi di Johor Bahru merupakan satu daerah yang jauh, yang begitu sesak pe­jabatnya, yang sentiasa tidak dapat menampung saya rasa urusan pengguna­pengguna setiap hari yang saya saksikan sentiasa sesak.

Tuan Yang di-Pertua, Iori-lori per­dagangan ini sentiasa men gam bil peluang menjalankan kegiatan-kegiatan mereka ialah di waktu-waktu hampir sembahyang Jumaat, di waktu-waktu hampir waktu maghrib. Waktu-waktu ini, pada lazimnya, pada hemat mereka ialah kurang pandangan orang ramai, kurang kawalan penguatkuasa, mungkin polis pun agak pada hemat mereka tidak ada. Waktu inilah mereka menjalankan kegiatan mengisi muatan yang penuh, wnpamanya Iori balak, saya pemah kedapatan sebuah Iori balak mem bawa balak lebih daripada 20 batang. Akibatnya bukan sahaja cukai dilarikan, mungkin juga tidak ada per­mit Iori itu, tetapi jalanraya yang sepatutnya tidak boleh dilalui oleh kenderaan lebih 12 tan dilalui maka Iori­lori ini akan merosakkan jalan ini dan akan menyusahkan pula pengguna­pengguna yang lain.

Saya berharap pada JP J supaya masa-masa inilah seharusnya diawasi dan dikemaskan lagi penguatkuasa kita supaya dapat pengusaha-pengusaha yang sentiasa mencari peluang untuk menipu Kerajaan ini dapat dibanteras dan dibawa ke muka pengadilan. Saya juga mencadangkan supaya JPJ me­nyediakan seorang pegawai khusus un­tuk menerima aduan-aduan orang ramai di atas segala tingkah laku pengusaha­pengusaha Iori, pengguna-pengguna jalan raya yang tidak mengikuti peraturan supaya dapat maklumat­maklumat ini disampaikan dengan cara yang detail dan membawa mereka ke muka pengadilan.

Page 63: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1997 13 JULAI 1988 1998

Tuan Yang di-Pertua, bercakap ten­tang kereta-kereta sewa ataupun teksi, khasnya di bandar Kuala Lumpur, saya rasa Kuala Lumpur adalah sebuah ibu kota yang sibuk, yang menjadi tumpuan segenap pelancong, seharusnyalah kereta-kereta sewa ini diawasi untuk mem baharui lesennya. Kerana saya bahru sahaja tadi datang ke Dewan ini menaiki teksi, tetapi saya rasa sudah sepatutnya teksi tersebut tidak lagi ber­jalan di atas jalan yang bunyinya sudah 1000 macam bunyi dan saya rasa kalau teksi ini dibawa ke Johor, sampai di Lebuhraya Seremban - Ayer Keroh, saya rasa mungkin agaknya rodanya sebelah ke lain dan badannya ke lain, kerana sudah tidak sanggup lagi rasanya hendak menampung jentera yang ada, bergegar sana sini, tetapi masih berjalan lagi. ltu kena kepada Ahli Dewan Negara seperti saya, tetapi kalau kena kepada pelancong-pelancong dari luar negeri, tentulah benda ini akan dibawa cerita ke luar bahawa kenderaan­kenderaan atau kereta sewa di bandar Kuala Lumpur ini agak menyedihkan dan memalukan kita sendiri. Diharap ini juga akan mendapat perhatian supaya kenderaan-kenderaan yang agak teruk sangat ini janganlah lagi diberi berjalan di atas jalanraya.

(Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat)

Kalau boleh dimansuhkan sahaja ataupun dijadikan besi buruk dan dijual dengan cara scrap, dengan izin, supaya boleh dijual sebagai besi buruk. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya me­nyokong Rang Undang-undang ini, terima kasih.

UCAPAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN TIMBALAN

YANG DI-PERTUA

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya melan­jutkan perbahasan atas Rang Undang­undang ini, saya mohon izin untuk memberi sedikit masa bagi menyam­paikan sedikit ucapan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menyambung perbahasan ini, izinkan saya mengambil peluang untuk merakamkan setinggi-tinggi penghar­gaan saya di atas perlantikan saya sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara oleh Dewan yang mulia ini. Ucapan terima kasih khas saya tu­jukan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri, yang telah mem beri kepercayaan kepada saya. Tidak lupa juga saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Kasitah bin Gaddam yang mencadangkan dan juga Yang Berhormat Datuk Haji Hussein bin Ahmad yang menyokong serta Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang telah sudi menerima saya dalam jawatan ini.

Sebagai seorang baru saya berharap supaya Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian akan mem beri kerjasama dan sokongan kepada saya supaya dapat saya menjalankan tugas saya dengan licin dan sempuma.

Bagi pihak saya sendiri saya berikrar akan menjalankan tanggungjawab dengan sepenuh jujur dan ikhlas bagi membantu Tuan Yang di-Pertua dalam segala un.isan-urusan yang berkaitan untuk kebaikan Dewan ini.

Sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang berkenaan, juga yang terlibat dalam perlantikan saya sebagai Tim balan Yang di-Pertua Dewan Negara ini. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Tan Chai Ho.

4.34 ptg.

Tuan Tan Chai Ho: Tuan Yang di­Pertua, saya mengam bil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Dato' kerana dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara pada petang ini.

Page 64: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1999 13 JULAI 1988 2000

Than Yang di-Pertua, saya bangun untuk mengambil bahagian dalam mem­bahaskan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 1987. Sebagaimana yang kita ketahui selepas pindaan Rang Undang-undang tersebut, para pegawai JP J akan diberi lebih kuasa untuk bertindak ke atas sesiapa yang didapati atau disyaki bersalah di jalanraya. Akan tetapi, saya berharap para pegawai tidak menyalahgunakan kuasa tersebut untuk mengelakkan tim­bulnya perselisihan faham atau rasa tidak puas hati di kalangan pemandu­pemandu kenderaan.

Tuan Yang di-Pertua, dirasakan had laju (speed limit), dengan izin, 30 kilometer sejam atau 50 batu sejam yang ditetapkan berpuluh-puluh tahun tidak sesuai lagi dikenakan ke atas kenderaan sekarang. Dalam masa 30 tahun yang lalu kuasa kuda enjin setengah-setengah kenderaan tidak sekuat atau setinggi kenderaan sekarang, oleh itu had laju 30 kilometer sejam atau 50 batu sejam adalah sesuai dikenakan ke atasnya. Tuan Yang di-Pertua, akan tetapi disebabkan kuasa kuda enjin kenderaan sekarang lebih tinggi, had laju tersebut tidak ,sesuai lagi digunakan: Kalau ia terus digunakan, bermakna lebih ramai pemandu ah.n menerima saman dise­babkan melebih had laju yang ditetap­kan. Oleh itu, saya mencadangkan supaya Kementerian Pengangkutan mengubahsuai had laju mengikut ke­hendak masa, )<'ini. Setahu saya had laju yang ditetapkan di 20 batang jalan di Kuala Lumpur sudah tidak sesuai lagi. Oleh itu, saya harap Kementerian Pengangkutan Jalan dan Dewan Ban­daraya Kuala Lumpur akan memberi perhatian terhadap perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, meman­dangkan masalah kemalangan jalanraya semakin serius, saya menyeru supaya kempen keselamatan jalanraya harus diperhebatkan, mutu jalanraya juga harus dipertingkatkan. Oleh itu, pihak Kementerian harus mempastikan ja-

lanraya selalu berada dalam keadaan yang sem puma dan baik.

Akhimya saya menyokong pindaan Rang Undang-undang Pengangkutan dengan sepenuhnya. Sekian, terima kasih.

4.39 ptg.

Tuan Haji Hamid Araby bin Haji Md. Salih: Saya ingin mengambil kesempatan di sini menyampaikan tahniah kepada Dato' Tan Peng Khoon sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara di mana kita melihat perlantikannya tadi. Moga-moga dapatlah Dato' menjawatnya dengan baik.

Saya ingin menyokong Rang Un­dang-undang bemama suatu Akta un­tuk meminda Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 1987.

Tuan Yang di-Pertua, kempen khus\}s tentang tatatertib jalanraya telah di­adakah oleh Kementerian Pengang­kutan di mana kita melihat Timbalan Menterinya akan berada bersama-sama dengan pegawai-pegawai menyaksikan sendiri operasi dan kempen keselamatan jalanraya, menghampiri orang ramai dan memberi risalah-risalah supaya mereka mematuhi tatatertib jalanraya, supaya mereka memandu kereta dengan cermat dan sebagainya. Ada juga sekali­sekala kita Iihat satu anugerah hadiah ataupun cenderamata diberi sebagai menggalak kepada pemandu-pemandu cermat kerana mereka di­dapati mematuhi segala undang-undang jalanraya.

Sebaliknya saya sendiri tidak pasti sama ada apa yang dibuat itu memberi kesan yang diharap-harapkan.

Walau bagaimanapun, dalam hal ini saya ingin memberi sekalung bunga penghargaan dan tahniah kepada Ke­menterian yang berkenaan kerana daya usahanya untuk memberitahu pemandu-

Page 65: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

200l 13 JULAI 1988 2002

pemandu kereta kewajipan mereka itu. Kita berpendapat soal disiplin sewaktu berada di jalanraya perlu diberi perha­tian. In kerana apabila sesuatu kemalangan itu berlaku, ke­banyakannya berpunca dari kecuaian para pemandu itu sendiri. Ia juga ada kaitan dengan kegagalan mereka me­matuhi peraturan yang ditetapkan. Misalnya, sekiranya para pemandu di­ingatkan supaya mengurangkan kela­juan di kawasan-kawasan bahaya, in­gatan itu diabai-abaikan. Bila tanda amaran had Iaju melalui sesuatu pekan kelihatan, tidak ramai yang mengikut araban, malah ada di antara mereka yang menambah kelajuan. Begitu juga apabila berada di selekoh-selekoh dilarang untuk memotong tetapi ke­banyakan pemandu tidak menghirau­kan isyarat yang telah ditefapkan, sebaliknya di tempat-tempat bahaya ini mereka menunjukkan lagak mereka un­tuk memotong kereta di hadapan. Ego jelas menguasai diri mereka. Kesopanan diketepikan, mereka menjadi pengguna jalanraya yang tidak bertertib sedang­kan sewaktu belajar memandu mereka berjanji pada diri mereka untuk me­matuhi segala isyarat jalanraya.

Dengan ini saya ingin mencadangkan kepada Kemt:nterian yang berkenaan supaya dapat kerjasama Polis supaya mengadakan banyak 'speedtrap' di mana mereka ini didenda serta-merta dan juga mendenda mereka yang tidak mengikut ~raturan-peraturan di ja­lanraya. Saya lihat ada negeri-negeri seperti di Eropah dan Amerika, serta­merta tiket diberi, dendanya bukan murah, minimum US$50. Kalau di­dapati mereka ini had laju lebih, US$100 mesti bayar di tempat itu juga, kalau tidak letak kereta ke tepi situ, J)emandu-pemandu perlu telefon kepada saudara-maranya supaya membawa duit membayar di situ. Itu satu cara hu­kuman atau punishment, dengan izin, yang diberikan. Jika cara pendekatan (approach) kita ini dengan cara baik, nasihat, beri brochure begitu begini, banyak kempen dijalankan, saya tidak

menyalahkan Kementerian, saya hendak menyalahkan pemandu kereta. Dan banyak tuduhan diberi konon Akta itu tidak betul, ini tidak ada, dalam Kementerian begitu dan begini. Se­baliknya denda yang dikenakan bagi saya tidaklah begitu memuaskan.

Polis pun bukan selalunya men­jalankan operasimenahan mereka yang memandu kereta dengan lebih had la­junya. Baru-baru ini semasa saya datang ke sini, saya lihat satu operasi di Jam­batan Pulau Pinang. Syabas saya ucap­kan kepada Polis. Pukul 12.30 pagi mereka duduk di situ, kebanyakan yang membawa kereta itu laju, pemandunya dapat tiket. Saya lihat dengan mata kasar, saya berhenti dan saya bertanya kepada polis itu, "Macam mana?" Dia kata, "Bagus, business bagus". Ini perlu kita jalankan lebih kerap bukan sahaja macam di tempat-tempat yang kita tabu had Iajunya, kita tabu peman­du akan membawa kereta dengan laju tetapi di tempat-tempat khususnya di pekan besar di mana pemandu tidak menghiraukan tatasusila di jalanraya. Kita lihat di kaca TV cara mana me­mandu kereta dengan betul, cara mana tidak tetapi ini tidak memberi kesan kepada pemandu.

Biarlah pemandu marah kepada Kementerian yang berkenaaan kerana banyak sangat mereka kena bayar den­da selain daripada mereka bayar cukai jalan. Inilah satu cara yang saya fikir boleh mengurangkan kemalangan ja­lanraya.

Kalau boleh Kementerian berkenaan hendaklah mewujudkan satu jalan lorong bebas (free-way) di jalanraya yang besar, lebuhraya misalannya, khususnya untuk kereta-kereta ataupun bas-bas ekspres dan motokar yang penumpangnya penuh. Klilau motokar itu boleh isi 4 orang, pemandu kereta itu mesti bawa 4 penumpang ke lorong 'free-way', dibenarkan kereta itu lalu, kereta lain tidak dibenarkan seper­timana diamalkan di Amerika Syarikat.

Page 66: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

2003 13 JULAI 1988 2004

Ini membawa banyak kemudahan. Kita boleh Iihat hari ini di Jalan Tuanku Ab­dui Rahman, dikhaskan satu jalan un­tuk bas, mini bas tetapi itu bukannya 'free-way', biasanya bas-bas lain, kereta lain juga menggunakan jalan ini. Kalau boleh dapat jalan yang seperti ini saya fikir kita boleh mengurangkan sedikit kemalangan, kita beri keutamaan kepada kereta-kereta yang penum­pangnya penuh ataupun bas-bas ekspres, bas mini sudah tentu 'free-way' ini digunakan.

Barangkali, Tuan Yang di-Pertua, orientasi baru dalam kurikulum belajar memandu kereta perlu dibuat. Tekanan yang lebih besar harus diberikan kepada ketertiban di jalan raya sewaktu ujian memandu kereta diadakan seperti yang dibuat di England. Di negara itu keputusan untuk meluluskan ujian memandu kereta tidak ditentukan sama ada mereka menjalani ujian boleh meletakkan kereta dengan baik dalam petak yang disediakan atau mengawal kenderaan sewaktu berada di atas bukit. Tekanan yang diberikan ialah terhadap kesopanan di jalan raya sam a ada orang itu memberi laluan kepada pejalan kaki di tempat menyeberang 'zebra' dan rasa hormat yang mereka tunjukkan kepada nyawa mereka sendiri dan pada nyawa orang lain. Kalaulah ini juga kita dapat usahakan, saya fikir sedikit sebanyak membukakan fikiran kh ususnya pemandu-pemandu dan pengguna jalan raya.

Jadi dengan ini saya memberi sokongan penuh kepada Rang Undang­undang yang bernama suatu Akta un­tuk meminda Akta Pengangkutan Jalan, 1987.

4.48 ptg.

Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih di atasminat yang ditunjukkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap Akta Pengangkutan Jalan ini khususnya pin-

daan yang telah dikemukakan untuk diluluskan oleh Dewan ini.

~

Bagi menjawab dan memberi penjelasan-penjelasan, saya inginlah menyatakan bahawa dari segi kemalangan jalan raya memanglah ber­bagai usaha telah dijalankan oleh pihak Kementerian dan Jabatan-jabatan yang di bawahnya dan juga Jabatan-jabatan lain seperti Jabatan Polis, Jabatan Kerjaraya bahkan pihak pertubuhan­pertubuhan sukarela dan badan-badan swasta juga mengambil bahagian beker­jasama dalam kempen-kempen yang dianjurkan.

Sebenarnya Kempen Keselamatan Jalanraya berjalan sepanjap.g tahun. Biasanya mesyuarat agong tahun Majlis Keselamatan Jalanraya yang biasanya diadakan pada akhir buian J un tiap-tiap tahun melancarkan juga, Menteri Pengangkutan melancarkan kempen un­tuk setahun yang akan datang dan thema-thema dipilih dan setiap badan yang bertanggungjawab menjalankan kempen-kempen tersebut seperti ada Yang Berhormat nyatakan tadi bahawa ada kempen-kempen sekatan jalan di mana kadang-kadang Menteri atau Timbalan Menteri ada bersama-sama untuk menyaksikan kerja-kerja itu dijalankan.

Usaha-usaha dan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Pengangkutan bagi mengurangkan kemalangan di jalanraya, rasa saya eloklah juga saya sebutkan di sini iaitu selain daripada kempen-kempen keselamatan yang dijalankan khususnya pada mus~-musim perayaan seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Hari Raya Krismas dan sebagainya, kita juga memberi maklumat dan nasihat mengenai keselamatan jalanraya yang disebarkan melalui merlia televisyen dan akhbar, mengeluarkan filem-filem keselamatan jalanraya untuk ditayangkan melalui televisyen dan oleh Unit Bergerak Jabatan Penerangan di negeri-negeri. Tindakan penguatkua-

Page 67: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

2005 13 JULAI 1988 2006

saan yang tegas juga diambil oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan juga oleh pihak polis seperti ada Yang Berhormat mengatakan · tadi melihat keadaan ini dilaksanakan.

Begitu juga sistem KEJARA yang telah diperkenalkan sejak 1hb. Januari, 1984 yang bertujuan untuk mening­katkan kesedaran dan disiplin para pemandu dan mengurangkan kadar kemalangan jalanraya masih lagi ber­jalan dan dilaksanakan. Begitu juga perlaksanaan borang laporan kesalahan lalu lintas jalan oleh pegawai kumpulan A, dan ini ialah kumpulan pegawai­pegawai dalam kumpulan A di dalam Kerajaan boleh membuat laporan kesalahan lalu lintas melalui satu borang yang boleh dikem ukakan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan dan kemu­diannya boleh diambil tindakan.

Kementerian juga melalui Majlis Keselamatan Jalanraya telah mengeluarkan Buku Panduan Pen­didikan Keselamatan Jalanraya untuk rujukan dan panduan di sekolah berkaitan dengan pengajaran dan pen­didikan keselamatan jalanraya dan menyediakan kurikulum baru sekolah memandu supaya mewujudkan pemandu-pemandu yang bukan sahaja mahir memandu tetapi juga memandu secara berhemat dan tahu tentang cara mengelakkan kemalangan di samping mengadakan dialog, ceramah dan kur­sus untuk semua peringkat pengguna jalanraya dan mengadakan seminar keselamatan jalanraya untuk bertukar fikiran mengenai cadangan-cadangan baru untuk mem banter as masalah keselamatan jalanraya juga menggalak­kan pihak swasta memainkan peranan yang lebih aktif untuk menjalankan pro­gram sendiri ataupun membiayai pro­gram untuk keselamatan jalanraya. Ini termasuklah badan-badan sukarela dan persatuan-persatuan belia dan sebagainya.

Majlis Keselamatan Jalanraya juga menggalakkan penubuhan kelab-kelab

keselamatan jalanraya di sekolah­sekolah dan juga jawatankuasa keselamatan jalanraya di peringkat daerah serta dalam kawasan perumahan untuk mendapatkan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam usaha mengurangkan kemalangan jalanraya.

Ahli-ahli Yang Berhormat tentulah memang menyedari bahawa pernah saya mengatakan yang tersiar dalam akhbar bahawa pemandu-pemandu Malaysia adalah di antara yang terburuk sekali di dunia kerana ini berasaskan bahawa 92.830Jo kemalangan yang disebabkan oleh kesalahan pemandu iaitu:

33.16% memandu dengan tidak ber­hati-hati, (cuai); 14.87% memandu terlalu laju; 10.870fo memandu cara merbahaya; dan 0.1% membawa muatan lebih.

Jadi, dari segi muatan lebih itu tidaklah begitu banyak tetapi saya memang bersetuju, bahawa membawa muatan lebih itu boleh membahayakan bukan sahaja kepada pemandu lori itu sendiri tetapi kepada pengguna­pengguna jalanraya yang lain.

Saya sendiri juga mengalami pahawa seketul batu jatuh menimpa cermin kereta saya dalam perjalanan ke Johor Bahru. Jadi saya memahami sangatlah keadaan kerana saya jugalah salah seorang pengguna jalanraya.

Ahli-ahli Yang Berhormat memanglah langkah-langkah yang kita jalankan ini sedang berjalan dan kita sangat-sangat berharap bahawa Ahli­ahli Yang Berhormat sendiri sama-sama dapat memberikan sokongan dalam kempen ini di kawasan masing-masing agar ianya lebih berkesan.

Mengenai masalah permukaan jalan, jalan sempit, berliku-liku dan sebagainya yang disebutkan oleh Senator Puan Law Jack Y oon tadi memang masalah kejuruteraan jalan ini

Page 68: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

2007 13 JULAI 1988 2008

adalah tanggungjawab Jabatan Ker­jaraya dan juga Lem baga Lebuhraya Malaysia. Ini tidak dilepaskan daripada perhatian kami semua kerana di Mesyuarat Agung MKJR yang baru lalu, satu kertas kerja khas mengenai ke­juruteraan jalan ini telahpun diben­tangkan dan dibincangkan dan rumusan-rumusan telah dibuat.

Mengenai tanda-tanda dan lampu­lampu jalan dan sebagainya, rasa saya bolehlah dikatakan memuaskan sepan­jang saya dalam perjalanan itu dan sekiranya ada pula terlindung oleh pokok dan sebagainya, saya berharap­lah Yang Berhormat semua memberikan kerjasama supaya melaporkan perkara­perkara itu ataupun ada di antaranya yang telah tumbang mungkin terlepas pandang oleh pihak-pihak yang berkaitan, haraplah dapat diberikan laporan.

Mengenai hukuman yang dikatakan ringan, rasa saya selepas kita menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 hukuman semua sudah ber­tambah berat. Jadi kalau hendak dikatakan hukuman itu ringan, tidaklah ringan kalau dibandingkan dengan semasa Peraturan-peraturan Lalulintas Jalan ini di bawah Ordinan Lalulintas Jalan 1958.

Dari segi pendidikan, memanglah yang telah menyebut tadi berbagai-bagai cara telah kita laksanakan dan memanglah · kita berharap ianya akan dapat memberikan kesan kepada semua pihak, maka itulah sebabnya kita sekarang ini bermula di sekolah di mana kita hendak kelab-kelab keselamatan jalanraya ditubuhkan di sem ua sekolah supaya anak-anak kita akan menjadi pengguna jalanraya apabila me:reka dewasa kelak dan masa mereka kecillagi pun mereka sebagai pengguna jalanraya sama ada berjalan kaki ataupun menaiki motosikal, menaiki bas dan sebagainya mestilah mereka dilatih.

Yang Berhormat Tuan Haji Syed Abdul Hamid Sagaff telah menyebut mengenai perundangan subsidiary yang dikatakan tidak meliputi Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Per­dagangan. Kedua-dua Akta ini adalah asalnya di bawah Ordinan Lalulintas Jalan tetapi sekarang telah diasingkan sebagai dua Akta yang berasingan iaitu Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan di bawah Kementerian Perusahaan Awam.

Sebenarnya perundangan subsidiary masih wujud. Kaedah-kaedah lama masih berjalan kuatkuasanya sehing­galah kaedah-kaedah baru bagi peruntukan-peruntukan baru sedang pun diproses dan akan dilaksanakan. Oleh kerana itu tidak bererti bahawa apa yang telah kita luluskan dalam Akta Pengangkutan Jalan tidak dapat dilaksanakan.

Mengenai alat penimbang, memang kita tidak pada masa ini mempunyai kemampuan untuk meletakkan alat penimbang di sepanjang jalan tetapi ianya diadakan di tempat-tempat terten­tu di mana pihak Polis dan JPJ juga boleh menggunakan alat-alat penim­bang itu dan saya menyambut baiklah satu cadangan daripada Persatuan Kenderaan yang ada saya dengar dahulu bercadang untuk mengadakan alat tim­bang mereka sendiri sebagai quality con­trol untuk menentukan ahli-ahli Persa­tuan Kenderaan tersebut tidak melebihi had muatan seperti dicatatkan dalam permit-permit mereka.

Kepada Yang Berhormat Puan Habidah Jusoh, saya mengucapkan terima kasih atas tahniah yang diberikan tetapi selepas itu Yang Berhormat juga membawa rungutan-rungutan. Terima kasih juga atas pandangan-pandangan yang diberikan. Saya bersimpati dengan kawasan-kawasan luar bandar yang tidak mempunyai kenderaan awam tetapi permit untuk kenderaan awam

Page 69: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

2009- 13 JULAI 1988 2010

bukan di bawah kuasa Kementerian Pengangkutan, ianya adalah di bawah kuasa Kementerian Perusahaan Awam dan mana-mana pihak yang ingin menguruskan dan mengendalikan bas atau teksi hendaklah membuat per­mohonan kepada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan yang diletak­kan di bawah Kementerian Perusahaan A warn.

Mengenai kes sapu, ia, itu JP J punya kerja untuk menyapu mereka pula atau disaman mereka itu supaya mereka tidak menjalankan usaha-usaha kereta sapu.

Mengenai cadangan permit khas bas kecil itu juga, saya harap dapatlah merujukkan atau dikemukakan pan­dangan itu kepada Kementerian Perusahaan Awam.

Kemalangan jalanraya sebenarnya kalau dibandingkan antara tahun 1986 dengan 1987 menurun, tetapi sedikit sahaja iaitu sebanyak 71tfo sahaja ianya menurun. Tetapi ini tidak bererti bahawa kita tidak termasuk dalam 'top 10' dalam dunia. Kita masih lagi duduk dalam lingkungan itu dan di per­ingkat ASEAN pun kalau tidak silap saya kita adalah di tahap yang ketiga banyaknya kemalangan. Jadi, memang usaha-usaha kita terus sentiasa jalankan terhadap masalah ini.

Mengenai jalan-jalan sempit, keadaan permukaan jalan yang tidak sempurna semuanya itu memang sentiasa dalam kajian pihak-pihak yang bertanggung­jawab sama ada Lem baga Lebuhraya Malaysia ataupun Jabatan Kerjaraya sendiri. Saya berharap sesiapa juga yang mendapati keadaan sedemikian, dapatlah membuat laporan kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Yang Berhormat Dr. Tan Chong Keng telah menyatakan bahawa ter­dapat sindiket memalsukan kad pendaf­taran dan juga cukai jalan atau lesen kenderaan motor. Pad a satu masa

dahulu dalam tahun 1987 memang hebohlah mengenai perkara ini. Bagi mengatakan bahawa pegawai-pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JP J) ada bekerjasama, rasa saya itu tidak benar kerana tidak ada bukti-bukti dari laporan pihak Polis yang mengatakan demikian dan cukai jalan atau kad pen­daftaran kenderaan yang ada pada JP J yang dikeluarkan oleh JPJ mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sukar hendak ditiru oleh mana-mana pihak sama ada sindiket ataupun orang perseorangan; Kalau mereka dapat meniru, kalau mereka ini ada bekerjasama dengan pegawai-pegawai JP J sendiri, sudah ten­tulah cukai jalan dan kad-kad pendaf­taran itu tidak dapat dikesan.

Bagi membaharui kad pendaftaran di negeri lain, sebenarnya rancangan Jabatan Pengangkutan Jalan dan pihak Kementerian memang hendak mengkomputerisekan keseluruhan JP J di negara ini tetapi ianya tidak dapat dilaksanakan serentak ataupun belum lagi dapat dilaksanakan, tetapi dalam JP J Lem bah Kelang ianya telahpun diadakan dan insya Allah apabila kita mendapat peruntukan tambahan dapat­lah kita laksanakan walaupun ianya peringkat demi peringkat.

Mengenai rasuah yang bersabit dengan ujian kenderaan dan ujian pemandu, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan telah mengadakan beberapa cara untuk mengelakkan pakatan di antara pegawai-pegawai di dalam ujian-ujian tersebut. Untuk mengelakkan mereka berbuat demikian iaitu mendapat rasuah, dari segi sama ada ujian kenderaan ataupun ujian pemandu, seorang pegawai mengendalikan hanya satu bahagian sahaja dan pegawai lain mengendalikan bahagian lain, seterus­nya bagi empat bahagian, empat orang mengendalikannya dan yang akan mengira markah ialah satu panel yang lain. Dengan cara ini kita dapat mengelakkan pakatan ataupun peneri­maan rasuah kerana seseorang yang menguji itu tidak berkuasa sendiri un-

/

Page 70: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

2011 13 JULAI 1988 2012

tuk menentukan sama ada seseorang itu lulus ataupun tidak. Saya dapati dalam lawatan saya ke Jabatan Pengangkutan Jalan di Negeri-negeri dari segi kadar lulus ujian pemandu ini terdapat 1ebih kurang dalam 60o/o ke 70% sahaja lulus daripada seluruh ujian. Kalaulah usaha kerja-kerja rasuah dijalankan, rasa saya mungkin ianya lebih lagi daripada itu. Jadi, dengan cara ini saya yakin oahawa ianya tidak melibatkan rasuah.

Mengenai cadangan dibezakan kad­kad pendaftaran motosikal dengan kad pendaftaran kereta, rasa saya ini akan dikaji sama ada ianya munasabah dilaksanakan atau ianya akan dapat memberikan pertolongan s~perti yang kita .harap-harapkan.

Mengenai layanan, memang pegawai­pegawai Kerajaan· dikehendaki melayan sesiapa juga dengan sopan-santun. Memang itu etika kerja kita. Tetapi mungkin agaknya kalau ada satu dua yang berbuat demikian, saya harap dapatlah mereka itu dilaporkan secara khusus tidak secara umum supaya mereka yang melakukannya sahaja kita am bil tindakan kerana saya dapati bahawa lebih ramai yang berkelakuan baik yang bersopan·-santun daripada yang tidak bersopan-santun itu.

Begitu juga mengenai pembayaran yang dibuat di kaunter-kaunter, se­benarnya memang ada sistem iaitu dibenarkan individu memohon mem­baharui cukai jalan ataupun lesen memandu dan juga dibenarkan kum­pulan-kumpulan. Kalau seorang in­dividu hendak membaharui lesen memandu, seseorang itu tidak boleh membaharui lebih daripada dua lesen. Kalau kumpulan khas, macam yang dibawa oleh agen-agen, ini biasanya diberikan satu kaunter khas. Jadi, kalaulah terjadi perkara ini mungkin agaknya itu satu kecuaian di pihak pegawai yang menjalankan tugas.

Mengenai kad pendaftaran palsu tadi yang telah dapat menipu syarikat-

syarikat kewangan, saya berharap, Tuan Yang di-Pertua, mana-mana pihak juga kalau mereka mensyaki ada pemalsuan hendaklah melaporkannya kepada pihak Polis a tau pun melaporkan kepada JP J supaya dapat ditentukan sama ada kadkah, lesen kenderaan motorkah ataupun Iesen memandu sama ada ianya benar-benar palsu ataupun tidak.

Yang Berhormat itu tadi ada me­nyatakan bahawa JP J buat ban yak un­tnng setelah kutip cukai-cukai jalan dan macam-macam bayaran katanya, tetapi tidak membaiki keadaan jalan dan banyak juga jabatan kadang-kadang berbohong kepada orang ramai, janji tidak ditepati, katanya. Sebenarnya kea­daan jalan seperti yang telah saya sebut tadi bukanlah tanggungjawab Kementerian Pengangkutan tetapi me­mang sebenarnya Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jabatan Kerjaniya dan se­muanya dari masa ke semasa membuat kajian dari segi kesesakan dan kegunaan sebatang jalan itu. Kalau didapati bahawa jalan itu lebih banyak lagi kenderaan melaluinya atau meng­gunakannya maka rancangan menaik­kan tarafnya akan dibuat. Ini ber­gantunglah juga kepada peruntukan yang didapati. Sebenarnya semua ja­batan merancang pembangunan ja­batannya tiap-tiap tahun. Untuk melaksanakannya bergantung kepada peruntukan yang dapat diberikan oleh pihak Kerajaan. Jadi, ada kalanya oleh kerana agaknya didapati bahawa satu­satu jalan itu kurang priority atau keutamaannya maka ia terpaksa ditangguhkan.

Yang Berhormat Haji Abdul Majid telah mengatakan bahawa pejabat­pejabat negeri dan daerah JP J penuh sesak dengan orang ramai dan ini menyusahkan orang ramai yang hendak mendapatkan perkhidmatan. Kami menyedari dan berusaha meningkatkan lagi keadaan di semua jabatan tetapi dalam satu-satu tempoh meman­dangkan keadaan kewangan negara

Page 71: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

2013 13 JULAI 1988 2014

pada masa ini kita hanya dapat melaksanakan beberapa pembangunan atau penambahan jabatan-jabatan: Oleh kerana itu, ada jabatan-jabatan yang terpaksalah ditangguhkan penam­bahannya kepada tahun hadapan dan saya sangat berharaplah Ahli-ahli Yang Berhormat semua faham akal1 perkara ini.

Yang Berhormat juga ada menyebut mengenai takrif jalan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang ter­masuklah bahu jalan, lorong atas, bawah dan sebagainya. Memang saya sendiripun ada melihat bahawa kalau ada sekatan jalan ada Iori-lori yang berhenti di tepi jalan kerana mereka takut hendak melalui sekatan jalan itu disebabkan beberapa kesalahan kepada mereka. Sebenarnya pihak yang mem­buat sekatan jalan, Pegawai-pegawai Penguatkuasa berhak menyaman Iori­lori itu atas apa juga kesalahannya walaupun dia diletakkan di tepi jalan. Saya tanya juga, kenapa kadang-kadang lama baru hendak dapat diam bil tin­dakan. Pemandu-pemandu Iori ini, dia ambil cukai jalan, dia lari meninggalkan lorinya. Jadi pihak penguatkuasa kena tungguhlah sampai masa dia balik mengambil Iori. Itulah di antara keadaan-keadaannya, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Walau bagai­manapun, penguatkuasaan terus kita jalankan.

Mengenai layanan di Pejabat JP J, cadangan Yang Berhormat itu tadi supaya ada pegawai menerima aduan. Sebenarnya di sem ua Pejabat JP J ada dikhaskan pegawai yang menolong orang ramai, iaitu kalau dia tidak faham bagaimana cara hendak membuat sesuatu itu, dia boleh bertanya kepada pegawai tersebut dan apa borang yang hendak diisi pegawai akan menunjuk­kannya, tolong dia isikan borang­borang itu dan mengarahkannya ke mana patut dia pergi. Begitu juga menerima aduan, pegawai boleh mene­rima aduan daripada orang ramai dan sekiranya ia boleh diatasi pada masa itu

juga, pihak jabatan akan mengatasi­nya.

Mengenai teksi yang ada di Kuala Lumpur, sebenarnya sem ua kenderaan perdagangan mesti diperiksa dalam tem­poh tertentu dan semasa pemeriksaan atau ujian kenderaan ini dijalankan, sekiranya didapati ianya tidak mencap~ taraf road-worthiness, dengan izin, ianya tidak diberikan lesen semula. Ini­lah cara kita menyekat dan perkara ini tidak dapat dielakkan oleh mana-mana kenderaan perdagangan sama ada Iori ataupun teksi.

Yang Berhormat Tuan Tan Chai Ho telah menyebut mengenai had laju yang out-dated, dengan izin. Sebenarnya Kementerian Pengangkutan dan pihak­pihak jabatan yang berkenaan telah menubuhkan satu jawatankuasa meng­kaji keadaan jalan-jalan di sekitar Wilayah Persekutuan terutamanya yang memang didapati sepanjang masa kenderaan-kenderaan yang lalu itu melebihi had laju yang telah ditetap­kan. Memandangkan bahawa mutu jalan tersebut, keluasannya, panjangnya dan sebagainya telahpun meningkat lebih baik daripada dahulu, memanglah ada dicadimgkan oleh jawatankuasa supaya had laju ini dikaji semula dan dinaikkan sepatutnya sebagai yang sesuai. Tetapi kuasa untuk menukar had laju mana-mana kawasan ini, kalau ia Bandaraya terpulang kepada Dat uk Bandar yang akan memutuskan dan akan menggazetkan. Begitu juga di pekan-pekan atau bandar-bandar di mana Pihak Berkuasa Tempatan yang berkuasa untuk melaksanakannya. Bagi pihak kami mencadangkan.

Kepada Yang Berhormat Senator Ab­dul Hamid Araby, saya mengucap­kan banyak terima kasih. Beliau telah banyak menolong saya menjawab masalah-masalah dari segi keselamatan jalanraya, ~pen-kempen keselamatan jalanraya, perangai pemandu dan juga denda-denda yang patut ditingkatkan dan didenda serta merta.

Page 72: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

2015 13 JULAI 1988 2016

Sebenarnya dari segi denda, apabila Akta Pengangkutan Jalan 1987 dikuat­kuasakan, kita dapati bahawa denda compound yang minima dahulunya $100 sekarang sudah dinaikkan kepada $300 dan pengalaman saya terutamanya di musim perayaan, pejabat saya sibuklah didatangi oleh ramai orang yang telah kena saman. Ada yang kena saman $200 ada yang kena saman $300. Ada di antaranya yang hampir me­nangis mengatakan, "ini hampir hariraya, anak saya belum beli lagi baju raya, ini sudah kena sam an $300." Tetapi saya terpaksa bertegas, saya kata saya minta maaf dan itu adalah meng­ikut undang-undang dan denda itupun adalah mengikut kesalahan-kesalahan­nya, bukan semua pula didenda terus maksima $300. Tetapi ini ternyatalah apabila ramai datang mencari saya hendak minta tolong, ternyata bahawa periguatkuasaan sedang berjalan dengan rancak. Saya rasa dari segi denda itu sudah ada kesannya.

Cadangan hendak mewujudkan freeway, cadangan ini akan saya kemukakan kepada pihak yang berke­naan iaitu Lembaga Lebuhraya Ma­laysia dan juga Jabatan Kerjaraya.

Di mana-mana yang saya tidak dapat memberi ulasan atau tidak sempat men­jawabnya tadi, saya mengambil perha­tian kerana semuanya telah saya catit dan saya sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya ke­mukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

.-,

Masalah dikemukakan bagi di­putuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibaca kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatan­kuasa.

(Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa)

Fasal 1 hingga 6 diperintah jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PELESENAN

KENDERAANPERDAGANGAN (PINDAAN)

Bacaan Kall Yang Kedua dan Ketlga

5.20 ptg.

Timbalan Menteri Perusahaan Awam (fuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon men­cadangkan supaya Rang U ndang­undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 · dibaca untuk kali kedua.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang­undang ini adalah bertujuan untuk meminda beberapa peruntukan dalam Akta Lembaga Pelesenan Ken­deraan Perdagangan 1987. Pindaan­pindaan ini adalah perlu bagi memper­kemaskan dan memperlengkapkan lagi peruntukan-peruntukan yang ada dalam Akta ini.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 adalah merupakan suatu Akta yang berkaitan dengan pelesenan dan pengawalseliaan

Page 73: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

2017 13 JVLAI 1988 2018

serta penguatkuasaan kenderaan­kenderaan perdagangan eli bawah Lem­baga Pelesenan Kenderaan Perdagangan eli Kementerian saya. Akta ini mula berkuatkuasa pada 1hb Januari, 1988 bagi menggantikan Bahagian 5 Ordinan Lalulintas Jalan 1958 yang berkaitan dengan Pelesenan Kenderaan-kenderaan Perdagangan.

Setelah Akta ini elikuatkuasakan, ter­dapat beberapa perkara teknikal yang perlu elijelaskan dengan nyata. Ini memerlukan beberapa pindaan kepada Akta ini.

Untuk memperkemaskan Akta ini supaya lebih jelas dan teratur, beberapa takrik baru pindaan dan peruntukan­peruntukan tambahan telah dimasuk­kan ke dalam Akta ini. Ini bertujuan un­tuk mengelakkan keraguan dalam men­tafsirkan perkataan-perkataan. a tau peruntukan-peruntukan yang ada dalam Akta ini.

Tuan Yang eli-Pertua, secara ring­kasnya Rang Undang-undang ini telah memasukkan takrif baru dan menam­bah beberapa perkataan di bawah Fasal 2 supaya menjelaskan maknanya dengan nyata. Antaranya ialah dengan meminda takrif 'bas mini' untuk men­cerminkan amalan sekarang yang membenarkan 26 penumpang yang mana juga adalah termasuk pemandu bas. Di samping itu, Fasal 2 juga memasukkan takrif baru iaitu 'Ketua Pegawai Polis' yang bermaksud mana­mana pegawai polis yang berpangkt tidak rendah daripada Inspektor yang eliberi kuasa secara bertulis oleh seorang Ketua Pegawai Polis untuk men­jalankan · kuasa-kuasa yang diberi kepada pegawai polis itu. Takrif 'pegawai polis' juga dimasukkan dalam Fasal ini. Ini adalah bertujuan untuk menjelaskan takrif Ketua Pegawai Polis dan pegawai-pegawai polis yang di­berikan kuasa-kuasa tersebut di bawah Akta ini. Selain daripada pegawai­pegawai polis biasa takrif 'pegawai­pegawai polis' juga termasuk pegawai-

pegawai polis tam bahan, pegawai polis sukarelawan, simpanan dan pegawai polis bantuan. Sesungguhnya mereka ini adalah layak diberikan kuasa untuk melaksanakan tugas sebagai pegawai­pegawai polis seperti yang elikehendaki di bawah akta ini. W alau bagaimana­pun, saya percaya perkhiqmatan mereka ini hanya akan dilibatkan di dalam masa-masa tertentu dan apabila di­perlukan sahaja.

Fasal5 Rang Undang-undang ini pula membuat pindaan berkenaan dengan kuasa Lembaga mewakilkan fungsi­fungsinya kepada pegawai awam sa­haja. Ini adalah perlu untuk mengelak­kan fungsi-fungsi lembaga diwakilkan kepada orang-orang yang bukan ~gawai awam.

Fasal 6 Rang Undang-undang ini meminda seksyen 34 untuk memberi kuasa kepada Lembaga menetapkan berat dengan muatan maksima dibe­narkan bagi sesuatu kenderaan per­dagangan. Memandangkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan adalah bertanggungjawab berkenaan dengan pelesenan kenderaan per­dagangan, adalah wajar kuasa tersebut dikuatkuasakan oleh lembaga.

Untuk memberi kuasa menyiasat kepada Pegawai Pengangkutan Jalan, Rang Undang~undang ini memasukkan seksyen baru iaitu seksyen 44A. Dengan adanya kuasa ini penguatkuasaan yang dijalankan oleh Pegawai-pegawai Pengangkutan Jalan akan lebih berkesan.

Satu lagi seksyen baru ialah seksyen 45A untuk memberi kuasa kepada pegawai polis dan pegawai-pegawai pengangkutan jalan memerintah seorang awam yang disyaki melakukan kesalahan eli bawah Akta ini untuk menghadiri eliri ke mahkamah majistret yang paling berhampiran sebagai ganti membuat permohonan kepada mah­kamah untuk mendapat saman. Dengan adanya peruntukan ini tindakan pe-

Page 74: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

2019 13 JULAI 1988 2020

nguatkuasaan akan dapat berjalan segera dan berkesan.

Rang Undang-undang ini juga mem­buat pindaan kepada seksyen 49 Akta ini supaya pegawai-pegawai polis dan pegawai-pegawai pengangkutan jalan yang khusus diberi kuasa secara bertulis. lni adalah bertujuan untuk menghadkan kuasa yang diberikan di bawah seksyen ini kepada pegawai-pegawai tertentu sahaja.

Pindaan-pindaan dan tambahan ke­pada Akta Lembaga Pelesenan Ken­deraan Perdagangan 1987 adalah perlu bagi memperkemaskan dan memper­lengkapkan lagi peruntukan-peruntukan yang ada.

Walaupun peruntukan-peruntukan Akta memberi kuasa yang secukupnya dalam penguatkuasaan Akta ini, ianya tidak menyatakan kuasa dengan nyata bagi pihak tertentu untuk melaksana­kannya. Dengan memasukkan atau menambahkan peruntukan-peruntukan baru, maka kuasa-kuasa pihak tertentu akan lebih nyata dan jelas. Ini akan memberi kesan yang lebih dalam pe­nguatkuasaan peruntukan-peruntukan di bawah Akta ini.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang­undang ini tidak akan melibatkan Kera­jaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan. Dengan ini, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Menteri Kerjaraya (fuan Lubat Wan): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta untuk me­minda Akta Lembaga Pelesenan Ken­deraan Perdagangan 1987 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Tidak ada perbahasan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Maj-

lis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini di­bacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatan­kuasa.

(Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa)

Fasal 1 hingga 13 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Rang Undang-undang dilap.orkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG MEMBAHARUI UNDANG­

UNDANG (PENGHAPUSAN SAMSU GELAP) (PINDAAN)

Bacaan Kali Yang Kedua dan .Ketiga

5.30 ptg.

Timbalan Menteri Kerjaraya (fuan Lubat Wan): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu suatu Rang Undang-undang yang dinamakan Akta Membaharui Undang-undang (Peng­hapusan Samsu Gelap) (Pindaan) 1988 dibaca kali yang kedua sekarang.

Rang Undang-undang ini adalah ber­tujuan untuk meminda Akta Mem­baharui Undang-undang (Penghapusan Samsu Gelap) 1976 bagi tujuan seperti berikut:

(a) mengadakan peruntukan yang berasingan terhadap kesalahan bagi seorang yang mempunyai di dalam milikan atau kawalan atau jagaan samsu gelap, dari-

Page 75: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

2021 13 JULAI 1988 2022

pada merangkumi keadaan ini di dalam takrif "memperda­gang"; dan mengeluarkan per­untukan hukuman ringan ke­rana merniliki samsu gelap yang kurang daripada suku gelan; dan

(b) meningkatkan hukuman yang sedia <tiperuntukkan supaya memberi kesan pencegahan yng cukup bagi maksud meng­hapuskan gejala samsu gelap.

Dengan Jzin, Tuan Yang di-Pertua, sukacita saya mengemukakan dengan ringkas kepada Dewan yang mulia ini latar belakang dan asas-asas pindaan yang dicadangkan di dalam Rang Undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, sejak Akta yang sedia ada itu berkuatkuasa mulai 11hb April, 1976 terdapat beberapa ke­jadian kematian yang sia-sia ke atas mangsa-mangsa yang menceburkan diri di dalam aktiviti-aktiviti merninum sam­su gelap ini. Maka adalah difikirkan bahawa antara jalan atau usaha untuk mengelakkan kejadian sia-sia ini ialah dengan pencegahan yang lebjh ber­kesan. Mudah-mudahan dengan meng­adakan peruntukan hukuman yang lebih berat terhadap yang terlibat ianya akan menghapuskan ataupun sekurang­kurangnya menghindar aktiviti-aktiviti yang kurang menyenangkan itu.

Pindaan-pindaan yang dicadangkan meningkatkan penalti bagi kesalahan mengil~g. memperdagang dan meng­guna pre!Jlis yang berkaitan dengan samsu gelap atau milikan alat mengilang daripada tempoh yang tidak melebihi S tahun dan tidak kurang daripada 2 tahun kepada tidak melebihi 10 tahun dan tidak kurang daripada 4 tahun. Hukuman denda yang sedia diperuntuk­kan diganti dengan sebat mandatori yang tidak kurang daripada 2 kali sebatan.

Bagi kesalahan mengilang dan mem­perdagang jika samsu gelap itu mengan­dungi bahan berbahaya, peningkatan hukuman ialah daripada penjara tidak melebihi 10 tahun dan tidak kurang daripada 4 tahun kepada tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 7 tahun. Sebatan mandatori yang tidak kurang daripada 6 kali dikekalkan walaupun hukuman denda dimansuh­kan.

Cadangan juga dibuat untuk meng­adakah satu kesalahan yang khusus untuk mereka yang mempunyai di dalam milikan, kawalan atau jagaah samsu gelap, yang hukumannya adalah sama dengan kesalahan memperdagang iaitu jika samsu yang berkenaan itu tidak mengandungi apa-apa bahan berbah~ya, pesalah akan dikenakan · hukuman penjara mandatori selama satu tempoh tidak lebih daripada 10 tahun dan tidak kurang daripada 4 tahun dan disebat tidak kurang daripada 2 kali sebatan. Tetapi sebaliknya jika samsu yang terlibat itu mengandungi apa-apa bahan berbahaya, hukumannya diting­katkan kepada penjara mandatori selama satu ternpoh tidak lebih daripada 20 tahun dan tidak kurang daripada 7 tahun dan disebat tidak kurang daripada 6 kali sebatan.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini yang menghapuskan peruntukan berhubung dengan penggunaan samsu yang kurang daripada suku gelan mengikut fakta-fakta sesuatu kes yang tertentu boleh menyebabkan mereka yang terlibat dituduh kerana mem­punyai di dalam milikan atau kawalan atau jagaannya samsu gelap tersebut.

Apa yang disebutkan tadi itu secara terperinci dinyatakan di dalam huraian kepada Rang Undang-undang itu:-

(a) Fasal 2 Rang Undang-undang bertujuan meminda seksyen 2 Akta dengan memotong perkataan "memiliki" daripada takrif · "memperdagang" oleh

Page 76: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

2023 13 JULAI 1988 2024

kerana milikan samsu gelap itu sendiri hendaklah dijadikan satu kesalahan yang asing.

(b) Fasal 3, 4, 6 dan 7 masing­masing bertujuan meminda seksyen-seksyen 3, 4, 6 dan 7 Akta supaya menambah penalti­penalti bagi kesalahan-kesalahan mengilang, memperdagang dan mengguna premis-premis yang berkaitan dengan samsu gelap dan milikan alat-alat mengilang. Tempoh pemenjaraan manda­tori ditambah kepada satu tempoh yang tidak melebihi 10 tahun dan tidak kurang daripada 4 tahun. Hukuman denda diganti dengan sebatan mandatori yang tidak kurang daripada dua kali. Walau bagaimanapun, jika samsu gelap mengandungi apa-apa bah~m berbahaya, tempoh pemenjaraan mandatori itu dilanjut kepada satu tempoh yang tidak melebihi 20 tahun dan tidak/ kurang daripada 7 tahun dan satu sebatan mandatori yang tidak kurang daripada 6 kali bagi mengilang dan ·memperdagang.

(c) Fasal 5 bertujuan memper­kenalkan satu seksyen 5 baru \ sebagai mengganti seksyen lama untuk membuat peruntukan mengenai satu kesalahan yang asing bagi milikan, jagaan atau kawalan samsu gelap. Sehingga ini milikan samsu gelap telah diliputi dalam takrif memper­dagang. Walau bagaimanapun dalam hal keadaan tertentu mahkamah boleh memutuskan bahawa seseorang yang diper­tuduhkan atas memperdagang, melakukan suatu kesalahan hukuman lebih ringan iaitu hanya sebagai seorang peng­guna jika milikan itu melibat­kan samsu gelap sebanyak kurang daripada sukugelen. Dengan pindaan yang dicadang-

.kan ini, milikan, jagaan dan kawalan samsu gelap tanpa mengambil kira banyaknya samsu yang dimiliki, dijadikan satu kesalahan J:>erasingan dari­pada memperdagang yang apa­bila disabitkan, seseorang tertakluk kepada hukuman yang sama seperti yang diperuntuk­kan bagi memperdagang.

(d) Fasal8 bertujuan meminda sek­syen 16A Akta dengan menam­bahkan hukuman penjara yang dinyatakan dalam seksyen itu daripada 5 tahun kepada 7 tahun. Ini ialah satu pindaan berbangkit yang disebabkan oleh penambahan hukuman yang dikehendaki dalam lain­lain fasal.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Menteri Perumalian dan Kerajaan Tempatan (Datuk Haji Hussein bin Ahmad): Tuan Yang di­Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta untuk meminda Akta Membaharui Undang-undang (Penghapusan Samsu Gelap) 1976 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

5.39 ptg. I

Tuan R.M. Jasni: Tuan Yang di­Pertua, sungguhpun saya bukan peminat samsu gelap, tetapi saya inginkan mengambil bah~gian-ualam perbahasan suatu Akta un~uk meminda Akta Membaharui Onaang-undang (Penghapusan Safi\su Ge\ap) 1976 ini secara ringkas saha:ja. I

Dalam m~haskan Akta ini, saya berpendapat s kadar memperketatkan 'Uildang-undan menambah penalti­penalti bagi esalahan-kesalahan

Page 77: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

2025 13 JVLAI 1988 2026

mengilang, memperdagang, penggu­naan premis-premis yang berkaitan dengan samsu gelap dan pemilikan alat­alat mengilang tidak dapat menghapuskan kegiatan-kegiatan mem­buat samsu gelap. Pembuatan samsu gelap akan tetap berada di hutan-hut(};n, disemak-semak di rumah-rumah kosong dan di tempat-tempat yang tidak pernah dironda kerana selagi ada pelanggannya, peminatnya selagi itu kegiatan samsu gelap ini akan bertahan di tempat-tempat yang gelap.

Nyatalah di sini bahawa punca masalahnya ialah kegiatan membuat samsu gelap itu berhubung rapat dengan pelanggan atau peminum arak. Selagi ada peminum arak, selagi itu ada samsu gelap. Kita telah mengadakan kempen besar-besaran mengenai bahaya­nya najis dadah, mengapakah kita tidak dapat mengadakan kempen-kempen untuk menerangkan bahayanya meminum arak, terutamanya samsu gelap yang dibuat tidak menurut peraturan kesihatan seperti yang sedang kita bin­cangkan ini. Mengapa kita tidak boleh mengadakan penerangan-penerangan kepada kawasan-kawasan yang terlibat betapa jijiknya, kotornya samsu gelap yang dibuat secara sembunyi-sembunyi dan mengapa kita tidak boleh memberi gambaran-gambaran bahawa samsu gelap yang dibuat di belukar-belukar itu mengandungi lipas mati, tikus mati, ular mati dan alat-alat yang tidak pernah dicuci dan penuh dengan karat? Segala ini boleh dipamerkan kepada orang ramai supaya rasa jijik untuk membeli atau meminum samsu gelap itu timbul dalam kesedaran orang ramai. Apabila kesedaran ini timbul, orang ramai, saya pasti, tidak akan meminum samsu yang penuh najis itu.

Selain daripada itu perlu juga menjadi dasar Kerajaan dalam rnenerapkan nilai-nilai Islam itu supaya menjadikan benda arak itu satu benda yang jijik seperti kita memandang dadah itu suatu

najis yang amat merbahaya di dalam kehidupan manusia, masyarakat dan negara. Bahaya yang jelas dari kesan meminum arak yang tidak terkawal, tidak punya batas dan had, dapat kita lihat akibahnya dalam kehidupan masyarakat. Perkahwinan yang berkecai, rumahtangga yang porak peranda, orang menjadi putus asa dan kecewa dan akhirnya kehidupan seseorang manusia itu menjadi hancur lebur dan tidak tergambar penderitaannya.

Tuan yang di-Pertua, kita memang sedar man usia yang ada di m uka bumi ini ada 2 jenis: pertama, yang menurut atau tunduk kepada undang-undang fitrah dan mematuhi kehendak nalurinya; dan kedua, yang dikurniakan akal dan untuk bebas menentukan pilihannya. Di sinilah rasa saya penerapan nilai-nilai Islam itu seharusnyalah menjadi amalan man usia sejagat. Sebahagian dari nilai-nilai mur­ni yang telah diamalkan oleh berjuta­juta man usia Muslimin di dunia ini ialah tidak meminum arak. Nilai yang baik ini jelas di dalam erti perkataan Islam itu sendiri iaitu tunduk dan patuh kepada perintah orang yang memberi perintah dan kepada larangannya tanpa mem­bantah. Kalau nilai ini dapat diterapkan di dalam kehidupan kita, terutamanya yang berkaitan dengan samsu gelap dan dadah, masyarakat kita tidak akan meminum arak dan mengambil dadah,

· tetapi pengilang samsu gelap akan mem­bakar alat-alat mengilang dan pengedar­pengedar dadah akan menjadi papa kedana kerana tidak seorang pun lagi akan menjadi pelanggan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, bagaimanapun saya menyokong penuh Rang Undang­undang untuk meminda Akta Mem­baharui Undang-undang (Penghapusan Samsu Gelap) 1976, kerana inilah sahaja jalan dekat untuk mengawal kegiatan samsu gelap dari terus meracuni kehidupan masyarakat, sementara menunggu penerapan nilai-nilai Islam seperti saya katakan tadi itu dapat

Page 78: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

2027 13 JULAI 1988 2028

dihayati oleh masyarakat Malaysia yang mungkin mengambil masa yang panjang.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini suka saya hendak bertanya kepada pihak yang berkuasa, apakah eli antara banyak-banyak samsu plastik yang ter­dapat di kedai-kedai itu tidak terdapat samsu-samsu gelap yang dimasukkan ke dalam plastik-plastik secara cetak rom­pak? Sudahkah dibuat penyiasatan teliti kemungkinan samsu gelap yang dimasukkan ke dalam plastik itu telah menjadi musang dan lantas berbulu ayam?

Tuan Yang di -Pertua, sekianlah secara ringkas pandangan saya terhadap samsu gelap ini.

5.45 ptg.

Tuan G. Rajoo: Tuan Yang di­Pertua, saya bangun eli Dewan yang mulia ini untuk menyokong Rang Undang-undang Membaharui Un­dang-undang (Penghapusan Samsu Gelap) (Pindaan) 1988 yang diben­tang oleh Yang Berhomat Timbalan Menteri Kerjaraya sebentar tadi.

Seperti yang sedia maklum, Rang Undang-undang ini bertujuan meminda dan mem baharui Undang-undang Penghapusan Samsu Gelap agar ianya menjadi satu penghalang dan penga­jaran kepada sesiapa yang terlibat dalam pengedaran, pemilikan dan per­dagangan samsu gelap ini. Rang Undang-undang ini dibentang tepat pada waktunya dan amatlah sesuai ianya dibentang sekarang. Pemben­tangkan Rang Undang-undang ini adalah long overdue, dengan izin, dan tindakan Kerajaan mempercepatkan lagi hukuman haruslah dipuji dan disambut baik oleh semua rakyat.

Tuan yang di-Pertua, saya juga amat tertarik dan mengalu-alukan tindakan

Menteri Kerjaraya Malaysia yang membentangkan Rang Undang-undang ini. Yang Berhormat Datuk adalah seorang yang paling sesuai untuk membentang Rang Undang-undang ini kerana beliau pernah melihat dengan dekat kesengsaraan penagih-penagih samsu dan ahli-ahli keluarga mereka semasa lawatan rasmi beliau ke seluruh negara ini. Sayajugamengambil kesem­patan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Kerjaraya eli bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad yang berusaha bersungguh-sungguh dalam memben­tangkan Rang Undang-undang ini setelah kajian yang menyeluruh eli pelbagai peringkat.

Seperti yang kita sedia maklum, pelaksanaan undang-undang ini bertu­juan menghalang pemilik, perdagang dan peminum samsu gelap yang terlibat dengan ancaman yang merbahaya ini. Samsu adalah satu bahan yang boleb membahayakan kesihatan dan meng­ganggu fikiran yang waras serta memabukkan seseorang. Oleh yang demikian, tindakan yang diam bil ini adalah wajar dan tepat.

Tuan Yang di-Pertua, orang-orang yang memperdagangkan samsu gelap ini adalah orang yang tidak bertanggung­jawab dan tidak berperikemanusiaan. Mereka tidak langsung menghiraukan kesihatan peminum samsu dan mem­buat, dengan izin, distil, samsu itu di situasi yang amat kotor. Mereka men­campuri berbagai-bagai bahan, konon­nya bahan-bahan ini memberi perasaan yang lebih menghayalkan, akan tetapi bahan-bahan yang dicampuri ini adalah racun semata-mata dan membahayakan kesihatan peminum samsu. Oleh yang demikian, tempoh pemenjaraan man­dotori yang tidak melebih 20 tahun dan tidak kurang dari 7 tahun dan sebatan mandotori yang tidak kurang daripada 6 kali bagi pengilang dan pedagang adalah satu hukwnan yang amat baik dan sesuai.

~ -..

Page 79: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

2029 13 JULAI 1988 2030

Tuan Yang di-Pertua, saya berpen­dapat satu perkara telah tertinggal dalam Rang Undang-undang ini. Dalam Rang Undang-undang ini proviso tidak buat kepada kesalahan-kesalahan yang diulangkan sekali oleh pengilang dan pedagang ini.

Jika mereka mengulang kesalahan ini, mereka hendaklah dihukum garttung dan Kerajaan hendaklah membuat pro­viso ini dalam Rang U ndang-undang Penghapusan Samsu Gelap ini. Mereka hendaklah dihuk,um gantung jika mengulang kesal~han ini kerana samsu gelap seperti dadah juga boleh mem­bunuh penggunanya seperti yang pemah berlaku di Lunas, Kedah; Ladang Trans Kerian dan Semenyih di Selangor eli mana. berpuluh-puluh orang mati dan berpuluh-puluh lagi kehilangan penglihatan setelah minum samsu gelap yang dibuat dan dijual oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini.

Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan pengguna-pengguna samsu gelap ini adalah terdiri dari golongan yang berpendapatan rendah yang tinggal eli kawasan-kawasan terpencil, jauh dari bandar. Mereka tidak mampu membeli liquor, dengan izin, yang mahal lalu membeli samsu yang murah. Mereka juga tidak tabu tentang bahaya samsu gelap ini. Oleh yang demikian Kerajaan haruslah mengambil beberapa langkah yang sistematik untuk mendidik penduduk-penduduk luar bandar khasnya di ladang-ladang tentang bahaya samsu ini.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini samsu gelap boleh dibeli deng'an sebegitu senang dan mudah di kedai· kedai runcit dalam bentuk beg plastik dengan berbagai-bagai nama jenama oleh sesiapa sahaja - budak kecil, anak sekolah lelaki atau perempuan- pada bila-bila masa juga- pagi, petang at au malam. Ini adalah satu trend yang mer­bahaya kerana samsu gelap ini boleh dibeli di kedai runcit dengan harga yang

murah dan dapat dibeli oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa.

Oleh yang demikian, saya berpen­dapat Kerajaan hendaklah mencari jalan menggubal undang-undang agar samsu dijual hanya eli premis-premis yang berlesen pada masa-masa yang ditetapkan sahaja. Ini akan menghalang pembuat-pembuat samsu gelap memperdagangkan bahan mereka melalui kedai-kedai runcit dengan berbagai-bagai jenama yang ter­tentu.

Satu lagi aspek yang patut diberi perhatian adalah mutu dan kualiti sam­su yang diperdagangkan di pasaran sama ada secarahalal atau haram. Sam­su yang diperdagangkan secara halal haruslah mempunyai bahan-bahan yang tidak membahayakan kesihatan, murah dan berkualiti agar pengguna-pengguna tidak terlibat dalam sebarang 'side­effect', dengan izin. Samsu yang dikeluarkan oleh distillers, dengan izin, yang berlesen hendaklah menjaga mutu minumannya dan Kerajaan haruslah mengawal mutu minuman ini melalui agensi pengawasannya.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang saya ingin menyentuh adalah berkaitan dengan pengilang­pengilang samsu gelap. Mereka selalu membuat samsu eli tempat-tempat yang sunyi dan jauh daripada habitat orang. Pembuat-pembuat samsu dan kilang mereka tidak senang dikesan, mereka selalu "escape the long arm of the law", dengan izin. Oleh yang demikian, Kera­jaan haruslah mengkaji kemungkinan memberi 'reward' yang lumayan kepada sesiapa yang memberi maklumat mengenai tempat pengilang dan pem­buat samsu gelap ini sehingga mereka tertangkap dan dipenjarakan. Reward yang diberika.n ini haruslah lumayan agar orang ramai sanggup memberi maklumat sehingga tertangkapnya pen­jenayah ini.

Page 80: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

2031 13 JULAI 1988 2032

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini Kerajaan tidak mempunyai statistik yang lengkap mengenai pengguna­pengguna samsu gelap ini. Saya berpen­dapat eloklah Kerajaan berusaha men­dapatkan statistik yang lengkap mengenaj pengguna-pengguna samsu gelap ini dengan tujuan metnberi kaunseling dan pemulihan di pusat­pusat tertentu kepada penagih-penagih samsu ini seperti yang dilakukannya kepada pena:gih-penagih dadah. Dengan adanya kaunseling dan sistem pemulihan yang tertentu, saya yakin dan percaya Kerajaan dapat memulihkan beberapa orang yang terjatuh dan ter­jerumus dalam samsu ke pangkuan jalan yang baik dan sempurna.

Akhir kata, Tuan Yang di-Pertua, samsu adalah samsu, sama ada samsu itu samsu gelap atau samsu cerah. (Ketawa) Samsu boleh memabukkan, menghilangkan akal dan melemahkan masyarakat. Oleh yang demikian, setiap orang di negara ini haruslah menjauhi samsu agar rakyat jelata hidup selesa tanpa alkohol di negara yang beragama Islam ini (Tepuk) sebagai satu langkah menghormati Raja dan Negara.

Dengan harapan yang murni 1m, sekali lagi saya menyokong penuh Rang Undang-undang Membaharui Undang­undang (Penghapusan Samsu Gelap) (Pindaan) 1988 ini. Sekian, terima kasih.

5.57 ptg.

Tuan V.K. Sellapan: Tuan Yang di­Pertua, ucapan terima kasih diucapkan oleh saya kerana diberi peluang mengambil bahagian dalam perbahasan untuk menyokong Rang Undang­undang Membaharui Undang-undang (Penghapusan Samsu Gelap) (Pindaan) 1988.

Saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi tedma kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong kerana melantik saya sebagai Ahli Dewan Negara. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kerjaraya kerana memajukan nama saya supaya dilantik sebagai Senator dalam Dewan ini.

Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Dato' S. Samy Vellu dan Menteri Kewangan kerana berjaya menggubal Rang Undang­undang ini yang menunjukkan bahawa Kerajaan kita mengambil berat terhadap usaha menghapuskan samsu gelap dengan memberi hukuman-hukuman yang berat kepada yang melakukan kegiatan haram seperti memproses dan mengilang samsu gelap di pasaran. Dengan adanya penggubalan Rang Undang-undang ini, Kerajaan boleh mengawal dan membanteras kegiatan samsu gelap ini.

Rang Undang-undang ini juga akan memberi perlindungan yang luas serta menyelamatkan orang-orang yang berpendapatan rendah yang ingin mem­babitkan diri dalam aktiviti ini. Rang Undang-undang ini juga mencegah pemborong-pemborong samsu gelap supaya mendapatkan keuntungan yang besar daripada rakyat jelata yang berpendapatan rendah khususnya dari keturunan kaum India. Kegiatan sam­su gelap bukan sahaja memberi masalah yang serius kepada kaum India yang tinggal di ladang-ladang, malangnya ia juga menjangkit dan merebak secara luas di l)andar.

Saya mengambil kesempatan ini dan ingin memperingatkan kepada pihak Polis, perkara tersebut tidak boleh diambil sebagai perkara yang ringari seperti di masa-masa yang lalu. Kini Polis harus mengambil tindakan yang tegas terhadap penjual-penjual samsu gelap dan juga kepada orang-orang yang tidak mempunyai lesen untuk men­jual arak yang dibenarkan oleh Kera­jaan. kita.

Page 81: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

2033 13 JULAI 1988 2034

Perkara yang kedua yang saya ingin sentuh dalam ucapan saya ialah Kera­jaan harus menubuhkan pusat-pusat pemulihan arak bagi penagih-penagih samsu sepertimana Kerajaan kita telah mendirikan pusat-pusat bagi penagih dadah.

Kerajaan kita haruslah mengawalkan penjualan samsu-samsu dalam sarung plastik atau plastic bag. Samsu sarung plastik ini mudah boleh didapati di kedai arak dengan harga SO sen atau 60 sen sebungkus walaupun penjualan sam­su sarung plastik dihalalkan di kedai arak tetapi tidak ada berbeza di antara samsu gelap dan samsu halal dalam sarung plastik.

Bagi pendapat saya samsu gelap dan samsu halal tetap memberi keburukan kepada kesihatan badan apatah lagi Kerajaan mengharamkan penjualan samsu di negara kita. Bilangan yang besar penagih samsu adalah di golongan yang berpendapatan rendah dari ladang­ladang kita dan kelapa sawit. Selepas mereka menyelesaikan kerja-kerja yang berat dari ladang, mereka ingin me­nyenangkan diri dengan cara yang pal­ing senang sekali tanpa perbelanjaan yang tinggi. Akhirnya mereka meminum samsu haram ini. Di sinilah Kerajaan kita patut memberi perhatian terhadap aktiviti-aktiviti pekerja ladang, mereka tidak mempunyai kegiatan lain untuk memenuhi masa lapang kerana ada majikan-majikan ladang melar ng kegiatan-kegiatan parti politik an sosial, ladang-ladang tidak da kern udahan-kemudahan sep ti di kampung-kampung dan kampung­kampung baru dise4iakan oleh Kerajaan supaya menceburkan diri dalam aktiviti yang berhasil. Akhirnya mereka terperangkap dalam tabiat meminum samsu haram.

I ! \

Sebelum saya mengakhiri utapan saya, saya ingin menyentuh iaitu negara Malaysia adalah negara Ishim yang mempunyai berbilang kaum untuk men­do kong cita-cita Kerajaan bagi

menyerapkan nilai-nilai Islam haruslah Kerajaan mengambil keputusan supaya mengurangkan atau mengharamkan arak di negara kita. (Tepuk)

Ini bermakna generasi baru di masa hadapan akan menjadi satu generasi yang bebas daripada pengagihan arak. Dengan pendapat-pendapat ini saya ingin memberi sokongan saya yang sepenuhnya untuk Rang Undang­undang Penghapusan Samsu Gelap (Pindaan) 1988. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Ainon binti Ariffin.

6.05.ptg.

Puan Ainon binti Ariffin: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perdebatan mengenai pindaan Rang Undang-undang yang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Mem­bavarui Undang-undang Penghapusan Samsu Gelap 1976.

Tuan Yang di-Pertua, sebelom saya memberikan beberapa pandangan dan pendapat saya, terlebih dahulu saya juga irigin mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikan Tuan Yang di-Pertua sebagai atau selaku Timbalan Yang di­Pertua bagi Dewan Negara yang mulia ini.

M~mandangkan khidmat tuan yang baru \ sahaja kami ken ali nyatalah perlantikan itu sangat wajar. Semoga Dato' akan dapat membimbing Dewan ini bersama-sama Dato' Tuan Yang di­Pertua untuk meninggikan lagi prestasi khidmat dan juga kebajikan yang akan dihasilkan oleh Dewan Negara yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai Akta membaharui Rang Undang-undang Penghapusan Samsu Gelap 1979 ini, sesungguhnya pindaan ini rasanya sangatlah dialu-alukan. Saya

Page 82: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

2035 l3 JULAI 1988 2036

percaya bukan sahaja rakyat daripada keturunan India yang merasa gembira dengan pindaan Undang-undang ini tetapi semua rakyat yang berada di dalam negara Malaysia ini t~rut juga sama mengalu-alukan pindaan undang­undang ini, kerana sebagai sebuah negara yang sudah lama mempraktik­kan rasa perpaduan yang mendalam di kalangan rakyatnya yang majmuk, apa yang dirasakan oleh keturunan India dirasakan juga oleh rakyat keturunan Cina dan keturunan Melayu. Ini ter­nyata dalam kita menghadapi isu-isu besar di negara kita ini semua rakyat walaupun dari berbilang bangsa ini bersama-sama bersatu padu berjuang dan bersama-sama berganding bahu mengatasi semua masalah-masalah yang dihadapi.

Sesungguhnya kita rasa sangat sedih sebelum ini bagaimana rakan dan kawan-kawan kita daripada rakyat Malaysia yang taat setia daripada mereka yang berpendapatan renUah yang kebanyakannya duduk di pen­dalaman menjadi pekerja-pekerja di ladang-ladang telah tertipu oleh per­buatan daripada pengaruh samsu gelap atau samsu haram ini semata-mata kerana mereka ingin mencari sedikit kepuasan daripada tekanan hidup atau gelora suasana masyarakat di kalangan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, di Dewan ini pernah kita bawa berkali-kali mengenai masalah samsu haram ini. Kawan­kawan saya daripada MIC, Senator­senator yang ada di Dewan ini yang warganegara Malaysia keturunan India yang hitam manis (Ketawa) selalu sahaja mem bawa perkara-perkara mengenai samsu ini. Mereka sentiasa menjerit di sana sini dan juga wanita-wanitanya juga sentiasa membuat usaha-usaha supaya perkara samsu gelap ini men­dapat perhatian bukan sahaja daripada Kerajaan tetapi juga daripada mereka yang mempunyai kuasa iaitu majikan umpamanya dan juga pemimpin­pemimpin di dalam masyarakat tern-

patan, masyarakat yang terlibat dengan kesah-kesah samsu gelap ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita lihat banyak berita-berita dikeluarkan oleh akhbar-akhbar yang juga mengambil berat tentang perkara yang boleh men­datangkan satu gejala buruk di kalangan rakyat Malaysia ini. Kita juga mengucapkan terima kasih kepada media massa yang selalu mengambil berat dalam perkara ini dengan mengeluarkan perkembangan dan gejala buruk akibat daripada samsu gelap ini. Di mana dilaporkan beberapa kematian yang ngeri, kanak-kanak, ibu bapa malah ada pada satu ketika dahulu satu keluarga selepas meminum samsu gelap ini terus meninggal dunia. D~ ada juga yang tinggal menerima akibat yang buruk daripada kesan-kesan negatif atau mungkin 'chemical' yang ada di dalam sam su haram seperti yang dikatakan oieh sahabat saya tadi, ada yang buta mata, ada yang hilang fikiran atau gila, ada juga yang mabuk tidak sudah kera:ua racun daripada samsu gelap ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Undang­undang di hadapan kita, saya ingin me­nyentuh iaitu mengenai Fasal 3, 4, 6 dan 7. Masing-rnasing bertujuan rneminda seksyen-seksyen 3, 4, 6 dan 7 iaitu supaya Akta menambah penalti-penalti bagi kesalahan-kesalahan mengilang memperdagang dan menggunakan premis-premis yang berkaitan. dengan samsu gelap dan milikian alat mengilang. Tempoh pemenjaraan man­datori ditambahkan kepada suatu tem­poh yang tidak melebihi 10 tahun dan tidak kurang daripada 4 tahun.

Hukutnan denda digantl dengan sebatan mandatori yang tid'ak kurang daripada dua kali. Walau bagaimanapun, jika sanrsu gelap mengandungi apa-apa bahan berbahaya tempoh pemenjaraan mandatori itu dilanjutkan kepada suatu tempoh yang tidak melebih ~ tahun dan tidak kurang darip~da 7 tahun. Dan suatu sebatan

Page 83: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

2037 13 JULAI 1988 2038

mandatori yang tidak kurang daripada 6 kali bagi mengilan' dan memperdagang.

Tuan Yang di-Pertua, bagi mereka yang ingin menyedut keuntungan dari­pada penjualan samsu murah, mer­bahaya dan gelap ini, tentulah hukuman yang dikenakan yang diketatkan di dalarn pindaan Akta ini, akan men­jadikan satu deterrent kepada mereka mudah-mudahannya. Tetapi sekadar hukuman berat sahaja, Tuan Yang di­Pertua, tidaklah · memadai. Dalam masalah sarnsu atau mangsa samsu gelap ini ianya juga ada persamaannya dengan mangsa-mangsa alcohol atau tadi disebut arak. Satu pihak memper· dagangkan, satu pihak menagih. Yang memperdagangkan perlu akan mencari ikhtiar dan jalan akan berusaha by hook or by crook supaya boleh terus memper­dagangkan bahan-bahan samsu atau seperti yang saya kata alcohol. Yang sudah menagih, tidak dapat tiada walaupun gelap, walaupun terang, walaupun cerah, walaupun tidak kelihatan, tetap akan mencari bahan berkenaan sebagai memenuhi rasa ketagihan.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, kita mengucapkan tahniah kepada Kerajaan kita kerana sentiasa rnemelihara rakyat­nya. Kerajaan sudah menjalankan peranannya iaitu meminda akta dan menambahkan lagi hukuman-hukuman, mengetatkan lagi undang-undang dan kemudian memperhebatkan lagi gerakan-gerakan mengawas dan meneliti kepada mereka yang membuat kerja-kerja memperdagangkan samsu hararn ini. Tetapi apakah peranan kita, apakah pula peranan rakyat, peranan para pemimpin, · peranan para majikan tempat mereka yang menjadi mangsa atau akan jadi mangsa yang m.asih buta dan tidak mengetahui, yang tidak arif mengenai bahaya samsu ini patut ditanya. Sekadar untuk hanya undang­undang sahaja, saya rasa ianya tidak berkesan. Satu usaha dari segi pen­didikan pencegahan perlu diuruskan

dan perlu dijalankan sekarang ini. Nyatalah mereka yang menggunakan atau meminum samsu haram ini adalah disebabkan dua tiga faktor.

Faktor yang pertarna kerana ini sudah menjadi habit. Saya kurang arif dengan masyarakat sahabat saya orang-orang India, adakah meminum samsu ini sebagai satu minuman harian. Pada zahirnya walaupun minuman tersebut satu tradisional, kalau ia merbahaya, perlulah diberi pendidikan kepada yang menggunakannya itu supaya tidak lagi menyalahgunakan minuman yang walaupun merupakan satu perkara, dalam kebudayaan atau culture, dengan izin, mereka sendiri. Benda-benda yang merbahaya tidak perlu dikekalkan di dalam kebudayaan mana-mana rakyat atau mana-mana keturunan, kerana ianya akan memangsakan kett.rrunan itu sendiri. Maka saya rasa seperti juga dadah kerana pengalaman saya yang banyak dalam masalah penfCgahan dadah, maka peminum atau pengguna samsu ini juga perlu didekati dengan pendidikan pencegahan melalui kum­pulan kuil-kuil dan juga dengan meng­gunakan badan-badan sukarela sama ada ditempatan ataupun diwujudkan. Kami dari P,EMADAM, kerana saya juga adalah gurkha PEMADAM sedia memberikan khidmat dalarn mengan­jurkan kempen-kempen anti samsu gelap dan terang (Tepuk).

Tuan Yang.di-Pertua, kalau kita tidak hapuskan yang terang, yang gelap ber­jalan juga. Jadi, pada pendapat saya, gelap atau terang, saya setuju dengan sahabat saya tadi hapuskan kerana perkara ini mengandungi unsur yang negatif dan boleh dibuat alihan. Kalau barangkali samsu ini ada persamaannya dengan air tapai, maka gantikanlah dengan air tapai, tapai ubi, tapai pulut. Jadi, boleh jug!l menjadi satu daya­usaha untuk cari rezeki. Tanarn pulut, tanam ubi kayu kemudian buat tapai, ambil airnya minum, ibaratkan sebagai samsu. (Ketawa) Boleh juga untuk buat toast ataupun hendak buat hari-hari

Page 84: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

2039 13 JULAI 1988 2040

keramaian. Kerana kita tabu culture kita, keturunan kita kaya. Rakyat Malaysia kaya dengan kebudayaannya, kaya dengan adat-istiadatnya sebagai satu negara yang unik bagi dunia Iuar. Jadi, supaya tidak hilang bahawa minuman menjadi satu bahan penting dalam semua perayaan, dalam semua hal yang berbentuk keseronokan atau menghilangkan dahaga maka boleh dicari alihan atau gantian.

Saya sangat sedih, Tuan Yang di­Pertua, dalam masalah samsu haram ini wanitalah yang banyak menjadi mangsa. Saya dapati rakan-rakan saya yang mati itu, kalau mati suaminya kerana samsu gelap maka isterinya akan menghadapi hari depan yang gelap men­jaga anak-anaknya. Kemudian kadang­kala kalau sudah pihak suami bila dapat gaji, pergi carl samsu, bila sudah mabuk, balik goyang kaki, pukul isteri (Ketawa). Kemudian kadangkala anak­anak pun menjadi mangsa. Dia sudah nampak anak-anak dia seolah-olah mungkin seperti perkara benda-benda yang hendak merosakkan dia, ken(lna dikhayalkan oleh samsu - helosinasi (hallucination).

Saya tabu kalau alcohol dengan dadah boleh menukarkan fikiran manusia, ia akan menjadi seolah-olah seperti terlalu berani atau sebaliknya terlalu takut dan tidak dapat membuat perimbangan yang sewajarnya atau sesuai. Kadangkala dia nampak wanita isterinya yang cantik seperti gergasi. Sebab itu dia pukul dan kadangkala bila dia nampak anak-anaknya seperti ular atau seperti benda yang menakutkan, jadi dia marah, dia pukul atau dia cekek kerana dia hendak mengelakkan dirinya daripada diserang. Ini satu perasaan daripada jenis samsu.

Seperkara lagi tentulah masyarakat kita di kalangan orang India kita ini, sukar kita hendak bentuk dari segi disiplinnya, kalau samsu ini memainkan peranan penting, almaklum minum satu koleh masih lagi cakap macam biasa,

bila sampai dua koleh, suara pun sudah tinggi, bila sampai tiga koleh, koleh­koleh sudah berlaga koleh, bila sudah sampai empat koleh, maka tangan­tangan, kaki-kaki turut berlaga. Maka berlakulah pergaduhan, pertengkaran yang sia-sia. Apabila sedar, mereka rasa menyesal tetapi kerana ini satu bahan ketagihan, behaviour, dengan izin, maka besok ulang lagi. Boleh jadi saya ada kawan yang saya sayang sahabat saya daripada keturunan India. Saya kena sebut keturunan sebab ini kebudayaan masing-masing. Dengan rasa horinat bahawa mereka warga­negara Malaysia, keluarga kita, saudara kita. Jadi, kawan saya ini apabila dia tidak minuin samsu dia seorang yang sangat hadal, boleh jadi pengerusi dengan baik, boleh jadi pengerak yang baik. Bila sudah minum samsu, saya pun dia sudah taruh tangan (Ketawa). Jadi ini menunjukkan satu disiplin ~ kurang baik, padahal dia seorang yang · baik, seorang yang berhemah. Samsu telah menukarkan perangainya daripada seorang man usia biasa kepada man usia yang tidak biasa atau Iuar biasa. Tidak biasa tidak mengapa juga iaitu dia pengsan, tetapi bila luar biasa, tidak boleh rapat.

Saya tertarik tadi seorang sahabat saya menyebut bahawa pendidikan dari segi kaunseling penting. Saya akui itu benar kerana mereka yang menagih samsu ini seperti saya sebut tadi mesti ada faktor latarbelakang. Sarna ada faktor itu faktor dalaman atau faktor Iuaran terpulang kepada masalah yang dihadapinya. Saya percaya mereka yang berpendapatan rendah, mereka me­minum samsu itu sebagai satu kelegaan kepada penderitaannya. Almaklumlah dapat gaji kecil, anak ramai, tanggung­jawab banyak, perkara yang diperlukan banyak, tetapi duit tidak cukup, run­sing fikiran, badan sudah penat, letih kemudian runsing. Kalau begitu bagaimana hendak relax, maka ambit samsu, minurn hoha-hoha! hoha-hoha! kadang-kadang dia tidur, tetapi kadang­kadang dia meracau-racau. Jadi ertinya

Page 85: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

2041 13 JULAI 1988 2042

masalab perekonomian adalah kaitan­nya dengan samsu ini. Maka eloklah masyarakat itu mencari usaba, mencari jalan. Janganlab barap Kerajaan semua, bergantung pada Kerajaan semua. Ini cakap mulutnya kalau bergantung saha­ja dengan Kerajaan, Kerajaan · pun tum bang.

Cari usaba, saya rasa dalam masyarakat India sudah ramai para pemimpinnya yang daripada doktor, lawyer, gutu, bakim-bakim yang bi­jaksana, bakim yang baik, bukan bakim yang menggunakan undang-undang un­tuk kepentingan diri. Ada guru-guru, para pemimpin, dan boleb dikatakan purata dengan usaha Kerajaan, dengan

\ basil daripada negara kita yang , demokrasi, taraf ekonomi mereka sudah

baik. Yang baik tolonglah yang kurang baik supaya sama-sama dapat nikmat­nya, begitulab yang kita buat babu membahu.

Asas kaunseling atau dipanggil asas pengenalan kaunseling pendidikan sangatlab berguna untuk keluarga yang seperti ini. Tidak begitu sukar untuk mempelajarinya dan untuk mengem­bangkannya. Kita mana-mana yang suka membuat kerja kebajikan, sila pelajari sedikit-sebanyak akan asas pengenalan dari segi kaunseling keluarga atau kejiwaan ini, kemudian boleblab kita membuat ceramah kum­pulan ke tempat-tempat yang dikenalpasti black area samsu baram, kawasan bitam samsu gelap. Saya per­caya banyak sudah kita kenalpasti, estet mana, pekan mana, kampung mana, kawasan bandar mana yang terdapat perkara-perkara ini. Lancarkanlab kempen anti samsu ini.

M engenai kaunseling ini sebenarnya adalah untuk membimbing seseorang manusia supaya yakin kepada dirinya dan melatih dia mempunyai daya tahan diri yang kuat dalam menghadapi semua cubaan, dugaan dan kerumitan di dalam hidup. Ayabila seseorang punya daya taban--dfri, kalau dalam Islam dipang-

gil iman, kala" dalam masyarakat India saya tidak tabu; mungkin dia dipanggil seorang yang kuat dalam agama atau kalau dia boleb kontrol perasaannya dengan fikirannya melalui latiban kaunseling ini, nescaya dia boleb mengbadapi cabaran-cabaran bidup dengan cara yang bijaksana dan tidak mencari sesuatu untuk aliban atau dengan izin, escapism.

Tuan Yang di-Pertua, saya kembali menyentuh undang-undang m1 mengenai fasal 5 - bertujuan memperkenalkan satu seksyen 5 baru sebagai mengganti seksyen lama untuk membuat peruntukan mengenai suatu kesalahan yang asing bagi milikan, jagaan atau kawalan samsu gelap. Dengan rasa hor-mat kepada Kerajaan kita yang memang adil, saya rasa di sini sudah ada sedikit kelonggaran - kalau setengah gelen dia dianggap memiliki, hukumnya ringan, sama juga dadah mungkin dianggap sebagai pesakit kerana dia hanya menagib. Tetapi kalau lebib daripada setengah gelen baru dianggap dia itu mengilang atau cuba menggunakannya untuk memper­dagangkan, hukumnya berat.

Saya rasa dalam hukuman memiliki inipun mesti juga dipecah-pecahkan. Kalau misalnya dia itu memang sudah penagih kepada minuman samsu, kemu­dian ada setengah gelen semasa, dia boleh jual yang setengah gelen ini dan kemudian membuatnya lagi kerima membuat samsu tidak sesusah membuat dadah atau mengedar dadah. Saya difabamkan membuat samsu ini bahan­bahannya mudah sahaja. Boleh di­dapati di sekitaran, saya belum belajar cara mana hendak membuat samsu, dan tidak bercadang hendak belajar, sebab perkara ini perkara yang tidak memberikan manfaat, mungkin tadi say a ada dengar, ada yang kata taruh lipan, katak, ular. Saya tidak tahulah, tidak mungkinlah ular, katak masuk sama. Tetapi mungkin bahan-bahan yang ada di sekitaran, barangkali daripada itu i~i, itu ini dicampur-

1

Page 86: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

2043 .13 JULAI 1988 2044

adukkan maka ia jadi bahan yang mer­bahaya. Jadi ertinya dengan seketika mereka boleh membuat setengah gelen yang lain. Kalau setengah gelen dia memiliki, dia sakit, lepas satu kes, nan­ti satu lagi setengah gelen sakit, setengah gelen, setengah gelen, setengah gelen, setengah gelen, akhimya boleh jadi beribu-ribu gelen. Mengapa tidak jangan dikelas-kelaskan gelen ini, kerana daripada undang-undang kita boleh memandu mereka kepada membenci samsu, menggantikannya dengan air tapai, itu kalau bersetuju. Kalau tidak bersetuj u, bolehlah dialihkan dengan apa-apa minuman lain yang 'tidak begitu merbahaya.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ada juga baiknya dari segi pendidikan ini diterapkan juga di sekolah-sekolah jenis kebangsaan biar dari anak-anak dilatih samsu itu haram, samsu itu najis, sam­su itu jijik.

Timbalan Yang di-Pertua: Maaf, Yang Berhormat, masa sudah sampai, kalau boleh habiskan ...... Jam itu tidak boleh pakai (Ketawa).

Puan Ainon binti Ariffin: Maaf, Tuan Yang di-Pertua, saya berpandu kepada jam yang ada di Dewan (Ketawa). Nampaknya jam Dewan yang tidak betul, bukan saya yang tidak tabu masa (Ketawa).

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon berhenti di sini, kalau diizinkan, saya suka menyambungnya besok.

Timbalan Yang di-Pertua: Boleh sam­bung besok.

PENANGGUHAN MESYUARAT

Datuk Haji Hussein bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon- men­cadangkan bahawa mengikut perun­tukan Peraturan Mesyuarat 15(3) Ma­jlis Mesyuarat ditangguhkan sekarang.

Tuan Lubat Wan: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

UCAPANPENANGGUHAN

Peperiksaan Bahasa Malaysia Sijil Pelajaran Malaysia

6.30 ptg.

Tuan Chan Cboong Tak: Tuan Yang di-Pertua, semua rakyat Malaysia menyedari tentang kepentingan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan negara kita. Kerajaan negara kita sedang mencuba sedaya upaya untuk mendorong setiap lapisan masyarakat untuk mempergunakan Bahasa Malaysia dengan seluas-luasnya. Pelajar-pelajar dan orang-orang dewasa juga menyambut seruan Kerajaan ini secara positif dengan mempelajari bahasa ini secara serius sama ada dalam sekolah atau melalui pengajaran bim­bingan persendirian.

Ramai sebenarnya mempelajari bahasa ini secara diri sendiri dan kebanyakan mereka ingin sekali memperolehi sijil yang membuktikan kemahiran mereka dalam bahasa ini secepatmungkin. Oleh demikian, Kera­jaan dalam menggalakkan semua rakyat mempelajari Bahasa Malaysia harusnya memperuntukkan peluang yang lebih kepada mereka yang mengambil peperiksaan. Pada masa sekarang, sesiapa yang ingin mengam­bil peperiksaan mata pelajaran ini sebagai suatu mata pelajaran tunggal bolehlah mengambil peperiksaan ini setahun sekali, iaitu pada bulan Julai.

Sekiranya ia tidak berpuas hati akan keputusan peperiksaan dan ingin sekali lagi mengambil peperiksaan supaya dapat memperolehi keputusan yang lebih baik, maka ia terpaksalah menunggu sehingga bulan Julai, tahun depan. Tambahan pula, ramai penuntut-penuntut dan rakyat dewasa

Page 87: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

2045 13 JULAI 1988 2046

yang ingin mengambil peperiksaan ini mungkin tidak sempat mengambilnya kerana mereka sedang berada di luar negeri. Oleh demikian, demi menjaga kecenderungan serta menggalakkan lebih orang menguasai bahasa ini, saya di sini ingin merayu kepada Kerajaan supaya memperuntukkan peluang yang lebih kepada pelajar-pelajar bahasa ini untuk mengambil peperiksaan bahasa ini bukan sahaja pada bulan Julai, tetapi juga pada masa-masa lain di sepanjang tahun.

Sebagai suatu permulaan, Kerajaan bolehlah membenarkan calon-calon peperiksaan ini untuk mengambii peperiksaan mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai suatu mata pelajaran tunggal dalam bulan Disember. Dalam negara di mana kita terdapat ramai penuntut yang belajar, kita haruslah memberikan mereka peluang yang lebih dalam mengarh bil peperiksaan mata pelajaran secara tunggal.

Saya pasti semua rakyat Malaysia bersetuju yang kepentingan Bahasa Kebangsan kita perlulah diberikan kedudukan yang tinggi dan keperluan kelulusan pangkat kredit atau 'C' dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia yang perlu bagi kebanyakan kegunaan telah membayangkan betapa pentingnya bahasa ini. W alau bagaimanapun, dar­jab kelulusan untuk pangkat kredit seharusnya di peringkat yang boleh dicapai oleh majoriti penuntut yang menduduki peperiksaan. Oleh yang demikian, semua kes-kes 'borderline' di antara "kredit" dan lulus seharusnya diberikan pangkat "kredit". Pentingnya berbuat demikian adalab jelas ditunjuk­kan oleh peristiwa pilu, yang telah disebut oleh sahabat saya semalam, yang berlaku pada baru-baru ini di mana seorang penuntut yang berkeputusan cemerlang dalam keseluruhan tetapi telab salah diberikan pangkat "lulus" dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia telah membunuh diri.

Perkara yang lain, Tuan Yang di­Pertua, kalau saya tidak salah Kementerian pernah mempunyai ran­cangan untuk menjadikan Sijil Pela­jaran Malaysia (SPM) sebagai suatu si­jil terbuka, iaitu satu sijil tidak mem­punyai Gred 1, Gred 2 atau Gred 3, tidak ada pangkat, kecuali pangkat­pangkat mata pelajaran yang calon­calong tersebut ambil. Ramai di antara ktia memang berpendapat yang pangkat-pangkat yang ada pada Sijil SPM tidak mempunyai kegunaan ber­maksud selain daripada mengeciwakan pelajar-pelajar terutama sekali pelajar­pelajar yang berkeputusan cemerlang dalam kebanyakan mata pelajaran tetapi diberikan pangkat sijil yang ren­dah. Saya benar-benar ingin merayu kepada Kementerian Pendidikan supaya sijil terbuka ini dapat dilancarkan mulai daripada tahun ini.

Tuan Yang di-Pertua, penuntut yang· diam bil masuk ke Tingkatan 6 seharusnya dibenarkan untuk bertukar dari Aliran Sains kepada Aliran Sastera atau sebaliknya sekiranya terdapat kekosongan yang berlaku. Pada masa sekarang, keadaan ini hanya dibenarkan sekiranya penuntut berkenaan telab memperolehi pangkat-pangkat tertentu dalam mata-mata pelajaran tertentu semasa peperiksaan SPM. Kalau tidak, pertukaran aliran ini terpaksalab ber­gantung kepada pegawai dalam Kemen­terian Pendidik~n di Kuala Lumpur. Dalam hal ini, banyak masa akan ter­bazir sebelum keputusan dibuat kemu­dian dimaklumkan kepada penuntut berkenaan. Tenaga dan masa begini seharusnya boleh dijimatkan dan pera­saan hampa dan dukacita bolehlah dielakkan sekiranya pengambilan keputusan adalah diberikan kepada Guru Besar berkaitan yang memang tabu sama ada pertukaran aliran ini adalah berfaedah kepada penuntut yang

· berkenaan. Atas keadaap berlaku demikian, ramai penuntut terpaksa ting­gal di Aliran Sains di mana mereka sen­diri adalah enggan tinggal di aliran tersebut kerana mereka fikir mereka

Page 88: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

2047 13 JULAI 1988 2048

tidak sesuai dalam aliran, tetapi oleh sebab ada syarat sekarang mereka tidak dapat tukar.

Bagi Tingkatan 5 dan 6 untuk memilih mata pelajaran, saya telah menerima banyak aduan yang sekolah­sekolah tertentu tidak membenarkan penuntut untuk bertukar mata pelajaran yang mereka ingin belajar dan men­duduki peperiksaan berkaitan walaupun mata pelajaran berkaitan adalah diperlukan oleh mereka dan diajar dalam sekolah itu pula. Saya ingin di sini merayu kepada Kementerian Pen­didikan supaya mengambil tindakan yang segera untuk mendesak guru besar sekolah sedemikian untuk membantu penuntut dalam pilihan mata pelajaran dan membenarkan mereka memilih mata pelajaran yang mereka minat secara bebas.

Satu perkara lagi, Tuan Yang di­Pertua, yang akhir sekali.. ..

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, masa hampir sudah sampai.

Tuan Chan Choong Tak: 1-2 minit sahaja. Orang ramai adalah tidak syak lagi merasa sukacita melihat Kementerian Pendidikan telah menubuhkan dan akan terus me­nubuhkan kelas-kelas khas bagi kanak­kanak yang terencat akal dalam negara kita,

Saya harap Kementerian akan memberi timbangan kepada cadangan saya iaitu menubuhkan sekolah-sekolah khas untuk mengambil masuk kanak­kanak yang berkepandaian istimewa dalam negara kita. Publisiti baru-baru ini yang menyiarkan masalah seorang penuntut lelaki 'genius' bernama Chiam Ti Ming semasa beliau cuba memohon masuk ke sekolah-sekolah penuh ban­tuan Kerajaan telah menunjukkan keperluan kemudahan ini. Sebelum sekolah-sekolah sedemikian di­tubuhkan, saya ingin merayu kepada

Kerajaan untuk memberi kebebasan kepada peraturan-peraturan berkaitan denga had umur memasuki kelas atau kenaikan ke kelas tertentu atau men­duduki peperiksaan.

Timbalan Yang di-Pertua: Masa sudah cukup, maaf.

TU8n Chan Choong Tak: Terima kasih.

6.38 ptg.

Timbalan Menteri Pendidikan O'uan Woon See Chin): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan sememangnya memberikan banyak peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin mengambil peperiksaan SPM bagi mata pelajaran tunggal Bahasa Malaysia. Perkara ini telah dijelaskan dalam Pekeliling Lem­baga Peperiksaan 5/88 bertarikh 16hb Februari, 1988 berkenaan dengan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 1988, termasuk Peperiksaan Bahasa Malaysia Julai. Peperiksaan mata pela­jaran ini diadakan untuk calon-calon yang telah lulus mana-mana satu daripada peperiksaan, iaitu:

1. Cambridge School Certificate;

2. Federation of Malaya Certi­ficate;

3. Malaysia Certificate of Educa­tion;

4. Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu;

5. Sijil Pelajaran Malaysia;

6. General Certificate of Educa­tion;

7. Sijil Am Pelajaran;

8. Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia yang diperolehi dalam tahun 1987; atau

Page 89: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

2049 13 JULAI 1988 2050

9. semua sijil peperiksaan yang tersebut di atas pada tahun­tahun sebelumnya.

Peperiksaan ini juga diberi peluang kepada pegawai-pegawai Kerajaan atau pegawai-pegawai daripada Badan­badan Berkanun yang tidak mempunyai kelulusan yang tersebut di atas tetapi telah mempunyai ijazah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau telah lulus Bahasa Malaysia di peringkat LCE atau SRP. Kelulusan dalam mata pelajaran ini perlu dibuktikan kepada Ketua Jabatan masing-masing set>agai memeRuhi syarat-syarat perjawatan Kerajaan. Per­mohonan jenis ini mestilali telah diperolehi surat kebenaran khas daripada Pengarah Peperiksaan.

Oleh itu dakwaan yang dinyatakan iaitu Kementerian Pendidikan tidak memberi peluang kepada orang ramai untuk mengambil peperiksaan ini adalah tidak timbul. Pada masa ini, Kementerian Pendidikan tidak ber­cadang untuk mengadakan lebih dari sekali setahun peperiksaan SPM bagi mata pelajaran tunggal Bahasa Malaysia. Sekiranya peperiksaan ini di­jalankan pada bulan Disem ber atau sebarang bulan yang lain, ia akan menimbulkan banyak masalah seperti dari segi penentuan taraf keputusan, penetapan taraf dan mutu kertas soalan dan masalah logistik.

Mengenai permintaan Yang Berhor­mat menjadikan Sijil Pelajaran Malaysia sebagai sijil terbuka, pihak Kementerian Pendidikan memang ber­cadang untuk melaksanakan hal ini melalui sistem penilaian KBSM kelak. Pada masa ini, Kementerian Pendidikan sedang merancang dan mengkaji sistem penilaian KBSM dan perkara sijil ter­buka ini akan diberi pertimbangan sewajarnya. Penjurusan masuk ke Tingkatan 6 adalah berdasarkan kepada pencapaian calon dalam mata-mata pelajaran sastera atau sains. Sistem ini dianggap paling saksama dan objektif

kerana berdasarkan kepada keputusan SPM.

Pelajar-pelajar dari jurusan sastra dibenarkan masuk ke Tingkatan 6 dalam jurusan sastera sahaja, sebaliknya calon-calon dari jurusan sains dibahagikan kepada 3 kumpulan dalam pertimbangan untuk masuk ke Tingkatan 6 di sekolah-sekolah Kera­jaan iaitu:

(I) mereka yang layak masuk jurusan sains dan sastera;

(2) mereka yang hanya layak memasuki jurusan sains; dan

(3) mereka yang hanya layak memasuki jurusan sastera.

Dengan m1 jelaslah bahawa Kementerian Pendidikan memang memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk memilih jurusan. Walau bagaimanapun, keadaan ini bergan­tunglah kepada pencapaian mereka dalam peperiksaan SPM dan kekosongan tempat dalam jurusan yang dipilih. Mengenai kebenaran kepada pelajar-pelajar Tingka.tan 5 untuk memilih mata pelajaran dalam peperik­saan SPM dan Tingkatan 6 bagi peperiksaan STPM, Kementerian Pen­didikan memang memberi kebenaran kepada pelajar-pelajar untuk memilih mata-mata pelajaran bagi kedlia-dua peperiksaan ini.

Walau bagaimanapun, keadaan ini bergantunglah kepada:

(i) keputusan peperiksaan yang ter­dahulu iaitu peperiksaan SRP bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM dan keputusan peperiksaan SPM bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan STPM;

(2) kemampuan pelajar-pelajar Yl¥lg berkenaan mengikuti mata-mata pelajaran yang dipilih; dan

Page 90: PARLIMEN PENYATA · PDF fileJilid D Bil. 11 MALAYSIA Bari Rabu l3hb Julai, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN .. PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senates P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

2051 13 JULAI 1988 2052

(3) kemudahan-kemudahan per­sekolahan yang disediakan oleh pihak sekolah.

Pada masa ini, Kementerian Pen­didikan tidak bercadang untuk mengadakan kelas-kelas khas atau mem bina sekolah khas bagi tujuan menampung kanak-kanak yang mem­punyai bakat istimewa. Mengikut dasar Pendidikan Kebangsaan semua kanak­kanak dikehendaki mengikuti sistem persekolahan yang telah ditetapkan.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa mengikut

L-A01888

Peraturan Mesyuarat 15 (3) Majlis Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.

Usul dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan,

Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat l.S (3) Majlis Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.

Timbalan Yana dl-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditang­guhkan sekarang sehingga pukul 2. 30 petang esok.

Dewan ditangguhkan pad a puku/ 6. 45 petang.