PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA...

65
.Jilid II Bil. 33 MALAYSIA Harl .Jumaat 14hb .Januari, 1977 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA SENATE PARLIMEN KEEMPAT Fourth ParliamenJ PENGGAL KEDUA Second Session KANDUNGANNYA JAWAPAN..JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruanpn 2969] USUL: Waktu Mesyuarat clan Urusan yang clibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat dan Penangguhan {Ruangan 2983] RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Peruntukan Diraja (Pindaan) [Ruangan 2984] Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) [Ruangan 2997] Rang Undang-undang Daclab Berbabaya (Pindaan) (No. 2) [Ruangan 3008] Rang Undang-undang Daclab Berbahaya (Pindaan) [Ruangan 3022] Rang Undang-undang Orang-orang Papa [Ruangan 3043] Rang Undang-undang Panggung dan Tempat Hiburan Awam (Wilayab Persekutuan) [Ruangan 3060] Rang Undang-undang Perusahaan Nenas (Pindaan) [Ruangan 3075] DICETAK OLEH IBRAHIM BIN JOHAR!, P.I.S., KETt.:A PENGARAH PERCETAKAN SEMENANJUNG MALAYSIA, KUALA LUMPUR 1978

Transcript of PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA...

Page 1: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

.Jilid II Bil. 33

MALAYSIA

Harl .Jumaat 14hb .Januari, 1977

PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARA SENATE

PARLIMEN KEEMPAT Fourth ParliamenJ

PENGGAL KEDUA Second Session

KANDUNGANNYA

JAWAPAN..JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruanpn 2969]

USUL:

Waktu Mesyuarat clan Urusan yang clibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat dan Penangguhan {Ruangan 2983]

RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Peruntukan Diraja (Pindaan) [Ruangan 2984] Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) [Ruangan 2997] Rang Undang-undang Daclab Berbabaya (Pindaan) (No. 2) [Ruangan 3008] Rang Undang-undang Daclab Berbahaya (Pindaan) [Ruangan 3022] Rang Undang-undang Orang-orang Papa [Ruangan 3043] Rang Undang-undang Panggung dan Tempat Hiburan Awam (Wilayab

Persekutuan) [Ruangan 3060] Rang Undang-undang Perusahaan Nenas (Pindaan) [Ruangan 3075]

DICETAK OLEH

IBRAHIM BIN JOHAR!, P.I.S., KETt.:A PENGARAH PERCETAKAN

SEMENANJUNG MALAYSIA, KUALA LUMPUR

1978

Page 2: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR
Page 3: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

MALAYSIA

PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG KEDUA

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR YOKE-LIN ONG, P.M.N., S.P.M.S., D.P.M.S. (Dilantik).

..

..

" .. .. .. " ..

.. " .. ..

..

..

..

.. ••

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DATUK HA.11 OTHMAN BIN HAJJ ABDULLAH, D.P.M.J., P.C.M. (Perak).

Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknoloji dan Alam Sekitar, TUAN LAW HIENG DING (Dilantik).

Setiausaha Parlimen Kementerian Perusahaan Awam, PUAN RAFIDAH Aziz • A.M.N. (Dilantik).

Tuan (Timbalan) Yang di-Pertua. TAN SRI DATUK S. 0. K. UBAIDULLA, P.S.M., D.P.M.S., J.M.N. (Dilantik).

DATUIC ABDUL AZIZ BIN TAPA, D.K.S.J., A.M.N., P.J.K. (Melaka).

JENERAL TAN SRI ABDUL HAMID BIN BIDIN (Dilantik).

TuAN ABDUL RAHIM BIN ABDUL MANAN, A.M.N., P.J.K. (Negeri Sembilan) •

DATUK llA.JI ABDUL RA.zAK BIN llA.JI HUSSIN, D.S.W., J.S.M. (Dilantik) .

TUAN v. v. ABoo, A.M.N., J.P. (Dilantik) .

TUAN IIA.JI ABU BAKAR BIN HAMzAH, J.P. (Kelantan).

DATUK HAJI ABU BAKAR TITINGAN BIN DAMSANI, S.P.D.K., P.G.D.K., A.D.K., A.M.N. (Dilantik).

DATUK HAJI AHMAD BIN ARsHAD. D.P.M.J., A.M.N. (Johor).

TuAN AHMAD AzIZUDDIN BIN HA.11 ZAINAL ABIDIN (Dilantik).

DATUK CHAN KWONG HON, D.P.M.S., J.M.N., S.M.S., J.P. (Selangor) .

DATUK CHONG Foo KHIN, D.S.K.D., P.J.K., P.P.T., J.P. (Negeri Sembilan).

TuAN CHuA CHING CHENG, P.J.K., J.P. (Melaka) .

DATUK J. E. S. CRAWFORD, D.P.M.P., s.P.M.P., J.M.N., J.P., Datuk Kumia Indera (Dilantik).

PUAN DASIMAH DAsm, A.M.N., J.P. (Dilantik).

PUAN HA.1JAH FATIMAH BINTI HAJJ SALIM, A.M.N., P.I.S. (Dilantik) .

TuAN T. S. GABRIEL (Dilantik) .

DATUK SERI HUSSEIN BIN MOHD. NOORDIN, S.P.M.P., D.P.M.P., J.M.N., P.J.K .• J.P. (Dilantik).

TuAN llA.JI IBRAHIM BIN HAn YAACOB, P.J.K. (Dilantik) .

TuAN ISMAIL BIN SHEIKH lBIWIIM, P.P.N. (Perlis) •

Page 4: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

2963 14 JANUARI 1977 2964

Yang Berhormat TUAN JOSEPH UNTING ANAK UMANG, P.B.S. (Sarawak).

.. TuAN KAM WooN WAH, J.P. (Dilantik).

..

.. .. .. ••

•• .. .. .. ..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

TuAN KAMARUL ARIFFIN BIN MOHAMED Y ASSIN (Dilantik) •

TUAN HA.JI KHALID BIN HA11 ABDULI:AH, A.M.N., J.P. (Dilantik) .

TAN SRI LEE BOON CHIM, P.S.M., S.M.S. (Dilantik) .

DATUK LEE Loy SENG, D.P.M.P., J.P. (Perak) .

DR LIM AH Srrr, P.I.s. (Johor) •

TAN SRI LIM CHING WAH, P.S.M., S.P.D.K., A.M.N. (Sabah) .

DR LIM KENG Y AIK (Dilantik) .

TuAN M. MAHALINGAM (Dilantik).

DATUK MANSOR BIN MOHAMAD, D.P.M.T., A.M.N. (Trengganu) .

TUAN HAn MOHD. AMIN BIN HAn y AAKUB, P.M.K. (Kelantan) .

TAN SRI MOHAMED NOOR TAHIR (T.H.) TAN, P.M.N., J.M.N., C.W.E. (Dilantik).

DATUK MOHD. TAHIR BIN ABDUL MAJID, D.P.M.S., S.M.S., K.M.N., P.J.IC • (Dilantik).

DATUK NGAU KEN LOCK, J.M.N., S.M.P., P.J.K., J.P., Datuk Kumia Panglima Raja (Pahang).

DATUK NIK HASSAN BIN HA1I NIK YAHYA, D.J.M.K., J.M.N., P.M.K. (Dilantik) .

TuAN OH SIEW AUN. J.P. (Pulau Pinang).

TOK PANGKU PANDAK HAMID BIN PUTEH JALI, P.J.K. (Dilantik) .

DATUK v. PONNUSAMY PILLAI, D.P.M.P., K.M.N., P.M.P., P.J.K., J.P. (Dilantik).

RAJA DATUK NONG CHIIC: BIN RAJA ISHAK, D.P.M.S., J.S.M., S.M.S., P.J.K . (Selangor).

TuAN SEAH TENG NGIAB, S.M.J., P.I.S., J.P. (Dilantik) .

DATUK DR C. SINNADURAI, P.S.D., P.N.B.S., D.P.M.P., J.M.N., S.M.K., S.M.B., P.J.K. (Dilantik).

PUAN lIAJJAH SALMAH BINTI SHEIKH HUSSAIN, A.M.N. (Dilantik).

DATUK SYED HASSAN AIDID, D.P.M.N., J.M.N., P.J.K., J.P. (Pulau Pinang) .

DATUK SYED KECHIK BIN SYED MOHAMMAD, P.G.D.K. (Sabah) .

TuAN SYED OMAR BIN SYED HUSSAIN, S.M.P., A.M.N. (Perlis).

TUAN TING MING HIA (Sarawak).

PUAN HAJJAH CIK TOM SAUDAH BINTI lIAJI OTHMAN, A.M.N., P.P.N. (Kedah) .

TUAN S. M. VELLAYAPPA, S.D.K., A.M.N., 1.P. (Kedah) .

DATUK WAN IBRAHIM BIN WAN TANJONG, J.M.N., P.J.K., Orang Kaya Indera Maharaja Purba Jelai (Pahang).

DATUK DR WEE KHOON HOCK, D.P.M.K., A.K., Datuk Kaya Pati (Dilantik).

PuAN ZAWIYAH BIN'J'I ABDULLAH, P.J.K., P.P.N. (Trengganu) .

Page 5: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

2965 14 JANUARI 1977

DEWAN NEGARA

PEGAWAl·PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara: Lim Joo Keng.

Timbalan Setiausaha: Haji A. Hasmuni bin Haji Hussein.

Penolong Kanan Setiausaha : Mohd. Salleh bin Abu Bakar.

2966

Penterjemah Melayu Kanan/Pemangku Penolong Setiausaha: Ghazali bin Haji Abet. Hamid.

BAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Penyunting: Yahya Manap.

Penolong Penyunting: P. B. Menon.

Penolong Penyunting: Osman bin Sidik.

Pemberita-pemberita:

N. Ramaswamy.

Louis Yeoh Sim Ngoh.

Abdul Rahman bin Haji Abu Samah.

Suhor bin Husin.

Amran bin Ahmad.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Margaret Chye Kim Lian.

Puan Ng Chong Kin.

Puan Kong Yooi Thong.

Juliah binti Awam.

Supiah binti Dewak.

Ismail bin Hassan.

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Shariff bin Md. Saad,

Page 6: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR
Page 7: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

2969 14 JANUARI 1977

MALAYSIA

2970

DEWAN NEGARA

Jumaat, 14hb Janoari, 1977

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

(Tuan (Timbalan) Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-

PERTANYAAN

1 Datuk Dr Wee Kboon Hock minta Perdana Menteri menyatakan selepas tarikh terakhir iaitu 15-11-1976, di samping Syarikat Exxon dan Shell yang telah menandatangani Per­janjian Perkongsian Pengeluaran Minyak, adakah syarikat minyak yang lain dapat di­terima pertimbangan bagi PETRONAS untuk perkongsian pengeluaran dengannya seperti yang telah dicapai oleh Syarikat Exxon dan Syarikat Shell pada 15-11-1976.

Menteri Tak Berportfolio (Tan Sri Chong Hon Nyan): Tuan Yang di-Pertua, setakat ini hanya syarikat-syarikat Exxon, Shell dan Pecten Malaysia sahaja yang telah menanda­tangani Perjanjian Perkongsian Pengeluaran dengan PETRONAS.

Rundingan-rundingan sedang diadakan di antara PETRONAS dengan Continental Oil Company of Malaysia (CONOCO) mengenai perjanjian perkongsian pengeluaran meliputi kawasan di dasar laut berdekatan dengan pantai Negeri Pahang.

Permohonan-permohonan daripada lain­lain syarikat yang ingin menjalankan usaha mencarigali minyak di negeri ini akan diper­timbangkan oleh PETRONAS dan mereka itu akan dijemput berunding dengan PETRO­NAS apabila tiba masanya kelak.

Berkenaan dengan syarat-syarat perjanjian yang akan diadakan dengan lain-lain syarikat carigali, dukacita tidak dapat saya terangkan di sini sekarang, oleh sebab syarat-syarat itu adalah bergantung kepada persetujuan yang akan dicapai setelah selesai rundingan­rundingan dengan syarikat-syarikat itu nanti.

Datuk Haji Ahmad bin Arshad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Dalam jawapan Yang Berhormat Menteri yang ber­kenaan dua syarikat telah menandatangani perjanjian. Saya ingin tahu bilakah dijangka­kan perusahaan ini dapat dijalankan.

Tan Sri Chong Hon Nyan: Tuan Yang di­Pertua, syarikat-syarikat ini akan meoge­mukakan kepada PETRONAS rancangan tindakan (operation plan) sebaik sahaja me­reka selesaikan masaalah-masaalah berkait dengan carigali ini, mungkin dijalankan dalam tahun ini juga.

Tuan Kamarul Ariffin bin Mohamed Yassin: Soalan tambahan, Tuan Yang di­Pertua. Dapatkah Yang Berhormat Menteri menerangkan samada syarikat-syarikat yang belum lagi menandatangani perjanjian telah memohon kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melanjutkan masa mengikut Akta Kemajuan Petroliam, 1974.

Tan Sri Chong Hon Nyan: Tuan Yang di­Pertua, sebagaimana saya terangkan tadi rundingan sedang diadakan dengan Continen­tal Oil Company of Malaysia (CONOCO), dan masaalah berkaitan dengan tempoh lanjutan tidak timbul di sini.

Tuan Kamarul Ariffin bin Mohamed Y~in: Soalan tambahan. Apa yang saya maksudkan kalau tidak salah saya ada 2-3 lagi syarikat selain daripada CONOCO. Saya suka bertanya samada syarikat yang lain ini telah mendapat kebenaran melanjutkan masa seperti yang diuntukkan di bawah Akta Ke­m.ajuan Petroliam, 1974.

Tan Sri Chong Hon Nyan: Tuan Yang di­Pertua, dukacita saya tidak dapat menerang­kan perkara ini tetapi jika Ahli Yang Ber­hormat hendakkan jawapannya saya akan kemukakan dengan cara bertulis.

Page 8: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

2971 14 JANUARI 1977 2972

Datuk Mansor bin Mohamad: Tuan Yang di-Pertua. soalan tambahan. Saya ingin me­ngetahui dapatkah atau tidak Yang Berhor· mat Menteri menerangkan bila perusahaan ini akan dimulakan productionnya di Semenan­jung Malaysia. Dapa.tkah diberitahu angga­rannya berapa. ribu barrelkah pa.da satu hari. mungkin boleh sampai 500,000 atau bagai­mana?

Tan Sri Chong Hon Nyan: Tuan Yang di­Pertua, dukacita juga saya tidak dapat butir­butir berkaitan dengan perkara ini pa.da masa ini tetapi sebagai satu contoh jumlah penge­luaran pa.da masa ini adalah lebih kurang 175,000 tong sehari dan adalah menjadi harapan bahawa kawasan-kawasan ber­dekatan dengan Trengganu dan Pahang boleh mengeluarkan 5,000-10,000 tong sehari. tetapi dukacita butir-butimya saya akan beri kepada Ahli Yang Berhormat itu kelak.

IJAZAH-IJAZAH UNIVERSm YANG DIIKTIRAF

2. Datuk V. Ponnusamy Pillai minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) ijazah daripa.da berapa. buah negeri di· iktiraf oleh negara kita dan sebutkan negeri-negeri itu;

(b) samada Kerajaan bercadang hendak membuat satu penyiasatan untuk me­nentukan taraf dan keupa.yaan semua ijazah-ijazah dari universiti-universiti negara-negara Komenwel seperti India, Bangladesh dan Pakistan; dan

(c) kenapa. ramai doktor bedah haiwan menganggur dan kadangkala hingga se­lama lima tahun.

Tan Sri Chong Hon Nyan: Tuan Yang di­Pertua,

(a) Kerajaan mengiktiraf kelayakan-kelaya­kan dalam beberapa bidang pengajian tertentu daripada beberapa buah Pusat Pengajian Tinggi tertentu di 43 buah negara-negara asing. Negara-negara tersebut ialah:

Amerika Syarikat Australia Austria Arab Saudi Bangladesh Belgium Burma

Canada Denmark Ethiopia Ghana Greece Hong Kong Indonesia Iraq Ireland Italy India Jepun Jerman Barat Kenya Korea Selatan Kuwait Libya Mesir Malta Netherland Norway Nigeria New Zealand Peranchis Pakistan Singapura Sweden Syria Sepanyol Sudan Switzerland Sri Lanka Thailand Trinidad' Uganda United Kingdom

(b) Untu.k makluman Ahli Yang Berhor­mat, Kerajaan telahpun menubuhkan Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan yang berfungsi untuk memberi penilaian dan peng­iktirafan ke atas berbagai-bagai ke­layakan dari dalam dan luar negeri dari masa. ke semasa. untuk tujuan perlanti· kan ke dalam Perkhidmatan Awam.

(c) Sehingga masa ini semua Doktor Hai­wan yang mempunyai kelulusan yang diiktirafkan oleh Kerajaan dan yang telah menerima biasiswa Kerajaan untuk mendapatkan kelulusa.n-kelulusan itu sudahpun dilantik ke dalam per­khidmatan Kerajaan., Badan Berkanun ataupun dilantik sebagai kakitangan­kakitangan akademik universiti-univer­siti tempatan. Jika ada yang men.gang­gur, maka mereh itu adalah terdiri

Page 9: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

2973 14 JANUARI 1977 2974

daripa.cla mereka yang melanjutkan pelajaran dengan perbelanjaan sendiri yang masih menunggu peluang-peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan­kelulusan mereka. Mungkin juga yang menganggur itu ialah kerana mereka tidak terlebih clahulu mendapa.tkan nasihat mengenai sesuatu kelayakan itu claripa.da Kementerian Pelajaran dan dengan itu mungkin mercka kembali dengan kelayakan-kelayakan yang ticlak diiktiraf clan tidak dapa.t didaftarkan di bawah Akta Doktor Veterinar, 1974. Bagi yang mempunyai kelulusan yang diiktiraf pula, mungkin mereka tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang cukup bagi lantikan ke dalam perkhid­matan awam. Tambahan pula, mereka ini terpaksa bersaing dengan calun­calun lain yang sudahpun mulai keluar daripa.da pusat-pusat pengajian tinggi tern pa.tan.

Perangkaan tepat mengenai mereka yang menganggur tidaklah clapa.t di­pastikan. Ini adalah kerana mereka yang pergi dengan perbelanjaan sendiri tidak diperlukan mendaftar diri dengan Kementerian Pelajaran.

Sayugia dimaklumkan bahawa ke­upa.yaan pihak Perkhidmatan Awam untuk memberi pekerjaan adalah terhad. Ticlak semua yang mempunyai kelaya­kan boleh mengharapkan pekerjaan dalam sektor awam sahaja. Waiau bagaimanapun, sektor swasta juga me­merlukan perkhidmatan mereka yang mempunyai kelulusan veterinar clan di­dapa.ti sudahpun ada di antara mereka itu yang berkhidmat dalam sektor swasta.

Datok Haji Abdul Razak bin Haji Russin: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Dapatkah Yang Berhormat Menteri memberi­tahu Dewan ini apakah kelulusan akademik yang diiktiraf daripada Negeri Etbopia atau Habshah?

Yang kedua baharu-baharu ini Russia ada mencadangkan atau minta akan mengeluarkan scholarship kepada rakyat Malaysia, saya suka hendak bertanya samada scholarship itu sudah dipenuhi oleh rakyat Malaysia dan kalau dipenuhi adakah kita mengiktiraf ijazah daripada Russia?

Tan Sri Chong Hon Nyan: Tuan Yang di­Pertua, berkaitan dengan Ethopia, saya akan mengkaji apakah kuliah yang didapati oleh pemegang-pemegang ijazah itu daripada negara itu. Saya tidak dapat beritahu dengan 'halus. Berkenaan dengan Russia saya diberi­tahu bahawa belum ada calun-calun dari Russia yang memegang ijazah dan masaalah ini masih terbuka untuk kajian. jika sekira­nya ada calun-calun yang memegang ijazah dari Russia.

Datok Haji Ahmad bin Arshad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Tadi Yang Berhormmat Menteri yang berkenaan telah mengatakan bahawa sebanyak 43 buah negeri­negeri ijazahnya kita ik:tiraf. Saya hendak buat dua soalan. Pertama, adakah pelajar­pelajar kita menuntut di kesemua negeri­negeri itu?

Kedua, adakah harapan bahawa daripada 43 buah negeri ini kesemua pakar-pakar dari­pada itu akan dapat memberikan khidmat secara pegawai dagang dalam negara kita. terutama sekali dalam Rancangan Malaysia Ketiga.

Tan Sri Chong Hon Nyan: Tuan Yang di­Pertua, ya. Kelayakan yang diiktiraf dari beberapa buah negeri yang saya sebutkan tadi ialah kelayakan untuk jawatan-jawatan per­khidmatan awam. Jika sekiranya mereka me­menuhi syarat-syarat yang lain, mereka boleh­lah dilantik dengan syarat ada jawatan yang sesuai dan kosong.

Raja Datuk N'ong ChiJc bin Raja Ishak: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana banyak penuntut-penuntut daripacla Malaysia pergi belajar di India dan Pakistan. adakah Ke­menterian memberi keterangan yang jelas kepada penuntut-penuntut yang hendak pergi ke Pakistan, Bangladesh ataupun India, Uni­versiti-universiti mana satu yang boleh dimasuki supa.ya ijazah-ijazah mereka ini diiktiraf oleh Kerajaan dan jangan mereka pergi belajar membazir sahaja, bolehkah Menteri terangkan kepada penuntut-penuntut yang akan- pergi pacla masa akan datang.

Tan Sri Chong Hon Nyan: Tuan Yang di­Pertua, Kementerian Pelajaran memang ada satu dasar atau senarai berkaitan dengan Universiti-universiti di mana ijazah lnstitiut atau Badan itu diiktirafkan. Sebenarnya, ada juga penuntut-penuntut yang tidak dapat nasihat daripada Kementerian Pelajaran yang

Page 10: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

2975 14 JANUARI 1977 2976

telah berhijrah ke negeri India. ataupun lain­lain negeri dengan tidak ada meminta pen­jelasan daripada Kementerian Pelajaran. Ini­lah yang menjadikan satu masaalah.

Tuan Haji Mohamed Amin bin Haji Yaakob: Tuan Yang di-Pertua, bolehkah Yang Berhormat Menteri ini menerangkan peringkat ijazah yang mana bagi universiti di India, Pakistan serta Bangladesh ini diiktiraf­kan samada peringkat B.A., M.A. atau se­bagainya.

Tan Sri Chong Hon Nyan: Tuan Yang di­Pertua, seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum ada beberapa peringkat dan terpulanglah kepada pemegang ijazah itu samada mereka ada ijazah B.A., M.A. dan permohonan itu dikemukakan kepada Jawa­tankuasa ini untuk dikaji dan diteliti.

PENILAIAN DARJAH LIMA

3. Tuan M. Mahalingam bertanya kepada Menteri Pelajaran memandangkan keputusan yang sangat merosot dalam peperiksaan pe­nilaian Darjah Lima oleh penuntut-penuntut Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil dalam semua matapelajaran sepertimana yang diterangkan dari statistik yang terdapat dari jawapan bertulis oleh Timbalan Perdana Menteri di Penggal Kedua, Persidangan Parlimen Keempat, apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian untuk me­nentukan keputusan yang lebih baik.

Tuan Chan Siang Sun: Tuan Yang di­Pertua, Kementerian Pelajaran telah dan sedang mengambil tindakan untuk memper­baiki lagi pendidikan sekolah-sekolah rendah pada keseluruhannya.

Tindakan-tindakan yang diambil ialah me­lalui beberapa projek-projek seperti berikut:

1. Projek Pendidikan lmbuhan (Com­pulsory Education)

Projek ini telah dilancarkan dengan tujuan mencari segala punca-punca ke­lemahan dan masaalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid sekolah rendah terutama sekali di bidang mata­mata pelajaran Bahasa lnggeris, Bahasa Malaysia dan llmu Hisab. Seterusnya beberapa langkah-langkah untuk meng­atasi dan menyelesaikan punca-punca kelemahan itu sedang juga dijalankan

agar dengan cara sedemikian kebolehan serta pencapaian murid-murid ter­sebut dapat dibaiki Iagi.

2. Projek Kurikulum Panduan Rendah (Primary Cu"iculum Guidance Project)

Tujuan project ini adalah untuk men­cari pendekatan-pendekatan {app­roaches) yang baru berkenaan dengan pendidikan di peringk:at rendah. Be­berapa cara-cara baharu sedang di­jalankan di beberapa sekolah rendah terutama sekali di bidang kaedah serta teknik mengajar. Pada peringkat ini usaha-usaha sedang giat dijalankan untuk menjalin dan memadukan bebe­rapa isi kandungan yang terdapat dalam matapelajaran yang berbeda dengan tujuan menjadikan kegiatan pem­belajaran murid-murid itu bukan sahaja lebih berkesan tetapi juga lebih ber­makna lagi. Seterusnya segala kegiatan pembelajaran adalah bertumpukan kepada murid (Child-centered) dan bukan bertumpukan kepada mata­pelajaran (Subject-centered). Murid­murid juga digalakkan supaya terlibat dalam gerakerja-gerakerja dengan cara yang lebih ak~if. Selain dari kaedah dan teknik mengajar yang baru, Kurikulum Panduan ini juga telah menyediakan perkakas-perkakas pelajaran seperti alat-alat mengajar dan bahan-bahan pembelajaran sesuai dengan kebolehan serta juga mutu pencapaian murid­murid.

3. Sukatan Pelajaran Tamil

Sukatan Pelajaran Tamil untuk se­kolah rendah sedang disemak semula dengan bertujuan menyesuaikan peng­ajaran Bahasa Tamil kepada keperluan zaman sekarang dan kepada sistem pen­didikan kebangsaan amnya.

Dengan Iangkah-langkah seperti yang disebutkan di atas adalah diharapkan supaya taraf pendidikan di sekolah rendah, termasuk Sekolah Tamil, dapat dipertinggikan lagi.

Datok Abdul Aziz bin Tapa: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Menurut kete­rangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi kebanyakannya yang disebutkan ialah cara-cara mengajar (method) curriculum

Page 11: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

2977 14 JANUARI 1977 2978

dan sebagainya. Adakah kemungkinan di· sebabkan oleh kekurangan guru yang ter· latih maka pelajaran murid-murid di sekolah tamil ini menjadi kurang maju.

Tuan Chan Siang Sun: Tuan Yang di­Pertua, cara-cara atau langkah-langkah yang telah disebutkan oleh saya tadi ialah cara fizikal yang mana Kementerian Pelajaran akan mengambil bahagian dan juga bertang· gungjawab yang berat supaya langkah-lang­kah ini boleh dapat dijalankan. Selain dari­pada cara fizikal atau keadaan fizikal barangkali keadaan human pun ada ber­kaitan oleh kerana jikalau kita memandang­kan anak-anak atau murid-murid kita tidak dapat mencapai satu taraf yang baik dalam peperiksaan tentulah ada human element yang involved.

Selain daripada usaha-usaha daripada Ke· menterian Pelajaran, kita berharap juga mudah-mudahan ibubapa-ibubapa dan juga pihak Kesatuan lbu Bapa dan Guru-guru dan juga Lembaga Sekolah-sekolah bolehlah men­jaga keadaan ini untuk memberikan inspirasi dan juga inisiatif yang betul kepada murid­murid untuk dijadikan panduan kepada mereka dan dengan cara fizikal yang diberi­kan oleh Kerajaan, kita berharaplah lebih banyak lagi kita akan dapat meninggikan pen­capaian peperiksaan penilaian darjah lima itu.

Raja Datuk Nong Chik bin Raja Ishak: Soalan tambahan. Oleh kerana murid-murid sekolah tamil ini juga akan menjadi warga­negara yang akan bertanggungjawab di negara kita ini, tetapi sekolah-sekolah tamil ke­banyakannya di dalam estate-estate. Dengan sebab itu boleh atau tidak Kerajaan ter­utama sekali Kementerian Pelajaran meng­ambil berat betul-betul supaya sekolah­sekolah tamil di estate-estate ini bukan sahaja pondoknya buruk, tetapi tidak ada bilik darjah. Kalau Yang Berhormat pergi me­lihat akan terdapat keadaan yang begini, jadi pada masa akan datang dalam Rancangan Lima Tahun yang Ketiga ini dapat didirikan sekolah-sekoloah yang bererti betul-betul atau sebaliknya.

Tuan Chan Siang Sun: Tuan Yang di­Pertua, masaalah ini saya sendiri faham oleh kerana kawasan pilihanraya saya juga di luar bandar, bukan di dalam bandar. Jadi sekolah­sekolah di dalam ladang yang besar ini sudah beberapa kali telahpun disebutkan,

baik dalam Dewan yang mulia ini dan juga di Dewan Rakyat yang mana kita dapat tahu semenjak beberapa tahun yang lalu dan di tahun-tahun yang akan datang juga sekolah­sekolah di ladang-ladang ini oleh kerana masaalah tapak sekolah ini, maka tidak dapat Kerajaan membantu mereka mendirikan se­buah sekolah yang keseluruhannya bantuan daripada Kerajaan.

Kita berharap selain daripada suara atau rayuan saya melalui Dewan ini, kita berharap pihak pengurusan ladang estate itu dapat memahami keadaan pendidikan kepada anak-anak pekarja-pekerja ladang-ladang itu, selain daripada menyumbangkan bayaran $1 sa.tu ekar untuk Education Rate, kita ber­harap mereka jangan memikirkan "they have done everything in the world for our workers' children in the estates". Jadi kita berharap selain daripada pemberian $1 seekar untuk Education Rate itu, kepada Kerajaan, kita berharap pihak estate-estate itu boleh­lah memberikan peruntukan yang lebih se­dikit. Jikalau satu tahun mengeluarkan $20,000 atau $30,000 ini boleh dikatakan macam pasir yang kecil sahaja daripada estate itu. Jadi, bagaimana kita boleh mem· beri semangat itu kepada anak-anak pekerja di dalam ladang-ladang tadi? Ini adalah satu hal yang sangat menyedihkan. Selain dari­pada itu satu langkah juga kita boleh me· nolong murid-murid di dalam estate itu iaitu Kementerian Pelajaran telah menjalankan ataupun melaksanakan rancangan supaya sekolah-sekolah itu, khasnya sekolah­sekolah yang tidak dapat kesempurnaan di dalam pembangunan dan juga barangkali sekolah-sekolah yang sangat kecil boleh di­satukan atau dikumpulkan menjadi sebuah sekolah pusat yang mana dari segi pentad­biran, kelengkapan dan kemudahan-kemu­dahan kita dapat memberi lebih kesem­purnaan kepada sekolah-sekolah semacam itu. Tetapi bila kita buat langkah yang se­macam ini barangkali ada kerumitan-ke­rumitan yang mana ada terdapat sedikit­sebanyak element politik yang ditimbulkan dan juga soal pengangkutan dan sebagainya. Waiau bagaimanapun, ini kita hendak jadi­kan satu dasar Kementerian Pelajaran iaitu kita akan berusaha sedaya-upaya supaya sekolah-sekolah yang kecil itu yang ber· kehendakkan kemudahan-kemudahan itu bolehlah dicantumkan supaya menjadi satu pusat sekolah itu lebih sempurna lagi. Inilah langkah-langkah atau tujuan Kementerian Pelajaran yang dapat dijalankan dan kita berharap selain daripada usaha Kementerian

Page 12: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

2979 14 JANUARI 1977 2980

Pelajaran, saya suka mengingatkan sekali Iagi pihak-pihak pengurusan ladang-ladang itu mestilah memainkan peranan mereka supaya anak-anak mereka mendapat ke· sempumaan dalam pelajaran atau pendidi­kan mereka itu.

Tuan T. S. Gabriel: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Tidak berapa lama dahulu Kementerian Pelajaran telah menga.­dakan kajian keciciran dan atas kajian keciciran itu juga Kementerian telah menga­dakan satu lapuran bagaimana Kementerian Pelajaran akan mengatasi masaalah keciciran­keciciran itu. Dalam kajian keciciran itu, Kementerian Pelajaran mendapati bahawa murid-murid yang g01gal ialah banyak dari­padanya terdiri daripada murid-murid kaum Tamil jika dibandingkan dengan kaum yang lain bukan sahaja di sekolah rendah tetapi juga di sekolah-sekolah menengah. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran memberitahu Dewan ini apakah langkah yang constructive Kementerian Pelajaran telah ambit untuk memberi bantuan kepa.da. mereka yang terlibat dalam masaalah ini.

Tuan Chan Siang Sun: Tuan Yang di­Pertua. saya telah jawab dengan panjang tadi iaitu langkah-langkah yang telah Kemen­terian Pelajaran jalank:an sekarang adalah berdasarkan kepada satu keputusan Lapuran Keciciran Murid. Jadi apa-apa usaha yang akan kita jalankan sekarang boleh dijadikan kesimpulan daripada lapuran keciciran, itu. Jikalau kita mahu mengelakkan satu keadaan lebih-lebih lagi di dalam pendidikan tentulah proses itu barangkali mengambil masa sedikit. Tetapi walau macamanapun, Kementerian Pelajaran akan berusaha sedaya-upaya supaya usaha-usaha kita dapat dihasilkan dengan secepat mungkin. Ini adalah satu pandangan yang kita: fikir betul oleh kerana di dalam sebuah negara yang membangun, pendidikan adalah merupakan satu tanaman modal (investment) yang sangat dihargai. Ini ter­masuklah juga negara kita Malaysia.

Dahlk Haji Ahmad bin Arshad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri men­jelaskan,, kerana soalan saya ini agak ber­lainan sedikit. Adakah sesuai dengan dasar Kementerian Pelajaran ini bahawa melayan soalan-soalan daripada satu kaum? Pada persidangan kali ini kita penuh dengan soalan sekolah-sekolah Tamil. (Ketawa). Ini

menunjukkan bahawa Kementerian ini mem­beza atau menganak-tirikan sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan dengan soalan yang sebegini, imej Kementerian Pelajaran ini ter­jejas sedikit. Adakah sesuai dengan dasar soalan semacam ini?

Tuan Chan Siang Sun·: Tuan Yang di­Pertua, saya berharap saudara Ahli Yang Berhormat itu jangan kelirukan saya:. (Ketawa). Di dalam negara kita ini tiap-tiap bum ada mempunyai tawarikh masing­masing yang barangkali ada berlainan. Ini bukan saJah kita. Ini salah masa penjajahan dahulu. Dalam Dasar Pelajaran Kebangsa.an kita (Lapuran Razak) berdasarkan supaya Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan bolehlah. diadakan bergantung kepada keadaan. Dasar itu memang dijalankan lagi. Jadi oleh sebab itu, barangkali ada soalan semacam ini di da1ain Dewan ini, pihak Kementerian tentulah mesti menjaiwaib. Kalau tidak jawab. tidak pa.tut juga oleh kerana kita menjalankan demokrasi berparlimen.

Waiau bagaimanapun, kita janganlah ter­kelua.r daripada landasan dasar kita itu. Saya ingat ini yang mustahak. Dan sistem peJa­jaran kita boleh dikatakan barangkali di dunia sebelah sini merupakan satu sistem pendidikan pelajaran yang kalau kita meng­aku mendapat tempat yang kedua, tidak siapa boleh mengaku tempat yang pertama. Ini saya ingat kita boleh katakan.

Semalam kita telah mendengar satu peng­umuman daripada Yang Berhormat Menteri Pelajaran kita. Oleh kerana kita sangat sayang kepada murid-murid kita yang gagal di dalam peperiksaan L.C.E./S.R.P. dan sungguhpun barangkali kita masih kekura­ngan tempat di sekolah-sekolah tetapi walau bagaimanapun kita mencuba sedaya upaya supaya lebih kurang 20,000 orang murid­murid kita khasnya ibubapa-ibubapa mereka tidak hampa bahawa anaknya berpeluang memasuki sekolah. Ini boleh dikatakan satu kelongga.ran (concession) yang kita selalu mengkaji daripada masa ke semasa supaya kita boleh memberikan selain daripada per­khidmatan begitu juga. lebih dihargai lagi ialah tempat kepada anak-anak kita supaya mereka boleh sekurang-kurangnya mendapat tempat belajar lebih kurang tiga tahun lagi di sekolah-sekolah menengah kita.

Page 13: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

2981 14 JANUARI 1977 2982

Ini saya rasa satu hal yang kita mesti hargai dan kita adalah sebuah nega.ra yang boleh dikatakan membangun di dunia sebelah sini yang memberikan perhatian berat kepada soal pelajaran.

Raja Datuk Nong Chik bin Raja Ishak: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya pun lain juga. Sa.ya hendak. ber­tanya-ya atau .tidak. Cukup senang jawab­nya. Soalan yang ketiga, iaitu oleh kemna negara kita ini ada Sekolah Kebangsaan Melayunya, ada Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan lnggeris, China dan Tamil ada­kah soalan yang ketiga ini salah daripada dasamya atau tidak?

Tuan Chan Siang Sun: Tuan Yang di­Pertua, tidak salah, insya Allah.

PELANCUNG-PELANCUNG KE PULAU PINANG

4. Tuan T. S. Gabriel minta Menteri Per­dagangan dan Perindustrian menyatakan samada Kerajaan Pusat aJran bersetuju melak.­sanak.an suatu dasar untuk pelancungan di Pulau Pinang di mana pelancung-pelancung yang melawat Pulau Pinang boleh membeli barang-barang dengan harga yang murah.

Menteri Perdagangan dan Perindustrian (Datuk Haji Hamzah bin Datllk Abu Samah): Tuan Yang di-Pertua, saya percaya apa yang dimaksud oleh Ahli Yang Berhorma,t di dalam soalan ini ialah penjualain barang­barang tertentu kepada pelancung di kedai yang ditetapkan dengan pembelian iitu di­kecualikan daripada pembayaran cukai se­bagai satu cara mena.rik pelancung-pelancung ke negara kita khususnyai sebagaimana yang disebutkan dalain soalan ini khususDJya kepada Pulau Pinang. Perkara ini adalah di­kaji oleh Perbadanan Kemajuan Perlancu.ngan bersama-sama dengan Kementerian saya memandangkan kepada kenyataan bahawai ini adalah satu daripada daya penarik yang besar yang telah menggalakkan banyak pelancung melancung ke negara.-negara seperti Jepun, Hong Kong, Taiwan, Thailand dan Singapura di ma.na perusahaan perlancungan adalah satu perusahaan yang besar yang. membawa keuntungan yang baniyak kepada rakyat dan juga kepada negara-negara yang tersebut iltu:.

Oleh itu, pihak Perbadanan Kemajuan · Pelancungan Kementerian saya adalah masih mengkaji perkara ini bersama-s~ dengan

Kementerian yang la.in yang juga berkenaan dalam perkara ini.

Datuk Haji Ahmad bin Arshad: Soalan tambahan. Dalam kemasukan pelancung­pelancung ke dalam negeri kita ini, menurut perincian barangkali lebih ramai mereka: masuk di Pulau Pinang, apa dia bendai daya penariknya yang ada di Pulau Pinang itu yang menyebabkan pelancung-pelancung ramai data:ng di sana.

Datuk Haji Hamzah bin Damk Abu Samah: Tuan Yang di-Pertua, satu daripada sebab utama ialah di Pulau Pinang ini tempatnya indah, cantik, pulau itu bukannya yang lain. (Ketawa).

PENARI BALLET GOH LAY KUAN

5. Tuan T. S. Gabriel minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan, meman­dangkan penahanan Penari Ballet Goh Lay Kuan pada suatu masa dahulu oleh Kerajaan Singapura di bawah Akta Keselamatan Dalam Negerinya dan seterusnya penga.kuan beliau bahawa beliau ialah seorang kominis dan telah membuat perhubungan-perhubungan di Kuafa Lumpur, Bangkok dan Hong Kong dan pendedahan tempat-tempat la.tihan bagi kom.inis di Malaysia dan Thailand dan sel-sel subversif (subversion cells) di Australia, apak.ah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan ke atas mak.lumat-mak.lumat ini dan hasil-hasilnya.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri (Datuk Sha.rift Ahmad): Tuan Yang di-Pertua, yang sebenamya pendedahan dan maklumat-maklumat yang diberikan oleh penari ballet Goh Lay Kuan bukanlah perkara baru bagi Kerajaan. Kerajaan mem­punyai maklumat berhubung dengan perkara tersebut sejak tahun 1974 lagi dan semasa berita mengenainya disiarkan tindakan ter­hadap mereka yang terlibat telahpun diambil lebih awal dari itu.

Tempat-tempat latihan yang dinyatakan itu bukanlah tempat-tempat 1atihan dalam erti kata yang sebenamya, tetapi hanyalah tempat-tempat persembunyian anasir-anasir kominis bawah tanah. Di sinilah mereka menyimpan alat-alat dan juga. sebagai tempat­tempat yang digunakan oleh mereka bagi menjalankan kelas-kelas indoktrinasi ideologi kominis. Tempat-tempat ini telahpun dapat dihapuskan.

Page 14: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

2983 14 JANUARI 1977 2984

Mengenai sel-sel subversif di Australia, Kerajaan sentiasa memerhati dan mengawasi mereka-mereka yang terlibat di dalamnya. Tindakan Undang-undang telahpun diambil ke atas tiga orang daripada mereka: yang pemah terlibat di dalamnya clan Kerajaan akan terus mengambil tindakan yang sewajar­nya terhadap mereka yang lain.

Untuk makluman Dewan, sungguhpun nama-nama mereka didedahkan oleh rakan­rakan mereka yang sudah ditangkap atau menyerahdiri, samada di dalam negeri atau luar negeri, tetapi, Kerajaan menjalankan siasatan yang rapi sebelum satu-satu tinda­kan diambil. Ini adalah disebabkan dasar Kerajaan kita tidak bersikap terburu-buru terhadap satu-satu maklumat yang diterima.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN YANG DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT DAN

PENANGGUHAN

Tan Sri Chong Hon Nyan: Tuan Yang di­Pertua, saya mohon mencadangkan:

Bahawa walau apapun peruntukan Peraturan Mesyuarat 11, Dewan ini tidak akan ditangguhkan hari ini sehingga semua sekali urusan yang tertera dalam· Aturan Urusan Mesyuarat hari ini telah dipertim­bangkan dan diluluskan, dan apabila tamat mesyuarat Dewan ini hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

Tuan Law Dieng Ding: Tuan Yang di­Pertua, saya mohon menyokong.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan,

Bahawa walau apapun peruntukan Peraturan Mesyuarat 11, Dewan ini tidak akan ditangguhkan hari ini sehingga semua sekali urusan yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini telah dipertimbangkan dan diluluskan, dan apabila tamat mesyuarat Dewan ini hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

RANG UNDANG-UNDANG PERUNTUKAN DIRAJA (PINDAAN)

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

3.15 ptg.

Menteri Tak Berpotfolio (Tan Sri Chong Hon Nyan): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang­undang Akta Peruntukan Di-Raja (Pindaan) tahun 1976 dibaca bagi kali yang kedua.

Tuan Yang di-Pertua, mengilrut fasal 35 (1) Perlembagaan Persekutuan, Parlimen hendaklah dengan undang-undang memper­untukkan suatu Peruntukan Di-Raja bagi Yang di-Pertuan Agong yang termasuk per­untukan membayar anuity kepada Raja Permaisuri Agong clan Peruntukan Di-Raja itu hendaklah dipertanggungkan kepada kumpulan wang disatukan dan tidak boleh dikurangkan dalam masa Yang di-Pertuan Agong memegang jawatannya.

Bagi melaksanakan fasal 35 (1) itu maka satu Ordinan Peruntukan Di-Raja No. 70, tahun 1957 (Civil Lists Ordinance No. 70, 1957) telah diluluskan pada 31hb Ogos, 1957. Semenjak itu Jadual Pertama kepada undang­undang itu telah empat kali dipinda dan peruntukan yang ditunjukkan di dalam J adual Pertama itu pada masa ini adalah seperti berikut :

Kelas 1-Peruntukan Di-Raja ... Kelas 11-Gaji Pegawai dan Kaki·

tangan lstana Kelas 111-Perbelanjaan lstana ... Kelas IV-Kurniaan Di-Raja

$ 288,000.00

454,000.00 300,000.00

15,000.00

Jumlah ... $1,057,000.00

Berkenaan dengan perbelanjaan-perbelan­jaan tersebut itu sukalah saya menerangkan seperti berikut :

(a) Kelas 1-Peruntukan Di-Raja­

Peruntukan ini adalah untuk gaji dan elaun keraian bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Peruntukan tahunan sebanyak $288,000 yang telah diluluskan semenjak 1-1-1974 telah didapati tidak mencukupi di­sebabkan oleh kenaikan harga barang­barang terutamanya dalam masa setahun dua ini, bertambahnya lagi majlis-majlis di Istana Negara seperti majlis-majlis mengadap, majlis-majlis tauliah, majlis keraian dan sebagainya. Tambahan yang diminta sekarang

Page 15: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

2985 14 JANUARI 1977 2986

ialah sebanyak $27 .600 bagi perbelan­jaan keraian Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan menjadi $87 .600 setahun.

(b) Kelas II-Gaji Pegawai don Kakitangan /stana-Peruntukan tahunan sebanyak $454,000 yang telah diluluskan semenjak 1-1-1974 untuk tujuan itu telah juga didapati tidak mencukupi bagi menemui bayaran gaji serta elaun-elaun bagi beberapa jawatan baru. Tambahan yang dikehendaki sekarang ialah $103.000.

(c) Kelas III-Perbelanjaon /stanar­Peruntukan bagi Kelas III ialah untuk perbelanjaan sehari-hari bagi menemui kewajipan-kewajipan Istana. Peruntu­kan tahunan sebanyak $300,000 yang telah diluluskan semenjak 1-1-1974 telah juga didapati tidak mencukupi bagi menemui perbelanjaan perkhid­matan. penyelengaraan dan bekalan. Tambahan yang dikehendaki ialah $100,000.

(d) Kelas IV-Kurniaan Di-Raja­Peruntukan bagi Kelas IV ini adalah pembayaraan ampun kurnia kepada masjid-masjid, badan-badan sukarela dan rumah kanak-kanak. Peruntukan tahunan sebanyak $15,000 yang telah diluluskan semenjak 1-1-1974 tidak mencukupi untuk menemui perbelan­jaan yang semakin meningkat. Tam­bahan yang dikehendaki ialah $5,000.

Ringkasnya tambahan·tambahan yang diminta bagi keseluruhan Peruntukan Di­Raja ini adalah seperti berikut:

Kelas I Kelas II Kelas III Kelas IV

Jumiah

$ 27,600.00 103,000.00 100,000.00

5,ooo.oo $235,600.00

Pindaan kepada peruntukan yang telah saya sebutkan di atas tadi hendaklah dikuatkuasakan mulai dari lhb Januari, 1976.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon men­cadangkan.

Tuan Law Hieng Ding: Tuan Yang di­Pertua. saya mohon menyokong.

3.20 ptg.

Datuk Haji Ahmad bin Arshad: Tuan Yang di-Pertua, saya akan bercakap dengan seberapa ringkas, sepatutnya Rang Undang· undang ini tidak pa.tut dibahaskan kita luluskan tan.pa perbahasan tetapi oleh sebab di saat-saat yang akhir ini ada rakyat yang selalu tertanya-tanya kenapa kita perlu memberikan peruntukan kepada Di-Raja. Sebagai menambah hujjah-hujjah Yang Berhonnat Menteri yang berkenaan saya akan tambahkan alasan-alasan itu mudah­mudahan dapat didengar oleh rakyat dan boleh didengar oleh mass media Kerajaan untuk pengetahuan umum dan ini juga sesuai dengan nafsu Dewan Negara ini, Dewan Ketuanan yang tertinggi sekali yang menjalankan pemerintahan.

Tuan Yang di-Pertua. saya memberi­kan tahniah kepada Kerajaan yang mewujud­kan satu Rang Undang-undang Peruntukan Di-Raja yang berpandukan Perlembagaan Kerajaan Persekutuan dan juga diikuti oleh Undang-undang Tubuh tiap-tiap negeri. Pindaan ini dikemuka.kan dengan tujuan sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Mcnteri tadi menambahkan jum­lah saraan tahunan yang dianugerahkan kepada Raja Permaisuri Agong daripada $30.000 menjadi $45,000. demikian seterus­nya tambahan mengikut kela.s-kelas yang tertera dalam Rang Undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua. Rang Undang­undang Induk bagi Undang-undang Diraja­nya yang menjunjung kasih dan ingatan setia rakyat negeri ini kepada rajanya yang sentiasa tidak berputusan kasih setia itu dalam pembahagian kenikmatan dan pem­bahagian rezki yang bertambah dalam negeri ini yang Kerajaan pula perlu meng­kaji dari semasa ke semasa dengan peruntu­kan barang-barangnya mahal, kita bermurah hati juga peruntukan khazanah negara ini diberi kepada Raja kita.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan lDl diluluskan oleh Dewan menanamkan satu semangat kepada rakyat dan jenerasi yang akan datang kasih sayang dan taat setia sebagaimana yang dimaksudkan dalam Rukunegara kita perlu mereka ingat bahawa yang mula-mula sekali meneroka Semen.an· jung Tanah Melayu ini ialah Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu. Baginda membawa rakatnya daripada Temasik. Bila Temasik dialahkan oleh Majapahit, Baginda pergi membuat satu Kerajaan di Melaka.

Page 16: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

2987 14 JANUARI 1977 2988

Bila Melaka dialahkan oleh Portugis. Baginda lari ke Kampar. lari ke J ohor Lama membuat sebuah Kerajaan Melayu yang akhir dan daripada situlah Raja-raja ini mengajak rakyatnya samada orang M:elayu dan bukan Melayu meneroka tempat itu. Dengan adanya Kerajaan Melayu Johor Lama itu. Kerajaan Melayu yang terakhir. Baginda telah menguasai termasuklah negeri Pahang. Pahang patut berterima kasih kerana pada masa itu Pahang di bawah Kerajaan Johor, termasuk Trengganu, Negeri Sembilan dan patut orang Pahang berterima kasih kepada Kera­jaan Negeri Johor. Ini saya hendak cerita· kan sebab usaha Raja-raja dahulu meneroka negeri ini. Bila diteroka negeri ini. negeri ini sudah mewah dan makmur. Bila kita dudukan pemerintah feudal itu kepada pemerintah sistem berdemok.rasi. Raja yang berperlembagaan. Dengan keadaan ini, saya rasa rakyat akan datang tidak patut melupa­kan bahawa yang ulung sekali menjadi peneroka negeri ini ialah Duli Yang Maha Mulia Raja-raja. Dengan sebab itulah pe1"· untukan yang seperti ini tidak patut diragu· kan dan disungutkan oleh rakyat kerana membalas jasa mereka menjadikan negeri mewah, makmur dan rakyat hidup dalam keadaan muhibbah dari semasa ke semasa. Maka peruntukan yang seperti ini patut kita berikan dan kalau ada tambahan yang di­minta itu patut Dewan ini meluluskan.

Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, saya ber· terima kasih kepada Kerajaan kerana meletakkan tiga universiti kita, iaitu Univer· siti Sains Pulau Pinang, Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan yang menjadikan Chancellomya terdiri daripada Raja-raja dan ini satu amalan yang patut diamalkan oleh Kerajaan dalam melantik Chancellor· chancellor pengajian tinggi dalam negeri ini supaya dengan itu dapat menanamkan pera­saan kasih sayang pelajar-pelajar kita di universiti ini, sebab mereka itu akan menjadi pemimpin negara dan dia tahu Chancellor universiti itu daripada keturunan raja. Mereka akan kasihkan Raja selain daripada dia mendapat ilmu pengetahuan, akan ter­tanam satu perasaan kasih sayang kepada pelajar-pelajar kita yang bakal menjadi pemimpin negara ini. Dengan keadaan ini, saya harap amalan ini patut diteruskan dan dijadikan satu tradisi kita sebab kalangan pelajar-pelajar, setengah-setengahnya dia kurang senang hati akan kedudukan Raja­raja kita. Perkara ini patut kita berikan

perhatian tetapi dengan amalan-amalan Kerajaan yang seperti ini akan dapat mem· basmikan, akan dapat menghantar pan­dangan dan fahaman rasa kasih sayang pelajar-pelajar kita kepada Duli Yang Maha Mulia Raja.

3.25 ptg.

Datuk Haji Abdul Razak bin Haji Hussin: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ragu-ragu bahawa Dewan ini meluluskan Bil ini bahkan rakyat Malaysia ini seluruhnya tidak ada timbul keraguan ketaatan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan kepada Raja, kerana telah tercatit dalam Perlembagaan dan. kita telah mene­rima Rukunegara dan yang tidak menerima itu ialah kominis. Jadi soal samada mene­rima atau tidak menerima adalah tidak timbul. Rakyat dalam negeri ini samada orang China, orang India, orang Benggali, orang Arab, orang Putih dan orang Melayu sepenuh hati menerima, kerana ini termaktub di dalam Perlembagaan dan Bil ini pada hakikatnya sudahpun diluluskan. hanya saya hendak bercakap dalam masaalah pentad­biran yang berkenaan dengan penggunaan wang ini sahaja.

Yang pertama, saya hendak bercakap dalam masaalah lawatan Diraja. Susunan lawatan Diraja biasanya dibuat oleh ketua pemerintahan atau Jabatan Perdana Menteri dengan rundingan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Setelah masuk tahun yang ketiga pada tahun ini, tahun 1975 mula naik takhta Kerajaan sebagai Yang di-Pertuan Agong negara Malaysia dan sekarang tahun 1977, bilangan tahunnya sudah masuk tiga tahun tetapi jumlah harinya belum sampai, masih belum dapat diaturka.n satu lawatan kehormatan ke negeri-negeri bahkan kalau adapun tidak menyeluruh. Lawatan ini patut dan perlu diperbuat dan diperundingkan lebih awal kerana Baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong, iaitu Raja yang meme­rintah negara ini dengan persetujuan Raja­raja Melayu difikirkan menasabah lawatan ini diadakan pada tiap-tiap negeri dan kalau ini masih belum dibuat masanya belum lewat jikalau disusun dengan lawatan-lawatan ke negeri-negeri yang belum dilawati . oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka ke negeri-negeri yang lain dalam Malaysia.

Perkara yang kedua, sebagai Ketua Negara mempunyai satu kedudukan yang tertinggi dalam negeri kita. Orang yang mentadbirkan

Page 17: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

2989 14 JANUARI 1977 299()

masaalah ini patutlah membuat satu run· dingan lawatan kemesraan ke negara-negara sahabat, umpamanya, ke Thailand, Singa­pura, Indonesia, Filipina atau ke negeri· negeri lain samada ke Asia Barat, Eropah atau ke Amerika. Sepanjang yang saya ingat sebab saya juga berada di Dewan ini hanya bila penghujung tempoh perkhidmatan maka barulah tergesa-gesa mengatur dan merun­dingkan lawatan Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka. Amalan ini ada baiknya tetapi kurang menasabah pada hakikat yang sebenar.

Tuan Yang di-Pertua, saya suka hendak mengingatkan J abatan Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri yang membawa Undang-undang ini. Undang-undang ini di­bawa termasuklah jumlah keraian dan sebagainya. Tetapi bila masa Harl Kebang­saan, Harl Kemerdekaan, Hari J adi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara ini tidak pemah mendapat sebarang jemputan menghadiri jamuan teh, tetapi kelulusannya mesti meminta di Dewan ini. Saya tidak mem· bangkitkan, Tuan Yang di-Pertua, tetapi saya selalu mengingatkan orang yang paling pertama dijemput oleh Kerajaan inilah, Ahli­ahli Dewan Negara dan Ahli-ahli Dewan Rakyat. Itu yang pertama sekali. Soal hadir atau tidak hadir, itu soal peribadi. Tetapi malangnya keadaan ini sudah berlarut, akan tetapi kalau bercakap hendak menghadiri jamuan teh, jamuan perkahwinan, jamuan keraian dan sebagainya mengikut fahaman Melayu : buah yang dijolok itu tidak masak dan tidak seranum buah yang gugur sendiri. Saya berasa malu bercakap soal ini tetapi saya terpaksa bercakap mengingatkan Kera· jaan dan sahabat saya yang menjadi Menteri dan saya harap kalau ini dapat dibetulkan saya fikir makin licin lagi keadaannya.

Yang ketiga, saya hendak bercakap ber· kenaan masaalah Istana Negara. Sejak merdeka tahun 1957 kita pun mengisytihar­kan sebuah istana dinamakan Istana Negara dan di sinilah tempat bersemayam clan ber­mastautin Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Tidaklah hendak saya ceritakan lebih awal daripada tahun 1957 itu tetapi rumah itu sudah ada sebelum tahun 1957. Maka sekarang ini kita sudah merdeka 20 tahun, hari ini tahun 1977, sudah masuk pada tahun yang ke 20

kemerdekaan Malaysia, walaupun rancangan membina lstana Negara yang baru telah dirancangkan dan tapak tanah telahpun di· usahakan tetapi permulaan kerja belum lagi dimulakan. Tentulah ini mengambil masa yang agak lama dan berkehendakkan tenaga dan kewangan yans banyak. Tetapi kita harus mengkaji bahawa istana ini pun sebagai satu tawarikh (historical) dan simbol kebesaran,, keagongan dan ketaatan. Banyak Ahli-ahli Yang Berhormat pernah melawat Eropah, England dan sebagainya, Istana Ratu lnggeris yang ada sekarang di King's Palace, Raja rakyat British menjadikan satu simbol kemegahan negaranya. Kita harus mempelajari sebab kita juga bersistem monarchy dan mengapa sampai 20 tahun sudah merdeka kita masih belum ada ke· mampuan mendirikan sebuah istana yang akan dimastautin oleh orang yang sangat ditaati dan dihormati oleh negara kita. Saya harap langkah ini patut dan perlu diambil dan dipercepatkan kalau sudah mula langkah ini dimulakan.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya hendak bercakap juga berkenaan masaalah kurniaan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada rakyat umum pada hari kebesaran. Dalam tahun 1976 senarai mereka yang mendapat kurniaan di-Raja meliputi semua jenis dan golongan rakyat, pasukan kesela· matan, tentera, orang kenamaan dan sebagai­nya dengan angka yang agak besar akan tetapi hanya seorang sahaja ahli politik men­dapat kurniaan yang agak tinggi iaitu ber­gelar Tan Sri, itupun di negeri Sarawak. Saya ingat dia seorang bekas Ahli Parlimen. Hanya seorang sahaja ahli politik, yang lain itu saya minta maaf, apabila mencapai pangkat Ketua Setiausaha di Jabatan-jabatan Kerajaan dalam negeri kita, kalau tidak tahun pertama, tahun kedua nama mereka dicadangkan dan dipersetujui.

Tuan Yang di-Pertua, masih ingat seorang bekas Pengerusi atau Yang di-Pertua Dewan Rakyat pun cukuplah, tiga empat tahun berkhidmat sebagai Yang di-Pertua penuh Dewan Rakyat tidak dapat kurniaan Tan Sri. Saya boleh namakan iaitu Datuk Syed Isa menjadi Speaker Dewan Rakyat penuh empat atau lima tahun, saya kurang pasti, beliau tidak mendapat satu penghormatan sebagai Speaker Dewan Rakyat, tetapi Sultan Johor seorang Raja yang adil, mengurniakan gelaran atau bintangnya yang membawa dirinya bergelar Datuk. Pada saya itu satu

Page 18: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

2991 14 JANUARI 1977 2992

keaifan, tamparan kepada Ahli politik yang berjasa. Mengapa? Belum ada kelayakan, belum ada kemudahan dan sebagainya, itu tidak menjadi soal. Yang menjadi per­hitungan kenapa sehingga bekas Speaker Dewan Rakyat tidak dapat kurniaan dari­pada Kerajaan Kebawah Duli atas perkhid­matannya sebagai Speaker Dewan Rakyat. Hanya pada tahun 1976 seorang bekas Ahli Parlimen dari Sarawak, yang dikumiakan gelaran Tan Sri, itupun Tan Sri peringkat yang kedua.

Tuan Yang di-Pertua, saya bercakap dan berucap dalam Dewan ini bukan maknanya saya mahu, tetapi tidak siapa berani ber­cakap dalam masaalah ini. Sebab kita tahu kucing akan menangkap tikus, jadi berpakat­lah tikus beramai-ramai untuk menyelamat­kan semua tikus itu. Katanya, "Kita ber­pakat menggantungkan loceng di leher kucing, tetapi tidak ada tikus yang berani menggantungkan loceng di leher kucing, apabila kucing berjalan, loceng berbunyi, tikus boleh lari". Walaupun cakap saya merbahaya kepada diri saya sendiri, tetapi biarlah saya menjadi pelita membakar diri, menerangi yang lain, tetapi kalau sekiranya hendak dipertimbangkan juga kumia untuk saya, saya berterima kasih juga (Ketawa).

Tuan Yang di-Pertua, saya fikir cukuplah saya bermadah sekian lama, yang saya kira kalau ada pahit, ada masin. Ini menambah­kan selera. Mudah-mudahan kita bertambah sihat pada masa yang akan datang.

3.41 ptg.

Raja Datuk Haji Nong Chik bin Raja Ishak: Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong sepenuhnya Rang Undang-undang ini dengan tidak ada apa-apa keraguan langsung, tetapi saya hendak bercakap sedikit sahaja mengenai Raja kita iaitu Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua, Raja-raja Melayu pada masa dahulu adalah lain coraknya. Pada hari ini lain pula coraknya. Di zaman sekarang, Raja-raja Melayu termasuklah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Raja di dalam Perlembagaan. Di zaman dahulu pula jika sekiranya ada sebarang peperangan, rajalah mesti ke hadapan dahulu dan raja­lah yang akan mati dahulu, tetapi pada hari ini, negara kita telah bertukar corak dan

--- --- ---------------

Kerajaan adalah berdasarkan demokrasi ber­parlimen maka Raja adalah Raja di dalam Perlembagaan. Di sini saya ingin bercakap berkenaan dengan Raja di clalam Perlem­bagaan.

Rang Undang-undang ini sepatutnya tida~ kita bincangkan langsung dan apa yang di­kehenclaki iaitu dianugerahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong daripacla $30,000 kepada $45,000. Kalau difikirkan pada hari ini pegawai tinggi pun mendapat gaji lebih daripada $45,000 setahun. Ini tak menjadi soal langsung oleh kerana ini adalah macam setitik air di dalam lautan yang dalam. J adi yang saya hendak bercakap pada hari ini berkenaan dengan Raja dan negala kita, oleh kerana negara kita ini adalah negara yang merdeka dan berclaulat dan negara kita ini juga berdasarkan demokrasi clan di clalam Perlembagaan kita adalah diperlin­dungi Raja-raja kita terutama sekali Duli Yang Maha Ml~lia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kepada saya bukan­nya cakap dari mulut, bukan bertanam tebu di tepi bibir, tetapi taat setia saya kepada Raja, samada jiwa habis sekalipun taat setia saya kepacla Raja tidak berubah. Inilah sebenarnya taat setia seseorang kepacla Raja­nya tetapi kepada musuh-musuh di dalam negara patutlah kita fikirkan. Pada hari ini banyak musuh ada di dalam negara kita seperti musuh dalam selimut yang kita tak kenal musuh-musuh itu. Mereka merupakan ayam tetapi sebenamya adalah musang. Ini yang kita bimbang oleh kerana apabila kita luluskan pen:ntukan $45,000 ada rakyat yang bertanya, "apakah sebabnya hendak ditambah?" ltu rakyat yang tidak ada taat setia kepada Rajanya. Kalau rakyat yang setia kepada Rajanya maka jiwanya diberi­kan kepada Raja. Pada hari ini kita ber­tanya, bahawa dalam negeri kita ini, ada atau tidak kominis bersenjata dan kominis di clalam Kerajaan dan kominis yang di bawah tanah, dan kita bertanya kepada diri kita sendiri, jikalau kominis memerintah negara ini pada hari ini kominis boleh mengatakan untuk menyedapkan terutama sekali hati bumiputra, oleh kerana b-:.imiputra taat setia kepada Rajanya, kerana bumiputra percaya kalau tidak ada Raja acla pepatah Melayu mengatakan: "Ceh ! Melayu takk:an hilang di dunia ini." Perkara ini, Tuan Yang di-Pertua, jikalau tidak ada Rajanya di negara ini, mungkin setahun lagi Melayu akan hilang di dunia, tetapi oleh kerana

Page 19: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

2993 14 JANUARI 1977 2994

Raja adalah memegang adat istiadat negara; Raja adalah juga Ketua ugama. Kalau tidak, sudah lama orang Melayu masuk Kristian. Dengan sebab itu, saya suka menyatakan di sini, yang kita takuti sekali Istana kita boleh beri, sebab Malaysia adalah kaya raya dengan adanya hasil minyak sedangkan tiap­tiap negeri akan diberi berjuta ringgit oleh Pusat oleh kerana negeri kita telah menjadi kaya. Takkan tak boleh diberi istana kepada Raja. Kalau misalnya pada hari ini gerakan subversif masuk di kalangan rakyat terutama sekali bumiputra dan menamakan "hate", menamakan "perasaan benci" terhadap Rajanya tetapi pandai bermuka-muka dengan mengatakan kalau kominis memerintah negara ini Raja akan dikekalkan, akan tetapi bertakhta, sebagaimana hari ini begitu juga. Inilah pujian daripada Russian Communist kepada bumiputra dalam negeri ini.

Tuan Yang di-Pertua, ini mestilah kita jaga dan saya rasa perkara ini memang patut sangat diberi perhatian dan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat saudara saya tadi berkenaan apa sebabnya upacara mengadap, banyak daripada Senators tidak dipanggil. Satu daripada sebabnya, jikalau kita pergi ke Istana Negara Singgahsana Di Raja di sana, tempatnya lebih besar sedikit daripada bilik Dewan ini. Berapa orang boleh masuk mengadap sedangkan Senator di sini lebih kurang 54 orang, Ahli Parlimen 154 orang. Itu sahaja berangkali sudah penuh Singgahsana yang ada di Istana Negara itu.

Kedua, saya hendak tegur pihak Kerajaan berkenaan istana sekarang. Di hadapan Istana Negara kita nampak rumah-rumah buruk yang sepatutnya sudah lama dahulu dipindahkan. Ini menjadi "sakit mata" kepada rakyat, kerana sebuah istana di depannya rumah-rumah buruk. Sepatutnya rumah-rumah itu dibeli oleh Kerajaan, kalau rumah itu dipunyai 'oleh orang ramai dan kita alihkan kepada tempat lain. Di hadapan istana itu ada padang, semua itu patut di­jadikan satu compound yang besar sedikit daripada yang ada sekarang. Ini patutlah sekali Kerajaan mengambil perhatian di atas perkara ini.

Ketiga, mengenai security tempat itu, sungguhpun ada askar menjaga di depan dan di belakang, tetapi pagar-pagar itu, kalau dibandingkan dengan Buckingham Palace, Istana-istana Raja di Denmark, di

Belanda dan sebagainya, kita nampak pagar­pagamya tinggi dan elok. Oleh kerana Istana Negara itu adalah satu daripada simbul daripada negara kita, maka dengan sebab itu tempatnya pun mestilah istimewa.

Tuan Yang di-Pertua, cuma saya harap­kan iaitu kemahuan-kemahuan di-Raja ini yang mana kita fikirkan berpatutan tidaklah menjadi apa-apa teguran daripada rakyat.

3.50 ptg.

Puan Dasimah Dasir: Tuan Yang di-Pertua. saya juga turut menyokong Rang Undang­undang yang dibawa oleh Menteri ber­kenaan. Sepatutnya Rang Undang-undang ini tak menjadi satu perbahasan dan juga saya berharap kepada Majlis ini kita mem­beri sokongan dengan mulut sahaja, ber· setuju sudahlah.

Saudara-saudara saya tadi manakala ber­cakap mengatakan tidak hendak bercakap panjang tetapi melilau lebih kurang setengah jam. Saya minta kepada saudara-saudara saya memikirkan kita ada 6 lagi Rang Undang-undang. Tuan-tuan mengaku bila Menteri membawa usul yang mesyuarat tidak akan ditangguhkan sehingga habis~ tetapi nampaknya belum pukul 7.00 malam bangku sudah kosong. Semua orang hendak bercaka p, kita sudah bercakap selama 10, hari. Saya berharap muga-muga saudara­saudara saya yang dikasihi tolong jangan lewat hingga larut malam, saya ada asthma itu sebab bangku saya selalu kosong. Saya mintalah, tak patut, kalau hendak bercakap cakap dengan rengkas sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong 100% Bil ini, kalau dikehendaki wang untuk Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, berilah seberapa banyak, kerana menjaga moral negara kita.

3.52 ptg.

Datuk Abdul Aziz bin Tapa: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun menyokong Rang Undang-undang Peruntukan Diraja ini.

Sudah menjadi perjanjian lama dikatakan bahawa alam beraja, luak berpenghulu, ber­suku-suku anak buah sembah kepada Datuk. Dan saya perhatikan dari sejarah walaupun musim berganti tahun berubah, yang dahulu pergi yang baru datang tetapi masih juga

Page 20: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

2995 14 JANUARI 1977 2996

kita di dalam ikatan lama ini. Itu yang utama dan itulah sebabnya saya menyokong Bil ini.

Yang kedua, saya hendak membetulkan sedikit perkataan Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Arshad yang mengatakan bahawa Sultan atau Raja Melaka telah lari. Duli Yang Maha Mulia itu bukan lari tetapi berundur-withdrew, not run away. Ini satu perkataan yang mesti dibetulkan di dalam sejarah. Dia bukan lari, dia berundur dari satu medan perjuangan kepada satu medan perjuangan dan ingin menyerang dan me­rampas Melaka balik sehingga Baginda mangkat di Kampar di tanahairnya sendiri di Sumatra. Jadi, saya ingin betulkan ahli-ahli sejarah janganlah mengatakan bahawa Sultan Melaka itu lari tetapi berundur.

Datuk Haji Ahmad bin Arabad: Tuan Yang di-Pertua, saya tarik balik perkataan lari itu kepada berundur. (Ketawa).

Datuk Abdul Aziz bin Tapa: Tetima kasih. Yang Ketiga, saya menyokong segala kata-kata Yang Berhormat tadi tetapi saya ingin membawa satu pandangan kepada pihak pentadbir Istana Negara ini iaitu pakaian semasa mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka itu, samada di dalam istiadat ataupun istiadat penyerahan bintang­bintang. Saya perhatikan jika orang-orang Melayu memang sudah ada ditulis apa-apa pakaian. Begitu juga orang-orang asing bagi lelaki ada dinyatakan pakaian. Tetapi pakaian wanita-wanita-saya pakai per­kataan wanita di situ kerana apabila seorang perempuan yang masuk ke Dewan itu harus kita hormati dengan nama wanita. Jadi setengah-setengah daripada setengah wanita ini memakai pakaian yang kurang manis, saya tak kata kurang sopan, saya tak kata menjolok mata, tetapi kurang manis. Jadi, seharusnya apabila kita mengadap Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. sewajarnya kita menghormati darjah atau dignity Duli Yang Maha Mulia. Apa yang saya perhatikan ada setengah-setengah me­makai baju yang terlalu jarang, ada yang sama-sama maklum dan ada setengah­setengah itu kurang labuh. saya tak kata pendek, tetapi kurang labuh untuk menjaga kehormatan Dewan dan juga Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka. Adalah diharap pada masa yang akan datang seharusnya hendaklah difikirkan secara mendalam supaya sesuai dengan pakaian negara yang

berbilang kaum ini. Saya rasa, Tuan Yang di-Pertua, setakat itulah sahaja dan saya me­nyokong Bil ini dengan sepenuh-penuhnya.

3.56 ptg.

Tan Sri Chong Hon Nyan: Tuan Yang di­Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan ini dan memberi pandangan-pandangan yang membena tentang beberapa perkara ber­kaitan dengan Bil ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri telah dapat pengetahuan lebih banyak tentang latar belakang tawarikh Sultan dan Raja­raja dan saya ucapkan terima kasih. Saya pun ambil perhatian juga tentang teguran Yang Berhormat Puan Dasimah Dasir supaya tidak dilanjutkan perbahasan ini dan saya tidak ada hasrat memberi jawapan satu persatu melainkan perkara yang telah di­sebut berkaitan dengan Istana Negara. Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum Kerajaan telahpun menyimpan satu tapak tanah di Kuala Lumpur dekat Jalan Duta untuk membina sebuah Istana yang baru. Waiau bagaimanapun, satu keputusan muk­tamat belum diambil tentang hal ini tetapi tujuan Kerajaan ialah supaya sebuah Istana Negara baru akan dibina. Lain-lain pan­dangan Ahli Yang Berhormat itu tentang samada patut atau tidak mereka mendapat­kan jemputan ke majlis istana, saya akan menyampaikan kepada Bahagian lstiadat dan Protokol di J abatan Perdana Menteri. Saya mengaku sentiasa dijemput bukan sahaja dalam Dewan ini bahkan dalam Dewan yang lain, dan masaalah ini akan dikaji balik oleh Bahagian Istiadat.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada lain­lain soalan dan pandangan-pandangan dan yang mana ada dalam ingatan saya akan di­sampaikan kepada pihak-pihak yang ber­kenaan khas tentang lawatan-lawatan Diraja.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan di­setujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai J awatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Rang Undang-undang ditimbangkan dalam J awatankuasa.

(Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa)

Page 21: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

2997 14 JANUARI 1977 2998

Fasal 1 hingga 3 diperintahkan menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Rang Undang-undang dilapurkan dengan tidak ada pindaan : dibacak:an kali yang ketiga dan diluluskan. ·

RANG UNDANG-UNDANG PROFESION UNDANG-UNDANG

(PINDAAN)

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

4.00 ptg.

Menteri Undang-undang (Tan Sri Datuk Haji Abdul Kadir bin Yusof): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Profesion Undang­undang (Pindaan), 1976 dibacakan bagi kali yang kedua.

Sebagaimana Tuan Yang di-Pertua sedia maklum pada Persidangan Parlimen Yang Keempat, Penggal Pertama dahulu suatu Rang Undang-undang yang dinamakan Rang Undang-undan~ Profesion Undang-undang telah dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini. Sungguhpun Rang Undang­undang ini telah mendapat persetujuan Di­Raja pada 6hb Mac, 1976 dan telah pula diwartakan pada llhb Mac, 1976 ianya masih belum berjalan kuatkuasanya. Ini di­sebabkan oleh beberapa teguran dan cadangan baik ke atas Akta itu yang masih Iagi diterima bagi pihak peguam-peguam menerusi Bar Council ,baru-baru ini.

Memandangkan bahawa cadangan yang di­buat oleh pihak peguam-peguam itu akan mendatangkan faedah dan menambahkan kebaikan Akta Profesion Undang-undang, 1976 ini perlulah tindakan memindanya di­ambil sebelum Akta itu berjalan kuatkuasa­nya. Tindakan ini, saya percaya akan mengelakkan beberapa masaalah dan ke­rumitan yang harus akan timbul jika sekira­nya perjalanan kuatkuasa Akta itu diterus­kan juga tanpa pindaan, kerana lambat-bangat pindaan ke atasnya perlu juga dibuat dalam Persidangan yang akan datang. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan berlakunya masaalah dan kerumitan itu saya telah bersetuju supaya pindaan ke atasnya dibuat dalam Persidangan Parlimen ini juga. Sebab­sebab Akta Profesion Undang-undang, 1976 dipinda telah lebih jelas dihuraikan di

bawah tajuk Huraian (Explanatory State­ment). Oleh itu tidak payahlah saya mem­buang masa dengan panjang lebar membuat Huraian yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin supaya Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan), 1976 dibentang­kan dan dibawa kepada semua peringkat di dalam persidangan ini juga.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon men­cadangkan.

Tuan Law Hieng Ding: Tuan Yang di­Pertua, saya mohon menyokong.

4.04 pig.

Tuan M. Mahalingam: Tuan Yang di­Pertua, saya menyokong Rang Undang­undang ini tetapi sebelum menyokongnya saya ingin memberi pandangan berkenaan dengan undang-undang ini.

Akta Profesion Undang-undang, 1976 telah mendapat persetujuan Di-Raja pada 6hb Mac, 1976 tetapi masih belum dilak­sanakan. Sebelum pula Akta ini dilaksana­kan, pindaan adalah dibuat kepada Akta ini. Pindaan-pindaan ini adalah benar dan saya menyokong padanya.

Ada suatu perasaan berlaku di antara peguam-peguam bahawa Rang Undang­undang tidak dihantarkan dengan tempoh masa kepada Majlis Peguam untuk memberi pandangannya. Biasanya, Rang Undang­undang dihantar ke Majlis Peguam selepas Rang Undang-undang itu telah diluluskan di Parlimen.

(Dengan izin) Section 42 of the Legal Profession Act which was passed by Parliament reads as follows :

"42 (1) The purpose of the Malaysian Bar shall be-

(a) to uphold the cause of justice with­out regard to its own interests or that of its members, uninfluenced by fear or favour;

x x x x x x x x (d) to advise the Government and the

Courts where necessary in matters affecting legislation and the admini­stration and practice of the law in Malaysia;"

This particular provision had also been in existence in the old Act. The important thing here is to advise the Government and

Page 22: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

2999 14 JANUARI 1977 3000

the Courts where necessary in matters affecting legislation and the administration and practice of the law in Malaysia.

The Bar Council is in a very unique position to understand the implications of the law that is to be passed by Parliament. It is for this reason they have been authorised under Section 42 (1) (d) that they can advise the Government in matters affecting legisla­tion. I am aware that it is not possible to send all Bills to the Bar Council before they are presented to Dewan Rakyat, but I would urge the Minister to consider sending Bills relating to amendments to Constitution, liberty of subjects and administration of justice to the Bar Council early for their comments before being presented to Parlia­ment. Their knowledge and advice would be very valuable to the Government. It is the prerogative of the Government not to accept their views but at least listen to their views.

I would like to thank the Bar Council for airing their views in the past uninfluenced by fear or favour and hope that they would continue to do so in the future where necessary.

The next question I would like the Minister to consider is in relation to the revision of Scale Fees for lawyers in non-contentious matters. Many people believe that lawyers are making plenty of money. Contrary to popular belief, not all lawyers are making money but only having a mere existence. Take, for instance, that 1the Scale Fees for non­contentious matters was fixed in 1947. Since then 30 years have lapsed. Salaries of employees have been revised on a number of occasions. Prices have gone up. The cost of maintaining a legal firm has gone up many times, but the Scale has not been revised upward. I would urge the Minister to consider revising the Scale Fees on non­contentious matters.

At the same time, I also urge the Minister to revise the fees for counsel who appear in criminal cases assigned by the Government. They are now paid $20 per hour and I believe that this was also fixed about 30 years ago. Counsel are assigned in criminal cases which carry capital punishment for those who could not afford to pay a lawyer.

Lastly, I would like to give my view on admission and disciplinary proceedings on advocates and solicitors. Admission is made by the High Court as is provided in Section 10 of the Legal Profession Act, 1976, whereas the removal of the advocates from the Roll vests in the body known as the "Disciplinary Committee" appointed by the Chief Justice. My humble view is that the body that admits the advocates should also have the power to remove them and not the Disciplinary Committee. No solicitor would like to sit in judgement against a fellow solicitor and I would urge the Minister to consider amending Section 101 of the Legal Profession Act, 1976-that striking off from the Roll of a solicitor be left to the court.

I am aware that most of the recommenda­tions that have been given by the Bar Council have been what that have been put forward in relation to this Act, but I still consider that removal from the Roll should be left to the Court, not to the Disciplinary Committee. The position of the legal profession is different from that of the other professional bodies. Advocates are officers of Court and they can utilise the existing facilities available for them in Court rather than allowing themselves to be removed by the Disciplinary Committee.

I hope the Minister would consider my views, and I would like to thank the Minis­ter for bringing about the amendments that are very necessary.

4.10 ptg.

Tuan Haji Khalid bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Undang-undang yang telah menge­mukakan (pindaan) ini kepada Dewan yang mulia ini untuk dipertimbangkan.

Sebentar tadi kita telah mendengar sahabat saya Tuan Mahalingam telah bercakap mengenai kepayahan dan kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh peguam-peguam khusus­nya mengenai fees yang tidak direvisekan begitu lama.

Saya percaya adalah wajar bagi saya pula mengemukakan hujah-hujah saya dan pen­dapat-pendapat saya bagi pihak clients. Pada keseluruhannya saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat

Page 23: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3001 14 JANUARI 1977 3002

Menteri Undang-undang kerana telah cuba menyelaraskan kedudukan-kedudukan per­khidmatan dan peguam-peguam pada kese­luruhannya. Dan saya harap apa yang diran­cangkan oleh Yang Berhormat Menteri Undang-undang ini akan membawa kesan yang berfaedah bukan sahaja kepada peguam­peguam tetapi juga kepada seluruh rakyat yang sentiasa memerlukan nasihat-nasihat mengenai undang-undang di dalam negeri ini.

Tuan Yang di-Pertua, sepanjang yang saya tahu telah dua kali membicarakan mengenai Undang-undang bagaimana kita hendak mem­beri perlindungan kepada peguam-peguam. Dan bagaimana seharusnya seorang peguam itu didaftarkan sebagai seorang peguam yang boleh memberi perkhidmatan kepada rakyat. Akan tetapi jarang sekali kita dapati per­aturan-peraturan atau Undang-undang yang dibawa oleh pihak peguam-peguam untuk melindungi clientnya pula. Hal ini saya rasa boleh dikatakan saban hari atau kerap kali berlaku kepada clients atau mereka yang meminta pertolongan kepada peguam-peguam iaitu kadangkala memakan masa yang agak panjang sekali bagi menyelesaikan masaalah­masaalah civil. Hal ini kalau sekiranya Un­dang-undang ini berkaitan dengan perusahaan atau perniagaan, kadangkala satu-satu per­usahaan itu membawa begitu rumit sekali, dengan kerana ada peguam-peguam yang tidak menyelesaikan kerja-kerja mereka sehingga tiga tahun untuk membuat satu civil agree­ment, jadi walaupun wangnya telah dibayar, telah selesai 100% tetapi kerjanya tidak di­jalankan. Saya ingin menarik perhatian ke­pada Dewan ini bukan sahaja peguam-peguam yang memerlukan protection, clients juga perlukan protection dan ke manakah mereka ini akan mengadu sekiranya hal yang demi­kian ini berlaku kepada seorang client. Saya dapati perkara yang semacam ini kerap ber­laku di mana Perbadanan-perbadanan yang dianjurkan oleh Kerajaan telah memilih satu Pejabat Peguam yang tertentu bagi mengen­dalikan rpasaalah yang begitu banyak. Saya kira kalau saya tidak salah, saya ingin men­dapat perhatian daripada Jabatan Peguam Negara agar menasihatkan Jabatan-jabatan yang berkaitan ini jangan melantik satu baha­gian ataupun satu firma sahaja atau dua firma sahaja bagi mengendalikan masaalah-masa­alah yang berat seperti masaalah perumahan, masaalah perjanjian perniagaan, masaalah banking dan sebagainya. J adi moleklah pihak Kerajaan membuat sebagaimana Jabatan­jabatan yang lain melantik Panel of Doctors

yang terdiri 10 atau 15 orang. Jadi client ini boleh memilih mana-mana yang disukai, mana-mana yang mempunyai khidmat yang memuaskan. Di sini adalah satu fair competi­tion daripada peguam-peguam. Kalau sekira­nya ditentukan pada satu-satu tempat, saya sendiri pernah mengalami sampai tiga tahun tidak diselesaikan lagi. Sesudah itu si client sendiri hendak berjumpa pun dia tidak ada masa. lnilah perkara-perkara bukan sahaja berlaku kepada saya, berlaku juga kepada kes-kes tanah, berlaku juga kepada kes-kes perbicaraan, kes civil yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, sambil saya menyo­kong sahabat saya, Tuan Mahalingam supaya fees itu direvisedkan dan saya juga meminta supaya servioe pun diperelokkan.

4.15 ptg.

Puan Hajjah Salmah binti Sheikh Hussein: Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Rang Undang-undang ini dan saya percaya tentu Dewan ini tidak dapat mengubah lagi apa yang sudah ada di hadapan kita, tetapi rasa saya apa pandangan yang saya beri nanti biarlah untuk jadi perhatian, ingatan di masa akan datang.

Barangkali apa yang hendak saya bayang­kan ini sama jugalah dengan Yang Berhormat saudara saya Tuan Haji Khalid, cuma sedikit sahaja berlainan. Apa yang hendak saya harapkan ialah untuk meminta agar orang­orang yang ada profession undang-undang atau profession lain-lain seperti doctor, atau accountant, jika dilantik ke satu jawatan politik seperti Pengerusi atau Pengarah satu­satu Badan maka Kerajaan hendaklah meng­adakan Undang-undang. Jika mereka itu ada firma-firma sendiri, seperti firma accountant sendiri atau membuka kelinik doctor atau Pejabat Peguam sendiri, maka hendaklah mereka menghapuskan nama-nama mereka daripada terlibat lagi dengan firma-firma ter­sebut. Sebab saya berkata demikian, Tuan Yang di-Pertua, implikasinya jika perkara ini terus-menerus dibenarkan ialah jawatan yang dipegang atas lantikan politik itu memberi publicity yang besar kepada firmanya sendiri dan secara tidak langsung telah menggunakan nama jawatannya untuk kepentingan sendiri dan ini adalah bertentangan dengan kehendak Undang-undang. Cara ini juga akan menye­lamatkan dan memelihara mereka tersebut daripada berbagai tohmah yang bukan-bukan.

Page 24: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3003 14 JANUARI 1977 3004

Cuma mereka itu boleh terus terlibat dan membuka balik firmanya atas namanya sendiri apabila tidak lagi memegang jawatan tersebut.

Sekianlah sahaja serba ringkas, Tuan Yang di-Pertua.

4.17 ptg.

Tan Sri Datuk Haji Abdul Kadir bin Yusof: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucap­kan terima kasih kepada ketiga-ketiga Ahli Yang Berhormat yang telah membawa tegu­ran-teguran atas Bil yang telah saya bentang­kan.

Yang pertamanya, saya menjawab secara pendek sahaja kepada teguran Yang Ber­hormat Tuan Mahalingam berkenaan dengan Rang Undang-undang ini sungguhpun di­luluskan lebih kurang dalam 7, 8 bulan dahulu dan telah dijadikan Undang­undang, tetapi tidak dikuatkuasakan ialah dengan sebab Bar Council mengambil masa meminta pandangan-pandangan daripada ahli­ahlinya. Apakala Undang-undang ini tidak diluluskan maka tanggungjawab untuk me­nguatkuasakan Undang-undang ini terpulang­lah kepada saya dan sebelum saya kuatkuasa­kan, saya akan minta pandangan dan pendapat daripada Bar Council, bila yang sepatutnya dimulakan, dilaksanakan dan di­kuatkuasakan Undang-undang ini. Saya fikir dalam sebulan dua, kalau boleh, saya hendak laksanakan kuatkuasa Undang-undang ini.

Yang keduanya, Undang-undang ini dikuat­kuasakan bagi Semenanjung Malaysia sahaja dan tidak dikuatkuasakan di Sabah dan di Sarawak, kerana saya telah berjanji dengan Bar Association di Sabah dan juga di Sara­wak, supaya Undang-undang ini berjalan dalam enam bulan atau setahun dahulu di Semenanjung ini dan sekiranya bagus per­jalanannya kelak, bolehlah difikirkan bagai­mana caranya hendak kita kuatkuasa di Sabah dan Sarawak samada dengan ada pindaan atau dengan tidak ada pindaan, kerana per­aturan yang ada berjalan di Sabah dan di Sarawak bagi legal profession adalah sangat berlainan daripada yang ada di negeri kita ini.

Berkenaan dengan Seksyen 42 (ii) saya sedar tujuan Malaysian Bar itu, yang antara lain menyatakan:

(ii) to advise the Government and the Courts where necessary matters affecting legis­lation and the administration and practice of the law in Malaysia.

Saya faham dan saya pun sendiri sebagai Titular Head of the Bar atau Ketua kepada Malaysian Bar. Tetapi kita mesti ingat Undang-undang ini dahulu dibawa sebelum kita mer­deka dahulu dan kita lanjutkan peruntukan itu dalam Seksyen 42. Masa belum merdeka dahulu negeri ini diperintah bukan secara demokrasi oleh Kerajaan Colonial. Sekarang negeri kita telah mengadakan pilihanraya. Tiap-tiap Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang telah lebih dahulu digubalkan oleh Jabatan saya ataupun Kementerian masing-masing dan dapat kelulusan lebih dahulu oleh Jemaah Menteri. Timbul satu masaalah, perkara yang kita hendak bawa, misalnya Rang Undang­undang atau bakal Undang-undang kepada Jemaah Menteri adalah rahsia (secret) dan seorang pun tidak boleh tahu. Maka apakala diluluskan Rang Undang-undang itu oleh Jemaah Menteri, barulah dihantar kepada J abatan Percetakan untuk dicetak, selepas itu baru dibahagikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Maka adakah difikirkan atau dikehendakkan Rang Undang-undang yang digubal di Jaba­tan saya itu sebelum dihantar ke Kabinet mesti dirujuk kepada Bar Council untuk me­minta pandangan ataupun apakala diluluskan oleh Jemaah Menteri dihantar ke Bar Council dahulu untuk meminta pandangan supaya diubah, kemudian baru dibawa ke Parlimen. Perkara ini timbul dengan sebab dalam peme­rintahan demokrasi berparlimen ada perkara yang rumit kerana saya ada mempunyai dua tanggungan, satu menjadi Ketua Bar Council untuk menjaga kepentingan Bar dan satu lagi sebagai Menteri Undang-undang bagi men­jaga kepentingan rakyat jelata dan bertang­gungjawab kepada Dewan Negara dan Dewan Rakyat seperti kata orang ada dua masters yang hendak dijaga.

Waiau bagaimanapun, saya percaya Kera­jaan yang ada ini ialah Kerajaan yang dipilih oleh rakyat jelata dan mereka adalah lebih bertanggungjawab ke­pada segala undang-undang yang diluluskan dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat daripada Bar Council. Saya juga bersetuju dengan cadangannya iaitu kita mesti memikir­kan Rang Undang-undang yang dibawa ke Parlimen ada 3-4 macam, ada yang boleh direfer dan ada yang tidak boleh. Misalnya

Page 25: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3005 14 JANUARI 1977 3006

seperti Legal Profession Act iaitu undang­undang yang menjaga profesion peguam-pe guam dan Rang Khas untuk peguam. Dengan sebab menyentuh faedah atau kerja-kerja profesion peguam, Kementerian saya tidak menggubalnya, kita serahkan kepada peguam sendiri untuk menggubal undang-undang atau peraturan-peraturan yang akan menentukan cara-cara atau pentadbiran hendak mengawal peguam-peguam. Perkara ini dia sendiri Irena menggubalnya, selepas digubal, baru kita bawa ke Kabinet dan dibawa ke Parlimen untuk diluluskan.

Ada juga undang-undang yang saya fikir menyentuh mengenai keadilan, misalnya undang-undang berkenaan Courts Ordinance ada keterangan, ada jenayah dan Penal Code atau Kanun Kesiksaan, Civil dan Criminal Procedure Code serta lain-lain yang menyen­tuh keadilan. Saya percaya perkara ini ada menyentuh berkenaan interest yang bersang­kut-paut dengan Bar dan perkara yang semacam itu, saya percaya kadang-kadang mana yang mustahak sebelum dibawa ke Parlimen, semasa magih menggubal, saya telah rujukkan perkara itu kepada Bar Coun­cil. Misalnya ada cadangan Kerajaan hendak membuang cara sistem Jury atau kita tidak mahu ada Preliminary Enquiry pada masa yang akan datang, ini menyentuh cara per­bicaraan dan perkara semacam ini, saya percaya saya akan dihantar kepada Bar Council minta pandangannya sebelum dibawa ke Kabinet atau Kerajaan atau dijadikan Bil. Tetapi undang-undang yang lain daripada ini, saya percaya Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negara dan Dewan Rakyat tidak setuju saya merefer, menghantar atau merujuk Rang Undang-undang itu kepada Bar Council sebelum diedarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Undang-undang yang lain, saya boleh ber­janji di sini apakala dicetak untuk dijadikan undang-undang maka bolehlah diberi kepada Bar Council dan ahli Bar bersama atau bersaing dengan pembahagian kepada Ahli­ahli Yang Berhormat. ltulah yang dapat saya buatkan dan dengan cara itu, saya per­caya ahli Bar atau Bar Council boleh membawa teguran-teguran yang membina samada sebelum undang-undang itu dibawa ke Parlimen atau dihantarkan pandangan­pandangan dan pendapat-pendapat kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkelulusan peguam dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang boleh berucap dalam kedua

Dewan atau mana Rang Undang-undang yang lebih payah kita baca kali yang pertama sahaja dalam Dewan Rakyat dan ditangguh­kan tiga atau empat bulan, baru dibaca pada kali yang kedua dan ketiga. Ini bermakna masih ada tiga bulan untuk peguam-peguam orang awam serta Ahli-ahli Yang Berhormat menyemak Rang Undang-undang itu.

Berkenaan dengan permohonan scale for lawyer's fees hendak dinaikkan bayaran non­contentious matters perkara-perkara yang tidak dibawa ke mahkamah dan juga perkara­perkara lain, ini saya fikir bukanlah kuasa saya. Tentulah perkara yang hendak dibawa ialah perkara-perkara yang hendak diper­timbangkan bersama oleh Jemaah Hakim, Bar Council dan Peguam Negara. Selepas itu diadakan satu perjumpaan dan kalau per­aturan itu disetujukan, barulah dinaikkan. Saya sendiri tidak boleh menaikkan fees on non-contentious matters dengan sebab saya mesti jaga juga kepentingan rakyat jelata kerana yang membayar ialah rakyat jelata, yang menerima peguam.

Berkenaan bayaran $30 sejam bagi loyar­loyar yang dipilih oleh Kerajaan untuk membela orang yang dihukum gantung, ini saya boleh timbangkan juga dan saya ingin mengingatkan iaitu loyar-loyar yang mem­bantu kes-kes capital offence yang diberi oleh Kerajaan boleh dikatakan sebagai satu per­tolongan (legal aid). Saya tidak percaya loyar-loyar hendak memerah atau meminta fees yang begitu tinggi kerana hendak mem­bela kes-kes yang membawa kepada huku­man gantung. Kadang-kadang setengah loyar walau tidak diberi satu sen pun dia hendak kes itu, kerana kalau ada kes-kes besar yang membawa kepada hukuman gantung itu membawa publicity yang cukup tinggi. Kata­nya itu lebih baik daripada fees.

Berkenaan dengan Seksyen 100 (1) tentang bagimana cara hendak menarik Sijil (certi­ficate) seseorang loyar, beliau minta dipulang­kan kepada mahkamah untuk dibawa kepada Disciplinary Committee. Saya ingin memberi­tahu kepada Yang Berhormat Senator M. Mahalingam bahawa undang-undang ini seperti saya kata tadi adalah dibuat oleh Bar Council dan saya tidak berani membuat apa­apa perubahan atas segala apa dicadangkan. Setelah dibincangkan oleh Bar Council ter­lebih dahulu dan mendapat persetujuannya, baharu saya buat perubahan, kalau tidak saya akan dikecamnya di luar dan di dalam Dewan ini.

Page 26: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3007 14 JANUARI 1977 3008

Berkenaan dengan perkara yang dibawa oleh Yang Berhormat Tuan Haji Khalid bin Haji Abdullah, saya amat sedar perkara ini dan mengingatkan saya satu cerita : seorang lawyer yang anaknya baru lulus undang­undang. Lawyer ini berkata kepada anaknya, "Aku sudah tua dan ada satu kes, engkau ambillah kes ini, ini kes civil dan kes ini sudah sepuluh tahun. Engkau jalankan". Dalam sebulan anaknya dapat menyelesaikan kes itu. Maka anaknya berkata kepada bapa­nya, "Tengok, saya baru lulus, sebulan sahaja saya selesaikan; bapa sembilan tahun pun belum dapat menyelesaikannya". Kata si bapa, "Ya anak, itulah kes yang menang­gung belanja kau selama ini". (Ketawa).

Perkara kelambatan perbicaraan, bukanlah boleh disalahkan semata-mata kepada lawyer, kadang-kadang kelambatan mengambil tarikh di mahkamah disebabkan kes bertimbun­timbun di Mahkamah dan mengambil masa dua atau tiga tahun. Saya percaya perkara ini lambat. Tetapi ada juga, bukan banyak­seorang dua atau setengah-setengah lawyer melengah-lengahkan satu-satu kes dan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati kelayan-kelayannya (clients) atau pelanggan­pelanggannya. Di sini . . . . . . . . .

Tuan Haji Khalid bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberikan sedikit penjelasan kepada ucapan saya tadi. Saya sebutkan agreement yang tidak perlu dibawa ke mahkamah, cuma menyelesaikan agreement sahaja.

Tan Sri Datuk Haji Abdul Kadir bin Yusof: Saya tidak faham apa agreement yang tidak perlu diselesaikan di mahkamah, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Haji Khalid bin Haji Abdullah: Tidak perlu apa-apa perbicaraan, cuma hendak file di office tanah, pergi daftar di mahkamah itu sahaja.

Tan Sri Datuk Haji Abdul Kadir bin Yusof: Tuan Yang di-Pertua, sekiranya ada peguam (lawyer) yang telah mengambil duit­nya terlebih dahulu dan selepas buat agree­ment lambat bertahun-tahun baru dapat, rasa saya hendaklah mereka merepot atau membuat aduan kepada Bar Committee di daerahnya. Pihak Bar Committee akan meng­ambil tindakan atau memanggil peguam yang berkenaan mengapa dilambat-lambatkan perkara itu dan ini memburukkan nama baik peguam. Dan kalau ada pcguam yang

membuat amalan semacam ini saya fikir lama-kelamaan pejabat peguam itu kosong kerana pelanggan dalam bandar itu akan bercerita-peguam itu tidak guna, duit di­telan, tiga tahun kita pergi pun tidak jumpa ! Itu cara yang baik sekali kalau hendak me­ngajar peguam-peguam yang mengamalkan perkara semacam ini.

Tentang pandangan Yang Berhormat Puan Hajjah Salmah binti Sheikh Hussein perkara ini memang betul. Pandangan ini amat mem­bina dan saya akan bawa perkara ini iaitu berkenaan dengan orang professional yang mana namanya ada di satu-satu pejabat itu, tiba-tiba dia masuk politik menjadi Menteri dan lain-lain-namanya masih lagi tersangkut di situ dan orang-orang akan salah sangka­agaknya kalau kita pergi tempat itu semua dapat pertolongan. Padahal tidak begitu. Ini saya fikir satu perkara bukan daripada segi undang-undang, tetapi satu peraturan patut ditimbangkan oleh Kerajaan. Saya akan ke­mukakan kepada pihak professional body dan juga pihak Kerajaan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan di­setujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai J awatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Rang Undang-undang ditimbangkan dalam J awatankuasa.

(Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa)

Fasal 1 hingRa 17 diperintahkan menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Rang Undang-undang dilapurkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ke­tiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG DADAH BERBAHA YA (PINDAAN) (No. 2) 1976

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

4.35 ptg.

Tan Sri Datuk Haji Abdul Kadir bin Yusof: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang ber­nama "Suatu Akta Untuk Meminda Ordinan Dadah Berbahaya 1952" dibaca kali kedua.

Page 27: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3009 14 JANUARI 1977 3010

Maksud Rang Undang-undang ini ialah untuk meminda Ordinan Dadah Berbahaya 1952 untuk meluluskan bidang dan erti "trafficking" (Pedagang), mengadakan per­untukan supaya memiliki heroin atau morphine seberat yang ditetapkan atau lebih dianggap sebagai "trafficking" dan juga me­ngadakan peruntukan supaya keterangan se­seorang ejen provokatur (ejen menyubahati) boleh diterima dalam pembicaraan-pembica­raan di bawah Ordinan ini:

Tuan Yang di-Pertua, ingin saya mene­rangk:an iaitu di dalam takrif "trafficking" atau memperniagakan yang ada sekarang tidak termasuk memiliki (possession) dadah berbahaya. Dengan bertambahnya kegiatan­kegiatan pengedar-pengedar dadah berbahaya yang terdapat di waktu ini maka adalah di­fikirkan perlu dimasukkan takrif ini ke dalam undang-undang dadah berbahaya ini supaya aktiviti pengedar-pengedar ini jika tidak dapat dihapuskan sama sekali akan dapat dikurangkan. Oleh itu, Fasal 2 Rang Undang-undang Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) (No. 2) 1976 bertujuan untuk me­luaskan lagi takrif "trafficking" termasuk melakukan perbuatan samada sekali atau lebih daripada sekali iaitu makna "traffic­king" itu mengilang (manufacture), meng­impot, mengekspot, menyimpan, menyuruk­kan, membeli, menjual, memberi, menerima, menyimpan (storing), memberi (adminis­tering) memunggah, membawa, menghantar, menyampaikan (delivering), mendapatkan, membekal atau membahagi-bahagikan apa­apa dadah berbahaya adalah ditakrifkan sebagai "trafficking".

Tetapi selepas kita menjalankan Rang Undang-undang itu dua tahun saya dapati ada kekurangan dalam makna trafficking iaitu possession. Misalnya, ditangkap seorang dalam bilik adalah 10 pounds di tepi penjuru biliknya. Bagaimana hendak dituduh adakah hendak dikatakan dia trafficking atau peniaga tidak termasuk mengilang, tidak; pengedar tidak, menyimpan tidak, membawa tidak dan memberi tidak. Kes macam ini boleh jadi dia lepas apabila dibicarakan atas tuduhan trafficking. Dengan sebab itulah bila sese­orang itu memiliki tidak termasuk salah satu takrif tadi kalau lebih daripada 100 kg. heroin maka disifatkan (presume) dia itu adalah trafficking. Bukan kerana hendak makan. Kalau kita seorang perokok kalau ada satu dose, itu betul untuk dihisap.

Kalau disimpan dalam rumah 2 tong atau 5 tong itu bukan hendak hisap, tentu dia hendak jual separuh, itu maknanya memiliki.

J adi, saya hendak terangkan makna trafficking di sini, jikalau seseorang itu me­nyimpan atau membawa dalam kocek, kalau saya puas hati dengan keterangannya yang dia itu pengedar dadah atau penjual walau­pun dia dapat benda itu 10 kg. sekalipun, sedikit sahaja, maka dia itu boleh saya tuduh dengan tuduhan trafficking yang membawa hukuman gantung atau jel seumur hidup. Tetapi kalau mere possession memiliki sahaja, dia mesti ada sekurang-kurangnya 100 gm. heroin atau 100 gm. morphine atau 200 gm. ganja barulah boleh dituduh sebagai pengedar (trafficking) yang membawa huku­man mati. Oleh itu, undang-undang ini ialah membaiki, maknanya trafficking itu supaya jangan ada loop-hole lagi.

Yang keduanya saya hendak menegaskan kedudukan undang-undang yang ada sekarang ini, mahkamah sangat berhati-hati dalam menerima keterangan seorang ajen provokatur. Dan kerapkali sebelum mah­kamah dapat mensabitkan satu kesalahan, mahkamah akan memberi keterangan bebas atau independent evidence untuk menyokong keterangan seorang ajen provokatur itu. Ke­terangan serupa ini mungkin tidak dapat di­perolehi oleh ajensi-ajensi atau intelligence kita atau spy kita yang menguatkuasakan Ordinan ini di dalam usaha mereka untuk menghambat pedagang-pedagang dadah ber­bahaya yang besar-besar. Memandangkan kepada pengalaman selama ini peruntukan perlu diadakan untuk membolehkan mah­kamah-mahkamah menerima keterangan ajen­ajen provokatur tanpa memerlukan ke­terangan-keterangan sokongan atau memerlu­kan corroboration atau independent evidence di dalam perbicaraan-perbicaraan bagi me­nguatkan undang-undang secara berkesan.

Oleh yang demikian, Fasal 4 ini ialah di­pfnda dan mengadakan peruntukan supaya tiadalah boleh seorang ajen provokatur dianggap sebagai tidak boleh dipercayai kebenarannya dengan sebab semata-mata dianya telah menjadi provokatur atau menyubahati kata orang atau telah menyu­bahati mana-mana orang di dalam melaku­kan apa-apa kesalahan di bawah Seksyen 39 (b) Ordinan Dadah Berbahaya. lni saya gunakan ajen provokatur ialah berkenaan dengan satu seksyen sahaja iaitu 39 (b) ia­lah mengedar yang membawa hukuman gan­tung atau jel seumur hidup.

Page 28: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3011 14 JANUARI 1977 3012

Saya menerangkan bukan semua rang undang-undang lain kita gunakan ajen pro­vokatur, kita gunakan ajen provokatur ini sememang tidak disukai oleh peguam­peguam dan orang kebanyakan. Ajen provo­katur ini misalnya seorang pegawai Biro Narkotik atau pegawai Kerajaan menjolok­jolok membeli dan menjual kepada siapa jua pun, beli sahaja dia tangkap. Ini dia ajen provokatur, fasal ini sangat bahaya hendak menggunakannya. Kalau kita gunakan ajen provokatur berkenaan dengan rasuah, misal­nya, seorang datang bawa wang beribu-ribu ringgit berjumpa salah seorang Ahli Yang Berhormat, kalau lemah imannya cuba me­nerima kenalah dia padahal orang itu orang Kerajaan. Iman yang kuat pun boleh jadi tumbang kalau tidak jaga. Inilah makna ajen provokatur. Dia provok, dia tonjol-tonjolkan supaya kita dapat ditangkap. Dengan sebab itu, saya berjanji di sini ajen provokatur ini tidak akan digunakan, melainkan dapat ke­benaran dari saya sendiri. Sebab dalam mengedar dadah ini cukup susah kita hendak menangkap siapa yang mengedarny,!l, siapa nombor 1 dan nombor 2 sampai sekarang kita tidak dapat tangkap. Yang kita dapat tangkap hanya nombor 3 dan nombor 4 sebab mereka itu sangat bijak, payah dan sukar hendak ditangkap. Kalau kita tidak gunakan seorang ajen yang cuba membeli daripadanya atau menjual kepadanya, .misalnya kita tahu Mr A itu sememang pengedar dadah, masy­hor, tetapi sangat lincah memang tidak dapat ditangkap melainkan dengan dikailkan dengan umpan yang baik-baik; itu diguna­kan ajen provokatur. Orang yang masyhor yang telah menjalankan ienayah-ienayah dan saya puas hati mereka itu patut ditangkap, maka tatkala itulah saya benarkan guna ajen provokatur supaya dapat menangkap­nya.

Saya amat berat hati hendak membuat peruntukan ini tetapi memandangkan keadaan negara masa ini, memandangkan bahaya dadah yang begitu merebak, jadi masaalah negara, masaalah sosial kepada sekelian masyarakat kita, saya percaya saya dapat sokongan daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam memberi peruntukan ini. Walau bagaimanapun, saya berjanji saya dan pegawai saya tidak akan menganiayakan dan salahgunakan undang-undang peruntukan ajen provokatur ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon men­cadangkan.

----- -------·------------

Tuan Law Hieng Ding: Tuan Yang di­Pertua, saya mohon menyokong.

4.45 ptg.

Tuan Kamarul Ariffin bin Mohamed Yassin: Tuan Yang di-Pertua, tiap-tiap kali pindaan dibawa ke Dewan ini berkenaan dengan Ordinan Dadah Berbahaya, saya rasa tiap-tiap kali Dewan ini memberikan sokongan yang penuh, kerana dadah ber­bahaya ini telah menjadi seperti yang saya katakan pada masa-masa yang lampau, masa­alah negara.

Baharu-baharu ini kita semua sudah sedia maklum beberapa orang warganegara kita di­tangkap di Eropah dan telah dihukum pen­jara sampai 14 tahun. Ini sudah memalukan negara kita. Rakyat Malaysia tidak berdosa yang pergi ke Eropah sekarang ini sudah menjadi suspect. ltulah sebab bagi saya, saya menyokong sepenuh-penuhnya apa juga pin­daan yang dibawa oleh Yang Berhormat Peguam Negara ke Dewan ini untuk mem­bolehkan kita menangkap, mengesan peng­edar-pengedar dadah berbahaya supaya mereka itu dapat dihukum dengan setimpalnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ingin hen­dak bercakap panjang dalam perkara ini, saya hanya hendak mengatakan lagi sekali sokongan saya yang penuh terhadap Undang­undang ini.

4.48 ptg.

Tuan Ismail bin Sheikh Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, saya juga bangun menyokong Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) ini.

Saya percaya berkenaan dengan dadah ini memanglah daripada kita rakyat dan Ahli­ahli Yang Berhormat ini mengambil berat hal ini dan selal u soal dan bercakap sehingga dikatakan mabok dalam perkara dadah ini. Disebabkan dadah ini sangat bahaya yang telah kita tahu sudah berjadi-jadi di negara kita ini, khasnya yang saya suka menyentuh di negeri Perlis. Negeri Perlis ini boleh dikata­kan penagih dadah ini banyak yang dapat di­tangkap dan baharu-baharu ini juga per­bicaraan yang pertall}a telah dijalankan di negeri Perlis dan kes ini telah dibuang. Se­takat yang saya dapat faham, seperti dikata­kan tadi undang-undan~ ini barangkali kurang lengkap. Dengan pindaan ini barangkali kes­kes yang begini akan dapat dihukum pihak­pihak yang pandai mencari jalan supaya

Page 29: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3013 14 JANUARI 1977 3014

kes-kes itu terlepas. Kes yang lepas hari itu tidak cukup keterangan. Orang yang memiliki dadah itu menyatakan barang yang ada dalam rumah saya ini ditinggalkan oleh orang yang tidak clikenali dan orang sudah lari dan tinS"" gal barang yang sebegitu banyak dalam rumah­nya maka dengan kerana itu tidak tersangkut dengan pihak tuan rumah memiliki dadah ini maka kes itu telahpun dibuang. Di dalam masaalah ini kita percayalah memang bijak dan mereka ini pandai sebagaimana yang telah diterangkan oleh Yang Berhormat Peguam Negara tadi mereka ini bijak dan Hein se­hinggakan pihak-pihak yang pertama meng­edar dadah ini susah hendak ditangkap, hanya yang dapat yang di bawah-bawah sahaja. Orang yang mengambil upah begitu dan begini dapat ditangkap. Di negeri Perlis juga baharu-baharu ini hukuman mati telah dijalankan. Orang yang kena itu bukanlah orang yang pertama tetapi orang yang meng­ambil upah sahaja, kerana dia memiliki dadah maka mengikut undang-undang hukuman telah dijalankan.

Sebagaimana yang kita maklum mengenai dadah ini, negeri Perlis adalah berjiran dengan negara jiran tetangga kita yang selalu terdapat barang-barang ini daripada sebelah sana, dengan kerana tempat itu dekat dan mudah sahaja barang itu dibawa masuk ke negeri Perlis maka banyaklah pengedar­pengedar dadah ini didapati di negeri Perlis dan begitu jugalah penghisap dadah ini juga banyak terdapat di sana.

Di dalam perkara penghisapan dadah ini juga, kita tahu memanglah penghisap-peng­hisap itu mendapat daripada satu-satu pihak yang membawa penjualan milik yang sedikit .. Dengan cara begini hukuman-hukuman berat tidak dapat diambil. Dengan adanya Rang Undang-undang yang kita luluskan ini hukuman itu akan diperketatkan lagi supaya pengedar yang sedikit-sedikit inipun di­hukum dengan hukuman yang berat. Kita percaya bahawa pengedar-pengedar ini tidak berani lagi menjalankan kerja pengedaran dadah ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya suka juga me­nyentuh sedikit berkenaan dengan pengbisap­penghisap dadah yang mana kita tahu memang kita memberi maklumat-maklumat kepada pihak-pihak yang berkenaan tetapi kadang-kadang saya pun tidak tahu, bila kita beritahu di tempat-tempat yang tertentu banyak didapati pemuda-pemuda atau belia­belia kita berada di tempat itu yang kerjanya

hanya untuk menghisap dadah tetapi tindakan­tindakan itu terlampau lambat. Maka kita berharap pihak yangi berkenaan akan dapat mengawasi dengan lebih ketat lagi dalam soal­soal seperti ini supaya perkara-perkara ini dapat dijauhkan lagi kerana kita dapati ban yak belia-belia, terutama sekali pihak-pihak kaki· tangan Kerajaan seperti kakitangan di hos­pital yang terkena dengan penyakit ini. Di dalam soal ini, selain daripada kita menegas· kan di atas Undang-undang ini maka kita berharap kakitangan-kakitangan patut di· awasi dengan lebih ketat lagi kerana bukan sahaja merugikan diri mereka sendiri tetapi lebih-lebih lagi kepada Kerajaan. Sebagai­mana yang kita maklum Kerajaan begitu tegas sekali menjalankan hukuman dan meng­ambil daya usaha dalam perkara ini tetapi pihak kakitangan Kerajaan kita tahu mereka menghisap dadah sehingga tidak boleh men­jalankan kerja. Saya sendiri biasa· berjumpa satu dua orang yang masih tidur di tepi jalan, iaitu kakitangan daripada hospital dan kita dapati mereka tidak sedarkan diri, kemudian pada keesokan harinya masih bekerja lagi. Macam mana orang-orang yang begini dapat menjalankan tugas dan mendatangkan ke­bimbangan kepada kita kerana akan merosak· kan lagi tempat-tempat mereka bertugas. Maka tindakan-tindakan yang tegas kepada kakitangan-kakitangan Kerajaan yang meng­hisap dadah ini patut diambil perhatian bagaimanakah keadaan mereka ini selain daripada dihantar ke pusat pemulihan, maka patut juga tindakan yang tegas diambil ke­pada mereka supaya menjadi satu tauladan kepada pihak yang lain yang baru masuk menjadi kakitangan Kerajaan yang terkena dengan penyakit dadah ini.

Tuan Yang di-Pertua, patutlah diberi satu imbohan yang lumayan kepada mereka yang memberi · maklumat sehingga dapat ter­tangkapnya satu-satu pihak yang menjalan­kan tugas ini. Kita percaya tentulah kita dapati banyak daripada orang-orang yang kita tahu dalam masaalah-masaalah ini dan mereka suka hendak memberitahu kepada Kerajaan kerana mendapat satu imbohan yang lumayan. Dalam perkara memberi maklumat ini mereka juga tidak ada jaminan atau terancam dengan terbukanya rahsia­rahsia mereka yang memberi maklumat ini. Maka kita harap perkara ini juga akan dapat diatasi supaya mereka yang memberi mak­lumat ini tidak akan teraniaya dengan ke­adaan-keadaan yang berlaku pada hari ini kerana terdapat mereka yang memberi

Page 30: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3015 14 JANUARI 1977 3016

maklumat ini, baru-baru ini setakat yang saya mendapat faham, mendapat ancaman se­hinggakan pihak di sebelah sana kerana dekat dengan perenggan datang ke tempat kita untuk mengambil tindakan sehinggakan berlaku bunuh-membunuh kerana maklumat­maklumat yang diberi itu tidak dirahsiakan. Maka perkara ini telah terbocor dan mak­lumat itu jatuh ke tangan pihak-pihak yang mengedarkan dadah secara besar-besaran ini yang kita tahu ada menggunakan kakitangan­kakitangan yang kuat dan cergas di dalam soal-soal ini, lebih-lebih lagi bagi penduduk­penduduk di negeri Perlis yang berjiran dan segala maklumat-maklumat yang diberi ini sudah terpecah, maka mudah orang-orang di sebelah sana mengambil tindakan.

Sekianlah sahaja sedikit sebanyak yang dapat saya katakan mengenai dengan Bil ini dan saya ucapkan terima kasih.

4.57 pig.

Datuk Syed Hassan Aidid: Tuan Yang di­Pertua, saya juga menyokong penuh atas Bil ini. Sebenamya sebagaimana kita ketahui perkara dadah ini adalah satu perkara nasional yang merosakkan akhlak dan ang­gota rakyat di Malaysia dan saya bangun untuk memberi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan yang telah berusaha men­jalankan beberapa ikhtiar, kalau tidak menghapuskan, mengurangkan soal dadah ini umpamanya mengadakan Persatuan PE­MADAM dan mengadakan pusat pemulihan dan berbagai-bagai cara lagi.

Saya bagi pihak rakyat di Pulau Pinang berfikir bahawa Pulau Pinang adalah men­jadi rekod mengenai banduan dalam penjara. Pada satu ketika dahulu saya telah melawat ke penjara didapati hanya beberapa orang sahaja pesalah yang ditahan kerana tuduhan dadah tetapi pada akhir-akhir ini saya di­beritahu iaitu kalau tidak silap angka saya, daripada 775 banduan di penjara Pulau Pinang terdiri daripada 245 orang yang di­dapati bersalah berhubung dengan penghisap dadah. Ini satu angka yang besar. Daripada lawatan saya itu saya dapati tiap-tiap satu cell itu bukannya. duduk seorang bahkan tiga orang dan saya bimbang pada masa akan datang barangkali penjara kita tidak cukup tempat dan ini satu angka yang besar dan mendukacitakan. Pendek kata orang-orang yang masuk dalam penjara ini apabila dia keluar, bila dia sudah sihat, dia hisap lagi, kemudian dia masuk lagi, menjadi satu kese­ronokan kerana dapat makan free dan bila

keluar badannya pun lebih gemok lagi. Ini bukanlah cakap-cakap kosong tetapi perkara yang betul berlaku. Apabila saya bertanya kepada pegawai di hospital dalam penjara, maka diberitahu orang-orang ini telah ber­ulang kali keluar-masuk penjara. Saya berfikir pula adakah ini ubatnya. Apabila didapati seseorang penagih dadah itu bersalah kita masukkan di dalam penjara. Saya tidak fikir ini ubatnya. Ubat yang paling besar sekali me­nurut Undang-undang, pengedar-pengedar ialah punca yang membawakan kerosakan kepada negara kita.

Sudah setahun lebih kita meluluskan undang-undang berkenaan dengan dadah, pengedar-pengedar ini dihukum mati ataupun penjara seumur hidup, tetapi banyak orang dan rakyat bertanya-tanya di manakah ke­lulusan yang dibawa di dalam Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara ini. Orang bertanya­tanya, saya tidak pernah mendengar ada orang-orang yang kena hukum bunuh. Ini adalah satu perkara yang besar, saya minta Yang Berhormat Peguam Negara berusaha dan saya percaya apa yang diberitahu di Dewan ini dan saya fikir tidak kurang daripada 70 kes-kes pengedar dadah kalau tidak silap saya sudah diminta. Inilah satu masaalah yang besar supaya diarah, kes-kes inilah yang patut diistimewakan supaya menyelamatkan orang-orang yang menjadi mangsa daripada dadah ini.

5.01 pig.

Raja Datuk Nong Chik bin Raja Ishak: Tuan Yang di-Pertua, saya adalah menyo­kong Rang Undang-undang ini. Saya hendak menyelamatkan masa dan hendak bercakap pendek sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, dadah ini dibahagi­kan kepada tiga kumpulan. Pertama, orang yang mengambil atau menghisap dadah, kedua, orang yang menjadi ajen dan pengedar dadah dan satu lagi pembuat dadah. Empat perkara yang saya hendak bercakap pada petang ini.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan trafficking-mengedar dadah. Huraiannya: "(b) mengenai anggapan terhadap seseorang

yang memiliki heroin atau morphine

Page 31: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3017 14 JANUARI 1977 3018

seberat seratus gram atau lebih sebagai memperniagakan (trafficking) dadah ter­sebut;"

Huraian (b) ini yang penting sekali kepada saya.

Tuan Yang di-Pertua, adakah Yang Ber­hormat Menteri Undang-undang telah berfikir betul-betul, saya bukan loyar tetapi cuma orang biasa sahaja. Sekarang saya jadi pengedar dadah sebab saya ini kurus sahaja, barangkali ada menghisap dadah sedikit. Saya sekarang tidak hendak bawa sebab saya sudah tahu undang-undang mengatakan kalau saya membawa dadah 100 gram bermakna saya menjadi pengedar dadah. Kalau saya bawa 90 gram bagaimana? Bawa dua kali sudah 180 gram. Saya terlepas daripada hukuman iaitu hukuman gantung ataupun bunuh. Ini yang saya hendak bertanya berkenaan Huraian (b) ini tadi. Bagi saya sesiapa sahaja memiliki dadah sebab dadah ini adalah merosakkan manusia, berapa banyak sekalipun tidak kira berapa berat­nya, orang ini adalah pengedar dadah dan pengedar dadah ini biasanya orang-orang yang hendak cepat kaya. Saya dengar di Perak ada orang kaya mengedar dadah. Di Kelantan pun ada orang yang ternama me­ngedar dadah.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan dadah sekarang ini, saya berharap Yang Ber­hormat Menteri Undang-undang berkenaan dengan Huraian (b) ini kalau boleh difikirkan betul-betul kerana kalau kita tentukan berat­nya orang akan mengambil kesempatan betul-betul untuk mengedar dadah yang beratnya 50 gram, 70 gram, 80 gram supaya dia tidak dapat dihukum oleh undang-undang yang kita buat ini.

Tuan Yang di-Pertua, hanya itulah sahaja teguran saya, moga-moga teguran saya ini akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Undang-undang.

5.05 ptg.

Datuk J. K S. Crawford: Tuan Yang di­Pertua, saya bangun menyokong dengan sepenuh-penuhnya Rang Undang-undang ber­nama suatu Akta untuk meminda Ordinan Dadah Berbahaya, 1952. Tuan Yang di­Pertua, saya minta izin berucap sedikit dalam bahasa lnggeris.

(Dengan izin) Tan Sri President, Sir, in fully supporting the Bill before the House, I would like to ask the Minister of Law and

Attorney-General whether he is considering raising the scale of rewards for information leading to the arrest and conviction of drug traffickers as I consider a substantial cash reward is the most effective method of un­covering these traffickings as were approved in the Emergency in obtaining information on C.T. movements, etc. That is all, Sir, thank you.

5.06 ptg.

Tuan T. S. Gabriel: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun menyokong Suatu Akta untuk meminda Ordinan Dadah Berbahaya.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana kita sedia maklum iaitu Malaysia telah menjadi triangle yang ketiga di dalam dunia sebelah sini yang menggunakan dadah merbahaya dan setentang dengan itu Kerajaan kita pun akan dan sedang menambah kakitangan, pegawai-pegawai · kastam dan imigresen di lapanganterbang dan pelabuhan dan di semua exit.

Saya hanya mencadangkan dan saya tidak hendak membuang masa, pegawai-pegawai daripada Biro Narkotik mestilah menjalan­kan tugas bersama-sama dengan Pegawai­pegawai Imigeresen dan Kastam dengan secara mengejut.

(Dengan izin) The Anti-Narcotics Bureau must make a surprise check at the airport and all exit points in order to curtail the situation.

Tidak ada maknanya jika kita menambah beribu-ribu kakitangan tetapi masaalah ini telah bertambah dari masa ke semasa. Patut­lah Biro Narkotik menjalankan tugasnya di tempat-tempat yang difikirkan mustahak dari masa ke semasa.

Mengenai perkara ini, BSN juga mem­punyai tugas yang penting di mana kita boleh mengurangkan dadah yang dibawa keluar dari Malaysia.

Yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri Undang-undang, kita semua tahu beberapa banyak warganegara Malaysia telah ditangkap di luar negeri. Saya ingin tahu, oleh sebab saya telah bertanya soalan tambahan beberapa hari dahulu tetapi tidak mendapat jawapan. Saya ingin tahu mereka yang telah ditangkap di luar negeri di mana mereka dapat dadah yang merbahaya, mereka keluarkan dadah

Page 32: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3019 14 JANUARI 1977 3020

merbahaya daripada Malaysiakah atau mereka dapat di tengah jalan atau adakah third world countries are using Malaysians in transit.

5.08 ptg.

Tan Sri Datuk Haji Abdul Kadir bin Yusof: Tuan Yang di-Pertua, saya meng­ucapkan terima kasih kepada semua Ahli­ahli Yang Berhormat yang telah menyokong Rang Undang-undang ini dan juga memberi teguran khasnya Ahli-ahli Yang Berhormat yang memberi pandangan-pandangan, nam­paknya kadapg-kadang lebih daripada apa yang saya pindakan.

Yang Berhormat Raja Datuk Nong Chik bin Raja Ishak rasa saya beliau telah keluar semasa saya menerangkan berkenaan dengan Rang Undang-undang ini tadi. Sebetulnya, Undang-undang yang ada sekarang, makna "trafficking" kalau ditengok daripada Bil itu : "trafficking" includes the doing, either once or more, of any of the following acts, that is to say, manufacturing, importing, exporting, ....... " Dia tidak sebutkan sampai habis berapa banyak, setitik pun boleh dikatakan trafficking. Kalau dikatakan, "exporting, keeping," walaupun sebesar se­butir beras sekalipun, boleh ditangkap. Tetapi yang kita tambah ini, saya kata tadi definisi atau takrif trafficking itu ada kurang sedikit iaitu ada lompang dan ada celah yang mana boleh lepas orang yang ditangkap walaupun dia hanya ada seberat 20 kati heroin. Tidak ada perkataan "possession" di dalam takrif itu. Saya ada satu kes yang mana seorang ada menyimpan cukup banyak dadah tetapi disembunyikannya di tempat lain dahulu. Saya tidak boleh masukkan salah satu daripada takrif itu. Dia tidak mengedar, dia tidak membawa, dia tidak memberi, dia tidak mene­rima melainkan mempunyai (possession) sahaja. Di sini yang saya hendak terangkan jikalau takrif itu tidak masuk di bawah salah satu takrif trafficking-mere possession, barulah 100 gram atau lebih itu the law presumes, adalah dianggap dia itu traffick­ing-mere possession. Tetapi kalau dia tengah menjual walaupun satu gram boleh ditang­kap, kalau dia membawa satu gram pun boleh ditangkap, maknanya trafficking juga. Saya fi.kir Ahli-ahli Yang Berhormat fahamlah perkara ini.

Saya ingin terangkan lagi, misalnya, kalau seorang membawa rokok sebungkus dijual dua batang rokok itu boleh ditangkap se­bagai trafficking, tetapi kalau dia menyimpan

5 tong. bukan trafficking. Ini yang saya hendak betulkan bermakna menyimpan lebih daripada satu tong rokok itu maknanya trafficking.

Kedua, berkenaan dengan reward itu se­benarnya kita bayar reward cukup besar, ada yang sampai $20,000 atau $30,000 tetapi kita tidak hendak ceritakan di luar. Kalau tidak ada reward macam itu bagaimana kita boleh dapat tangkap heroin kadang-kadang sebanyak 10 paun. Oleh itu, kita tak hendak sebut berapa reward itu. Ada pula yang ber­kata "Aku tak berkehendakkan reward kerana ini negeri aku, aku mesti taat setia." Jni banyak berlaku. Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka itu.

Berkenaan dengan pandangan Senator Tuan Ismail bin Sheikh Ibrahim mengatakan tentang rahsia yang dibocorkan. Saya telah mengetahui pihak Polis, Kastam dan Biro Narkotik memang tugasnya semata-mata yang pertama sekali ialah keselamatan ahli infor­mer, orang yang memberi rahsia. Maka mustahil boleh pula orang Kerajaan hendak mengeluarkan rahsia atau nama orang itu. Kalau keluar juga rahsia itu bukanlah dari­pada pegawai Kastam atau pihak Biro Narkotik atau pihak Polis. Ada satu kes kita dapat tahu orang itu dibunuh, kerana dia duduk di kampung, tiba-tiba dia dapat reward $30,000 dia masukkan dalam Post Office wangnya serta-merta, kemudian mem­beli motokar kecil dan berjalan merayap keliling kampung. Orang mengatakan inilah informer. Tidak lama kemudian habislah dia kerana kelakuannya, yang tak betul, dia menunjuk-nunjuk. Daripada hidup kais pagi makan pagi, tiba-tiba ada motokar, terus kaya-raya orang pun tahulah dia informer.

Contoh kedua, pengedar dadah itu hanya berdua sahaja yang membawa dadah, kata­kan, 5 paun heroin dibawa daripada Thai­land masuk ke Malaysia. Mereka berdua sahaja yang mengetahui penyeludupan itu. Tiba-tiba seorang kena tangkap, sudah tentu ta~ payah siapapun khabarkan lagi, yang seorang lagi Mr A. mengatakan Mr B. itu yang beri tahu, sedangkan dia sudah dapat bahagian daripada orang itu tadi. Kebanya­kannya kejadian macam inilah. Dia beritahu pula kepada pihak Kastam di Alor Star umpamanya dan Kerajaan menangkapnya, dapatlah lagi reward $30,000. Ini pukul dua lawan maknanya. kejadian inilah yang kita katakan "serampang dua mata". Akhimya. mata serampang makan dirinya balik. Ini

Page 33: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3021 14 JANUARI 1977 3022

bukanlah salah pegawai Kastam. Saya sudah menyiasat dalam perkara ini semua, saya cukup faham.

Mengenai pertanyaan Senator T. S. Gabriel, berapakah orang Malaysia yang sudah ditangkap di luar negeri, saya rasa lebih kurang 327 orang Malaysia yang telah ditangkap di luar negeri yang bersangkutan dengan dadah. Daripada jumlah itu lebih kurang 25 % sahaja a tau lebih kurang 50 orang yang ditangkap datang daripada Malaysia. yang 75 % daripadanya yang di­tangkap itu walaupun rakyat Malaysia, bukanlah kerana membawa dadah dari negeri ini. Kebanyakan mereka itu duduk di Holland, London, Amsterdam sudah tiga-empat tahun bekerja di sana, masuk gangster, mengedar dadah, bercampur dengan kongsi gelap dan lain-lain. Mereka itu adalah rakyat Malaysia yang sudah tiga empat tahun duduk. di sana dan kena tang­kap kerana menghisap dadah atau menge­dar dadah.

Sekarang negeri kita mengenakan huku­man gantung sesiapa yang didapati me­ngedar dadab. Ahli-ahli Yang Berhormat juga tentu mendengar baru-baru ini kebanya­kan orang, Malaysia kita menggunakan pusat pengedaran dadah di luar negeri iaitu baru­baru ini ditangkap dari Bangkok pula kerana membawa dadah ke luar negeri, bila keluar negeri ditangkap di Italy, di Rome dan juga di Moscow dan lain-lain dan mereka meng­gunakan pusat pengedaran di Bangkok. Me­reka itu semua rakyat Malaysia, tetapi kita tak boleh tahan kerana dia hendak berjalan ke luar negeri iaitu ke Bangkok, macam mana kita hendak tahan. Mereka itu tahu kalau ditangkap di Bangkok mereka kena hukum cuma jel 10 tahun atau 15 tahun. Kalau di sini dihukum gantung. Itu sebab kita hendak mengelakkan nama Malaysia ini digunakan sebagai pusat pengedaran dadah kerana kita adakan hukuman gan­tung. Negeri-negeri lain yang ada hukuman gantung. Sekarang selain negeri kita, Singapura dan Indonesia juga menjalankan hukuman gantung. Dia gunakan pusatnya ditempat lain tetapi rakyat negara kita juga. Inilah yang dikatakan oleh Senator Kamarul Ariffin memalukan nama negara kita Malaysia.

Saya telah mengalami sendiri bagaima~a saya dan rombongan saya pergi ke Eropah kerana menghadiri conference, mesyuarat antarabangsa yang mana saya ada diplomatik pass sebagai Menteri tidaklah diperiksa.

Orang-orang lain itu diselongkar, habis se­mua sekali satu beg, tetapi pegawai kastam menegok saya ini bukan main geram seolah­olah saya ini macam betul-betul penagih dadah, tapi tak dapat hendak tangkap (Ketawa). Beg saya itu pula besar, tetapi tak dapat tangkap, dia tahu saya Malaysian. Saya nampak air muka pegawai kastam itu geram sangat (Ketawa). Inilah yang mem­busukkan nama kita di luar negeri. Kalau saya tidak ada diplomatic pass saya tidak akan ke luar negeri kerana saya; berbahaya (Ketawa).

Setakat itulah sahaja, Tuan Yang di­Pertua, yang dapat saya jawab.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan di­setujukan.

Rang Undang-undang dibacakan ka1i yang kedua dan pislahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bers dang sebagai Jawatankuasa:

Rang Undang-undang ditimbangkan dalam Jawatankuasa.

(Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan lawatankuasa)

Fara/ 1 hin.gga 4 diperintahkan menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Rang Undang-undang dilapurkan dengan tidak ada pindaan : dibacakan kali yang ke-tiga dan diluluskan. ·

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditempohkan selama 15 minit.

Persidangan ditempohkan pada pukul 5.17 petang.

Persidangan disambung semula pada pukul 5.35 petang.

(Tuan (Timbalan) Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

RANG UNDANG-UNDANG DADAH BERBAHAYA(PINDAAN)

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

5.35 pig.

Menteri Kebajikan Am (Puan Hajjah Aishah binti Abdul Ghani): Tuan Yang di­Pertua, saya mohon mencadangkan Rang

Page 34: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3023 14 JANUARI 1977 3024

Undang-undang bernama Akta bagi meminda Ordinan Dadah Berbahaya, 1952 dibaca pada kali yang kedua.

Rang Undang-undang ini bertujuan untuk meminda Ordinan Dadah Berbahaya, 1952 dengan mengadakan peruntukan-peruntukan yang lengkap dan sesuai mengenai perkara­perkara yang berhubung dengan rawatan, pemulihan dan penyeliaan lanjutan untuk penagih-penagih dadah, serta memansuhkan Seksyen 37B dalam Ordinan itu.

Tujuan asal Ordinan Dadah Berbahaya, 1952 itu ialah untuk mengawal dari segi impot, ekspot, pengeluaran, jualan clan peng­gunaan candu dan juga beberapa jenis dadah yang tertentu. Sehingga tahun 1975, apabila satu pindaan dibuat, Ordinan ini tidak mempunyai peruntukan mengenai rawatan pemulihan. Pada 29hb April, 1975 Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 1975 telah diisytiharkan dalam Warta Kerajaan dengan memberi kuasa kepada Menteri Kebajikan Am serta pegawai-pegawainya menjalankan kerja-kerja pemulihan seperti terkandung di dalam Seksyen 37B dalam pindaan itu.

Hasil dari pindaan ini Kementerian saya telah mengadakan tiga buah Pusat Pemulihan Dadah mulai dari bulan Oktober, 1975 dan dari pengalaman sejak mentadbirkan pusat­pusat ini, Kementerian saya mendapati ada beberapa kekurangan untuk mengawal pena­gih-penagih dadah yang menerima rawatan pemulihan. Seorang penagih boleh dengan sukarela menerima rawatan di pusat pemu­lihan tetapi tidak ada peruntukan untuk menahannya daripada keluar bila-bila masa ia suka samada ia sudah pulih atau tidak. Jika ini dibiarkan seolah-olah pusat pemu­lihan ini telah digunakan sebagai tempat mengelak dari tangkapan Polis atau sebagai tempat berihat oleh penagih-penagih dan pengedar-pengedar dadah. Dengan tidak adanya kuasa menahan mereka di pusat pemulihan maka ini menggalakkan penagih­penagih itu keluar sesuka hati dan batik semula menghisap dan mengedar dadah. Jika ini berlaku tentulah mengakibatkan kerugian tenaga, ma,Sa dan perbelanjaan di pusat pe-mulihan. · ·

Kekurangan-kekurangan dan kelemahan ini telah dikaji dengan teliti oleh Kementerian saya dengan kerjasama Kementerian Undang­undang, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan Biro Nar­kotik, Polis Di-Raja, Jabatan Kimia dan

Institiut Penyelidikan Perubatan. Hasil dari­pada perbincangan-perbincangan yang telah diadakan ialah ujudnya Rang Undang-undang yang sedang dibentang di Dewan ini sekarang.

Rang Undang-undang ini di antara lain mensandungi peruntukan yang lengkap me­ngenai kuasa-kuasa.

(a) mewajibkan seseorang yang disyaki roenjadi penagih dadah itu menerima pemeriksaan perubatan dan boleh di­hukum jika ia enggan menerima peme­riksaan itu;

(b) mewajibkan seseorang penagih itu me­nerima rawatan di pusat pemulihan selama enam bulan dan boleh dihukum jika ia enggan piasuk atau lari dari pusat itu;

(c) mewajibkan seseorang penagih yangi di­dapati tidak perlu dimasukkan ke pusat pemulihan menerima seliaan di bawah seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat selama dua tahun;

(d) mewajibkan seseorang yang telah tamat tempoh tinggal di pusat pemulihan me­nerima seliaan lanjutan selama dua tahun di bawah Pegawai Kebajikan Masyarakat atau sesiapa yang dilantik oleh jawatankuasa pemulihan mengikut nasihat Pegawai Kebajikan Masyarakat, dan ia boleh dihukum jika melanggar syarat-syarat yang dikenakan kepada­nya;

(e) mewajibkan· seseorang penagih atau ibubapa/penjaga, jika penagih itu masih belum dewasa, dikenakan bayaran atas perkhidmatan yang diterimanya semasa ia berada di pusat pemulihan;

(f) mewajibkan seseorang penagih yang dengan sukarela meminta pertolongan rawatan mematuhi semua peraturan dan syarat-syarat seperti yang dikenakan kepada penagih-penagih lain.

Rang Undang-undang ini juga mempunyai peruntukan bagi menyelamatkan orang-orang muda dari bahaya dadah sejak awal-awal lagi, jika seorang yang berumur bawah 21 tahun didapati salah disisi O~dinan ini, maka per­untukan ada dibekalkan bagi Mahkamah, se­telah menimbangkan lapuran latarbelakang yang disediakan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat (i) memerintahnya supaya diselia oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat selama dua tahun atau (ii) memerintahnya menerima rawatan di pusat pemuliban selama en.am

Page 35: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3025 14 JANUARI 1977 3026

bulan. Mahkamah jusa diberi kuasa menim­bangkan samada perintah-perintah ini di­jatuhkan dengan catitan atau tanpa catitan hukuman (with or without conviction).

Untuk melicinkan pentadbiran dan me­ninggikan mutu hasil pusat pemulihan serta menggalakkan orang ramai melibatkan diri dalam usaha-usaha bagi mengatasi masaalah penyalahgunaan dadah dan untuk menjamin supaya sumbangan dan perkhidmatan yang diberi oleh mana-mana pihak badan sekali· pun akan memberi kesan yang baik maka peruntukan-peruntukan disediakan bagi Men­teri Kebajikan Am:

(I) Melantik satu Lembaga Pelawat bagi tiap-tiap pusat pemulihan untuk men­jalankan kerja-kerja yang tertentu meng­ikut peraturan yang ditetapkan oleh Menteri Kebajikan Am dan untuk memberi nasihat serta syor-syor kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat di atas perkara-perkara yang dirujuk­kan oleh Ketua Pengarah itu. Lembaga Pelawat itu juga diberi kuasa untuk me­mendek atau memanjangkan tempoh bagi seseorang penagih itu tinggal di pusat pemulihan mengikut hasil kema­juan rawatan dan pemulihan yang di­capainya.

(2) Melantik jawatankuasa pemulihan bagi tiap-tiap negeri atau daerah untuk mem· beri perkhidmatan kebajikan kepada penagih-penagih dan membantu Pegawai Kebajikan Masyarakat di dalam men­jalankan kerja-kerja seliaan dan seliaan lanjutan terhadap penagih-penagih yang di bawah jagaannya.

(3) Memberi pertimbangan kepada sesiapa yang hendak menubuhkan pusat pemu­lihan dadah tertakluk kepada syarat­syarat yang diatur oleh Menteri itu. Ke­lulusan yang diberi itu boleh dibatalkan dan barang siapa yang mengelolakan pusat pemulihan tanpa kelulusan Men­teri Kebajikan Am boleh didakwa dan dihukum. Peruntukan ini diadakan untuk menjamin mutu basil yang baik serta mengawal masaalah penyalah­gunaan dadah.

Untuk menguatkan lagi kawalan atas pe­nyalahgunaan dadah peruntukan diadakan juga bagi mewajibkan semua doktor per­sendirian memberitahu Menteri Kesihatan mengenai penagih-penagih yang menerima

rawatan atau pemulihan dari mereka meng­ikut peraturan yang ditetapkan oleh Menteri itu.

Tuan Yang di-Pertua, bagi mengulasnya lagi saya suka menyatakan mengikut Rang Undang-undang ini Kementerian Kebajikan Am adalah bertanggungjawab bagi menge­lolakan pusat-pusat pemulihan yang lengkap di mana kerja-kerja rawatan termasuk detok­sifikasi dan pemulihan dijalankan. Dengan adanya perkhidmatan rawatan dan pemulihan ini ditempatkan dalam satu pusat yang sama m.aka kerja-kerja memulihkan seseorang pe­nagih dadah itu diharap akan dapat dijalan­kan dengan lebih segera dan berkesan kerana ia akan dapat diberi pertolongan dari awal-awal lagi. Perkhidmatan-perkhidmatan yang dijalankan dalam pusat pemulihan itu tidak akan memberi menafaat yang sepenuh­nya jika seorang penagih itu yang telah keluar dari pusat tersebut tidak diberi pertolongan dan bantuan untuk menyesuaikan diri semula dengan keluarga dan masyarakat dan oleh itu peruntukan seliaan lanjutan adalah sangat penting. Dalam tempoh dua tahun seorang penagih itu dalam seliaan Pegawai Kebajikan Masyarakat, ia ini akan dididik semula dengan bimbingan dan nasihat dan diberi bantuan seberapa banyak yang boleh seperti masuk sekolah jika perlu, mencarikan kerja dan sebagainya.

Dengan adanya pusat pemulihan yang lengkap ini maka Kementerian Kesihatan tidaklah Iagi perlu menjalankan kerja-kerja rawatan dan detoksifikasi di hospital-hospital seperti yang dijalankan sekarang dan sebalik­nya Rang Undang-undang ini memberi per­untukan supaya hospital-hospital hanya di­gunakan untuk tempat memeriksa dan me­nentukan samada seorang itu benar-benar penagih dadah atau tidak dan ini akan me­makan masa hanya satu hari sahaja. Waiau bagaimanapun, semua rujukan akan tetap di­buat melalui Pegawai Kebajikan Masyarakat.

Rang Undang-undang ini membolehkan kerja-kerja pemulihan dijalankan dengan licin dengan cara kawalan dan seliaan lanjutan yang dijalankan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat mulai dari penagih itu dirujuk­kan sampailah ia masuk ke pusat pemulihan selepas itu dibawah seliaan lanjutan apabila dia telah keluar. Dengan cara begini penagih­penagih dadah yang sebegitu ramai bilangan­nya di negara kita sekarang diharap akan dapat diberi pertolongan dan masaalah ke­tagih dadah ini akan dapat dikurangkan se­cara beransur-ansur.

Page 36: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3027 14 JANUARI 1977 3028

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon men­cadangkan iaitu Rang Undang-undang ber­nama Akta Bagi Meminda Ordinan Dadah Berbahaya, 1952 dibacakan bagi kali yang kedua sekarang.

Tuan Law Hieng Ding: Tuan Yang di· Pertua, saya mohon menyokong.

5.44 ptg.

Datuk Dr C. Sinnadurai: Tuan Yang di­Pertua, dengan sukacitanya saya bangun menyokong Rang Undang-undang ini. Penya­lahgunaan dadah berleluasa di negara kita hari ini telah menjadi suatu perkara yang sungguh menghairankan dan menimbulkan ancaman kepada keperibadian dan kesela­matan orang ramai.

(Dengan izin) Sir, the enormous increase in the abuse of drugs of late is now a common knowledge and an enigma and it is a growing threat to one's character and to our national security. Though it is a highly newsworthy topic, the drug problem as usually conceived needs to be put into its proper perspective. Sejak tahun 1960 dadah berbahaya mendapat tempat ketiga popularnya: selepas tembakau dan arak-after tobacco and alcohol-dan lagi sekarang ini pula ada banyak jenis dadah berbahaya yang digunakan. Setengah· setengahnya yang disebabkan fasal kemewa­han dan kehilangan moral, this will affect them and lose their morals. dan setengah­setengahnya digunakan ubat-ubat yang diberi­kan oleh doktor-doktor.

Sir, we are living in a drug oriented age and because of accelerated change the world is becoming highly competitive giving rise to stress and stressful living, with the result the population has become drug hungry and expect the doctor to be somewhat generous in his prescribing habits so much so the ones of good faith have to learn the equally difficult art of knowing when not to prescribe because there is no hard and fast rule.

Tuan Yang di-Pertua, true, we have our Code of Ethics, our restrictions and our Disciplinary Committees. Nevertheless, there is still a substantial number of doctors who prescribe drugs for drug misusers as part of the treatment policy. Therefore, the medical

· profession is to some extent being blamed . due to their indiscriminate and over prescri­,bing of drugs in general, such as mood

..

alleviators, tranquillisers, sedatives, sleeping pills, stimulants, slimming tablets and even dangerous drugs to drug abusers.

Sir, we belong to a noble profession. Therefore, like other responsible individuals, I appeal to our doctors, the young colleagues in particular, to throw as much light upon the problem as their discipline allows. They should also help the drug misusers in any way they can, but help should not be equated with prescribing, simply because providing drugs often creates more problems than it solves.

Tuan Yang di-Pe.rtua, further dissemination of drugs for commercial and subversive purposes adds serious dimension to a problem which has a potential to destroy the decadent society.

Inilah telah menimbulkan satu jenerasi baru. A strange new society is apparently erupting in our midst with a new mode of dress and a new life style. Our country too has been caught up in a fire-storm of change and it breeds odd personalities too. Children who are twelve are no longer childlike, adults who are fifty are children of twelve. We call this a social evolution. True, change is essential to man, change is life itself, but rampant, unguided, unrestrained and accele­rated change is an enemy of life. For this accelerated thrust has created a new genera­tion, a new cult, a new reality, a new attitude and a new pathway filled with danger and promise. Is it an emotional escape valve? Is there a way to understand it to shape its development'? How can we come to terms with this prematured society in which increasingly large numbers are already suffering from the disease of change?

They are withdrawing from the struggle and prefer a life of drug induced fantasy. Future goals and ambitions are neglected. In place of that what we see is apathy and a retreat from reality. There are the hallmarks of a "motivated syndrome" and is a sign of the times.

Sir, certainly this changing pattern disturbs our inner equilibrium and no previous Government has ever faced this test and this is causing widespread concern.

Tuan Yang di-Pertua, kalau perkara ini tidak dapait dikawal akan menjadi pula lebih luas dan melibatkan lebih ramai rakyat. If one fails to check this drug epidemic, then

Page 37: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3029 14 JANUARI 1977 3030

it will soon swell into a river of miseries that will in no time engulf hundreds of thousands of people.

Today, we all know many youths and teenagers are addicts, sad to say. Therefore, it is the bounden duty of elders, Parlia· mentarians, politicians, civil servants, Police and other responsible citizens from all walks· of-life to gently guide this evolutionary destiny of our youths and build a humane future. Though we know the cause and the cure, prevention is better than cure, for there is no magic medicine and the psychological craving of an addict is a much more difficult problem to treat. He is a sick person. We have to approach this challenge with specific objec· tives in mind.

Tuan Yang di-Pertua, our Government and organisations like the Social Welfare Depart· ment, PEMADAM and other organisation are finding ways and means to do away with this social evil.. But preventing addiction and stopping the flow are a very formidable task. However, it is not insurmountable and it all depends how constructive, how contributory and how co-operative we the the public are. Here I should say a word of appreciation for the ready co-operation shown by ASEAN and other countries, for unfortunately all are involved.

Tuan Yang di-Pertua, memberhentikan pengaliran pengedar dadah yang makin ramai adalah satu cabaran yang sangat susah untuk dilaksanakan. Bagaimanapun, untuk melin­dungi masyarakat kita daripada perbuatan buruk itu kita terpaksa membuat berbagai­bagai sekatan yang tegas, for, as the Honour· able Members are fully aware, drug is the "forbidden fruit" of the current generation, the "fruit" most desired above all by the addicts, and it needs all the will-power in the world to put up with this withdrawal syndrome--this phenomenon we call "craving". More often than not, he fabricates symptoms when he comes to the doctor to obtain the drug at any cost and through any means, because of his desire for the effect 1t produces-what we call, euphoria. Hence the need for new and much more effective legislation. But one wonders whether the amendments are good enough. However. it is pleasing to note that our Minister of Welfare seems to be alive to the "life" problem.

Waiau bagaimanapun, di sini saya ingin menyatakan bahawa negeri Jepun merupakan sebuah negara yang telah melawan perang

dadah. Bagaimana'? Besides other punish· ments, the treatment for addiction begins with what we call "cold turkey" withdrawal, unassisted by chemical crutches. In this place, they use chemical substitutes like Methadone and two days ago. probably, Tuan Yang di­Pertua, would have read, they have found another drug called Methadil, which they say need to be administered only once in three days, or something like that.

"Complete withdrawal" may seem cruel, it may appear inhuman and the ordeal is usually excruciating and miserable to witness-at times leading to suicide-but they have succeeded so much so that now drug addic­tion, I am told, has become a subject without a "living example" to study, and even for doctors to demonstrate drug addiction to medical students in Japan. Sir, again in China, opium-eating has become almost a vanishing point.

Tuan Yang di-Pertua, kerumitan di sini ialah penduduk-penduduk berasal daripada berbilang kaum Malaysia. Malaysia is made up of an heterogenous group of people dan bukan semuanya daripada mereka mematuhi unda.ng-undang dan bukan semuanya menyambut baik seruan Kerajaan. Not all are law-abiding and not all are responsive to Government appeal.

Di sinilah terletaknya bahaya jenerasi akan datang iaitu kemungkinan mempunyai daya pemikiran yang lemah dan bodoh. So if it is allowed to continue, we are worried that later we will be having mentally-retarded nation or there may be a few good ones going about in a mad society. They would become progressively incompetent to deal rationally with the environment.

Dari itu usaha mengawal penggunaan dadah ini telah menjadi satu masaalah sosial yang komplex, it has become a complex social problem. Walaupun demikian segala usaha mestilah dijalankan. Therefore, it is our duty, whether it may be, to rehabilitate and to improve the equality of life and condition. the addicts to become useful and productive citizens.

The major problem, Sir, is not the abuse of drugs like cannabis, L.S.D., or even heroin, but man's need to resort to drugs, how to prevent-that is the question-man's need to resort to drugs. The key to success is early detection and treatment and, if I may be

Page 38: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3031 14 JANUARI 1977 3032

allowed to add, continuing medical super­vision for life. He bu; got to keep seeing some doctor for the rest of his life.

Psychological craving is worse than physical dependence. An addiction is said to exist when a state of dependence has clearly become established and is seen when the use of the drug is discontinued-then you see the man with all the symptoms.

Jikalau penyakit-penyakit ini ditinggalkan tanpa dikawal tentu sekali akan merosakkan masyarakat-it is sure to subvert the moral fibre of any society-dan boleh menyebab­kan lebih ramai rakyat terlibat di dalam penyalahgunaan dadah dari semasa ke se­masa; lagi akan melibatkan kejadian untuk drug-induced disorders besides crime, corrup­tion, mass neurosis, irrationality, free-6.oating violence, and so on. Sir, I need not tell you that they are already apparent in contemporary life and are a foretaste of what may be ahead of us in the way of a future shock.

Oleh kerana itu, kita mesti ingat hari ini anak-anak kita are imaginative and inquisi­tive, and so we the parents have to be knowledgeable and insightful, dan dari itu kawalan yang paling berkesan untuk meng­halang anak-anak dart perbuatan menyalah­gunakan dadah ialah dengan mengadakan pembohongan yang kuat di antara anak­anak dan ibubapa dan juga mestilah di­terangkan di sini bahawa pengigunaan dadah ini adalah satu nikmat yang tidak diketahui.

S.Q:, as you would see from what I have been trying to say, the best safeguard against drug use today is strong parent/ children relationship based on love, under­standing and affection-for the latter is the broadest basis of good life. Generally speaking, there is no love between the elders and the young in the home these days. Children do not revere their parents. This moral decline will surely undermine one's character and behaviour. Hence the emphasis on teaching in schools, civics, morals, ethics, religion and respect for others and, above all, as Yang Berhormat Senator Tuan Kamarul Ariflin correctly pointed out, respect for public property and so on. Be that as it may, children should be told in simple words that life is what they make it; and as parents, there are only two lasting bequests we can hope to give them : one is root and the other wings.

Lastly, every opportunity should be taken to instil into the minds of our youths that drug use is an unearned pleasure and that today's pleasure is tomorrow's addiction.

6.00 ptg.

Datuk Dr Wee Khoon Hock: Tuan Yang di-Pertua, di samping menyokong Rang Undang-undang ini saya suka kemukakan pandangan saya berkenaan dengan PART SA, Seksyen 25N terhadap kewajipan sese­orang Pengawal Perubatan Berdaftar untuk memberitahu Menteri Kesihatan akan semua penagih dadah yang dirawati ataupun di­pulihkan olehnya kerana ada teguran ter­hadap PART SA Seksyen 25N ini.

Tuan Yang di-Pertua, dari segi professional ethic seseorang doktor perlulab menyimpan rahsia pesakit-pesakit yang beliau rawati ber­kenaan dengan keadaan penyakitnya. Tetapi memandangkan keselamatan negara dan ke­sihatan seluruh rakyat walaupun tiap-tiap seorang ahli professional tidak perlu menya­takan; Seksyen 25N perlu dikuatkuasakan, oleh sebab ketagihan dadah itu bukan hal orang yang dirawati oleh doktor itu sahaja, hal ini adalah hal masyarakat, hal negara. Kepada hal inilah doktor itu bertanggung­jawab lebih dari tanggungjawabnya kepada pesakit yang beliau memberikan rawatan itu.

6.01 ptg.

Tuan S. M. Vellayappa: Tuan Yang di­Pertua, saya bangun mengalu-alukan Rang Undang-undang ini dengan sepenuhnya dan saya memberi tahniah kepada Menteri yang berkenaan kerana Rang Undang-undang ini dikemukakan tepat pada masanya.

Penagihan dadah telah menjadi bahaya yang terbesar kepada kesihatan manusia di seluruh dunia. Lebih-lebih lagi perkara buruk ini terdapat nampaknya di kalangan masyarakat yang kaya dan negara-negara yang rakyatnya makmur. Banyak keluarga­keluarga mewah lagi terhormat yang men­jadi mangsa kepada penyakit ini dan me­nanggung beban ini secara sulit kerana takut dan malu. Dari segi ini saya memuji Menteri Kebajikan Am kerana keberanian­nya membawa Rang Undang-undang ini untuk menghapuskan penagihan dadah di kalangan mana-mana masyarakat yang ianya boleh didapati.

Page 39: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3033 14 JANUARI 1977 3034

Di samping itu juga. saya bimbang bahawa negara kita. yang cantik di bawah pancaran matahari telahpun digelapi oleh awan­awan yang merupakan pengedar-pengedar dadah yang tamak. Negara kita di bawah pimpinan yang penuh dedikasi telah men­capai kehormatan dari seluruh dunia. Dari­pada apa yang kita Iihat atau baca dari surat-surat .khabar bukanlah penagih­penagih dadah sahaja yang merosakkan masyarakat kita tetapi yang sebenarnya ialah pengedar-pengedar dadah yang kebanyakan­nya bukan menjadi penagih. Mereka telah merosakkan nama baik negara ini dan juga merosakkan berjuta-juta manusia di seluruh dunia.

Di zaman ini tiada satu negara pun yang boleh bersikap tamak. Kita bertanggung­jawab kepada kesihatan dunia seluruhnya. Tetapi di sini saya meminta Kerajaan supaya menimbangkan perkara-perkara ini secara serious dan mencari jalan dan usaha untuk menghapuskan pengedaran dadah.

Sa.ya tahu bahawa di dalam satu Rang Undang-undang yang lain yang telahpun kita kemukakan dalam Dewan yang mulia ini kita lihat clan menegaskan tentang serious­nya masaalah pengedaran dadah dan orang­orang yang terlibat dengannya. Apa yang saya ingin melihat ialah Malaysia ini jangan­lah menjadi punca kerosakan bagi negara­negara lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya pemeriksaan berpatutan hendaklah dijalankan ke atas penumpang~penumpang yang• hendak keluar daripada negara kita untuk keluar negeri dan begitu juga penyia­satan hendaklah juga dibuat ke atas orang­orang yang masuk ke negara kita.

Berbalik kepada Rang Undang-undang ini sebagaimana saya katakan tadi, ianya dike­mukakan pada saat yang tepat dan saya ber­harap Yang Berhormat Menteri yang ber­kenaan tidak akan menunggu lagi untuk membuat peraturan-peraturan yang perlu untuk menguatkuasakan Akta ini. Oleh kerana ordinan ini asalnya dalam bahasa lnggeris dan masaalah dadah adalah satu masaalah dunia-saya minta izin, Tuan Yang di-Pertua, untuk menyambungkan ucapan saya di dalam bahasa Inggeris sedikit sahaja.

(Dengan izin) Tuan Yang di-Pertua, I would just like to make one or two observa­tions on the provisions in this Bill. I refer

to Clause 25H: whereby the fixing of contribu-. tion orders for maintenance has been left to the discretion of the Social WeHare Officer and to the Court as the case may be. I should have thought that if the Minister could consider and make appropriate rules or guidelines similar to the ones we have in respect of patients in Government hospitals, then it may ease the onus on these officers.

In regard to Clause 2SF, which makes provision for the appointment of a Board of Visitors for each rehabilitation centre, I notice that the composition of membership has not been defined here. I would therefore like to suggest that when the appointment of members to this Board is considered the Minister should select the members from all walks of life since the Board has got to perform very onerous and responsible duties.

Referring to Clause 251. I would like to suggest that in the case of a minor. the tran­fer from one rehabilitation centre to another should be done in consultation with either the guardian or the parent of the minor. In my opinion, the guardian or the parent of a minor should be made aware of the whereabouts of the children.

I would now like to touch on Clause 25K. Here again, I would like to bring up the case of a minor who has been released from a rehabilitation centre. A minor's future should not be spoiled by the rigid application of this Clause. If a parent or a guardian of the minor is confident of the child's future good behaviour and wishes to send him overseas for studies, for example, then this clause may be a hindrance towards the progress of the child in the society. I hope the Honourable Minister concerned will make adequate pro­visions in the Rules to protect the interests of minors in this regard.

Oleh kerana pindaan ini menegaskan ten­tang belia-belia kita yang menjadi mangsa kepada dadah dan juga tentang pemulihan orang yang telah menjadi penagih dadah, saya mengalu-alukan Rang Undang-undang yang dibuat tepat pada masanya oleh sebab tujuannya ialah untuk menghapuskan penagi­han dadah di grass-root level masyarakat kita.

Sekali lagi, saya memberi sokongan saya dengan sepenuhnya dan saya berharap per­laksanaan Akta ini akan berjaya untuk faedah semua manusia atau mankind.

Page 40: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3035

6.ll ptg.

14 JANUARI 1977 3036

Raja Datuk Nong Chik bin Raja Ishak: Tuan Yang di-Pertua. saya hendak bercakap sedikit berkenaan dengan dadah. Saya tahu penyakit ini adalah penyakit dunia bukan sahaja penyakit ini kepada pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi Malaysia, tetapi adalah penyakit yang saya tengok di waktu saya me­lawat ke sana ke mari adalah penyakit pe­muda-pemuda di seluruh dunia ini. Apa sebabnya? Sebabnya, kadang-kadang manusia ini apabila sudah sampai satu peringkat yang sudah terlampau moden, memikirkan tidak senang dengan dunia pada hari ini.

Kita tengok bukan sahaja anak-anak orang yang susah tetapi anak-anak orang yang senang yang menghisap dadah ini. Kalau kita fikirkan mereka susah sedangkan otak mereka tidak memikirkan kesusahan, menghisap dadah tentulah tidak betul, oleh kerana mereka terdiri dari anak-anak orang yang senang belaka. Ini ialah satu penyakit. Penyakit manusia pada hari ini oleh kerana banyak sangat idealoji, fahaman-fahaman yang mengalir di dalam dunia ini. Dengan sebab itu, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apabila kita mengubati pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi kita yang mengidap penyakit ini ada atau tidak satu ubat yang lebih mujarab iaitu dimasuk­kan pelajaran ugama kepada mereka ini. Saya memikirkan di sini boleh jadi orang China dan orang India barangkali ada jalan yang lain untuk mengubati jiwa · mereka, tetapi kepada orang Islam, saya fikir tidak ada jalan yang lain melainkan mereka ini di­ajar secara Islamnya. Jika kita fikirkan arak itu haram, ditanya apa sebabnya arak itu haram, oleh kerana menghilangkan fikiran, apabila minum arak itu. Saya ini bukan orang alim, barangkali Yang Berhormat Menteri lebih alim daripada saya. Tuan Yang di­Pertua, dadah ini adalah lebih merbahaya lagi daripada minuman keras, sebab ia merosakan fikiran manusia.

Yang kedua, saya hendak bertanya juga kepada Yang Berhormat Menteri yang bijak­sana ini1 oleh kerana penyakit ini adalah penyakit dunia, apabila saya katakan bijak­sana, nampaknya Yang Berhormat Menteri ketawa sedikit, memang betul. Ada atau tidak kita mencadangkan iaitu oleh kerana penyakit dunia ini bukan sahaja berlaku di Malaysia ataupun di dua tiga buah negeri di Asia Tenggara ini tetapi penyakit merebak di

seluruh dunia maka tentulah satu conference atau satu mesyuarat di United. Nations ber­kenaan dadab ini boleh diadakan di mana­tnana supaya menyekat penyeludupan dadah, bagaimana untuk mengubati penyakit dadah-orang yang penagih dadah dan untuk kita dapat menyamakan hukuman-hukuman kepada orang baik seperti mengedar dadah ataupun orang yang penagib dadah. Kalau tidak dibuat begitu, penyakit ini bukan penyakit Malaysia. penyakit ini adalah pe­nyakit manusia di atas dunia ini.

Ketiga, saya harap satu masa nanti seperti apa yang dikatakan oleh saudara saya Yang Berhormat Dr Sinnadurai tadi katanya di J epun ada ubat; sekarang orang J epun tidak lagi ada penyakit itu, sedikit sahaja orang Jepun mengidap penyakit dadah. Tetapi kalau kita pergi ke negeri Kominis China; saya dahulu ada juga pergi ke negeri Kominis China, tidak ada langsung orang yang me­ngidap penyakit dadah, penagih dadah atau­pun pengedar dadah. Bukan sahaja di Komi­nis China tetapi di Taiwan pun tidak ada. Jadi kita hairan. dan mendapati lepas satu undang-undang, kita buat satu undang­undang lagi, kurang tempat, kita tambah tempat untuk orang yang mengidap penyakit dadah, tetapi kita tidak mengambil contoh satu-satu negeri yang tidak ada langsung orang mengidap penyakit dadah ini seperti yang saya beri contoh tadi. Apakah ke­silapan negeri kita ini? Tadi ada seorang Ahli Yang Berhormat Senator mengatakan oleh kerana orang-orang di Malaysia ber­bilang bangsa, oleh kerana berbilang bangsa maka barangkali katanya penyakit dadah ini lebih banyak lagi di negeri ini. Saya tidaklah begitu bersetuju apa yang dikatakannya itu. Ini adalah asuhan daripada kecil. Yang penting sekali ialah semangat, asuhan di sekolah. Jika asuhan daripada kecil dan semangat dimasukkan kepada budak-budak ini mengatakan dadah itu racun kepada rnanusia, saya yakin dan percaya kita boleh hindarkan penyakit ini di masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana nampak­nya tiap-tiap kali Parlimen bersidang, ada sahaja Bil-bil ini dipinda dan sebagainya, dengan sebab itu ada atau tidak di sekolah­sekolah guru-guru mengajar . mengatakan dadah ini cukup merbahaya kepada seseorang manusia. Manusia yang bertanggungjawab di atas sesebuah negara itu bukanlah manusia yang menghisap dadah itu yang boleh ber­fikiran waras, diterangkan kepada anak-anak

Page 41: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3037 14 JANUARI 1977 3038

ini. Saya percaya ticlak · dibuat, cuma yang kita buat adalah tempat-tempat untuk rawatan-rawatan daclah sahaja. Dengan sebab itu, saya harap kepada Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab oleh kerana penyakit ini ticlak boleh baik. dengan undang­undang kalau dapat orang mengedar daclah ditembak mati. Oleh kerana orang mengedar dadah, jika 100 orang mengedar seorang mati, apa salahnya asalkan dia kaya-raya, tetapi yang 99 orang ini yang lepas, akan mengedar lebih banyak daclah dalam negeri ini.

Dengan sebab itu jikalau kita hendak me­lawan kominis, pen}akit ideoloji kominis ini bukannya dengan hukuman tembak kepada manusia yang berfikiran kominis ini-tidak. Kita mesti tunjukkan iaitu fahaman kominis ticlak betul. ticlak baik, begitu juga berkenaan penagih cladah ini. Saya fikir adalah serupa juga macam penyakit otak kita, iaitu hendak­lah Kerajaan ataupun Kementerian yang ber­tanggungjawab, samada Kementerian Pela­jaran, Kementerian Kebajikan Am atau Kementerian-kementerian lain berkenaan dengan manusia di dalam negeri ini memikir­kan benar-benar supaya dapat kita mertg­hindarkan penyakit ini claripada merebak, bukan sahaja dengan jalan unclang-undang tetapi pujuk-rayu clan juga dengan cara-cara ugama dan sebagainya.

6.21 ptg.

Tuan Haji Mohd. Amin bin Haji Y aak.ub: Tuan Yang di-Pertua, sukacita saya menyata­kan sokongan s:aya di atas Bil yang sedang kita bahaskan ini clan clalam kesempatan ini, sukalah saya memberikan beberapa pancla­ngan yang ada kaitannya dengan Bil yang sedang kita bincangkan ini. Pertama sekali, saya sukalah memberi suatu pujian kepada Yang Berhormat Menteri kita yang mana sangat mengambil berat terhadap nasib rakyat kita yang terlibat dengan penyakit dadah ini dengan membawa Bil dari satu Bil kepacla satu Bil samada dengan pinclaan dan sebagai· nya.

Tuan Yang di-Pertua, saya suka menarik perhatian, pertama sekali sebelum kita me­mulihkan orang yang telah terlibat dengan penagih daclah ini, saya sukalah menyarankan supaya kita mulai dengan menyekat bakal­bakal penagih dadah. Saya menyarankan ini kerana dengan apa cara sekalipun kita me­nyekat golongan yang mengedar daclah ini tidak akan berjaya selagi kita tidak dapat

menyekat bakal-bakal penagih cladah clari­pacla anak-anak baru kita yang sekarang ini sedang di bangku-bangku sekolah dan yang sudah meninggalkan bangku sekolah masing­masing memulai bidang pekerjaan dalam masyarakat kita ini yang masih belum tahu cladah, belum terlibat dengan dadah lagi. Usaha ini perlu kita awasi, di samping itu dapatlah kita menghapuskan yang telah di­serap dengan penyakit claclah ini.

Masaalah yang saya hendak timbulkan di sini, saya bersetuju dengan apa yang disaran­kan oleh Yang Berhormat Senator Raja Datuk Nong Chik baru sebentar tadi, iaitu melalui pengaruh ugama yang mana kalau kita kembali kepada sejarah mulanya Islam berkembang di Tanah Melayu ataupun di rantau Tenggara Asia ini, pengembang­pengembang ugama pada masa itu mereka menetapkan prinsip ugama di atas segala masaalah hidup samada di peringkat anak kecil, pemucla, orang dewasa ataupun yang lebih tua claripada itu menetapkan asas ugama di atas segala kepentingan. Dalam hubungan masaalah ini, kalau kita kembali kepacla sejarah pul~. pemah orang-orang tua kita. ahli-ahli ugama memomokkan bukan sahaja daclah pada masa itu bahkan candu. Candu telah dimomokkan oleh ahli ugarna ICita yang mana kita kenali candu pada masa itu hanya dihadapi atau dihisap oleh satu golongan kaum manu:sia di Malaysia kita ini yang langsung tidak terlibat dengan orang Melayu, orang Islam pada masa itu. Mereka memomokkan dengan unsur ugarna yang mana saya menyatakan tadi bahawa unsur ugama bagi orang Melayu, bagi rakyat yang berugama Islam di Malaysia kita ini perlu diletakkan di atas segala kepentingan. Kalau orang pacla masa dahulu boleh menetapkan bahawa menghisap candu ini berdosa. haram walau sedikit atau sekejap. fahaman (spirit) seperti ini yang telah diserapkan ke dalam pemikiran seluruh orang Islam sebagaimana yang diterangkan oleh Yang Berhormat Senator Raja Datuk Nong Chik tadi, maka kita percaya perkara. ini akan dapat kita sekat kepacla jenerasi-jenerasi baru kita yang bakal mungkin terlibat dengan penagih dadah ini akan dapat kita sekat dan pada masa itu pengedar-pengedar dadah ini walau bagai­rnana cekap mereka sekalipun tidak akan clapat mencari pa.saran.

Caranya saya sukalah mencadangkan supaya Kementerian Kebajikan Am kita ini dengan Kementerian Penerangan, dengan

Page 42: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3039 14 JANUARI 1977 3040

Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam di Jabatan Perdana Menteri, dengan kerja· sama Kerajaan-kerajaan Negeri yang ber­tanggungjawab dalam masaalah ugama, dengan kerjasama alim-alim ulama seluruh Malaysia mengadakan suatu muktamar khususnya untuk mencari jalan mengatasi bahaya dari segi ugama, mengatasi bahaya kepada anak-anak masyarakat kita, kbusus­nya bagi orang-orang Islam di Malaysia dan juga kepada orang yang bukan Islam. Kepada orang yang bukan Islam boleh kita mengemukakan suatu rancangan seperti· mana yang diterangkan tadi dari segi bahaya, dari segi lojik, dari segi saintifik boleh kita gunakan, tetapi bagi orang Islam amat berkesan sekali kalau melalui unsur ugama seperti ini sebab memang dalam Islam bukan sahaja dadah bahkan arak juga telah dihararnkan sarna sekali. Inilah masaalah yang saya rasa kalau sepakat semua alim· ulama, sernua Jabatan-jabatan Kerajaan, Ke· menterian-kementerian yang berkenaan me­nyalurkan dari segi prinsip ugama dengan mengadakan satu muktamar (convention) tentang bahaya dadah dan apa akibahnya, selain daripada itu tentang ugama sendiri, bagaimana .kedudukan ugama sebenamya. J angan ada setengah pihak seperti kita dapati sekarang ini menyatakan pil ini ada mengan­dungi dadah, cuma 5% atau 10% sahaja, ada mengandungi heroin umpamanya tetapi boleh menjadi ubat. Dengan penerangan seperti ini anak-anak muda kita menganggap, kalau sedikit tidak apa, banyak pun boleh. lnilah menyebabkan salah pengertian, lebih· lebih lagi kita sekarang ini menyebutkan samada dalam Bil, dalam Kerajaan, dalam Kempen anti-Dadah, kita menyatakan penya­lahgunaan dadah. Ertinya dadah ini kalau tidak disalahgunakan-boleh. Di situlah kelonggarannya.

Saya suka mencadangkan supaya kalimah penyalahgunaan dadah ini diubah supaya menggambarkan bahawa dadah ini sama se­kali tidak boleh digunakan. J angan ketika kena gunanya boleh; tidak kena gunanya­salah. Di situlah timbulnya kalimah pe­nyalahgunaan dadah yang mengelirukan anak-anak muda kita yang menyatakan: kalau guna betul, :tidak salah. Di sinilah sepatutnya kita mengambil suatu cara yang benar-benar serius, sungguh-sungguh jangan kita mengatakan seperti tadi mengelirukan anak-anak muda kita. Saya rasa kalau kita mengadakan cara seperti ini, insya Allah kita

akan berhasil. Apabila :kita dapat menyekat angkatan baru yang hendak: mencuba dadah ini dengan segala kekerasan dari segi kempen, jangan kita katakan salah guna dadah, tetapi dadah tidak: boleh digunakan, baik Kerajaan, baik ugama, baik dari segi kebajikan masyarakat clan sebagainya, tidak boleh sama sekali digunakan dadah. J angan kita kata salah guna dadah. Kalau begitu ertinya dadah ini tidak: boleh digunakan langsung, hatta kepada rumah-rumah sakit kita ataupun dari segi perubatan langsung kita <tidak boleh guna umpamanya. Masaalah ini boleh kita atasi, tetapi untuk publicity, untuk penerangan, kita tidak boleh gunakan kalimah menyalahgunakan dadah. Yang saya maksudkan supaya kita atas nama Kerajaan dengan kerjasama semua Jabatan­jabatan, Kementerian-kementerian dan se· bagainya, kerjasama alim ulamak kita meletakkan bahawa dadah ini sama sekali tidak ·boleh digunakan baik dari segi Ke­rajaan mahupun dari segi ugama.

Itulah sahaja dan sekali lagi saya menyo­kong dengan kuatnya Bil ini cara-cara untuk memulihkan orang-orang kita yang telah terlibat dan dalam pemulihan ini, perlulah juga unsur ugama ditekankan supaya mereka ini tidak balik kepada penghisapan dadah.

6.32 ptg.

Puan Hajjah Aishah binti Haji Abdul Ghani: Tuan Yang di-Pertua, saya terlebih dahulu ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Ber­hormat yang telahpun memberikan pan­dangan-pandangan dan sokongannya terhadap Rang Undang-undang ini.

Sukalah saya hendak menerangkan sedikit­sebanyak perkara-perkara yang tel·ahpun di­sentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ketika membahaskan Rang Undang-undang ini iaitu Yang Berhormat Datuk Dr Woo Khoon Hock telah juga menyatakan pandangannya walau­pun Seksyen 25A itu boleh dikatakan agak melanggar ethic seorang doktor, tetapi beliau itu nampaknya menyokong pindaan ini, maka pihak saya menyatakan ribuan terima kasih kepada beliau atas sokongannya itu ..

Yang Berhormat Senator S. M. Vellayappa telah menimbulkan Seksyen 25A, 25F clan begitu juga Seksyen 25J yang berkaitan dengan ·bayaran bagi mereka yang dimasuk­kan ke pusat pemulihan ini. Sebenamya

Page 43: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3041 14 JANUARI 1977 3042

orang-orang yang masuk ke hospital seperti yang disebutkan oleh beliau itu ialah secara sukarela, tetapi mereka yang masuk ke pusat pemulihan dadah ini termasuk mereka yang didakwa oleh mahkamah bukanlah secara sukarela, malah sebaliknya boleh dikatakan secara paksa. Oleh itu, mahkamah perlulah diberi kuasa untuk menetapkan kadar sumbangan mengikut keupayaan seseorang itu seperti yang terkandung di dalam Seksyen 25H.

Berkenaan dengan Ahli-ahli Lembaga Pelawat seperti yang terkandung dalam Seksyen 25F, ini memanglah menjadi hasrat Kementerian saya dan menjadi amalan juga iaitu Ahli-ahli Lembaga Pelawat ini bukanlah sahaja untuk pusat-pusat pemulihan se­umpama ini, tetapi untuk yayasan-yayasan yang lain juga memanglah terdiri daripada wakil-wakil daripada berbagai kaum kerana mereka yang tinggal dalam yayasan-yayasan kita juga adalah terdiri daripada berbagai­bagai kaum juga, tetapi mereka ini adalah dilantik mengikut kebolehan dan kesanggupan mereka iaitu dengan tujuan supaya Ahli-ahli Lembaga Pelawat itu dapatlah memahami keadaan penghuni-penghuni yang tinggal di yayasan-yayasan itu.

Kementerian saya juga bercadang di antara mereka · yang akan dilantik menjadi Ahli Lembaga Pelawat ini termasuklah juga ahli-ahli PEMADAM dan juga ahli-ahli dari­pada badan-badan sukarela yang lain.

Berkenaan dengan melindungi kepentingan kanak-kanak yang telah dibawa ke pusat­pusat pemulihan ini, suka juga saya menyata­kan iaitu seperti yang terkandung dalam Seksyen 251, mereka ini akan ditentukan mengikut keadaan satu-satu kes. Waiau bagaimanapun· sekiranya ada ·anak-anak yang tinggal di pusat pemulihan itu yang ibubapa­nya nampaknya sebegitu berminat ataupun sebegitu sanggup untuk menjaga keselamatan anaknya, tentulah tidak akan dihalang ibu­bapa untuk membawa anak-anaknya balik. Ini tidaklah perlu Ahli Yang Berhormat itu merasa bimbang.

Yang Berhormat Raja Datuk Nong Chik ada bertanya samada pelajaran ugama di­galakkan atau tidak di pusat pemulihan ini. Saya berterima kasih kepada Yang Ber­hormat Raja Datuk Nong Chik dan sukalah saya hendak menerangkan memanglah kita menggalakkan pelajaran ugama iaitu kalau mereka daripada ugama Islam, memanglah

mereka ini digalakkan mempelajari hal-hal ugama dan pada masa inipun pelajaran ugama itu masih digalakkan ataupun diajar kepada penghuni-penghuni yang ada dalam pusat pemulihan kita. Berkenaan dengan pandangan beliau yang lain-lain itu saya memberikan perhatian yang berat.

Yang akhir sekali, Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Amin telah mencadangkan iaitu dadah harus diharamkan sama sekali baik dari segi ugama dan juga dari segi Kerajaan. Sepatutnya orang yang ada kelayakan doktor patut menerangkan perkara ini. tetapi untuk penjelasan kepada Ahli Yang Berhormat itu suka juga saya menerangkan bahawa semua pill itu adalah dadah (drugs). Jadi, tidaklah semua drugs itu merbahaya, yang merbahaya ialah dadah (drugs) yang sudah disalahguna­kan. Kerana itulah selalu kempen-kempen anti-dadah ini menyebutkan perkataan penya­lahgunaan dadah, umpamanya morphine adalah sejenis drug yang sangat berguna bagi satu-satu penyakit tetapi kalau disalahguna­kan, dipakai banyak-·banyak seperti anak­anak yang menyalahgunakannya itu, maka itulah yang menimbulkan bahaya. Rasa saya cadangan-cadangan beliau itu sungguhpun tujuannya baik tetapi agak rurnit untuk di­laksanakan, kerana kalaulah kita katakan pula dadah itu haram ataupun morphine itu haram misalnya, 1tentulah menimbulkan ke­rumitan kerana morphine ini diperlukan oleh doktor-doktor untuk mengubat satu­satu penyakit. Walau bagaimanapun, saya berterima kasih kepada beliau di atas cadangannya iaitu antara lain supaya diada­kan perbincangan di antara alim ulama misalnya, badan-badan sukarela dengan Kementerian saya misalnya untuk mencari cara manakah kita patut memberikan penerangan kepada orang ramai supaya dapatlah ditanamkan semangat bencikan dadah yang merbahaya itu.

ltulah sedikit-sebanyak yang saya rasa perlu saya jelaskan di sini supaya dapatlah dijelaskan sedikit-sebanyak apakah tujuan­tujuan penting Rang Undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, apa juga perkara­perkara, atau pandangan-pandangan yang baik di atas sokongan-sokongan yang diberi­kan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini berkenaan dengan pindaan Rang Undang-undang ini, saya sekali lagi meng­ucapkan terima kasih dan pihak Kemen­terian saya memanglah memerlukan

Page 44: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3043 14 JANUARI 1977 3044

sokongan daripada Ahli-ahli Yang ·Ber­hormat di sini dan semua anggota masyarakat supaya dapatlah perlaksanaannya berjalan dengan baik.

Usul dikemuka bagi diputuskan, . dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai J awatankuasa.

Rang Undang-undang ditimbangkan dala.m J awatankuasa.

(Tuan (Timbalarl.) Yang di-Pertua mem­pengerusikan Jawatankuasa)

Faso/. I hingga 4 diperintahkan menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Rang Undang-undang dilapurkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang · ke­tiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG ORANG-ORANG PAPA, 1976

Bacaan Kall Yang Kedua clan Ketip

6.40 ptg.

Puan Hajjah Aishah binti Haji Abdul Ghani: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang Rang Undang-undang Orang­orang Papa, 1976 dibaca pada kali yang kedua.

Rang Undang-undang ini bertujuan me­mansuhkan Akta Kuturayau, 1965 dan mengadakan peruntukan-peruntukan yang lebih baik bagi menjaga dan memulih orang­orang papa dan bagi mengawal kuturayau.

Kini, Akta Kuturayau. 1965 hanya mem­bolehkan pihak Polis sahaja mengambil tindakan ke atas peminta-peminta sedekah; itupun jika mereka itu didapati meminta sedekah di tempat awam dan menganggu orang ramai yang berada di situ. Selepas ditangkap maka perlu pula pihak Polis membuat penyiasatan dan persiapan ba.gi menghadapkan mereka ke Mahkamah untuk didakwa dan dibicarakan. Apabila didapati salah, barulah mereka itu diperintahkan masuktinggal di Pusat Pemulihan Pengemis ataupun diberi hukuman yang lain. Per­aturan ini bukan sahaja mengambil masa

yang panjang untuk mengambil tindakan ter­hadap pengemis-pengemis itu bahkan me­libatkan tenaga clan perbelanjaan yang ban yak dengan. memberatkan bebanan pihak Polis dan pihak Mahkamah. · Proses yang agak rumit ini akan dapat diatasi jika se­kiranya Rang Undang-undang Orang-orang Papa, 1976 ini dilulus dan dikuatkuasakan kelak.

Undang-undang baru ini tidak lagi meng­anggap seseorang peminta sedekah itu se­bagai orang yang melakukan kesalahan bahkan sebagai seorang yang memerlukan perlindungan, jagaan, pemulihan clan ban­tuan kerana ramai daripada mereka itu adalah terdiri dari mereka yang sangat tua, uzur ataupun tidak waras otak dan oleh itu tidak patut disamakan dengan penjenayah.

Rang Undang-undang ini membenarkan seseorang papa diterima masuk ke sesuatu rumah kebajikan atas permohonannya sendiri tertakluk kepada ianya mematuhi syarat­syarat yang dikenakan di bawah Akta ini. Peruntukan ini akan mencegah seseo:rang Peruntukan ini akan mencegah seseorang itu daripada mengemis di jalanraya-jalanraya.

Selain daripada memberi kuasa kepada Menteri Kebajikan Am membina rumah­rumah kebajikan, Rang Undang-undang ini juga memberi peruntukan baginya untuk melantik Ahli-ahli Lembaga Pelawat bagi tiap-tiap rumah keba.jikan dan membuat kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan bagi mengawal pengurusan rumah-rumah itu. Perlantikan Lembaga Pelawat ini ialah dengan tujuan untuk menggalakkan orang ramai melibatkan diri dalam kerja-kerja kemasyarakatan yang akan memberi faedah kepada penghuni-penghuni.. Kementerian Kebajikan Am memerlukan kerjasama dan penyertaan orang ramai untuk memberi pet­khidmatan-perkhidmatan yang baik kepada penghuni-penghuni di dalam rumah kebaji­kan supaya mereka tidak berasa dilupakan oleh masyarakat keseluruhannya.

Rang Undang-undang ini akan mempasti­kan orang-orang papa yang diberi perlin­dungan itu tidak dimanja-manjakan atau dibiarkan keluar dari rumah kebajikan dengan sesuka hati untuk meminta sedekah semula. Oleh itu satu peruntukan yang penting ialah kuasa menghendaki seseorang yang ting­gal di rumah kebajikan itu mengambil bahagian dalam aktiviti yang sesuai dengan tujuan menambah kepandaian mereka supaya

Page 45: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3045 14 JANUARI 1977 3046

dapat mencari pekerjaan di luar atau mem­bolehkannya dapat menolong apa-apa yang patut dalam rumah itu. Dengan cara begini orang papa itu tidak akan dibiarkan berpeluk tubuh sahaja tetapi diwajibkan bekerja mengikut daya dan keadaannya.

Sungguhpun Rang Undang-undang baru ini tidak lagi menganggap seseorang yang meminta sedekah itu sebagai seorang pen­jenayah tetapi ini tidak pula bermakna bahawa ia boleh membuat sesuka hati seperti keluar masuk ke rumah-rumah kebajikan dan meneruskan kerja meminta sedekah. Rang Undang-undang ini mempunyai per­untukan-peruntukan yang boleh menjatuh­kan penalti kepada orang-orang papa yang tidak mahu dimasukkan ke rumah kebajikan ataupun keluar daripada rumah kebajikan tanpa kebenaran Penguasa rumah itu. Penalti di bawah peruntukan ini termasuk penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga bulan. Selain daripada ini ada lagi per­untukan yang membolehkan pihak Polis menangkap tanpa waran orang-orang papa yang lari dari rumah kebajikan.

Di sini perlu saya terangkan bahawa sungguhpun ada beberapa kekurangan dan kelemahan dalam Akta Kuturayau, 1965, maka tidaklah bermakna selama ini. Kemen­terian Kebajikan Am tidak berbuat apa-apa untuk mengatasi masaalah pengemis di negara kita ini. Sejak merdeka beberapa buah rumah orang tua, kanak-kanak dan pesakit-pesakit melarat, serta yayasan­yayasan pemulihan untuk orang cacat, wanita dan gadis, budak lelaki dan perem­puan, bengkel vokesyen dan sebagainya telah didiri dan ditadbir oleh Kementerian Kebaji­kan Am. Kementerian saya juga tiap-tiap tahun memberi bantuan kepada badan­badan sukarela yang menjalankan kerja kebajikan untuk pesakit batuk kering dan kusta, orang buta, orang pekak dan bisu, orang cacat akal dan sebagainya. Untuk orang-orang tua dan kanak-kanak yang tidak mahu masuk atau tidak perlu di­masukkan ke mana-mana yayasan kebajikan masyarakat Kementerian Kebajikan Am memberi bantuan bulanan kepada mereka di bawah rancangan Bantuan Penyaraan Orang­orang Tua dan Bantuan Penyaraan Kanak­kanak. Jabatan Kebajikan Masyarakat di tiap-tiap negeri pula, dari peruntukan Kerajaan Negeri masing-masing memberi bantuan am kepada orang-orang miskin dan daif walaupun kadangkala ada disungutkan

iaitu jumlah pemberian itu tidak mencukupi. Jib tidak disebabka.n adanya perkhidmatan­perkhidmatan dan bantuan-bantuan yang telah saya sebutk:an tadi tentulah akan banyak. lagi orang-orang miskin ataupun pengemis-pengemis yang berkeliaran di jalan-jalanra ya.

Akhimya, Tuan Yang di-Pertua, saya suka menegaskan bahawa dengan lulusnya Rang Undang-undang ini konsep terhadap orang­orang papa akan diubah sama sekali iaitu mereka tidak lagi dianggap sebagai pesalah di sisi undang-undang dan harus ditangkap tetapi mereka ini perlu dianggap sebagai orang yang patut diberi bantuan dan per­tolongan. Dengan adanya peruntukan­peruntukan untuk mengambil orang-orang papa ke dalam jagaan dan kuasa menangkap orang papa yang lari dari rumah kebajikan tanpa waran maka masaalah orang papa akan dapat dikurangkan dan diharap bilangan pengemis dan kuturayau akan dapat terkawal.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon men­cadangkan iaitu Rang Undang-undang Orang-orang Papa, 1976 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Law Hieog Ding: Tuan Yang di­Pertua, saya mohon menyokong.

6.48 ptg.

Raja Datuk Nong Chik bin Raja Ishak: Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Rang Undang-undang ini. Kerajaan baru memandang orang yang papa itu tidaklah bersalah. Selama ini Kerajaan memandang orang yang meminta sedekah di tepi jalan itu adalah salah, ditangkap dan dibicarakan.

Tuan Yang di-Pertua, orang yang papa, orang yang miskin bukanlah mereka itu sengaja hendak menjadi miskin. Boleh jadi tenaga dia tidak. lagi boleh bergerak., boleh jadi mata dia tidak boleh memandang. Pada masa dia muda dahulu, Tuan Yang di-Pertua, dia telah bekerja untuk negara. Mereka itu telah bersusah payah daripada pukul lima subuh. bangkit memotong getah. Tetapi apabila dia telah meningkat umumya, pokok getah itupun tidak boleh jadi kawan dia lagi, tangannya menggigil apabila me­motong getah dan tuan kebun itupun tidak menghendaki dia lagi atau dia tidak ada anak oleh kerana kemiskinannya. Orang-orang seperti ini pada masa yang lalu sebelum ada

Page 46: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3047 14 JANUARI 1977 3048

Undang-undang ini sentiasa dikejar clan di­buru dalam ban.dar Kuala Lumpur, ditangkap dan dibicarakan. ltulah nasib si papa di dalam negara yang merdeka dan berdau1at dan kaya-raya. Tetapi pada hari ini kita berasa syukur kepada Tuhan bahawa Rang Undang-undang ini dipinda pada hari ini untuk kebaikan orang miskin dan orang yang papa.

Tuan Yang di-Pertua, tetapi kita tengok di rumah-rumah orang yang papa, kita lihat pula bagaimana rumah-rumah atau tempat tahanan orang-orang jahat di Taiping. di Batu Gajah. Saya percaya Menteri Kebajikan telah pergj ke tempat itu. Oleh kerana saya telah pergi saya berani bercakap di atas perkara ini.

Orang yang telah taat setia kepada undang­undang, orang yang telah menghabiskan tenaga muda untuk negara ini, mengeluarkan basil negeri ini, mengorek bijih, menebang hutan untuk balak, mengeluarkan basil, me­motong getah. tetapi apabila sudah tua dimasukkan di dalam rumah kebajikan, rumah orang tua apa layanan yang dapat? Memang betul ada layanannya, memang betul ada tempat tidumya, tetapi orang yang ber­salah nun di Taiping dan di Batu Gajah ada talivisyen, satu minggu dua kali daging yang dimakan, satu minggu dua tiga kali ikan yang baik-baik yang dimakan, makan yang sedap-sedap diberi, ada tempat permainan, pingpong dia bermain, dilawati oleh doktor di dalam itu, sungguhpun mereka ini kadang­kadang membuat huru-hara di dalam tempat itu. Tetapi pada orang yang papa ini dapat apa.? Selimut hitam, itupun kalau ada selimut. Tidur atas papan yang keras sekali, oleh kerana tak lama dia akan mati, oleh kerana dia papa dan tua, bahkan dua tahun atau setahun akan hidup. Biarlah dia hidup, ada tilam yang baik-baik, ada makanan yang sedap-sedap kerana menanti umurnya sahaja, menanti ajalnya sahaja. Siapa yang hendak masuk di rumah orang papa? Namanya pun tak sedap. Tentu juga Yang Berhormat Menteri k.ita telah melawat di mana barang­kali apabila melawat di England, tentulah menengok Old Age Home di London atau di beberapa tempat. Bagaimana keadaan mereka ini? Oleh kerana negara kita ini juga adalah sedikit-sebanyak social welfare state, memberi pertolongan kepada rakyat. Kita terpaksa meminta lebih sedikit bantuan daripada Kerajaan, sewaktu Budget diminta lebih ditambah untuk orang-orang miskin ini.

Benar apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, bahawa ada soko­ngan sedik.it-sebanyak kepada orang miskin di daerah-daerah. Dahulu $15 sebulan. Betul, bukannya daripada Kementerian Kebajikan tetapi dari mana datangriya pun tetapi duit yang diberi oleh pihak Kerajaan ataupun dari pihak siapa. Tetapi, pada hari ini $15 apa yang dapat dibeli untuk hidup satu bulan, sungguhpun untuk sebatang kara. Tetapi $15 kepada kita semuanya tiga hari makan pun tak akan dapat, oleh kerana barang-barang lebih mahal pada hari ini. Oleh sebab itu, saya harap kepada Menteri yang bertanggungjawab bukan untuk men­cela, mencerca, tetapi untuk memberi belas kasihan kepada orang miskin, kepada orang papa ini yang telah berkhidmat, boleh jadi mereka adalah bekas askar dahulu yang telah berjuang menyabung nyawanya kepada Kerajaan, bertempur dalam hutan dan rimba. Bolch jadi mereka telah menjalankan ke­retapi, misalnya, berkhidmat kepada orang ramai. Bolch jadi mereka bersawah me­nyangkul untuk memberi makanan kepada kita. Sepatutnya kita semua bertanggungjawab kepada mereka ini. Dengan sebab itu, saya adalah benar-benar menyokong Rang Undang-undang ini, kerana saya nampak orang-orang ini tidak bersalah lagi, yang bersalah adalah kita. Pada masa dahulu, kita fikir orang yang minta sedekah di tepi jalan dia bersalah, kerana ia hendak minta sedekah. Kalau dia betul-betul kaya, kalau dia ada berharta minta sedekah, orang itu boleh ditahan dan ditangkap.

Tuan Yang di-Pertua, di waktu hari raya, terutama sekali orang Melayu kita tengok bersepah di Jalan Mountbatten, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, duduk di tepi-tepi jalan, di tepi-tepi kedai minta sedekah. Itu juga menjadi satu kemaluan bukan sahaja kepada perseorangan tetapi juga kepada se­luruh penduduk negeri ini. Dengan sebab itu, sepatutnya orang-orang ini Kerajaan bertanyakan kepada mereka atau pegawai­pegawai kebajikan bertanya kepada mereka, apa sebabnya mereka datang begitu banyak di Kuala Lumpur pada hari raya. Kemudian selepas hari raya, hilang mereka ini. Boleh­kah mereka ini diambil dan dibawa ke rumah kebajikan atau rumah orang miskin ataupun dihantar balik ke kampungnya dan diletakkan di satu pondok, ditanggung makan beberapa ringgit. lni juga terpaksa disiasat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat ini.

Page 47: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3049 14 JANUARI 1977 3050

Tuan Yang di-Pertua, sekianlah sahaja dan saya ucapkan terima kasih kerana dapat membincangkan Rang Undang-undang ini dan saya menyokong dengan sepenuh· penuhnya.

7.00 mlm.

Datuk Dr C. Sinnadurai: Tuan Yang di­Pertua, saya bangun menyokong Rang Undang-undang ini yang mana bertujuan mengadakan tempat kediaman (Welfare Homes) kepada peminta-peminta sedekah di tepi-tepi jalan.

(Dengan izin) Though poverty is no disgrace to a man, Sir, begging is, for it degrades him. Ada banyak jenis peminta­peminta sedekah. To some begging is an in­expensive but a very rewarding hobby, to some it is an organised business, but to many others particularly to the ones who are really sick and suffering and who are seen in the streets in drags and tatters, begging is the only means of livelihood for they depend on alms for a living. Hence these poverty-stricken people need to be pitied and taken care of by the State. Akan tetapi mereka yang sakit terus selalu menimbulkan, they constitute, as our Minister of Welfare said, a health hazard, mereka boleh menim· bulkan penyakit-penyakit yang berjangkit. They could suffer from contagious diseases such as T.B., leprosy and so on. Mereka ini sepatutnya mendapat perhatian segera untuk mengelakkan daripada penyakit itu berle­luasa dan juga dari segi sosio-ekonomi pandangan oleh pihak pelancung luar negeri boleh memberi kesan serta gambaran yang buruk terhadap masyarakat Malaysia. For it would also give rise to a poor image to tourists and visitors.

Tuan Yang di·Pertua, kemungkinan orang­orang papa ini boleh mengancam kesela­matan kepada seorang individu dan negara amnya, kerana mereka ini boleh diperguna­kan oleh kuasa asing menjadi spy atau sekurang-kurangnya menjadi pengedar dadah yang tidak ketara. Jika peminta-peminta sedekah ini kebanyakannya orang yang ber­daya, tetapi menyamar sebagai orang yang tidak berdaya, maka adalah diharapkan semoga pihak Polis atau pihak yang ber­kenaan dapat menjadikan peminta-peminta sedekah seperti ini sebagiai police supervisees dan mereka dikehendaki melapurkan kepada pihak Polis dari semasa ke semasa. Manakala sikap yang tegas is the answer to these so­called beggars who "play act" poverty.

Tuan Yang di-Pertua. saya banya dapat berharap kepada Kerajaan iaitu suatu cara yang dapat mengatasi masaalah orang-orang papa ini ialah dengan mengadakan peluang­peluang pekerjaan yang cukup kepada semua rakyat sebagaimana yang diterangkan dalam dasar Rancangan Malaysia Ketiga iaitu ber­tujuan menghapuskan kemiskinan di negara kita dan masaalah ini tidak akan ada ber­bangkit lagi di masa akan datang.

If we are successful in the implementation of the Third Malaysia Plan which is aimed mainly at eradicating poverty which is wide­spread among all races, then the problem will not be a serious problem. I may add in our economic development lies the ultimate guarantee of stability and security of Malay­sia. Yang Amat Berhormat Datuk Hussein Onn begins his second year tomorrow as our Prime Minister. True, styles of leadership dilfer. Though he has a cold personality and is cautious, he has gained the respect and admiration of all and he has given us con­fidence and the continuity of a good Govern­ment for which we are all thankful. Let us too continue to give him all the support he needs. Mudah-mudahan beliau berada di dalam keadaan sihat sejahtera.

7.05 mlm.

PU&n Hajjah Fatimah binti Haji Salim: Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh atas Rang Undang-undang yang dikatakan papa ini tetapi saya rasa dalam negeri kita ini kalau diselidiki betul-betul tidak ada yang papa. Perkataan "papa" ini memang ertinya orang itu tidak terus ada keluarga. semua tidak ada, itu yang dikatakan papa. Alhamdulillah, negeri kita yang Kerajaan­nya · betul-betul kaya, penduduknya betul­betul kaya, dan Kebajikan Masyarakat pun telah membuat bermacam-macam, ini ada pun sebahagian yang kecil bukan dikatakan papa, memang sengaja sebagaimana yang dikatakan oleh kawan-kawan saya tadi. Kalau betul-betul bagi pihak yang berkenaan dan bagi pihak Polis menyiasat betul-betul menghapuskan orang-orang ini semua negeri kita kalau orang datang Alhamdulillah, satu tempat yang paling bagus kerana tidak ada saya rasa. Sebab yang ada peminta sedekah itu pun kalau yang betul-betul sudah buta, betul-betul tidak ada daya bagi dia Kebaji­kan Masyarakat boleh ambil masillan dalam tempat orang tua dan orang yang muda yang tegap sasa itu dicari jalan bekerja. Kita

Page 48: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3051 14 JANUARI 1977 3052

takut].can ada satu daripadanya yang mem­buat ketuanya untuk disuruh peminta­peminta sedekah ini sebagai ada gurunya mengajar suruh peminta sedekah ini pergi minta sedekab, ini ada satu cara untuk men­cari duit. Ini ada berlaku dalam negeri kita. Kalau kita betul-betul awasi tidak ada papa. Kita adalah satu negeri yang kaya. Jadi dalam perkara ini saya berbarap kepada Menteri yang berkenaan sebagai seorang wa­nita betul-betul siasat; wanita ini kalau dia betul-betul bekerja, lepas daripada ini dia akan mencari betul-betul cara mana untuk menghapuskan segala ~yang ada dalam negeri kita ini.

Inilah sahaja, Tuan Yang di-Pertua, sebab hari sudah malam, masing-masing pun bendak batik dan perbahasan atas Rang Undang-undang ini kalau dapat dipendek­pendekan sabaja.

7.07 mlm.

Datuk Dr Wee Khoon Hock: Terima kasib, Tuan Yang di-Pertua, kerana diberi peluang sekali lagi berucap.

Tuan Yang di-Pertua, saya bangun turut menyokong Akta ini dengan sedikit sahaja pandangan saya. Berkenaan dengan Seksyen 9 yang menyatakan:

"Seseorang yang tinggal di sesuatu rumah Kebajikan boleh dikebendaki mengambil bahagian dalam sesuatu akti· viti yang sesuai, samada dengan tujuan untuk melayakkan ia untuk pekerjaan di luar rumah kebajikan itu atau dengan tujuan untuk membolehkan ia memberi sumbangan kepada penyenggaraannya dalam rumah kebajikan itu".

Perenggan ini patutlah ditambah dengan :Satu ayat di belakang "or as a form of occu­pational therapy".

Tuan Yang di-Pertua, boleh jadi penghuni rumah kebajikan masyarakat itu orang tua bangka yang tidak ada harapan dapat peker­jaan di luar rumah kebajikan itu, atau boleh jadi aktiviti yang sesuai dengan beliau itu tidak akan memberi apa-apa sumbangan kepada penyenggaraannya dalam rumah kebajikan itu tetapi perlu diadakan dengan ~tujuan occupational therapy.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Seksyen 14 Akta ini ia menyatakan, "Akta Kuturayau 1965 adalah dimansuhkan." Seksyen 15 pula menyatakan:

"Pada mula berkuatkuasa Akta ini, semua orang yang tinggal di Pusat-pusat yang ditubuhk~ di bawah Akta Kuturayau 1965 hendaklah terus tinggal di rumah­rumah kebajikan."

Dan Seksyen 2 seksyen-kecil 1 (b) me­nyatakan:

"rumah kebajikan" ertinya sesuatu institusi, atau sebahagian daripadanya, yang ditubuhkan di bawah Akta ini untuk menerima, menjaga dan memulihkan orang­orang papa."

Oleh kerana saya bukan seorang peguam, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya pada maksud Akta ini bolehkah rumah kebajikan masyarakat Kerajaan yang telah ujud sebelum Akta ini menerima, menjaga dan memulihkan orang-orang papa? Rumah­rumah ini dijadikan secara otomatik rumah kebajikan yang ditubuhkan di bawah Akta ini supaya Kerajaan tidak memerlukan me­nubuhkan lagi rumah-rumah kebajikan di negara-negara yang telah ada sekarang. Saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh menerangkan di atas perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, semua penghuni yang telah tinggal di rumah-rumah kebajikan sebelum Akta ini patutlah di bawah Akta ini khasnya di bawah Seksyen 11, seksyen-kecil (c) dan (d) Akta ini, sungguhpun mereka ini bukan penagib dadah oleh sebab ada setengah penghuni kadangkala meninggalkan rumah kebajikan yang mereka tinggal dengan tujuan mengemis mendapati sedekah untuk membeli barang-barang yang dikehendaki dan juga pada pengetahuan saya ada pemah membeli candu untuk penggunaan diri dari sumber­sumber yang tidak diketahui.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa sekarang tidak ada peruntukan perbelanjaan kepada Lembaga Pelawat i:umah kebajikan sendiri kecuali melalui Pengarah Kebajikan Masya­rakat Negeri sahaja. Dengan lulusnya Akta ini tanggungjawab dan urusan Lembaga Rumah Kebajikan akan diperluaskan lagi dan Lembaga itu patutlah diberi peruntukan perbelanjaan yang sesuai setiap tahun untuk digunakan secara bebas untuk maksud yang ditetapkan dan tidak akan melalui dari Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri lain

-~ ---- -----------------------

Page 49: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

365~ 14 JANtMRt 191/7 3054

~i )Gg aca ~ :sup• mereb Apat Iftft.jaltmbn. •S.. \Utait ~D­Jicin dMl tancar. Sdcianlah sahaja., terima kasih.

7.11 'fl'lm. ':fiMlo KMiaru.I Ari1i1t · bin MOhamed

Vassim TliWllR YMJ.g<ili-P«lllil, sapa ~a twrut oender~ ~ambil sedtici.t baka.gioo ~ perhahasan ter~ Rq lhlda.rig~g ini. ~i yang t'@lah. disebutka oleh sah®at-saha!MK .saya tadi otMg papa mi bukannya ~ papa.. Ada yang Mutl papa dan ada .~ papa olok-olok (K-elmM). llflilalt perkar-a. ytilg tN-!Ut kita j.aga. Yang bietJW papa ba.t:'ll'ISkali perw1:tukan di cN1aD'l Rang U~-Ufl<iang ini tepat. Tetapi bagi mereka yoog papa ·SeQalla Qfok~tlk tbl ~aksa. kita cari jalu. IU&. Kenapa saya kaca ada oraong yang .}lffllpa -c>lok"'0k>k. .Kita barangkali sudaft bany.ak .kali .tfien:denaat buhi\ dJi ~ri. kita ~ ttf4pi. di neeerl• ll'egeri lam juga yang lt1tlt1a Ses€0l'Mg ~­m.is ittt inelekuku. p~trum. :Sedekalt di bawah araltan satu..satu sindikit.

Saya tahu 'Rmpmnanya, tld:~k ~~·ah saya sebut 11egerinya., isa:tu negert yang :t\\a:fra kanatc-kanatt -k-«ii iru ~en~~ dica~tka:n kaki dla, ta:nga:n dia, ·supaya seslapa .yang melihat kanak-kanak itu dengan sendirl a.km berasa kasihen tian hendak memberi ~ekah. Taapi sebenernya kanak-ka:nak Ii.tu. ialah dtja.gai oleh seorang yang tujuann.ya me$'­m:hkan kanak~kaD!ak itu minta ~eka dan apa jua ktttipao. denpe;da kanak-kanaik itu diambil olelt pen.jagmya.. Inilah yang 'Saya katakan sindikit yang berlaku :semacam i'ttl. Idah orang :papa. ok)~olok y:ang saya maksmlkan dan l'el'pMcsalah Kemen~M. berlrenaa:n memberat:an 'OrM'lg-ota:R~ yang ~W.·betul papa d~ 0l'llllg-<UtIDg yafig sen:gaja m:en~MaP dirln.ya sebagai papa.

Tuan Yang di~Pertua,, saya lihat kepada Fasal 4 clan jaga Fasal . 9 Rang tJndang­undang ini. FasaJ 4 nampaknya membolehkan seseorang papa yang secara sukarela meminta ~ya <Umasukk{Ut b sa.tu n.mum kehiljikan. In:i ;satu petka.ra yang kala11 kita sW.ah awast boleh nletnbawa beban ~da Kementetien berke~ kerana ~afaa sesoorang itu tab« yang itu satu cara dia mem~ari makan, men .. earl . tempat duduk, dia boleh. pergi cuba meminta secata sukatela duduk di teinpat !tu. Sunggnhptm ada petofitnkart-pertUltuka:n rli sID:i tnel®ltakan ~aWi seseota'Og itu pamh kep:ada syat«t>-syaM.f yang dibnttlttlli

~ kaa btlitu ~P ~tuh ttrpaksaJah ~~ ~.,apa tadi diterima tl'laSOk. Im ,.~ M)'I. llllkMlkan, kataulah SOOJ.181Jg itn ~~ mudk ~e.b. beketja tagi apakatt ~aJl~ ~ )?ilmk Kebl'enterian untuk ~n­... 9'fttg W~·ora~ sematant itu tMaK iltbeatkMI ·~ tetapi sebUib:tya kaiau cfia .maM · pft: lie l'UMah ittl hanya buat S'~ wailau. eta m«eka itu dkarikan P*etjan at~\lpttn dtlatih ntemMt sesuatu pdcetjaa ~ bergnna k~ dlrinya. Ini. At•itan. t11enjac:li bebau kepd. KietDetlteriu k.abu tita rs-~ ;awa•si fi'AlSQI 4 ,i.ni,

Say.a n.ampak Fasal .9 ada mooyebutkan seseorang yang tinggal di satu-satu :Ilumah Kebajikan boleh dikehendaki mettgllrb.bil hahagian daiam siR&tQ aktiviti yang ieftai. Ini boleh dianggapkan .sebagai tugas ~emm .. teriaa pula ataa tugas Rutnah Kebajikan ini lUltWc menoari kerja atau memberi sesuah! }il@kecjaM kapada orang papa yang ada di rumah itu, iBi juga mungkiin meBjafil bebamm; Sungg\lhpun;. pada. dasamya tujuan Rang Undang-wclang: ini baik tetapi seperti se..ya. kaUtkQil oleh kerana ini Undang-undan.g, ini boleh. 'di~an killall kita tidak pan­c.lang dengan halus-halus.

· Seperkata lagi. Tuan Y~g di-l>ettua, yang saya silka senfuh ialah Fasal 11. Fa8al 11 ialali berke:naan dengaQ. Fasal betkaitan den.ga:n penalti. Di sirti :nampaknya petuh­tuka:n penalti dibuat daft jikalau. seseotang itu bersalah atas sesuatu kesalahan dan boleh apabila disabitkati dihantar ke suaru RWttah Kebajikaa atatt dtkmakan ptttjara selama ~mpoh · tidat I~ dtu1piatla tiga bulatt S4ya kur.~ pastt kenapa kita tidak mwnbutmh penifitukan aitl'Mtiati'Ve iaitu l)ettlhtukaii ··~··. Kenaipakah ' penaltl itU · hanya d~harttltt­kan hlpada · fittttlh lrebajikan itUttt tllhUkUih. pen)va Adakah ini stttu kesttl~att yang t~paru. betttt iaittt kita tidal: beri alter­native dettd'a 1 Patut sangat dfadakan clentU1. Saya .Pandangtan i'm\rision di haw.th Fasitl I l itu, Tuart Yang di'-P~rtua. kalaufah sese­otan:g ifu umpah\itnya ditudUl't di baWah Fasal I I («) · iaittt tidak fi't~u diambil atau yang menentlU\g dtitipada diruttbii ke dalam jagaart ~ral'I.~ peg.twai awam, pegawai pihak ~kuasa tempatatt, ttt'<ill pregawai !tolls, di bawah Akta ini, kalaulah ~iiitt~ itt\ ltdaic mahu diambil dia bukan orang papa tet~pi orang salah sangkakan dia seorang papa dia AM · kehHuia y.ahg sattggup ufi\paifiartya ~tapi tlia moo.en.tang, den~ itu tind'ak::ab. b~ tliltl\bff tethtltlB~ Ofillig itu di bawtth

Page 50: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3055 14 JANUARI 1977 3056

Fasal 11 (a). Kalau betul-betul dia menen­tang, sudah tentu dia akan dianggap salah, tuduhan itu disabitkan dan hukwnan kepada· nya hanya dihantar ke rumah orang papa atau dimasukkan ke penjara. Saya rasa itu tidak begitu adil, ini tidak memberi kebebasan kepada Mahkamah menetapkan yang kes ini tidaklah berat sangat, oleh itu tidak payah dihantar masuk jel, patut sahaja dikenakan denda; tetapi di bawah Undang-undang ini nampaknya alternative bagi denda ini tidak ada. Saya haraplah kepada Yang Berhormat Menteri dapat mengambil perbatian tentang perkara ini dan membawa pindaan terhadap Undang-undang ini pada satu masa nanti.

7.19 mlm

Tuan Ahmad Azizuddin bin Haji Zainal Abidin: Tuan Yang di-Pertua, sambil saya menyokong Rang Undang·undang ini benar­kanlah saya bendak bertanya iaitu mengikut istilah di sini orang yang papa ialah yang mengemis dan yang mengemis adalah yang melakukan permintaan sedekah. Sukacita saya bertanya adakah istilah ini termasuk pengemis-pengemis iaitu orang yang meminta sedekah di tempat-tempat menyimpan kereta. Jikalau katakan pula orang-orang ini orang papa ada pula sekatannya di bawah 18 tahun. Pada pendapat saya kalau budak-budak pen­jaga kereta ini juga muncul menjadi pengemis . maka ini adalah satu perkara yang agak saya dikawal atau dijagai oleh pihak Kementerian Kebajikan Masyarakat.

Satu lagi perkara yang saya hendak ber­tanya sekiranya dapat diberi penerangan sebelum Rang Undang-undang ini diluluskan barangkali Kementerian ini ada membuat satu survey tentang berapa ramaikah orang­orang yang terlibat masuk ke dalam rumah­rumah ini nanti kerana ada dinyatakan dalam Huraian Rang Undang-undang ini melibatkan Kerajaan dalam perbelanjaaa tambahan. Maka saya rasa tentulah agaknya rumah­rumah itu ada yang kosong dan telah dibuat survey, orang-orang yang ada mengemis boleh ditarik untuk dibicarakan dan selepas sebulan ditentukan samada dia boleh masuk atau tidak ke rumah kebajikan. Kalau sekiranya. ada, saya minta penJelasan daripada Yang Ber­hormat Menteri. Dengan ini, saya menyokong Rang Undang-undang ini.

7.22 mlm.

Puao Hajjah Aisbah bieti Ila.. Abdul Gbani: Tuan Yang di-Pertua, terlebfb dabulu inginlah saya mengucapkan setinggi-tinggi

terima kasih di atas sokongan daripada Ahli­ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini di atas Rang Undang-undang Orang-orang Papa, 1976 ini.

Bagi menjelaskan perkara yang dibangkit­kan oleh Yang Berhormat Raja Dati.Jk Nong Chile, sukalah saya menerangkan sedikit kepada beliau iaitu di rumah orang tua yang diadakan oleh Kementerian Kebajikan Am memanglah disediakan kemudahan-kemuda­han seperti talivisyen, tempat permainan dan sebagainya, malahan orang-orang tua ini juga digalakkan bermain sandiwara dan juga ber­main muzik kerana barangkali ada yang pan­dai bermain muzik. Dalam keadaan yang ada dalam rumah orang tua yang dibuat oleh Kementerian Kebajikan Am keadaan itu, boleh dikatakan apa juga kemudahan diberi untuk kesenangan orang itu, dan ada lagi sejenis rumah kebajikan yang diadakan oleh badan-badan sukarela kerana kekurangan wang, maka tidaklah dapat hendak diadakan kemudahan-kemudahan yang lebih lagi seperti yang diadakan oleh Kementerian Kebajikan Am. Rumah orang-orang tua yang dikelola­kan oleh Kementerian Kebajikan Am me­manglah lengkap dengan doktor, jururawat dan begitu juga dengan apa juga kemudahan­kemudahan yang · kita boleh beri kepada mercka.

Waiau bagaimana, sukalah saya mene­rangkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa kita semua ak:an merasa tua. sekarang sudah tua, tetapi akan lebih tua lagi. Pada pandangan saya orang-orang tua ini walau macam mana cantik pun rumah­nya, tidak kurang di antara mereka yang menangis tinggal dalam rumah orang tua itu kerana mereka itu barangkali l~bih berasa sunyi sepi dan sebagainya, sebab itulah Kementerian saya sentiasa menggalakkan orang ramai datang ziarab dan regitu juga digalakkan juga orang-orang tua ini kalau ada saudara-mara atau sahabat-sahabat lama yang hendak dikunjungi ini dibenarkan mereka keluar dengan izin Penguasa di sana.

Di atas pandangan daripada Raja Datuk Nong Chik itu saya mengucapkan terima kasih dan ada lagi satu perkara lain yang juga beliau ada menyentuh iaitu berkenaan dengan sebab-sebab banyaknya pengemis. Sebab-sebab ini rasa saya tentulah banyak tetapi salab satu sebab yang saya nampak iaitu biaknya pengemis-pengemis ini samada pengemis professional atau pengemis yang

Page 51: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3057 14 JANUARI 1977 3058

sebenamya yang terdiri daripada orang papa yang uzur ialah kerana mereka dapat duit, tadah sahaja tempurung ada orang yang memberi. Ini menaikkan semangat orang­orang yang mengemis tadi, malah ada pengemis-pengemis itu yang tidak payah bekerja dan mereka boleh dapat $10 sehari dengan cara mengemis. Dengan kerana itulah Kementerian ini cuba mengadakan pindaan kepada Rang Undang-undang ini dengan membawa mereka yang mengemis ini ke Rumah Kebajikan kita dan di sana mereka akan diteliti dan disoal serta disiasat apakah yang menyebabkan mereka mengemis. Kalau benar mereka itu papa, tidak ada saudara­mara, uzur, tua dan sakit pula tentulah se­patutnya · mereka diberi segala pertolongan dengan bantuan oleh Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengucap­kan terima kasih kepada pandangan yang baik daripada Yang Berhormat Datuk Dr C. Sinnadurai yang telahpun menghuraikan sedikit-sebanyak bagaimana keadaan pe­ngemis-pengemis yang nampaknya semakin banyak dan begitu juga tentang sokongan beliau terhadap Rang Undang-undang ini.

Yang Berhormat Puan Hajjah Fatimah berpendapat tidak ada orang yang benar­benar papa, tidak ada saudara-mara, tidak ada keluarga. Tetapi sebagai seorang yang telah lama mengelolakan hal-hal di Kemen­terian Kebajikan Am ini setelah saya diberi­tahu oleh Ahli Yang Berhormat ada orang­orang yang papa terutama mereka yang sudah tua yang sudah berpisah daripada keluarga dan kadang-kadang tidak ada isteri dan sebagainya, perkara inipun banyak di­dapati. ltulah yang ditujukan oleh Rang Undang-undang ini supaya mereka ini dapat diberikan bantuan dan perlindungan hanya barangkali Ahli Yang Berhormat itu bimbang dan takut peluang yang begini digunakan oleh orang lain untuk masuk ke Rumah Kebajikan ini kerana hendak dapat makan free misalnya. Di sini sukalah saya hendak jelaskan pihak Kementerian saya dan pe­gawai-pegawai tentulah akan mengadakan siasatan kepada mereka sebelum mereka itu kita beri makan tanggung dan tinggal di situ.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengucap­kan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Dr Wee Khoon Hock di atas pandangan beliau berkenaan dengan Seksyen 9 berke­naan dengan menggalakkan mereka itu menyertai aktiviti dan begitu juga kegiatan­kegiatan yang diadakan di Rumah Kebajikan

kita itu. Beliau mencadangkan rangkaikata "occupational therapy" ditambah pada hujung seksyen ini.

Di sini sukalah saya menjelaskan untuk makluman Ahli Yang Berhormat itu sung­guhpun perkataan occupational therapy tidak ditulis di sini, tetapi maksud seksyen 9 ini adalah serupa sahaja. Walaupun tidak di­sebut, tetapi maksudnya ialah untuk mem· berikan occupational therapy kepada mereka dan menyertai kegiatan-kegiatan kerja-kerja yang lain yang sesuai dengan keupayaan mereka. Atas pandangan beliau itu saya mengucapkan sekali lagi terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Kamarul Ariffin membawa beberapa pandangan yang baik iaitu beliau telah juga menyebut tentang adanya orang yang papa olok-oiok. Maka di sini sukalah saya me­nyatakan kepada Yang Berhormat itu setelah Undang-undang ini dilaksanakan kelak dan kita telah lihat apakah kesan-kcsannya, se­kiranya ada lagi pindaan-pindaan yang perlu diadakan, maka pihak Kementerian saya tentulah akan mengemukakan sekali lagi pindaan-pindaan untuk memperbaiki lagi perlaksanaan Rang Undang-undang ini.

Beliau juga menimbulkan Fasal 4, 9 dan 11. Fasal 4-beliau menyebut mungkin akan menjadi beban kerana takut disalah­gunakan. Tadi telah saya jelaskan iaitu Kementerian saya dan pegawai-pegawai yang bertugas tentulah akan meneliti mereka ini sebelum kita memberikan tempat kepada mereka.

Tuan Yang di-Pertua, ada lagi satu perkara iaitu yang ditimbulkan oleh Yang Berhor­mat Senator Kamarul Ariffin iaitu berkenaan dengan Fasal 11-kenapa penalti ini tidak diadakan alternative iaitu tidak diberi peluang untuk denda dan sebagainya.

Di sini suka juga saya hendak menjelaskan sedikit kalau dia itu papa; bukanlah kerana dia itu papa maka dia hendak dibawa ke rumah kebajikan kita. Orang papa itu di­bawa ialah bila dia mengemis. Kalau dia tidak mengemis, tidaklah. Kalau dia hendak duduk di rumah, ada saudara-mara dia walaupun dia susah maka tentulah pihak pegawai-pegawai yang berkenaan tidaklah akan membawa orang .seumpama ini masuk

Page 52: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3059 14 JANUARI 1977 3060

ke dalam rumah kebajikan kita. Walau bagaimanapun, seperti yang saya telah tegas­k.an tadi iaitu apa. juga yang difikirk.an mustahak untuk diperbaiki lagi. perlaksanaan Undang-undang ini pihak Kementerian saya tentulah tidak akan keberatan mengemuka­kannya dari semasa ke sernasa.

Tuan Yang di-Pertua, ada lagi satu perkara rasa saya yang belum saya jelaskan iaitu yang dibangkitkan oleh rakan saya Senator Haji Ahmad Azizuddin iaitu berkenaan dengan anak-anak yang menjaga kereta. Kalau sekiranya mereka ini didapati sama perbuatannya seperti pengemis tentulah mereka ini juga akan ditangkap dan dibawa ke rumah kebajikan kita sekiranya dibukti­kan mereka ini melakukan perbuatan seperti mengemis.

Tuan Yang di-Pertua, rasa saya itulah bebe­rapa perkara yang perlu saya terangkan sedikit­sebanyak bagi hendak menjelaskan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Pihak saya sekali lagilah mengucapkan banyak-banyak terima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekali lagi suka saya tegaskan sekiranya ada pindaan-pindaan yang perlu maka pihak Kementerian saya akan cubalah untuk mensesuaikan lagi undang-undang ini supaya dapat perlak­sanaan yang lebih licin dan akan dikemuka­kan lagi pindaan-pindaan untuk memper­baikinya dari masa ke semasa.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan di-1etujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Rang Undang-undang ditimbangkan dalam Jawatankuasa.

(Tuan (Timbalan) Yang di-Pertua mem­pengerusikan J awatankuasa)

Fasal 1 hingga 15 diperintahkan menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Rang Undang-undang dilapurkan dengan tidak ada pindaan : dibacakan kali yang :tetiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG PANGGUNG DAN TEMPAT HIBURAN

AWAM (WILAYAH PERSEKUTUAN)

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

7.36 mlm.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan (Tuan Haji Hassan Adli bin Haji Arshad): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Suatu Rang Undang-undang Panggung dan Tempat Hiburan Awam (Wilayah Persekutuan) 1976 dibaca kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang­undang ini bertujuan untuk menggantikan Enakmen Panggung-panggung dan Tempat­tempat Hiburan Awam 1936 Negeri Selangor dengan diubahsuaikan oleh perintah Wilayah Persekutuan pengubahsuaian Enakmen Pang­gung-panggung dan Tempat-tempat Hiburan Awam 1974 PU (A) 61/34 yang masih ter­pakai untuk Wilayah Persekutuan mengikut seksyen 6 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1973.

Rang Undang-undang ini adalah untuk mengadakan kawalan yang lebih baik mengenai panggung-panggung dan tempat­tempat hiburan awam dan ianya akan di­gunakan di Wilayah Persekutuan sahaja. Ini adalah kerana Parlimen tidak berkuasa mem­buat undang-undang mengenai Panggung­gung-pangigung dan Tempat-tempa.t Hiburan Awam untuk serata Malaysia oleh kerana perkara seperti ini adalah perkara negeri.

Saya suka mengambil peluang di sini memberikan keterangan yang ringkas mengenai Rang Undang-undang ini.

Fasal 5 kepada Rang Undang-undang ini menerangkan kesalahan barang siapa cuba membuka ataupun membuka tiap-tiap pang­gung-panggung dan tempat-tempat hiburan awam dengan tidak mempunyai lesen. Barang siapa yang didapati melakukan kesalahan ini boleh didenda sebanyak $3,000 ataupun dipenjarakan selama dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Fasal 6 menerangkan permohonan Iesen untuk membuka panggung-panggung dan tempat-tempat hiburan mengikut borang yang tertentu dan syarat-syarat kelulusan yang akan diberikan oleh Pegawai Pelesenan.

Page 53: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3061 14 JANUARI 1977 3062

Fasal 7 ialah memberikan kuasa kepada Pegawai Pelesenan untuk mendapatkan script dan apa-apa maklumat daripada pemohon untuk mendapatkan lesen sebelum lesen ter­sebut diluluskan.

Fasal 8 memberi kuasa kepada Pegawai Pelesenan membatalkan mana-mana lesen di atas sebab yang diberikan oleh Fasal itu yang didapati kesalahan oleh Pegawai Pelesenan.

Fasal 9 seseorang pemegang lesen boleh dikehendaki memberi jaminan untuk me­matuhi peruntukan-peruntukan Akta dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya dan syarat-syarat lesen.

Fasal 10 pula membolehkan pemohon memberi rayuan sekiranya permohonan beliau ditolak.

Fasal 11 ialah tegahan-tegahan yang dimasukkan dalam Rang Undang-undang ini akan seseorang yang menjual tiket atau mengiklankan atau memberi publicity kepada apa-apa pertunjukan (show) yang dicadang­kan itu sebelum dia mendapat lesen dari pihak berkuasa.

Fasal 12, 13, 14, 15, 16 dan 17 adalah peruntukan-peruntukan kuasa untuk menguat­kuasakan Rang Undang-undang ini.

Fasal 20 pula mencadangkan untuk mem­batalkan Enakmen Panggung-panggung dan Tempat-tempat Hiburan Awam 1936 sebagai­mana yang diberikan oleh Seksyen 6 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1973 yang masih dipakai di Wilayah Persekutuan.

Tuan Yang di· Pertua, sekianlah sahaja dan saya mohon mencadangkan.

Tuan Law Dieng Ding: Tuan Yang di­Pertua, saya mohon menyokong.

7.40mlm.

Tuan Haji Ibrahim bin Haji Yaacob: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun menyo­kong Bil ini dengan sekuat-kuatnya dan saya ingin menyentuh secara umum sahaja. Apa yang saya suka bercakap ialah di dalam Wilayah ini, sudah terlampau banyak pang­gung wayang dan juga tempat-tempat hiburan dan bermacam-macam pula coraknya.

Pertama, saya suka bercakap berkenaan dengan pertunjukan fun fair yang selalu benar datang kepada saya. Kebanyakan dari taukeh-taukeh yang menjalankan fun fair ini

tidak mengambil lesen Syarikat Pendaftaran yang ada di Bangunan Syarikat Kerjasama Polis sana. Cuma mengambil Polis Permit sahaja. Kalau Kerajaan hendak membenar­kan fun fair dijalankan di Wilayah Perse­kutuan ini, saya mencadangkan bahawa lesen mesti dikeluarkan, dengan syarat taukeh ini mesti ada tempatnya sendiri dan pertunjukan itu bolehlah dijalankan hari-hari. Ini pan­dangan saya. Pada masa ini Kerajaan tidak mengeluarkan lesen, cuma Police Permit sahaja dan di mana ada tanah-tanah kosong dibuatnya fun fair itu. Kadangkala tempat kosong itu berdekatan dengan kampung dan mesjid atau gereja. Ini mengganggu orang­orang yang hendak membuat amal ibadat kepada Tuhan. Ini patut dilarang.

Tuan Yang di-Pertua, yang kedua, ada pula pemiagaan atau hiburan seperti billiard dan teka-teka nombor. Ini juga patut dibuat di tempat-tempat yang khas sahaja, jangan di sebarang tempat sahaja. Perjudian ini ada memberi hadiah-hadiah kepada pemenang­pemenangnya. Pada masa ini ada di merata­rata tempat yang tidak sesuai yang mana tempat itu penuh dengan budak-budak jahat dan di tempat-tempat ini selalu ada berlaku pergaduhan. Begitu juga di nightclub.

Saya berharap Kerajaan akan mengeluar­kan lesen di tempat-tempat yang sesuai sahaja, jangan di merata-rata tempat yang banyak samseng-samseng dan di tiap-tiap nightclub itu hendaklah dihantar detectives ataupun mata-mata gelap yang akan menga­wasi pergaduhan di situ, kerana kita tahu ada beberapa orang yang telah mati kena pukul, kena tikam dan sebagainya oleh gangsters di nightclub di Kuala Lumpur baharu-baharu ini.

Saya juga merayu kepada Kementerian ini bahawa ada beberapa panggung wayang gambar, yang tidak sesuai lagi tempatnya, seperti panggung wayang Odean, Coliseum, Pavilion yang terlampau hampir sangat dengan jalanraya (too close to the road) samada pada siang hari atau malam hari, selalu accident ada berlaku di situ. Saya harap kalau dapat diberi perhatian kepada tiga panggung wayang ini.

Yang akhimya, Tuan Yang di-Pertua, saya merayu kepada Kementerian ini, jika ada pertubuhan-pertubuhan sukarela (voluntary organisations), yang hendak membuat per­tunjukan perdarta, hendak mengutip derma untuk tabung pertubuhannya, saya merayu kepada Kementerian ini supaya dilepaskan

Page 54: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3063 14 JANUARI 1977 3064

daripada cukai hiburan, kerana tidak ada tabung persatuannya, dengan sebab itu di­adakan pertunjukan perdana dengan harapan mendapat derma. Saya tahu banyak per­satuan-persatuan sukarela seperti Boys Scout, Red Cross, St. John dan sebagainya semata­mata mengharapkan bantuan daripada Kera­jaan untuk menjalankan kegiatannya. Kalau persatuan-persatuan dibenarkan menunjuk­kan tayangan perdana dan sebagainya dengan tidak membayar cukai hiburan, saya percaya badan-badan sukarela boleh berdiri atas kakinya sendiri dengan tidak meminta bantuan Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, Kuala Lumpur ada bermacam-macam hiburan, maka dengan sebab itu banyak gangsters, extortionists dan juga budak-budak nakal. Mereka mencuri, memeras taukeh-taukeh kedai supaya mereka dapat pergi ke tempat hiburan. Dengan sebab itu, saya merayu kepada Kerajaan supaya berhati-hati bila hendak mengeluar­kan lesen hiburan yang ada dalam Wilayah Persekutuan ini.

Sekianlah sahaja dan saya menyokong Bil ini untuk diluluskan.

7.45 mlm.

Tuan Kamarul Ariffin bin Mohamed Yassin: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana Rang Undang-undang ini khusus dipakai di dalam Wilayah Persekutuan, saya hendak sentuh sedikit berkenaan dengan tugas Datuk Bandar Wilayah Persekutuan terhadap per­untukan-peruntukan di bawah Rang Undang· undang ini.

Sungguhpun Rang Undang-undang ini memberi kuasa kepadanya mengawal ber· kenaan dengan tempat-tempat hiburan, saya rasa sebagai Datuk Bandar lbu Kota yang sudah termasyhor dia patut mengambil ini­siatif untuk mengadakan hiburan-hiburan yang dianjurkan oleh Datuk Bandar. Makna· nya bukan hiburan yang dianjurkan oleh swasta sahaja ataupun badan-badan yang tertentu, badan-badan kebudayaan yang ter· tentu, tetapi patut juga dianjurkan oleh Datuk Bandar sendiri seperti yang berlaku di mana-mana ibukota besar di negara lain. Kalau kita pa.ndang dari segi muzik, dari segi tariannya jarang sekali dengar ada satu-satu pertunjukan yang dianjurkan (sponsored) oleh Datuk Bandar. Saya rasa ini satu kelemahan dan patutlah diperbaiki jikalau kita hendak menjadikan lbukota satu lbukota yang boleh

diberi makna yang sebetulnya, kerana ke· hidupan rakyat dalam lbukota bukannya sahaja hidup pergi bekerja hari-hari mereka juga hendak melapangkan masanya melalui hiburan terutama sekali menerusi kebuda­yaan yang subur.

Saya harap pandangan saya ini mendapat perhatian daripada Yang Berhormat Menteri dan saya menyokong Rang Undang-undang ini. Terima kasih.

Tuan (Timbalan) Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ini ditempohkan selama 10 minit.

Persidangan ditempohkan pada pukul 7.48 malam.

Persidangan disambung semula pada pukul 8.00 malam.

(Tuan (Timbalan) Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

8.00 mlm.

Raja Datuk Nong Chik bin Raja Ishak: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak hendak bercakap banyak, cuma saya hendak me­nyokong Rang Undang-undang ini.

Tadi Yang Berhormat Menteri telah me­nyatakan bahawa Rang Undang-undang ini adalah Rang Undang-undang untuk mengawal panggung-panggung wayang. Saya sangat bersetuju di atas perkara ini. Kawalan ketat hendaklah diadakan umpamanya rombongan daripada negeri-negeri kominis yang menun­jukkan permainannya di panggung-panggung wayang. Kita mesti kawal perkara ini, kerana kebudayaan-kebudayaan kominis itu masuk dengan tidak disedari kepada rakyat ramai. Perkara ini mestilah dikawal dengan ketat­nya, bukan kita melarang kebudayaan-ke­budayaan itu masuk, tetapi kebudayaan-ke· budayaan yang ada di dalam kebudayaan itu termasuklah subversif dan lain-lainnya. Misal­nya, baru-baru ini ada ballet daripada Russia. Ini juga mestilah ditengok betul-betul apa yang ada dalam ballet itu. Dalam tarian ballet itu ada disembunyikan satu perkara yang patut juga kita tengok.

Tuan Yang di-Pertua, lesen panggung­panggung wayang terutama sekali di Kuala Lumpur, oleh kerana Kuala Lumpur ini ramai penduduknya, termasuk Petaling J aya dan bandar-bandar yang berhampiran dengan­nya dan penduduknya hampir satu juta orang.

Page 55: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3065 14 JANUARI 1977 3066

Saya meminta supaya jangan ada monopoli panggung-panggung wayang dan filem-filem wayang. Kalau didirikan panggung, balik­balik Shaw Brothers, balik-balik Cathay, samada di Bandaraya Kuala Lumpur a:ta.upun di serata pelusuk tanahair kita. Dengan ada· nya dasar iktisad yang baru maka Yang Berhormat Menteri mestilah menengokkan iaitu pada masa yang akan datang jikalau lesen-lesen tidak ada, diberi satu lesen, didiri­kan panggung, tetapi mestilah ditengokkan participation itu ada atau tidak. Kalau panggung wayang itu didirikan, maka hendak­lah ada sekurang-kurangnya 30% daripada sahamnya itu mestilah dipegang oleh bumi­putra. Kemudian baru lesen itu dikeluark:an untuk satu-satu panggung wayang. Saya ber­cakap ini bukannya membantah. tidak­supaya mengikut dasar yang kita jalankan hari ini supaya jangan tiap-tiap kali Cathay, bqjtu juga impot-impot filem-filem. Balik­balik Cathay juga, balik-balik Shaw Brothers. Apa sebabnya begitu? Kalau orang lain mengimpot filem, di mana panggung hendak dimainkan oleh kerana panggung-panggung adalah dimonopoli oleh kedua-dua syarikat ini, film magnate ini. Jadi, pada masa yang ak:an datang janganlah oleh kerana derma yang diberi berpuluh ribu atau ratus ribu daripada Shaw Brothers dan Cathay ini, maka dibolehkan Shaw Brothers dan Cathay membuka panggung-panggung wayang terutama sekali dalam Bandaraya Kuala Lumpur ini.

Tuan Yang di-Pertua, Fasal 6 (2) mengata­kan:

"6 (2) Tertakluk kepada seksyen-kecil (3) pegawai pelesen boleh, apabila dibayar bayaran yang ditetapkan, memberi kepada pemohon itu suatu lesen dengan apa-apa: syarat ..... "

Terjemahan Bahasa Malaysia ini, saya pun tidak tahu, tetapi ayat-ayat mengatakanl "dengan apa-apa syarait sebagaimana yang di­nyatakan dalam lesen itu." Jadi, tentulah · translationnya itu hendak lekas sahaja. Di sini saya fikir, "kepada pemohon itu suatu lesen dengan syarat-syarat yang dinyatakan dalam lesen itu," itu ada sedikit Mela:yunya, ada sedikit grammamya. Saya ini bukannya tahu berkenaan dengan grammar, tetapi grammar ini terlampau buruk sangat yang dikatakan "kepada pemohon itu suatu lesen dengan apa-apa !t-yarat." Saya tidak mengerti dan barangkali Ahli-ahli Yang Berhormat semua pun tidak mengerti. Saya harap sangat

supaya mendapat perhatian daripada Yang .Berhorma.t Menteri, kerana kalau kita tengok di sini berkenaan dengan panggung-panggung wayang, yang dikatakan panggung wayang itu, suatu panggung ata.u ·tempat hiburan awam, itu tidak apa juga, tetapi dinyatakan bermacam-macam di sini.

Tuan Yang di-Pertua, Fasal 6 (4) (a) menga­takan:

"6 (4) (a) bahawa panggung atau tempat hiburan awam itu mungkin membawa kepada pecah keamanan a tau .menyebabkan halangan, kegusaran atau bencana .... "

''Mungkin membawa kepada pecah ke· amanan", saya ingat "membahayakan ke­amanan" itu lebih sesuai daripada "pecah keamanan". Sebab, ayat ini saya ingat tidak begitu sesuai dengan apa yang ditujukan..

Fasal 6 (4) (c) mengatakan:

"6 (4) (c) bahawa lakunan panggung atau hiburan awam . . . . ."

"Bahawa lakunan panggung" di sini pun saya ingat Yang :&rhormat Datuk Abdul Aziz Tapa pun memang tidak mengerti tujuan Bahasa Malaysia ini. Dalam bahasa Inggeris­nya theoretical theatre. Yang sebenamya ini bangsawan. Bahawa bangsawan atau hiburan awam itu adalah mungkin dengan apa-apa cara mudarat kepentingan negara. Itu dia ditujukan lakunan panggung ataupun lakunan-lakunan yang diadakan. di panggung, lakukan di panggung itupun boleh juga, tetapi lakunan panggung, ini saya ingat tidak sesuai.

Tuan Yang di-Pertua, sekianlah sahaja dan saya mengucapkan terima kasih dan memberi sokongan kepada Rang Undang-undang ini dan saya minta kepada Yang .Berhormat Menteri menengokkan dasar penyertaan 30% bumiputra apabila kita mengeluarkan lesen ini.

8.08 mlm.

Tuan Ismail bin Sheikh Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun menyokoog Rang Undang-undang Panggung Wayang dan Tempat Hiburan Awam (Wilayah Perseku­tuan). 1976 ini. Di samping itu sukalah saya memberi sedikit-sebanyak pendapat saya di dalam Dewan yang mulia ini.

Pertama sekali berkenaan dengan panggung­panggung yang ada di dalam Wilayah Persekutuan ini boleh dikatakan banyak

Page 56: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3067 14 JANUARI 1977 3068

panggung-panggung wayang gambar maka terdapatlah juga beberapa buah panggung yang ada di Bandaraya Kuala Lumpur ini yang sudah lama, tetapi sungguhpun lama panggung itu masih ada.

Mengenai pembaharuan lesen-lesen pang­gung itu apabila dibuat kelak, maka keadaan kerusi dan tempat duduk di dalam panggung itu mestilah dapat ditukar sedikit supaya di­adakan kerusi-kerusi yang selesa untuk orang yang datang melihat tayangan gambar­gambar di panggung itu, kerana kita tahu keadaan panggung-panggung dalam Wilayah Persekutuan ini boleh dikatakan pelancung­pelancung daripada luar negeri yang datang bukanlah banyak yang pergi ke luar negeri kita, tetapi kebanyakannya bertumpu ke Kuala Lumpur maka keadaan yang seperti ini patutlah dbwasi dan dapat diperbaharui perkara-perkara. yang berkaitan dengan tempat duduk di dalam panggung-panggung wayang ini. Begitu juga keadaan bilik-bilik air yang ada dalam panggung itu patutlah diawasi sedikit, kadang-kadang setengahnya kalau kita masuk sangat berbau dan keadaan itu tidak begitu menyenangkan kepada kita. Untuk membarukan lesen-lesen ini patutlah diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan supaya perkara-perkara ini dapat diatasi.

Selain dari itu berkenaan kawalan pen­jualan tiket-tiket. Di setiap panggung wayang jualan tiket tanpa kebenaran di negeri-negeri keadaan ini berlaku. Penjual tiket seperti itu mengambil kesempatan terhadap penun­tun, tetapi kalau kita pergi ke panggung­panggung di Kuala Lumpur lebih banyak perkara ini berlaku iaitu penjual tiket black market itu barangkali terdiri dari orang­orang panggung itu sendiri yang telah dikhas­kan kepada 10 atau beberapa orang yang ada menunggu di situ, kerana penuntun boleh membeli sehingga 4 tiket, tetapi orang­orang yang menjual black market itu boleh membeli sampai 20 tiket. Manakala kita tunggu hampir dimulakan pertunjukkan, maka tiket-tiket itu dikeluarkan dan harganya berlebihan dari $1 hingga $10. Ini patut diawasi oleh pihak yang berkenaan.

Selain daripada itu mengenai taman hiburan di negeri-negeri dan juga di dalam Wilayah Persekutuan yang membenarkan fun fair diadakan. Umpamanya, dibenarkan per­mainan melempar barang seperti "baling bola'~. "buang gelang" dan sebagainya. Keadaan permainan seperti ini tentulah akan dapat dituruti oleh negeri-negeri. Kita harap

kawalan permainan ini dapat diseimbangkan di antara permainan di Kuala Lumpur dan Negeri-ncgeri, jika permainan itu boleh di­benarkan di Kuala Lumpur, maka tentulah boleh dibenarkan dalam Negeri-negeri, walaupun kuasa kelulusan permainan itu ada kepada Negeri-negeri yang berkenaan tetapi kadang-kadang contoh permainan terpaksa didapatkan dari Kuala Lumpur. Kadang­kadang permainan itu dibenarkan di Kuala Lumpur, tetapi tak dibenarkan di Negeri­negeri kerana permainan itu dianggap judi.

Jadi tentulah Undang-undang ini akan dapat diadakan penyelarasan. Jika dibenar­kan di Kuala Lumpur, maka ianya juga hendaklah dibenarkan di negeri-negeri. Itulah sahaja dan saya menyokong Rang Undang­undang ini.

8.14 mlm.

Tuan T. S. Gabriel: Saya bangun menyo­kong Rang Undang-undang ini dan saya cuma hendak bercakap sepatah dua perkara untuk perhatian pihak Kementerian yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, jika kita bandingkan panggung wayang gambar yang digemari oleh orang-orang Melayu dan Tamil dan panggung-panggung di mana gambar-gambar lnggeris dimainkan, keadaannya sangat ber­lainan sungguhpun harga tiket itu adalah sama iaitu $2.30 sen. Terutama sekali keadaan di Panggung Central, panggung wayang gambar Hindustan dan di Panggung Coliseum adalah sangat buruk sehingga, ada nyamuk, pijat-pijat dan selepas kita melihat wayang gambar di situ, badan kita sakit, seolah badan kita kena urut. Di harap Kementerian yang berkenaan mengambil perhatian oleh sebab ini suatu "mere exploitation". Sebalik­nya di mana gambar Inggeris dimainkan, panggung itu sangat sesuai tetapi tiketnya sama dijual denga11 harga $2.30 sen seperti di panggung-panggung wayang Hindustan. Tetapi berbeza dengan panggung-panggung wayang di Pulau Pinang di mana wayang­wayang Hindustan ditayangkan dan orang­orang Melayu sangat suka menengoknya, panggung-panggung itu sangat bagus keadaan­nya. Panggung-panggung di bandar Kuala Lumpur sangat buruk dari segi kebersihan dan bangunannya. Oleh itu diharap Yang Berhormat Menteri akan dapat mengambil tindakan dengan sewajamya.

Page 57: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3069 14 JANUARI 1977 3070

8.16 mlm.

Datuk Haji Abdul Razak bin Haji Russin: Tuan Yang di-Pertua, saya tidaklah gemar hendak bcrcakap panjang mengenai panggung

~ wayang tetapi saya gemar menengok kawan­kawan bercakap. Jadi saya tumpang gemar bercakap sekali lagi.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Undang­undang ini diwujudkan pada hakikatnya semata-mata kerana perpisahan Selangor dengan Wilayah Persekutuan. Sebab Yang Berhormat Menteri sendiri mengatakan dia tidak akan menyentuh undang-undang dalam Negeri-negeri kerana ini adalah hak Negeri, tetapi sebelum saya membincangkan Undang­undang ini, juga saya telah mengerti undang­undang seumpama ini ada di Negeri-negeri dan tidak begitu jauh bezanya. Bagi saya Parlimen menggubal Undang-undang ini, kerana untuk kawasan Wilayah Plersekutuan maka saya rasa patutlah kita lebih advance atau kehadapan daripada undang-undang yang ada dalam Negeri-negeri kerana undang­undang yang diluluskan oleh Parlimen adalah lebih kehadapan, baik pada motif bangunan itu atau lesennya a.tau keadaannya yang lain. Saya telah baca berulang kali Bil ini, tidak jauh bezanya dengan apa yang ada di Negeri­negeri. Pada saya Undang-undang ini di­wujudkan semata-mata hendak memisahkan kekuasaan Negeri Selangor dengan Bandaraya Kuala Lumpur yang masuk dalam Wilayah Persekutuan.

Saya fikir telahan saya barangkali tak betul, tetapi ramalan nujum begitu maksudnya. Tuan Yang di-Pertua, kita harus bagi satu gambaran bru"Q dalam Rang Undang-undang ini yang ada merupakan satu perubahan. Saudara saya tadi berkata bangunan Hindu­stan, panggung Central yang tiketnya $2.30 untuk tempat duduk reserved keadaannya buruk. Saya pemah pergi ke sana, sebab saya seorang peminat panggung wayang, di mana ada panggung Hindustan, saya ada masuk. Pada masa muda dahulu saya keluar pukul 8.00 malam, pukul 11.W malam itu saya masuk lagi sekali. Saya fikir saya lebih dari­pada sahabat-sahabat yang lain dalam Dewan ini. Saya juga peminat radio dan TV, selagi belum tamat siaran TV itu, saya masih menengok dengan sebab itu apa siaran dalam TV dan panggung-panggung, saya dapat tahu.

Tuan Yang di-Pertua, apa kisahnya dengan Pawagam P. Ramlee? Apakah usaha Kerajaan dalam memberi galakan kepada

panggung itu dengan wujudnya Bil ini? Saya tak ada kepentingan dalam hal ini, dan saya sokong Bil ini diluluskan, hanya saya gemar menengok kawan saya bercakap, biarlah kita s·ama-sama. bercakap. Tetapi, walau apapun, sepatutnya Bil ini mestilah lebih advance daripada undang-undang yang ada dalam Negeri-negeri. Saya tahu dan Tuan Yang di­Pertua juga tahu bahawa panggung-panggung wayang di Wilayah Persekutuan ini, tycoons hanya ada seorang dua sahaja yang menguasai di seluruh Malaysia ini. Adakah protection yang boleh menaikkan bumiputra atau lain daripada tycoon tadi, tak ada. Saya bersetuju dengan pandangan sahabat-sahabat saya Bandarayalah patut menguasai tempat-tempat hiburan dan sebagainya. Tetapi kalau rumah dan b~mgunan lama mengapa beri lesen la.gi? 20 tahun kita sudah merdeka, mengapa ada lagi sctengah-setengah bandar kita itu, kawa­san yang sangat merbahaya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Coliseum masih timbul, masih ujud sedangkan lalulintas yang sangat merbahaya di situ. Kita mengikut aliran, bila musim hujan kita berpayung, bila musim panas kita tertudung. Apabila sampai masa keselamatan jalanraya kita keluarkan kempen jalanraya, tetapi panggung wayang kita: masih di tepi jalan yang sangat sempit. Bukan kita minta dia jatuh, tetapi dialih atau dipindah­kan ke tempat lain. Apa cara Kerajaan membantu pembangunan yang lain-lain dalam segi, umpamanya bumiputra. Saya tahu Pawagam P. Ramlee sekarang hidup segan mati tak mahu. Lesen serupa, apa-apa yang lain serupa, tetapi perkara yang saya kesal tak ada perubahan, tak ada advance dalam Bil ini kepada panduan kepada negeri.

Waiau bagaimanapun, saya dengan segala hormat menyokong Bil .ini diluluskan.

8.22 mlm.

Datuk Abdul Aziz bin Tapa: Tuan Yang di-Pertua, pada mulanya saya tak hendak membahaskan Bil ini macam kawan-kawan saya juga, oleh sebab Melaka tak berapa jauh saya mengambil bahagian juga untuk: membahaskan Bil ini. Sesungguhnya, saya menyokong Bil ini tetapi saya ingin menyen­tuh sedikit sebanyak dalam Bil ini.

Yang Pertama sekali masaalah bahasa. Yang Berhormat Raja Datuk Nong Chik ada menyebutkan perkataan "Iakunan panggung". Pada saya bahasa ini betul iaitu lakunan yang diadakan di panggung-theatrical show. Lakunan panggung itu betul, tetapi ada satu

Page 58: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3071 14 JANUARI 1977 3072

perkataan yang dikatakannya salah ta.di betul saya bersetuju apa yang dikatakan oleh Raja Datuk Nong Chik. itu salah.

Yang kedua, ada satu perkara yang saya hendak kemukakan dalam Dewan ini iaitu apabila disebutkan hiburan ini, hiburan ialah menyenangkan hati, hati sudah runsing di­hiburkan, anak-anak pun dihiburkan, orang tua pun hendak hiburan dan orang yang sudah tua-tua bangka pun hendak hiburan. Apabila disebutkan hiburan ini, bagi saya ada nilai-nilai hiburan yang benar-benar memberi hiburan yang kekal dan ada nilai-nilai hiburan yang memberi pelajaran kepada manusia. Tetapi a.da hiburan yang membuka­kan nilai-nilai yang memberi keburukan kepade\. manusia. Oleh sebab negara kita ini negara yang berpegang kepada Rukunegara. saya haraplah kepada Kementerian yang berkenaan supaya menjaga nilai-nilai hiburan yang kita hidangkan kepada rakyat kita. Selama ini saya fikir kita jarang memikirkan nilai-nilai hiburan yang kita hiburkan kepa.da rakyat kita, yang mana seperti kita tengok TV dan sebagainya banyak ditunjukkan cerita-cerita pencuri. T etapi kalau dahulu kitai baica cerita pencuri ada unsur-unsur pen­didilcan di dalamnya. Kalau misalnya heronya mesti pakai kuda putih, orangnya bagus, kesudahan dia menang. Tetapi hari ini kalau kita tengok pencuri-pencuri besar itu pula macam hero, yang mana telah ditiru oleh anak-anak muda kita sampai ada ditulis dalam suratkhabar: pencuri ini menurut ala anu, tak usah saya sebutkan. Ini apa yang diharapkan supaya nilai-nilai hiburan yang kita beri kepada rakyat kita supaya ada semangat Rukunegara di dalamnya.

Sekarang di dalam hal hiburan ini kerana hiburan ini melalui mata kebanyakan tetapi a.da juga melalui tangan dan sebagainya macam orang menari. Tetapi mata. ini, itu yang saya katakan tingkap hati. Kalau mata ini diberi dengan hiburan-hiburan yang melalui nafsu rabawah maka hati manusia itu akan kotor selamanya, tidak guna kita buat itu dan ini untuk membetulkan hati manusia ini, kalau hiburan itu kita sentiasa beri. Dari sinilah datangnya rasuah dari sinilah datangnya penyelewengan kerana kadang­kadang hiburan yang diberi ini mahukan harga yang mahal. Apa yang saya tahu duduk sahaja mahu bayar $15, belum lagi makan, belum lagi minum. Jadi harap bagi pihak Kementerian yang berkenaan hati-hatilah dalam perkara ini, sebab tanggungjawabnya

itu kalau dari segi Islam akan ditanya di Kabirabul Jalil esok; apa kamu buat dengan rakyat kamu-jaga baik-baik. Wamallah-hu bigha-filin-amma-tak-malun-Tuhan tahu apa yang kamu perbuat walaupun dalam lubang batu. walaupun di Laut Kalthoum sana. • Sekianlah sahaja, Tuan Yang di-Pertua.

8.27 mlm.

Tuan Haji Hassan Adli bin Haji Arshad: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas teguran-teguran dan pandangan-pandangan yang membina yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ketika membahas­kan Ran~ Undang-undang ini.

Sebagaimana saya telah nyata dalam masa mengemukan Rang Undang-undang tadi iaitu ini ialah ba.gi Wilayah Persekutuan sahaja dan bagi negeri-negeri adala:h menjadi kuasa negeri-negeri, tetapi dalam hal ini saya boleh menimbangkan supaya perkara ini dapat dibincangkan juga dalam satu Majlis iaitu Majlis Negara bagi Penguasa-penguasa Tempatan bagi Kerajaan-kerajaan Tempatan yang dipengerusikan oleh saya dan juga dipengerusikan oleh Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri untuk diseleraskan Undang-undang seperti ini pada masa yang akan datang, oleh kerana sebagaimana yang diketahui kebanyakan negeri-negeri itu juga masih mengamalkan Enekman 1936 dan sebagaimana Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Razak telah menyatakan bahawa mungkin undang-undang itu telah tidak begitu baik, tidak begitu advanced. Saya boleh berjanji di sini bahawa Kementerian saya akan mengkaji masaalah ini pada masa hadapan dan akan memikirkan pindaan­pindaan yang lebih advance kepada Akta ini dan bukan sahaja untuk Wilayah Persekutuan tetapi juga bagi seluruh negeri-negeri dalam Malaysia ini.

Selain daripada itu, saya barangkali tidak · dapat hendak menjawab satu-satu oleh kerana saya bukanlah seorang kaki hiburan dan barangkali ada handicap bagi saya untuk menjawab atas soalan ini. Waiau bagaimana­pun, Kementerian saya akan mengkaji setiap masaalah yang dibentangkan tadi.

Merujuk kepada pandangan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Ibrahim Y aacob, saya suka menyatakan bahawa satu-satu lesen yang aJkan diikeluar­kan oleh Dewan Bandaraya· leibih dahulu

Page 59: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3073 14 JANUARI 1977 3074

benda.klah pertunjukk:an itu mendapat permit (kebenaran) daripada pihak Polis barulah pihak Dewan Bandaraya akan mengeluarkan lesen. Dalam pada itu sekiranya penganjur­penganjur pertunjukan ini atau sebagainya didapati menyelewengkan pertunjukan-per­tunjukannya atau menyalahgunakan permit atau lesennya, maka pihak Polis dan juga pihak Dewan Ba.ndaraya sanggup dan sedia pada bila-bila masa membatalkan lesen• lesen itu demi kepentingan orang ramai. Sukalah saya menya:takan di sini bahawa adalah menjadi dasar Kerajaan kita dalam masaalah hiburan ini tidak akan membiarkan hiburan-hiburan ini menjadi begitu berlebih· lebih apa lagi akan merosakkan kehidupan orang ramai. Waiau bagaimanapun, tim­bangan yang wajar akan dibuat sebelum satu-satu lesen itu diberikan ataupun dibatal­kan.

Berkenaan dengan pengecualian kepada pertunjukan-pertunjukan yang dibuat untuk mengutip satu-satu derma, kita ada peraturan yang sebenamya yang membolehkan pengecualian itu diminta oleh penganjur­penganjur pertunjukan itu dan pertunjukan­pertunjukan yang cukainya kurang daripada $500 pengecualiannya boleh dimohon kepada Datuk Bandar dan selebih daripada itu boleh dipohonkan kepada Menteri yang berkenaan. Pengecualiall ini boleh dimohon sesudah pertunjukan itu dilakukan tetapi walau bagaimanapun kadar cukai pendapatan itu mestilah dipertaruhkan terlebih dahulu kepada pihak Penguasa Tempatan yang berkenaan. .

Bexkenaan dengan kawalan terhadap kebudayaan asing sebab difikirkan mungkin ada penganjur-penganjur pertunjukan yang akan menggunakan kesempatannya mengada­kan show-show ini untuk menyibarkan fahaman-fahaman; kebudayaan-kebudayaan merah ataupun yang boleh merosak:kan fikiran rakyat dan saya boleh mengatakan di sini pihak Polis biasanya sentiasa perkara ini dari semasa ke semasa.

Begitu juga berkenaan dengan tiket-tiket black market yang dijual, ini juga adalah di dalam kua:sa pihak Polis.

Selain daripada itu, Tuan Yang di-'Pertua, berkenaan dengan membaiki tempat-tempa.t duduk clan keselisaan di dalam panggung­panggung. lni adalah menjadi hak tuan-tuan punya panggung itu sendiri tetapi walau

bagaimanapun pibak Dewan Bandaraya akan sentiasa mempastikan bahawa panggung­panggung itu di dalam keadaan yang baik.

Berkenaan dengan setengah-setengah pang· gung itu tidak berapa baik tetapi tiket-tiket yang dijualkan sama mahalnya dengan panggung-panggung yang baik ini ter­gantunglah kepada penonton-penonton kalau sekiranya mereka berpendapat pang­gung-panggung itu tidak begitu baiik, merek:a bolelah memulaukan panggung-panggung itu. Tetapi ada kalanya mungkin panggung ini kurang baik, tempat duduknya kurang baik, tetapi murigkin oleh kerana tarikan gambar­gambar yang ditunjukannya 1begitu baik dan ini mendorong orang ramai berpusu-pusu pergi menonton di panggung-panggung yang tersebut itu. Tetapi walau bagaimanapun sebagaimana saya katakan tadi bahawa pihak Dewan Bandaraya akan selalu mempastikan masaalah ini.

Berkenaan dengan syor-syor yang di­kemukakan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat terutamanya Yang Berhormat Senator Raja Datuk Nong Chik supaya dalam meluluskan satu-satu lesen pada masa yang akan datang penyertaan bumiputra hendaklah dipastikan terlebih dahulu, ini dapat ditimbangkan tetapi ini bukanlah semata-mata di bawah kuasa Penguasa-penguasa Tempatan tetapi ini adalah tergantung juga kepada beberapa Kementerian-kementerian yang lain.

Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan peluang, apa yang saya sifatkan sebagai peluang untuk mendirikan panggung-panggung yang baik, yang sebenar­nya Kerajaan tidaklah melarang siapa-siapa juga yang berminat hendak menjadi tycoon­tycoon panggung-panggung wayang yang besar, mereka boleh mendirikan dan mereka juga mungkin boleh meminta bantuan­bantuan daripada ajensi-ajensi Kerajaan yang tertentu sekiranya prospects projek panggung yang mereka hendak dirikan itu boleh menguntungkan.

Selain daripada itu sebelum saya meng­akhiri keterangan saya ini, sukalah saya menyatakan iaitu berkenaan dengan ada ke­canggungan di dalam istilah-istilah yang digunakan, saya hanya dapat mengatakan bahawa ini adalah disusun dan dikemaskan oleh Pejaba.t Peguam Negara. Tetapi walau bagaimanapun dalam pindaan-pindaan pada

Page 60: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3075 14 JANUARI 1977 3076

masa yang akan datang nama-nama ayat yang canggung dan sebasainya akan dapa.t di­perbetulkan.

Itula:h sahaja, Tuan Yang di-Pertua, dan saya mohon Rang Undang-undang ini ini diluluskan.

Usu! dikemuka bagi diputuskan, dan disetu jukan.

R:ang Undang-undang drbaca:kan kali yang ked ua dan diserahkan kepada Dewan sebagai J awatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Rang Undang-undang ditimbangkan dalam Jawatankuasa.

(Tuan (Timbalan) Yang di-Pertua mem­pengerusikan I awatankuasa)

F asal I hingga 20 diperintahkan menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Rang Undang-undang dilapurkan dengan tidak ada pindaan : dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG PERUSAHAAN NENAS (PINDAAN)

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

8.38 mlm.

Timbalan Menteri Perusahaan Utama (Tuan Paul Leong Khee Seong): Tuan Yang di-Pertua, saya · memohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang meminda Ordinan Perusahaan Nenas 1957 dibaca kali yang kedua.

Tuan Yang di-Pertua, seja:k Ordinan Perusahaan Nenas berkuatkuasa pada tahun 1957, belum ada dibuat kajian teliti ke atas Ordinan itu untuk mempastikan bahawa Ordinan itu masih sesuai dan berkesan. Dengan sebab itu terdapat beberapa peruntukan di dalam Ordinan itu yang didapati sudah ketinggalan masa ataupun tidak lagi mem­punyai kesan yang baik. Oleh itu pindaan­pindaan yang dicadangkan itu adalaih dengan tujuan mengemaskinikan peruntukan-per­untukan yang tida:k lagi sesuai dan juga untuk memperbaiki pengawasan dan pengawalan ke atas aktiviti-aktiviti per­usahaan nenas serta menggala:kkan kemajuan perusahaan nenas.

---------

Perkara yang utama mengenai pindaan­pindaan yang dicadangkan ialah mengenai pengeiluaran Singapura daripada bidang kuasa Ordinan 1Perusahaan Nenas, sementara pindaan-pindaan yang lain adalah berkaitan dengan lanjutan kuasa ke atas semua pihak­pihak yang terlibat dalam perusahaan nenas termasuk orang-orang tengah yang dipanggil "vendors" dan "transporters", dan juga untuk mengemaskinikan lain-lain peruntukan di mana perlu, ataupun merupakan pin­daan-pindaan yang berbangkit.

Peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan Singapura tidak lagi sesuai bukan sahaja kerana Singapura merupaikan sehuah negara yang berasingan, malah aktiviti­aktiviti perusahaan nenas dalam Semenan­jung Malaysia seperti penanaman dan pengkilangan nenas tidak Iagi melibatkan Singaipura.

Untuk menjadikan Ordinan Perusahaan Nenas lebih berkesan, beberapa pindaan adalah perlu dengan tujuan meluaskan bidang kuasa pengawalan dan pengawasan Ordinan itu kepada semua pihak yang ter­libat di dalam perusahaan nenas. Dengan membawa orang-orang tengah sebagai "vendors" dan "transporters" ke bawah kuasa Lembaga dapatlah Lembaga me­ngawasi aktiviti-aktiviti mereka supaya menentukan yang pekebun-pekebun kecil memperolehi bayaran harga buah yang ber­patutan dan perkhidmatan pengangkutan buah yang cukup dan licin. Sesuai dengan tujuan di atas, beberapa seksyen dalam Ordinan Perusahaan Nenas · perlu dipinda iaitu seksyen 11, 14, 21 (1), 23 dan 25. Seksyen 25 (2) (D) ialah kuasa mengawal cara-cara tanaman nenas yang dikenakan ke atas pekebun-pekebun kecil. Dengan kawalan ini, Lembaga dapat menentukan supaya pekebun-pekebun kecil menggunakan lang­kah-Iangkah bagi meninggikan lagi mutu buah nenas. Pindaan juga perlu ke atas seksyen 21 (4) di mana kuasa Ketua Me­rinyu untuk memeriksa buku-buku dan lain­lain dokumen diluaskan lagi kepada semua pihak-pihak yang berdaftar di bawah Ordinan Perusahaan Nenas. Bagi menentukan supaya semua kumpulan yang berdaftar di bawah Ordinan itu mematuhi undang-undangnya. kuasa Lembaga untuk mengenakan denda dikenakan juga ke atas semua kumpulan yang berdaftar di bawah undang-undangnya. Bagi maksud ini satu perenggan baru perlu dimasukkan di bawah seksyen 25 (2).

Page 61: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3077 14 JANUARI 1977 3078

Tuan Yang di-Pertua, beberapa pindaan berikut yang dibuat adalah untuk mengemas­kan lagi beberapa peruntukan sekarang supaya menjadi lebih berkesan lagi, seperti memberi kuasa Lembaga mengenakan ba­yaran pendaftaran di bawah seksyen 25 (2) dan menghendaki supaya semua wang yang dipungut di bawah Ordinan ini dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Perusahaan Nenas di bawah seksyen 7 (2) (a.)

Seksyen 7 (7) akan dipinda untuk me­nambah bilangan mesyuarat biasa yang Lembaga hendak mengadakan tiap-tiap tahun; pindaan atas seksyen 22 dibuat supaya taraf "public servants within the meaning of the penal code" dikenakan juga ke atas semua ahli, pegawai dan kakitangan Lem­baga; seksyen 25 (2) (F) akan dipinda supaya memberi kuasa atas pembayaran perbelan­jaan pengangkutan dan lain-lain elaun kepada ahli-ahli Lembaga yang menghadiri mesyu­arat. Perkara yang lain ialah mengenai pem­bentukan peraturan-peraturan yang perlu bagi melaksanakan tujuan-tujuan Ordinan Perusahaan Nenas yang mana mengikut peruntukan sekarang perlu mendapat ke­lulusan Parlimen terlebih dahulu. Supaya selari dengan kebanyakan undang-undang sekarang di mana peraturan-peraturan seperti itu boleh diluluskan oleh Menteri sahaja, peruntukan tersebut yang terdapat di dalam seksyen 25 (3) perlu dibatalkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan.

Tuan Law Hieng Ding: Tuan Yang di­Pertua, saya mohon menyokong.

8.45 mlm.

Raja Datuk Nong Chik bin Raja Ishak: Tuan Yang di-Pertua, saya suka hendak turut sama dalam perbahasan ini dan sebelum itu saya menyokong dengan sepenuh-penuhnya Rang Undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, perusahaan nenas adalah satu perusahaan yang lama di negara kita dan mestilah kita mengawasi supaya perusahaan ini maju jaya. Tuan Yang di­Pertua, kebanyakan nenas-nenas ditanam di negeri Johor. Nenas-nenas yang ditanam di Johar ini kalau dibandingkan dengan tanaman nenas di Hawaii adalah berlainan sangat. Oleh sebab nenas di negeri Hawaii telah di­buat kajian supaya mata-mata nenas itu tidak dalam, mata-mata nenas kita dikopek jikalau terlalu dalam, oleh sebab itu maka

isinya cukup kecil daripada nenas-nenas yang kita dapati samada di Okinawa atau di Hawaii. Dengan sebab itu terpaksalah di­kaji benar-benar supaya penanam-penanam nenas terutama sekali pekebun-pekebun kecil dapat basil yang memuaskan daripada yang didapati oleh penanam-penanam yang ada sekarang.

Kedua, kita tengok di mana-mana negeri juga di dunia ini jikalau kita pergi berke­hendakkan nenas dalam tin oleh kerana rasa­nya enak. Kemasukan nenas ke negeri J epun adalah dikawal, ada quotanya. Di negeri kita kalau tidak silap saya quotanya adalah lebih kurang 700,000 setahun. Tetapi malangnya quota ini dicontrol oleh orang asing, yang dinamakan Bangkukusuji yang biasanya orang-orang Taiwan. Orang-orang Taiwan ini­lah yang mendapat segala quota ini. Saya tidak tahu entah bagaimana tiap-tiap tahun dapat juga quota itu dibaharui (renew) oleh Kerajaan kita, dibenarkan mereka memegang quota itu. Ini tidak ada menguntungkan lang­sung orang-orang kita di sini. Kementerian ini mestilah menengokkan supaya quota yang dihantar ke J epun ini dapat dinekmati oleh pekilang-pekilang kita. Kita t~hu kilang-kilang di Johar bukan sahaja kilang-kilang swasta tetapi kilang-kilang yang didirikan oleh Ke­rajaan. Saya dapat tahu kilang-kilang yang didirikan oleh Kerajaan ini hampir-hampir tumbang oleh sebab tidak dapat pasaran yang tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, saya harap pada hari yang akan datang kita bukan sahaja mem­buat kilang tetapi juga mencarikan pasaran­pasaran di dunia ini seperti di negeri-negeri Arab (Middle East) dan juga di Eropah dan di lain-lain negeri yang memerlukan nenas dalam tin.

Saya tidak adalah hendak bercakap pan­jang atas perkara ini, cuma saya tahu iaitu di Okinawa sekarang nenas yang ditanam oleh orang J epun tidak ekonomik lagi oleh kerana terlalu mahal. Gajinya mahal di sana dan dengan sebab itu pada satu masa yang singkat barangkali, maka orang-orang Okinawa pun tidak rnahu rnenanam nenas lagi atau Kerajaan tidak dapat mernbeli nenas daripada Okinawa ini oleh kerana harganya lebih mahal. Kalan kita pergi ke Negeri Jepun kita akan tahu sebiji nenas ini ber­harga sarnpai $3-$4, di Hawaii pun begitu juga. Dengan sebab itu kita terpaksalah pada hari ini mernasuki pasaran nenas atau nenas yang sudah ditin (tinned pineapple) di ekspot

Page 62: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3079 14 JANUARI 1977 3080

ke Jepun. Jikalau misalnya Taiwan boleh menghantar banyak tinned pineapple ini ke negeri Jepun, apa sebabnya Kerajaan kita atau Kementerian kita tidak boleh meng­hantar lebih banyak nenas dalam tin ini ke negeri Jepun. Jadi, saya minta supaya Ke· menterian ini berunding dengan Menteri· menteri di Jepun sana supaya menerima lebih banyak quota-quota perusahaan nenas di negeri kita. Dengan jalan itu perusahaan ini dapat dijalankan dengan sihat dan maju.

8.52 mlm.

Datuk Haji Abdul Razak bin Haji Hussin: Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja yang saya hendak bercakap. Pertama, saya me­nyokong Bil ini dan keduanya saya agak begitu singkat pengalaman saya dengan Bil ini.

Tujuan Bil ini ada dua sebab, pertama sekali mengeluarkan Singapura, yang kedua hendak memberi peluang kepada penjaja dan pembawa mengenai kemudahan-kemudahan pengangkutan dan lain-lain. Saya rasa patut alasan Huraian ini diterangkan. apakah sebab yang sebenar maka Republik Singa­pura berpecah perkongsian dengan kita dalam perusahaan nenas. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya membaca Huraian:

"Rang Undang-undang ini bertujuan untuk meminda Ordinan Perus.ahaan Nenas 1957 oleh kerana dua sebab utama: untuk menghapuskan peruntukan-peruntukan ber­hubung dengan Republik Singapura yang telah mencapai maksudnya dengan ber­tukamya keadaan politik yang menyentuh Republik Singapura dan Persekutuan; dan untuk mengiktiraf peranan penjual-penjual dan pembawa-pembawa dalam perusahaan nenas dengan membawa mereka ke bawah kawalan Ordinan itu".

Pada saya, Tuan Yang di-Pertua. sebab yang pertama itu patut diterangkan dengan lebih lanjut di Dewan ini mengapa menghapuskan peruntukan-peruntukan berhubung dengan Republik Singapura yan.g telah mencapai maksudnya dan dengan bertukamya keadaan politik yang menyentuh Republik Singapura dan Persekutuan. Daripada ayat yang saya bacakan itu akan mempunyai satu makna yang lain daripada hakikat Bil ini yang di· lagang dan ditimbulkan dalam Dewan ini bagi dilulu.skan maka perlutah Yang Ber­hormat Menteri menjelaskan maksud yang sebenar supaya salah faham tidak timbul. Kalau ini motive atau konsep Kerajaan kita

dalam sebarang kaitan dengan Singapura hendak dilucutkan, maka kita akui. Ini satu dasar yang progresif yang kita akui hak Ke­rajaan kita berbuat demikian memandangkan kepada kebajikan dan kepentingan Malaysia seluruhnya. Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua, ada tentang-tentangnya perkara-perkara dengan wujudnya Republik Singapura ber· asingan daripada Malaysia kita masih juga lagi bersamaan. J adi, tentang nenas sahaja berasingan yang lain-lain masih ada, dengan sebab itulah yang saya ka~kan Yang Ber· hormat Menteri perlu menerangkan dengan lebih lanjut kedudukan perkara ini. Dan ayat ini juga menjadi satu kesamaran dengan Huraian itu.

Tuan Yang di-Pertua, memanglah menjadi lumrah alam kadang-kadang sahabat kita akan meninggalkan kita; kadang-kadang siang atau pagi kita bertemu, barangkali petang kita mendengar khabar yang kurang baik. Apatah lagi di antara Kerajaan dengan Ke­rajaan. Tetapi walau macammanapun, saya merayu kepada Kerajaan supaya pem­bawa atau penjual-penjual itu yang mana boleh dikawal oleh Kerajaan, kita haruslah memberi peluang kepada badan-badan yang dianjurkan oleh Kerajaan menubuhkan me­lalui badan-badan yang tersebut, umpamanya, Persatuan Peladang, Koperatif dan lain-lain supaya keuntungan daripada penjualan nenas itu dapat dirasai melalui badan-badan yang saya maksudkan. Saya menghargai atas usaha Kerajaan dan memberi perhatian kepada per­usahaan nenas ini kerana perusahaan nenas inilah satu-satunya jalan yang telah mem­perkenalkan negara kita kepada beberapa buah negara dalam dunia ini dengan ke­manisan dan keenakan nenas-nenas dalam tin. Jadi, saya sekali lagi merayu kepada Kerajaan menimbang supaya pertubuhan-pertubuhan yang berhubung atau bersangkut-paut dengan perusahaan ini diberi kepada syarikat kerja­sama, koperasi ataupun Lembaga Pertubuhan Peladang atau lain-lain yang difikirkan patut oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa cukuplah setakat ini dan saya menyokong Bil ini.

8.58 mlm.

Tuan Ismail bin Sheikh Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, saya juga bangun me­nyokong Rang Undang-undang Perusahaan (Pindaan) ini.

Page 63: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3081 14 JANUARI 1977 3082

Tuan Yang di-Pertua, memanglah kita sama-sama maklum bagi ahli-ahli pemia81lan yang mana di dalam perniagaan dari satu masa ke satu masa perubahan itu memang ada disebabkan hendak mencari jalan meng­atasi masaalah-masaalah untuk mencari keuntungan. Maka di dalam soal ini tentulah Bil ini dibawa ke Dewan ini kerana mencari jalan bagaimana mengatasi masaalah­masaalah perniagaan supaya perniagaan yang kita jalankan itu mendapat keuntungan. Lebih-lebih lagi perniagaan yang mana di­kendalikan oleh Kerajaan sendiri. Tetapi di dalam masaalah perniagaan ini tidak kira Kerajaan, persendirian ataupun syarikat­syarikat memang terdapat kerugian, bukan keuntungannya sahaja. Kita hari ini terdapat mana-mana syarikat ataupun badan-badan yang diusahakan oleh Kerajaan sendiri mengalami kerugian. Tetapi dengan adanya perubahan-perubahan yang akan dibuat dari­pada masa ke semasa untuk mencari ke­untungan ini memang sudah sepatutnya dibuat sebagaimana Bil yang kita bahaskan hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam masaalah yang dikatakan Republik Singapura telahpun dikeluarkan daripada perniagaan ini, maka ini tentulah ada sebab-sebabnya samada kita akan berjalan dengan mendapat keuntungan pada masa yang akan datang ataupun negara yang keluar itu dikeluarkan kerana ada masaalah-masaalah yang lain. Ini cuma Kerajaan sahaja yang mengetahui. Tetapi apabila kita berdiri di atas kaki sendiri tentulah kita akan mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan keuntungan dan juga kita akan mengawasi perniagaan itu sehingga mernbuktikan kepada pihak-pihak yang lain itu.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam pindaan ini juga kita tahu bahawa tentulah sudah ada dalam Bill ini akan kuasa-kuasa Menteri yang mana pada masa yang lalu perlantikan Pengerusi adalah dibuat oleh ketua-ketua negara kita dan juga Singapura. Tetapi dengan adanya pindaan Bil ini maka Penge­rusi adalah di bawah kuasa Menteri yang melantiknya. Maka apa yang kita harapkan di sini ialah perlantikan Pengerusi Lembaga­lembaga Pengarah berkenaan dengan soal­soal perniagaan hendaklah betul-betul di­awasi dan diambil berat. Pengerusi ataupun Ahli-ahli Lembaga-lembaga Pengarah hendaklah betul-betul terdiri daripada orang yang benar-benar rnengerti di dalarn soal

perniagaan, kerana di dalam soal perniagaan ini berlainan dari segi pentadbiran. Pentad­biran Kerajaan adalah mudah tetapi di dalam soal perniagaan, saya percaya, Tuan Yang di-Pertua sendiri sebagai seorang ahli Perniagaan sudahpun faham akan selok­beloknya, memang agak susah dan lebih susah jika dibandingkan dengan soal pen­tadbiran, kerana dalam bidang perniagaan ini kita kena bercampur dan kita tahu selok­belok sebetulnya. Kalau tidak pemiagaan ini akan gagal dan akhirnya akan rnenerima kerugian, walaupun perniagaan yang diberi­kan itu baik tetapi jika tidak rnengetahui dan tidak tahu rnentadbirkan maka mungkin akan menimpa kerugian. ltulah akibat­akibatnya kerugian yang terdapat kepada

. peniaga-peniaga burniputra kita yang tidak dapat rnenyaingi dengan peniaga-peniaga dari bangsa lain. lni disebabkan oleh kerana bangsa-bangsa asing ini sudahpun ujud beberapa lama dan rnempunyai pengalaman luas dalam selok-belok perniagaan. Kita tahu perniagaan daripada bangsa-bangsa lain yang anak-anak rnereka dilatih dari kecil lagi dalam bidang perniagaan, sewaktu berurnur 14-15 tahun selepas ada pengalaman barulah mereka membuka pemiagaan. Maka latihan­latihan ini adalah menjadi satu jaminan di dalarn pemiagaan.

Begitu juga dengan pemiagaan-perniagaan yang akan dibuat oleh Kerajaan pada hari ini. Kalau perlantikan Pengerusi dan Lem­baga-lembaga Pengarahnya terdiri daripada orang-orang yang tidak mengerti tentang selok-belok perniagaan walaupun perniagaan itu baik dan menjadi kerosakan dan akhirnya mendapat kerugian. Jadi dengan kerana itulah kita berharap kepada Kerajaan kita supaya memilih Pengerusi dan Ahli-ahli Lernbaga Pengarah ini terdiri daripada orang-orang yang benar-benar berpengala­man dalam bidang perniagaan.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu juga yang mana kita tahu pemiagaan­perniagaan ini kita akan hantar ke luar negeri maka sudah sepatutnyalah bagi Kerajaan kita di dalarn perusahaan ini menghantar orang-orang kita atau Ahli-ahli Lembaga ini keluar negeri untuk memper­kenalkan basil keluaran negara kita seperti perusahaan nenas ini supaya mendapat pa.saran yang lebih baik dan kejayaan di dalam soal pemiagaan ini. Dan setakat hari ini kita tidak tahu kedudukan pemiagaan nenas ini. Adakah kita mendapat keuntungan

Page 64: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3083 14 JANUARI 1977 3084

atau kerugian, saya minta Menteri kita menerangkan sedikit dalam soal ini. Dan adakah pihak Kementerian ini akan membuat perusahaan ini bagi negeri-negeri yang lain untuk berkecimpung sama kalau sekiranya dipandang pemiagaan ini boleh mendapat keuntungan. Jadi, inilah yang kita harapkan dan saya percaya dalam perkara ini dapat diusahakan seberapa yang boleh dan Kemen­terian ini hendaklah memperbanyakkan kursus kepada pemuda-pemuda kita dalam perniagaan supaya dapat mereka ini ber­kecimpung di dalam bidang itu. Kalau boleh hendaklah dilatih daripada sekarang supaya di masa yang akan datang anak-anak muda kita ini betul-betul mengerti di dalam soal ini. Janganlah lagi diambil selepas tamat persekolahan dan diberikan pekerjaan se­begini maka tentulah mereka tidak mendapat latihan, kepandaiannya hanya di atas meja sahaja untuk mengira tetapi di dalam per­usahaan itu tidak begitu pandai. Maka kita berharap Kerajaan kita akan melatih pemuda-pemudi kita samada di dalam atau­pun di luar negeri yang ada perusahaan dalam bidang ini untuk mencari jalan dan dicontohi bagaimana hendak mendapatkan kejayaan dalam soal perniagaan nenas.

9.06 mlm.

Tuan Paul Leong Khee Seong: Tuan Yang di-Pertua, saya suka mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat me­ngemukakan teguran-teguran dan cadangan­cadangan atas Rang Undang-undang ini dan saya sangatlah berterima kasih di atas sokongan yang diberi oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekelian terhadap Rang Undang­undang ini.

Saya suka mengambil kesempatan di sini untuk menjelaskan sedikit-sebanyak kepada teguran-teguran atau hujjah-hujjah yang telah dibuat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat kepada Rang Undang-undang ini.

Yang Berhormat Senator Raja Datuk Nong Chik menyentuh tentang mata nenas dalam. Hal itu disebabkan oleh kerana nenas di J ohor ditanam di tanah peat (peat soil) dan bukan tanah yang biasa. Walau bagai­manapun, nenas di Hawaii ditanam di atas tanah biasa. Oleh sebab itu mata nenas dalam di negara kita. Walau bagaimanapun, MARDI sedang mengkaji masaalah itu dan saya harap masaalah itu boleh diatasi. Beliau juga meminta Kerajaan berusaha mendapat­kan lebih banyak quota daripada negeri

Jepun. Saya suka menyatakan di sini bahawa Kerajaan selalu berunding dengan negara Jepun untuk mendapatkan quota yang lebih banyak lagi. Sekarang nenas tin telah di­masukkan ke dalam pasaran ke merata negeri lebih kurang 35 sehingga 40 buah negeri. Mengenai quota yang dikeluarkan oleh negeri Jepun, pihak Kerajaan kita ber­sama-sama dengan negara-negara ASEAN yang Jain telah menghantar satu rombongan ke negeri J epun untuk meninggikan lagi quota nenas tin ini. Setakat ini Kerajaan J epun telahpun mencari quota ini.

Untuk menerangkan soal yang dikemuka­kan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Razak bin Haji Russin dan Yang Berhor­mat Tuan Ismail bin Sheikh Ibrahim ber­hubungan dengan pengeluaran Singapura dari pada bidang kuasa Ordinan Perusahaan Nenas, saya suka berkata di sini dalam tahun 1957 undang-undang Perusahaan Nenas dibuat bersama dengan Kerajaan Singapura kerana pada masa itu Perusahaan Nenas ada di Singapura. Sekarang Singapura telah bebas dan telah mendapatkan kemer­dekaan dan tidak ada perusahaan nenas di sana Jagi. Dan peruntukan-peruntukan sekarang yang ada mengasingkan Singapura dan perlu dipinda adalah seperti berikut:

(a) Mengenai definasi "exporter" dan "marketing society" di bawah section 2 di mana peruntukan yang mengiuatkan Singapura perlu dikeluarkan dari definasi-definasi itu.

(b) Section 3 mengenai pelantikan ahli­ahli Lembaga Perusahaan Nenas di mana kuasa melantik Pengerusi Lem­baga dan beberapa ahli yang lain perlu dipindakan dari kuasa bersama kedua­dua negeri Malaysia dan Singapura kepada Menteri berkenaan. Dan juga di mana wakil Kerajaan Singapura dalam Lembaga perlu dibatalkan; dan

(c) Berikut juga mengenai perlantikan Juru Odit Lembaga di bawah section 7 (5) dan ahli-ahli Badan Pengadilan Rayuan (Tribunal of Appeal) di bawah section 24 (1) di mana kuasa melantik akan diubah daripada kuasa bersama kedua­dua negara kepada Menteri berkenaan.

Page 65: PARLIMEN RASMI PENYATA PARLIMEN KEEMPAT-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUIC IIA.JI OMAR

3085 14 JANUARI 1977 3086

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itulah sahaja jawapan saya dan apa-apa yang saya tidak jawab telahpun dicatitkan dan diambil ingatan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan di­setujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai J awatankuasa.

Dewan bersidang sebagai J awatankuasa.

Rang Undang-undang ditimbangkan dalam Jawatankuasa.

24035-12-9-78.

(Tuan (Timbalan) Yang di-Pertua mem­pengerusikan Jawatankuasa)

Fasal 1 hingga 12 diperintahkan menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Rang Undang-undang dilapurkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Tuan (Timbalan) Yang di-Pertua: Ahli­ahli Yang Berhormat, Dewan ini ditangguh­kan sekarang kepada satu tarikh yang tidak ditetapkan.

Dewan ditangguhkan pada pukul 9.15 ma lam.