Parti Politik
description
Transcript of Parti Politik
Negara Malaysia unik dari segi penduduknya yang berbilang kaum. Masyarakat majmuk
ialah masyarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan
dan bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup secara
berasingan dan tidak bersatu padu, dan mempunyai budaya yang tersendiri. Dalam konteks
kepelbagaian ini, perpaduan rakyat Malaysia sememangnya penting.
Parti politik merupakan institusipolitik demokrasi yang menghubungkan masyarakat dan
negara.Peranan parti politik amat penting dan mempunyai hubungkait rapatdalam
pembentukkan sesebuah negara. Di Malaysia, parti-parti politik dapat dibahagikankepada
dua yang utama iaitu parti pemerintah (Barisan Nasional sepertiUMNO, MCA, MIC, PPP,
GERAKAN), yang menyokong penuh kerajaandan juga parti pembangkang (Barisan
Alternatif atau dikenali denganPakatan Rakyat yang terdiri daripada parti PAS, DAP dan
keADILan)
Masyarakat pluralistik di Alam Melayu terbentuk selepas kedatangan penjajah khususnya
Inggeris.
-British membawa masuk imigran Cina dan India untuk bekerja di lombong dan diladang
getah. Parti-parti politik dan NGO di tanahair kita ini telah memainkan satu peranan yang
penting dan positif untuk mengekalkan kestabilan politik sejak kemerdekaan negara
Malaysia.
Politik Malaysia sebelum dan selepas merdeka adalah berteraskan etnik. UMNO mewakili
orang Melayu, MCA mewakili orang Cina dan MIC orang India.
>Walau bagaimana pun wujud kerjasama antara parti UMNO, MCA dan MIC yang dikenali
sebagai Perikatan. Permuafakatan ini telah diperkemaskan lagi dengan penyertaan
beberapa buah parti yang lain dan diubah namanya kepada Barisan Nasional
>Kejayaan BN adalah bertitik tolak dari formula tolak ansur antara etnik. Ia telah berjaya
mewujudkan keharmonian etnik dan ini telah memberi peluang kepada kerajaan untuk
memberi fokus kepada soal pembangunan negara.
-British telah berjaya mengubah struktural politik Tanah Melayu daripada politik tradisional
kepada sistem politik moden iaitu dengan memperkenalkan sistem pembahagian kuasa.
-Sistem politik moden telah melahirkan pelbagai parti politik. Di Malaysia, ianya adalah
bersifat keetnikan.
-Namun ia tidak menghalang wujudnya kerjasama antara parti politik. Usaha untuk
mengadakan kerjasama politik yang berteraskan etnik ini telah dimulakan dengan
pembentukan Perikatan UMNO-MCA pada tahun 1952.
-Perikatan telah menyertai Pilihanraya Perbandaran Pulau Pinang dan Pilihanraya
Perbandaran Kuala Lumpur. Mereka memenangi 9 daripada 12 kerusi Pilihan raya
Perbandaran Kuala Lumpur yang di adakan pada Februari 1952.
-Kerjasama tersebut diperkukuhkan lagi dengan penyertaan MIC pada tahun 1954 dan
seterusnya membentuk parti Perikatan. Perikatan dan telah berjaya menawan 51 daripada
52 kerusi dalam pilihanraya 1955.
-Percubaan untuk menghindarkan parti berbentuk etnik dan menubuhkan parti multi etnik
telah dilakukan oleh Dato’ Onn Jaafar dgn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)
tetapi ditolak oleh parti-parti politik di Malaya ketika itu.
-Pada 1972, Perikatan telah ditukar nama kepada Barisan Nasional bagi membolehkan lebih
banyak parti politik menyertai kerjasama tersebut.
-Penubuhan BN disambut baik oleh rakyat negara ini. Ini dibuktikan dengan penguasaannya
terhadap kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri di kebanyakan negeri dan
kemampuannya memerintah Malaysia sehingga kini.
Pembentukan BN (sebelumnya dikenali sebagai Parti Perikatan)
menerusi gabungan parti-parti politik yang mewakili kaum di Malaysia
Sistem politik di Malaysia tidak dapat mengenepikan sentimen kaum. Peringkat awal
kemerdekaan negara dahulu digerakkan oleh beberapa parti politik berteraskan kaum-
Melayu, Cina dan India yang bergabung di bawah bendera Perikatan. Seterusnya
melebarkan pengaruh dengan menjemput lebih banyak parti politik dari Sabah dan Sarawak
untuk bergabung di bawah Barisan Nasional (BN). Kini BN mempunyai 15 parti iaitu United
Malays National Organisation (UMNO), Malaysian Chinese Association (MCA), Parti
Gerakan Rakyat (Gerakan), Malaysian Indian Congress (MIC), People’s Progressive Party
(PPP), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Sarawak United People’s Party (SUPP),
Parti Bersatu Sabah (PBS), Liberal Democratic Party (LDP), Parti Bersatu Rakyat Sabah
(PBRS), United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization (UPKO) , Sarawak
Progressive Democratic Party (SPDP), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Cinta Malaysia,
Parti Gerakan Rakyat Malaysia dan Parti Semangat Rakyat Malaysia.
Kesediaan parti-parti politik ini berkongsi aspirasi menunjukkan tahap kesedaran yang tinggi
untuk melihat perpaduan kaum wujud dan mekar di Malaysia. Sebagai sebuah komponen
parti yang memerintah, banyak dasar yang dibentuk telah memberi kesan dan pengaruh
besar ke atas pemikiran dan budaya hidup rakyat Malaysia. Dasar Ekonomi Baru (DEB)
yang begitu berpengaruh dalam tempoh 30 tahun yang lalu telah menjadi pemangkin
kepada penyusunan semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Implikasi pelaksanaan
dasar ini masih ketara dalam semua sektor biarpun sering kali menjadi kecaman pihak
pembangkang, Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat (PR) adalah gabungan parti politik yang telah dibentuk selepas pilihan raya
umum lalu. PR terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Democratic Action Party (DAP)
dan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Setiap parti dalam PR mempunyai ideologi masing-
masing di mana PKR mempromosi konsep keadilan sosial dan anti rasuah, DAP
memperjuangkan ideologi sekular, pelbagai etnik dan demokratik sosial manakala PAS
memiliki hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara Islam. Walaupun berbeza ideologi,
ketiga-tiga parti ini mempunyai satu tujuan iaitu menumbangkan BN dan pada masa yang
sama mendidik rakyat untuk mengenepikan elemen perkauman.
Selain daripada BN dan PR, terdapat banyak lagi parti politik yang kebanyakannya
memperjuangkan hak dan kepentingan kaum masing-masing seperti Parti Rakyat Malaysia
(PRM), Malaysian Workers’ Party (PPM), Malaysia Dayak Congress (MDC), Pan-Malaysian
Islamic Front (BERJASA), Malaysian Indian Muslim Congress (KIMMA), United Pasok
Nunukragang National Organisation (PASOK), Community Coalition Congress (CCC),
Federated Sabah People’s Front (BERSEKUTU), United Democratic Sabah People’s Power
Party (SETIA), State Reform Party (STAR), Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM),
Malaysian Democratic Party (MDP), All Malaysian Indian Progressive Front (AMIPF),
Punjabi Party of Malaysia (PPM), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Bangsa Dayak
Sarawak (PBDS), Sabah Progressive Party (SAPP) dan Sarawak National Party (SNAP).
Sekali-sekala masyarakat awam melihat gelagat pemimpin-pemimpin politik ini bertelagah
berkaitan hak dan keistimewaan kaum, namun rakyat tidak terikut-ikut rentak mereka kerana
tahap kematangan yang wujud dalam pemikiran rakyat berbilang kaum mampu menjadi
benteng kepada perbalahan dan persengketaan kaum. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, tidak
ada lagi peristiwa besar yang melibatkan pergaduhan kaum secara besar-besaran
melainkan dua kes terpencil iaitu di Kampung Medan dan Kampung Rawa. Kedua-dua
kejadian ini dapat dikawal oleh pihak berkuasa di samping peranan pemimpin-pemimpin
parti politik yang dapat menenteramkan situasi tegang berkenaan.
Peranan parti politik dalam mengukuhkan perpaduan rakyat di negara ini semakin penting
kerana keupayaan pemimpin-pemimpin politik untuk membina pengaruh khususnya dalam
kalangan kaum masing-masing. Biarpun masih ada segelintir ahli politik yang begitu taksub
dengan ideologi dan perjuangan masing-masing, mereka tetap meletakkan kepentingan
negara sebagai keutamaan.
PENUTUP
Secara tuntasnya, rakyat Malaysia perlu bersatu padu dalam menjayakan aspirasi
1Malaysia umpama “bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat”.
Aspirasi 1Malaysia membawa dasar bahawa rakyat didahulukan dan pencapaian
diutamakan untuk keharmonian dan kemakmuran Negara. Semua bangsa Malaysia akan
hidup bersama secara aman, damai dan sejahtera.
Masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum memerlukan kesefahaman dan
toleransi yang jitu di antara kaum. Bagi mengelakkan peristiwa seperti 13 Mei daripada
berulang lagi, setiap pihak terutamanya pihak berkuasa memainkan peranan yang amat
penting bagi memastikan keharmonian kaum di Malaysia dapat dikekalkan.