Pastikan anda tahu tahap kesihatan anda dengan melakukan pemeriksaan darah secara kerap

1

Click here to load reader

Transcript of Pastikan anda tahu tahap kesihatan anda dengan melakukan pemeriksaan darah secara kerap

Page 1: Pastikan anda tahu tahap kesihatan anda dengan melakukan pemeriksaan darah secara kerap

Pastikan anda tahu tahap kesihatan anda dengan melakukan pemeriksaan darah secara

kerap.Ini penting kerana dengan mengetahui tahap kolestrol dengan teratur akan memberikan

kesihatan yang optimum pada diri anda.Kolestrol yang tinggi juga akan menjadi penyebab

kepada berlakunya penyakit jantung.Selain itu dengan mengetahui tahap kolestrol dengan

tepat,anda boleh membuat rancangan untuk diet yang sesuai.Doktor juga akan mudah untuk

memberikan rawatan susulan sekiranya didapati anda mempunyai penyakit.Jika anda

mengetahui tahap kolestrol,anda juga boleh belajar untuk menjauhi perkara-perkara yang

boleh memeranginya seperti berhenti merokok dan mengurangkan memakan makanan yang

tinggi kandungan kolestrolnya.

2. Memahami dasar-dasar dan pembelajaran tentang keadaan anda.Sekiranya anda telah

didiagnosis mempunyai tahap kolestrol yang tinggi,perkara pertama yang mesti anda lakukan

ialah cari maklumat sebanyak mungkin tentang perkara yang berkaitan dengan masalah

anda.Dengan melakukan ini,anda akan dapat mengetahui apakah perancangan awal yang dapat

anda lakukan untuk mengatasi masalah itu.

3. Perhatikan berat badan anda.Apakah ianya ideal atau anda sebenarnya mengalami berat

badan berlebihan.Sekiranya berat badan anda berlebihan,maka anda perlu berusaha untuk

menurunkannya ke tahap yang sepatutnya.Berat badan anda adalah amaran bahawa anda

mengalami tahap kolestrol yang tinggi.Jadi,ubahlah diet pemakanan anda sekarang juga.Tetapi

pastikan anda telah berjumpa dengan doktor terlebih dahulu.Sekiranya anda melakukan

perubahan drastik terhadap pola pemakanan,ditakuti ianya akan memberi kemudaratan,bukan

kebaikan.Apatah lagi sekiranya anda dalam rawatan tertentu.

. Buatlah jadual untuk aktiviti senaman.Bersenam sangat penting untuk menurunkan kadar

kolestrol di dalam darah.Selain itu,ianya juga dapat membantu meningkatkan tahap kolestrol

baik dan menurunkan berat badan.Anda sebenarnya tidak perlu melakukan senaman yang

berat.Melakukan senaman ringan seperti berjalan cepat dan berjogging dapat meningkatkan

kolestrol HDL dan bermanfaat untuk hati.