Pat abm 2012

12
Jawab semua solan dengan memilih jawapan yang betul 1 Pak Amin sedang ________ mentimun di kebun sayurnya. A mengait B mengutip C. memetik D mengambil 2 Berikut merupakan alat-alat muzik tradisional bagi orang Melayu, Cina, dan India. Di antara yang berikut manakah merupakan alat muzik tradisional orang Cina. A B C D 3 Abang mengeluarkan ________ yang baru dibelinya daripada kotak itu lalu meletakkannya di atas meja. A bebuli B kekunci C tetikus D lelabah 4 Ahli Persatuan Sains itu sedang mencantikkan taman sains._______ melakukan tugas itu bersama-sama. A Beliau B Kami C Mereka D Dia 1

Transcript of Pat abm 2012

Page 1: Pat abm 2012

Jawab semua solan dengan memilih jawapan yang betul

1 Pak Amin sedang ________ mentimun di kebun sayurnya.

A mengaitB mengutip

C. memetik D mengambil

2 Berikut merupakan alat-alat muzik tradisional bagi orang Melayu, Cina, dan India. Di antara yang berikut manakah merupakan alat muzik tradisional orang Cina.

A B C D

3 Abang mengeluarkan ________ yang baru dibelinya daripada kotak itu lalu meletakkannya di atas meja.A bebuliB kekunci C tetikusD lelabah

4 Ahli Persatuan Sains itu sedang mencantikkan taman sains._______ melakukan tugas itu bersama-sama.A BeliauB KamiC MerekaD Dia

5 Makyung _______ kesenian tradisional yang semakin dilupakan oleh generasi muda.A adalah C ialahB masih D paling

6 Pemain pasukan Sabah itu sedang melakukan ________ sudut untuk pasukannya.A pukulanB sepakanC hayunanD hantaran

1

Page 2: Pat abm 2012

7 Pada malam hari raya, Roslan membantu datuknya ________ ketupat.A membakarB menyalai C merebusD mereneh

8 Penternak itu terkejut apabila mendapati ________ ekor lembunya mati.A sebahagianB beberapaC setengahD semua

9 Kita mesti ______ makanan sebelum menelannya supaya mudah hadam.A melumatB mengigitC mengoyakD mengunyah

10 Badan pesakit yang baru menjalani pembedahan itu masih _______ dan dia perlu banyak berehat.A lembapB lemahC layuD lembik

11 Beberapa orang _______ sedang menyiasat kejadian rompakan di sebuah kedai emas.A orang-orangB anggota-anggotaC mata-mataD pengawal-pengawal

12 ________ Robert memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan itu namun dia tidak membangga diri.A Kerana B Sungguhpun C Jika D Semenjak

2

Page 3: Pat abm 2012

13 Terendak itu diperbuat _________ daun mengkuang.A dariB olehC denganD daripada

14 Bagi _______ seruan kerajaan supaya sentiasa menabung, Ah Chong telah membuka akaun di bank untuk menyimpan wang gajinya.A menyahut C disahutB sahutan D mensahut

15 "Janganlah kamu risau. _______ Azrin dan Laila pasti akan bertegur sapa semula," kata Aminah.A Lambat-laun C Habis-habisanB Lama-kelamaan D Dulu-dulu

16 Puan Lim mempelawa Emma ________ Devi masuk ke dalam rumah _______ menunggu Mei Ling bersiap.A serta ... laluB atau ... sambilC apabila..........tatkalaD dan......... sementara

17 Jika _______ antara Ahmad dengan adiknya, tentunya Ahmad jauh lebih pandai berdasarkan prestasinya di sekolah.A dibandingkan C membandingkanB dibandingi D membandingi

18 Setiap pagi, Salwa akan ____________ pokok bunga di halaman rumahnya.

A. menjirus C. menyiramB. menyiram D. menanam

19 Saya berpendapat _______ masalah murid-murid di sekolah itu bermula ________ ketiadaan Cikgu Malius.A yang ... jikaB kerana ... apabilaC bahawa ... semenjakD sama ada ... tatkala

Pilih perkataan seerti yang paling sesuai bagi perkataan yang bergaris

20 Penerokaan hutan secara berleluasa akan mengancam kehidupan haiwan dan tumbuh-tumbuhan.A. mengganggu C membantuB. merosakkan D membahayakan

Pilih perkataan berlawan yang paling sesuai bagi kata yang bergaris.

3

Page 4: Pat abm 2012

21 Hidupnya merana kerana hutang keliling pinggang. A bahagia B mewah

C derita D porak-peranda

22 Adik gemar makan nasi goreng dan roti canai.A. SukaB. AmanC SenangD Hendak

23. Perompak itu bersembunyi di celah-celah semak agar tidak dilihat oleh pihak polis.A menghendapB menghilang C mengintaiD menyorok

24 Mengapakah kita ditegah membakar sampah secara terbuka?A Pembakaran sampah secara terbuka boleh membahayakan kesihatanB Membakar sampah dapat mengelakkan daripada berlaku jerebu.C Dengan membakar sampah secara terbuka kita dapat meringankan kerja

majlis bandaranD Pembakaran sampah memudahkan proses pengumpulan sampah

25 Siapakah yang akan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim?

A Sumbangan kepada anak-anak yatim akan disampaikan oleh guru besar.B Majlis penyampaian sumbangan itu dilakukan oleh guru besar.C Anak-anak yatim akan menyampaikan sumbangan kepada guru besar.D Sumbangan kepada anak-anak yatim akan disampaikan sebentar lagi.

Baca dan jawab soalan berdasarkan petikan di bawah.

4

Page 5: Pat abm 2012

Nama saya Azila. Saya murid Tahun 3 Biru. Ini gambar keluarga saya. Datuk saya bernama Haji Yusuf. Beliau berumur 62 tahun. Nenek saya pula bernama Hajah Aisyah dan berumur 60 tahun. EncikYazid ialah ayah saya. Beliau berumur 39 tahun, manakala ibu saya, iaitu Puan Amira berumur 38 tahun. Saya ada seorang abang dan adik. Azri ialah abang saya. Dia berumur 12 tahun. Adik saya pula, iaitu Azura berumur 3 tahun. Saya sangat sayang akan keluarga saya.

26 Apakah perkara yang diceritakan oleh petikan di atas?A Pekerjaan bapa Azila B Keluarga Azila C. Kegemaran AzilaD Kawan-kawan Azila

27. Berapakah umur Azila?A 6 tahun C 8 tahun B 9 tahun D 7 tahun

28. Keluarga Azila terdiri daripada berapa orang ahli? A Lapan orang B Lima orang C Empat orangD Tujuh orang

29. Siapakah yang belajar di Tahun 6? A Haji Yusuf C Azila B Azura D Azri

30. Bagaimanakah perasaan Azilah Terhadap leluarganya?A Azilah marah akan keluarganya.B Azilah benci akan keluarganya.C Azilah sayang akan keluarganya.D Azilah rindu akan keluarganya

Soalan 31 hingga soalan 35. Baca surat kiriman di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

5

Page 6: Pat abm 2012

Sek.Men. Keb. St AndrewsJalan Bakri,84900 Muiar,Johor

21 Oktober 2012

Menemui saudara Loqman yang diingati, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Saudara,Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk meminta maaf kerana tidak dapat menyertai

rombongan saudara melawat ke Langkawi tempoh hari.Sebenarnya pada hari tersebut, saya telah menghadiri “Hari Terbuka” di Sekolah

Kebangsaan Tanjung Aru, bersama abang saya. Biarlah saya mengambil kesempatan ini untuk menceritakan apa yang telah berlaku pada hari itu. Pada sebelah paginya, murid-murid sibuk menyediakan bilik-bilik pameran. Murid-murid Persatuan Masakan sibuk menyediakan pelbagai jenis masakan untuk dipamerkan kepada pengunjung. Bilik-bilik makmal juga tidak kurang menariknya dengan berbagai-bagai aktiviti Sains.

Di kawasan lapang di hadapan sekolah pula, ahli-ahli Pandu Puteri mengadakan perkhemahan. Di dewan besar, kerusi-kerusi tersusun dengan kemasnya untuk pengunjung menyaksikan pertunjukan kebudayaan. Dewan dihias dengan indah. Pada pukul 2.00 petang, orang ramai mula membanjiri pameran tersebut. Tuan Guru Besar dan guru-guru kemudian terus dibawa ke bilik pameran. Pada pukul 4.00 petang pula, semua pengunjung turun ke padang untuk menyaksikan permainan pancaragam oleh para pelajar sekolah ini. Kemudian, mereka dijemput ke dewan untuk menyaksikan pertunjukan kebudayaan. Abang saya turut mengambil bahagian. Saya tertarik dengan Tarian Zapin dan Inang. Setelah selesai pertunjukan itu, para pengunjung dipersilakan menikmati jamuan ringan.

Sekian sahaja yang dapat saya ceritakan. Sehingga kita berjumpa lagi dalam lembaran yang lain, sambutlah salam mesra daripada saya.

Yang benar, Hanafi

31 Apakah tujuan Hanafi menulis surat kepada Loqman?A Untuk meminta maafB Untuk mengajak melawat pameranC Untuk menceritakan apa yang berlakuD Untuk membatalkan rancangannya pergi ke Langkawi

32 Apakah acara yang paling diminati oleh Hanafi pada hari itu?A Hiasan dewan C Pameran masakan B Acara sambutan D Tarian tradisional

33 Di manakah persembahan kebudayaan diadakan?A Di dewanB Di bilik makmalC Di bilik pameranD Di kawasan lapang

34 Apakah atur cara pertama yang disusun oleh pihak sekolah untuk orang ramai?A Menikmati jamuanB Melihat hasil-hasil pelajar

6

Page 7: Pat abm 2012

C Melawat ke kawasan perkhemahanD Menyaksikan pertunjukan kebudayaan

35 Di bilik pameran, para pengunjung dapat menyaksikan perkara-perkara berikut, kecuali.

A hasil-hasil seni.B permainan pancaragam.C kuih-muih dan lauk-pauk.D hasil-hasil aktiviti sains.

Soalan 36 hingga Soalan 40 berdasarkan petikan di bawah.

Pejabat Pelajaran Daerah Jasin77000 Jasin, Melaka.

”PERTANDINGAN MELUKIS POSTER”

Para guru di daerah Jasin,10 Mei 2012

Pejabat Pelajaran Daerah Jasin akan mengadakan pertandingan melukis poster sempena 'Sambutan Hari Guru' peringkat daerah pada tahun 2012. Tema poster ialah “Guru Pembina Negara Bangsa”. Pertandingan ini terbuka kepada semua guru di daerah ini. Mantan guru-guru juga dialu-alukan untuk turut serta dalam pertandingan ini. Butir-butir pertandingan adalah seperti yang berikut:-

Tarikh : 16 Mei 2012 Masa : 8.30 pagi Tempat : Dataran Wawasan Jasin.

Pihak penganjur akan menyediakan kertas-kertas lukisan. Tajuk poster akan diketahui pada hari pertandingan kelak.

Hadiah pertama : RM 500 Hadiah kedua : RM 300 Hadiah ketiga : RM 10011 hadiah saguhati RM55 disediakan

36 Kepada siapakah pengumuman itu ditujukan?A Guru BesarB Guru-guru

7

Page 8: Pat abm 2012

C Murid tahap 1D Murid tahap 2

37 Di manakah pertandingan tersebut akan diadakan?A Di daerah JasinB Di Dataran Wawasan JasinC Di Pejabat Pelajaran Daerah JasinD Di sekolah masing-masing

38 Apakah tujuan pertandingan itu diadakan?A Sempena sambutan hari guruB Sempena pertukaran guruC Sempena majlis perpisahan guruD Sempena majlis hari guru besar

39 Maksud penganjur dalam petikan di atas ialahA penulisB penyokongC pengelolaD pemaju

40 Antara berikut adalah hadiah yang dimenangi kecualiA RM 100 hadiah ketigaB RM 500 hadiah pertamaC RM 55 hadiah saguhati untuk 11 orangD RM 40 hadiah kedua

SOALAN TAMAT

___________________________________________________________________

Disediakan oleh: DisahkanIdris Saba................................ ........................................(En Idris b. Saba) Ketua Panitia Bahasa Melayu

( )

8

Page 9: Pat abm 2012

JAWAPAN SK-011

1. C2. A3. C4. C5. C6. B7. C8. B9. D10. B11. C12. B13. D14. A15. A16. D17. A18. C19. C20. D21. A22. A23. D24. A25. A26. B27. B28. D29. D30. C31. A32. D33. A34. B35. B36. B37. B38. A39. C40. D

Rumusan: - A = 11 , B = 10 . C = 10 dan D = 9 == J=40

9