PAT BM011 2007

12

Click here to load reader

description

upsr

Transcript of PAT BM011 2007

  • Nama : _____________________________________

    Kelas : ______________

    SULIT

    011 Bahasa Melayu Mac 2007 50 minit

    011

    PENGESANAN AWAL TAHUN

    TAHUN LIMA : 2007

    011 BAHASA MELAYU

    Lima puluh minit

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.

    2. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

    3. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.

    4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

    Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak

    011 Pengesanan Awal Tahun 2007 SULIT

  • SULIT 011

    SOALAN PENGESANAN AWAL TAHUN 2007 SULIT KERTAS 011 - BAHASA MELAYU TAHUN LIMA

    2

    Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Soalan 1 hingga Soalan 18

    Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

    1 __________ yang melanggar peraturan jalan raya akan dikenakan denda maksimum.

    A Bila-bila B Apa-apa C Mana-mana

    Gambar 1

    D Siapa-siapa

    Soalan 2 berdasarkan Gambar 2

    2 Semua mangsa kebakaran itu kini ditempatkan __________ balai raya Taman Megah.

    A di B ke C dari

    Gambar 2

    D pada

    3 _________ Muhammad Farhan anak angkat Encik Borhan, dia menganggap Encik Borhan

    sebagai ayah kandungnya. A Manakala B Sekiranya C Walaupun D Melainkan Soalan 4 berdasarkan Gambar 3

    4 Pak Cik Malek mendirikan sebuah dangau di __________ sebatang sungai.

    A tepi B atas C dalam

    Gambar 3

    D pangkal

  • SULIT 011

    SOALAN PENGESANAN AWAL TAHUN 2007 SULIT KERTAS 011 - BAHASA MELAYU TAHUN LIMA

    3

    Soalan 5 berdasarkan Gambar 4

    5 __________ menunggang basikal bersaing-saing, pesan Cikgu Kamal kepada anak-anak muridnya.

    A Sila B Harap C Tolong

    Gambar 4

    D Jangan

    6 Kereta BMW turbo milik Encik Muhammad Suhaimi itu sedang __________ oleh seorang

    mekanik yang mahir. A baiki B dibaiki C diperbaik D diperbaiki 7 Encik Abdul Manan pergi ke kampung kawannya hanya berpandukan __________ yang

    terdapat di tepi jalan raya. A papan tulis B papan tanda C papan hitam D papan kenyataan Soalan 8 berdasarkan Gambar 5

    8 Penduduk kampung menggunakan __________ cara bagi membina jambatan di kampung mereka.

    A pelbagai B setengah C segelintir

    Gambar 5

    9 Bersempena dengan hari lahir isterinya, Encik Zainuddin telah menghadiahi isterinya se

    __________ rantai leher berlian. A urat B utas C bentuk D pasang

  • SULIT 011

    SOALAN PENGESANAN AWAL TAHUN 2007 SULIT KERTAS 011 - BAHASA MELAYU TAHUN LIMA

    4

    Soalan 10 berdasarkan Gambar 6

    10 Melayari internet adalah satu daripada __________ Syafik pada masa lapang.

    A keinginan B kemahuan C kegemaran

    Gambar 6

    11 Hasimah menuangkan puding yang baru dimasaknya itu ke dalam __________ plastik. A alatan B acuan C adunan D kukusan Soalan 12 berdasarkan Gambar 7

    12 Puan Swee Anne __________ semasa menerima hadiah daripada anak-anaknya bersempena dengan Hari Ibu.

    A gembira benar B gembira paling C paling gembira sekali

    Gambar 7

    D amat gembira sangat

    13 Mak Bedah dan anak-anaknya sungguh __________ dengan kedatangan wakil rakyat ke

    teratak mereka bagi menyampaikan bantuan. A isi hati B ada hati C kecil hati D besar hati Soalan 14 berdasarkan Gambar 8

    14 Keadaan di pasar minggu itu __________ dengan suara orang ramai yang datang untuk membeli-belah.

    A haru-biru B huru-hara C hingar-bingar

    Gambar 8

    D porak-peranda

  • SULIT 011

    SOALAN PENGESANAN AWAL TAHUN 2007 SULIT KERTAS 011 - BAHASA MELAYU TAHUN LIMA

    5

    15 Sudah hampir tiga bulan Muhammad Hamdi __________ di hospital itu kerana mengalami kemalangan jalan raya.

    A tersadai B terlantar C terkandas D terdampar Soalan 16 berdasarkan Gambar 9

    16 Puan Maria __________ anaknya bagi membina ayat yang gramatis dalam karangannya.

    A menyelia B memantau C menyemak

    Gambar 9

    D membimbing

    17 Warna seluarnya menjadi __________ kerana terlalu lama didedahkan kepada pancaran

    cahaya matahari. A pudar B susut C kelam D malap Soalan 18 berdasarkan Gambar 10

    18 Menurut kajian yang telah dilakukan oleh pegawai pertanian, tanah __________ sesuai sekali untuk menanam sayur.

    A liat B merah C gambut

    Gambar 10

    19 Sikap Salem yang begitu rakus menyebabkan dia kurang disenangi oleh rakan-rakannya.

    Perkataan seerti bagi rakus ialah

    A kasar B ganas C geram D gelojoh

  • SULIT 011

    SOALAN PENGESANAN AWAL TAHUN 2007 SULIT KERTAS 011 - BAHASA MELAYU TAHUN LIMA

    6

    20 Cik Rekha berasa kekok ketika kali pertama memandu kereta barunya itu.

    Perkataan berlawan bagi kekok ialah

    A mahir B gusar C gagap D gugup 21 Berapakah jumlah murid yang akan menyertai lawatan ke Cameron Highlands?

    Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.

    A Lawatan ke Cameron Highlands itu dianjurkan oleh Kelab Bahasa Melayu. B Lawatan ke Cameron Highlands itu diadakan pada cuti penggal persekolahan. C Semua anggota Kelab Bahasa Melayu menyertai lawatan ke Cameron Highlands. D Sebanyak empat puluh orang murid akan menyertai lawatan ke Cameron Highlands. 22 Saya sudah menyerahkan kotak jingga itu kepada Cik Azian.

    Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.

    A Siapakah yang mengambil kotak jingga itu? B Apakah yang kamu lakukan pada kotak jingga itu? C Di manakah Cik Azian meletakkan kotak jingga itu? D Bilakah kamu serahkan kotak jingga itu kepada Cik Azian? 23 Pilih ayat seruan yang betul.

    A Aduhai, alangkah belasnya aku melihat keluarganya! B Cis, nampak gayanya kita makan besar pada hari ini! C Wah, jangan kamu bermusuh-musuhan sesama sendiri! D Amboi, terimalah kekalahan itu dengan hati yang terbuka! Soalan 24 dan Soalan 25

    Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

    24 I Tulisan Muhammad Haikal agak serong ke kanan. II Dia tidak sepatutnya bersikap serong terhadap majikannya. III Menara serong itu terletak di tengah-tengah pekan Teluk Intan. IV Orang yang rosak akhlaknya akan dipandang serong oleh masyarakat. A

    B C D

    I dan II sahaja I dan IV sahaja II dan III sahaja III dan IV sahaja

  • SULIT 011

    SOALAN PENGESANAN AWAL TAHUN 2007 SULIT KERTAS 011 - BAHASA MELAYU TAHUN LIMA

    7

    25 I Langkah kakinya tumpul sahaja kerana keletihan. II Mata pisau itu sungguh tumpul kerana tidak diasah. III Otaknya tumpul kerana sikapnya yang amat pemalas. IV Pasukan hoki itu tewas kerana jurulatih mereka tumpul. A

    B C D

    I dan II sahaja II dan III sahaja II dan IV sahaja III dan IV sahaja

    Soalan 26 dan Soalan 27

    Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

    26 Silalah datang ke rumah saya petang esok, kata Nurul kepada Hasni. A Nurul mempelawa Hasni datang ke rumahnya pada petang esok. B Nurul merayu Hasni agar datang ke rumahnya pada petang esok. C Nurul meminta Hasni bertandang ke rumahnya pada petang esok. D Nurul mengarahkan Hasni datang ke rumahnya pada petang esok. Soalan 27 berdasarkan Gambar 11

    27

    Album baru artis terkenal itu akan dipasarkan sebelum Hari Raya Puasa.

    A

    Sebelum Hari Raya Puasa, album terkenal penyanyi baru itu akan dipasarkan.

    B

    Sebelum Hari Raya Puasa, penyanyi baru terkenal itu akan memasarkan albumnya.

    C

    Sebelum Hari Raya Puasa, album baru penyanyi terkenal itu akan memasuki pasaran.

    Gambar 11

    D Sebelum Hari Raya Puasa, penyanyi terkenal yang beralbum baru itu akan memasuki pasaran.

    Soalan 28 hingga Soalan 30

    Pilih ayat yang betul.

    28 A Aiman mengidap penyakit lelah sejak kecil lagi. B Teman wanitanya itu berasal daripada tanah seberang. C Bila bercakap, dia selalu menggunakan bahasa yang sopan. D Di waktu petang dan hari minggu, banyak orang berjoging di taman itu.

  • SULIT 011

    SOALAN PENGESANAN AWAL TAHUN 2007 SULIT KERTAS 011 - BAHASA MELAYU TAHUN LIMA

    8

    29 I Saya mempunyai banyak kawan-kawan yang tinggal di taman itu. II Oleh sebab dia berkelulusan tinggi, dia diterima bekerja di syarikat itu. III Jalan raya itu sedang diperlebar oleh pekerja-pekerja Jabatan Kerja Raya. IV Semua jejentik itu mati bila Pak Din membubuh racun ke dalam takungan air itu. A

    B C D

    I dan II sahaja I dan III sahaja II dan III sahaja II dan IV sahaja

    30 I Beng Keong bukan pemain pasukan bola baling sekolah saya. II Emak memasukkan sedikit cili sos ke dalam gulai kepala ikan itu. III Suriani masih sedang bersiap-siap ketika rombongan pengantin lelaki tiba. IV Pusat pulih baik kereta Toyota telah mula beroperasi lebih setahun yang lalu. A

    B C D

    I dan II sahaja I dan III sahaja II dan III sahaja II dan IV sahaja

    Soalan 31 hingga Soalan 35

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    LAPORAN MESYUARAT KELAB SAINS DAN MATEMATIK BILANGAN PERTAMA TAHUN 2007

    Kelab Sains dan Matematik telah mengadakan mesyuarat agung bilangan pertama pada 17 Januari 2007 yang lalu. Objektif utama mesyuarat ini adalah untuk merancang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2007. Aktiviti pertama yang dirancang adalah tentang pengambilan anggota baharu bagi tahun 2007. Beberapa kriteria telah ditetapkan bagi pengambilan kali ini. Mulai tahun 2007, yuran tahunan kelab telah ditambah sebanyak RM2.00 bagi satu tahun sesi persekolahan. Yuran tersebut telah menjadi RM10.00 bagi setiap orang murid yang menganggotai kelab ini. Pada tahun 2007 ini, empat aktiviti utama telah disenaraikan. Seramai lapan orang murid akan terlibat bagi menjayakan aktiviti kokurikulum akademik ini. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah pertandingan Kuiz Sains dan pertandingan Kuiz Matematik. Kedua-dua kuiz ini akan dijalankan secara berkumpulan. Setiap kategori yang dipertandingkan, tiga orang peserta akan terlibat. Bagi kategori individu pula, seorang peserta akan mewakili kelab dalam pertandingan Kuiz Sains Angkasa. Seorang lagi peserta akan mewakili kelab dalam pertandingan Kira Cepat. Semua pertandingan bermula di peringkat kelompok, daerah, negeri, dan kebangsaan.

  • SULIT 011

    SOALAN PENGESANAN AWAL TAHUN 2007 SULIT KERTAS 011 - BAHASA MELAYU TAHUN LIMA

    9

    Pada tahun lepas, peserta yang mewakili Kuiz Sains hanya mampu memperoleh tempat ketiga di peringkat daerah. Peserta yang mewakili Kuiz Matematik dan Kuiz Sains Angkasa pula hanya mendapat hadiah saguhati di peringkat kelompok. Kedua-dua pencapaian tersebut tidak memberangsangkan. Pencapaian yang sangat membanggakan sekolah ialah pencapaian peserta pertandingan Kira Cepat yang menjadi johan di peringkat negeri. Kelab juga merancang untuk mengadakan siri lawatan sambil belajar untuk menambah pengetahuan dan pengalaman para anggota Kelab Sains dan Matematik. Antara tempat yang telah dicadangkan dan dipersetujui secara majoriti oleh anggota Kelab Sains dan Matematik ialah Planetarium Negara dan Pusat Sains Negara. Mesyuarat ditangguhkan pada suatu tarikh yang akan ditentukan kelak. Laporan disediakan oleh, 23 JANUARI 2007. Siratjuddin Mohd Nazari (SIRATJUDDIN BIN MOHD NAZARI) Setiausaha, Persatuan Sains dan Matematik, Sekolah Kebangsaan Sungai Bayor, 34140 Rantau Panjang, Perak. 31 Laporan mesyuarat bilangan pertama Kelab Sains dan Matematik disediakan pada A 17 Januari 2007. B 18 Januari 2007. C 20 Januari 2007. D 23 Januari 2007. 32 Aktiviti yang manakah yang menaikkan nama Kelab Sains dan Matematik? A Kuiz Sains Angkasa B Lawatan sambil belajar C Pertandingan Kira Cepat D Kuiz Sains dan Matematik 33 Perkataan kriteria dalam petikan bermaksud A alat pengukur B cara penilaian C bentuk persediaan D asas pertimbangan

  • SULIT 011

    SOALAN PENGESANAN AWAL TAHUN 2007 SULIT KERTAS 011 - BAHASA MELAYU TAHUN LIMA

    10

    34 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan. A Peserta Kuiz Sains Angkasa memperoleh hadiah saguhati sahaja. B Tiga orang murid telah dipilih bagi menyertai Kuiz Sains dan Kuiz Matematik. C Prestasi peserta Kuiz Sains lebih baik daripada prestasi peserta Kuiz Matematik. D Peserta pertandingan Kira Cepat akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. 35 Pada tahun 2006, berapakah yuran keahlian Kelab Sains dan Matematik? A RM2.00 sahaja. B RM6.00 sahaja. C RM8.00 sahaja. D RM10.00 sahaja. Soalan 36 hingga Soalan 40

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Hujan lebat turun tidak berhenti-henti sejak dua hari lepas. Air sungai di Kampung Durian Sebatang hampir melimpahi tebing. Tebing sungai itu kukuh kerana dipasang kayu-kayu cerucuk. Tetapi Pak Ngah dan keluarganya berasa sungguh gelisah dan berjaga-jaga. Mereka telah pun mengemaskan perabot dan meletakkannya di tempat yang tinggi. Surat-surat penting seperti sijil kelahiran, geran tanah atau surat hak milik tanah, surat hak milik kenderaan sudah diketepikan untuk dibawa bersama-sama jika berlaku banjir di kampung tersebut. Pada hari Khamis, Kampung Durian Sebatang telah dinaiki air. Apabila air banjir mula mencecah anak tangga teratas rumah Pak Ngah, barulah mereka sekeluarga berpindah. Pak Ngah dan keluarganya serta penduduk kampung dibawa ke tempat selamat dengan menaiki beberapa buah bot. Pihak polis, bomba dan sukarelawan menghantar sebahagian mangsa banjir ke Dewan Semarak, Sekolah Menengah Sri Perak.

    Sebahagiannya pula ditempatkan di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan. Pak Ngah melihat banyak orang yang telah berada di sana. Rupa-rupanya mereka adalah mangsa banjir dari kampung yang berdekatan. Suasana di situ menjadi kecoh seketika apabila seorang warga emas meraung-raung setelah mendengar berita tentang rumahnya yang terletak berhampiran tebing sungai telah dihanyutkan oleh arus yang sangat deras. Namun demikian, mak cik itu dapat ditenangkan dan suasana tenteram semula.

    Setelah berada di pusat penempatan banjir selama seminggu, banjir pun mulai surut.

    Keesokannya, Pak Ngah sekeluarga dan penduduk-penduduk kampung dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Kini mereka terpaksa pula membersihkan rumah dan membaiki harta benda yang rosak. Keadaan rumah yang berlumpur sangat sukar untuk dibersihkan. Keadaan bau busuk amat meloyakan tekak. Penduduk kampung bergotong-royong membersihkan sisa-sisa banjir dan sampah sarap yang bersepah di merata-rata tempat. Meraka sangat khuatir, kalau-kalau wabak penyakit menyerang kampung mereka. Mereka memohon bantuan daripada jabatan kesihatan bagi menghindarkan wabak penyakir menular di kampung mereka.

  • SULIT 011

    SOALAN PENGESANAN AWAL TAHUN 2007 SULIT KERTAS 011 - BAHASA MELAYU TAHUN LIMA

    11

    36 Mengapakah air sungai Kampung Durian Sebatang hampir melimpahi tebing? A Kerana tebing sungai mulai runtuh B Kerana benteng sungai sudah roboh C Kerana tebing sungai itu terlalu rendah D Kerana hujan lebat turun tidak berhenti-henti 37 Kata diketepikan dalam petikan di atas bermaksud A diasingkan B diendahkan C dibuangkan D disembunyikan 38 Pak Ngah dan keluarganya telah ditempatkan A di kampung yang berhampiran. B di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan. C di Dewan Semarak, Sekolah Menengah Sri Perak. 39 Mengapakah warga emas di pusat penempatan banjir itu meraung-raung? A Kerana ternakannya mati B Kerana rumahnya telah hanyut C Kerana harta bendanya dicuri orang D Kerana terpisah dengan keluarganya 40 Bilakah Pak Ngah dan orang-orang kampung pulang ke rumah masing-masing? A Pada hari Rabu B Pada hari Khamis C Pada hari Jumaat D Pada petang Sabtu

    - KERTAS SOALAN TAMAT -

  • SULIT 011

    SOALAN PENGESANAN AWAL TAHUN 2007 SULIT KERTAS 011 - BAHASA MELAYU TAHUN LIMA

    12