Pat psv f2 k2 2014

3
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM 3 JALAN ASTANA ALAM 13/2 42300 BANDAR PUNCAK ALAM SELANGOR PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN DUA 2014 PENDIDIKAN SENI VISUAL KERTAS 2 ( SENI HALUS ) Dua jam ARAHAN KEPADA CALON (a) Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari yang ditetapkan. Tuliskan dengan terang Nama, Tingkatan , Nombor Soalan dan Markah mengikut susunan yang ditetapkan di sudut kanan sebelah atas muka hadapan lukisan anda (Lihat gambar rajah di bawah). Sudut kanan sebelah atas muka hadapan lukisan anda b) Hasil kerja anda hendaklah yang asli. c) Hasil kerja anda itu hendaklah memenuhi kertas lukisan itu kecuali ruang 5 cm x 8 cm yang ditetapkan. d) kertas ini mengandungi 6 soalan. Anda dikehendaki memilih SATU soalan sahaja Sulit Pendidikan Seni Visual Kertas 2 Tingkatan dua Oktober 2014 Muka hadapan ( lukis di sini ) NAMA: TINGKATAN : NO.SOALAN: MARKAH:

Transcript of Pat psv f2 k2 2014

Page 1: Pat psv f2 k2 2014

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM 3JALAN ASTANA ALAM 13/2

42300 BANDAR PUNCAK ALAMSELANGOR

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

TINGKATAN DUA

2014

PENDIDIKAN SENI VISUAL

KERTAS 2 ( SENI HALUS )

Dua jam

ARAHAN KEPADA CALON(a) Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari yang ditetapkan. Tuliskan dengan terang Nama, Tingkatan , Nombor Soalan dan Markah mengikut susunan yang ditetapkan di sudut kanan sebelah atas muka hadapan lukisan anda (Lihat gambar rajah di bawah). Sudut kanan sebelah atas muka hadapan lukisan anda

b) Hasil kerja anda hendaklah yang asli.c) Hasil kerja anda itu hendaklah memenuhi kertas lukisan itu kecuali ruang 5 cm x 8 cm yang ditetapkan.d) kertas ini mengandungi 6 soalan. Anda dikehendaki memilih SATU soalan sahaja

Disediakan oleh: Disemak dan disahkan oleh :

.......................... ............................ PN. JUNITA BT JUSOH PN.ZAHRAH BINTI HAMZAN Ketua Panitia PSV SMKPA 3 Guru Kanan Kemanusiaan SMKPA 3

Kertas soalan ini mengandungi 2 halaman bercetak termasuk halaman ini

PSV2/PAT © 2014 SMKPA3

SulitPendidikan Seni VisualKertas 2Tingkatan duaOktober 20142 Jam

Muka hadapan ( lukis di sini )

NAMA:TINGKATAN :NO.SOALAN:MARKAH:

Page 2: Pat psv f2 k2 2014

PILIH SATU SOALAN SAHAJA

1. Hasilkan sebuah lukisan yang menarik bagi gubahan susunan peralatan melukis di atas sebuah meja. Gunakan media dan teknik yang sesuai dan mematuhi proses dengan betul dan kreatif. Beri penekanan pada bentuk, perspektif dan imbangan.

2. Hasilkan sebuah lukisan yang kreatif dan unik bagi sejambak bunga kegemaran anda. Aplikasikan Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, penggunaan media yang sesuai, proses dan teknik yang betul. Beri perhatian kepada kadar banding, bentuk dan imbangan serta menghargai sumber alam ciptaan Tuhan dalam proses penghasilan karya.

3. Di atas sebuah meja bulat yang beralas, sebuah jag air yang bertangkai diletak di atasnya. Di hadapan jag air terdapat dua biji gelas yang mengandungi sudu di dalamnya. Di sisinya terdapat tiga biji buah limau dan sebatang pisau kecil. Gambarkan barangan tersebut dari sudut dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan, ruang dan kesatuan.

4. Hasilkan sebuah catan yang menggambarkan keindahan di sebuah tasik. Kelihatan tasik itu dipenuhi dengan bunga teratai, sebuah gazebo terletak di tepi tasik. Karya anda mestilah mengaplikasi Asas Seni Reka yang bersesuaian menerusi proses penerokan idea, media dan teknik. Beri perhatian kepada kadar banding, pencahayaan dan jalinan.

5. Musim cuti sekolah sudah bermula, hasilkan satu catan yang unik bagi menggambarkan anda sedang membasuh kasut sekolah di dalam bilik air dari jarak dekat. Aplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan.

6. Hasilkan sebuah lukisan pemandangan yang kreatif dan menarik mengikut tema serta memberi penekanan kepada saiz, susunan dan kontra warna. Anda dikehendaki mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, penggunaan media yang sesuai, proses dan teknik yang betul.

Hasil karya anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Tema : Permandangan Di sawah padi Warna : Bebas Ukuran : 28cm x 38cm (Saiz kertas lukisan)

SOALAN TAMAT