PATAH

15
Jenis-jenis patah a) Patah tebu/tertutup (simple fracture) Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah. b) Patah riok (Compound fracture) Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yang patah tertonjol keluar di bahagian luar kulit. c) Patah melarat (Complicated fracture) Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat kecederaan. d) Patah Remok (Comminuted fracture)

description

patah tulang

Transcript of PATAH

Page 1: PATAH

Jenis-jenis pataha) Patah tebu/tertutup (simple fracture) Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah.b) Patah riok (Compound fracture)Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yang patah tertonjol keluar di bahagian luar kulit.c) Patah melarat (Complicated fracture)Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat kecederaan.

d) Patah Remok (Comminuted fracture)Patah yang berkeping-keping atau beberapa bahagian.

e) Patah Terenyok (Impacted fracture)Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunya terbenam ke dalam tulang yang patah itu.

Page 2: PATAH

f) Patah Rebung (Green Stick fracture)Patah secara menyungkap dan tidak terus putus. Biasanya terjadi kepada tulang kanak-kanak dan bayi.

g) Pecah Remok (Depressed fracture)Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpit organ lain. Contohnya, tengkorak kepala yang terbenam menghimpit otak.

Rawatan Am Pataha) Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah dilakukan di tempat kejadian kecuali keadaan merbahaya di situ.b) Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.c) Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya. Lakukan CPR sekiranya nadi dan pernafasan terhenti.Apabila mangsa pulih, rawatan

Page 3: PATAH

pendarahan hendaklah dilakukan. Hentikan pendarahan secara kaedah langsung atau tidak langsung mengikut kesesuaian.e) Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh mengikut keadaan dan tempat yang patah.g) Dapatkan bantuan perubatan segera.

Patah-patah TertentuPecah Tengkorak KepalaKemungkinan pecah tulang kranium atau tulang pangkal tengkorak.Tanda-tanda dan gejalaa) Mengalami pengsan sebentar atau berterusan.b) Keluar darah dari hidung, tekak atau telinga.c) Muntah.d) Mangsa berkeadaan gelisah.e) Anak mata membesar dan tidak seimbang antara satu dengan lain.h) Nafas berbunyi kuat.

Page 4: PATAH

Rawatana) Baringkan mangsa dalam keadaan mengiring.b) Betulkan saluran pernafasan dengan mendongakkan kepala mangsa. Keluarkan bendasing sekiranya terdapat di dalam mulut mangsa.c) Periksa pernafasan gerak nadi, lakukan CPR jika sekiranya pernafasan dan nadi tidak berfungsi.d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.d) Dapatkan bantuan perubatan segera.

Patah Tulang RahangTanda-tanda dan gejalaa) Sakit pada bahagian dagu atau rahang.

Page 5: PATAH

b) Tidak boleh menggerakkan atau membuka mulut.c) Bengkak dan lebam di bahagian belakang.d) Air liur meleleh keluar dari mulut pesakit.e) Gigi mangsa berselisih.

Rawatana) Tenangkan mangsa dan tentukan saluran pernafasan berada di dalam keadaan baik.b) Ampu bahagian dagu dengan kain yang lembut dan ikat dengan balutan dagu.c) Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan.d) Dapatkan bantuan perubatan.

Patah Tulang BelakangTanda-tanda dan gejalaa) Sakit di bahagian yang mengalami kecederaan.b) Tidak berupaya menggerakkan anggota badan.

Page 6: PATAH

c) Merasa kebas atau hilang rasa anggota bawah.d) Terdapat kecacatan atau lebam pada bahagian tulang yang patah.

Rawatana) Jangan mengangkat atau mengubah pesakit dari tempat kejadian.b) Tenangkan mangsa.c) Kenakan tuap pada bahagian badan pesakit bagi mengurangkan pergerakan pesakit.d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.e) Angkat dengan menggunakan usungan yang rata dan tegang.f) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang RusukTanda-tanda dan gejala

Page 7: PATAH

a) Sakit yang kuat semasa bergerak atau menarik nafas.b) Bengkak dan lebam di tempat cedera.c) Susah bernafas.

Rawatana) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.b) Tentukan mangsa daapat bernafas. Periksa pernafasan mangsa dan beri bantuan pernafasan jika perlu.c) Ampu anggota atas mangsa dengan menggunakan anduh.d) Jika terdapat kecederaan di bahagian dada, alas dengan kain yang lembut dan bersih.e) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang Selangka (Klavikal)Tanda-tanda dan gejala.a) Sakit pada bahagian bahu.b) Hilang upaya mengangkat atau

Page 8: PATAH

mengerakkan anggota atas.c) Bengkak, lebam dan terdapat kecacatan di bahagian bahu.

Rawatana) Tenangkan mangsa.b) Ampu anggota atasa yang terlibat dengan menggunakan anduh.c) Rawat kecederaan yang terdapat.d) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Anggota AtasRawatana) Tenangkan mangsa.b) Ampu anggota atas supaya tidak banyak bergerak dengan menggunakan anduh.c) Jika anggota atas tidak boleh dibengkok, gunakan tuap untuk mengampu bahagian yang tercedera.d) Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan.

Page 9: PATAH

e) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang PunggungTanda-tanda dan gejalaa) Sakit di bahagian punggung.b) Susah bergerak atau berdiri.c) Bengkak dan lebam di bahagian cedera.d) Kemungkinan kencing beserta dengan darah.

Rawatana) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.b) Tenangkan mangsa.c) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.d) Tuap bahagian anggota bawah hingga ke ketiak dengan menggunakan tuap.e) Dapatkan rawatan perubatan.

Page 10: PATAH

Patah Tulang PahaRawatana) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.b) Tenagkan mangsa.c) Hentikan pendarahan dan rawat tempat tercedera.d) Tuapkan anggota bawah dengan menggunakan tuap panjang.e) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang Tibia dan FibulaRawatana) Letak mangsa dalam keadaan selesa.b) Tenangkan mangsa.c) Rawat kecederaan.d) Tuapkan anggota yang cedera supaya tidak bergerak. Jangan cuba membetulkan tulang

Page 11: PATAH

yang patah.e) Dapatkan rawatan perubatan.

Pecah Tulang PatelaRawatana) Baringkan dan luruskan kaki mangsa.b) Tinggikan bahagian kaki dan tuapkan bahagian yang patah.c) Dapatkan rawatan perubatan.