Patrick bin Jolius - Dewan Bahasa dan Pustakabukuteks.dbp.gov.my/media/media/3f0vdf81CX.pdf ·...

1
Patrick bin Jolius anak jati pekan Tenom, Sabah ini memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya pada tahun 2002 dan Diploma Pendidikan dari Institut Perguruan Keningau (KPLI Sekolah Rendah) pada tahun 2006. Beliau berpengalaman luas mengajar mata pelajaran Bahasa Kadazandusun (BKD) sejak tahun 2009 hingga kini. Beliau banyak memberi sumbangan dalam bidang pendidikan, antaranya sebagai ahli Jawatankuasa Penambahbaikan buku teks BKD Tahun 1 hingga Tahun 6. Selain itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Panel Jawatankuasa Peningkatan Mutu buku teks dan buku aktiviti BKD Tahun 2 (2016). Beliau juga terlibat dalam penulisan modul sokongan pengajaran BKD, jurulatih utama BKD dan terlibat dalam penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Penaksiran (DSKP) untuk Tahun 1 hingga Tahun 6. Beliau adalah salah seorang panel penulis buku teks BKD Tahun 3 (2018) dan Tahun 4 (2019). Jesseca Dunis berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Kadazandusun Pendidikan Rendah dari Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran pada tahun 2017 dan kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Pendidikan dalam bidang Bahasa Kadazandusun di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak. Beliau pernah terlibat dalam penulisan buku terbitan IPG Kampus Kent iaitu buku Sajara Koburuon Boros Kadazandusun Institut Pendidikan Guru Malaysia id Gambar (2011 - 2015), (2015) dan buku Impohon Fonetik Fonologi Boros Kadazandusun (2017). Beliau juga pernah terlibat dalam pembinaan buku kosa kata & tatabahasa bagi mata pelajaran Bahasa Kadazandusun pada tahun 2018 dan terlibat dalam pemetaan Kurikulum Kelas Bercantum bagi Sekolah Kurang Murid (Semakan Tahun 2017) Tahun Empat dan Tahun Lima pada tahun 2019. Anak jati kelahiran Kampung Nadau, Kiulu ini telah memulakan khidmat sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan Ulu Sapi, Telupid sejak tahun 2018 sehingga kini. Katia Binti Mapaas berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Rendah daripada Open University Malaysia, Malaysia. Mendapat Pendidikan Awal dalam bidang perguruan di Institusi Maktab Perguruan Sandakan, Sabah (1994-1997), Opsyen PSR-PM. Beliau telah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 22 tahun. Pernah melibatkan diri dalam bidang penulisan Antologi Puisi Guru-guru Malaysia Meracik Purnama (2018). Beliau juga turut terlibat dalam Bengkel DSKP Bahasa Kadazandusun Tahap 2(2017). Kini beliau bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Penampang, Sabah. Beliau adalah salah seorang panel penulis buku teks BKD Tahun 4 (2019).

Transcript of Patrick bin Jolius - Dewan Bahasa dan Pustakabukuteks.dbp.gov.my/media/media/3f0vdf81CX.pdf ·...

Page 1: Patrick bin Jolius - Dewan Bahasa dan Pustakabukuteks.dbp.gov.my/media/media/3f0vdf81CX.pdf · Penambahbaikan buku teks BKD Tahun 1 hingga Tahun 6. Selain itu, beliau juga pernah

Patrick bin Jolius anak jati pekan Tenom, Sabah ini memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya pada tahun 2002 dan Diploma Pendidikan dari Institut Perguruan Keningau (KPLI Sekolah Rendah) pada tahun 2006. Beliau berpengalaman luas mengajar mata pelajaran Bahasa Kadazandusun (BKD) sejak tahun 2009 hingga kini. Beliau banyak memberi sumbangan dalam bidang pendidikan, antaranya sebagai ahli Jawatankuasa Penambahbaikan buku teks BKD Tahun 1 hingga Tahun 6. Selain itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Panel Jawatankuasa Peningkatan Mutu buku teks dan buku aktiviti BKD Tahun 2 (2016). Beliau juga terlibat dalam penulisan modul sokongan pengajaran BKD, jurulatih utama BKD dan terlibat dalam penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Penaksiran (DSKP) untuk Tahun 1 hingga Tahun 6. Beliau adalah salah seorang panel penulis buku teks BKD Tahun 3 (2018) dan Tahun 4 (2019).

Jesseca Dunis berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Kadazandusun Pendidikan Rendah dari Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran pada tahun 2017 dan kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Pendidikan dalam bidang Bahasa Kadazandusun di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak. Beliau pernah terlibat dalam penulisan buku terbitan IPG Kampus Kent iaitu buku Sajara Koburuon Boros Kadazandusun Institut Pendidikan Guru Malaysia id Gambar (2011 - 2015), (2015) dan buku Impohon Fonetik Fonologi Boros Kadazandusun (2017). Beliau juga pernah terlibat dalam pembinaan buku kosa kata & tatabahasa bagi mata pelajaran Bahasa Kadazandusun pada tahun 2018 dan terlibat dalam pemetaan Kurikulum Kelas Bercantum bagi Sekolah Kurang Murid (Semakan Tahun 2017) Tahun Empat dan Tahun Lima pada tahun 2019. Anak jati kelahiran Kampung Nadau, Kiulu ini telah memulakan khidmat sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan Ulu Sapi, Telupid sejak tahun 2018 sehingga kini.

Katia Binti Mapaas berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Rendah daripada Open University Malaysia, Malaysia. Mendapat Pendidikan Awal dalam bidang perguruan di Institusi Maktab Perguruan Sandakan, Sabah (1994-1997), Opsyen PSR-PM. Beliau telah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 22 tahun. Pernah melibatkan diri dalam bidang penulisan Antologi Puisi Guru-guru Malaysia Meracik Purnama (2018). Beliau juga turut terlibat dalam Bengkel DSKP Bahasa Kadazandusun Tahap 2(2017). Kini beliau bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Penampang, Sabah. Beliau adalah salah seorang panel penulis buku teks BKD Tahun 4 (2019).