PBS kali Ke 4

8
SMK SULTAN MUZAFAR SHAH 1 LAMBOR KANAN MINIT MESYUARAT MESYUARAT JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH MINIT MESYUARAT KALI KE 4/2012 Tarikh : 4 Oktober 2012 Masa : 2.50 petang Tempat : Bilik Gerakan Pengerusi : Pn Hajah Rohayati binti Ali Kehadiran : / Nama yang hadir : 1 Puan Hajah Rohayati bt Ali 1 1 Encik Nor Azam bin Harun 2 Puan Hajah Zainun bt Haji Shaffian 1 2 Puan Asmarita bt Mohamad 3 Tuan Haji Azman bin Amran 1 3 Encik Mohd Amin bin Asaad 4 Encik Nasir bin Abdullah 1 4 Encik Daud bin Abdul Hamid 5 Encik Abdul Ghani bin Harris 1 5 Puan Rosmaini bt Ismail 6 Puan Rohaya bt Mokhtar 1 6 Encik Shamsul bin Abu Khairi 7 Encik Hamad Saikhie bin Abu Hassan 1 7 Puan Nuru Nadia bt Asnan 8 En Irwan bin Hassim 1 8 Encik Mohd Nizam bin Tajudin 9 Puan Rokiah bt Mat Ali 1 9 Puan Martini bt Md Saad 10 Encik Abdul Rani bin Shaari 2 0 Cik Fauzimah bt Shafie 2 1 Puan Rozita bt Mohd Suan Nama Yang Tidak Hadir : BI L PERKARA TINDAKAN 1.0 Ucapan Aluan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru ke mesyuarat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kali keempat bagi tahun 2012. 2.0 Post Mortem Pelaksanaan PBS 2.1 Fail Portfolio Guru Pengerusi memperingatkan semua guru bahawa sebagai pelaksana dasar kerajaan,semua guru wajib menyiapkan tugasan yang diberi termasuk melengkapkan Fail Portfolio Guru (FPG). Guru guru Pentaksir Sekolah

Transcript of PBS kali Ke 4

Page 1: PBS kali Ke 4

SMK SULTAN MUZAFAR SHAH 1LAMBOR KANAN

MINIT MESYUARATMESYUARAT JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

MINIT MESYUARAT KALI KE 4/2012

Tarikh : 4 Oktober 2012Masa : 2.50 petangTempat : Bilik GerakanPengerusi : Pn Hajah Rohayati binti AliKehadiran : / Nama yang hadir :1 Puan Hajah Rohayati bt Ali 11 Encik Nor Azam bin Harun2 Puan Hajah Zainun bt Haji Shaffian 12 Puan Asmarita bt Mohamad3 Tuan Haji Azman bin Amran 13 Encik Mohd Amin bin Asaad4 Encik Nasir bin Abdullah 14 Encik Daud bin Abdul Hamid5 Encik Abdul Ghani bin Harris 15 Puan Rosmaini bt Ismail6 Puan Rohaya bt Mokhtar 16 Encik Shamsul bin Abu Khairi7 Encik Hamad Saikhie bin Abu Hassan 17 Puan Nuru Nadia bt Asnan8 En Irwan bin Hassim 18 Encik Mohd Nizam bin Tajudin9 Puan Rokiah bt Mat Ali 19 Puan Martini bt Md Saad10 Encik Abdul Rani bin Shaari 20 Cik Fauzimah bt Shafie

21 Puan Rozita bt Mohd Suan

Nama Yang Tidak Hadir :

BIL PERKARA TINDAKAN1.0 Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru ke mesyuarat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kali keempat bagi tahun 2012.

2.0 Post Mortem Pelaksanaan PBS2.1 Fail Portfolio GuruPengerusi memperingatkan semua guru bahawa sebagai pelaksana dasar kerajaan,semua guru wajib menyiapkan tugasan yang diberi termasuk melengkapkan Fail Portfolio Guru (FPG).Pengerusi meminta setiap guru menyemak dan memastikan kewujudan setiap dokumen yang wajib diisi di dalam FPG.

Guru –guru Pentaksir Sekolah

2.2 Fail Perkembangan MuridPengerusi memaklumkan bahawa penyemakan Fail Perkembangan Murid (FPM) oleh pihak pentadbir dan Setiausaha PBS menunjukkan terdapat FPM yang bermasalah misalnya tarikh pelaksanaan yang lewat dan kuantiti evidens murid kurang daripada kuantiti yang sepatutnya.

Guru –guru Pentaksir Sekolah

Page 2: PBS kali Ke 4

2.2.1 Bilangan instrumen/evidens pentaksiranPengerusi mempersoal kuantiti evidens di dalam FPM Bahasa Melayu yang tidak sama dengan kuantiti instrumen yang telah dilapor dilaksanakan di dalam kelas.Puan Rosmaini (Guru Pentaksir Bahasa Melayu) memaklumkan bahawa kuantiti evidens di dalam FPM sebilangan murid tidak sama dengan kuantiti instrumen yang sepatutnya kerana masalah murid tidak hadir ketika pentaksiran dijalankan.Pengerusi menjelaskan bahawa setiap evidens perlu dimasukkan ke dalam FPM sekiranya mana-mana murid tidak hadir pada hari yang berkenaan.Guru juga perlu sentiasa mengikut perkembangan murid dan mencari jalan bagaimana untuk memastikan murid menyiapkan setiap evidens yang dibekalkan.

2.2.2 Kepelbagaian bentuk evidensPengerusi memaklumkan bahawa evidens PBS boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk seperti penghasilan kad ucapan dan poster.Para guru digalakkan menggunakan Teknologi Maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pengerusi mengambil contoh penggunaan ‘Facebook Profile Form’ yang digunakan dalam subjek Bahasa Inggeris bagi mentaksir kemahiran menulis dalam Bahasa Inggeris murid.

2.2.3 Penyediaan evidensPengerusi menyarankan agar setiap pentaksir mencetak semua evidens yang ingin digunakan sepanjang tahun bagi memudahkan proses pentaksiran.Setiap evidens yang telah dicetak perlu disertakan di dalam FPG.

2.2.4 Semakan evidens pelajarPengerusi menegur dan memperingatkan pentaksir bahawa setiap evidens yang telah disiapkan pelajar haruslah disemak dan ditulis tarikh semakan.Pentaksir juga perlu memastikan pelajar menyiapkan evidens mengikut arahan yang telah diberikan.Sebagai contoh, jika arahan meminta pelajar menggunakan pensel dan jangka sudut untuk melukis rajah,pelajar perlu menggunakan alatan seperti yang telah diarahkan.

Pengerusi memperingatkan pentaksir untuk menurunkan tandatangan pada evidens pelajar sebgai bukti bahawa evidens tersebut telah disemak.

Pengerusi mengarahkan agar para pentaksir menyemak evidens mengunakan pen merah untuk membezakan tulisan guru dan pelajar. Bagi evidens yang mempunyai kesalahan, pentaksir perlu memberitahu pelajar cara untuk melakukan pembetulan dan memastikan pelajar melakukannya.

Guru –guru Pentaksir Sekolah

Guru –guru Pentaksir Sekolah

Guru –guru Pentaksir Sekolah

Guru –guru Pentaksir Sekolah

Page 3: PBS kali Ke 4

2.2.5 Kekurangan /ketiadaan evidensEncik Shamsul (Guru Pentaksir Sains) memaklumkan bahawa evidens bagi subjek Sains tidak dibekalkan sepenuhnya oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) jadi pentaksir perlu membina sendiri evidens untuk diberikan kepada pelajar.

Encik Shamsul memaklumkan bahawa evidens bagi subjek Kemahiran Hidup juga perlu dibina oleh guru sendiri.

Cik Fauzimah (Guru Pentaksir PSV) memaklumkan bahawa guru pentaksir PSV tidak diberitahu tentang jumlah evidens yang perlu untuk subjek tersebut kerana taklimat PBS yang diberi adalah terlalu ringkas.

Encik Irwan (Guru Pentaksir Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan) memaklumkan bahawa terdapat masalah ketiadaan evidens bagi pentaksiran subjek PSK .Hal ini menyebabkan pentaksiran berjalan secara perlahan.

Pengerusi mencadangkan agar guru-guru cuba untuk mendapatkan sumber evidens daripada internet, memuat turun dan mencetak evidens tersebut.

Encik Irwan bertanyakan tentang mesin pencetak kerana mesin pencetak sedia ada tidak dapat berfungsi.

Pengerusi menyarankan agar wang peruntukan untuk Literasi Komputer digunakan untuk membeli mesin pencetak yang baru.

Encik Amin (Pentaksir Sejarah) memaklumkan bahawa ketika Kursus Penataran PBS ,guru-guru yang hadir tidak sempat menyiapakan evidens pada tempoh masa yang sangat terhad. Jadi, guru – guru perlu membina sendiri atau mendapatkan evidens daripada sumber lain.

Beliau juga menyatakan bahawa tiada inisiatif yang dilakukan oleh pihak PPD untuk membantu para guru dalam isu ini.Isu ini telah dibangkitkan oleh guru yang terlibat namun masih tiada maklum balas yang diberikan oleh pihak PPD. Beberapa orang guru juga telah berkumpul,berbincang dan cuba melakukan yang terbaik bagi membina evidens untuk kegunaan di sekolah.Encik Amin mengandaikan bahawa ketiadaan peruntukan mungkin menyebabkan timbulnya masalah tersebut.

Pengerusi memperingatkan para guru bahawa masalah yang timbul perlu dicatat dan dimaklumkan kepada pihak PPD kerana suara guru perlu didengari.

2.2.6 Borang Senarai Semak EvidensMengambil contoh FPM bagi subjek Geografi,pengerusi mencadangkan agar semua pentaksir membuat Borang Senarai Semak Evidens yang seragam bagi setiap FPM bagi memudahkan para pentaksir mengikuti perkembangan pelajar.

Guru –guru Pentaksir Sekolah

Guru –guru Pentaksir Sekolah

Guru –guru Pentaksir Sekolah

Page 4: PBS kali Ke 4

2.2.7 PBS PJK/Ujian SEGAKEncik Nizam (Guru Pentaksir PJK) memaklumkan bahawa pentaksir subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan hanya diberikan maklumat yang lebih terperinci ketika penataran kali kedua diadakan.Pentaksir hanya diberi Deskriptor bagi setiap Band dan guru perlu membina sendiri evidens.

2.2.8 Penilaian PsikometrikPengerusi bertanyakan kehadiran Kaunselor dan Ahli Jawatankuasa PBS yang lain di samping memperingatkan bahawa penilaian Psikometrik perlu didedahkan kepada semua guru terlibat dan mesyuarat penting untuk dihadiri sebagai platform perbincangan & perjumpaan.

2.2.9Evidens bagi Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Encik Irwan memaklumkan hanya terdapat 2 evidens bagi subjek PSK.

Pengerusi mencadangkan agar guru pentaksir mengambil gambar aktiviti pelajar sebagai evidens tidak bertulis. Pengerusi memberitahu bagi aktiviti Khidmat Masyarakat, kertas kerja perlu dibuat disusuli dengan laporan bergambar tentang aktiviti yang telah dijalankan.Sebagai contoh, guru boleh membimbing para pelajar melakukan gotong royong di masjid dan berkebun.

Pengerusi juga menggalakkan para guru agar mempunyai daya kreativiti dan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran,misalnya dengan menghasilkan hasil pembelajaran dalam bentuk seperti pamplet,kad,banner dan lain-lain kerana para pelajar sebagai generasi Y perlu dan mahukan sesuatu yang kreatif,mudah ,cantik dan menarik.

Pengerusi juga memperingatkan tentang peranan Guru –guru Kanan dan semua guru yang lain yang perlu lebih berani untuk mencuba sesuatu yang baru.

2.2.10 Pengurusan Fail Perkembangan MuridPengerusi meminta Pentaksir PSV untuk meletakkan kesemua FPM di bilik guru bagi mempemudahkan para pentaksir menguruskan fail.Pengerusi juga meminta kerjasama daripada semua guru untuk menerima arahan daripada Ketua Pentaksir Sekolah iaitu Guru Penolong Kanan Pentadbiran misalnya kesemua fail perlu diletakkan di bilik guru seperti yang telah diarahkan oleh GPK Pentadbiran.

Encik Daud (Guru Pentaksir Matematik) mencadangkan agar kesemua evidens setiap pelajar dapat dikumpulkan dalam satu fail yang sesuai dan diletakkan di tempat simpanan fail yang lebih besar dan sesuai untuk jangka masa panjang memandangkan setiap pelajar mempunya sejumlah besar evidens yang perlu disimpan di dalam fail mereka.Hal ini juga bagi memudahkan guru ganti/relief untuk menjalankan PBS di dalam kelas ketika ketiadaan Guru Pentaksir.

Pengerusi mencadangkan agar sebuah Bilik Operasi PBS disediakan bagi mengatasi masalah ini.

Guru –guru Pentaksir PJK

KaunselorAJK PBS Guru –guru Pentaksir Sekolah

Guru –guru Pentaksir PSK

Guru –guru Pentaksir Sekolah

Guru –guru Pentaksir Sekolah

Page 5: PBS kali Ke 4

2.2.11 Penyeragaman Fail Perkembangan MuridPengerusi mencadangkan agar semua guru pentaksir mengikut standart yang telah ditetapkan dalam menyediakan FPM dan evidens. (Sila rujuk Lampiran 1)

Pengerusi memperingatkan bahawa PBS memerlukan kerjasama daripada kesemua Panitia dan guru,tidak mengira tingkatan yang diajar.Pengerusi juga menyatakan bahawa para guru bertanggungjawab untuk memberi cadangan penambahbaikan dan pelaksanaan PBS.

Semua guru

Guru –guru Pentaksir Sekolah

2.3 Tindakan segera bagi pelaksanaanPengerusi memberitahu para pentaksir bahawa segala kesilapan atau masalah yang ada perlu diperbetulkan dari sekarang dan segera kerana pada tahun hadapan kelas yang perlu menjalani PBS akan bertambah dengan kemasukan pelajar Tingkatan 1 sesi 2013.Pengerusi memperingatkan para guru tentang sesi persekolahan 2012 yang akan berakhir lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi dan mengharapkan agar semua guru dapat bertindak secara seragam dalam melaksanakan PBS agar tidak ada guru yang ketinggalan.

Guru –guru Pentaksir Sekolah

2.4 Masalah seorang Guru Pentaksir untuk beberapa subjekPengerusi mencadangkan agar guru yang mengajar lebih daripada satu subjek untuk memiliki lebih daripada satu fail.(Satu fail bagi satu subjek)

Pengerusi mengusulkan agar pada tahun hadapan dilakukan rombakan bagi mengatasi masalah seorang guru bagi beberapa subjek.Beliau juga mencadangkan pertukaran Setiausaha PBS kerana Encik Irwan mempunyai banyak tanggungjwab lain yang perlu dipikul.

Pentadbir

Guru –guru Pentaksir Sekolah

2.5 Pencapaian Band Guru Penolong Kanan Pentadbiran (Ketua Pentaksir Sekolah) membangkitkan isu samada semua Band (Band 1-6 ) perlu dilaksanakan pada tahun ini juga.Encik Rani ( Guru Pentaksir Geografi ) memaklumkan bahawa secara asasnya guru perlu menghabiskan Band 1 hingga Band 3 memandangkan Band 4 hingga Band 6 agak sukar untuk dicapai oleh para pelajar. Namun begitu, para pelajar yang dirasakan layak mendapat Band 5 dan Band 6 oleh pentaksir perlu diberi peluang.

Guru Penolong Kanan mencadangkan agar pelajar yang dirasakan mampu untuk mencapai Band 6 boleh ditawarkan untuk melaksanakan evidens tersebut.

Guru –guru Pentaksir Sekolah

2.6 Soal Selidik PBSKetua Pentaksir Sekolah bertanya tentang tiga orang guru yang memberi respon ‘Tidak mendapat taklimat PBS’ ketika menjawab soal-selidik yang dijalankan secara atas talian.Puan Rozita dan Puan Nurul Nadia memberi maklum balas bahawa berkemungkinan mereka yang telah memberi respon terbabit.

PentadbirGuru –guru Pentaksir Sekolah

Page 6: PBS kali Ke 4

2.7 Masalah-masalah lain

2.7.1 Kekangan masa bagi PBS Ujian SEGAK subjek PJK Encik Nizam membangkitkan masalah kekangan masa yang dihadapi oleh para pentaksir PJK memandangkan hanya terdapat 1 ‘period’ sahaja bagi PJK.

Encik Amin (Guru Pentaksir Sejarah ) juga memperakui bahawa terdapat kekangan masa bagi pentaksiran Sejarah memandangkan subjek Sejarah melibatkan 11 bab dan silibus hanya habis pada bulan 9.

Pengerusi mencadangkan agar Guru Pentaksir PJK melaksanakan tindakan seperti yang dilakukan pada tahun lepas yang mana guru PJK boleh mengambil waktu lain dan digantikan semula.Pengerusi memperingatkan para guru untuk merancang lebih awal apa yang akan dilakukan sekiranya ingin mengambil tindakan tersebut.Pengerusi juga meminta guru yang terlibat agar menunggu surat pekeliling yang baru berkenaan P&P PJK di sekolah kerana dalam mesyuarat daerah yang terkini,sekolah masih perlu mematuhi pekeliling yang sedia ada.Pengerusi juga menyarankan agar guru yang terlibat mengemukakan isu ini dalam mesyuarat di peringkat daerah.

2.7.2 Masalah tingkah laku pelajarPuan Rokiah ( Pentaksir Pendidikan Islam) ,bertanyakan tindakan yang perlu dilakukan terhadap para pelajar yang enggan melaksanakan evidens yang telah disediakan dan mengganggu pelajar lain ketika P&P dijalankan.

Tuan Haji Azman ( GPK Hal Ehwal Murid) mencadangkan agar para pelajar yang telah dikenalpasti ini dimasukkan ke kelas Pendidikan Khas dan dikategorikan sebagai pelajar ‘lembam’ atau ‘slow learner’.

Encik Nor Azam (Pentaksir Bahasa Inggeris) membangkitkan isu para pelajar meniru ketika menyiapkan evidens menyebabkan berlaku ketidakadilan kepada pelajar lain yang melakukan tugas dengan baik.Pentaksir juga menghadapi masalah kawalan kelas kerana terpaksa memperingatkan pelajar untuk tidak meniru dan memberi fokus yang lebih kepada sekumpulan pelajar yang lemah tersebut.Beliau mencadangkan agar susunan meja di dalam kelas dirombak dan meja disusun seperti ketika peperiksaan.

Pengerusi memperakui bahawa meniru merupakan sikap yang tidak patut diamalkan dan guru perlu sentiasa memperingatkan pelajar mengenai nilai murni .Encik Nasir (GPK Kokurikulum) menyatakan bahawa setiap subjek mempunyai pendekatan yang berbeza.

Pengerusi mencadangkan agar pelajar lelaki ditempatkan di baris hadapan manakala pelajar perempuan di belakang untuk melatih pelajar lelaki sebagai pemimpin.Susunan meja adalah seperti peperiksaan bermula keesokan harinya (Jumaat).Pengerusi juga mencadangkan agar pelajar diberi peluang bekerja secara berkumpulan.

Guru –guru Pentaksir PJK

Pentadbir

Guru –guru Pentaksir Sekolah

Guru –guru Pentaksir Sekolah

Page 7: PBS kali Ke 4

2.7.3 Masalah akses ke Sistem Pengurusan PBS dan talian internetEncik Irwan (Penyelaras PBS) memaklumkan bahawa beliau baru mengemaskini sistem pengurusan PBS sekolah dan menetapkan’kata laluan’ bagi semua guru.Semua guru mungkin menghadapi masalah untuk memasukkan markah kerana sistem baru sahaja pulih dan boleh diakses dengan lebih baik.

Pengerusi bertanyakan semua guru samada mereka sudah mempunyai kata laluan atau belum.Semua guru sudah dimaklumkan tentang kata laluan mereka.

2.7.4 Penggunaan masa di luar waktu persekolahan bagi menyiapkan evidens Puan Rozita (Pentaksir Bahasa Inggeris ) meminta kebenaran bagi mengadakan pertemuan dengan pelajar selepas waktu persekolahan untuk memberi bimbingan yang lebih berfokus kepada pelajar bermasalah.

Pengerusi memberi kebenaran tetapi hal tersebut perlu dimaklumkan kepada ibu bapa dan makan tengahari perlu disediakan.

Setiausaha PBS

Guru –guru Pentaksir Sekolah

Guru –guru Pentaksir Sekolah

3.0 Hal-hal lain3.1 Agihan subjekPengerusi mencadangkan agar seorang guru diberi maksima dua subjek sahaja untuk ditaksir.

3.2 Komitmen para guruBagi memastikan PBS dapat dilaksanakan dengan lancar, guru sebagai agen pelaksana harus berusaha bersungguh-sungguh.

3.3 Tayangan slaid : Penanda Aras Ketau Pentaksir Sekolah memaparkan tayangan slaid gambar-gambar yang diambil dari SMK Tanjung Bungah Pulau Pinang yang terpilih menjadi sekolah penanda aras program PBS.

Pengerusi mencadangkan agar Bilik Displin & Biasiswa dijadikan Bilik Operasi PBS.

Pentadbir

Semua guru

Guru Pentaksir Sekolah

4.0 Ucapan PenangguhanPengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan memaklumkan bahawa akan ada lagi pertemuan seterusnya berkenaan PBS.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.

Makluman

Disediakan oleh,

..............................(Encik Irwan bin Hassim) Penyelaras PBS SMK Sultan Muzafar Shah 1

Disemak oleh,

..............................................(Puan Hajah Rohayati bt Ali) Pengetua SMK Sultan Muzafar Shah

Page 8: PBS kali Ke 4