PBS - PENDIDIKAN SIVIK F3

25
DISEDIAKAN OLEH PSK 2014 @ LUQMAN ‘AFIF | 1 NAMA : KELAS : NO. KAD PENGENALAN : NAMA GURU :

description

a documentation that helps you in moral education

Transcript of PBS - PENDIDIKAN SIVIK F3

DISEDIAKAN OLEH

NAMA: KELAS:NO. KAD PENGENALAN: NAMA GURU:

ISI KANDUNGAN

TAJUKHALAMAN

Isi kandungan2

Penghargaan 3

Pendahuluan 4

Minat dan potensi diri5

Objektif 8

Tokoh

Kesimpulan

Rujukan

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat ilahi kerana memberi peluang kepada saya untuk menyiapkan buku skrap ini bagi tahun 2014. Saya ingin berterima kasih kepada Ustaz Azizan Bin Harun kerana memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan folio ini.

Selain itu, saya ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya kerana member semangat dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan folio ini. Saya berharap agar folio ini dapat memenuhi kehendak guru.

PENDAHULUAN

Saya telah diberi tugas untuk menyiapkan folio ini dan tajuknya ialah pilihan kerjaya. Kerjaya ialah pekerjaan yang kita pilih dan ceburi untuk mencari nafkah hidup. Antara kerjaya yang semakin ramai ceburi pada masa kini antaranya ialah jurutera, pemuzik, pendidik, doktor dan sebagainya. Setiap kerjaya memerlukan kelayakan ikhtisas untuk melayakkan diri mereka menceburi kerjaya tersebut. Sebagai contoh, jika anda ingin menjadi seorang doktor kita hendaklah mempunyai kelayakan dalam bidang perubatan. Kemahiran juga diperlukan. Kemahiran ialah kecekapan menggunakan alat dan perkakas dengan ketangkasan tangan, ketajaman penglihatan dan koordinasi anggota yang baik. Antara kerjaya yang memerlukan kemahiran ialah jurutera, arkitek, pelukis dan sebagainya.

MINAT DAN POTENSI DIRI

Potensi diri amat penting kerana ianya sebahagian daripada diri kita. Rajah di bawah membahagikan peribadi manusia kepada enam golongan.

Peribadi SosialPotensi diri mahir menggunakan bahasa. Suka bersama dengan orang lain, mudah bergaul dan menyampaikan sesuatu kepada orang lain, serta membantu orang

Peribadi PenyelidikPotensi diri menyelesaikan masalah. Suka menyiasat, mencerap, menganalisis dan menilai.

Peribadi ArtistikPotensi diri kreatif. Suka dengan inovasi, imaginasi, seni dan suasana tak berstruktur

MINAT DAN POTENSI DIRI

Peribadi RealistikPotensi diri mekanikal. Suka dengan objek, alat, mesin, pepohon dan haiwan- suka berada di luar bangunan

Peribadi KonvensionalPotensi diri melaksanakan konvensi. Suka dengan kerja-kerja perkeranian, data, pengiraan dan tugas-tugas yang terperinci.

Peribadi Berdaya UsahaPotensi diri memenuhi matlamat atau keuntungan. Suka bersama orang lain, melakukan sesuatu, mengurus dan memujuk orang

Selain itu, sesetengah orang pasti mempunyai bakat yang tependam. Bakat ialah kebolehan semula jadi seperti kebolehan melukis, bermain, mengingat dan sebagainya.

Minat pula ialah kesukaan atau kecenderungan untuk melakukan sesuatu dengan rasa senang seperti kesukaan melakukan aktiviti lasak, membaca, mencipta atau mengubah suai sesuatu dan sebagainya.

OBJEKTIF Mengenal pasti minat dan potensi diri.

Mempunyai keyakinan diri untuk meneroka kerjaya yang diminati.

Dapat mengenal pasti tokoh tokoh yang berjaya.

Menghayati keyakinan diri tokoh tokoh yang berjaya.

Mengenali bakat dan minat diri sendiri.

TOKOH

1. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukur Husin Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.Abdul Syukor dilahirkan di Kampung Tebing Tinggi,Jerantut,Pahang. Bapanya Haji Husin seorang guru agama kampung dan ibunya Hajah Maryam seorang surirumah tangga.Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Tebing Tinggi. Kemudian sambung belajar peringkat menengah di Sekolah Al-Junid,Singapura. Beliau merupakan PengerusiJawatankuasa Fatwake-5 (2005-kini). Pada 27 November 2011, beliau dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2011 olehYang di-Pertuan AgongSultan Mizan Zainal AbidindiPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya(PICC).Beliau adalah Timbalan Pengerusi Akademi Fiqh Sedunia.

2. Syed Mokhtar Al Bukhary Usahawan Beliau dilahirkan diAlor Setar,Kedahpada1951. Syed Mokhtar tidak sempat mengambil periksaanSPMkerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan. Beliau ialah PengerusiYayasan Albukhary. Pada 2008, beliau diumumkan sebagaiTokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan diPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya(PICC).Beliau seorang yang suka berahsia serta pernah dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009. Menurut majalahMalaysian Businessbeliau mempunyai harta bernilai RM8.84 bilion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005 hingga 2011. Menurut majalah Forbes, beliau orang ke-32 terkaya di Asia Tenggara. Beliau adalah orang kedua terkaya di Asia Tenggara selepas pengerusi Berjaya Corp,Vincent Tan. Syarikatmnya mempunyai 67,700 tenaga pekerja.Beliau juga 'Wira Dermawan Asia' selain DatukMohd Zaid Ibrahim,Leonard Linggi Tun Jugah, danHishamudin Ubaidulla.

3. P Ramlee SenimanTan SriDatuk Amar Dr.P. Ramlee(dilahirkan sebagaiTeuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh; 22 Mac 1929 - 29 Mei 1973) merupakan seorangpenyanyi,pelakon,pengarah,pemuzikdanpenulis laguyang berasal dariPulau Pinang,Malaysia. Beliau juga digelar sebagai "Seniman Agung Negara" kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantauAsia Tenggara. Beliau pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa sepertiBest Male Lead Role(Festival Filem Asia Ke-4,Tokyo) danMost Versatile Talent(Festival Filem Asia Ke-10, Tokyo). Beliau berjaya menghasilkan sebanyak 401 buah lagu dan 66 buah filem sepanjang hayatnya.

4. Redzuawan Ismail Chef SelebritiAwal kerjaya beliau sebagaiakauntan. Katanya, selepas melihat populariti pelbagai jenis makanan di negara-negaraAsia Baratbeliau memutuskan untuk mempromosikan Malaysia dan lain-lain negaraAsia Tenggaramenggunakan makanan mereka.Beliau mempunyai ijazah bersekutu dalam Latihan Chef Profesional dan Pengurusan Hotel dari California Culinary Academy dan Ritz Diploma Escoffeir dari Hotel Ritz itu. Beliau kini merupakan duta jenama untukAirAsia. Pada tahun 2009, beliau memenangi Selebriti televisyen Best Chef daripada Gourmand Cookbook Anugerah Dunia.

5. Ananda Krishnan Usahawan MultimediaDilahirkan diBrickfieldsyang merupakan "India Kecil" kepadaKuala Lumpur, Ananda ialah anak kepada sebuah keluargaTamildaripadaSri Lanka. Sewaktu kecil, beliau seorang kanak-kanak gagap. Beliau terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknyaminyak, penternakankuda bibit(diAustralia),perjudian, studio kartunHollywood,telekomunikasi,multimedia,perkapalan,tenaga, danharta tanah. Syarikat-syarikatnya beroperasi di kebanyakan tempat diAsia Tenggara.Pada tahun1985, bersama Bob Geldof dariBritain, Ananda menjadi penaja konsertBand Aidyang sulung dan yang memainkan peranan penting dalam pengenalanLive AidkeAsiaBeliau tidak suka menonjolkan diri dan sentiasa memeliharakan profil yang rendah, akan tetapi kegiatan-kegiatan perniagaannya yang amat berjaya selalu menyebabkannya menjadi perhatian ramai. Beliau juga antara orang yang terkaya di Malaysia.

6. YM. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid CendekiawanBeliau dilahirkan diLondonpada28 Januari1922, merupakan keturunan dirajaJohor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru, kemudian di Sekolah Bukit Zahrah dan seterusnya di English College, Johor Bahru , Sekolah MelayuBatu Pahat, kemudian menyambung pengajiannya diRaffles CollegekemudiannyaUniversiti MalayaSingapuradan mendapat ijazah ekonomi pada1951. Kemudian pada1964, beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi diWaseda University,Tokyo,Jepun. Beliau yang dianugerahkan gelaranProfessor Diraja Ekonomi(Pembangunan Luar Bandar) pada17 Jun1978.Ungku Aziz juga merupakan pengasas ANGKASA dan Yang DipertuaANGKASAsejak ditubuhkan pada1971.Pada 21 Julai 2002 beliau telah dianugerahkan Tokoh Koperasi Negara sempena Hari Koperasi Negara.

7. Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz Gabenor Bank NegaraBeliau dilahirkan diJohor Bahru,Johordan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta,Petaling Jayapada1958. Pada tahun1970, beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada1978. Pada tahun1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada1 September1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada1 Mei2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut. Pada 13 September 2010, Dr Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalahGlobal Finance. Ia berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah. Turut menerima anugerah ialah KetuaBank Pusat AustraliaGlenn Stevens,Stanley Fischer(Israel),Lee Seong-tae(Korea Selatan),Fai-Nan Perng(Taiwan),Durmus Yilmaz(Turki) danTrichet(Kesatuan Eropah).

8. Lee Chong Wei AtletDatukLee Chong Wei, lahir pada 21 Oktober 1982 diBagan Serai,Perak ialah seorang pemainbadmintonprofessional dariMalaysiayang kini menetap diBukit Mertajam. Lee merangkul pingat perak di temasyaSukan Olimpik2008dan2012, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat OlimpikMalaysiasejak tahun1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaranDatukkepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri MalaysiaDatuk Seri Najib Tun Razaksebagai wira kebangsaan. Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.[6]Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketiga yang mencapai tangga teratas selepasRashid SidekdanRoslin Hashim(semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysian yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.

9. Abdul Samad Bin Mohammad Said Sasterawan NegaraAbdul Samad bin Muhammad Said atau nama penanya A. Samad Said, Hilmy Isa, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra, dan Shamsir dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Semasa berumur enam bulan, A. Samad Said dibawa oleh keluarganya ke Singapura. A. Samad Said memperoleh pendidikan formal di Sekolah Melayu Kota Raja hingga lulus darjah IV (1940-1946). Kemudian A. Samad meneruskan pengajiannya dalam kelas petang di Victoria Institution hingga memperolehi sijil Senior Cambridge (1956). Pengalaman kerjaya A. Samad Said bermula sebagai kerani, pengarang di Utusan Melayu, Berita Harian, Kumpulan The Straits Times, dan ketua pengarang akhbar Warta Teberau. Jawatan terakhir A. Samad Said ialah sebagai ketua pengembangan sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times, Kuala Lumpur. Kini A. Samad Said menjadi penulis sepenuh masa yang aktif berkarya. Sejak di bangku sekolah lagi minatnya terhadap sastera mula berputik apabila beliau berjinak membaca karya sastera dalam dan luar negera seperti karya Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya, Achdiat, Hamzah dan Wijaya Mala. Beliau juga membaca novel Oliver Twist, Wuthering Height, dan Almayers Folly. Beliau juga menggunting dan menyimpan cerpen daripada akhbar tempatan dan mengkajinya sebelum menghasilkan cerpennya sendiri. Kegiatan menterjemah beberapa karya asing juga secaran tidak langsung memperkuatkan minatnya terhadap kesuasteraan. Bermula detik alam persekolahan hingga kini A. Samad Said tida jemu menghasilkan puluhan karya dalam genre novel, puisi, drama, cerpen, dan esei untuk mewarnakan dunia sastera di persada tanah air dan antarabangsa. Antara karya besar yang dihasilkan ialah Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku dan Warkah Eropah, AL-AMIN , Riwayat Hidup Rasululiah s.a.w dalam Puisi (1999) dan kumpulah puisi Suara Dari Dinding Dewan (2003) terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Sentuhan karyanya yang terbaharu ialah novel Adik Datang, kumpulan puisi Dirgahayu Dr Mahathir dan kumpulan puisi kanak-kanak Rindu Ibu yang diterbitkan oleh Wira Bukit Sdn Bhd.Beberapa karyanya diadaptasi menjadi teater/drama pentas seperti Salina, Sungai Mengalir Lesu, Lantai T. Pinkie, dan Memori Di Hadapan Pulau. Pencapaian dan sumbangan A. Samad Said dalam memperkayakan dan memertabatkan kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan kerajaan apabila beliau menerima pelbagai anugerah. Antaranya termasuklah Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Anugerah Sasterawan Negara (1985), dan Anugerah Sasterawan Nusantara (1999).Selain pengiktirafan dalam bidang sastera, A.Samad Said juga telah dianugerahkan darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk dalam tahun 1997 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka. (Dewan Sastera Ogos 2003).Kerajinannya menghasilkan karya dan ketekunannya membaca karya-karya orang lain menjadi titik penentu A. Samad Said ditabalkan sebagai Sasterawan Negara yang versatil di ujana kesusasteraan tanah air. Dalam karya A. Samad Said, khalayak akan melihat ketelitian dan kecermatannya sebagai pengarang pengarang yang menuangkan nurani seninya. A. Samad Said berpendapat bahawa untuk melahirkan karya, karyawan tidak hanya bergantung pada bahan dan bakat serta kekuatan fikiran sahaja tetapi yang penting ialah pembacaan dan pengalaman yang luas.

10. Nicol Ann David Atlet NegaraDatukNicol Ann Davidialah seorang pemainskuasyprofesional wanita berbangsaMalaysiayang menjadi wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau pernah memenangi gelaranTerbuka Britishpada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaranTerbuka Duniapada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010. Nicol merupakan pemain skuasy pertama yang menjuaraiKejohanan Skuasy Junior Seduniadua kali; iaitu pada tahun 1999 dan 2001 di bawah bimbinganRichard Glanfield. Beliau kekal satu-satunya pemain skuasy wanita yang berbuat demikian, sehinggaRaneem El Weleilymenyamai pencapaian beliau ini dengan memenangi Kejohanan Junior Sedunia keduanya pada tahun 2007. Nicol menyertaiWISPAlalu mencapai status profesional pada tahun 2000 apabila memenangi gelaran WISPA sulungnya hanya sebulan selepas penyertaannya itu. Kemenangan itu tercapai pada bulan Februari apabila beliau menewaskanSalma Shabanadi pusingan akhir Terbuka Finland Savcor. Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti sempena hari keputeraanYang di-Pertuan AgongTuanku Mizan Zainal Abidin. Nicol turut diundang untuk membawa obor Olimpik untuk Malaysia sewaktu persediaan ke Sukan Olimpik di Athens pada tahun 2004 di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia olehUNDP. Antara pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan Skuasy Asia yang dijuarainya tujuh kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010). Beliau juga mempertahankan tempoh kejuaraan demi kejuaraan selama 13 bulan dan 51 perlawanan mulai Mac 2006, hingga tewas di tangan Natalie Grinham di Terbuka Seoul pada April 2007. Bagaimanapun, beliau sekali lagi membuat rentetan tanpa kalah selama Nicol turut meraihPemain Terbaik WISPAenam kali berturut-turut, dari tahun 2005 hingga 2010.

KESIMPULANSetelah mengetahui pelbagai tokoh walaupun berbeza latar belakang, tetapi mereka telah mencipta sejarah bahawa setiap kesusahan yang berlaku pasti ada hikmah. Oleh itu, kita haruslah menanam cita cita demi masa hadapan. Kita juga perlu belajar bersungguh sungguh untuk mencapai hasrat kita untuk menjadi orang yang berjaya. Akhir sekali, kita haruslah mengenal pasti potensi dan minat diri sendiri untuk menentukan masa depan kita.

RUJUKAN

http://ms.wikipedia.org/wiki/Nicol_Ann_David

http://penyair.wordpress.com/2007/02/13/biografi-a-samad-said/

Percetakan Rina Sdn Bhd, 2006, Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan tingkatan 3.

www.forbes.com

PSK 2014 @ LUQMAN AFIF | 19