Pbs Sivik - Buku Skrap

25
1 TEMA WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA TAJUK KOMPILASI CERITA RAKYAT PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA Disediakan Oleh : Rohani binti Majid Mazshilawati binti Rafai Adibah binti Mansor Suhanida binti Che Sulaiman Fatimah Zaharah binti Muda Mazni binti Mohd Ramly

Transcript of Pbs Sivik - Buku Skrap

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur kepada Tuhan kerana dengan keizinan, limpah dan kurniaNya dapat kami menyiapkan buku skrap ini walaupun banyak kekangan yang dihadapi. Kami ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Puan Maslinda binti Yahya guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan kerana memberi tunjuk ajar kepada kami untuk menyiapkan buku skrap ini. Penghargaan juga diucapkan kepada pihak sekolah yang telah memberi panduan yang memudahkan lagi pelaksanaan kajian ini.

PENGENALANCerita rakyat adalah cerita masa lalu yang popular di kalangan rakyat dan menjadi hiburan khususnya di kalangan kanak-kanak. Cerita rakyat ini banyak mengandungi unsur-unsur pengajaran dan meliputi banyak aspek yang mencakupi kekayaan budaya dan sejarah yang dimiliki setiap bangsa.

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.PENGHARGAAN

32.PENGENALAN

5

2.1Isi Kandungan

6

2.2Objektif

73.PENDAHULUAN

3.1Definisi

9

3.2Jenis Cerita Rakyat

10

3.3Tujuan Cerita Rakyat Disampaikan

104.KANDUNGAN CERITA RAKYAT

4.1Cerita 1: Ahli Sihir Yang Angkuh

13

4.2Cerita 2:Sang Kancil Dengan Buaya 15 - 185.PENUTUP

5.1Refleksi

21 - 22

5.2Lampiran

23

5.3Rumusan

25

5.4Rujukan

25OBJEKTIF1.Menerangkan ciri-ciri cerita rakyat pelbagai kaum.

2.Mencontohi pengajaran daripada cerita rakyat.

3.Berbangga dengan cerita rakyat warisan budaya Malaysia.

PENDAHULUAN

DEFINISI

Cerita rakyat adalah cerita yang dibuat dan diolah berdasarkan kepada kehidupan masyarakat setempat. Biasanya cerita ini akan disampaikan dan diceritakan dari mulut ke mulut. Cerita rakyat ini biasanya akan disampaikan dan diceritakan oleh tukang cerita yang digelar penglipur lara. Selain mahir bercerita, mereka ini juga biasanya mahir dalam bermain alat muzik serta boleh menyanyi. Oleh itu, sambil bercerita mereka biasanya akan menyanyi dan bermain muzik.

Antara jenis cerita rakyat ialah cerita asal usul, cerita jenaka, cerita binatang dan cerita kepahlawanan. Biasanya, ia diselitkan dengan unsur nasihat, jenaka dan semangat patriotik serta nilai-nilai murni untuk dijadikan tauladan dan sempadan dalam kehidupan seharian.

Cerita rakyat ini adalah terdiri daripada pelbagai kaum dan ia terpulang kepada kaum tersebut untuk menggunakan masa yang sesuai bagi menyampaikannya. Sebagai contoh, masyarakat Melayu pada masa dahulu menggunakan masa terluang pada waktu malam untuk mendengar cerita. Bagi kaum Bidayuh, cerita rakyat disampaikan pada waktu petang atau waktu malam semasa mereka berkumpul selepas habis bekerja di kebun atau di sawah.

Tujuan cerita rakyat ini disampaikan adalah untuk mendapat hiburan setelah penat bekerja pada waktu siang. Selain itu, ia juga untuk mendapatkan nasihat dan teladan yang berguna serta memberikan pengajaran berguna kepada masyarakat yang mendengarnya.

JENIS CERITA RAKYAT

Cerita asal-usul

Cerita jenaka

Cerita binatang

Cerita kepahlawanan

TUJUAN CERITA RAKYAT

Tujuan cerita rakyat ini disampaikan adalah untuk mendapatkan hiburan setelah penat bekerja bagi kebanyakan kaum. Di samping itu, ia adalah untuk mendapatkan nasihat dan teladan yang berguna bagi pendengar. Apapun, pengajaran yang benilai di dalam cerita rakyat yang disampaikan ini akan dijadikan panduan dalam kehidupan seharian.

Cerita 1 : Ahli Sihir Yang Angkuh

Thenaliraman tinggal di sebuah pekan di India. Pada suatu hari, datang seorang ahli sihir yang termahsyur lalu mencabar penduduk di situ.

Wahai penduduk kampung, siapakah yang berani mencabar saya?. Thenaliraman tampil ke hadapan dan berkata, Wahai tukang sihir, saya ingin mencabar anda. Saya akan melakukan sesuatu dengan tangan tertutup tetapi tukang sihir boleh melakukannya dengan mata terbuka.

Ha! ha! ha!, Senangnya permintaan anda.

Thenaliraman pun duduk bersila lalu menutup matanya. Selepas itu, dia pun mengambil segenggam pasir lalu melemparkannya ke arah matanya.

Melihatkan keadaan itu, tukang sihir itu berasa terkejut. Dia tahu dia tidak boleh melakukan seperti yang diminta. Tukang sihir itu sedar akan keangkuhannya. Dia meminta maaf lalu terus meninggalkan kampung itu.

AHLI SIHIR

GAMBARAN AHLI SIHIR YANG ANGKUH

PENGAJARAN DAN NILAI

Kita jangan menjadi angkuh.Kita hendaklah meminta maaf jika melakukan kesilapan.

Cerita 2:Sang Kancil Dengan Buaya

Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.

Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.

Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.

Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".

Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".

Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".

Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.

SANG KANCIL

SI BUAYA

PENGAJARAN DAN NILAI

Seseorang itu walaupun mempunyai fikiran yang bijak, cerdik tetapi janganlah berlagak sombong, lupa daratan, seperti pepatah Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua.

Borang Refleksi

Projek buku skrap

Pendidikan sivik dan kewarganegaraan.

Nama : Adibah Binti Mansor

Tingkatan : 1 Zuhal

Tajuk:

1) Sang Kancil Dengan Buaya.2) Ahli Sihir Yang Angkuh.1. Apakah faedah dan kesan yang diperolehi daripada cerita rakyat?

Faedah dan kesan yang diperolehi daripada cerita rakyat ialah kita dapat mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian bagi menjamin keamanan dan keharmonian sejagat. Orang yang kuat sepatutnya membantu orang yang lemah.Selain itu, cerita rakyat menyuruh kita berhati-hati dalam segala hal bagi mengelakkan kita ditindas.2. Apakah cadangan untuk mengekalkan warisan cerita rakyat?

Cadangan saya ialah mengadakan pertandingan bercerita di kalangan pelajar sekolah, mengadakan pertandingan mewarna watak-watak dalam cerita rakyat dan mengadakan pertandingan lakonan cerita rakyat.

3. Bagaimanakah anda menunjukkan apresiasi cerita rakyat pelbagai kaum?

Saya sering bercerita tentang cerita rakyat kepada adi-adik saya. Selain itu, saya juga membeli dan mengumpul koleksi-koleksi cerita rakyat dan meminjamkannya kepada rakan-rakan.

RUMUSAN

Secara umum, cerita rakyat ini bukan sahaja sekadar hiburan yang didengar setelah penat bekerja seharian, namun ia juga memainkan peranan penting bagi menjadi pengajaran dan iktibar dalam cerita yang disampaikan. Apapun, kita harus mengekalkan cerita-cerita rakyat ini sebagai warisan budaya kita yang amat berharga. Bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

RUJUKANhttp://cerita-tauladan.blogspot.com/2011/03/sang-kancil-dengan-buaya.htmlhttp://ceritarakyatmalaysia.blogspot.com/2008/08/ahli-sihir-yang-angkuh.html

TEMA

WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA

TAJUK

KOMPILASI CERITA RAKYAT PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA

Disediakan Oleh :

Rohani binti Majid

Mazshilawati binti Rafai

Adibah binti Mansor

Suhanida binti Che Sulaiman

Fatimah Zaharah binti Muda

Mazni binti Mohd Ramly

PENGHARGAAN

PENGENALAN

ISI KANDUNGAN

OBJEKTIF

PENDAHULUAN

DEFINISI

JENIS CERITA RAKYAT

TUJUAN CERITA RAKYAT DISAMPAIKAN

KANDUNGAN CERITA RAKYAT

CERITA 1 :

Ahli Sihir Yang Angkuh

AHLI SIHIR merupakan seseorang yang mempunyai kuasa luar biasa dan biasanya digunakan untuk tujuan JAHAT

CERITA 2 :

Sang Kancil dengan Buaya

Kancil sebagai lambang dan kias rakyat supaya menggunakan otak, kepintaran. Sang Kancil yang kecil dapat menewaskan binatang yang besar seperti harimau, gajah dan buaya.

PENUTUP

REFLEKSI

LAMPIRAN

RUMUSAN

RUJUKAN

REFLEKSI

LAMPIRAN

RUMUSAN

PAGE 25