PDC SPORTS CARNIVAL : BOLA JARING TERBUKA ...PDC SPORTS CARNIVAL : BOLA JARING TERBUKA & JEMPUTAN...

7

Transcript of PDC SPORTS CARNIVAL : BOLA JARING TERBUKA ...PDC SPORTS CARNIVAL : BOLA JARING TERBUKA & JEMPUTAN...

Page 1: PDC SPORTS CARNIVAL : BOLA JARING TERBUKA ...PDC SPORTS CARNIVAL : BOLA JARING TERBUKA & JEMPUTAN PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING SEMPENA ULANG TAHUN PDC YANG KE 50 TAHUN (2019)
Page 2: PDC SPORTS CARNIVAL : BOLA JARING TERBUKA ...PDC SPORTS CARNIVAL : BOLA JARING TERBUKA & JEMPUTAN PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING SEMPENA ULANG TAHUN PDC YANG KE 50 TAHUN (2019)

PDC SPORTS CARNIVAL : BOLA JARING TERBUKA & JEMPUTAN PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING

SEMPENA ULANG TAHUN PDC YANG KE 50 TAHUN (2019)

1. AM

Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN BOLA JARING Sempena Ulang Tahun

PDC Yang Ke 50 Tahun (2019).

2. PENGELOLA Kejohanan ini dikelolakan oleh AJK PDC Sports Carnival, Perbadanan

Pembangunan Pulau Pinang/Penang Development Corporation (PDC).

3. PENDAFTARAN DAN YURAN PENYERTAAN

3.1 Borang yang telah lengkap hendaklah dikemukakan beserta dengan yuran

penyertaan berjumlah RM250.00/pasukan. Pembayaran boleh dibuat

melalui :

1). Secara tunai

2). Bank-in Deposit / On-line Transfer ke akaun CIMB – 8004063062

(Resit hendaklah diserahkan kepada pihak PDC)

3). Bayaran dengan cek atas nama Perbadanan Pembangunan Pulau

Pinang.

3.2 Setiap pasukan dikehendaki mendaftar tidak melebihi Dua Belas (12) orang

pemain wanita termasuk Pengurus dan Penolong Pengurus Pasukan dan

perlu menggunakan borang seperti yang disediakan.

3.3 Had umur pendaftaran pemain adalah berumur 18 hingga 50 tahun.

3.4 Pemain-pemain didaftarkan hendaklah sepertimana Perkara 5.1 Peraturan

Am PDC Sports Carnival.

3.5 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar maksimum tiga (3) orang

pemain PROFESIONAL iaitu yang diiktiraf sebagai pemain Negeri

(SUKMA)/Kebangsaan. Bekas pemain (kurang tempoh 2 tahun selepas

2017) yang mewakili Negeri (SUKMA)/Kebangsaan juga dikira sebagai

pemain PROFESIONAL.

3.6 Setiap Jabatan dibenarkan untuk mendaftar lebih dari satu pasukan, namun

tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pengelola.

Page 3: PDC SPORTS CARNIVAL : BOLA JARING TERBUKA ...PDC SPORTS CARNIVAL : BOLA JARING TERBUKA & JEMPUTAN PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING SEMPENA ULANG TAHUN PDC YANG KE 50 TAHUN (2019)

4. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

Tarikh : 24 Ogos 2019

Tempat : Dewan Tertutup Kompleks Azman Hashim, USM Pulau Pinang

Masa : 8.00 pagi – 7.00 Petang

5. PERATURAN AM PERTANDINGAN

5.1 Masa permainan adalah 15 minit (7-minit setiap separuh masa dan 1 minit

rehat, 7-1-7).

5.2 Pasukan yang akan bertanding hendaklah berada di gelanggang tujuh (7)

minit sebelum perlawanan dimulakan. Sekiranya mana-mana pasukan yang

gagal berada di gelanggang selepas satu (1) minit dari masa sesuatu

perlawanan sepatutnya dimulakan, maka kemenangan percuma akan

diberikan kepada pasukan lawan dengan 3 jaringan percuma.

5.3 Pasukan/Penukaran Pemain

5.3.1 Bilangan pemain yang bermain adalah 7 orang bagi setiap pasukan

dan 4 orang pemain simpanan dan seorang sebagai pengurus

pasukan. Setiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya 5

orang pemain sebelum satu-satu pertandingan dimulakan. Jika

kurang daripada ini pasukan tersebut dikira menerima kekalahan.

5.3.2 Nama pemain perlulah didaftarkan 30 minit sebelum pertandingan

bermula.

5.3.3 Apabila seorang pemain mendapat kecederaan atau sakit dan tidak

dapat menyambung permainannya, permainan bolehlah

diberhentikan selama 30 (tiga puluh) saat sahaja untuk menentukan

samada pemain itu boleh menyambung permainannya atau

digantikan dengan pemain simpanan. Keputusan akan dibuat oleh

pegawai-pegawai pasukan itu. Hanya dua (2) pegawai yang

dibenarkan untuk ke gelanggang pada masa itu.

5.3.4 Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain

semula selepas waktu rehat separuh masa.

5.3.5 Pemain yang lewat sampai tidak dibenarkan mengambil tempat

seorang pemain yang telah mengambil kedudukan lewat itu.

5.3.6 Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana

kecederaan atau kesakitan dan pertukaran pemain boleh dibuat

selepas waktu rehat separuh masa.

5.3.7 Pemain hanya dibenarkan untuk menyertai 1 pasukan sahaja disetiap

permainan dan tidak boleh menyertai pasukan lain sebagai pemain

gantian.

Page 4: PDC SPORTS CARNIVAL : BOLA JARING TERBUKA ...PDC SPORTS CARNIVAL : BOLA JARING TERBUKA & JEMPUTAN PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING SEMPENA ULANG TAHUN PDC YANG KE 50 TAHUN (2019)

5.4 Selain daripada peraturan-peraturan pertandingan yang dinyatakan,

pertandingan ini akan tertakluk dengan Undang-Undang Persekutuan Bola

Jaring Antarabangsa (IFNA).

5.5 Sekiranya terdapat percanggahan di antara terjemahan undang-undang

permainan dengan undang-undang IFNA, maka undang-undang IFNA

perlulah dipatuhi.

5.6 Sekiranya timbul perkara yang tidak dikuasai oleh kedua-dua undang-

undang permainan, maka keputusan akan ditentukan oleh Jawatankuasa

Pengelola dari aspek teknikal.

5.7 Jawatankuasa Pengelola berhak meminda atau menambah nama-mana

peraturan jika difikirkan perlu dan akan dimaklumkan sebelum pertandingan

bermula.

5.8 Penentuan Kemenangan Setiap kemenangan akan diberi tiga (3) mata, seri

satu (1) mata dan kekalahan kosong (0) mata. Jika berlaku lebih dari satu

pasukan mendapat mata yang sama, maka kaedah di bawah digunakan

untuk mencari pemenang:

a. Pasukan yang mendapat perbezaan gol terbanyak dikira pemenang.

b. Sekiranya masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira

pemenang.

c. Sekiranya masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya di

peringkat awal dikira pemenang.

5.9 Pakaian

5.9.1 Pakaian yang digunakan oleh setiap pasukan bertanding hendaklah

seragam iaitu mempunyai corak, bentuk dan warna yang sama.

Pakaian tersebut hendaklah dipakai setiap kali bermain sepanjang

pertandingan ini.

5.9.2 Pemain hendaklah memakai baju/jersi dan seluar ‘track/tight’

panjang.

5.9.3 Setiap pasukan digalakkan menyediakan dua (2) set ‘bibs’ yang

berlainan warna. Sekiranya kedua-dua pasukan mempunyai ‘bibs’

yang sama warna maka pasukan yang mempunyai 2 set ’bibs’ adalah

dikehendaki menukar ’bibs’ manakala pasukan yang hanya

mempunyai satu (1) set ’bibs’ akan kekal menggunakan ’bibs’ mereka.

5.10 Pengadilan Jawatankuasa pengelola akan menyediakan pengadil-pengadil

yang bertauliah di sepanjang pertandingan. Segala keputusan pengadil

berkaitan undang-undang permainan adalah MUKTAMAD.

Page 5: PDC SPORTS CARNIVAL : BOLA JARING TERBUKA ...PDC SPORTS CARNIVAL : BOLA JARING TERBUKA & JEMPUTAN PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING SEMPENA ULANG TAHUN PDC YANG KE 50 TAHUN (2019)

6. HADIAH KEJOHANAN Johan : RM1,500 + Piala + Medal Naib Johan : RM1,000 + Medal Tempa Ketiga : RM700 + Medal Tempat Keempat : RM500 + Medal Setiap pemain dan pengurus akan diberikan pingat penyertaan bagi setiap individu.

7. BANTAHAN DAN RAYUAN Adalah seperti yang tertera di Peraturan Am Pertandingan,

Sukan Anjuran PDC Yang Ke-50 (2019).

Sebarang perubahan syarat akan dimaklumkan dalam mesyuarat bersama pengurus pasukan.

** TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 8 OGOS 2019

Page 6: PDC SPORTS CARNIVAL : BOLA JARING TERBUKA ...PDC SPORTS CARNIVAL : BOLA JARING TERBUKA & JEMPUTAN PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING SEMPENA ULANG TAHUN PDC YANG KE 50 TAHUN (2019)

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BOLA JARING

SEMPENA ULANG TAHUN PDC YANG KE 50 TAHUN (2019)

Nama Pasukan : _____________________________________________

Alamat : _____________________________________________

_____________________________________________

Nama Pengurus : _____________________________________________

No. Telefon Pejabat : _____________________________________________

No. Faks : _________________

No. H/P & Email : __________________ / ________________________

Bersama-sama ini disertakan bayaran yuran penyertaan berjumlah RM ___________________.

Jenis Bayaran Tandakan

1). Secara tunai

2). Bank-in / On-line Transfer ke akaun CIMB Bank Penang Development

Corporation – 8004063062 (Slip bukti pembayaran hendaklah diserahkan kepada

pihak PDC dengan kadar segera melalui emel kepada: [email protected] atau

aplikasi WhatsApp kepada nombor: 012-4653095).

3). Bayaran dengan cek atas nama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

________________________ (Pengurus Pasukan )

** TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 8 OGOS 2019

Page 7: PDC SPORTS CARNIVAL : BOLA JARING TERBUKA ...PDC SPORTS CARNIVAL : BOLA JARING TERBUKA & JEMPUTAN PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING SEMPENA ULANG TAHUN PDC YANG KE 50 TAHUN (2019)

PERTANDINGAN BOLA JARING

SEMPENA ULANG TAHUN PDC YANG KE 50 TAHUN (2019)

NAMA PASUKAN : _______________________________________ ALAMAT PASUKAN : _______________________________________ _______________________________________

BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN NO H/P

BIL NAMA PEMAIN NO KAD PENGENALAN

POSISI

1

2

3

4

5

6

7

PEMAIN SIMPANAN PASUKAN

8

9

10

TANDATANGAN PENGURUS

_____________________________

Tarikh: ______________________