Bab 6 : DASAR PERKHIDMATAN RANGKAIAN DAN … Perkhidmatan Rangkaian...Dasar ICT UMP Versi 1.0 ......

5
Dasar ICT UMP Versi 1.0 (Jun 2011) Bab 6 halaman 32 Dasar Perkhidmatan Rangkaian Dan Telekomunikasi Bab 6 : DASAR PERKHIDMATAN RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI UMP 6.1 Pengenalan Dasar Perkhidmatan Rangkaian dan Telekomunikasi UMP mengandungi peraturan- peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam penggunaan perkhidmatan rangkaian dan telekomunikasi yang telah disediakan oleh UMP. Dasar ini juga menerangkan kepada semua pengguna mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam memastikan perkhidmatan ini digunakan dengan sebaik mungkin dan melindungi perkhidmatan daripada ancaman dan penyalahgunaan. 6.2 Tujuan Menentukan penyediaan, penggunaan dan pengoperasian bagi perkhidmatan rangkaian UMPnet dan kemudahan telekomunikasi UMP. 6.3 Skop Penggubalan dasar meliputi skop-skop berikut: i. Rangkaian UMPnet Sumber rangkaian merangkumi peralatan rangkaian, termasuk (tetapi tidak terhad kepada) peralatan rangkaian seperti hubs, switches, routers access points dan pengkabelan rangkaian. Perisian aplikasi rangkaian merangkumi perisian sama ada dibeli atau dimuat-turun daripada Internet seperti e-mail, web browser dan lain-lain. ii. Penyambungan Rangkaian Penyambungan rangkaian termasuk Rangkaian Setempat (LAN), Rangkaian Antara Kampus (MAN) dan Rangkaian Luas (WAN) yang merangkumi kemudahan sambungan Internet. iii. Penyelenggaraan Rangkaian Penyelenggaraan rangkaian adalah merangkumi konfigurasi, penduaan (backup), penggunaan alamat IP dan juga penyelenggaraan peralatan di bilik rangkaian (centre wiring).

Transcript of Bab 6 : DASAR PERKHIDMATAN RANGKAIAN DAN … Perkhidmatan Rangkaian...Dasar ICT UMP Versi 1.0 ......

Dasar ICT UMP

Versi 1.0 (Jun 2011)

Bab 6 halaman 32

Dasar Perkhidmatan Rangkaian Dan Telekomunikasi

Bab 6 : DASAR PERKHIDMATAN RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI UMP

6.1 Pengenalan

Dasar Perkhidmatan Rangkaian dan Telekomunikasi UMP mengandungi peraturan-

peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam penggunaan perkhidmatan

rangkaian dan telekomunikasi yang telah disediakan oleh UMP. Dasar ini juga

menerangkan kepada semua pengguna mengenai tanggungjawab dan peranan

mereka dalam memastikan perkhidmatan ini digunakan dengan sebaik mungkin dan

melindungi perkhidmatan daripada ancaman dan penyalahgunaan.

6.2 Tujuan

Menentukan penyediaan, penggunaan dan pengoperasian bagi perkhidmatan

rangkaian UMPnet dan kemudahan telekomunikasi UMP.

6.3 Skop

Penggubalan dasar meliputi skop-skop berikut:

i. Rangkaian UMPnet

Sumber rangkaian merangkumi peralatan rangkaian, termasuk (tetapi tidak

terhad kepada) peralatan rangkaian seperti hubs, switches, routers access

points dan pengkabelan rangkaian. Perisian aplikasi rangkaian merangkumi

perisian sama ada dibeli atau dimuat-turun daripada Internet seperti e-mail,

web browser dan lain-lain.

ii. Penyambungan Rangkaian

Penyambungan rangkaian termasuk Rangkaian Setempat (LAN), Rangkaian

Antara Kampus (MAN) dan Rangkaian Luas (WAN) yang merangkumi

kemudahan sambungan Internet.

iii. Penyelenggaraan Rangkaian

Penyelenggaraan rangkaian adalah merangkumi konfigurasi, penduaan

(backup), penggunaan alamat IP dan juga penyelenggaraan peralatan di

bilik rangkaian (centre wiring).

Dasar ICT UMP

Versi 1.0 (Jun 2011)

Bab 6 halaman 33

Dasar Perkhidmatan Rangkaian Dan Telekomunikasi

iv. Penyambungan Telefon

Penyambungan telefon termasuk talian telefon dan faks. Talian telefon yang

disediakan adalah analog phone, digital phone, IP phone dan juga

softphone.

6.4 Pentadbir Rangkaian

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK) UMP adalah Pentadbir

Rangkaian UMPnet dan telekomunikasi yang bertanggungjawab mengawal

selia penggunaan dan penyambungan rangkaian kampus dan semua

sumber yang dihubungkan.

6.5 Hak Milik

Semua sumber rangkaian dan telekomunikasi yang diperoleh daripada

pihak UMP adalah menjadi hak milik UMP.

6.6 Kemudahan Rangkaian UMPnet

Pihak PTMK berhak menarik balik kemudahan penggunaan LAN, MAN

dan WAN UMPnet jika pengguna didapati melanggar mana-mana

peraturan yang ditetapkan seperti berikut:

i. Kemudahan rangkaian hanya boleh diguna untuk tujuan yang

berkaitan dengan urusan kerja rasmi sahaja. Kegunaan peribadi,

terutama yang berunsur komersial tidak dibenarkan.

ii. Pengguna tidak boleh mengguna kemudahan UMPnet untuk

aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang UMP,

negeri dan negara. Ini termasuk (tetapi tidak terhad kepada)

menghantar dan menerima maklumat yang berunsur subversif dan

menghantar dan menyebar maklumat yang rahsia atau sulit

mengenai UMP tanpa kebenaran.

iii. Pengguna tidak dibenarkan dalam apa cara sekali pun mengganggu

pengguna lain di dalam rangkaian kampus dan Internet. Gangguan ini

termasuk (tetapi tidak terhad kepada) menghantar maklumat rambang

(spam) secara email atau mesej atas talian (online) dan lain-lain.

Dasar ICT UMP

Versi 1.0 (Jun 2011)

Bab 6 halaman 34

Dasar Perkhidmatan Rangkaian Dan Telekomunikasi

iv. Pengguna tidak boleh memberikan sumber rangkaian di bawah

jagaannya termasuk (tetapi tidak terhad kepada) nod rangkaian dan

kad tanpa wayar (wireless) untuk diguna oleh orang lain walaupun

pelajar atau kakitangan UMP tanpa mendapat kelulusan PTMK.

v. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua aktiviti

yang dilakukannya termasuk (tetapi tidak terhad kepada) stesen kerja,

komputer peribadi atau Personal Digital Assistance (PDA) yang

melibatkan atau melalui rangkaian kampus UMPnet termasuk akses

ke Internet dan rangkaian yang lain.

vi. Pengguna adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap

keselamatan akses ke rangkaian kampus UMPnet. PTMK mempunyai

hak untuk memasang peralatan kawalan akses bagi memastikan

rangkaian kampus UMPnet bebas daripada ancaman rangkaian dan

penyebaran virus.

6.7 Penyambungan Rangkaian

Bagi memastikan penyediaan kemudahan rangkaian UMPnet dan

telekomunikasi sentiasa memenuhi kehendak pengguna, operasi

penyambungan rangkaian hendaklah dilakukan mengikut prosedur berikut:

i. Perolehan peralatan rangkaian dan penyambungan ke rangkaian

kampus UMPnet serta talian telekomunikasi perlu mendapat

kelulusan PTMK dan pihak pengurusan UMP yang terlibat.

Konfigurasi penyambungan hendaklah dibuat oleh pembekal di

bawah pengawasan dan kawalan PTMK.

ii. Sebarang penyambungan rangkaian ke rangkaian kampus serta

talian telekomunikasi yang tidak mendapat kebenaran PTMK adalah

menyalahi peraturan dan PTMK berhak memutuskan penyambungan

tersebut. Tindakan tatatertib boleh diambil ke atas pengguna

mengikut undang-undang semasa yang berkuatkuasa.

Dasar ICT UMP

Versi 1.0 (Jun 2011)

Bab 6 halaman 35

Dasar Perkhidmatan Rangkaian Dan Telekomunikasi

iii. Penyambungan rangkaian MAN dan WAN oleh pengguna adalah

tidak dibenarkan sama sekali.

iv. Setiap ubahsuai serta tambahan bangunan atau bangunan baru

yang akan dibina perlu memasukkan keperluan infrastruktur

rangkaian dan telekomunikasi yang ditentukan bersama oleh

pengguna, PTMK dan Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Harta

(JPPH). Ia termasuk peralatan aktif dan juga peralatan pasif.

6.8 Penyelenggaraan Rangkaian UMPnet

i. Penyelenggaraan Rangkaian

Bagi menjamin keselamatan dan memudahkan kerja-kerja

penyelenggaraan infrastruktur, langkah-langkah berikut perlu dipatuhi

untuk mengawal keselamatan infrastruktur rangkaian komunikasi:

(a) Bagi memastikan talian rangkaian berada dalam keadaan

yang baik, kerja-kerja penyelenggaraan hendaklah dilakukan

secara berkala.

(b) Semua peralatan rangkaian seperti switch, modem, hub,

router dan lain-lain hendaklah diletakkan di tempat yang

dikhaskan (rak rangkaian).

(c) Seorang wakil akan dilantik di setiap PTJ dan beliau

bertanggungjawab memastikan penghawa dingin atau kipas

setiap bilik rangkaian (centre wiring) berfungsi dengan baik.

(d) Pegawai PTMK yang bertanggungjawab perlu memastikan

bilik rangkaian komputer (centre wiring dan data centre)

hanya boleh diakses atau digunakan oleh pengguna yang

dipertanggungjawabkan sahaja.

(e) Rack, Switch, Router, Modem dan kabel rangkaian yang

dipasang tidak boleh dialihkan kedudukannya melainkan

mendapat kebenaran daripada PTMK. Salinan pelan susun

atur yang baru perlu dihantar ke PTMK untuk makluman dan

pengemaskinian dokumentasi.

Dasar ICT UMP

Versi 1.0 (Jun 2011)

Bab 6 halaman 36

Dasar Perkhidmatan Rangkaian Dan Telekomunikasi

(f) Maklumat setiap peralatan rangkaian seperti router, core

switch, switch dan lain-lain perlu direkodkan ke dalam borang

peralatan rangkaian dan didokumenkan untuk tujuan rujukan.

(g) Konfigurasi bagi setiap peralatan rangkaian perlu disimpan

(backup configuration) di dalam CD dan didokumentasikan.

Sebarang perubahan konfigurasi pada peralatan hendaklah

dimaklumkan dahulu kepada PTMK.

ii. Pemberian Alamat IP

Atas sebab-sebab keselamatan dan kawalan kualiti rangkaian,

pemberian alamat IP adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang

ditetapkan oleh PTMK dari masa ke masa.

Syarat-syarat pemberian alamat IP adalah seperti berikut:

(a) Semua komputer pelayan rasmi yang perlu dicapai dari luar

UMP boleh mempunyai Private IP yang boleh diakses melalui

talian Virtual Private Network (VPN).

(b) Semua komputer pelayan untuk kegunaan dalaman UMP

hanya akan diberi Private IP.

(c) Semua komputer pelayan yang perlu diakses dari luar UMP

akan diberi Public IP dengan kebenaran pihak PTMK.

6.9 Pemberian Kemudahan Telefon

Kuasa pemberian kemudahan talian telefon dan kelayakan panggilan adalah

tertakluk sepenuhnya kepada Ketua PTJ dan kuasa ini berpandukan kepada

Garis Panduan Pemberian Kemudahan Talian Telefon Dan Panggilan untuk

PTJ UMP yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.