LAPORAN PERKHIDMATAN BERGERAK / BAS …ohd.moh.gov.my/v3/images/pdf/LAPORAN MOBILE CTC -...

9
BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN NEGERI PAHANG LAPORAN PERKHIDMATAN BERGERAK / BAS PAMERAN BERSEMPENA PROGRAM PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI BERGERAK (MOBILE COMMUNITY TRANSFORMATION CENTRE, MOBILE CTC)

Transcript of LAPORAN PERKHIDMATAN BERGERAK / BAS …ohd.moh.gov.my/v3/images/pdf/LAPORAN MOBILE CTC -...

BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN

NEGERI PAHANG

LAPORAN PERKHIDMATAN BERGERAK / BAS PAMERAN BERSEMPENA PROGRAM PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI

BERGERAK (MOBILE COMMUNITY TRANSFORMATION CENTRE,

MOBILE CTC)

LAPORAN PERKHIDMATAN BERGERAK / BAS PAMERAN BERSEMPENA PROGRAM PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI BERGERAK

(MOBILE COMMUNITY TRANSFORMATION CENTRE, MOBILE CTC)

1.0 BUTIRAN PROGRAM

a) Nama Program : Mobile CTC

b) Penganjur : kementerian kewangan

c) Tarikh : 31 Mei 2014 (sabtu)

d) Masa : 7.30 pagi -6.30 petang

e) Tempat : Dewan Shahbandar, Bandar Chini, Pekan, Pahang.

f) Jumlah Peserta : 2 pegawai pergigian – KP Chini

1 driver – KP Lipis

3 pembantu pembedahan pergigian – 1 KP Lipis, 2 KP Chini

f) Perasmi : YB Dato’ Abu Bakar b. Harun (perasmi pembukaan)

Dengan ini disertakan :

- Gambar - gambar sepanjang aktiviti : Lampiran B

- Tentatif Program : Lampiran C

2.0 PENGENALAN

Chini, 31 Mei 2014 YB Dato’Abu Bakar Bin Harun, Adun Chini telah merasmikan Program

Mobile CTC pada jam 12 .00 tengahari di Dewan Shahbandar Chini. Program ini adalah

anjuran Kementerian Kewangan, di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan

(NBOS) dan disertai oleh pelbagai badan kerajaan dan bukan kerajaan.

Antara perkhidmatan disediakan termasuk daripada pusat zakat bergerak, e-Perolehan,

Klinik Pergigian Bergerak 1Malaysia, JPJ, pasar 1 Malaysia, perpusatakaan 1 Malaysia,

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Pahang juga turut dijemput untuk memeriahkan

lagi program tersebut.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Pahang menyambut baik usaha ini

dengan menghantar Klinik Pergigian Bergerak 1 Malaysia yang terletak di Kuala Lipis

untuk menyertai program ini. Sehubungan itu, Pegawai Kesihatan Pergigian Daerah

Kuala Lipis, Dr. Mohd Salehuzairee bekerjasama dengan Pegawai Pergigian Daerah

Pekan, Dr Abdul Laziz untuk menjayakan program ini. Bahagian pergigian daerah Kuala

Lipis menyediakan kelengkapan peralatan di dalam bas pergigian bergerak lengkap

bersama Pemandu dan seorang Pembantu Pembedahan Pergigian yang menjaga bas

tersebut, manakala Bahagian Pergigian Daerah pekan membantu dengan menghantar 2

orang Pegawai Pergigian dan 2 orang Pembantu Pembedahan Pergigian dari Chini.

3.0 LATAR BELAKANG

Mobile CTC

Perasmian Mobile CTC oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan,

Pahang, 1 Mac 2013. Kampung Bawong, terpilih menjadi kawasan pertama pelaksanaan

program Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) di bawah inisiatif Strategi

Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, Mobile CTC

merupakan inisiatif kerajaan untuk kemudahan penduduk kawasan luar bandar

Menurutnya, walaupun Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) diwujudkan di kawasan

luar bandar, tidak semua penduduk dapat pergi ke pusat berkenaan kerana faktor jarak

serta beberapa masalah lain termasuk pengangkutan.

Mobile CTC merangkumi lima komponen utama termasuk menyediakan perkhidmatan,

memberi peluang keusahawanan kepada penduduk sewaktu program berlangsung dan

menghimpunkan rakyat pelbagai peringkat serta kaum melalui sukan, sosial dan

sukarelawan.Mobile CTC turut menyediakan platform untuk rakyat mendapat bantuan

kerajaan yang disalurkan terus kepada kumpulan sasar serta memberi penerangan dan

kesedaran kepada rakyat mengenai dasar, program, juga aktiviti melalui kementerian

dan agensi kerajaan.

KLINIK PERGIGIAN BERGERAK 1MALAYSIA

Selepas Klinik 1Malaysia dan Klinik Bergerak 1Malaysia, satu lagi perkhidmatan

kesihatan untuk rakyat iaitu Klinik Gigi Bergerak 1Malaysia (KGB1M)telah dilancarkan.

Klinik berkenaan dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob. Turut hadir

ketika itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan

Pahang Datuk Hoh Khai Mun dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abd

Rahman. Menteri Kesihatan ketika itu Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tujuan unit

bergerak ini adalah untuk membuat penjagaan kesihatan dental lebih senang diaskses

dan menjadi realiti kepada rakyat yang menetap di kawasan luar bandar.

Kuala Lipis terpilih sebagai daerah yang pertama untuk memiliki klinik pergigian

bergerak tersebut sebelum diperluaskan di daerah lain. Klinik ini tidak terhad kepada

satu kenderaan sahaja. Kerajaan sedang melaksanakan rancangan untuk mempunyai

seangkatan klinik bergerak yang serupa untuk menghulur perkhidmatan di kawasan-

kawasan pendalaman di Sabah, Sarawak, dan juga Semenanjung Malaysia. Kementerian

Kesihatan yakin dengan peningkatan bantuan Kerajaan kepada latihan pergigian, akan

ada hampir dua kali ganda pegawai pergigian di Malaysia menjelang 2015 berbanding

dengan sekarang – membawa nisbah negara ini ke 1:4000 setaraf dengan negara-negara

maju seperti Perancis dan UK. Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan diberi nilai A+

mengikut KPI NKEA dan NKRA. Inisiatif-inisiatif dan juga Klinik-Klinik 1Malaysia seperti

Klinik Bergerak Bas, Bot Bergerak, Doktor-Doktor Berterbang, Klinik Gigi Jalanan dan

Ubat Melalui Pos diterima baik

3.0 PENGISIAN PROGRAM

Anggota pergigian telah dijemput untuk menjayakan program Mobile CTC dengan

mendekati masyarakat setempat dan juga para peserta yang terlibat .

Objektif utama adalah untuk memberi peringatan tentang kepentingan menjaga

kesihatan pergigian dan cara-cara untuk mendapat kesihatan pergigian yang optimum

seterusnya meningkatkan lagi kualiti kesihatan pergigian amnya

Anggota pergigian memberikan pemeriksaan pergigian dan pemeriksaan kanser mulut

ketika program tersebut berlangsung. Seramai 2 orang anggota dari KP Kuala Lipis dan 4

orang dari KP Chini terlibat dalam program ini.Pemeriksaan pergigian dimulakan pada

pukul 8.30 pagi dan Berjaya meliputi seramai 34 orang termasuklah kanak-kanak, budak

sekolah, orang dewasa dan juga orang tua.

Selain itu, pesakit juga telah dinasihatkan untuk hadir ke Klinik Pergigian yang terdekat

untuk rawatan gigi yang selanjutnya dan diberi ceramah chair side untuk

mempertingkatkan cara penjagaan kesihatan gigi dan mulut.

4.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PROGRAM

4.1 Kelebihan / Kebaikan Program

1) Mendekati masyarakat setempat dan mewujudkan kesedaran penjagaan

kesihatan pergigian seterusnya meningkatkan lagi kualiti kesihatan pergigian

amnya.

2) Mengeratkan hubungan diantara kakitangan yang terlibat dengan penduduk

setempat.

3) Mengeratkan hubungan diantara staf pergigian dengan staff- staff yang lain

yang mengambil bahagian dalam Mobile CTC.

MASALAH CADANGAN

Kesingkatan masa

pelbagai

program termasuklah memberi rawatan yang perlu ketika

program dijalankan.

5.0 KESIMPULAN/ PENUTUP

Secara keseluruhannya, Program Promosi dan Pemeriksaan Pergigian bersempena

program Mobile CTC telah berjalan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan

daripada masyarakat setempat Diharapkan program sebegini diperbanyakkan pada

masa akan datang dan dapat membaiki kelemahan yang ada.

Disediakan oleh,

Dr. Nurul Amidah Amran.

Pegawai Pergigian KP Chini.

Di Sahkan Oleh.

DR ABDUL LAZIZ BIN JALIL,

PEGAWAI PERGIGIGAN DAERAH PEKAN

LAMPIRAN B:

Pemeriksaan pergigian dan ceramah chair side oleh pegawai pergigian

LAWATAN ADUN CHINI KE KLINIK PERGIGIAN BERGERAK

LAMPIRAN C

TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi : sarapan pagi

Senamrobik

Program 10,000 langkah

Pertandingan mewarna

9.30 pagi : pameran dan jualan bermula

Aktiviti rakyat

Sukan rakyat

11.30 pagi : ketibaan jemputan

12.00 t/hari : ketibaan adun Chini

Nyanyian lagu negaraku

Bacaan doa

Ucapan aluan

Gimik

Lawatan booth

2.00 petang : makan tengah hari, jamuan

3.00 petang : lawatan ke tapak pameran

Penyampaian hadiah

6.00 petang : pameran jualan tamat