MENTALITI NEGARAKU MEMPERKASA WANITA KE ... persidangan kali ini akan menjadi sebahagian daripada...

23
1 UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2017 MENTALITI NEGARAKU MEMPERKASA WANITA KE ARAH KECEMERLANGAN Pembukaan Bismillah Hir Rahman Nir Rahiim Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam Negaraku, Salam 1 Malaysia YBhg Puan Pengerusi Tetap Pergerakan PUTERI UMNO Malaysia YAB / YB Wakil Majlis Tertinggi UMNO Malaysia YBhg Naib Ketua Pergerakan PUTERI UMNO Malaysia YB Penolong Setiausaha Pergerakan PUTERI UMNO Malaysia YBhg Ketua Penerangan Pergerakan PUTERI UMNO Malaysia Y. Berusaha Pen. Bendahari PUTERI UMNO Malaysia YB / YBhg Barisan Exco dan Ketua Pergerakan PUTERI UMNO Negeri-Negeri Yang Dialukan Para Mantan Ketua Pergerakan PUTERI UMNO Malaysia Yang dikasihi Para Perwakilan Sekalian Turut Dialukan Para Pemerhati, Dif-Dif Jemputan & Rakan-Rakan Media Yang Dikasihi Merpati putih terbang melayang, Hinggap sebentar di pohon merpati; Selamat Datang Perwakilan ku sayang, Ke Persidangan PUTERI UMNO saban tahun di nanti. Arjana Bangsa Semangat Revolusi, Tak akan goyah sama sekali; Rumah agam UMNO pusaka pertiwi, Himpunan wanita muda UMNO yang sejati.

Transcript of MENTALITI NEGARAKU MEMPERKASA WANITA KE ... persidangan kali ini akan menjadi sebahagian daripada...

Page 1: MENTALITI NEGARAKU MEMPERKASA WANITA KE ... persidangan kali ini akan menjadi sebahagian daripada episod penting perjalanan perjuangan kita. Kewujudan PUTERI hari ini mesti dilihat

1

UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2017

MENTALITI NEGARAKU MEMPERKASA WANITA KE ARAH

KECEMERLANGAN

Pembukaan

Bismillah Hir Rahman Nir Rahiim

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam Negaraku, Salam 1 Malaysia

YBhg Puan Pengerusi Tetap Pergerakan PUTERI UMNO Malaysia

YAB / YB Wakil Majlis Tertinggi UMNO Malaysia

YBhg Naib Ketua Pergerakan PUTERI UMNO Malaysia

YB Penolong Setiausaha Pergerakan PUTERI UMNO Malaysia

YBhg Ketua Penerangan Pergerakan PUTERI UMNO Malaysia

Y. Berusaha Pen. Bendahari PUTERI UMNO Malaysia

YB / YBhg Barisan Exco dan Ketua Pergerakan PUTERI UMNO Negeri-Negeri

Yang Dialukan Para Mantan Ketua Pergerakan PUTERI UMNO Malaysia

Yang dikasihi Para Perwakilan Sekalian

Turut Dialukan Para Pemerhati, Dif-Dif Jemputan & Rakan-Rakan Media Yang

Dikasihi

Merpati putih terbang melayang,

Hinggap sebentar di pohon merpati;

Selamat Datang Perwakilan ku sayang,

Ke Persidangan PUTERI UMNO saban tahun di nanti.

Arjana Bangsa Semangat Revolusi,

Tak akan goyah sama sekali;

Rumah agam UMNO pusaka pertiwi,

Himpunan wanita muda UMNO yang sejati.

Page 2: MENTALITI NEGARAKU MEMPERKASA WANITA KE ... persidangan kali ini akan menjadi sebahagian daripada episod penting perjalanan perjuangan kita. Kewujudan PUTERI hari ini mesti dilihat

2

1. Selamat datang kepada seluruh perwakilan dan pemerhati. Saya yakin

kehadiran pada hari ini bukan sahaja akan dapat merapatkan saf perjuangan, malah,

kita semua juga dapat mengecap luapan semangat ulang tahun UMNO yang ke-71.

Marilah sama-sama kita manfaatkan peluang ini untuk mengeratkan silaturahim di

samping memperjuangkan agenda agama, bangsa, dan negara demi

memperkasakan wanita muda dan menjamin kelestarian perjuangan parti.

2. Semoga persidangan kali ini akan menjadi sebahagian daripada episod

penting perjalanan perjuangan kita. Kewujudan PUTERI hari ini mesti dilihat dalam

perjalanan perjuangan UMNO yang panjang. Justeru, kita semua mesti menganggap

persidangan ini sebagai suatu peluang untuk memastikan perjuangan kita terus

relevan. Insya-Allah, pelbagai cadangan bernas dari hati yang ikhlas akan

memastikan kuasa politik Melayu terus tegak berdiri buat teduhan rakyat jelata

pelbagai bangsa.

3. Pada masa yang sama, saya menzahirkan rasa simpati kepada mangsa-

mangsa banjir di seluruh pelusuk tanah air. Ada di antara kita yang tidak dapat

bersama dalam Perhimpunan kali ini, tetapi doa dan ingatan PUTERI UMNO

sentiasa bersama dengan mereka. PUTERI UMNO Malaysia juga ingin menzahirkan

ucapan takziah kepada Saudari Azuana, Pemangku Ketua PUTERI UMNO

Bahagian Pontian atas kehilangan ayahanda tersayang. Al-fatihah.

PEMERKASAAN WANITA

Imbasan Sejarah Wanita Dalam Islam

Para perwakilan PUTERI sekalian,

4. Peranan wanita sangat penting dalam kehidupan. Jika kita membaca sejarah

tamadun Barat, hak-hak wanita mula diperjuangkan oleh mereka secara serius dan

konsisten lebih kurang 100 tahun yang lalu. Sebaliknya, Islam mengangkat wanita

sejak awal kemunculannya. Ketika Barat berbahas tentang keperluan untuk

memberikan kedudukan sama rata terhadap wanita, Islam sejak 1400 tahun yang

lalu telah meletakkan syurga di bawah tapak kaki kaum Hawa. Malah dalam sejarah

Page 3: MENTALITI NEGARAKU MEMPERKASA WANITA KE ... persidangan kali ini akan menjadi sebahagian daripada episod penting perjalanan perjuangan kita. Kewujudan PUTERI hari ini mesti dilihat

3

peradaban Islam, peranan wanita tidak hanya dicatatkan dalam membangunkan

institusi kekeluargaan, tetapi memainkan peranan yang utama dalam pembinaan

tamadun.

5. Sebagai contoh, lihat sahaja peranan yang dimainkan oleh Saidatina Aisyah

R.A. Dalam pandangan popular, Saidatina Aisyah R.A. dikenali sebagai seorang suri

teladan yang menghiasai kehidupan rumah tangga Rasulullah SAW sejak usianya 9

tahun. Namun, dalam konteks sejarah, Saidatina Aisyah R.A diiktiraf sebagai

seorang ilmuwan awal yang besar. Dalam kitab sahih Bukhari sahaja, beliau

meriwayatkan 300 hadis. Sepanjang hidupnya, beliau dikatakan meriwayatkan 1210

hadis. Pengetahuannya tentang puisi Arab dan ilmu perubatan juga dilaporkan

begitu menakjubkan. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menyarankan umat

Islam pada waktu itu turut belajar daripada Saidatina Aisyah.

6. Selain itu, wanita juga turut memainkan peranan yang besar dalam

peperangan. Sebagai satu contoh, Nusaybah atau Ummu Umarah, telah memainkan

peranan penting dalam banyak peperangan utama termasuklah Perang Uhud,

Khaibar, Hunain dan Yamamah. Tindakan-tindakan heroik Nusaybah dalam banyak

peperangan khususnya dalam Perang Uhud telah menyebabkan Rasullulah SAW

berdoa agar Nusaybah menjadi teman Baginda di syurga.

7. Terdapat banyak lagi contoh jika kita ingin melihat peranan wanita sepanjang

tamadun Islam. Namun, kata Imam Ghazali, contoh yang sedikit sudah memadai

untuk orang yang cerdik. Dua contoh ini sudah cukup sebagai penegasan betapa

Islam mengiktiraf peranan wanita dalam pelbagai aspek kehidupan.

Menyelusuri Perjuangan Wanita Muda Buat Watan

Kehebatan wanita jangan disangkal,

Berjuang hingga bergolok gadai;

Perjuangan serikandi jadikan bekal,

Agar tidak ditelan badai.

Page 4: MENTALITI NEGARAKU MEMPERKASA WANITA KE ... persidangan kali ini akan menjadi sebahagian daripada episod penting perjalanan perjuangan kita. Kewujudan PUTERI hari ini mesti dilihat

4

Para perwakilan yang saya kasihi,

8. Perkara yang sama juga turut dijiwai oleh srikandi wanita muda kita seperti

yang ada dalam sejarah perjuangan kemerdekaan bangsa. Lihat sahaja kisah

perjuangan Ibu Zain. Ketika umurnya baru 17 tahun, beliau telah menubuhkan

sebuah sekolah untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan atas perbelanjaannya

sendiri. Selain Ibu Zain, lihat pula sosok “Iron Lady of Malaya”, Khadijah Sidek.

Ketika usia Khadijah Sidek menjangkau 29 tahun, beliau berjuang hingga ke

Singapura untuk menyuntik kesedaran politik dalam golongan wanita.

9. Kita juga memiliki sosok yang istimewa seperti Fatimah Hashim, wanita

pertama yang dilantik sebagai Menteri Kabinet Malaysia. Biarpun ketika dilantik

beliau sudah 45 tahun, namun, beliau bergerak aktif dalam UMNO Johor Bharu

sejak berusia 21 tahun lagi. Tidak dilupakan juga ketokohan Aishah Ghani yang

tercatat dalam sejarah perjuangan kemerdekaan negara. Ketika umurnya baru 22

tahun, beliau telah mengetuai Angkatan Wanita Sedar, sebelum keluar menyertai

UMNO pada usia 26 tahun. Sejarah kemudiannya mencatatkan beliau menjadi

wanita pertama yang dilantik menjadi senator.

10. Walau bagaimanapun, mungkin keempat-empat wanita tadi sudah sinonim

dengan pengetahuan kita. Sebab itu saya juga ingin sebutkan tentang seorang

wirawati yang tidak didendangkan, Datuk Siti Rahmah Kasim. Inilah orangnya yang

menyerahkan gelang emas bagi membiayai perjalanan Tunku Abdul Rahman ke

London untuk menuntut kemerdekaan. Saya juga ingin menyebut tentang Datuk

Tengku Noor Asiah Tengku Ahmad. Sejarah memberitahu kita bahawa inilah

wirawati yang berjaya menyatukan UMNO Kelantan ketika krisis politik di negeri itu

meruncing, sehingga menyebabkan penubuhan Parti Melayu Semangat 46. Waktu

tersebut umur beliau hanyalah 26 tahun.

11. Kesemua tokoh UMNO yang saya bawakan dalam persidangan kita pada hari

ini terlibat dengan perjuangan parti ketika usia masih muda. Jika hendak

dibandingkan, umur tokoh-tokoh wanita ini tidak jauh bezanya dengan umur para

perwakilan PUTERI di hadapan saya pada hari ini.

Page 5: MENTALITI NEGARAKU MEMPERKASA WANITA KE ... persidangan kali ini akan menjadi sebahagian daripada episod penting perjalanan perjuangan kita. Kewujudan PUTERI hari ini mesti dilihat

5

11. Kita memahami bahawa cabaran dan realiti wanita muda ketika usianya mula

melepasi usia 20-an. Namun, tokoh-tokoh yang disebutkan tadi juga turut mengalami

cabaran yang sama. Malah, cabaran mereka lebih getir kerana terpaksa berhadapan

dengan persepsi masyarakat tradisional yang agak tertutup terhadap wanita Melayu

yang aktif. Namun, mereka melaluinya tanpa menggadaikan kehalusan budi pekerti

dan kebijaksanaan seorang wanita Melayu.

12. Justeru, mereka memang layak menjadi sumber inspirasi kepada wanita

muda untuk terus meninggalkan bekas dalam sejarah perjuangan UMNO. Sudah

terbukti, wanita-wanita muda yang disebutkan tadi ialah tangan yang menghayun

buaian. Tetapi, tangan yang sama jugalah yang membangunkan anak bangsa dari

lena yang panjang! Justeru, ayuh PUTERI! Wanita muda UMNO, kita teruskan

perjuangan ini!

60 Tahun Kemerdekaan: Pemerkasaan Wanita Muda di Malaysia

Para perwakilan PUTERI yang dihormati,

13. Setelah merdeka 60 tahun yang lalu, kerajaan yang ditunjangi UMNO dan BN

telah melaksanakan pelbagai dasar untuk agenda pemerkasaan wanita muda.

Kesannya sangat besar sekali sehingga memungkinkan golongan wanita muda

mencipta nama pada peringkat yang sangat tinggi. Rom tidak dibina dalam masa

sehari. Jika menanam pisang juga mengambil masa berbulan-bulan untuk menuai

hasil, apatah lagi jika kita bercakap dalam konteks kesan dasar pemerkasaan

wanita. Sebab itulah kita tidak harus memisahkan kejayaan ramai wanita muda pada

hari ini daripada agenda dan dasar-dasar kerajaan tersebut.

14. Hal ini termasuklah pencapaian Nur Adlyka Ainul Annuar. Baru-baru ini beliau

yang bertindak sebagai ketua penyelidik bersama-sama sekumpulan ahli astronomi

dunia berjaya membuktikan kewujudan lohong hitam super massive, yang

tersembunyi di lingkaran kosmik semesta. Sebelum ini, Nur Hafizah Isa juga terlibat

dalam satu kajian dengan sekumpulan saintis dan berjaya membuktikan Teori

Gelombang Graviti yang diramal kewujudannya oleh Albert Enstein kira-kira 100

tahun lalu. Sukar untuk kita bayangkan pencapaian kedua-dua wanita muda tersebut

Page 6: MENTALITI NEGARAKU MEMPERKASA WANITA KE ... persidangan kali ini akan menjadi sebahagian daripada episod penting perjalanan perjuangan kita. Kewujudan PUTERI hari ini mesti dilihat

6

tanpa dasar-dasar kerajaan yang begitu menitikberatkan peranan wanita muda

dalam pembangunan minda kelas pertama.

15. Pada masa yang sama, kita juga harus meraikan tindakan-tindakan proaktif

wanita muda yang bertujuan meningkatkan keyakinan anak bangsa. Kejayaan wakil

tunggal Pasukan Kembara Srikandi Prihatin, Ummu Farah Haidar Zulkifli yang telah

berjaya mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Elbrus yang merupakan

puncak tertinggi di Eropah pada September yang lalu. Pada hari ini, beliau bersama-

sama dengan kita di dalam dewan ini. Kejayaan beliau bersama-sama kumpulannya

dalam ekspedisi tersebut merupakan lambang keberanian wanita muda. Kejayaan

itu patut kita banggakan dan terus galakkan. Berikan tepukan buat kumpulan

ekspedisi ini.

Hadirin dan hadirat,

16. Di bawah kepimpinan mantap YAB Perdana Menteri, melalui dasar dan polisi

serta mengambil kira pemerkasaan Bumiputera sebagai agenda nasional kini telah

mula menampakkan kesannya. Sewaktu beliau menerajui negara pada tahun 2009,

pendapatan kasar isi rumah rakyat Malaysia secara purata dianggarkan RM 3624.

Hari ini ianya meningkat kepada dua kali ganda iaitu RM 6267. Malah, insiden

kemiskinan Bumiputera berjaya diturunkan daripada 5.3 peratus pada tahun 2009

kepada 0.5 peratus pada tahun lalu. Begitu juga dengan KDNK negara pada suku

tahun ketiga yang meningkat kepada 6.2 peratus di bawah kepimpinan ‘Najibnomics’

17. Sebelum pembentangan Bajet 2018 oleh YAB Perdana Menteri, PUTERI

UMNO telah menganjurkan Perbincangan Meja Bulat bersama 17 NGO Wanita dan

Sahabat PUTERI BN berhubung harapan dan aspirasi wanita muda terhadap Bajet

2018. Hasil dapatan bengkel kemudian diserahkan dan cukup dialu-alukan oleh YAB

Perdana Menteri. Dengan ini Pergerakan PUTERI UMNO ingin menyatakan

penghargaan yang tinggi terhadap YAB Perdana Menteri kerana turut memasukkan

beberapa cadangan PUTERI UMNO seperti yang kita usulkan ke dalam Bajet 2018.

Ini terbukti YAB Perdana Menteri ialah seorang pemimpin yang prihatin dan mesra

terhadap orang dan wanita muda. Selagi PUTERI UMNO berpaksi, selagi itulah kami

akan berjuang demi kemaslahatan wanita muda Malaysia.

Page 7: MENTALITI NEGARAKU MEMPERKASA WANITA KE ... persidangan kali ini akan menjadi sebahagian daripada episod penting perjalanan perjuangan kita. Kewujudan PUTERI hari ini mesti dilihat

7

Menyahut seruan Perdana Menteri,

Lahirkan generasi martabat tertinggi;

Ayuhlah semua sahabat PUTERI,

Sama-sama kita lahirkan ADAM Fifty.

18. Antara usul wanita muda yang menjadi keprihatinan kami dan telah diberi

perhatian oleh YAB Perdana Menteri ialah ADAM 50, penambahan peruntukan

SL1M, peruntukan untuk usahawan muda, dana untuk memudahkan generasi muda

membuat pinjaman, kemudahan untuk ibu yang mengandung dan penyediaan lebih

banyak taska di premis-premis kerajaan. Lebih menarik lagi, beliau turut

mengisytiharkan tahun 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita.

Bintang kejora di dada malam,

Dalam gelap bagai kerongsang;

Jika esok seakan kelam,

Ambil darahku supaya terang.

19. Pergerakan PUTERI UMNO menegaskan untuk memberikan komitmen yang

tinggi untuk turut bersama menjayakan objektif Bajet 2018. Pemerkasaan wanita

sangat berkait rapat dengan pengukuhan institusi kekeluargaan. Keluarga bukan

sahaja tunjang kepada pembangunan peribadi, malah mekanisme terawal dalam

pembentukan masyarakat dan negara yang sejahtera.

20. PUTERI UMNO Malaysia melihat inisiatif Bajet 2018 dengan positif. Inisiatif

penambahan cuti bersalin daripada 60 kepada 90 hari mesti dipuji. Kami juga

mengalu-alukan pelepasan kepada pasangan untuk pulang bekerja lebih awal

apabila isteri mengandung. Terima kasih YAB Perdana Menteri kerana

memanifestasikan suara hati golongan wanita muda.

21. Oleh sebab itu, saya ingin menzahirkan kegembiraan tersebut dengan

berkongsi keprihatinan PUTERI khusus dalam soal pelaksanaan Bajet 2018. Tidak

ada seorang isteri pun yang ingin melalui fasa selepas bersalin berseorangan.

Hakikatnya, keadaan fizikal wanita selepas bersalin masih lemah manakala emosi

mereka pula mudah terganggu. Tetapi, mereka juga perlu melaksanakan

Page 8: MENTALITI NEGARAKU MEMPERKASA WANITA KE ... persidangan kali ini akan menjadi sebahagian daripada episod penting perjalanan perjuangan kita. Kewujudan PUTERI hari ini mesti dilihat

8

tanggungjawab sebagai suri rumah. Makanan perlu disiapkan, pakaian mesti dicuci

dan rumah harus dikemas. Beban ini akan dapat dikurangkan dengan kehadiran

suami di sisi.

22. Oleh yang demikian, PUTERI juga ingin mencadangkan untuk menambah

jumlah cuti kelahiran anak bagi kaum bapa untuk membantu dan menyokong kaum

ibu yang melahirkan anak. Saya yakin, jika keprihatinan ini dapat dizahirkan, tragedi

yang menimpa seorang ibu yang masih dalam pantang di Kulai, Johor pertengahan

tahun ini mungkin tidak akan berulang.

Teman perjuangan sekalian,

23. Statistik menunjukkan 171,252 penceraian berlaku dalam kalangan pasangan

Muslim dari tahun 2014 hingga 2016 sahaja. Di sebalik kebimbangan melihat angka-

angka tersebut, kita juga harus memikirkan nasib wanita dan anak yang turut

menjadi mangsa keadaan. Situasi bertambah teruk kerana kebanyakan mereka

mempunyai kefahaman yang rendah terhadap undang-undang syariah. Di

Terengganu, sebanyak 1,371 kes ingkar perintah nafkah yang diadukan sejak 2010

hingga 2016. 588 kes difailkan ke Mahkamah Syariah Terengganu bagi tujuan

penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah. Sehubungan itu, PUTERI ingin

mengusulkan Bahagian Sokongan Keluarga perlulah diperkasakan dalam

memastikan isu nafkah ini dapat diselesaikan tanpa perlu perintah pelaksanaan.

24. Lantaran itu, PUTERI menyambut baik pelantikan Rektor Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin sebagai

Hakim Mahkamah Rayuan Syariah. Kami juga sangat mengalu-alukan pelantikan

beberapa hakim wanita mahkamah rendah syariah di Kuala Lumpur, Melaka, Sabah,

Perlis dan Kelantan. Kebijaksanaan ini pasti memberikan kesan yang signifikan

lebih-lebih lagi majoriti plaintif di mahkamah syariah ialah golongan wanita. PUTERI

melihat ada kewajaran yang tinggi untuk terus menambah hakim-hakim wanita dari

masa ke masa.

25. Selain itu, PUTERI juga menyedari pelbagai isu penceraian yang lewat di

mahkamah juga berkait rapat dengan profesionalisme dan intergriti amalan oleh

peguam syariah sendiri. Untuk itu, cadangan PUTERI tahun lepas agar penubuhan

Page 9: MENTALITI NEGARAKU MEMPERKASA WANITA KE ... persidangan kali ini akan menjadi sebahagian daripada episod penting perjalanan perjuangan kita. Kewujudan PUTERI hari ini mesti dilihat

9

Majlis Peguam Syari’e Malaysia yang mempunyai fungsi yang menyamai “Majlis

Peguam Malaysia” haruslah dilaksanakan segera. Badan ini jika ditubuhkan kelak,

akan memberikan kesan positif termasuk meningkatkan kredibiliti dan integriti

pengamal undang-undang syariah yang seterusnya mampu mengelakkan kes-kes

yang menindas golongan wanita terlibat.

26. Inisiatif pemerkasaan wanita dalam Bajet 2018 juga perlu dilihat selari dengan

isu kebejatan moral dalam kalangan generasi muda. Terdapat perkaitan sebab

akibat yang kukuh antara isu kebejatan moral dengan keruntuhan institusi

kekeluargaan. Baru-baru ini, insiden kebakaran tahfiz yang mendapati tujuh orang

kanak-kanak terlibat. Sebelum itu, kita digemparkan dengan berita seorang

mahasiswa didera dengan seterika panas sehingga menyebabkan kematian.

27. Ini hakikat pahit yang perlu kita hadapi dengan rasional, bukannya dengan

emosional. Oleh sebab itu, ketika kita mengkritik golongan terbabit, kita juga harus

memikirkan akibat daripada pelakuan jenayah itu khususnya kepada kaum keluarga

tertuduh. Kita tidak mahu nasib kaum keluarga mereka seperti jatuh ditimpa tangga.

Sudahlah anak-anak kini didakwa, sesetengahnya pula menjadi harapan masa

depan keluarga, kini mereka terpaksa pula berhadapan dengan pelbagai kesan

rentetan yang sebenarnya boleh dielakkan. Justeru, mekanisme tertentu perlu

difikirkan bersama mengenai hal ini.

Teman-teman seperjuangan,

28. PUTERI juga ingin menyentuh soal yang sangat berkait rapat dengan peluang

ekonomi dan kerjaya. PUTERI berasa terpanggil menyuarakan kebimbangan atas

beberapa isu. Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) tidak dinafikan keupayaannya dalam

meningkatkan kebolehpasaran dan keupayaan graduan. Namun, kita juga harus

menyedari bahawa tiada panduan yang jelas dalam memastikan semua peserta

SL1M melalui latihan yang serupa. Sesetengah syarikat hanya mengambil pelatih

tanpa menyediakan latihan industri yang sewajarnya. Keadaan ini umpama

melepaskan batuk di tangga. Malah, terdapat juga syarikat menggunakan tenaga

pelatih melebihi tugasan tenaga tetap yang bekerja di syarikat tersebut. Justeru,

mekanisme dan panduan yang jelas perlu diambil bagi memastikan situasi menang-

menang berlaku di mana syarikat memperolehi tenaga kerja dan peruntukan

Page 10: MENTALITI NEGARAKU MEMPERKASA WANITA KE ... persidangan kali ini akan menjadi sebahagian daripada episod penting perjalanan perjuangan kita. Kewujudan PUTERI hari ini mesti dilihat

10

manakala graduan pula memperolehi kemahiran dan pekerjaan jika mereka benar-

benar terbukti berpotensi.

29. Di balik isu-isu berkaitan graduan SL1M yang sering ditimbulkan, kita ingin

menampilkan kejayaan bekas pelatih SL1M pada hari ini. Saudari Pajilawati Sakibun

merupakah salah satu testimoni terbaik dalam menggambarkan kejayaan SL1M

untuk melahirkan tenaga kerja yang berkebolehan. Beliau merupakan seorang anak

nelayan di Kudat yang ayahnya mempunyai sebuah perahu sahaja. Kecekalan

beliau menghadapi dugaan hidup serta keberanian mencuba SLI1M bersama

Malaysia Airlines System (MAS) pada akhirnya telah menyebabkan beliau diserap

sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelanggan. Bayangkan, keperitan yang ditempuhi

oleh Pajilawati dan keluarganya yang makan bubur beserta garam, hari ini menemui

sinar bahagia buat diri dan keluarganya apabila beliau menyertai program kendalian

SL1M.

30. Pada masa yang sama, PUTERI melihat keupayaan wanita dalam dunia

usahawan pastinya boleh ditingkatkan lagi dengan usaha-usaha berterusan

kerajaan. Bantuan keusahawanan kepada wanita sebelum ini telahpun dilakukan

melalui pelbagai inisiatif seperti melalui MyWin Academy, AIM dan TEKUN. Usaha

yang berbentuk keusahawanan jelas mampu mencungkil bakat-bakat perniagaan

yang dimiliki oleh wanita muda pada hari ini. Malah, tanggapan bahawa wanita

bekerjaya perlu ada di pejabat sudah tidak relevan lagi dalam konteks masyarakat

kita yang turut dibentuk oleh perkembangan teknologi maklumat. Suri rumah juga

boleh menceburkan diri dalam bidang perniagaan melalui inisiatif-inisiatif yang

ditawarkan oleh kerajaan dengan syarat mereka didedahkan secara tersusun

terhadap aktiviti perniagaan dalam talian (online).

31. Pemerkasaan wanita juga sangat bergantung dengan usaha untuk

membentuk mereka lebih berdikari. Kata pepatah Cina, berikanlah joran kepada

orang yang lapar. Dengan itu, mereka akan memancing ikan untuk diri sendiri

apabila mereka kelaparan. Justeru, usaha-usaha dan inisiatif yang berterusan

termasuk seperti yang digariskan dalam Bajet 2018, akan mampu merapatkan

jurang gender dengan lebih baik lagi selepas ini. Ini semua mesti dilakukan dengan

Page 11: MENTALITI NEGARAKU MEMPERKASA WANITA KE ... persidangan kali ini akan menjadi sebahagian daripada episod penting perjalanan perjuangan kita. Kewujudan PUTERI hari ini mesti dilihat

11

lebih giat dan tersusun, lebih-lebih lagi ketika kita sedang bercakap tentang Revolusi

Perindustrian 4.0.

32. Revolusi Perindustrian 4.0 berkisar tentang kehidupan yang berpaksikan

kebijaksanaan tiruan (artificial intelligence), objek rangkaian Internet (Internet of

Things- IOT), data besar (big data), dan penggunaan robotik. Hal ini akan

memberikan pelbagai kesan kepada seluruh sudut kehidupan. Dalam bahasa yang

mudah, kita akan menjalani kehidupan bentuk baru yang kurang menggunakan

tenaga manusia. Contohnya, pembinaan bangunan akan menggunakan tenaga

robotik sepenuhnya. Untuk membeli barang, kita tidak akan lagi ke pasaraya tetapi

hanya membelinya melalui dalam talian. Gaya hidup kita sudah tentu akan berubah.

33. Jurang ekonomi antara golongan kaya dan miskin akan bertambah lebar. Ini

akan memberikan kesan tersendiri kepada institusi kekeluargaan dan golongan

wanita. Golongan yang memiliki modal yang besar pula akan mendominasi industri.

Dalam masa yang sama, mungkin institusi kekeluargaan akan lebih kukuh kerana

ibu dan bapa akan mempunyai masa yang lebih lama di rumah. Namun, apakah

pula kesannya kepada interaksi sosial kerana manusia akan lebih kurang

berinteraksi secara langsung? Ini hanya beberapa persoalan yang berbangkit

daripada ribuan kemungkinan yang akan terjadi. Sebab itu, apapun yang akan

berlaku, kita harus bertindak awal dengan mengadakan kajian yang komprehensif

supaya kita dapat melihat dengan jelas kesannya secara menyeluruh terhadap

institusi kekeluargaan dan golongan wanita.

34. Sebab itu, PUTERI melihat soal inovasi dan kreativiti adalah persediaan

penting. Bukan sahaja untuk kaum wanita melangsungkan kehidupan sekarang,

tetapi sebagai asas untuk berhadapan dengan orientasi kehidupan yang telah pun

berubah. Kaum wanita muda mesti mengambil peluang untuk memohon dana yang

disediakan oleh kerajaan sebagai usahawan untuk memasarkan produk yang

dihasilkan. Amatlah rugi jika dunia berbicara tentang inovasi, tetapi orang Melayu

jauh ketinggalan di belakang. Oleh sebab itulah, PUTERI UMNO bersedia menjadi

agen penghubung antara agensi kerajaan dan golongan sasaran dalam memastikan

usahawan Bumiputera bergerak seiring perkembangan terkini.

Page 12: MENTALITI NEGARAKU MEMPERKASA WANITA KE ... persidangan kali ini akan menjadi sebahagian daripada episod penting perjalanan perjuangan kita. Kewujudan PUTERI hari ini mesti dilihat

12

35. PUTERI UMNO juga ingin menyuarakan kebimbangan rakyat pada

berkenaan peningkatan kos sara hidup. Namun, PUTERI sedar kerajaan telah

berperanan dengan mewujudkan skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang

terbukti membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah. Namun,

PUTERI menyelar sikap peniaga yang mengambil kesempatan di atas kesempitan.

Justeru, pihak KPDNK perlu memperketatkan lagi penguatkuasaan dan gerakan

bersepadu juga perlu dilakukan supaya rakyat tidak ditekan oleh pihak yang tidak

bertanggungjawab ini.

Sidang perwakilan sekalian,

36. Dalam soal ruang kepimpinan, kita lihat kerajaan telah meletakkan kuota 30

peratus kepada wanita sebagai pembuat dasar. Tetapi, merujuk kepada ucapan

YAB Perdana Menteri sewaktu merasmikan Women in Politics kelmarian, kita telah

pun mencapai 35.6 peratus. Ini ialah suatu pencapaian yang amat membanggakan.

Namun begitu, kuota yang kita tetapkan untuk sektor korporat belum tercapai. Sebab

itulah, kita mengharapkan agensi korporat menanggapi pemerkasaan wanita dalam

Bajet 2018 dengan serius.

MENTALITI NEGARAKU, MENTALITI KEMENANGAN

Hadirin dan hadirat,

37. Saya teringat baru-baru ini saya ke Ekspo Negaraku. Hati saya sangat

tersentuh menonton klip video berkenaan seorang kanak-kanak disleksia yang

bernama Alia. Disleksia menyebabkan Alia tidak dapat mengenal huruf dan nombor

yang seterusnya sentiasa terkebelakang dalam akademik. Suatu hari, di dalam

kelas, guru membuka peluang kepada murid-muridnya untuk berkongsi impian

tentang pembangunan masa depan negara. Alia menjadi murid paling awal bangun.

Dia bergerak ke hadapan kelas lalu terus menampalkan lakaran yang telah

dibuatnya.

38. Kawan-kawannya terus mengetawakannya. Namun apabila hampir setengah

lakaran Alia dilekatkan di hadapan, murid-murid lain mulai menyedari bahawa

lakaran itu sedang membentuk satu imej kota yang sangat futuristik. Kawan-

Page 13: MENTALITI NEGARAKU MEMPERKASA WANITA KE ... persidangan kali ini akan menjadi sebahagian daripada episod penting perjalanan perjuangan kita. Kewujudan PUTERI hari ini mesti dilihat

13

kawannya mula tertarik dan bangun menolongnya melekatkan kertas lakaran

selebihnya. Setelah selesai, lakaran itu terbentuk sebagai suatu lakaran kota

futuristik yang sangat menakjubkan. Saya tidak ingin berkongsi babak terakhir dalam

klip video yang amat menyentuh hati itu. Pergilah ke Eskpo Negaraku yang

berlangsung dan tontonlah sendiri. Namun, pengajaran terbesar dari kisah Alia

adalah berkenaan Mentaliti Negaraku yang berkait rapat dengan Mentaliti

Kemenangan. Biarpun mempunyai kekurangan, namun kekurangan itu tidak

dijadikan penghalang untuk maju ke hadapan.

Hadirin sekalian,

39. Begitu jualah harapan Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diilhamkan

oleh YAB Perdana Menteri demi mengangkat aspirasi nasional yang mengutamakan

keperluan rakyat. Banyak pandangan yang berbicara tentang pembangunan fizikal.

Namun, kita juga perlu membicarakan sisi pembangunan jiwa anak bangsa. Hal ini

dengan sendirinya menyentuh Mentaliti Negaraku yang menjadi modal penting untuk

kita sama-sama merealisasikan TN50.

40. PUTERI ingin mengingatkan supaya kita jangan sesekali lupa paksi

perjuangan UMNO yakni Agama, Bangsa dan Tanah Air ketika berbicara tentang

TN50. Sudah jelas lagi nyata, agama Islam memainkan peranan dalam

pembentukan keperibadian kita di wilayah ini ratusan tahun lamanya. Islam jugalah

yang menjadi teras pembentukan dan perpaduan bangsa Melayu. Oleh sebab itulah,

Islam harus mendapat gambaran yang betul dalam Mentaliti Negaraku. Dengan itu,

TN50 yang ingin kita jelmakan menjelang tahun 2050, tidak akan lari daripada asas

perjuangan UMNO yang disebutkan tadi.

41. Kita sedar realiti di kebanyakan dunia Islam hari ini memperlihatkan kesan

yang bertentangan. Pertama, apabila mereka menjadi golongan majoriti di dalam

sesuatu negara, mereka berpecah dengan mencari titik perbezaan perkauman,

mazhab dan aliran pemikiran. Akhirnya, kestabilan politik tergugat yang seterusnya

memacu konflik yang lebih besar, seperti peperangan di Syria dan Yaman. Dengan

itu, Islam mungkin dihujahkan sebagai agen perpecahan.

Page 14: MENTALITI NEGARAKU MEMPERKASA WANITA KE ... persidangan kali ini akan menjadi sebahagian daripada episod penting perjalanan perjuangan kita. Kewujudan PUTERI hari ini mesti dilihat

14

42. Kedua, apabila populasi Islam menjadi minoriti di sesetengah negara, Muslim

ditindas dan dinafikan haknya kerana dikatakan tidak mampu berasimilasi dengan

budaya tempatan. Hal ini berlaku di Mynmar ketika ini sehingga regim tentera Aung

San Suu Kyi menggunakan alasan itu untuk melakukan pembantaian dan

pembersihan etnik Rohingya.

43. Kedua-dua hujah itu sebenarnya tidak relevan jika kita menjadikan

pengalaman Islam di negara ini sebagai rujukan. Islam di sini memainkan peranan

sejak kurun ke-12 sebagai penyatu dalam pembentukan identiti bangsa kita. Biarpun

kita terdiri daripada pelbagai suku kaum, itu semua disatukan dengan konsep

Melayu yang berteraskan Islam. Bayangkan situasi yang mungkin berlaku sewaktu

kita ingin menubuhkan Malaysia dahulu jika kita semua membelakangkan Islam dan

menekankan perbezaan antara suku kaum dan semangat kenegerian.

44. Walau bagaimanapun, kita sedar, perkembangan beberapa tahun belakangan

di negara kita turut memperlihatkan Islam juga dijadikan asas kepada perpecahan.

Namun, jika diteliti, hal ini mula berlaku akibat aliran Islam yang dibawa itu

bertentangan dengan aliran yang menjadi majoriti dan mempunyai sejarah ratusan

tahun di negara kita, yakni Ahli Sunnah Wal Jamaah. Oleh sebab itu, kita harus

menekankan kembali fungsi dan peranan Ahli Sunnah Wal Jamaah agar persatuan

di atas konsep Melayu Islam ini kembali kukuh.

45. Yang kedua, Islam yang dipraktikkan di Malaysia secara jelas memberikan

ruang yang luas kepada golongan bukan Islam untuk mempraktikkan agama dan

budaya mereka. Orang Melayu mungkin akan bersifat tertutup dan chauvinis,

seterusnya akan menindas golongan minoriti jika bukan kerana dilarang dalam

Islam. Orang Melayu di negara ini begitu terbuka dan meraikan kepelbagaian kaum

kerana itulah anjuran Islam. Sebab itu, akomodasi kaum di Malaysia kelihatan lebih

berjaya kerana faktor Islam yang melihat perbezaan kaum adalah suatu fitrah dan

bukti Allah Yang Maha Bijaksana.

46. Dalam al-Quran, hal ini difirmankan Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat

ke-13 yang berbunyi:

Page 15: MENTALITI NEGARAKU MEMPERKASA WANITA KE ... persidangan kali ini akan menjadi sebahagian daripada episod penting perjalanan perjuangan kita. Kewujudan PUTERI hari ini mesti dilihat

15

Wahai Manusia, sungguh kami telah menciptakan kamu dari seorang

laki-laki dan seorang perempuan, kemudian kami menjadikan kamu

berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal...

47. Oleh sebab itu, saya bimbang dengan sikap sesetengah golongan di negara

ini yang cuba menggambarkan orang Islam sebagai kolot. Malah, sesetengah

golongan begitu Islamophobic. Saya menyarankan golongan ini berhenti bermain api

dengan isu-isu berkaitan agama Islam. Baru-baru ini, Persatuan Hotel-Hotel

Malaysia (MAH) membangkitkan isu larangan pemakaian tudung terhadap pekerja-

pekerja hotel dalam negara ini. Malah saya yakin, ada premis perniagaan tertentu

seperti di pasaraya yang melarang pekerja mereka untuk bertudung. Tindakan ini

perlu kita kecam kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang

mengiktiraf agama Islam sebagai agama Persekutuan. Tindakan-tindakan

Islamophobic seperti ini patut dikekang sejak awal sebelum baranya mencetuskan

api permusuhan dan perkauman yang lebih besar.

Barisan semut api PUTERI dan para pemerhati,

48. Mentaliti Negaraku juga berkait rapat dengan corak pemikiran yang terbuka

dan sentiasa menerima idea-idea baru. Maksudnya, kita tidak akan sesekali

menolak idea-idea bernas tidak kiralah dari manapun datangnya. Sikap seperti ini

sangat berkait rapat dengan saranan Nabi Muhammad SAW sendiri supaya kita

mengutip hikmah biarpun datang dari luar. Namun begitu, kita juga harus

mempunyai kerangka sendiri agar sikap terbuka kita tidak bersifat semberono.

Dalam erti kata lain, kita harus mempunyai bekas kita sendiri sebelum mula

menceduk air lazat yang dihidangkan oleh tamadun asing.

49. Ciri penting seterusnya yang perlu ada dalam Mentaliti Negaraku ialah

pemikiran yang menghargai asas-asas pembentukan negara seperti konsep

ketuanan Melayu dan pengiktirafan terhadap Institusi Raja-Raja Melayu. Mentaliti

Negaraku dalam TN50 sewajarnya akur terhadap peruntukan Perlembagaan

Persekutuan yang menerangkan tentang kedudukan Raja-raja Melayu.

50. Saya juga ingin menyentuh kepentingan golongan yang berada dalam industri

kreatif. Menurut satu laporan, untuk tahun 2016, industri kreatif di Lembah Klang

Page 16: MENTALITI NEGARAKU MEMPERKASA WANITA KE ... persidangan kali ini akan menjadi sebahagian daripada episod penting perjalanan perjuangan kita. Kewujudan PUTERI hari ini mesti dilihat

16

sahaja menyumbang RM 8.99 billion kepada negara. Hal ini menunjukkan satu

gambaran yang signifikan. Walau bagaimanapun, hal ini tidak bermakna semua

golongan yang berada dalam industri kreatif menerima faedahnya. Persepsi umum

masyarakat hari ini pula sentiasa melihat golongan yang terlibat dalam industri

kreatif hanyalah sebagai penghibur. Malah, tindakan pemain-pemain utama dalam

industri hiburan yang terlalu menekankan keuntungan material, menyebabkan

kreativiti golongan ini banyak dihabiskan sekadar untuk memenuhi kehendak

pasaran.

51. Sebenarnya kumpulan yang terlibat dengan industri kreatif ini telah banyak

menyampaikan mesej-mesej penting dan mampu mentransformasikan industri

kreatif sebagai medium utama pendidikan dan pembinaan tamadun. Mereka juga

boleh memainkan peranan dalam pembentukan Mentaliti Negaraku yang kita

idamkan. Sebab itu, kerajaan dan pelbagai agensi yang berkenaan tidak harus

memandang sepi peranan mereka. Mereka memerlukan pembelaan melalui polisi

dan dasar yang jelas mengenai hala tuju mereka. Ini bagi memastikan golongan ini

bukan sahaja dapat menyumbang kepada pembentukan Mentaliti Negaraku, malah,

usaha mereka itu diberi galakan dan pertolongan ekonomi agar mereka tidak

terpinggir dalam menikmati hasil mahsul negara yang akan terus bertambah

menjelang tahun 2050.

LEGASI PUTERI UMNO

Sepohon cendana di tengah hutan,

Semerbak baunya ke pinggir desa;

Dalam dadaku cumamu teman,

Dirimu di hatiku sentiasa esa.

Buai diikat di dahan cemara,

Petang-petang mainan puteri;

Ayuh kotakan tiap bicara,

Jika disoal nyawa diberi..

Page 17: MENTALITI NEGARAKU MEMPERKASA WANITA KE ... persidangan kali ini akan menjadi sebahagian daripada episod penting perjalanan perjuangan kita. Kewujudan PUTERI hari ini mesti dilihat

17

Di taman istana puteri menari,

Menanti inang mendapatkan ragi;

Bertahun tahun telah ku beri,

Jika ingin ambillah lagi.

Teman-teman seperjuangan, sidang hadirin dan perwakilan yang saya hormati.

52. Secara rasmi, inilah pentas terakhir untuk saya menyampaikan ucapan Dasar

sebagai Ketua PUTERI UMNO Malaysia. Oleh itu, saya ingin mengucapkan terima

kasih kepada semua ahli PUTERI UMNO, khususnya Exco PUTERI UMNO

Malaysia, Ketua-Ketua PUTERI UMNO Negeri serta Ketua-Ketua PUTERI UMNO

Bahagian, kepimpinan cawangan dan anda semua yang ada dalam dewan ini atau

di luar sana. Andalah ialah wira tidak didendang yang sentiasa bersama-sama di

belakang saya, bersama-sama jatuh dan rebah, bersama-sama bangkit dan terus

maju, sepanjang mengharungi laluan perjuangan yang mencabar.

53. Bukan mudah untuk kita semua menggalas tugas ini. Setiap saat dan detik

pasti ada saja cemuhan yang disebarkan. Pahit getirnya terlalu sukar dan berbisa.

Sebab itu, sepanjang tempoh perjuangan, ada yang rebah menyembah bumi

sebelum sampai ke garisan penamat. Namun, bakti anda semua akan tersemat di

dalam lipatan sejarah pergerakan PUTERI ini.

54. Kepada sahabat yang setia bersama, terima kasih diucapkan kerana sentiasa

komited dalam menggalas tugas penting ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan buat

seluruh kepimpinan ini yang tanpa jemu terus-menerus menabur bakti dan khidmat

kepada pelbagai lapisan masyarakat. Dengan berbekalkan keahlian seramai

390,843 orang dan pemilih PUTERI UMNO seramai 331,353 orang setakat suku

tahun ke-2, PUTERI harus melangkah lebih agresif selepas ini.

55. 17 tahun bukanlah waktu yang singkat. Sepanjang tempoh itu, telah saya

perah setiap kudrat demi sebaik khidmat. Sepanjang tempoh itu, berbekalkan

semangat dan wala’ yang bertempat, saya isi setiap ruang dan peluang, mendukung

amanat.

Page 18: MENTALITI NEGARAKU MEMPERKASA WANITA KE ... persidangan kali ini akan menjadi sebahagian daripada episod penting perjalanan perjuangan kita. Kewujudan PUTERI hari ini mesti dilihat

18

56. Bermula dari tahun 2013 hingga hari ini, dari Program Latihan memperkasa

kepimpinan PUTERI, Program Kebajikan Tulong Hagnaya, menyantuni golongan

kurang upaya, Kembara Ilmu, Bayahista, OpsDP (Daftar PUTERI & Pemilih),

SWiNAS, ADINDA, ASEAN Young Women Leadership Conference, ASEAN Pink

Dialogue, Rock Solid Pink Run, We Hear You, PUTERI DIAN, The Beauty of Autism,

Kelip-Kelip, Let’s Talk, My Hak dan terkini Kempen S.A.F.E yang telah dilancarkan

oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 4 haribulan yang lalu. Semua program

yang dilaksanakan adalah satu bentuk kebersamaan PUTERI UMNO bersama

wanita muda tempatan dan serantau daripada pelbagai latar belakang.

57. PUTERI UMNO juga tidak melupakan jasa dan pengorbanan sahabat-

sahabat yang telah meninggalkan pentas perjuangan PUTERI. Sebab itulah

persahabatan yang terjalin ini kita eratkan dengan penganjuran Pink Reunion 2.0

yang telah diserikan dengan kehadiran Dato’ Seri Hishamudin Tun Hussein. Malah,

penubuhan Koperasi Sahabat PUTERI UMNO Malaysia (KOSAPUM)

memperlihatkan kesungguhan kita memperkukuhkan sisterhood ini dari sudut yang

lain.

Sidang perwakilan PUTERI yang saya kasihi,

58. Wanita muda dalam PUTERI UMNO Malaysia kini berdepan dengan jalan-

jalan yang berliku dalam menegakkan amanah parti keramat orang Melayu. Namun

begitu, saya percaya PUTERI UMNO Malaysia mampu menjadi secekal wanita

ulung yang saya bicarakan seawal ucapan saya sebentar tadi.

59. Nilai-nilai positif ini perlulah dikekalkan. PUTERI UMNO bukanlah satu medan

untuk tempat kita meminta-minta jawatan, meminta-minta pangkat, meminta-

meminta harta benda. Jauh sekali untuk mengejar populariti. Jadilah seperti seekor

semut yang patuh pada arahan ketua, sentiasa bekerjasama dalam kumpulan dan

setia berjuang memastikan sarangnya berdiri kukuh dan utuh dari pelbagai

ancaman. Walaupun penghuninya bertukar ganti, sarangnya tetap kekal selamat.

60. Karakter seorang PUTERI sebagai pemimpin masyarakat dinilai apabila

mereka mempunyai nilai keikhlasan, kekuatan, keupayaan dan kemahiran dalam

Page 19: MENTALITI NEGARAKU MEMPERKASA WANITA KE ... persidangan kali ini akan menjadi sebahagian daripada episod penting perjalanan perjuangan kita. Kewujudan PUTERI hari ini mesti dilihat

19

melaksanakan sesuatu tugasan. Jangan dilupakan juga integriti dan amanah yang

perlu dijaga supaya ianya selari dengan kualiti akhlak seseorang pemimpin.

Adinda PUTERI yang disayangi,

61. Berkorbanlah untuk memastikan suara masyarakat sentiasa didengari agar

mereka sentiasa berada dekat dengan parti. Pengorbanan ini adalah perlu untuk

memastikan kepentingan bangsa kekal terpelihara melalui kuasa politik orang

Melayu. Pemimpin datang dan pemimpin pergi, namun nilai-nilai utama ini harus

mendasari teras perjuangan PUTERI.

MENUJU PILIHANRAYA UMUM KE-14

Para perwakilan PUTERI sekalian,

62. Kini kita sudahpun berada dalam bulan Disember 2017. Ini bermakna, kaki

kita setiap hari melangkah mendekati medan tempur Pilihanraya Umum ke-14.

Apapun yang bakal terjadi, Pilihanraya Umum ke-14 yang sedang menunggu kita ini,

akan menjadi salah satu medan pertempuran paling penting dalam memastikan

survival perjuangan agama, bangsa dan negara. Masa depan kita sangat berkait

rapat dengan keputusan PRU ke-14. Jangan sesekali alpa daripada memikirkan

kenyataan ini!

63. Rentetan Bengkel Strategik PRU ke 14 yang telah diadakan oleh PUTERI

UMNO Malaysia pada awal tahun ini, kita rancak mengatur langkah. Kita telah

mengaktifkan Unit Khas Pilihanraya. Kumpulan Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) giat

menyusuri akar umbi seluruh negara. Pusat Panggilan telah diaktifkan dan kita

sentiasa siap siaga mendekati pengundi muda.

64. Sementara hari besar itu tiba, saya menyeru kepada PUTERI: Luaskan

kuasamu! Temui pengundi-pengundi, tidak kiralah yang terselit di tengah-tengah

kesibukan kota, atau terlontar di suatu sudut nun terceruk di desa-desa. Bersama

sahabat PUTERI BN, kita semua akan sentiasa sederap selangkah.

Page 20: MENTALITI NEGARAKU MEMPERKASA WANITA KE ... persidangan kali ini akan menjadi sebahagian daripada episod penting perjalanan perjuangan kita. Kewujudan PUTERI hari ini mesti dilihat

20

65. Dalam kita terus bekerja, pasang-pasangkanlah kekuda menangkis serangan

sumbang pakatan pembangkang. Mereka sungguh licik dengan pelbagai dakyah.

Mulut manis tetapi hatinya busuk. Yang benar didustakan, yang dusta dibenarkan.

Oleh itu, PUTERI UMNO mesti terus bekerja dengan memanfaatkan segenap ruang

dan peluang untuk berhujah secara rasional. Setiap detik yang ada ini gunakanlah

untuk mendekati golongan muda dan fahamilah aspirasi mereka.

66. PUTERI juga tidak lupa untuk terus berbakti kepada semua tanpa mengira

latar belakang khususnya melalui skuad PUTERI Peduli. Sewaktu Pulau Pinang

lumpuh kerana banjir, Skuad PUTERI Peduli juga turut turun. Namun amat malang

apabila ada pemimpin pembangkang menuduh kita mementingkan perkauman

apabila memberikan tumpuan kepada kawasan yang diabaikan oleh mereka.

Hentikanlah politik yang tidak matang ini. Lim Guang Eng ini agaknya mudah lupa

siapa yang dia telefon pukul tiga setengah pagi saat dia memohon bantuan dengan

penuh tangisan.

67. Kalau pertolongan ikhlas kita ketika banjir pun mereka disalah tafsir oleh

mereka, apa lagi yang kita nak harapkan dari politik DAP. Dari merdeka hingga

sekarang, sudah banyak yang berubah. Tetapi, satu-satunya yang tidak berubah

ialah orientasi politik DAP. Dari dulu sampai sekarang, mereka kekal anti-Melayu

dan anti-Islam. Tidak usah beretorik panjang-panjang tentang hal ini. Baca sahaja

perlembagaan DAP, jelas kelihatan yang mereka perjuangkan ialah Malaysian-

Malaysia. Malah kini, dalam parti Roket itu dipenuhi pelampau perkauman. Bacalah

sahaja kenyataan-kenyataan Nga Kor Ming yang begitu berani menghina bangsa

kita.

68. Malah, Ketua Menteri Pulau Pinang sampai sekarang terpalit dengan isu

rasuah, boleh pula membatukan dirinya seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Banjir pula di Pulau Pinang? Dulu bongkak katanya Kerajaan Negeri bangga dengan

kecekapan, akauntabiliti dan bersikap telus, namun sebaliknya berlaku. Hari ini

bukan sahaja NGO marah akan Guan Eng tapi rakyat Pulau Pinang pun dah marah

dengan Guan Eng. Bahkan kalau pokok dan bukit boleh bercakap, mereka juga

akan marah Guan Eng. Kita tidak dapat bayangkan bagaimana jika kita serahkan

kuasa Pusat kepada tangan orang yang semacam ini.

Page 21: MENTALITI NEGARAKU MEMPERKASA WANITA KE ... persidangan kali ini akan menjadi sebahagian daripada episod penting perjalanan perjuangan kita. Kewujudan PUTERI hari ini mesti dilihat

21

69. Lain pula kisahnya di Selangor dan kerenah pemimpin PKR. Kenyataan-

kenyataan MB Selangor di media sosial, bukan lagi main menyerang dan

mempersoal intergriti kerajaan. Bukan main galak menolong anak dara jual nasi

lemak di tepi jalan, gerai-gerai Melayu yang dirobohkan tidak langsung dihiraukan.

Ketika beliau ingin menjadi juara dalam kes-kes anti-rasuah dan korupsi, namun bila

diminta oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah,

terus kecut lesi. Apa cerita kisah anak saudaranya?

70. Begitu juga dengan YB Pandan yang menubuhkan INVOKE dan melancarkan

kempen “Bina Semula Negara”. Kempen itu tidak lebih daripada usaha memfitnah

kepimpinan YAB Perdana Menteri. Hakikatnya, dakwaan itu umpama tin yang

berdentung-dentang bunyinya tetapi kosong isinya. Sebab itu, daripada terus

menabur fitnah, lebih baik YB Pandan mengusahakan kempen bina semula

hubungannya dengan Azmin. Ada angin bertiup katanya hubungan sesama mereka

umpama telur di hujung tanduk.

71. Namun, isu perpecahan dalaman turut melanda Parti Cap Bunga. Malah, hal-

hal asas seperti penyusunan struktur dan perjalanan organisasi pun kelihatannya

tidak teratur. Bukan saya cakap! Pengerusi PPBM sendiri yang cakap, orang lama

UMNO dulu. Sehingga sekarang pun, PPBM belum mampu melangsungkan

mesyuarat agung. Jika isu asas sebegini pun masih menjadi kendala, bagaimana

mereka boleh memimpin Pakatan Harapan? Kalau pemimpin ARMADA pun

mendesak PPBM itu dibubarkan, sekalung tahniah saya ucapkan kepada Ketua

Srikandi PPBM Kuala Kedah yang juga sahabat kami yang telah mengisytiharkan

diri keluar dari PPBM. Ini satu keputusan yang tak patut disesali. Syabas dan

selamat kembali ke pangkal jalan!

72. Sewaktu pemimpin mereka terus berlagak bagai merak yang menayangkan

kecantikan bulunya, sehingga tidak sengaja menampakkan sepasang kaki yang

hodoh, alhamdulillah, pemimpin kita pula terus konsisten dengan politik matang.

Sewaktu ada pemimpin pembangkang yang terlantar di hospital, YAB Dato’ Seri

Najib dan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid masih sempat mencari masa untuk

melawat. Ketika pelbagai kritikan tidak berasas dilakukan pembangkang, YAB

Page 22: MENTALITI NEGARAKU MEMPERKASA WANITA KE ... persidangan kali ini akan menjadi sebahagian daripada episod penting perjalanan perjuangan kita. Kewujudan PUTERI hari ini mesti dilihat

22

Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri turun juga ke Pulau Pinang

bagi memastikan rakyat di sana diberikan pertolongan sewajarnya. Politik yang

penuh manusiawi seperti inilah yang ingin kita pupuk dan semai supaya tumbuh

subur di perkebunan masa.

Sidang perwakilan yang dihormati,

73. Dari akar umbi, kita yakin dan sentiasa berdoa agar politik matang dan

kesepaduan yang terjalin antara YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana

Menteri akan bertambah kukuh. Situasi seperti ini akan memberikan kesan yang

sangat positif kepada perkembangan dan kestabilan setiap peringkat dalam parti.

Sudah pasti hal ini tidak begitu digemari oleh pihak tertentu termasuk parti cap

bunga. Benteng perpaduan yang dibina atas politik matang dan persaudaraan

antara YAB Datuk Seri Najib dan YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid akan cuba

diruntuhkan kerana inilah kekuatan sebenar yang kita ada sekarang. YAB Datuk Seri

Presiden, kami doakan agar diberikan kesihatan yang baik dan terus memimpin

kami. Kami akan terus setia berada di belakang dan menyokong kepimpinan YAB

Datuk Seri. Buat YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan

tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden, kesetiaan dan kesungguhan dalam

membantu YAB Datuk Seri Presiden amat kami sanjungi. Kami bertuah mempunyai

Datuk Seri Zahid Hamidi yang sentiasa wala’ di belakang Presiden Parti, semangat

juangmu itu akan kami jadikan teras dan akan kami contohi.

74. Oleh itu, gandingan kedua mereka ini bagaikan aur dengan tebing, PUTERI

UMNO Malaysia ingin mencadangkan pemilihan UMNO akan datang tidak

mempertandingkan jawatan nombor satu dan nombor dua parti. Kedua-dua

pemimpin berjiwa besar ini harus dikekalkan dan diberikan ruang untuk terus

bersama-sama memantapkan parti dan negara. Dengan itu, tumpuan kita juga dapat

ditumpahkan sepenuhnya terhadap usaha untuk menumpaskan gempuran politik

pembangkang dalam PRU Umum ke-14 seterusnya menyambung mandat untuk

memenuhi agenda kepentingan rakyat

Srikandi Pimpinan PUTERI UMNO sekalian,

75. Menyedari bahawa pilihan raya umum ke 14 ini adalah getir, penting dan ibu

kepada segala pilihan raya. PUTERI akan terus memasakkan janji dan wala’

Page 23: MENTALITI NEGARAKU MEMPERKASA WANITA KE ... persidangan kali ini akan menjadi sebahagian daripada episod penting perjalanan perjuangan kita. Kewujudan PUTERI hari ini mesti dilihat

23

terhadap pemimpin dan parti UMNO ini bagi memenangkan Barisan Nasional.

Sebab itu, PUTERI tidak mendesak sebarang pemilihan calon. Cuma kami

mengharapkan agar pemilihan calon akan turut mengambil kira wanita dan orang

muda. Sudah tentu YAB Presiden mempunyai metodologi sendiri sewaktu memilih

calon namun pihak PUTERI mengharapkan calon yang dipilih itu nanti mestilah juga

menekankan pendekatan WLWC: (Winnable, Likeable, Workable, dan Capable).

Maksudnya calon yang dipilih mestilah yang boleh menang, disukai pengundi,

mampu bekerja dan berkebolehan. Bahkan, bagi calon langsung seperti yang

disebut oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, adalah kaedah yang terbaik, PUTERI

UMNO mengharapkan juga konsesus yang sama dapat dicapai oleh semua parti

komponen BN.

76. YAB Presiden, saya ingin menyatakan di sini, kalau ada di antara kami yang

tidak dipilih, saya sebagai Ketua PUTERI UMNO Malaysia, ingin memberi jaminan

PUTERI tidak akan merajuk, PUTERI tidak akan bergasak, PUTERI janji tidak tutup

bilik gerakan. PUTERI AKAN TERUS BEKERJA! BEKERJA DAN BEKERJA! JANJI

BN MENANG! Pilihlah yang terbaik dari kalangan yang terbaik demi kemenangan

2/3 majoriti pada Pilihan Raya Umum yang akan datang. Ayuh PUTERI!

Ingatlah sahabat-sahabat PUTERI,

Nak jadi Calon…. Calon juga;

Tolonglah Pegang Janji Ini,

Padukan Tenaga, Action Bersama.

Bersama gempur PUTERI Peduli,

Santunilah Hati Wanita Muda;

Buktikan Pencapaian PRU ini,

Get Out the Voters Target Kita.

77. Ayuh semua, sama-sama kita rapatkan baris dan saf, HIDUP MELAYU!

HIDUP UMNO! BERSAMA GEMPUR!