PECAHAN 1 Menilai Video

9
KOD & NAMA KURSUS EDU 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2 TAJUK KUMPULAN EL-J01 (A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON AISAH BINTI ISMAIL D20112052441 0199293757 NAMA TUTOR E-LEARNING: DR SHAHEDA BINTI USOP MENILAI RAKAMAN VIDEO : KEMAHIRAN MEMULAKAN PENGAJARAN PEMARKAHAN 1 . RAKAMAN 1 2 . REFLEKSI 1 3 . RAKAMAN 2 4 . REFLEKSI 2 5 RPH

description

a

Transcript of PECAHAN 1 Menilai Video

Page 1: PECAHAN 1 Menilai Video

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

EDU 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

TAJUK

KUMPULAN

EL-J01 (A121PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

AISAH BINTI ISMAIL D20112052441 0199293757

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR SHAHEDA BINTI USOP

TARIKH SERAH: 16 NOVEMBER 2012

MENILAI RAKAMAN VIDEO :KEMAHIRAN MEMULAKAN PENGAJARAN

PEMARKAHAN1. RAKAMAN 12. REFLEKSI 13. RAKAMAN 24. REFLEKSI 25. RPH6. LAPORAN KT7. FORUM

JUMLAH

Page 2: PECAHAN 1 Menilai Video

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 2

2.0 Jenis-jenis Kemahiran Mikropengajaran 2

2.1 Kemahiran Memulakan Pengajaran 2

3.0 Penilaian Video

3.1 Cara Guru Mengendalikan Kemahiran 3

3.2 Kekuatan Sesi Pengajaran Guru 4

3.3 Kelemahan Sesi Pengajaran Guru 4

3.4 Penambahbaikan 4

4.0 Penutup 5

Rujukan

1

Page 3: PECAHAN 1 Menilai Video

1.0 PENGENALAN

Pengajaran merupakan satu proses rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar

yang diintegrasi dan dilaksanakan secara bersepadu dan harmoni bagi membantu

pembelajaran berlaku secara berkesan. Kemahiran mengajar boleh dibahagikan kepada

sepuluh kemahiran asas yang dikenali sebagai kemahiran mikropengajaran.

Mikropengajaran merupakan satu latihan keguruan yang menitikberatkan pengalaman dan

kemahiran yang hampir sama dengan situasi sebenar bilik darjah. Ia juga merupakan satu

proses rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar. Guru pelatih atau guru yang

berhasrat meningkatkan kemahiran mengajar lebih mudah dibantu oleh kemahiran

mikropengajaran. Masa yang diperuntukkan untuk mikropengajaran adalah antara 5 hingga

10 minit .Dalam masa yang singkat ini, guru biasanya hanya perlu menonjolkan kemahiran

asas tertentu seperti menyoal, menerang, memulakan pengajaran dan sebagainya. Biasanya

rakaman video dibuat untuk tujuan perbincangan dan membuat analisis atau penilaian

terhadap sesi pengajaran mikro yang telah dilaksanakan. Penguasaan setiap satu

kemahiran mikropengajaran berupaya menghasilkan satu pengalaman pembelajaran yang

berkesan.

2.0 JENIS-JENIS KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN

Terdapat beberapa jenis kemahiran mikropengajan iaitu kemahiran memulakan pengajaran

iaitu mencungkil idea, kemahiran menyoal, kemahiran menerang, kemahiran memperkukuh,

kemahiran mengilutrasi dengan contoh, kemahiran membuat demontrasi, kemahiran

menutup pengajaran dan kemahiran membuat refleksi.Semasa proses pengajaran , semua

kemahiran ini diaplikasi secara serentak contohnya pada fasa permulaan pengajaran guru

bolehlah menyoal dan mencungkil idea murid.

2.1 Kemahiran Memulakan Pengajaran ( Set Induksi )

Kemahiran yang akan saya fokuskan bagi penilaian rakaman video mikropengajaran ini

ialah kemahiran memulakan pengajaran ataupun set induksi. Kemahiran memulakan

pengajaran dilaksanakan dalam fasa permulaan pengajaran dan sangat penting bagi

mengorientasi murid ke arah pembelajaran yang akan berlaku. Prinsip utamanya

termasuklah menarik perhatian dan memotivasi murid, menstruktur pembelajaran, dan

membuat perkaitan dengan pengetahuan sedia ada serta pengalaman seharian murid Set

induksi merupakan satu langkah untuk memulakan sesi pembelajaran yang akan memberi

imput yang menarik tentang apa yang hendak diajar. Set induksi ini meliputi proses

2

Page 4: PECAHAN 1 Menilai Video

menstrukturkan isi pembelajaran , menarik perhatian, mengadakan hubung kait terhadap

pembelajaran dan seterusnya memotivasikan pelajar bagi meneruskan sesi pembelajaran

tersebut. Dalam erti kata lain set induksi ini adalah merupakan satu faktor yang mendorong

murid untuk terus memberi tumpuan dan perhatian kepada isi pelajaran yang akan

disampaikan oleh guru.Set induksi yang mengambil masa lebih kurang 5 minit ini

sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran

seorang guru. Ini kerana ia akan dapat mengawal disiplin dan memastikan murid lebih

bersedia untuk sesi pembelajaran pada hari tersebut. Sekiranya set induksi tidak digunakan

dalam proses pembelajaran, sudah pasti pelajar akan merasa bosan dan tidak berminat

serta kurang memberi perhatian terhadap sesi pengajaran guru. Oleh itu, guru-guru haruslah

menggunakan set induksi yang mudah tetapi menarik perhatian pelajar di dalam kelas.

Antara contoh set induksi yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

ialah paparan gambar, surat khabar, majalah, benda-benda maujud seperti tanah, daun,

kopiah, komputer riba, telefon bimbit, radio dan sebagainya.

3.0 PENILAIAN VIDEO

3.1 Cara Guru Mengendalikan Kemahiran

Berdasarkan rakaman mikropengajaran yang dilaksanakan oleh ustazah Nurkhamidah Bt.

Sulam, saya telah memilih kemahiran memulakan pengajaran iaitu set induksi sebagai aspek

yang akan dinilai. Ustazah Nurkhamidah telah mengajar matapelajaran Pendidikan Islam

iaitu bahagian Ulum Syariah yang bertajuk BERISTINJAK. Dalam kemahiran seti nduksi ini,

guru telah menunjukkan beberapa keping gambar dan kemudiannya menyoal murid

berdasarkan gambar yang dipamerkan iaitu gambar air laut, gambar sungai, gambar air

embun, gambar salji dan gambar air hujan. Guru juga menyoal murid, adakah murid pernah

melihat air-air tersebut dan dimana murid biasa melihat air ini. Murid-murid memberi respon

kepada setiap soalan yang telah diajukan oleh guru.

Seterusnya guru menyoal apakah kegunaan air dan telah dijawab oleh murid bahawa

kegunaan air adalah untuk membersih pakaian, badan dan sebagainya. Guru memberi

penerangan berkaitan dengan kepentingan menjaga kebersihan. Guru menyoal murid lagi,

apa kah akan terjadi kalau tidak ada air. Guru membantu murid untuk menjawab soalan yang

diajukan. Seterusnya guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran yang akan

diajar iaitu alat-alat yang digunakan untuk bersuci selain daripada air.

3

Page 5: PECAHAN 1 Menilai Video

3.2 Kekuatan Sesi Pengajaran Guru

Secara tidak langsung proses pengajaran dan pembelajaran melalui set induksi ini dapat

menarik perhatian dan minat murid dan dapat membantu murid lebih bersedia dari sudut

kognitif dan afektif. Persoalan-persoalan yang telah diajukan oleh guru juga dapat

mencungkil pengetahuan sedia ada dan miskonsepsi murid.Pengajaran guru telah dapat

menarik minat dan perhatian murid-murid kerana suara guru yang jelas semasa pengajaran

dan pembelajaran dijalankan. Guru juga bergerak mendekati murid, menggunakan isyarat

badan dan eye contact. Bahan bantuan mengajar yang digunakan juga bersesuaian dengan

tajuk yang akan diajar dan berwarna-warni.. Sikap dan perwatakan guru yang

baik,bersungguh-sungguh ketika mengajar telah merangsang sifat ingin tahu murid dan

seterusnya dapat menimbulkan motivasi murid.

3.3 Kelemahan Sesi Pengajaran Guru

Percakapan guru yang terputus-putus ketika memberi penerangan telah mengelirukan murid

untuk menyambung apa yang dikatakan oleh guru dan ianya kurang sesuai digunakan ketika

proses pembelajaran dilaksanakan. Sebagai contoh, guru menyebut kebersi …..dan murid

menyambung han……. Sepatutnya percakapan guru hendaklah lengkap dan jelas apabila

menyebut sesuatu perkataan supaya muridnya dapat memahami dengan lebih jelas apa

yang disampaikan oleh gurunya..Alat bantuan mengajar yang digunakan seharusnya tidak

dipegang sahaja oleh guru tetapi sebaik-baiknya ditampal pada whiteboard supaya ia

memudahkan muridnya untuk melihat apa yang dipaparkan.Penggunaan whiteboard

sepatutnya di bahagikan kepada dua bahagian supaya memberi kemudahan kepada murid

untuk menampal ABM dan nampak lebih teratur dan kemas. Guru juga sepatutnya menulis

dahulu hari, matapelajaran dan tarikh sebaris di bahagian atas whiteboard sebagai

peringatan kepada murid sebelum memulakan proses pembelajarannya. Teknik penyoalan

yang digunakan oleh guru semasa set induksi juga kurang sesuai di mana guru hanya

menyoal secara kelas dan meminta murid memberi jawapan beramai-ramai. Sepatutnya

guru mengemukakan soalan kepada kelas dan memilih murid untuk memberi jawapan

kepada soalan yang telah diajukan.

3.4 Penambahbaikan

Adalah lebih baik jika guru menggunakan benda maujud sebagai ABM dalam kemahiran set

induksi ini contohnya batu, daun kering dan sebagainya. Guru lebih mudah mengaitkan

jawapan murid dengan tajuk pelajaran yang diajar. ABM guru sepatutnya lebih besar sedikit

4

Page 6: PECAHAN 1 Menilai Video

supaya semua murid dapat melihat dengan jelas apa yang dipaparkan. Adalah lebih

baik jika guru dapat menayangkan gambar dengan menggunakan slaid LCD supaya semua

murid dapat melihat dengan jelas dan lebih menarik perhatian murid terhadap apa yang

dipaparkan. Disamping itu elemen EMK juga dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran

4.0 PENUTUP

Permulaan pengajaran ataupun set induksi adalah kemahiran yang sangat penting dan

bermakna dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia bertujuan untuk menarik minat

para pelajar dan membuatkan pelajar lebih bersedia untuk mengikuti proses pembelajaran

yang sedang dijalankan. Set induksi ini dapat dikaitkan dengan isi kandungan yang selari

dengan objektif pengajaran. Pastinya set induksi yang menarik menyebabkan murid lebih

memberi tumpuan dan fokus serta berminat terhadap sesi pembelajaran yang dijalankan .

5

Page 7: PECAHAN 1 Menilai Video

RUJUKAN

Esah Sulaiman (2003). Asas Pedagogi. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan

Tingkah Laku. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin. (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Petaling Jaya:

Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd

N.S Rajendran (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru

Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran. Fakulti Sains Kognitif Dan

Pembangunan Manusia. Universiti Perguruan Sultan Idris.

Omardin Ashaari (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran Dalam Bilik Darjah: Kaedah dan

Strategi. Kajang: Masa Enterprise.

6