PEJABAT DAERAH SARATOK

download PEJABAT DAERAH SARATOK

of 46

Transcript of PEJABAT DAERAH SARATOK

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUMPEJABAT DAERAH SARATOKSIA SI CHI J 36602

______________________________________________________________________________________

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKUMDI BAHAGIAN PENTADBIRAN, KEWANGAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (PSM), PEJABAT DAERAH SARATOK, SARAWAK.______________________________________________________________________

BAB 1.0LATAR BELAKANG PEJABAT DAERAH SARATOK, SARAWAK

1.1 SEJARAH PENUBUHAN PEJABAT DAERAH SARATOK

Pejabat Daerah Saratok terletak di tengah-tengah Pusat Bandar Saratok iaitu di atas bukit SAGATOK yang merupakan bangunan bersejarah Daerah Saratok. Pejabat Daerah Saratok telah beroperasi semenjak sebelum merdeka lagi, iaitu dianggarkan telah wujud semenjak Tahun 1888 di bangunan yang sama.

Pejabat Daerah Saratok merupakan salah satu Agensi Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Bahagian Betong yang mempunyai keluasan 1,686.68km. Daerah Saratok mempunyai Tiga (3) sub daerah iaitu :-

Daerah Kecil Roban Daerah Kecil Kabong Daerah Kecil Nanga Budu

Pejabat Daerah Saratok adalah sebuah pejabat kerajaan yang bertanggungjawab terhadap segala aspek pentadbiran Daerah Saratok yang seluas 1,686.68km persegi. Penduduk Daerah Saratok berdasarkan bancian pada tahun 2000 adalah berjumlah 43,035 orang yang terdiri daripada Iban-22,103; Melayu-17,641, Bidayuh-67; Melanau-134; Lain-Lain Bumiputera-59; Cina-2,892; lain-lain bukan bumiputera-43.

Pejabat Daerah Saratok (1888-2008), Bangunan Pejabat Daerah Saratok terletak di atas Bukit Seru. Bangunan ini pada asalnya adalah sebuah kubu yang telah didirikan dalam tahun 1888. Pejabat Daerah Saratok telah berpindah ke pejabat baru kira-kira 200 meter dari bangunan asal dengan rasminya pada 30 Ogos 2009.

Saratok

Rajah 1 : Peta Lokasi Daerah Saratok.

1.2 VISIPejabat Residen Dan Daerah Bahagian Betong beriltizam menjadi organisasi yang Unggul Dan Progresif untuk memangkin perubahan ke arah pembangunan mapan dan harmoni.

1.3 MISIMengukuhkan Kecekapan, Ketelusan, Kepercayaan, Keberkesanan Dan Kemesraan terhadap pelanggan dalam menyalurkan perkhidmatan dan pentadbiran pembangunan. Menjadi organisasi yang responsive dan mesra rakyat. Mengukuhkan kecekapan, ketelusan, kepercayaan, keberkesanan dan kemesraan terhadap pelanggan-pelanggan dalam menyalurkan perkhidmatan dan pentadbiran. Mencapai pembangunan jentera pentadbiran dan kepimpinan yang dinamik, berkesan dan telus ke arah pembentukan masyarakat sejahtera, Menyediakan jentera pentadbiran dan kepimpinan yang dinamik, berkesan dan telus ke arah pembentukan masyarakat sejahtera, Mengekalkan uasaha untuk pembangunan menyeluruh bagi mencapai tahap kehidupan yang berkualiti. Mengalak dan memudahkan proses pembangunan bagi mencapai tahap kehidupan yang berkualiti. Meningkatkan aktiviti Pembangunan Sumebr Manusia dan Penggunaan Teknologi Moden serta penguasaan ICT. Mencapai pelaksanaan 100% projek sosio-ekonomi negeri dalam Rancangan Malaysia ke-9.

1.4 OBJEKTIF Melahirkan sebuah organisasi yang boleh membantu dan membimbing semua kakitangan dari segi rohani dan jasmani; Menjadi role model kepada semua jabatan dan agensi kerajaan di daerah ini menjelang tahun 2020; Sebagai agen perubahan sikap kepada penduduk luar bandar ke arah sikap yang positif dan dinamik; Memberikan panduan yang tegas dan terperinci dalam menjalankan kerja; Menambahkan kefahaman tentang matlamat kerja dan objektif organisasi; Menerangkan hubungan kerja sendiri dengan kerja-kerja pegawai lain.

1.5 PIAGAM PELANGGANPejabat Daerah Saratok beriltizam untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan mesra kepada pelanggan dengan:- Permohonan Surat Kuasa Mentadbir (LA), Probet Wasiat akan disiapkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja sekiranya disertakan dengan semua dokumen-dokumen lengkap yang berkaitan; Permohonan Anak Angkat yang diterima akan disiapkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dengan syarat semua pihak yang terlibat hadir bersama dokumen-dokumen yang lengkap serta memenuhi prosedur-prosedur yang telah ditetapkan; Urusan Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan, Urusan Pembaharuan Dan Pengeluaran Lessen Perdagangan, Pengeluaran Ekstrak, Pindaan Butir-Butir Dan Pembatalan Nama-Nama Perniagaan akan disiapkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dengan syarat semua dokumen-dokumen yang disertakan adalah lengkap. Pendaftaran Kes-Kes Mahkamah Bumiputera Dan Sivil akan disiapkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja. Permohonan Pengeluaran Permit Pembelian Peluru untuk senapang patah (shotgun) akan disiapkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja sekiranya peraturan yang ditetapkan; Permohonan Pembaharuan Hakmilik Senapang Patah akan disiapkan dalam tempoh (10) hari bekerja setelah memenuhi semua syarat yang ditetapkan dan mendapat kelulusan daripada Residen; Permohonan Pindah Hakmilik Senapang Patah akan disiapkan dakam tempoh tujuh (7) hari bekerja sekiranya mematuhi peraturan yang ditetapkan.

1.6 FUNGSI DAN PERANAN PEJABAT DAERAH SARATOK Merancang, melaksana, menyelaras, mengesan dan melapor projek-projek pembangunan; Melaksanakan tugas pentadbiran daerah yang merangkumi pentadbiran institusi masyarakat, perkhidmatan statutory, hal ehwal semasa masyarakat dan lain-lain; Melaksanakan tugas-tugas mengawal dan mengekalkan keamanan dan keselamatan daerah; Melaksnakan tugas-tugas secretariat untuk upacara-upacara dan program-program kerajaan; Mengurus hal-hal pentadbiran am, sumber manusia, harta, kewangan, perakauanan dan belanjawan pejabat daerah saratok; Melaksanakan tugas Mahkamah Bumiputera dalam kapasiti sebagai pendaftar mahkamah bumiputera di peringkat Mahkamah Bumiputera Daerah dan ke bawah.

1.7 PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN YANG DIBERI Perancangan Dan Penyelarasan Pembangunan Luar Bandar (Projek Prasarana / Infrastruktur-Jalan, Bekalan Elektrik, Kemudahan Awam). Pembangunan Bandar Program Pemulihan Rakyat Termiskin (Dalam Kapasiti Sebagai Pengerusi Jawatankuasa PPRT Daerah). Pengurusan Hal-Ehwal Institusi Kemasyarakatan, Urusan Perkhidmatan Ketua Masyarakat / Ketua Kaum, Urusan Hal-Ehwal Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampong JKKK), Urusan Hal-Ehwal Lembaga Amanah Kebajikan, Dan Urusan Perkhidmatan Pegawai-Pegawai Masjid. Urusan Probate Perkhidmatan-Perkhidmatan Statutory Yang Terkandung Di Dalam Undang-Undang Dan Perkeliling-Perkeliling Urusan Pengeluaran Pelepasan Pelabuhan Urusan Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan, Pengeluaran Ekstrak, Pemindaan Butir-Butir Dan Pembatalan Nama-Nama Perniagaan, Urusan Lesen-Lesen Perdagangan. Urusan Penyiasatan Permohonan Lesen Sabong Ayam. Urusan Pemprosesan Berkaitan Senjata Api

Perkhidmatan Mahkamah Dan Majistret Urusan Mahkamah Bumiputera (Sivil/Adat) Urusan Pengeluaran Sijil Anak Angkat Perkhidmatan Keurusetiaan.Sekretariat Urusan Sambutan Upacara/Perayaan Rasmi.

1.8 CARTA ORGANISASI PEJABAT DAERAH SARATOKSila merujuk kepada Lampiran VI untuk carta organisasi Pejabat Daerah Saratok

BAB 2.0LATAR BELAKANG UNIT PENTADBIRAN, KEWANGAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

2.1LATAR BELAKANG UNIT PENTADBIRAN, KEWANGAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Unit Pentadbiran, Kewangan Dan Pembangunan Sumber Manusia (PSM) telah wujud apabila seorang Pegawai Tadbir N41 di unit tersebut. Sebelum ini, unit tersebut mempunyai dua seksyen iaitu seksyen Perancangan Dan Pembangunan yang diketuai oleh Pegawai Tadbir N44 dan Unit Pentadbiran Am Dan Kewangan yang mempunyai peranan dalam pengurusan personel dan pentadbiran am dan juga pengurusan kewangan. Unit tersebut diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir N32.

2.2 KAITAN BAHAGIAN PENTADBIRAN, KEWANGAN DAN PSM DENGAN ORGANISASI INDUKUnit ini merupakan salah satu unit/seksyen dalam organisasi pentadbiran daerah saratok. Adalah mempunyai kaitan berupa tugas-tugas dan tanggungjawab secara langsung kepada Residen Bahagian Betong. Dalam pada itu, pengawai tadbir yang mengetuai unit ini bertanggungjawab mengendalikan tugas-tugas yang berkaita dengan pentadbiran personel seperti upah, pengambilan kakitangan sokongan, perlantikan ketua masyarakat dan ketua kaum, skim perkhidmatan kakitangan dan ketua masyarakat, pengesahan jawatan kakitangan, perpindahan kakitangan, pencen, pensaraan dan sebagainya.Seksyen ini juga bertanggungjawab memberi perkhidmatan pentadbiran seperti rekod cuti, pinjaman bantuan kewangan pembelajaran, urusan pinjaman perumahan dan kenderaan untuk kakitangan yang layak mendapat kemudahan tersebut. Mengikut prosedur pentadbiran ketua bahagian ini adalah orang yang bertanggungjawab mengendalikan seksyen ini dan membuat laporan kepada Residen Bahagian Betong.Dalam bidang pembangunan sumber manusia bahagian ini bekerjasama dengan Unit PSM dan Kualiti Di Jabatan Ketua Menteri (JKM), Sarawak dalam pengendalian program-program latihan dan perancangan serta pengurusan pembangunan sumber manusia di Pentadbiran Daerah Saratok. Perancangan dan pengurusan pengendalian sumber manusia tersebut meliputi mengenalpasti keperluan latihan (TNA), menganjur program latihan dalaman, kursus induksi umum, kursus induksi modul khusus, mentadbir dan mengurus kemudahan-kemudahan latihan untuk semua kakitangan di Pentadbiran Daerah Saratok.Selain itu, Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM juga bertanggungjawab menjalankan fungsi sebagai seketariat kepada jawatankuasa TQM organisasi iaitu untuk meyelaras dan melaksanakan pelan tindakan dan aktiviti-aktiviti serta program-program TQM di pentadbiran Daerah Saratok.Sehubungan dengan itu, program-program latihan dan kursus luaran dikendalikan oleh Center For Modern Management (CMM), Sarawak dimana pemilihan peserta kursus adalah dibuat oleh pihak unit PSM dan kualiti di JKM, Sarawak atau dicadangkan oleh ketua unit pentadbiran, kewangan dan PSM. Di samping itu, unit ini juga bekerjasama dengan unit-unit lain seperti unit social, unit perancangan dan pembangunan serta ketiga-tiga pejabat daerah iaitu Pejabat Daerah Kecil Kabong, Pejabat Kecil Daerah Roban dan Pejabat Kecil Nanga Budu. 2.3 VISI UNIT PENTADBIRAN, KEWANGAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIAUntuk menjadi pemimpin dalam pembangunan sumber manusia di Pentadbiran Daerah Saratok.

2.4 MISI UNIT PENTADBIRAN, KEWANGAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIAUntuk meneruskan pembangunan sumber manusia yang berkualiti ke arah mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang mantap di Daerah Saratok, Betong Sarawak melalui: Pelaburan dan pembangunan wargakerja Perancangan dan amalan sumber manusia yang strategic berkualiti Mewujudkan persekitaran kerja yang mencabar, kondusif, selamat dan sihat.

2.5 OBJEKTIFMelatih, mendidik dan membangun warga organisasi dan masyarakat setempat dengan pengetahuan, kemahiran dan budaya kerja yang sesuai.

2.6 PROGRAM DAN AKTIVITI YANG DIJALANKANUnit Pentadbiran, Kewangan Dan Pembangunan Sumber Manusia menawarkan program dan aktiviti-aktiviti seperti berikut:-2.6.1 Untuk Personel Dan Organisasi Kursus Induksi Modul Khusus Kursus Induksi Umum Kursus Penggunaan Computer Kursus Kecemerlangan Pembantu Am Rendah Self/Personel Development Kursus Perkauan Kursus Perkhidmatan Kaunter Bengkel ISO 9001:2000 ISO 9002 Internal Quality Auditing Bengkel Total Quality Management(TQM) Latihan System Pemantauan Projek (PMS)

2.6.2 Program Pembangunan Masyarakat (PMS) Program Pembangunan Masyarakat Setempat Program Khas Golongan Termiskin Projek Kecil Luar Bandar(PAMS) Projek Amenity Social Pembersihan Sungai Program Pembinaan Perpustakaan / Surau

PKLB(MRP)- Jalan PJK, Bekalan Air, Jeti Atau Titi, Bekalan Elektrik, Merapa Tapak Rumah, Bahan Binaan/Peralatan Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat Program Pembangunan Minda Insan (PLP)(PPM) Kursus PLKK Program Pembangunan Keluarga:Bapa Unggul Program Pembangunan Wanita ( Tanggungjawab Vs Sukarela)

2.6.3 Program Peningkatan Sosio-Ekonomi Program Pembangunan Ekonomi Kampung Program Pemulihan Rumah

Selain daripada kursus-kursus atau program yang dinyatakan di atas, pelbagai program lain juga dijalankan dengan kelulusan dan budi bicara Pegawai Daerah dari semasa ke semasa.

BAB 3.0PERANCANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

3.1 BAGAIMANA PROGRAM PSM DIRANCANGProgram dan aktiviti unit ini merujuk kepada tugas-tugas dan tanggungjawab unit ini iaitu di antara lain bertanggungjawab untuk mengendalikan program dan aktiviti yang berkaitan dengan perkhidmatan dan pengurusan kakitangan dan juga melibatkan tanggungjawab mengendalikan program-program dan aktiviti yang berkaitan dengan latihan dan perkembangan kerjaya serta pembangunan kakitangan di Pentadbiran Daerah Saratok seperti berikut:-

3.1.1 Pengurusan Sumber Manusia Mengurus sistem saran kakitangan (pergerakan gaji di bawah SSM, kemudahan, elaun dan sebagainya). Sebagai contoh sila rujuk Lampiran IV dan IVA bagaimana pelaksanaan amali dan kursus kenegaraan penilaian tahap kecekapan (PTK) di bawah SSM dikendalikan. Mengurus pengesahan kakitangan dalam jawatan dan pertukaran kakitangan. Mengurus perkara berhubung dengan tata tertib kakitangan. Mengurus Kursus Induksi Umum dan Kursus Induksi Modul Khusus Menyelaras peperiksaan perkhidmatan awam. Mengurus rekod perkhidmatan kakitangan. Mengurus persaraan kakitangan.

3.1.2 Pembangunan Sumber Manusia Merancang dan melaksanakan aktiviti latihan untuk kakitangan, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di Pentadbiran Daerah Saratok. Mengenalpasti dan mengkaji semula keperluan-keperluan latihan untuk kakitangan Mengurus dan menyelaras program latihan berdasarkan kalender latihan tahunan yang disediakan oleh Centre For Modern Mangement (CMM), Sarawak. Mengurus rekod latihan kakitangan Merancang anggaran peruntukan latihan tahunan Mengurus serta mencalonkan kaitangan untuk menghadiri kursus luaran seperti di CMM Kuching, Sarawak. Mana-mana tugas yang diarah oleh Residen atau Pengarah Unti Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti di Jabatan Ketua Menteri Sarawak.

3.2 MODEL PERANCANGAN YANG DIGUNAKANMelalui perbincangan dengan Encik Laga Kueh dan juga pemerhatian penulis ke atas system pentadbiran di Unit ini, didapati bahawa model perancgan yang digunakan dalam pengurusan pembangunan sumber manusia di Unit ini adalah mirip kepada Model Nowlen (Nowlen, 1988). Mengikut Nowlen (1988) terdapat tiga perancangan program pendidikan professional pendidikan iaitu Model Update, Model Competence dan Model Performance. Lebih tepatnya, model tersebut adalah seperti dalam rajah berikut:-

MODEL COMPETENCE

MODEL NOWLEN

MODEL PERFORMANCEMODEL UPDATE

RAJAH 4 : MODEL PERANCANGAN NOWLEN( ASAS KEPADA MODEL PERANCANGAN PSM)

3.2.1 Model Update

Model Update yang diamalkan oleh Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM di Pentadbiran Daerah Saratok memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah, meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap terkini para professional. Aspek penting dalam model ini terdiri daripada asas pengetahuan dan kemahiran professional. Selain itu, diperlukan juga unsur pengetahuan dan kemahiran terkini, teknologi terkini yang sedia dan perundangan baru yang memberi kesan kepada profesion. Walau bagaimanapun Nowlen menyatakan bahawa melengkapkan diri dengan unsur-unsur tersebut hanyalah satu cara dan bukanya hasil terakhir yang dikehendaki. Model Update boleh dilihat seperti di Rajah 5.

Pengetahuan Dan Kemahiran Bar

Asas pengetahuan & kemahiran profesionalMELENGKAPKAN DIRITeknologi Baru

Perundangan Baru

Rajah 5 : Model Update

3.2.2 Model CompetenceMengikut Model Competence (seperti di rajah 6), selain daripada Unsur-unsur yang terdapat dalam model Update ia juga member tumpuan yang lebih kepada tugas dan tanggungjawab sebenarnya yang dilakukan oleh kakitangan di tempat kerja. Apa yang diperlukan ialah seorang pelatih yang berketrampilan (competence) untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan berkesan. Dalam pada itu, seseorang pelatih juga perlu mempunyai kemampuan, kesesuai dan kebolehan. Selain itu, model ini juga menuntut seseorang professional untuk berfikiran kristis, persediaan peranan baru dan perhubungan manusia gunaan. Lebih penting lagi model ini memberi tumpuan kepada ketrampilan individu professional tanpa mengambil kira kesan dan sumbangan faktor-faktor lain di dalam organisasi.

Mengulangi Dan Memperlengkapkan Pengetahuan Dan Kemahiran

Persediaan Peranan BaruKemahiran Berfikir Secara KritikalANALISIS FUNGSI TUGAS

Perhubungan Manusia Gunaan

RAJAH 6 : MODEL COMPETENCE

3.2.3 Model Performance

Model ini mengambilkira sifat-sifat individu dan kesan-kesan budaya organisasi di dalam merancang program PSM. Performance tidak boleh dinilai dengan hanya mengkaji hasil kerja seseorang kakitangan sahaja, tetapi perlu mengambil kira aspek kemahiran hidup, pengaruh alam sekitar dan budaya amalan, keperluan mengemaskini, persediaan peranan baru, perhubungan manusia gunaan, kemahiran berfikir secara kritikal, kemahiran belajar individu dan organisasi dan kesinambungan di antara pembangunan diri dan organisasi.Dalam performance atau ketrampilan seseorang kakitangan bukan hanya bergantung kepada individu itu sendiri, tetapi perlu mengambil kira dinamik hasil di tempat kerja. Oleh sebab itu, ketentuan ketrampilan bergantung kepada hasil ketrampilan rakan, kumpulan dan organisasi, memberi tumpuan kepada kemahiran hidup, pengaruh alam sekitar & budaya amalan, persediaan peranan baru, kemahiran berfikir, kesinambungan pembangunan diri dan organisasi. Model Performance dapat dilihat dengan jelas seperti di Rajah 7.

Keperluan Mengemaskini

Persediaan Peranan BaruPengaruh Alam Sekitar Dan Budaya Amalan

Perhubungan Manusia GunaanPEMILIHAN KEUTAMAANKemahiran Hidup

Kemahiran Pemikiran KristisKeseimbangan Pembangunan Diri Dan Organisasi

Kemahiran Pembelajaran Diri Dan Organisasi

RAJAH 7 : Model Performance

3.3 PROSES PERANCANGAN YANG DIJALANKAN

Perancangan secara asasnya adalah poses pemilihan aktiviti dan memasukkan aktiviti tersebut ke dalam jadual. Maimunah (1988) mendefinisikan perancangan sebagai proses memilih dan menyusun aktiviti yang disesuaikan mengikut jadual. Ianya melibatkan proses membuat keputusan.Proses perancangan yang dijalankan di Unit ini melibatkan empat komponen perancangan iaitu perancangan program, mengkaji situasi, membentuk objektif dan pembentukan dokumen program. Walaupun demikian, tidak semua latihan dirancang oleh Unit ini. Ini kerana pentadbiran PSM di Unit ini banyak bergantung kepada Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti di Jabatan Ketua Menteri, Sarawak dan Center for Modern Management (CMM), Sarawak bagi mengendalikan kursus untuk kakitangan di organisasi ini. Dalam pada itu, terdapat beberapa program yang perlu dirancang dan dilaksanakan di peringkat Bahagian atau Dearah yang melibatkan Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM. Proses perancangan adalah seperti berikut :-

3.3.1 Perancangan ProgramPerancangan adalah nadi kepada kejayaan sesuatu program, maka ianya perlu dilakukan dengan terperinci, tepat dan difikirkan banyak perkara. Satu daripada persoalan utama dalam perancangan ialah memilih bahan dimana ianya perlu mengambil kira aspek-aspek berikut:- Apakah bahan mentah yang diperlukan Bagaimana boleh didapatkan Apakah bahan terkini mampu membawa perubahan kepada system, kemahiran istimewa dan lain-lain Apakah baying diperlukan boleh diperolehi pada masa yang diperlukan Berapa banyakah yang diperlukan Berapakah nilai yang perlu dibayar

Persoalan terakhir adalah yang melibatkan kewangan. Aktviti ini perlu mengambil kira aspek-aspek berikut:-

Perkaedahan bagaimanakah yang dipilih sebagai pilihan utama Bagaimana maklumat perlu dikumpul, dilapor dan direkod Berapa banyakah maklumat yang perlu dikumpul, dilapor dan direkod Bagaimana kaedah pemilihan peserta Bagaimanakah segala maklumat yang ada dan yang akan didapati dapat dimanfaatkan Bagaimana memastikan setiap peserta mendapat pendedehan secukupnya

Persoalan terakhir adalah yang melibatkan kewangan. Aktiviti ini perlu mengambil kira aspek-aspek berikut:- Apakah sumber kewangan yang ada untuk memenuhi objektif program Berapakah belanjawan yang difirkan Bagaimana kos boleh dikurangkan Bagaimanakah untuk menampung kekurangan belanjawan, jika berlaku Apakah kesan keseluruhan program kepada aliran tunai (cashflow)

3.3.2 Mengkaji SituasiSebelum merancang sesuatu program Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM di Pentadbiran Daerah Saratok terlebih dahulu akan mengkaji kehendak dan keinginan serta masalah-masalah yang dihadapi oleh penerima, samaada mereka itu kakitangan organisasi, Ketua Masyarakat, Ketua Kaum atau ahli-ahli JKKK dan lain-lain. Terdapat empat tahap yang perlu diikuti untuk mengkaji situasi iaitu:-

Apakah keadaan sepatutnya Apakah keadaan sekarang Mengukur jurang perdedaan Menilai jurang perbedaan

Untuk mengetahui apakah keadaan sepatutnya pihak Unit PSM akan bertanya terus kepada pihak penerima apakah kehendak dan masalah yang dihadapi oleh mereka semasa menjalankan tugas-tugas harian. Selain itu, pihak Unit PSM juga akan melakukan pemerhatian dan pergaulan dengan penerima untuk mengetahui apakah keadaan seharusnya yang mereka harus miliki.

Di samping itu aktiviti mengkaji keadaan sekarang adalah melibatkan pihak Unit PSM memantau amalan yang dilakukan oleh pihak penerima bagi mengetahui keadaan corak perlakuan mereka yang sebenarnya pada masa sekarang.

Selanjutnya pihak Unit PSM akan membuat pengukuran jurang perbezaan berasaskan maklumat (data-data) antara peringkat keadaan sepatutnya dengan keadaan sekarang. Berdasarkan maklumat tersebut pihak Unit PSM akan membuat penilaian dan keputusan berupa andaian matlamat yang hendak dicapai benar-benar mencerminkan kehendak dan bolehkah mereka (penerima) mencapainya.

3.3.3 Membentuk ObjektifAktiviti membentuk objektif dalam proses perancangan program PSM oleh Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM mengambil kira prinsip berikut: Objektif yang dibentuk memerlukan penglibatan semua pihak supaya kerjasama dan persefahaman dapat menjayakan objektif yang dibentuk Setiap objektif yang dibentuk perlu dikaji dan dianalisis supaya tidak berlaku sebarang masalah Objektif perlulah menunjukkan perubahan yang ingin dicapai terutamanya dari sudut KASA

Dalam pada itu, kiteria pembentukan objektif dalam proses perancangan program oleh pihak Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM adalah seperti berikut:- Menunjukkan secara spesifik siapa penerima, arah dan magnitude perubahan yang hendak dicapai dan jangkamasa yang diperlukan. Boleh diukur secara kuantitatif dan kualitatif Dirangka mengikut kebolehan dan keupayaan penerima Munasabah, tidak emosional dan mampu dilakukan dalam konteks setempat

3.3.4 Pembentukan DokumenPerancangan perlu didokumen kerana nama mungkin setiap elemen atau aspek yang dirangka dapat diingati dan diperincikan satu persatu semasa perlaksanaan kelak. Pendokumen perancangan menjadi titik tolak kepada pelaksanaan dan penilaian sesuatu program. Proses mendokumen perlulah mengambil kira perkara-perkara berikut:- Tajuk program/latihan Jangka masa Tarikh Kelompok sasaran Bilangan peserta Tempat perlaksanaan Kemudahan di tempat perlaksanaan Objektif program umum dan khusus Aktiviti (program) yang hendak dijalankan Jenis dan bilangan sumber yang ada, diperlukan dan dijangka Perbelanjaan Siapa pelaksana Cara perlaksanaan Penilaian jenis dan bentuk

Dalam proses perancangan program ruang untuk pembaikkan perlulah ada kerana tanpa ruang pembaikan, akan tiadanya pula potensi untuk mengukuhkan perancangan. Sila rujuk kepada Lampiran V dan IV mengenai format yang digunakan dalam proses pelan tindakan dan mendokumentasikan program.

3.4 PEGAWAI YANG TERLIBAT DALAM PERANCANGANSistem pentadbiran PSM di Unit ini melibatkan Pegawai Tadbir, N41 dan kakitangan sokongan di Unit Sosial, Unit Pembangunan dan Perancangan, dan juga di semua Pejabat Daerah di Bahagian Betong. Ketua Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM bertindak sebagai pentadbir dan penyelaras dalam bidang PSM.Sepertimana yang berlaku di lain-lain Pusat Pentadbiran di seluruh Negeri Sarawak, Ketua Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM di Pentadbiran Daerah Saratok hanya menjalankan tugas mengikut keperluan perkhidmatan.

Dengan erti kata lain, tanggungjawab dan tugas Ketua Unit tersebut hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Tadbir, N41. Beliau juga boleh dipindahkan di mana-mana pejabat atau stesyen yang lain untuk menjalankan tugas yang berlainan. Ini bermakna keperluan akademik dalam bidang pengurusan latihan bukan satu criteria atau kelayakan memegang jawatan di Unit tersebut.Ketua Unit Pentadbiran, kewangan dan PSM boleh mencadangkan atau mencalonkan mana-mana kakitangan yang memerlukan latihan dan kursus lanjutan di luar organisasi seperti di INTAN, CMM atau di luar negeri. Semua kursus dalaman diselaraskan oleh pihak Unit tersebut dengan kerjasama kakitangan di unit-unit lain di Pentadbiran Daerah Saratok.

BAB 4.0PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Pelaksanaan program adalah satu proses menteremah, melaku, membuat atau mengimplementasikan segala peracangan program yang telah dilakukan secara eksplisit. Dalam proses pelaksanaan ini, pihak Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM akan bekerjasama dengan perancangan-perancangan dan penerima-penerima program di unit-unit yang lain.

Dalam masa yang sama, pihak Pentadbiran, kewangan dan PSM akan membuat pemantauan apabila diperlukan untuk memastikan perlaksanaan adalah berjalan dengan lancar ke arah pencapaian objektif dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Proses perlaksanaan program PSM adalah merangkumi aktiviti-aktiviti menetapkan unsur-unsur tujuan perlaksanaan, bentuk perlaksanaan, strategi dan teknik perlaksanaan, serta pembentukan dokumen program.

4.1 Tujuan PelaksanaanPada dasarnya tujuan utama perlaksanaan program di Unit Pentadbiran, Kewagan dan PSM adalah seeperti berikut:

Mencapai objektif Pengalaman pembelajaran Pembuktian perencangan Pemindahan kemahiran, pengetahuan, sikap yang membawa kepada perubahan pengetahuan, kemahiran, sikap dan aspirasi penerima yang membawa kepada perubahan KASA.

4.2 Bentuk Pelaksanaan ProgramBentuk pelaksanaan program yang dibuat oleh pihak Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM mengandungi tiga bentuk utama di mana setiap satunya memerlukan pengamal PSM melaksanakan peranan dan tugas pelbagai aspek bentuk pelaksanaan program seperti berikut :

4.2.1 Sebelum Program4.2.2 Sebelum Program4.2.3 Selepas Program

Antara peranan pengamal PSM di peringkat perlaksanaan sebelum program adalah seperti berikut:- Pemilihan peserta Pemberitahuan peserta Menyediakan segala kemudahan dan peralatan yang dapat memberi bantu aktiviti pengajaran-pengajaran Menyediakan senarai semak

Manakala perlaksanaan semasa program adalah melibatkan pihak Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM melakukan peranan sebagai:- Pengurus sember Pakar rujuk Pelaksana Penilai

Di samping itu, perlaksanaan di peringkat selepas program melibatkan pihak pengamal PSM di Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM untuk memainkan peranan sebagai :- Penilai Pelapor Perancang

4.3 Strategi Dan Teknik PerlaksanaanPada lazimnya, strategi dan teknik perlaksanaan yang diamalkan pihak Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM adalah seperti berikut :- Syarahan Program Pengajaran Kajian Kes Perbincangan Kumpulan

Jadual 1Keberkesanan strategi dan bentuk mengikut matlamat programBilMatlamat ProgramTeknik Dan Strategi Yang Paling Berkesan

1. Pemerolehan PengetahuanSyarahan

2. Mengubah SikapPerbincangan Kumpulan

3. Kemahiran Menyelesaikan MasalahKajian Kes

4. Kemahiran Berkomunikasi Antara PerseoranganLakonan Peranan / Main Peranan

5. Penerimaan PelatihKajian Kes

6. Pegekalan PengetahuanProgram Pengajaran

4.4 Pembentukan Dokumen Program Pembentukan dokumen adalah penting di setiap peringkat kerana setiap apa yang diputus, diambil dan dilakukan ada bukti dan memudahkan proses penyemakan semula. Maka tanggungjawab pihak Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM di peringkat ini adalah memastikan bahawa pada setiap peringkat perlu adanya pembentukam dokumen. Terdapat dua (2) jenis dokumen yang digunapakai dalam pembentukan program dokumen iaitu :-

4.4.1 Dokumen Semasa PerlaksanaanDokumen yang dibentuk di peringkat ini adalah segala makluamt apa yang berlaku, bagaimana perjalanan aktiviti dan reaksi peserta. Dokumen diperingkat ini akan dijadikan asas untuk pembentukkan selepas perlaksanaan program kelak.

4.4.2 Dokumen Selepas PerlaksanaanDiperingkat ini pembentukan dokumen lebih kepada aspek perjalanan program penilaian iaitu apakah program yang telah dilaksanakan serta mencapai atau tidak objektif yang telah ditetapkan. Hasil dapatan daripada maklumat ini akan didokumenkan untuk rujukan atau diambil perhatian dalam perancangan program seterusnya.

BAB 5PENILAIAN PROGRAM PEMBANGUAN SUMBER MANUSIA

Terdapat pelbagai definisi penilaian dan ianya bergantung kepada siapa dan mengapa penilaian dibuat. Menurut Steele, (1989) penilaian adalah satu proses untuk menentukan nilai sesuatu program. Penentuan ini dilakukan dengan cara membandingkan bukti tentang keadaan program sekarang dengan criteria sebagaimana program sepatutnya. Penilaian melibatkan tiga peringkat utama iaitu :- Menentukan criteria Pengumpulan bukti Membuat pertimbangan

5.1 Model Penilaian Yang DigunakanPenilaian merupakan satu proses sistematik untuk menentukan nilai sesuatu program latihan dengan mengukur perubahan yang dirasai oleh peserta kursus dan organisasi samaada dari segi kepuasan, pembelajaran, tingkahlaku dan impak, Shamsudin Ahmad (2001). Houle (1980) menyatakan bahawa penilaian professional bertujuan untuk mengukur perubahan yang disebabkan oleh program PPL untuk menentukan kualiti pembelajaran dan untuk menjangkakan prestasi sesuatu profesion.Kaedah penilaian yang digunakan bergantung kepada model yang diikuti. Terdapat lebih daripada lima puluh model latihan yang dicadangkan di dalam literature. Hamper kesemua model ini mencadangkan penilaian yang formal, sistematik dan komprehensif. Walaupun penilaian dianggap mustahak oleh perancang program latihan dalam bidang latihan ia selalu diketepikan. Ini disokong oleh Stakes (1981) yang menyatakan bahawa penilaian latihan hanya tertumpu kepada penentuan samada objektif latihan tercapai atau tidak.Di Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM, model penilaian yang diamalkan adalah mirip kepada model Penilaian Kirkpatrick. Kirkpatrick (1998) mencadangkan penilaian pada empat peringkat, iaitu reaksi, pembelajaran dan hasil atau kesan.

5.1.1 Penilaian ReaksiPenilaian ini bertujuan bagi mendapat pandangan pelatih tentang prestasi jurulatih, suasana latihan dan pengurusan tempat latihan. Hasil penilaian ini dapat membantu pihak Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM memperbaiki program latihan yang akan datang.

5.1.2 Penilaian PembelajaranPenilaian pada peringkat ini bertujuan untuk mengetahui sama ada pelatih mempelajari sesuatu daripada program latihan. Ia menyemak pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperolehi oleh peserta dalam kursus tersebut.

5.1.3 Penilaian PerlakuanPenilaian pada peringkat ini bertujuan untuk mengetahui sama pelatih dapat memindahkan latihan ke tempat kerja. Penilaian di peringkat ini bergantung kepada sesuaian latihan atau kursus dengan bidang tugas dan tanggungjawab peserta di tempat kerja.

5.1.4 Penilaian Hasil / KesanPenilaian ini bertujuan untuk mengetahui setakat mana perlaksanaan program latihan telah mencapai objektif latihan dari aspek inovasi, idea, aktiviti yang dipelajari oleh peserta dalam kursus tersebut ke atas persekitaran organisasi.

5.2 Proses Penilaian Yang DijalankanPenilaian sesuatu program latihan bukan sebenarnya satu bidang sains dan ia mempunyai beberapa pendekatan untuk mentaksir kejayaan seperti juga jalan untuk mencapainya. Selalunya pemilihan metod penilaian bergantung kepada keadaan program atau kursus terlibat. Maka penilaian adalah satu proses untuk menentukan nilai sesuatu program. Penentuan ini dilakukan dengan cara membandingkan bukti tentang keadaan program sekarang dengan criteria sebagaimana program sepatutnya.Proses penilaian yang diamalkan oleh pihak Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM adalah melalui proses penilaian formal, penilaian sistematik dan penilaian komprehensif.

Penilaian formal adalah kaedah penilaian di mana criteria ditentukan terlebih dahulu, diikuti dengan mendapatkan bukti dan seterusnya pertimbangan. Penilaian jenis ini amat dijalankan dalam pembentukan program kerana mempunyai maklumat yang sah dan boleh dijadikan asas kukuh untuk membuat keputusan.Sementara itu, penilaian sistematik adalah kaedah penilaian yang digunakan mengikut cara-cara penyelidikan saintifik di mana ianya valid dan reliable. Kaedah penilaian sistematik dapat memenuhi ciri-ciri suatu penyelidikan kerana kaedahnya tidak boleh dipertikaikan. Dengan ini, penemuan penilaian merupakan keadaan yang sebenar-benarnya berlaku. Penilaian sistematik akan menjamin penemuan penilaian boleh dipercayai dan dengan ini usaha untuk memperbaiki program dapat dibuat dengan tepat.Penilaian komprehensif pula bermaksud bahawa penilaian dijalankan sepanjang proses perancangan program dijalankan. Ianya dijalankan semasa merancang, melaksana dan selepas program latihan untuk menjamin latihan dilaksanakan dengan betul daripada mula. Tujuan penilaian ialah untuk memperbaiki program yang akan datang maka setiap proses perancangan dan perlaksanaan perlu dinilai supaya kebaikan dan kelemahan program dapat dikenalpasti untuk dimantapkan atau diubahsuai secepat mungkin.

5.3 Pegawai Yang Terlibat Dalam PenilaianBerdasarkan temubual penulis dengan ketua Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM di Pentadbiran Daerah Saratok, penilaian ke atas program adalah dibuat oleh pegawai-pegawai seperti berikut:-i. Ketua Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM bagi program dalaman di peringkat Bahagian.ii. Pegawai-pegawai Daerah bagi program latihan dan pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan oleh pihaknya di daerah masing-masing.iii. Ketua Unit Perancangan Dan Pembangunan bagi pelaksanaan projek pembangunaniv. Ketua Unit Sosial bagi program dan aktiviti pembangunan social

Penilaian yang dijalankan pada lazimnya dibuat untuk memantau perancangan atau pelaksanaan program sama melalui pemerhatian atau menggunakan boring soalselidik pada akhir sesuatu program. Amalan ini dilakukan bagi memastikan bahawa perubahan kakitangan adalah benar-benar merupakan perubahan hasil daripada program latihan yang dijalankan.

5.4 Bagaimana Laporan Penilaian DigunapakaiPegawai Penilai Latihan di Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM akan menyediakan laporan bagi setiap program yang dijalankan dan ianya akan disampaikan kepada pihak yang berkenaan dengan tujuan supaya dapat diambil untuk memperbaiki program latihan di masa hadapan. Salinan laporan penilaian akan dihantar kepada Pejabat Daerah Saratok.

Penggunaan laporan penilaian adalah perlu sebagai panduan untuk membuat cadangan lanjutan bagi latihan berkenaan. Oleh yang demikian, cadangan, kesimpulan dan hasil penilaian adalah merupakan intipati laporan yang paling berharga.

Laporan penilaian perlu mengikut format yang khusus supaya ianya boleh memberikan gambaran yang jelas dan mudah difahami. Shamsuddin Ahmad (2002) menegaskan bahawa laporan penilaian perlu diubahsuaikan dengan keperluan pihak yang memerlukan laporan tersebut. Oleh yang demikian, beliau mencadangkan laporan penilaian perlu mengandungi aspek-aspek berikut :-i. Ringkasan laporan penilaian. Ianya perlu lengkap dan seimbang supaya perkara-perkara penting tidak ditinggalkan.ii. Kenyataan tujuan penilaian dan bagaimana penilaian dirancang untuk mencapai tujuan tersebut.iii. Penerangan mengenai kaedah penilaian yang telah digunakan dalam proses penilaian.iv. Penerangan mengenai penemuan penilaian. Data dan bukti perlu ditunjukkan dalam bentuk jadual. Penemuan ini perlu dinyatakan juga dalam bentuk peningkatan keuntungan atau kepada organisasi dan individu peserta latihan.v. Ringkasan kos yang telah digunakan di dalam penilaian. Ini termasuklah kesemua kos tetap dan kos berubah.vi. Kesimpulan penemuan hasil penilaian. Ia adalah petunjuk yang dapat dikumpulkan setelah hasil penilaian dianalisis.vii. Cadangan bagaimana hasil dan kesimpulan dapat dimanfaatkan oleh individu dan organisasi terutamanya di dalam memperbaiki latihan di masa hadapan. Dalam hal yang demikian, penilai boleh juga mencadangkan bagaimana porses penilaian boleh diperbaiki lagi untuk digunakan di masa hadapan.

Harus diingatkan bahawa laporan penilaian perlu digunakan supaya perubahan dapat dilakukan terhadap organisasi atau individu peserta latihan. Laporan penilaian latihan juga boleh digunakan untuk mendapatkan penghargaan terhadap program yang telah selesai dilaksanakan.

Ini memang sudah menjadi lumrah seseorang individu menghendaki suatu cara penghargaan daripada orang lain yang membuktikan bahawa usaha yang dilakukan bersungguh-sungguh telah berjaya dilakukan.

BAB 6.0ANALISIS PROGRAM PEMBANGUNAN SUMEBR MANUSIA YANG DIAMALKAN OLEH ORGANISASI

6.1 KEKUATAN PROGRAM

Kekuatan program pembangunan sumber manusia yang dikendalikan oleh Unit pentadbiran, Kewangan dan PSM di Pentadbiran Daerah Saratok adalah seperti berikut :-i. Untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran para peserta latihan yang terlibat.ii. Member pengetahuan dan kemahiran berkenaan tugas spesifik seperti pendedehan dan penggunaan teknologi baru secara lebih berkesan dan sistematik.iii. Persediaan para peserta latihan menghadapi perubahan dan cabaran terhadap tugas-tugas dan tanggungjawab di masa hadapan.iv. Sokongan daripada pihak atasan dalam pengurusan dan pengendalian program pembangunan sumber manusia termasuk di Pentadbiran Daerah Saratok.v. Rekod latihan dan prestasi kakitangan boleh menjamin peluang untuk dinaikkan pangkat.vi. Program latihan yang dirancang adalah untuk kepentingan dan citarasa masyarakat. Dalam hal ini, peserta kursus bertanggungjawab memberi perkhidmatan semerlang serta berkualiti.

6.2 KELEMAHAN PROGRAM

Kelemahan program-program latihan pembangunan sumber manusia yang dianjurkan oleh Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM di Pentadbiran Daerah Saratok adalah seperti berikut :i. Peserta kursus tidak mempunyai pilihan mengenai kursus yang diminati atau mengikut keperluan bagi meningkatkan motivasi diri sendiri.ii. Pengurus dan penyelaras program PSM yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan program latihan dalaman tidak mempunyai kemahiran yang sesuai dalam bidang berkaitan.iii. Sumber kewangan terhad maka kursus jangka pendek diadakan. Dalam hal demikian, para peserta latihan kurang bermotivasi kerana kehadiran mereka sekadar untuk memenuhi tanggungjawab dan arahan atasan.iv. Peserkitaran yang tidak begitu sesuai dan kekurangan alat-alat bantuan di tempat program latihan juga mempengaruhi tahap kesanggupan penerima di pihak peserta latihan.v. Penilaian program jarang kali diadakan.vi. Rancangan kursus kurang mempunyai sukatan yang lengkap, terperinci dan praktikal.

6.3 FAKTOR KEKUATAN DAN KELEMAHAN PROGRAMFaktor-faktor yang boleh mempengaruhi kekuatan dan kelemahan perancangan, pelaksanaan dan penilaian sesuatu program di Pentadbiran Daerah Saratok adalah seperti berikut:-i. Dasar kerajaan dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan awam di peringkat persekutuan dan negeri.ii. Pengagihan peruntukan kewanganiii. Persekitaran tempat kerja serta keperluan kakitangan dan agensiiv. Komitmen daripada pihak yang bertanggungjawab dalam pembangunan sumber manusia samada di peringkat ibu pejabat atau di Unit berkenaan.v. Kekurangan data dan maklumat lengkap personel agensi

6.4 PERBANDINGAN AMALAN DENGAN TEORI PERANCANGAN PROGRAM PSMPerbandingan amalan pembangunan sumber manusia di pejabat Daerah Saratok dengan teori-teori PSM sebagaimana yang dicadangkan oleh pakar-pakar perunding PSM adalah tidak banyak berbeza dari segi dasar yang ditetapkan oleh pihak atasan.Walau bagaimanapun, kelemahan pegawai yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan penyelarasan PSM di Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM telah menunjukkan sedikit perbezaan dari segi pelaksanaan amalan pembangunan sumber manusia.

Pada amnya, amalan PSM yang dikendalikan di Unit Tersebut bermula dari peringkat perancangan sehingga ke peringkat pelaksanaan dan penilaian adalah mirip dengan teori yang dicadangkan oleh Maimunah (1999)Pada peringkat pengetahuan dan kemahiran, amalan yang diterapkan oleh pihak Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM adalah lebih cenderung mengikut model Nowlen(1988), iaitu model Update dan model Competence. Pada peringkat Competence, ianya adalah sangat penting kepada faktor keberkesanan organisasi. Selanjutnya sila rujuk senarai lampiran di belakang untuk mendapatkan gambaran tentang bagaimana pihak Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM mengkaji situasi calon peserta latihan dari segi pengetahuan dan ketrampilan.Proses analisis ini juga dijalankan oleh pihak Unit PSM dan Kualiti di Jabatan Ketua Menteri Sarawak bagi pegawai dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional dan kumpulan Pengurusan dan Sokongan yang bertugas di seluruh Pentadbiran Saratok. Melalui analisis keperluan latihan (TNA) ianya memberi gambaran yang jelas kepada kita bahawa pihak pengamal PSM di Pentadbiran Daerah Saratok adalah sangat mementingkan aspek ketrampilan di tempat kerja. Borang TNA yang digunapakai adalah seperti di Lampiran I dan II.

BAB 7.0CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI PROGRAM PSM ORGANISASI

7.1 CADANGAN JANGKA PANJANG

Sebagai cadangan jangka panjang, penulis ingin mencadangkan supaya Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM di Pejabat Daerah Saratok mengasingkan Unit PSM daripada Unit Pentadbiran dan Kewangan. Ini membolehkan pihak agensi menumpukan aktiviti dan program pembangunan sumber manusia yang lebih sistematik dan berkesan.

Selain itu, penulis juga mencadangkan supaya penempatan pegawai bagi mengetuai Unit PSM dipilih daripada kalangan pegawai-pegawai yang mempunyai kelayakan, kemahiran serta pengalaman dalam bidang berkaitan sahaja. Ini keranan masalah dan kelemahan dalam PSM yang berlaku di Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM berpunca daripada kelemahan pihak pengurusan.

Berdasarkan pengamatan penulis menunjukkan semakin tinggi tahap pendidikan seseorang kakitangan, maka semakin positif sikap mereka terhadap tugas dan tanggungjawabnya. Manakala mereka yang berpendidikan rendah dan tidak berpengalaman didapati kurang daya kreativiti dan kurang bermotivasi tinggi.

7.2 CADANGAN JANGKA PENDEKBagi cadangan jangka pendek, penulis mencadangkan supaya Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM di Pejabat Daerah Saratok meneruskan amalan program-program latihan yang dijalankan. Pada masa yang sama, kativiti pemantauan terhadap program-program latihan hendaklah dipertingkatkan dimana pemantauan program perlu dijalankan di semua peringkat iaitu semasa pelaksanaan dan selepas program.

Selain itu, penulis juga mencadangkan supaya semua kaunselor yang dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi menjalankan perkhidmatan kaunseling dalam perkhidmatan awam ditempatkan di Unit Pembangunan Sumber Manusia yang telah dicadangkan sebelum ini. Kaunselor berkenaan boleh membantu pengamal PSM untuk kakitangan melihat peluang perkembangan kerjaya, menyelesaikan masalah kerja atau peribadi serta menyesuaikan diri mereka dengan cabaran dan persekitaran kerjaya yang sering berubah.

BAB 8.0KESIMPULAN DAN PENUTUP

Pembangunan Sumber Manusia (PSM) merupakan usaha berterusan secara bersepadu penggunaan latihan, pembangunan organisasi dan kerjaya untuk meningkatkan kecekapan individu, kumpulan dan organisasi itu sendiri. Dalam hubungan ini, program PSM merupakan satu produk atau hasil dari aktiviti perancangan program iaitu pengajar dan pelajar yang membawa perubahan kepada individu dan organisasi. Maka dalam konteks laporan ini, program PSM adalah merupakan satu keperluan yang bukan hanya untuk kebaikan kepada pihak Pentadbiran Daerah Saratok tetapi juga untuk diri kakitangan atau warga kakitangan di seluruh organisasi tersebut.Sepertimana yang telah dibincangkan, program PSM yang dijalankan di Pejabat Daerah Saratok mempunyai beberapa kelemahan yang perlu mendapat perhatian pihak berkenaan supaya dapat mengambil langkah-langkah yang dicadangkan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang telah dikenalpasti. Ini adalah bertujuan untuk perkembangan kerjaya kaitangan dan kepentingan Pejabat Daerah Saratok.Dalam hubungan ini, pembangunan sumber manusia perkhidmatan awam perlu dipertingkatkan di semua agensi dan jabatan kerajaan tidak kira saiz dan fungsi agensi atau jabatan itu. Ini adalah bertujuan untuk menghadapi cabaran seperti desakan daripada masyarakat yang inginkan perkhidmatan berkualiti dan cepat. Maka kakitangan perlu bersedia bagi menghadapi cabaran ini. Dalam pada itu, cabaran dalam menggunakan pendekatan perkhidmatan secara elektronik,

sebagai alternative kepada perkhidmatan yang sedia ada juga menuntut kepada kakitangan kerajaan dari semua peringkat supaya lebih cepat bertindak balas kepada sebarang perkara yang memerlukan ketelusan dan akauntabiliti.Akhirnya, adalah harapan penulis supaya laporan latihan praktikum ini dapat memberi manfaat kepada pihak Pejabat Daerah Saratok. Diharapkan juga laporan ini boleh digunakan sebagai asas perhitungan kepada pihak pengajur dalam memperbaiki dan merancang program-program latihan yang akan datang supaya ianya dapat membantu kakitangan di agensi tersebut menghadapi cabaran seiring dengan arus pembangunan ICT dan kehendak pelanggan.

7