PEKA

11
Pendahuluan… Penilaian Kerja Amali (PEKA) Sains merupakan salah satukomponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah.PEKA Sains dirancang,ditakbir,diskor dandilaporkan secara terancang mengikut prosedur yangditetapkan oleh Lembaga PeperiksaanMalaysia(LPM).PEKA Sains dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guruSains Secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Demi menjamin kualiti pelaksanaan PEKA Sains, mekanisme penyelarasan,pemantauan dan pengesananakan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaandan kesahan skor pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. Kurikulum Sains untuk sekolah rendah bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dankemahiran di dalam bidang sains dan teknologi dan mampumengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran berlandaskansikap sainstifik dan nilai murni untuk membuat keputusandan menyelesaikan masalah dalam kehidupanharian.Justeru itu,murid mempunyai landasan sains danteknologi ke arah pembentukkan masyarakat yang bersifatikram,dinamik,progresif,bertanggungjawab terhadap alamsekeliling dan mengagumi penciptaan alam Pendidikan sains di Malaysia digubal berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan kesepaduan antara ilmu pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai murni (Pusat Perkembangan Kurikulum,1992). Menurut Abdul Rahim (2007), proses pengesanan kurikulum perlu dilakukan untuk mengesan perkara-perkara yang boleh dibaiki dan meningkatkan aspek kualiti kurikulum sedia ada. Matapelajaran Sains

description

PEKA

Transcript of PEKA

Page 1: PEKA

Pendahuluan…

Penilaian Kerja Amali (PEKA) Sains merupakan salah satukomponen pentaksiran yang

dikendalikan oleh pihak sekolah.PEKA Sains dirancang,ditakbir,diskor dandilaporkan secara

terancang mengikut prosedur yangditetapkan oleh Lembaga PeperiksaanMalaysia(LPM).PEKA

Sains dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guruSains

Secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Demi menjamin kualiti

pelaksanaan PEKA Sains, mekanisme penyelarasan,pemantauan dan pengesananakan

dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaandan kesahan skor pentaksiran yang

dilaksanakan di sekolah.

Kurikulum Sains untuk sekolah rendah bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai

pengetahuan dankemahiran di dalam bidang sains dan teknologi dan mampumengaplikasikan

pengetahuan dan kemahiran berlandaskansikap sainstifik dan nilai murni untuk membuat

keputusandan menyelesaikan masalah dalam kehidupanharian.Justeru itu,murid mempunyai

landasan sains danteknologi ke arah pembentukkan masyarakat yang

bersifatikram,dinamik,progresif,bertanggungjawab terhadap alamsekeliling dan mengagumi

penciptaan alam

Pendidikan sains di Malaysia digubal berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

menekankan kesepaduan antara ilmu pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai murni (Pusat

Perkembangan Kurikulum,1992). Menurut Abdul Rahim (2007), proses pengesanan kurikulum

perlu dilakukan untuk mengesan perkara-perkara yang boleh dibaiki dan meningkatkan aspek

kualiti kurikulum sedia ada. Matapelajaran Sains adalah di antara matapelajaran yang awal telah

dipilih untuk melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah melalui program Pentaksiran Kerja

Amali (PEKA) yang melibatkan semua pelajar.

Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains adalah salah satu program yang termasuk dalam

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Proses pentaksiran

dalam PEKA berdasarkan pada ciri-ciri seperti keserasian dengan kehendak kurikulum,

berpusatkan pelajar, telus dan terbuka, kebolehlaksanaan dan sistematik, kepelbagaian

instrumen yang digunakan, pentaksiran yang berterusan dan bersifat formatif.

Page 2: PEKA

Pentaksiran PEKA Sains adalah proses mengukur tahap penguasaan murid dengan merujuk

kepada kriteria yang ditetapkan. Pentaksiran PEKA bertujuan untuk mengesan tahap penguasaan

murid untuk penambahbaikan. Pelaksanaan PEKA Sains dirancang, ditadbir, diskor dan

dirumuskan di peringkat sekolah. Dalam pengoperasian PEKA, penyelarasan dan pemantauan

perlu dilakukan. Penyelarasan adalah proses yang dijalankan untuk memastikan keseragaman

dalam aspek kefahaman terhadap peraturan penskoran, penggunaan yang betul terhadap

peraturan penskoran dan pemberian skor yang betul bagi setiap pelajar. Pemantauan pula

dilakukan untuk melihat dan memastikan program PEKA Sains dilaksanakan mengikut prosedur

Page 3: PEKA

LAPORAN TERPERINCI AKTIVITI PEKA YANG DILAKSANAKAN

PERANCANGAN

Aktiviti pentaksiran PEKA sains telah dirancang untuk dilaksanakan bagi murid-murid

tahun 4 Jaya. Seramai 8 orang murid telah terlibat dalam sesi pentaksiran pada kali ini. Mereka

yang terlibat telahpun dinilai sebelumnya bagi mentaksir kemahiran yang berlainan. Pada kali ini

murid-murid akan ditaksir unutk mengukur dan merekod jisim objek dengan tepat. Kemhiran

yang dinilai ini merupakan salah satu daripada topic yang diajar dalam mata pelajaran sains

tahun 4.

Tempoh selama satu jam telah diambil bagi melaksanakan aktiviti pentaksiran PEKA ini.

Pentaksiran ini telah dijalankan di dalam makmal sains sekolah. Satu penyaksiran sahaja telah

dilaksanakan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan . Kemahiran yang diuji kepada murid

ialah kemahiran mengukur dan merekod jisim objek dengan tepat. Kemahiran yang ditaksir ini

telah diambil daripada topik tahun yang di ajar pada tahun 4 , tema 2, di bawa objektif

pembelajaran 1.5 iaitu memahami cara mengukur jisim. Hasil pembelajaran bagi pentaksiran

PEKA ini ialah murid dapat menyatakan alat-alat unutk mengukur jisim, menyatakan unit piawai

jisim dan sistem metrik, mengukur jisim objek menggunakan teknik yang betul dan juga merekod

bacaan menggunakan unit piawai. Namun bagi pentaksiran kali ini guru akan menilai hasil

pembelajaran murid iaitu iaitu mengukur dan merekod jisim objek dengan tepat.

Sebanyak dua pentaksiran yang diukur iaitu kemahiran proses sains (SPS) dan juga

Kemahiran Manipulasi Sains( SMS). Seramai dua orang guru telah terlibat sebagi pentaksir iaitu

cikgu Yuhana dan juga cikgu Fauziah. Pentaksiran PEKA kali ini telah menggunakan 3 jenis

instrumen membuat eksperimen, membuat pemerhatian dan instrumen jadual telah digunakan.

Satu eksperimen telah dijalankan untuk untuk menguji tahap pemahaman murid dalam membuat

pengukuran dan merekod jisism dengan tepat dengan menggunakan neraca mampatan.

Penskoran yang digunakan adalah mengikut mengikut penskoran yang telahpun

diberikan seperti mana dalam buku pelaksanaan PEKA UPSR 2008. Penskoran yang digunakan

untuk Kemahiran Proses Sains (SPS) ialah 16 markah manakala Penskoran unutk Kemhiran

Page 4: PEKA

Manipulasi( SMS) pula sebanyak 20 markah. Skor yang tertinggi unutk setiap konstruk ialah 4

manakal skor terendah untuk setiap konstruk ialah 1.

PENTADBIRAN

Sebelum memulakan pentaksiran PEKA sains ini , saya telahpun menyediakan beberapa

alatan , bahan dan juga radas yang akan digunakan bagi melaksanakan aktiviti PEKA kali ini.

Senarai bahan , alatan dan juga radas telah disediakan bagi mengelakkan sebarang keciciran

alatan berlaku. Persediaan awal amat penting sebelum guru memulakana aktiviti PEKA ini. Ini

bertujuan bagi melicinkan lagi perjalanan pentaksiran eksperimen tanpa ada berlakunay

sebarang masalah atau kemalangan yang boleh berlaku kelak. Maka seseorang guru itu perlulah

membuat persediaan awal dalam menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan.

Sebelum memulakan eksperimen guru telahpun memberikan penerangan tentang aktiviti

yang akan dijalankan. Penerangan yang diberikan hendaklah jelas dan tepat diterima oleh murid-

murid bagi mengelakkkan sebarang kekeliruan berlaku. Ini sangat penting bagi memastikan

semua yang terlibat mengambil perhatian sebelum sesuatu eksperimen itu dijalankan. Prosedur

atau langkah-langkah melaksanakan eksperimen perlu diikuti oleh murid. Setelah memberi

penerangan yang berkaitan murid-murid akan melaksanakan eksperimen sambil dipantau dan

diselia oleh guru. Skor telah pun dicatat pada aktiviti ekspermen ini bagi menilai sejauhmana

tahap pemahaman dan juga kebolehan murid mengaplikasi segala ilmu sains yang telah

dipelajari.

Murid melaksanakan eksperimen dengan membuat pengukuran yang betul dengan

membaca tanda senggatan dengan betul pada neraca mampatan. Selepas itu mereka

dikehendaki merekod bacaan nya pada kertas A4 yang disediakan. Guru menyelia murid

melaksanakan eksperimen. Selepas melaksanakan ekperimen , murid yang masih berada dalam

kumpulan mmembersih dan mengemas semula meja kumpulan agar bersih dan tersusun .

Segala alatan yang digunakan dicuci dan simpan semula di dalam almari yang disediakan.

Menyusun semula bahan dan latan dengan cermat dan selamat

Page 5: PEKA

Berikut merupakan langkah-langkah melaksanakan eksperimen yang di

taksir.

Murid-murid dibahagikan kepada 2 kumpulan

Tujuan : Untuk mengukur dan merekod jisim objek dengan tepat

Peralatan yang digunakan : 3 buah bika

Neraca mampatan

Bahan : Pasir, Guli, tanah kebun dan juga sehelai kertas

Langkah- langkh : 1) Letakkan bikar A,B dan C di atas neraca mampatan satu demi

Satu.

2) Perhatikan dan rekodkan jisim setiap bikar di atas sehelai

kertas.

3) Isikan bikar masing-masing dengan pasir, tanah kebun, dan

guli seperti yang ditunjukkan dalam rajah 3

4) Kemudian letakkan bikar A,B dan C di atas neraca mampatan

satu demi satu sekali lagi.

5) Rekodkan jisim setiap bikar A,B , dan C di atas kertas tersebut

6) Selepas menolak jisim bikar yang kosong, rekodkan jisim pasir,

tanah kebun, dan guli dalam jadual.

7) Bersihkan dan kemaskan semua radas dan bahan dengan cara

yang betul.

8) Bersihkan radas dan bahan dengan betul dan selamat.

Page 6: PEKA

PENSKORAN

Skor dibuat mengikut skema pemarkahan yang telah ditetapkan. Jumlahmarkah unutk

kemahiran proses sains ialah 30 markah manakala 20 markah unutk kemahiran manipulatif.

PELAPORAN

Skor yang diperolehi oleh murid-murid dirumuskan mengikut prinsip dan penggredan

unutk menetukan aras penguasaan murid.

PEMANTAUAN

Mekanisme telah dirancang bagi memastikan semua murid ditaksir cara yang serupa dan

diberi skor yang berkaitan. Moderasi adalah prosedur yang lazim dilaksanakanbagi memantau

pentaksiran berasaskan sekolah bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor yang

diberikan oleh guru-guru

Page 7: PEKA

Terdapat 2 rubrik pemarkahan yang digunakan dalam melaksanakan pentaksiran PEKA

ini.. Rubrik yang digunakan ialah Rubrik Analitik dan juga Rubrik Holistik. Rubrik analitik ini dapat

dilihat lebih terperinci penilaiannya kerana pada rubrik analitik kriteria pemarkahan dan skala

skor disertakan, manakala Rubrik Holistik ini dapat dilihat pada lembaran aktiviti yang diberikan

berserta dengan skala dan juga penerangan bagi setiap skor.

Pada buku PEKA yang digunakan digunakan di sekolah, terdapat bahagian penilaian

objektif yang telah disediakan. Para guru dikehendaki mengenalpasti kriteria mana yang dicapai

oelh murid sewaktu melaksanakan aktiviti PEKA. Sekiranya mereka dapat memenuhi kesemua

kriteria yang ditetapkan maka mereka akan mendapat skor yang trtinggi. Kriteria yang ditetapkan

ialah mengikut kemahiran proses sains yang dinilai pada satu-satu aktiviti. Sebagai contohnya

kemahiran proses sains pertama yang dinilai ialah Memerhati. Maka di bawah Kemahiran Proses

Sains memerhati itu terdapat beberapa kriteria yang dinilai. Ia ditulis dengan huruf ’ C1’ , ’C2 ’

atau ’C3’ . Kriteria yang dinilai ini terdapat dalam Buku Panduan Penggunaan Pelaksanaan

PEKA UPSR. Seteleh guru merujuk buku panduan tersebut bagi mendapatkan skor untuk

kemahiran proses sains dan juga kemahiran Manipulasi Sains, maka skor itu tadi perlulah

dipindahkah ke dalam Borang Skor Individu ( Borang yang saya sertakan berwarna biru)

disediakan oleh saya berwarna biru)

Terdapat lebih daripada satu kemahiran proses sains dan juga kemahiran manipulatif

sains yang dinilai. Kesemua kemahiran sains ini hendaklah diuji kepada murid berdasarkan

keperluannya bagi setiap aktiviti PEKA yang dijalankan. Maka disini guru dapat menilai atau

mengetahui sejauh mana tahap pencapaian muris-muridnya melalui kriteria dan skor yang

diperolehi oleh mereka. Guru-guru juga perlu menandakan skor dengan tepat dan jujur. Ini

sangat penting kesannya kepada diri murid tersebut. Ini kerana skor yang diberikan ini

menunjukkan tahap pencapaian mereka dalam kemahiran proses sains yang dinilai dalam

melaksankan aktiviti amali sains ini atau lebih dikenali dengan PEKA.

Selepas guru memberikan skor bagi kemahiran proses sains dan juga kemahiran

manipulatif sains, skor tersebut akan dipindahka sekali lagi ke.dalam borang akhir jumlah skor

individu( borang yang saya sertakan berwarna ungu). Pada borang inilah guru perlu

menjumlahkan kesemua skor unutk mendapatkan jumlah skor yang sebenar. Draipada jumlah

skor yang sebenar inilah yang menentukan pencapaian murid dalam melaksanakan aktiviti PEKA

Page 8: PEKA

ini. Gred akan ditentukan dengan dengan nilai markah yang diperolehi oleh murid . Gred dalam

aktiviti PEKA ini yang digunapakai dinamakan sebagai KOD PENCAPAIAN. Kod Pencapaian ini

dapat kita ketahui dalam bentuk nombor iaitu :

1 = Cemerlang

2 = Baik

3 = sederhana

4 = melepasi tahap minimum

5 = Gagal melaksanakan aktiviti PEKA

6 = Terkecuali

Maka dengan adanya rubrik pemarkahan PEKA ini adalah sangat penting bagi guru

dalam melaksanakan aktiviti PEKA ini. Kesimpulan secara keseluruhan tentang pencapaian

murid dalam melaksanakan Kemahiran saintifik ini dapat diperhatikan dengan kaedah

memberikan skor yang terdapat pada rubrik pemarkahan yang disediakan. Guru juga dapat

mengetahui dengan lebih jelas lagi pada kriteria mana yang tidak di capai oleh murid. Maka guru

bolehlah melaksanakan semula aktiviti PEKA ini sehingga murid tersebut berjaya melaksana

kemahiran saintifik yang hendak dinilai. Dalam Panduan Pelaksanaan PEKA 2008 ini jelaslah

menunjukkan bahawa seseorang guru itu perlu memfokuskan apakah kemahiran saintifik yang

hendak nilai olehnya. Pengajaran dan pembelajaran Amali Sains ini perlulah memberi fokus

terhadap tahap penguasaan murid dengan lebih mendalam lagi memandangkan kriteria-kriteria

yang dinilai rubriknya sangat terperinci dan praktikal. Dengan adanya pemarkahan amali PEKA

ini maka guru-guru dapatlah membimbing murid agar tetap berada dilandasan yang tepat dan

boleh menguasai kemahiran saintifik yang diajar.