Pel 24 Perkembangan Ketenteraan Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
-
Upload
izzat-hakim-bin-ismail -
Category
Documents
-
view
64 -
download
3
description
Transcript of Pel 24 Perkembangan Ketenteraan Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
PERKEMBANGAN KETENTERAAN
PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH
• Pada masa pemerintahan Abbasiyah, struktur organisasi ketenteraan telah diperluaskan dan dikemaskini.
• Jabatan ketenteraan telah dibahagikan kepada dua jabatan iaitu jabatan yang mengelolakan pengajian, penyeliaan, dan pangkat.
• Manakala satu lagi jabatan menguruskan keanggotaan dan pentadbiran.
• Khalifah Muawiyah telah memperkukuh angkatan lautnya dengan menambahkan jumlah kapal perangnya daripada 200 buah kepada 1700.
• Manakala pada zaman Kerajaan Abbasiyah, khalifah telah membina pelabuhan-pelabuhan baru dan membaiki pulih pelabuhan lama.
PEMBAHARUAN YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN ABBASYIAH DALAM BIDANG
KETENTERAAN
• Membuka keanggotaan tentera kepada orang bukan Arab seperti orang Turki dan Farsi.
• Mengemaskini sistem pentadbiran dan stuktur organisasi ketenteraan.
• Memberi gaji dan imbuhan yang lumayan kepada tentera.
DEWAN AL-JUNDI
• Berfungsi mengawal hal ehwal pertahanan negara seperti daftar
lengkap tentera gaji, imbuhan, pangkat dan sebagainya.
DEWAN AL-JUNDI DIBAHAGIKAN KEPADA 8 BAHAGIAN
• Majlis At-Taqrir (bahagian kewangan) menguruskan hal-hal gaji dan imbuhan tentera, pengurusan ketenteraan, belajawan khusus untuk pengurusan, latihan da peralatan ketenteraan.
• Majlis Al-Muqabalati (bahagian latihan) menguruskan pengambilan dan latihan kepada tentera-tentera baru.
• Dewan At-Tasnif (bahagian pengurusan dan sumber manusia) menguruskan kenaikan pangkat dan penyusunan tentera mengikut pasukan. Antara pasukan yang ditubuhkan islah pasukan pagawal Khalifah, pasukan bergaji tetap dan pasukan sukarela.
• Dewan Al-Ardhi (depot simpanan) menguruskan stor dan kelengkapan persenjataan yang dikendalikan oleh pengarah depot.
5. Al-Jawasis atau Al-‘Uyun (bahagian perisikan) mengitip kekuatan dan kedudukan musuh serta tahap setia kepada tentera Islam.
6. Daeratul Muhandissin (bahagian kejuruteraan) bertanggungjawab dalam pembinaan kem-kem tentera dan kubu-kubu pertahanan.
7. Al-Massahum (bahagian kejuruteraan) bertanggungjawab dalam membina kem-kem tentera dan kubu-kubu pertahanan.
8. Al-Bahriyyah (bahagian tentera laut) mengawasi pengairan kerajaan Abbasiyah serta kerja-kerja pembinaan kapal perang dan penyususnan angkatan tentera laut.
FUNGSI KETENTERAAN DALAM MENJAGA KEAMANAN NEGARA
FUNGSI KETENTERAAN DALAM MENJAGA KEAMANAN NEGARA
TUGAS UTAMA TENTERA* Mempertahankan
sempadan negara daripada pencerobohan
Negara.* Menentang musuh Negara
* Menghadapi sebarang keadaan darurat
TUGAS BANTUAN TENTERA
* Membantu pihak polis dan pihak berkuasa awam
dalam memelihara ketenteraan
awam dan operasi anti keganasan
* Membentu pihak berkuasa awam dalam bantuan
malapetaka dan pembangunan negara.
FAKTOR KEJAYAAN TENTERA ISLAM ZAMAN ABBASYIAH
• Dasar ketenteraan yang terbuka membuka keanggotaan kepada bukan Arab seperti Farsi, Turki dan sebagainya.
• Pemimpin yang berkaliber menjaga kebajikan tentera seperti memberi gaji dan imbuhan serta melantik pemimpin tentera yang berkaliber tanpa mengira bangsa.
• Peralatan ketenteraan yang canggih seperti pedang, lembing, panah, manjanik, gunpowder dan pelbagai jenis kapal perang
• Strategi peperangan yang berkesan samada yang diwarisi dari generasi sebelum mereka ataupun yang di ubahsuai mengikut perkembangan semasa seperti Al-Karadis yang membhagian tentera kepada 5 kumpulan besar yang diwarisi dari zaman Saidina Umar Al-Khatab dan di ubahsuai mengikut keperluan semasa.
• Keimanan dan semangat jihad tentera Islam sanggup berjuang menentang kuasa-kuasa besar seperti Rom dan Parsi demi menegakkan islam dan merealisasikan konsep keamanan sejagat.
KEPENTINGAN KESELAMATAN UNTUK PEMBANGUNAN DAN
KEMAJUAN NEGARA
• Pembangunan dan kemajuan sesebuah negara banyak bergantung kepada kestabilan politik, ekonomi dan negara.
• Sekirannya kestabilan politik tergugat, perkembangan ekonomi akan terbantut dan pendidikan pasti akan terjejas dan sekaligus keamanan negara sukar dicapai.
• Negara yang tidak aman akan menjadi mundur dan terdedah kepada ancaman-ancaman luar.