Pel 6 Dakwah Tanggungjawab Bersama Pel 6

download Pel 6 Dakwah Tanggungjawab Bersama Pel 6

of 16

  • date post

    15-Jun-2015
  • Category

    Documents

  • view

    709
  • download

    7

Embed Size (px)

Transcript of Pel 6 Dakwah Tanggungjawab Bersama Pel 6

TILAWAH TINGKATAN 2

DAKWAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Ali imran 3:110

MaksudnyaKamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

DEFINISI DAKWAH Bahasa: seru atau ajak Istilah syarak: menyeru atau mengajak manusia beriman dan beribadah kepad Allah dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang

KONSEP DAKWAH Tugas dakwah merupakan sebaik-baik tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kerana ia merupakan tugas para rasul Kita adalah sebaik-baik ummah kerana beriman kepada Allah, menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran dan memberi motivasi kepada umat Islam untuk membina kecemerlangan.

CARA BERDAKWAH Setiap muslim wajib berdakwah mengikut kemampuan masing-masing dan strategi terancang serta pendekatan sesuai. Terdapat 3 pendekatan dakwah

1. Hikmah dan bijaksana Berhikmah ketika menyampaikan mesej dakwah dalam percakapan, pergaulan, perbuatan dan tindakan. Bijaksana dalam menggunakan strategi yang terancang dan kemas untuk memastikan kejayaan dakwah

2. Pengajaran yang baik Nasihat dan teguran secara lemah lembut dan bersesuaian dengan masa dan keadaan. Mempunyai peribadi yang baik, bersikap toleransi, berlapang dada dalam dakwah

3. Perbahasan dan pedebatan Perbahasan yang berfaedah. perbincangan secara bijaksana dan hujah yang bernas bukti yang kukuh dan memuaskan hati pendengar

CIRI-CIRI MUKMIN DAN FASIKMukmin Akidah mantap dan keyakinan yang tinggi terhadap allah Kuat beribadah dan memelihara hubungan dengan allah Fasik Sering melakukan maksiat

Tidak melakukan ibadah fardu dengan sempurna

Mukmin

Fasik

Berilmu pengetahuan Tidak memiliki ilmu dalam dua bidang ilmu iaitu pengetahuan islam yang ilmu fardhu ain dan kifayah sempurna

Berakhlak mulia seperti Ragu-ragu dan kurang lemah lembut, bersikap yakin kepada janji allah toleransi, sabar serta tabah

Mukmin

Fasik

Sanggup berkorban masa, Suka bertindak mengikut tenaga, harta dan jiwa dorongan nafsu sematadijalan allah mata

Mempunyai hubungan baik Mementingkan kehidupan dengan masyarakat dunia dan lupa kepada sekeliling akhirat

PERANAN PENDAKWAH DALAM MASYARAKAT Menyeru manusia melakukan kebaikan dan tinggalkan kemungkaran Menyampaikan ajaran islam sebenar kepada masyarakat Memelihara masyarakat daripada melakukan perkara perbuatan syirik dan bidaah Mengajak manusia meningkatkan kualiti beragama supaya benar-benar menjadi hamba allah yang beriman dan beramal soleh Membimbing masyarakat menjadi umat yang maju, cemerlang dan dihormati oleh orang bukan islam

PENGAJARAN AYAT Dakwah adalah tanggungjawab semua Umat Islam ialah umat terbaik sekiranya mereka menunaikan tanggungjawab amar makruf nahi munkar Dakwah perlukan pendekatan sesuai dengan strategi yang dirancang, penuh hikmah dan bijaksana Masyarakat yang melaksanakan tuntutan dakwah akan hidup dalam suasana tenteram dan harmoni Umat islam adalah peneraju kemajuan dan pembina tamadun

PENGHAYATAN Laksanakan tanggungjawab amar makruf nahi munkar Tingkatkan jati diri Amalkan budaya nasihat-menasihati dengan berhikmah dalam kehidupan seharian

SEKIAN,TERIMA KASIH