Pel. 7 nasihat luqman

14
NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM SURAH LUQMAN AYAT 12 - 19

description

 

Transcript of Pel. 7 nasihat luqman

Page 1: Pel. 7 nasihat luqman

NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM

SURAH LUQMAN AYAT 12 - 19

Page 2: Pel. 7 nasihat luqman

SURAH LUQMAN

AYAT 12 - 19

Page 3: Pel. 7 nasihat luqman
Page 4: Pel. 7 nasihat luqman

SIAPAKAH LUQMAN AL-HAKIM

• Luqman al-Hakim ialah seorang hamba Allah yang soleh lagi bertaqwa.

• Namanya tercatat di dalam al-Quran• Dianugerahi ilmu pengetahuan , kebijaksanaan ,

kefahaman tentang agama , kemuliaan dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah.

• Beliau hidup dalam zaman Nabi Daud.• Digelar al-Hakim kerana kata-kata hikmah dan

kisahnya menjadi pengajaran kepada manusia• Beliau sangat prihatin dalam mendidik anak.

Page 5: Pel. 7 nasihat luqman

NASIHAT LUQMAN

JANGAN SYIRIK KPD ALLAH

SERU KEBAIKANCEGAH KEMUNGKARAN

BERSABAR ATAS UJIAN

MENUNAIKAN SOLAT JANGAN SOMBONG

BERBUAT BAIK PD IBU BAPA

RENDAHKAN SUARABILA BERCAKAP

JANGAN PALING MUKABILA BERCAKAP

Page 6: Pel. 7 nasihat luqman

JANGAN MENSYIRIKKAN ALLAH

• Syirik ialah menyekutu atau menyamakan Allah dengan makhluk sama ada dari segi zat, sifat atau perbuatannya.

• Syirik merupakan dosa besar yang tidak diampunkan Allah

• Orang yang syirik akan terbatal imannya dan ibadatnya tidak diterima Allah serta kekal di dalam neraka.

• Contoh syirik ialah memohon hajat di atas kubur yang dianggap keramat.

Page 7: Pel. 7 nasihat luqman

BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA

• Allah mewajibkan setiap anak mentaati kedua ibu bapanya.

• Ibu bapa adalah insan yang sangat berjasa kerana mereka sanggup menanggung kesusahan dalam mengandung, melahir dan membesarkan kita.

• Anak yang berbuat baik kepada ibu bapa akan mendapat keberkatan hidup.

Page 8: Pel. 7 nasihat luqman

HAYATI VIDEO INI…

Page 9: Pel. 7 nasihat luqman

HAYATI VIDEO INI…

Page 10: Pel. 7 nasihat luqman

MELAKUKAN KEBAIKAN

• Kita perlu sentiasa melakukan kebaikan dan mengajak orang lain melakukan kebaikan.

• Bersyukur adalah satu amalan baik yang boleh merapatkan hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia.

• Segala kebaikan akan diberi ganjaran baik oleh Allah dan disayangi oleh manusia.

Page 11: Pel. 7 nasihat luqman

TEGAHAN BERSIFAT SOMBONG

• Islam memerintahkan kita bergaul dengan baik sesama manusia iaitu bertegur sapa dan menunjukkan wajah yang manis.

• Sifat sombong sangat ditegah oleh Allah kerana ia boleh menimbulkan kebencian masyarakat.

• Orang yang berakhlak mulia dihormati masyarakat dan disayangi Allah.

Page 12: Pel. 7 nasihat luqman

MENUNAIKAN SOLAT

• Solat merupakan ibadah wajib yang mesti dilaksanakan dalam keadaan apa sekali pun.

• Ia adalah tiang agama dan menjadi pemisah di antara keimanan dan kekufuran

• Orang yang memelihara solat akan mendapat keberkatan hidup.

Page 13: Pel. 7 nasihat luqman

BERSABAR ATAS UJIAN

• Sabar merupakan satu sifat terpuji yang mesti dimiliki oleh setiap mukmin.

• Sabar meliputi semua perkara seperti sabar ketika ditimpa musibah dan sabar dalam melaksanakan ibadah

• Orang yang sabar akan menerima ganjaran yang besar di sisi Allah.

Page 14: Pel. 7 nasihat luqman

PENGAJARAN AYAT

• Allah menjadikan kisah Luqman al-Hakim sebagai panduan hidup

• Orang beriman perlu menjaga dirinya daripada melakukan perkara yang merosakkan iman

• Islam memberi penghormatan yang tinggi kepada ibu bapa

• Kesabaran penting dalam kehidupan khususnya dalam melaksanakan ibadah