Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006 Tutorial

5
Tugasan Pendidikan Keselamatan Soalan : 4 Nama Pelajar: 1. Fakhrul Zaki Bin Zainun 2. Syazwani Binti Md. Latif 3. Tee Kim Hui 4. Wong Zheng Yee

description

pke

Transcript of Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006 Tutorial

Tugasan Pendidikan Keselamatan

Soalan: 4

Nama Pelajar:

1. Fakhrul Zaki Bin Zainun

2. Syazwani Binti Md. Latif

3. Tee Kim Hui

4. Wong Zheng Yee

Pelan Keselamatan Jalan raya 2006-2010 telah dirangka khusus untuk dijadikan garis panduan dan hala tuju mengenai dasar, sasaran dan program keselamatan jalan raya di bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9).

Bincangkan tentang:

a) objektif pelan keselamatan jalan raya 2006-2010 serta

b) tema pelan keselamatan jalan raya 2006-2010 bagi mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia

Pengenalan

Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010 dirangka khusus bagi memberi garis panduan dan halatuju mengenai dasar, sasaran dan program-program keselamatan jalan raya di Malaysia di bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9). Ia menetapkan satu perangan menyeluruh dan pendekatan yang seimbang dalam melaksanakan inisiatif keselamatan jalan raya yang berdasarkan konsep empat (4) E iaitu kejuruteraan, pendidikan, penguatkuasaan dan alam sekitar (engineering, education, enforcement and environment) di samping koordinasi, peruntukan kewangan dan mekanisma-mekanisma lain yang terlibat dalam pelaksanaan strategi-strategi serta keutamaan yang akan diberi tumpuan dalam merealisasikan matlamat Kerajaan bagi menangani masalah keselamatan jalan raya sehingga tahun 2010.

Objektif Pelan Keselamatan Jalanraya 2006-2010

Mengurangkan kadar kematian setiap 10 000 kenderaan berdaftar sebanyak 52.4% dari 4.2 pada tahun 2005 kepada 2.0 pada tahun 2010.

Mengurangkan kadar kematian semasa iaitu 23 kematian setiap 100 000 penduduk kepada 10 kematian setiap 100 000 penduduk.

Mengurangkan kadar semasa 18 kematian setiap billion kilometer perjalanan kenderaan (vehicle kilometre travelled, VKT) kepada 10 kematian setiap bilion kilometer perjalanan kenderaan.

Tema Pelan Keselamatan Jalan raya

1. Sikap dan tanggungjawab

Sikap positif dan kelakuan baik yang harus diamalkan ketika berada di jalan raya. Membolehkan murid mengetahui dan menyedari bahawa mereka bertanggungjawab untuk menentukan tahap keselamatan mereka di jalan raya.

II. Persekitaran

Waktu dan keadaan cuaca memerlukan pendekatan yang berlainan dalam memastikan keselamatan diri ketika berjalan. Murid harus memahami tahap penglihatan berubah mengikut waktu dan keadaan cuaca. Murid mesti menggunakan pakaian yang sesuai agar sentiasa selamat.

III. Kenal pasti bahaya

Mengenal pasti keadaan berbahaya yang terdapat di jalan raya dan mempelajari cara-cara mengatasinya. Perkembangan mental, fizikal dan psikomotor kanak-kanak yang terhad menyebabkan mereka terdedah kepada risiko dan bahaya ketika berada di jalan raya.

IV. Melintas dengan selamat

Cara yang baik dan betul untuk melintasi jalan raya secara selamat dalam pelbagai keadaan lalu lintas. Murid harus memahami bahawa setiap keadaan lalu lintas adalah berlainan, cara berjalan dan melintas jalan tidak semestinya sama dalam semua keadaan.Berdasarkan tema di atas, aktiviti pengajaran dan pembelajaran digubalagar merangkumi perkara seperti di bawah. Pada tahap satu, pelajar akandidedahkan dengan kemahiran asas keselamatan jalan raya. Pada tahap duapula, pelajar akan mula diajar dengan kemahiran keselamatan jalan raya yanglebih kompleks dan mendalam.

Strategi

1. Penambahan dan pengekalan pendidikan serta langkah psikologi dalam mengangani isu keselamatan jalan raya.2. Mengurangkan kecuaian manusia dengan menggabung dan mengguna pakai kepakaran teknologi.3. Mempertingkatkan dan meneruskan program kejuruteraan.4. Mempertingkatkan pelaksanaan program keselamatan jalan raya melalui komuniti dengan membabitkan majikan, pemimpin, ahli politik, ketua agama, pendidik, badan professional, sukarelawan dan belia.5. Menggalakkan penggunaan kenderaan awam.6. Memberikan focus kepada perbezaan jurang keselamatan jalan raya dengan matlamat mencapai faedah kos optimum dalam pengagihan sumber.7. Menumpukan perhatian kepada pengguna jalan raya yang kerap terbabit dalam kemalangan, iaitu penumpang dan pemboceng motosikal, pemandu, penumpang, dan pejalan kaki.8. Mengkaji semua dan mempertingkatkan peraturan kesemalatan jalan raya9. Mempromosikan perkongsian dana antara orang awam dengan swasta bagi menjalankan program keselamatan jalan raya.

Kesimpulan

Strategi- strategi yang telah digariskan untuk keselamatan jalan raya dalam Pelan Keselamatan jalan Raya Malaysia 2006 hingga 2010 dan beberapa sasaran juga telah digariskan. Walaubagaimanapun, kejayaan ini bergantung kepada beberapa isu yang perlu diselesaikan seperti keberkesanan penguatkuasaan undang-undang dan hukuman kepada pesalah-pesalah jalan-raya. Selain itu, kesedaran awal tentang peri pentingnya menjaga keselamatan jalan raya perlu diterapkan kepada murid-murid sekolah sejak dibangku sekolah lagi. Justeru itu diharapkan dengan pendedahan ilmu pengetahuan dan kesedaran untuk menjaga keselamatan sejak dari kecil lagi mampu untuk mengubah sikap agar menjadi masyarakat yang lebih prihatin dan mementingkan keselamatan diri, masyarakat dan khasnya negara.