Pelan Lantai Bilik Darjah

download Pelan Lantai Bilik Darjah

of 3

description

EDU 3033

Transcript of Pelan Lantai Bilik Darjah

Pengurusan FizikalSuasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pembelajaran. (Michael Marland, 2008) Suasana fizikal bilik darjah yang baik akan menentukan usaha guru dalam pembelajaran serta dapat meningkatkan keinginan pelajar untuk menjalankan pembelajaran dalam suasana yang selesa. Oleh itu, kami perlu membentuk suatu kelas yang mempunyai pengurusan dari segi fizikal yang baik dan lengkap.Dalam Pelan tersebut dapat melihat bahawa saya mereka kelas yang boleh mengadakan ruang bagi sebanyak 15 orang murid pelajar. Boleh dilihat dalam pelan tersebut mempunyai kemudahan-kemudahan ICT yang lengkap, kerusi dan meja yang sesuai, ruang yang cukup untuk menjalani aktiviti dan sebagainya.Perkara pertama yang saya tekankan semasa melukis pelan lantai kelas tersebut ialah aspek pencahayaan dan pengudaraan yang baik, iaitu kedudukan pintu dan tingkap. Hal ini adalah bagi memudahkan saya untuk menempatkan peralatan yang sesuai di dalam kelas supaya tidak menghalang pencahayaan dan pengudaraan. Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk keselesaan murid dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tingkap dan lampu yang mencukupi boleh memberi pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi. Susun atur perabot dalam bilik darjah juga disusun tidak menghalang tingkap untuk mengelakkan berlakunya halangan pencahayaan dan pengudaraan. Meja murid disusun mengikut kumpulan berempat dalam bentuk kluster dan mempunyai satu kumpulan mempunyai tiga orang murid, kumpulan tiga orang itu adalah untuk memberi sebagai ganjaran suatu tempat duduk yang strategik dalam kelas. Perbuatan demikian adalah untuk memberi peluang kepada murid yang telah memimpin kumpulan mereka melaksanakan tugasan dengan sangat berefisen, bagi mereka duduk di tempat yang selesa dan disukai mereka itu. Hal ini dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dan dapat memupukkan daya kepimpinan dalam diri mereka dengan lebih baik. Pembentukkan susunan dalam kumpulan ini adalah untuk memudahkan berlakunya komunikasi antara ahli dalam kumpulan. Susunan ini turut menggalakkan pembelajaran berorientasikan murid yang membolehkan murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Di samping itu, susun atur sebegini juga memudahkan murid menjalankan aktiviti berkumpulan dalam kelas dan guru juga mudah membimbing dalam satu kumpulan demi satu kumpulan. Dalam satu kumpulan pula sentiasa akan menukar ketua, dan kalau ketua kumpulan sangat cemerlang dalam menjalankan tugasan secara kumpulan, dia akan mendapat ganjaran untuk menduduki tempat duduk yang strategik tersebut sebagai ganjaran. Oleh itu, guru akan menetapkan peraturan untuk menukar dudukan murid setiap dua minggu supaya semua murid dapat peluang untuk duduk di tempat strategik dan juga kepada kebaikan penglihatan murid-murid. Selain daripada kelengkapan kemudahan asas, modal insan yang kami hendak lahirkan adalah insan yang mempunyai ciri-ciri abad ke-21, oleh itu, peralatan yang lengkap dalam bilik darjah merupakan faktor yang penting. Kelengkapan peralatan termasuklah kelengkapan ICT yang mencukupi dan berfungsi dengan baik seperti Projektor, Skrin LCD, Komputer, Speaker, OHP, mempunyai kemudahan Internet seperti WiFi. Kemudahan ICT tersebut dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat mengaplikasikan pelbagai jenis kaedah dan strategi, misalnya kaedah menayangkan video klip sebagai set induksi untuk menarik perhatian murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan tersebut ini juga dapat memberi pelajar peluang untuk akses kepada penggunaan ICT dengan memberi mereka tugasan untuk mencari maklumat dari laman web dan membuat pembentangan menggunakan peralatan-peralatan ICT. Saya juga menyediakan sudut ICT bagi murid-murid menggunakan laman web untuk mencari maklumat semasa menjalankan tugasan dan guru boleh membimbing murid pada masa itu. Saya meletakkan sudut ICT dekat belakang kerana memudahkan guru untuk memperhatikan murid-murid semasa mencari maklumat supaya mereka tidak salah menggunakan laman web.Di dalam bilik darjah tersebut juga mengandungi sudut bacaan. Sudut bacaan ini diletakkan di satu sudut di bahagian depan kelas. Di sudut ini, dihamparkan karpet dan diletakkan beberapa bantal untuk keselesaan murid-murid. Beberapa rak buku perlu disediakan untuk menyimpan buku, surat khabar, majalah dan sebagainya sebagai bacaan umum atau rujukan murid. Ini dapat memupuk amalan membaca di kalangan murid. Prinsip KSSR menekankan pendidikan seumur hidup. Kita perlu menuntut ilmu pengetahuan sepanjang masa supaya boleh terus mengembangkan potensi diri sendiri. Dalam zaman ke-21 ini, modal insan yang dibina perlu gemar dalam membaca. Sekiranya suka membaca, insan-insan tersebut akan mendapat ilmu yang banyak dan barulah mereka dapat bertanding dalam era yang globalisasi ini. Oleh itu, untuk menanam tabiat membaca dalam kalangan murid, guru perlulah menyediakan buku-buku yang dapat menarik minat pelajar untuk membaca seperti: Charlottes Webs, Charlie and the Chocolate Factory dan banyak lagi. Buku-buku inilah yang boleh mempengaruhi perkembangan minda seseorang kepada seseorang yang suka membaca.Sudut tersebut juga adalah tempat guru menggunakan untuk konsep campfire iaitu murid-murid duduk di atas karpet dan guru menjalankan berbincangan dengan murid atau membuat refleksi tentang tatasusila bercakap yang terdapat dalam tugasan 1 saya. Ruang tersebut juga merupakan ruang untuk menjalankan permainan atau senaman pagi yang telah saya nyatakan dalam konteks tugasan 1, ini adalah untuk menjaga kesihatan murid-murid dan tidak membosankan pengajaran.Selain daripada sudut pembacaan, saya juga menyediakan sudut-sudut seperti, sudut sains dan sudut bahasa. Sudut sains adalah untuk melatakkan hasil sains murid-murid yang dibuat di sana dan guru juga boleh meletakkan beberapa buku atau majalah tentang sains dekat sana untuk murid membuat rujukan. Sudut bahasa pula adalah untuk mempaparkan karangan-karangan atau karya murid yang dibuat semasa dalam kelas bahasa. Bagi guru bahasa juga boleh menggunakan sudut tersebut untuk menjalankan aktiviti seperti hanya boleh berkomunikasi menggunakan bahasa yang berkenaan dalam ruang tersebut. Dalam kelas tersebut juga saya sediakan suatu almari untuk menyimpan buku-buku teks murid dan barangan kelas seperti pen, marker, kertas mahjong dan banyak lagi. Papan kenyataan juga dilletakkan dekat belakang bilik darjah supaya murid dapat lihat kepada notis-notis yang penting dalam sekolah.Saya juga mempamerkan motto kelas dan peraturan kelas dekat kedua-dua dinding dekat tingkap kelas. Saya membuat demikian adalah untuk menambah identiti kelas dalam kelas supaya mereka sentiasa ada keyakinan diri dalam membuat sesuatu kerja dan sentiasa diingati untuk mematuhi peraturan yang telah mereka pilih. Selain daripada melahirkan modal insan yang mahir dalam penggunaan ICT serta mempunyai keyakinan diri atas kemahiran daya kepimpinan, kami juga perlu memerlukan insan yang berinovatif serta kreatif. Oleh itu, sebagai seorang guru bolehlah kami menyediakan sudut-sudut seperti sudut kreativiti, sudut Sains & Teknologi yang boleh mempamerkan hasil-hasil kreativiti murid seperti lukisan, perbuatan seni atau puisi-puisi yang ditulis oleh murid serta menggunakan teknologi yang ada membuat aktiviti inkuiri seperti memberi tugasan membuat suatu persembahan dan murid-murid boleh mencari maklumat tentang persembahan tersebut, lalu guru menjadi fasilitator atas membimbing mereka mencari maklumat yang boleh digunakan. Akhirnya, kebersihan amat penting dalam sesuatu kelas. Oleh itu, saya telah menyediakan sudut meletakkan peralatan untuk menjalankan kebersihan dalam kelas seperti penyapu dan tong sampah. Murid-murid perlu sentiasa diingati untuk membuat tugasan untuk membersihkan kelas dan guru boleh membuat satu jadual untuk murid-murid dan meletak dekat papan kenyataan yang disediakan. Kesimpulannya, pelan lantai bilik abad ke-21 adalah berhubungan dengan melahirkan murid-murid abad ke-21 yang dapat memajukan negara kami dan dapat bertanding semata-mata dengan negara-negara yang lain.