Pelan Makmal Matematik

4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU Kementerian Pelajaran Malaysia KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK ARUL RI !UAN TUTORIAL "RESOS MATEMATIK# PELAN MAKMAL MATEMATIK AN $USTI%IKASI Nama K&m'&lan ( KAN) LEE *EI MAREA SANTHANASAM+ MALLI)A SAMIAN E$$ITRA E I KRISHNAN

description

bn b n

Transcript of Pelan Makmal Matematik

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKementerian Pelajaran MalaysiaKAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTAPERAK DARUL RIDZUAN

TUTORIAL (RESOS MATEMATIK)

PELAN MAKMAL MATEMATIK DAN JUSTIFIKASI

Nama Kumpulan :KANG LEE WEI MAREA SANTHANASAMY MALLIGA SAMIAN VEJJITRADEVI KRISHNAN

Pelan Makmal MatematikSehubungan dengan ini,kumpulan kami telah mereka satu makmal matematik yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas.Kemudahan-kemudahan asas itu adalah terdiri daripada pintu masuk,pintu kecemasan ,almari besi.papan carta bergerak ,papan kenyataan,papan grid,skrin,interactive white board(IWB) ,buku log,rak alat tulis,smart TV,Modem WIFI,meja guru,meja murid,komputer,printer,rak buku,rak CD,tikar,rak terbuka,rak tertutup,peti kecemasan ,rak cermin,alat pembersih dan meja perbincangan.Dalam makmal itu almari besi itu ditempatkan ditengah-tengah pintu masuk keluar makmal.Almari ini perlu disandarkan pada dinding supaya tidak mengganggu pergerakan guru dan murid-murid.Disamping itu dapat menjumatkan ruang untuk meletakkan kelengkapan yang lain.Almari besi ini berfungsi untuk menyimpan barang-barang yang berharga seperti kalkulator,kamera,LCD, dan Visualizer.Almari ini perlu dikunci pada setiap masa supaya barang yang ada di dalam almari tidak mudah rosak atau hilang.Melalui menyimpan barang-barang yang tertentu sahaja dapat memudahkan pengguna untuk mengambil dan menyimpan dengan keadaan yang baik dan juga selamat supaya tidak membebankan pihak lain.Selain itu, di makmal matematik perlu mempunyai dua pintu.Hal ini membantu guru dan murid-murid keluar masuk makmal dengan keadaan selesa.Pada masa yang sama,sekiranya berlaku sebarang kecemasan semasa berada di makmal matematik murid dapat boleh keluar dari makmal mengikut pelan kecemasan yang dipaparkan.Disamping itu,carta-carta yang dipaparkan di makmal matematik yang telah kemas bina diletakkan depan makmal matematik.Semua carta dikelipkan di papan carta bergerak.Hal ini dapat membantu murid untuk menanggalkan carta dengan cara yang mudah.Carta ini juga mudah untuk menggerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain.Ia mempermudahkan guru untuk membawa carta semasa mengajar murid-murid dalam makmal matematik.Tambahan pula,semua papan seperti papan kenyataan,papan grid,skrin,papan putih dan papan interaktif merupakan antara alat yang perlu diletakkan dalam makmal matematik.Semua papan ini perlu diletakkan di depan satu barisan di makmal matematik.Ini membantu murid dan guru untuk memberi tumpuan yang sepenuh semasa guru mengajar.Murid-murid juga dapat mengetahui maklumat melalui papan kenyataan yang dipaparkan.Buku rekod kedatangan murid pula merupakan buku yang penting untuk merekodkan kedatangan pelajar yang masuk ke makmal pada masa yang ditetapkan.Dalam buku tersebut murid-murid akan mencatat maklumat seperti nama,tarikh,masa yang masuk keluar dari makmal matematik untuk melihat rekod pelajar yang kerap menggunakan makmal matematik tersebut dengan berkesan.Pada masa yang sama,rekod ini juga membantu guru untuk mengenal pasti murid yang bersalah sekiranya berlaku kerosakan bahan,kehilangan alat di dalam makmal,pergaduhan dan sebagainya.Meja dan kerusi murid-murid pula perlu diletakkan berhadapan dengan papan putih dan papan interaktif.Ini memudahkan murid supaya menumpu perhatian semasa guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Susunan meja dan kerusi perlulah berbeza daripada bilik darjah.Sebagai contohnya,guru boleh menyusun meja dan kerusi secara selang seli dan juga penyusunan dalm bentuk heksagon.Susunan meja dalam bentuk heksagon pula membantu guru memberikan contoh bentuk semasa mengajar tajuk ruang.Ini memudahkan murid-murid untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kumpulan.Di samping itu,dengan adanya permaidani di makmal matematik ,murid-murid boleh menjalankan aktiviti-aktiviti ringan seperti permainan congkak,monopoli dan sebagainya.Disamping itu,murid-murid menonton siaran televisyen seperti TUTOR TV,National Geography dan sebagainya.Aktiviti-aktiviti ini dapat memupuk minat pelajar untuk mengenali sesuatu dengan kaedah yang mudah dan juga berseronok.Murid-murid yang kerap datang ke makmal berasa ketinggalan dan juga berasa bosan semasa menjalankan aktiviti di dalam bilik darjah.Dalam makmal matematik mempunyai empat buah komputer untuk kegunaan internet oleh murid-murid dan juga guru yang mengajar.Selain itu,mempunyai sebuah printer yang canggih,dan juga WIFI modem untuk melayari internet serta berkongsi maklumat dalam makmal matematik.Murid-murid dapat menggunakan komputer dengan kebenaran guru.Disamping itu,penggunaan komputer juga dapat meningkatkan kemahiran akses internet dan juga penggunaan komputer dengan mahir supaya membantu pada masa akan datang.Semasa penggunaan komputer guru juga perlu memerhati pergerakan murid-murid.Oleh itu,guru perlu meletak komputer di tempat yang sesuai dan juga guru dapat memerhati apa yang mereka sedang buat.Murid-murid dibenarkan mencari maklumat yang berkaitan dengan topik matematik.Pada masa yang sama guru juga perlu menahan beberapa laman web supaya murid-murid tidak melayari laman web tersebut dan juga mengelakkan diri daripada pembaziran masa oleh murid-murid.Di samping itu,rak rak yang sesuai perlu diletakkan di makmal matematik.Rak-raknya adalah rak tertutup,terbuka,cermin,rak alat tulis dan sebagainya.Rak-rak ini dapat membantu guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar.Penggunaan rak ini juga mempunyai kegunaan tersendiri.Penggunaan rak ini dapat memudahkan untuk mengambil dan menyimpan barang pada tempat yang asal,sesuai dan juga selamat.Keadaan ini juga dapat mengelakkan diri daripada berlakunya cedera ringan kepada sesiapa sahaja.Oleh itu dalam makmal matematik perlu disediakan dengan peti kecemasan untuk mengubati kepada murid-murid yang cedera semasa menjalankan aktiviti dalam makmal tersebut.Selain itu,alat pembersih juga penting dalam makmal matematik supaya kelihatan bersih dan baik.Guru juga memastikan makmal matematik sentiasa dalam kedaan bersih dan selesa.Guru menyediakan jadual tugas untuk murid-murid mengikut kelas serta jawatan untuk menjaga alatan yang disediakan.Guru juga memastikan muri-murid membersihkan makmal selepas menggunakannya.Dalam sebuah makmal matematik kelengkapan adalah penting untuk menjaga keadaan yang selamat dan juga ceria.Hal ini membantu guru untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.